1
1.0 PENDAHULUAN
Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya perasaan takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai betapa syariat Islam mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada kemudaratan melalui kaedah “la dharar wa la dhirar” ( )ﻻ ﻀﺭﺭﻭﻻ ﻀﺭﺍﺭ.
2.0 DEFINISI
Segala kemudharatan yang berlaku wajib dihilangkan dan dihapuskan. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang berkenaan masalah kemudaratan. Ada antara kaedah yang menghalang kemudaratan itu daripada dilakukan manakala kaedah ini pula menerangkan tentang kewajipan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut apabila ia berlaku. Oleh itu, kaedah ini menunjukkan bahawa apabila berlaku sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib dihilangkannya daripada terus ditanggung. 1 0F
1
Anwar Fakhri Omar et al. 2006. Hlm 67
2
Kemudaratan itu harus dihilangkan dengan membawa pengertian bahawa kemudaratan telah terjadi. Lantaran itu, apabila keadaan demikian berlaku, ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan. 2
3.0 DALIL
1. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nisa’:
3 F2
Maksudnya: “dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kata Yang baik”.
Al-Imam Al-Fakhr Al-Razi berkata berkenaan penafsiran ayat ini: “Sesiapa yang masih belum sempurna akalnya yang membolehkannya menjaga hartanya, sama ada dia terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan anak-anak yatim, maka Allah menegah kita daripada memberikannya kuasa untuk menguruskan harta-harta yang Allah jadikan padanya kehidupan mereka di dalam urusan perniagaan dan sebagainya”. 4 3F
2
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. 2000, Hlm. 174. Al-Quran, Al-Nisa’ 4:5. 4 Anwar Fakhri Omar et al. 2006. Hlm. 69. 3
3
Dalam ayat di atas, Allah s.w.t melarang orang yang diberi kuasa untuk menguruskan harta golongan yang tidak berkemampuan daripada membiarkan harta-harta tersebut diuruskan oleh pemilik harta tersebut. Ini kerana, urusan mereka terhadap harta tersebut, akan menyebabkan mudarat sama ada kepada diri mereka sendiri, dengan mereka membelanjakannya secara membazir dan tidak membawa keuntungan kepada mereka, atau memberikan mudarat kepada orang lain juga. Oleh itu, sebagai mengelak daripada berlaku kemudaratan, Allah s.w.t. memerintahkan agar ia dikendalikan oleh penjaga yang akan mengembangkannya serta memberikan manfaat yang luas kepada pemiliknya. 5
2. Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: “dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya”. 6 5F
3. Sebagaimana firman Allah yang lain:
Maksudnya: “Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan”. 7 6F
5
Anwar Fakhri Omar et al. 2006. Hlm. 69-70 Al-Quran, Al-A’raf 7: 56. 7 Al-Quran, Al-Maidah 5: 64. 6
4
4. Berdasarkan kepada firman Allah:
Maksudnya: “dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula Dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)”. 8 7F
5. Sebagaimana hadith riwayat daripada Ibn Abbas:
ﻻﻀﺮﺮﻮﻻﻀﺮﺍﺮ Maksudnya: “tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan”. 9 8F
Al-Imam Al-Shatibiyy berkata: “Meskipun hadith ini terdiri daripada dalil yang zanniy ()ﻈﻨﻲ, namun ia termasuk dibawah satu asal yang qat’iyy ()ﻘﻄﻌﻲ, kerana kemudaratan dan memudaratkan adalah ditegah dalam seluruh syariat, di dalam berbagai kejadian yang juz’iyy ( )ﺠﺯﺋﻲdan kaedah-kaedah yang kulliyy (”)ﻜﻟﻲ.
Al-Imam Al-Shatibiyy berkata lagi: “Di antara bentuk kemudaratan yang dilarang juga ialah pencerobohan terhadap jiwa, harta benda dan maruah dengan cara yang menunjukkan kemarahan dan kezaliman, serta semua perkara yang mengandungi kemudaratan suatu pihak dan saling memudaratkan di antara dua belah pihak, yang termasuk di bawahnya jenayah terhadap jiwa, akal, dan keturunan. Maka ia adalah satu pengertian atau hakikat yang umum di dalam
8 9
Al-Quran, Al-Baqarah 2:231. Ibn Majah, Kitab al-Ahkam, Bab Man Bana Fi Haqqihi, Bil 2332.
