ZZZT2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Bagaimana Masyarakat Minangkabau Mewariskan Dan Mewarisi Ilmu Pengetahuan Dari Satu Generasi Kepada Satu Generasi Dari Aspek Ketamadunan Milik Mereka
Pensyarah:
Dr. Jamsari Bin Alias
Ahli Kumpulan : Muhammad Iqbal bin Abu Latiffi Mohd Amir bin Mohd Mazuki Nurul Hidayah binti Jamil Nur Liyana Afiqah binti Zainuren Siti Thohirah binti Che Rahi Nur Ezzati binti Yunus Hannah Sabriena binti Shamsudin
A146358 A146357 A146331 A146332 A146341 A146270 A146862
Isi Kandungan Bil
Perkara
1.0
Pengenalan
2.0
3.0
4.0
-
Permasalahan Kajian
-
Objektif Kajian
-
Skop Kajian
Kajian Literatur -
Buku
-
Artikel Jurnal
Metodologi Kajian -
Kaedah Kutipan Data
-
Kaedah Analisis Data
-
Hasil Analisis/Kajian
Analisis Kajian -
5.0
3
2
8
10
Hasil Kajian
Kesimpulan Dan Cadangan -
Muka Surat
17
Pernyataan Tentang Penemuan Kajian
6.0
Rujukan
17
7.0
Lampiran
19
-
Borang Soal Selidik
-
Transkip Temubual
2
1.0 PENGENALAN 1.1 Permasalahan Kajian i.
Bagaimana masyarakat Minang mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan daripada aspek ketamadunan mereka dari satu generasi ke generasi yang lain.
ii.
Apakah halangan yang dihadapi oleh masyarakat Minang dalam usaha mewariskan ilmu pengetahuan kepada generasi seterusnya.
iii.
Apakah langkah yang diambil oleh masyarakat Minang dalam mengatasi halangan yang dihadapi untuk mewariskan ilmu ketamadunan mereka.
1.2 Objektif Kajian i.
Mengenali dengan lebih mendalam tentang sifat masyarakat Minang daripada aspek ketamadunan mereka.
ii.
Mengetahui cara masyarakat Minang dalam mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan dalam aspek ketamadunan masyarakatnya dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
iii.
Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh masyarakat Minang dalam usaha mewariskan dan mewarisi ilmu ketamadunan kepada generasi seterusnya.
iv.
Mengenalpasti cara terbaik untuk masyarakat Minang mengatasi halangan yang dihadapi dalam usaha mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan kepada generasi seterusnya.
3
1.3 Skop Kajian
Skop kajian menjerumus kepada penduduk kampung dari kawasan Seri Menanti, Kuala Pilah di mana majoriti penduduknya ialah masyarakat yang berketurunan Minang. Skop kajian yang tertumpu penduduk kampung Seri Menanti kerana mereka adalah masyarakat yang berketurunan Minang yang mana adalah bertepatan dengan topik kajian ini. Kami memilih responden seramai 10 orang dalam peringkat umur pertengahan. Untuk sesi temubual kami telah memilih dua orang tokoh yang telah dicadangkan oleh Muzium Adat iaitu anak tempatan Kuala Pilah sendiri.
