BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (Malaysian Red Crescent) BUKU PANDUAN NO. 5 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM
rancangan tahunan BSMM, panduan, tahun 4, sukatan pelajaran, MRC LinkFull description
kasusFull description
Deskripsi lengkap
Full description
kemahiran asas kaunselingFull description
Full description
Full description
Ini adalah refleksi penganjuran sukantara di Institut Pendidikan Guru kampus dato' razali ismail (IPG KDRI)Full description
Full description
Full description
Full description
reflectionFull description
Refleksi kasus anestesi
Full description
IKMFull description
fkFull description
REFLEKSI
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Hajah Zowyah Binti Shabdin. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya kursus pengajian saya bagi Kokurikulum WAJ 3111 – Unit Beruniform II telah sampai ke penghujungnya. Tugasan terakhir yang perlu di serahkan adalah berkaitan refleksi sepanjang penglibatan dalam kokurikulm II ini. Pertama sekali saya ingin menyatakan rasa bangga dan bertuah kerana sebagai seorang guru pelatih, penglibatan kokurikulm Unit Beruniform ini amat penting kepada saya untuk melatih diri menjadi guru yang berwibawa. Pelbagai kebaikan telah saya perolehi menerusi akitiviti kokurikulum ini. Penglibatan kokurikulum ini merangkumi bebrapa minggu interaksi bersama pensyarah dan pelbagai perkara telah disampaikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang semester ini. Dalam penglibatan kokurikulum unit beruniform ini tidak ada peperiksaan akhir namun saya dan rakan-rakan lain perlu menduduki ujian ataupun kursus-kursus berkaitan BSMM sekiranya ada untuk memperoleh sijil. Setiap hari rabu, pada sebelah petang perjumpaan unit akan diadakan bagi memenuhi syarat lulus dalam kokurikulum ini. Pelbagai perkara asas berkaitan unit telah disampaikan oleh para pensyarah penasihat. TIdak ketinggalan aktiviti seperti berkawad turut dilakukan semasa menjalani aktiviti kokurikulum unit beruniform ini. Penglibatan kokurikulum ini merupakan kursus asas yang perlu diambil oleh pelatihpelatih di IPG untuk melengkapkan jam kredit bagi semester kali ini. Saya berasa sangat seronok kerana dipilih untuk mengambil kursus ini dan berada dalam unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Pelbagai kebaikan dan faedah telah saya peroleh sepanjang berada menjalani aktiviti kokurikulum ini. Pada awal semester ini, Puan Hajah Zowyah Binti Shabdin
iaitu pensyarah
penasihat bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia telah memberikan pelbagai input berkaitan BSMM ini. Segala maklumat yang diperoleh ini boleh di masukkan ke dalam fail pelajar. Selain itu juga, aktiviti kokurikulum ini telah menyediakan tugasantugasan
kepada
pelajar-pelajarnya
untuk
setiap
minggu.
Tugasan
berbentuk
pembelajaran kendiri ini melatih diri untuk mencari dan membaca sendiri maklumat-
maklumat lain berkaitan topik yang dipelajari dalam unit beruniform. Antara kebaikan pembelajaran kendiri ini adalah, saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai topik yang dipelajari dan seterusnya meningkatkan lagi pemahaman saya berkaitan sesuatu topik itu. Saya juga berpeluang melihat pelbagai lagi sumber-sumber rujukan yang boleh dijadikan bahan sokongan dalam aktiviti kokurikulum ini. Melalui pembelajaran kendiri ini juga, saya sebagai guru pelatih berasa lebih berdisiplin dan teratur kerana setiap masa yang ada dapat dimanfaatkan dengan baik sekali. Segala bahan-bahan yang diperolehi boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain. Tidak ketinggalan juga, dalam penglibatan kokurikulm kali ini, setiap pelajar diwajibkan untuk menghadiri perkhemahan unit beruniform yang dianjurkan oleh unit kokurikulum. Perkhemahan selama 4 hari 3 malam benar-benar melatih diri untuk berdikari dan
bersikap
terbuka.
Pelbagai perkara
telah
dipelajari sepanjang
berlangsungnya perkhemahan antarnya adalah membina gajet, masakan rimba, mendirikan khemah, dan pelabagai lagi. Tidak ketinggalan juga, aktiviti kokurikulum unit beruniform ini dapat memupuk semangat
bekerjasama
antara
rakan-rakan
seunit.
Kami
banyak
melakukan
perbincangan serta kolaborasi bersama. Hal ini juga membantu memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya, sebagai contoh sifat sabar, tekun dan berdisiplin. Kesimpulannya, saya berharap segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada aktiviti kokurikul unit beruniform ini dapat diaplikasikan di dalam situasi sebenar kelak. Mudah-mudahan juga Kursus WAJ 3111 Unit Beruniform II ini membantu saya menjadi seorang guru yang berwibawa suatu hari nanti. Saya juga berjanji akan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam diri pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.