5
syariat. Perkara ini tidak diragukan lagi, dan jika anda menerima kehujahan hadith ahad, maka anda akan mendapati keadaan sebenarnya adalah sedemikian”. 10
Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itu, dalam keadaan tersebut ia wajib dihindarkan atau dihilangkan, sama ada kemudaratan tersebut berkaitan dengan hak umum seperti seseorang yang menyalurkan air kotoran daripada rumahnya ke jalan umum atau juga berkaitan dengan hak khusus seperti seseorang yang merosakkan harta orang lain. 11
6. Sebagaimana hadith riwayat daripada Ibn Umar: ﻧﻬﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻟﻰ ﺍﻟﻟﻪ ﻋﻟﻴﻪ ﻭﺴﻟﻢ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺠﺵ Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang jual beli berdasarkan tipu”. 12 1F
4.0 CONTOH-CONTOH PERMASALAHAN
Diantara contoh-contoh permasalahan kepada kaedah ini ialah: 13 12F
a) Mengembalikan barang yang dibeli dengan sebab terdapat ‘ayb ( )ﻋﻴﺏiaitu kecacatan, perselisihan tentang sifat-sifat yang disyaratkan, taghrir ( )ﺘﻐﺭﻴﺭiaitu penipuan, serta menfasakhkan perkahwinan dengan sebab ‘ayb atau kemiskinan suami atau lain-lainnya.
10
Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 68. Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 68. 12 Al-Bukhari, Kitab Al-Buyu’, Bab Al-Najasy, Bil 1998. 13 Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 70-71. 11
6
b) Jika tempoh sewaan tanah pertanian telah berakhir sedangkan hasil tanaman belum dituai lagi, maka tanah tersebut dianggap masih kekal dalam tangan penyewa dengan membayar sewa semasa sehingga tanamannya dituai. Ini sebagai menegah daripada memudaratkan penyewa yang terpaksa mencabut tanamannya sebelum tiba masanya.
5.0 KAEDAH-KAEDAH PECAHAN
Sebagaimana kaedah-kaedah utama yang lain, kaedah ini juga mempunyai cabang dan pecahan yang banyak. Antaranya ialah: 14
1) ﺍﻠﻀﺭﺭ ﻴﺩﻓﻊ ﺒﻗﺩﺭ ﺍﻹﻤﻜﺎﻥ Maksudnya: Kemudaratan dihilangkan sekadar kemampuan.
Ia bermaksud, kemudaratan itu harus dihindarkan menurut batas-batas kemungkinan. Apa yang tersirat daripada kaedah itu ialah terdapatnya kewajipan untuk menghindarkan daripada berlaku atau terjadinya sesuatu kemudaratan. Untuk itu lah usaha-usaha untuk membendung atau menyekat supaya tidak berlakunya sesuatu kemudaratan tersebut dengan segala usaha yang mungkin dan mampu dilakukan hendaklah diusahakan. 15 14F
Kaedah tersebut berasal daripada kaedah usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya. Di mana sesuatu kemudaratan itu kiranya ia dapat dibendung atau dihapuskan keseluruhannya, itu adalah yang terbaik. Namun begitu,
14
15
Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 71. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 193.
7
kiranya tidak dapat berbuat begitu, lakukanlah menurut kadar termampu. Kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf menurut kadar kemampuan. 16
Diantara contoh pecahan kaedah ini ialah: Jika seseorang merampas harta orang lain lalu mengguna atau merosakkannya, oleh kerana tidak boleh memulangkan harta tersebut, maka si perampas hendaklah menjamin dengan mengembalikan seumpama dengan harta tersebut jika ia ada yang seumpamanya, atau membayar harganya jika ia tidak mempunyai harta yang seumpamanya. 17
2) ﺩﻔﻊ ﺍﻠﻤﻔﺎﺴﺩ ﺃﻭﻠﻰ ﻤﻥ ﺠﻠﺏ ﺍﻠﻤﺼﺎﻠﺢ Maksudnya: Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mendatangkan kebaikan.