2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Buku
Pertentangan di antara undang-undang Islam dan adat tempatan merebak secara meluas di dalam dunia Islam dan beberapa contoh telah diketahui di banyak negeri. Satu daripada beberapa contoh yang melampaui yang berlaku, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia ialah di mana Islam sebagai satu sistem perundangan yang secara jelas dan nyata kelihatan bertentangan dengan undang-undang adat tempatan. Di kalangan undang-undang matrilineal Minangkabau (Adat Perpatih), bukan sahaja peraturan-peraturan perkahwinan dan pembahagian harta bertentangan dengan syariah, tetapi asas tanggungjawab yang semula jadi, yang ada pada seseorang juga turut berlainan. Di Malaysia undang-undang adat telah diamalkan dan menjadi pegangan hidup masyarakat Melayu, tetapi setelah orang-orang Melayu menerima ajaran Islam, undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubahsuaikan supaya tidak bertentangan dengan
4
undang-undang Islam. Namun, Islam membolehkan adat atau `urf diterima dan diikuti oleh penganut-penganut agama Islam selagi adat atau `urf itu tidak bercanggah dengan nas atau ijma` yang terdahulu. Kesimpulan dari kajian ini, Adat Perpatih yang diwarisi oleh masyarakat Minangkabau di daerah Rembau masih lagi diamalkan hingga sekarang terutamanya dalam hal ehwal pembahagian harta pusaka. Walaupun sistem pembahagian pusaka mengikut adat masih diamalkan namun, masyarakat adat sekarang lebih cenderung membahagikan tanah pusaka mereka mengikut sistem faraid atau muafakat sesama waris. Pertentangan sistem Adat Perpatih dengan Hukum Syarak ( Faraid) ialah dari segi kedudukan ahli waris. Yang mana, sistem Adat Perpatih hanya melayakkan waris perempuan sahaja mewarisi. Manakala Hukum Syarak melayakkan waris lelaki dan waris perempuan mewarisi harta pusaka mengikut syarat-syarat perwarisan yang telah digariskan. Dari sudut kadar pembahagian, sistem Adat Perpatih lebih cenderung kepada permuafakatan ahli waris. Manakala Hukum Syarak, kadar pembahagian setiap ahli waris seperti mana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran.
5
2.2 Artikel Jurnal 2.2.1
Artikel Jurnal 1
6
2.2.2
Artikel Jurnal 2
7
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan aspek penting untuk melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data untuk penyelidikan kajian yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dan kuantitatif. Seramai 15 orang responden telah dipilih untuk soal selidik manakala 2 orang tokoh telah dipilih untuk ditemu bual.
3.1 Kaedah Kutipan Data
Pengumpulan Data Premier Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar belakang responden dari kalangan masyarakat Minangkabau, cara mewarisi dan mewariskan ilmu pengetahuan, halangan dalam usaha mewarisi dan mewariskan ilmu pengetahuan dan cara mengatasi
halangan dalam usaha mewarisi dan
mewariskan ilmu pengetahuan.
Pengumpulan Data Sekunder Kaedah temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas untuk kajian ini. Tokoh yang dipilih adalah dari kalangan masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan. Hasil temu bual telah direkodkan dan ditranskripkan ke dalam bentuk penulisan.
8
Pengumpulan Data Tertier Kebanyakan maklumat-maklumat yang digunakan untuk menghasilkan kajian ini diambil daripada sumber data sekunder seperti penggunaan hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Sumber-sumber data tersebut adalah seperti jurnal-jurnal kajian dan portal-portal yang berkaitan dan sebagainya yang telah digunakan untuk menyiapkan kajian ini.
3.2 Kaedah Analisis Data
Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, kami hanya menganalisis skor peratusan kerana soal selidik ini berbentuk skala likert. Peratusan akan diperoleh berdasarkan jawapan yang digunakan. Pengiraan bagi jumlah peratus adalah seperti berikut:
Pengiraan % =
Jumlah kekerapan Bilangan responden
x 100
Bilangan peratus ini akan digunakan untuk membentuk graf bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai hasil kajian ini.
9
3.3 Hasil Analisis/Kajian
Bagi tujuan kajian ini, kaedah temu bual telah digunakan ke atas dua orang responden daripada masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Setiap responden memberikan respon terhadap cara masyarakat Minangkabau mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan dari satu generasi kepada satu generasi dari aspek ketamadunan. Hasil temubual tersebut telah direkodkan. Dapatan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga aspek iaitu cara mewarisi, halangan, dan cara mengatasinya . Satu set soalan kaji selidik dibina berdasarkan cara masyarakat Minangkabau mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan bagi mengukur kekuatan dapatan berasaskan skor min. Populasi kajian daripada kaedah ini terdiri daripada responden yang tidak terlibat dengan temubual yang dilakukan. Sebanyak 20 borang kaji selidik telah diedarkan, namun hanya 10 borang soal selidik yang lengkap diisi telah dikembalikan.
4.0 ANALISIS KAJIAN
4.1 Hasil Kajian
BAHAGIAN A: CARA MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN.
3 TERTINGGI i.
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui adat resam.
10
ii.
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui pantang larang.
11
iii.
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui kehidupan seharian.
2 TERENDAH i.
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui kesenian dan kebudayaan.
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN 20% SANGAT TIDAK SETUJU
20% SANGAT SETUJU
20% SETUJU
40% TIDAK SETUJU
12
ii.
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui bahasa.
BAHASA 10% TIDAK SETUJU
30% SANGAT SETUJU
10% SETUJU
BAHAGIAN B: HALANGAN DALAM USAHA MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN.
3 TERTINGGI i.
Generasi sekarang terlalu taksub dengan dunia luar apabila berhijrah ke luar dan terus meninggalkan adat resam masyarakat.
13
ii.
Generasi sekarang tidak mengendahkan pantang larang, adat resam dan budaya masyarakat.
iii.
Generasi sekarang tidak berkeinginan dalam meneruskan adat resam dan budaya masyarakat.
14
2 TERENDAH i.
Generasi terdahulu terlalu berkeras dalam menegakkan adat resam sehingga generasi sekarang berasa terbeban.
ii.
Generasi sekarang kurang berkomunikasi diantara generasi dahulu dan sekarang.
15
BAHAGIAN C: CARA MENGATASI HALANGAN DALAM USAHA MEWARISI DAN MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN.
2 TERTINGGI i.
Pihak Berkuasa Negeri mempergiatkan aktiviti/karnival berkenaan masyarakat.
ii.
Generasi sekarang perlu mempunyai kesedaran untuk mengetahui adat resam dan budayanya sendiri.
GENERASI SEKARANG PERLU MEMPUNYAI KESEDARAN 0%
0%
40% SANGAT SETUJU
60% SETUJU
16
5.0 KESIMPULAN 5.1 Pernyataan Tentang Penemuan Kajian
-
Majoriti masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan masih mengekalkan adat yang mereka peroleh dari generasi terdahulu.
-
Adat / ilmu pengetahuan masyarakat Minangkabau di NS adalah berbeza dengan yang berada di Sumatera.
-
Bukan semua masyarakat asal di Negeri Sembilan merupakan orang Minangkabau kerana masyarakat Negeri Sembilan sendiri sudah mempunyai adat asal Nege ri Sembilan.
-
Terdapat beberapa perkara / ilmu pengetahuan yang dicampur aduk antara Minangkabau dengan adat asal Negeri Sembilan.
-
Boleh dikatakan agak sukar untuk mencari masyarakat asli Minangkabau Sumatera di Negeri Sembilan.
6.0 RUJUKAN
Buku 1. Ahmad Mahir Danial, Kes-Kes Pusaka Adat Di Daerah Rembau (Negeri Sembila) Satu Kajian Menurut Hukum Syarak. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2010/01/kes-kes pusaka-adat-di-daerah-rembau.html, 24 Januari 2010.
2. Mohd Sallehuddin Maaruf, Sistem Warisan Pusaka:Perbandingan antara UndangUndang Islam dan Undang-Undang Adat Perpatih, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1990.
17
3. Mohd. Ridzuan Awang, Undang-Undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2006.
4. Mohamad Azri Hj. Abdullah, Pengamalan Sistem Pusaka : Satu Kajian di Daerah Rembau, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998
Jurnal 1. Azzal Abu Talib, “Sistem bersuku Adat Perpatih di Negeri Sembilan”, Universiti Kebangsaan
Malaysia,
Bangi,
1992/93,
http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_05008.pdf
2. Aianee Sudin, “Penulisan Perbilangan Adat: Satu Sorotan Awal”, Persatuan Sejarah Malaysia,
Cawangan
Negeri
Sembilan,
2000
http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00657.pdf
18
7.0 LAMPIRAN 6.1 Borang Soal Selidik
BORANG SOAL SELIDIK TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (ZZZT2163 TITAS) SEMESTER II SESI 2014/2015 Makluman Kepada Responden : Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metodologi kajian kami bagi kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (ZZZT2163). Ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana masyarakat minangkabau mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan dari satu generasi kepada satu generasi dari aspek ketamadunan . Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.
BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan. 1) JANTINA Lelaki
Perempuan
2) UMUR 18 tahun ke bawah 26 – 30 tahun
19 – 25 tahun 30 tahun dan ke atas
3) PEKERJAAN Swasta Kakitangan Kerajaan
Pelajar Lain-Lain:
4) AGAMA Islam Hindu
Buddha Lain-Lain:
…………………………………………..