Apa yang dimaksudkan dengan maslahah ( )ﻤﺼﻟﺤﺔdan mafsadah ( )ﻤﻔﺴﺪﺓialah kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kebaikan dan kejahatan, kerana maslahah ()ﻤﺼﻟﺤﺔ keseluruhannya adalah kebaikan yang bermanfaat dan baik, manakala mafsadah ()ﻤﻔﺴﺪﺓ keseluruhannya pula adalah kejahatan, kemudaratan dan keburukan. Dalam Al-Quran lafaz alhasanah ( )ﺍﻟﺤﺴﻨﺔyang bermaksud kebaikan biasanya digunakan bagi merujuk kepada al-masalih ( )ﺍﻠﻤﺼﺎﻠﺢmanakala lafaz al-sayyi’at ( )ﺍﻟﺴﻴﺌﺎﺕdigunakan bagi merujuk kepada al-mafasid ()ﺍﻠﻤﻔﺎﺴﺩ.18 17F
16
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 193.
17
Hassan Soleh, 1979, Hlm. 77. Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 72.
18
8
Firman Allah s.w.t: . 19 18F
Maksudnya: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan”.
Kaedah ini membawa maksud, apabila bertembung di antara perkara yang membawa kemaslahatan dengan perkara yang membawa kerosakan atau bahaya, pelaksanaannya hendaklah didahulukan mencegah kemudaratan. Sekiranya ada pertentangan antara kebaikan dengan kerosakan, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. 20 19F
Contoh pecahan kaedah ini ialah: Setiap pemilik bahagian atas atau bawah sesebuah bangunan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan antara satu sama lain sekalipun dia hanya melakukannya pada sesuatu yang menjadi milik mutlaknya dan sekalipun ada manfaat yang diperolehinya disebalik apa yang dilakukannya itu. 21 20F
Di antara hukum yang dikecualikan daripada kaedah ini ialah: seseorang dibenarkan meninggalkan sebahagian kecil kewajipan disebabkan ada kesulitan seperti diizinkan sembahyang sambil duduk dan berbuka puasa seandainya sakit. Namun begitu, tidak ada jalan syariat yang mengizinkan berkaitan larangan atau melakukan dosa besar. 22 21F
19
Al-Quran, Hud 11:114. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 185. 21 Anwar Fakhri Omar et al, 2006, Hlm. 72. 22 Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 190. 20
9
3) ﻴﺘﺤﻤﻝ ﺍﻠﻀﺭﺭ ﺍﻠﺨﺎﺹ ﻠﺩﻓﻊ ﺍﻠﻀﺭﺭ ﺍﻠﻌﺎﻡ Maksudnya: Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan umum.
Kaedah ini menjelaskan sesuatu masalah yang terpaksa ditempuhi atau terpaksa dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan. Pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan yang berbentuk khusus untuk menghindarkan kemudaratan yang lebih umum. Ia bermaksud, kemaslahatan yang berbentuk umum didahulukan berbanding kemaslahatan berbentuk khusus. Ini kerana bahaya dan kemudaratan berbentuk khusus kurang berbanding kesan terhadap kemudaratan berbentuk umum. Konsep asal adalah manusia bebas bertindak untuk melaksanakan apa yang mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan. Namun begitu, kaitan dengan kaedah tersebut syarak menegah melakukan tindakan untuk menghindarkan dirinya atau orang tertentu sahaja sedangkan kemudaratan yang menimpa masyarakat lebih besar akan terbentuk daripada tindakannya itu. Lantaran itu, dalam keadaan tersebut seseorang itu ditegah melakukan tindakan seperti itu demi menghindarkan bahaya dan kemudaratan terhadap seluruh masyarakat atau kemudaratan masyarakat umum. 23 2F
Contoh masalah yang termasuk dibawah pecahan ini ialah: dibolehkan untuk melakukan sekatan terhadap mufti yang memberi fatwa sebarangan kerana memelihara agama orang ramai. Begitu juga boleh dikenakan sekatan terhadap doktor yang jahil kerana memelihara nyawa manusia. Ini semua boleh dilakukan sekalipun mufti dan doktor yang dikenakan sekatan itu akan mendapat mudarat atau kesusahan, demi menolak kemudaratan yang mungkin terkena kepada orang ramai hasil daripada perbuatan mereka. 24 23F
4) ﺍﻟﺿﺮﺭ ﻻ ﻴﺰﺍﻞ ﺒﺎﻟﺿﺮﺭ Maksudnya: Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.
23 24
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 190. Hassan Soleh, 1979, Hlm. 79.
10
Ia bermaksud kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga walaupun kemudaratan itu mestilah dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan kemudaratan yang sama. Apatah lagi jika lahir kemudaratan yang lebih besar. Ini kerana, seandainya ia diharuskan, sudah tentulah bertentangan dengan kaedah asas ()ﺍﻟﺿﺮﺭ ﻴﺰﺍﻞ. Justeru itu, kaedah pecahan tersebut membataskan kaedah asas sebelumnya kerana jika semua itu berlaku ia akan menambahkan masalah. 25 24 F
Contoh pecahan kaedah ini ialah: tidak boleh seseorang yang dalam keadaan lapar mencuri atau mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makanannya diambil atau dicuri. Kecuali sekiranya kedudukan orang yang pertama lebih penting berbanding orang yang kedua. Dalam keadaan ini, perlulah dipertimbangkan siapakah yang lebih baik didahulukan untuk makan makanan tersebut. Begitu juga seseorang tidak boleh merosakkan diri orang lain untuk menghindarkan dirinya daripada bahaya. 26 25F
5) ﺍﻟﺿﺮﺮ ﺍﻷﺸﺪ ﻴﺰﺍﻞ ﺒﺎﻟﺿﺮﺮ ﺍﻷﺨﻒ Maksudnya: Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan lebih ringan.
Ia membawa maksud, apabila terdapat dua kemudaratan atau perkara bahaya serentak atau dalam satu masa. Penyelesaiannya ialah kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dibuat kemudaratan yang lebih ringan atau pun diperhatikan yang mana lebih besar mendatangkan bahaya. Kemudian dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya. 27 26F
25 26
27
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 179. Abd. Kadir Hussin, 1977, Hlm. 139. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 180.
11
Contoh pecahan kaedah ini ialah: memenjarakan suami atau bapa yang enggan menunaikan nafkah terhadap isterinya dan anak-anak. Jika enggan, dia boleh disebat. Memenjarakan suami dan tidak memberi nafkah, kedua-duanya merupakan kemudaratan. Maka dalam kes ini, yang mesti dihindarkan ialah tidak menunaikan nafkah terhadap isteri dan anak iaitu kemudaratan yang lebih berat berbanding memenjarakan suami tersebut yang merupakan kemudaratan yang lebih ringan. 28
6) ﺍﻟﺿﺮﺮ ﻻ ﻴﻜﻮﻦ ﻗﺪﻴﻤﺎ Maksudnya: Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadinya.
Kaedah ini bermaksud, manfaat dan kegunaan yang dihargai ialah yang tidak terdapat padanya kemudaratan yang ditegah oleh syarak. Seandainya ada kemudaratan, seharusnyalah kemudaratan tersebut dihilangkan atau tidak boleh dibiarkan berlarutan berdasarkan ia telah ada semenjak dahulu atau lama berlaku. Sesungguhnya syariat Islam tidak membezakan sedikit pun di antara bahaya dan kemudaratan yang lama atau pun baru berlaku. Bahkan semuanya wajib dicegah dan dihilangkan. 29 28F
Contoh pecahan kaedah ini ialah: sekiranya longkang rumah seseorang mengalir di jalan umum dan mengganggu orang ramai. Ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku. Selain itu, diharuskan menghalang doktor berpenyakit sawan merawat pesakit. Tegahan tersebut tidak seharusnya disanggah atas dasar doktor tersebut telah lama berkhidmat. Ini kerana ianya boleh membahayakan orang ramai. 30 29F
28
Ahmad Tarmizi Thoha Hasan, T. th, Hlm. 112.
29
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 194.
30
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000, Hlm. 195.
12
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga kemaslahatan individu khususnya dan masyarakat amnya. Kaedah ini juga menunjukkan betapa agama Islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakan yang berlaku serta yang bakal berlaku. Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara tujuan utama mengapa syariat Islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas muka bumi ini.
13
RUJUKAN Al-Quran. Abd. Kadir Hussin. 1977. Usul Fiqh. Cet. 3. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ahmad Tarmizi Thoha Hasan. T. th. Khilasoh al-Khulasoh fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah. T.th. Al-Bukhari, Kitab Al-Buyu’, Bab Al-Najasy, Bil 1998. Anwar Fakhri Omar, Dr. Mohd Nasran Mohamad & Mohammad Zaini Yahya. 2006. Kaedah Fiqh. Bangi: Pusat Perkembangan Pendidikan. Ibn Majah, Kitab al-Ahkam, Bab Man Bana Fi Haqqihi, Bil 2332. Hassan Soleh. 1979. Prinsip-prinsip Fiqh Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.