…………………………………………... BAHAGIAN B
: CARA MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN
1 2 3
: SANGAT SETUJU : SETUJU : TIDAK SETUJU
4
: SANGAT TIDAK SETUJU
19
Arahan
: Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih.
BIL
PERKARA
1
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui kesenian dan kebudayaan.
2
Saya mewaris kan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui makanan.
3
Saya mewaris kan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui bahasa.
4
Saya mewa riskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui adat resam.
5
Saya mewa riskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui pantang larang.
6
Saya mewariskan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui kehidupan seharian.
7
Saya mewaris kan dan mewarisi ilmu pengetahuan masyarakat saya melalui kraftangan
BAHAGIAN C
BIL 1
Generasi sekarang yang malu untuk menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
2
Generasi sekarang tidak mengendahkan pantang larang, adat resam dan budaya masyarakat.
3
Generasi sekarang terlalu taksub dengan dunia luar apabila berhijrah ke luar dan terus meninggalkan adat resam masyarakat.
4
Generasi sekarang tidak berkeinginan dalam meneruskan adat resam dan budaya masyarakat.
5
Generasi terdahulu terlalu berkeras dalam menegakkan adat resam sehingga generasi sekarang berasa terbeban.
6
Kurangnya komunikasi di antara generasi dulu dan generasi sekarang.
7
Kurangnya usaha untuk memperkenalkan adat resam dan budaya masyarakat.
PERKARA
1
Meluangkan lebih masa bersama masyarakat supaya adat resam dan budaya dapat dikekalkan.
2
Pihak Berkuasa Negeri mempergiatkan aktiviti/karnival berkenaan masyarakat.
4 5 6
3
4
1
2
3
4
:CARA MENGATASI HALANGAN DALAM USAHA MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN
BIL
3
2
: HALANGAN DALAM USAHA MEWARISI DAN MEWARISKAN ILMU PENGETAHUAN
PERKARA
BAHAGIAN C
1
1
2
3
4
Generasi sekarang perlu mempunyai kesedaran untuk mengetahui adat resam dan budayanya sendiri. Generasi dahulu haruslah sentiasa menyokong generasi sekarang dalam segala tindakan yang mengekalkan adat resam dan budaya masyarakat. Ibu Bapa dalam masyarakat tersebut hendaklah memainkan peranan untuk mengajar anak tentang adat resam dan budaya sewaktu anak mereka kecil lagi supaya lebih mengenali masyarakatnya. Muzium Adat dan Balai Undang lebih mengamalkan sikap keterbukaan kepada masyarakat.
SOAL SELIDIK TAMAT
20
6.2 Transkip Temubual
Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli b. Saludin
Pengarah Institusi Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris *Kami = K. Datuk Dr. Rosli = R Kami memperkenalkan diri kami kepada Datuk Dr. Rosli. K:
Kami dari Universiti Kebangsaan Malaysia sekarang sedang mengambil kurus TITAS di mana kami telah menjalankan satu projek iaitu Bagaimanakah sesebuah masyarakat mewarisi ilmu pengetahuan atau ciri ketamadunan dan kami telah memilih masyarakat Minangkabau di Kuala Pilah.
R:
Boleh saya tahu kamu semua dari program apa? Maksud saya fakulti apa? Tahun berapa?
K:
Kami semua merupakan pelajar Tahun 2 dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM) dan secara kebetulan kami semua merupakan dari program yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian.
R:
Bagus program yang kamu semua sedang ambil memandangkan sekarang agak sukar untuk mencari pekerjaan dan kamu semua kreatif dan menunjukkan nilai tambah yang tinggi, maka senang untuk dapat pekerjaan. Baiklah, apa yang sebenarnya yang ingin ditanya?
K:
Bolehkah Datuk memperkenalkan diri dan sejauh manakh penglibatan Datuk atau kelurga datuk dalam adat perpatih ini?
R:
Sebelum itu, boleh saya tahu dari manakah kamu dapat menjejak saya?
K:
Pada mulanya kami menelefon Muzium Adat. Kemudian pihak muzium telah mencadangkan kami agar berhubung dengan Datuk kerana datuk juga merupakan anak jati Negeri Sembilan di samping Datuk juga menjalankan kajian tentang adat-adat dan warisan Negeri Sembilan. Dan kami menelefon pejabat Datuk di UPSI untuk membuat temu janji.
21
Iqbal lah yang telah menelefon Datuk tempoh hari. R:
Semasa kamu telefon saya tempoh hari, saya berada di Kuala Kangsar sebagai panel urusan dalam Adat Istiadat Pertabalan Sultan Perak dan sebagai tambahan ahli panel lain ialah Dr. Afif dari Jabatan Tamadun Islam Universiti Oxford, Prof. Datuk Abdullah Zakaria, Prof Dr. Noriah Mohamad dari USM dan pensyarah dari UKM merupakan pensyarah muzium, saya kurang pasti siapa. Apa yang boleh dikongsikan, Dr. Afif mengatakan apabila ingin ditabalkan Sultan Perak, sultan yang baru mesti menziarahi makam Tok Temung dan kemudian Dr. Afif dengan beraninya mengatakan bahawa Tok Temung ini ialah anak kepada Tun Perak. Dan Tun Saban seorang lagi yang berkuasa melantik Sultan Perak merupakan abang kepada Tok Temung. Saya katakan, jika Tok Temung anak kepada Tun Perak, maknanya Tok Temung ini merupakan orang Negeri Sembilan kerana Tun Perak berasal daripada Klang. Klang pada dahulunya merupakan wilayah Negeri Sembilan yakni Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Ulu Pahang, Klang, Ulu Muar, Naning dan Inas. Ini tidak betul. Sebabnya ialah Tok Temung dan Tun Perak mempunyai jarak tahun yang jauh berbeza. Dari segi ilmu, kita perlu bercakap betul. Jadi, kalau nak tanya latar belakang saya, dilahirkan pada 25. 09. 1962 kalau boleh dipantunkan ; Tak balik kampong hati sey hibo, Tak dapek jumpo ghamai kawan, Kok nak tahu tompek asal hambo, Kampong Diuh Kecil, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Saya anak yang ketiga daripada 7 adik-beradik. Saya di Tanjung Malim bermula pada tahun 1977 dan saya bersekolah di SK Kuala Pilah B (Tahun 1-2), SK Kuala Pilah A (Tahun 3-6) kemudian di SMK Za’ba Kuala Pilah terletak di belakang SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah (Ting 1-5) dan Ting 6. Semasa Ting 6 atas kali pertama saya gagal, saya cuma lulus kertas Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Puncanya adalah kerana
22
saya terlalu aktif dan belajar malas. Selepas itu saya mengulang Ting 6 dan mendapat keputusan STPM 4A. sebelum saya belajar di UKM, saya menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kinta tetapi cuma 6 bulan kerana saya mendapat tawaran ke UKM dalam bidang Sejarah, bukannya adat budaya kemudian saya menyambung pengajian peringkat diploma pendidikan di UKM. Pada 1987 saya mengajar di SMK Batu Kikir, Jempol dan beberapa tahun selepas itu naik pangkat sebagai guru bidang dan merupakan guru pakat Sejarah di Negeri Sembilan. Kemudian saya menjawat jawatan sebagai kauselor sekolah walaupun saya tiada asas kaunseling. Bukan setakat itu, saya sambung belajar di UKM dalam diploma Psikologi dan Kauseling selama setahun. Kemudian saya menjadi Ketua Warden asrama. Di situ lah saya menanamkan ciri-ciri budaya dalam kalangan anak muda seperti puisi dan sebagainya kerana saya percaya ia mesti dilatih, diajar, ditunjuk. Sebelum terlupa saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Adat dan Kebudayaan Melayu di UKM. Seterusnya saya masuk ke UPSI sebagai pensyarah, kemudian saya menyambung pengajian di peringkat PhD di UM dalam bidang Komunikasi Tradisional dalam masa 3 tahun. Beberapa tahun kemudian saya dirisik untuk dilantik sebagai Dekan tetapi saya tolak kerana banyak komitmen dengan NGO. Tetapi saya terima sebagai Timb Dekan Penyelidikan. K:
Sepanjang pengetahuan Datuk, dari manakah asal usul adat Perpatih di Negeri Sembilan?
R:
Baiklah. Saya ada pandangan yang agak kontra dan ini yang sedang saya perjuangkan. Saya telah mengeluarkan banyak buku tentang perkara ini. Antaranya ‘50 Dalil Negeri Sembilan Bukan Minangkabau’ sebab saya menyanggah banyak hal dan saya telah pun sembahkan kepada Tuanku. Pada saya, Negeri Sembilan telah wujud daripada abad awal lagi, abad 1 sudah ada. Pada saya, Anak buah menjadikan Buapak, Buapak menjadikan Penghulu, Penghulu menjadikan Ketua Penghulu, Ketua Penghulu menjadikan Raja. Itu adalah adat Negeri Sembilan asal. Apabila adat Minangkabau masuk ke Negeri Sembilan pada abad ke-
23
18, iaitu 1773 ketika Raja Melewar barulah Anak Buah menjadikan Buapak, Buapak menjadikan Lembaga, Lembaga menjadikan Undang / Penghulu, Penghulu / Undang menjadikan Raja. Jadi, pada pendapat saya jati diri anak Negeri Sembilan memang telah ada yang dipanggil sebagai melayu asal selepas oitu, baru asli kemudian Minangkabau, Siak, Rokan, Indagiri, Jambi, dan bermacam lagi. Kita tidak boleh kata Negeri Sembilan adalah Minangkabau dan sebaliknya. Mana yang dikatakan Minangkabau? Bentuk rumah misalnya, mana rumah Minangkabau? Kecuali berada di Gagu Jelebu. Di bangunan DUN dan masjid tetapi itu dibina kemudian. Bentuk rumah Negeri Sembilan asal adalah bentuk rumah prabong panjang ataupun bentuk lentik kalau Minangkabau berbentuk gonjong. Kemudian ukiran Minangkabau ia padat manakala ukiran Negeri Sembilan kurang padat. Jadi mana asasnya yang mengatakan Negeri Sembilan ialah Minangkabau? Kalau kamu ingin mengatakan orang negeri Sembilan tidak lagi mengamalkan adat perpatih, saya katakan ya. Ini kerana mereka mengamalkan adat Melayu asal iaitu adat yang bersendi kepada syarak, syarak bersendikan kepada kitabullah. K:
Apa pandangan Datuk tentang adat yang paling popular iaitu dalam urusan pekahwinan?
R:
Dari segi dari sudut Minangkabau, hantar yang telah diberi kepada anak perempuan saya sebagai anak lelaki tidak boleh kacau. Kerana hak dia. Tetapi di Negeri Sembilan, anak perempuan sebagai pemegang amanah, bukan dipunyai dan saya sebagai adik-beradik lelaki ada kuasa untuk menasihat dan mengambil sedikit (seperti hasil tanaman) dengan cara muafakat. Minangkabau, suku tidak boleh dialih. Di Negeri Sembilan, ianya boleh. Dalam nikah kahwin, di Negeri Sembilan ia ada susun aturnya dengan dimulakan dengan adat meninjau bukan merisik. Selepas berkahwin ada pula adat menyalang. Minangkabau tiada. Menyalang ialah pasangan pengantin wajib pergi menziarah bapa saudara yang tua sebelah ibu dengan membawa wajik dan penganan. Kita kena kembali semula pada wajah kita. Sebab adat Negeri Sembilan ini kalau digumpal selebar kuku, kalau dibentang selebar
24
alam, walau sebesar biji labu, langit dan bumi ada di dalam. Adakah kita ingin mewarisi sesuatu benda ini hanya dengan mendengar kata-kata dari generasi awal? Sekarang ini zaman ilmu, kita kena analisis betul ataupun tidak. Misalnya, tidak boleh memakai pakaian kuning kerana ia milik raja. Kita perlu jelaskan kepada generasi Y kenapa tidak boleh? Kalau kita analisa, pakaian kuning adalah pakaian dalam kuil Hindu Buddha yang pakai. Kenapa perlu mewarisi itu? Ada yang Islam punya, kita datang dari tanah maka kita akan kembali kepada tanah. Kuning kita apa? Kuning tanah. K:
Apa pandangan Datuk tentang adat Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Sumetera?
R:
Saya langsung tak hendak mengaku saya ini Minangkabau. Sebab saya memnag orang asal Negeri Sembilan. Kalau kamu jumpa MB Negeri Sembilan dia akan marah kalau cakap yang kita orang Minangkabau. Negeri Sembilan sudah ditengelami oleh yang boleh diistilahkan sebagai lanun sejarah. Orang Minangkabau ini ialah lanun sejarah. Ataupun manipulasi sejarah.
K:
Dari segi pendidikan tidak formal, bagaimana Datuk mewarisi kepada generasi baru?
R:
Dari segi ini, saya agak pelik sedikit. Saya jenis suka turun padang. Setiap hujung minggu jika tiada apa-apa saya akan balik ke Kuala Pilah. Saya balik kerana saya ada buat tazkirah adat perpatih saya masuk antara kampung-kampung walaupun ada tiga orang. Selain itu sewaktu rumah kenduri, saya akan minta beberapa minit untuk saya bercakap. Saya tidak minta apa-apa bayaran. Pada saya, kita tidak perlu bataskan seperti perlu buat temu janji dan sebagainya. Saya pernah ke Bukit Bintang dijemput oleh generasi Y bukan untuk berceramah, tetapi sesi soal jawab secara santai berkaitan isiu-isu semasa dan sebagainya. Jangan bataskan, asalkan sopan.
K:
Apa yang boleh diperkatakan tentang bagaimana generasi dahulu mewarisi ciri ketamadunan kepada generasi baru?
R:
Generasi yang terdahulu melalui memahami dan menghayati. Contohnya saya, seperti saya
25
pantun tadi saya mewarisi dari arwah datuk dan ayah. Kehebatan pewarisan adat budaya adalah secara lisan. Kelisanan itu adalah kehebatan adat perpatih. Bukannya pada tulisan. Di Negeri Sembilan kita warisi dari ahli keluarga, ibu soko (perempuan adatbperpatih yang mahir tentang adat). K:
Apa pendapat Datuk tentang pepatah ‘Biar mati anak jangan mati adat’?
R:
Kita kena balik kepada konsep apa maksud adat? Ia aialah peraturan dan undang-undang hidup. Jadi maknanya, kalau anak saya melakukan kesalahan anak saya perlu diadili kemudian dihukum jika bersalah. Jadi tidakla berlaku seperti pua condong ke perut, tiba ke mata dilelapkan, tiba di perut dikempiskan. Maknanya tida ada pilih bulu. Maknanya di dini ialah keadilan, bukannya hendak anak mati semata-mata ingin menghidupkan adat. Kita perlu faham yang tersirat.
K:
Apakah perkara utama yang hendak diwariskan?
R:
Perkara utama ialah kita perlu ada konsep atau gagasan. Yang mustahaknya ialah musyawarah, muafakat, budi dan benar. Ini perlu ada. Bagaimana mahu wariskan ilmu jika tidak tahu hukum? Mesti ada dasar-dasar.
K:
Apakah kekangan yang dialami dalam mewarisikan adat-adat ini?
R:
Pemegang-pemegang adat dia tidak tahu. Dia hanya dengar-dengar sahaja. Kita perlu analisa, barulah kita boleh sebarkan dan jelaskan. Nasihat saya, kita perlu jadikan dalam bentuk modul maknanya kita ajar di sekolah. Ada sekolah yang sudah ada Kelab Adat Perpatih. Tetapi hidup segan mati tidak mahu. Satu perkara, bukan anak buah kena cari Datuk Adat, tetapi Datuk Adat yang perlu mencari anak buah.
K:
Apa beza adat perpatih dan Minangkabau?
R:
Itu saya katakana tadi Minangkabau dari Minangkabau. Adat perpatih asal dari Negeri Sembilan. Kalau pergi ke Sumatera, mereka tidak tahu apa itu adat perpatih. Mereka Cuma tahu adat Minangkabau dan sebaliknya. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu di England,
26
Negeri Sembilan mengatakan bahawa tarian Endang milik mereka. Orang Minangkabau mengatakan Malaysia mencuri adat budaya luar. Sehinggakan anak-anak Malaysia di Sumatera hendak dibunuh. Satu pendamaian telah dicapai. Saya ada buat slogan #JanganMinangkabaukanNegeriSembilan . K:
Setakat ini sahaja pertanyaan dari kami. Terima kasih.
27