PEMUTUS LITAR SETAKAT 33kV
PEMUTUS LITAR SETAKAT 33kV (Penyelenggaraan & Pembaikan)
PEMUTUS LITAR SETAKAT 33kV (Penyelenggaraan & Pembaikan)
OBJEKTIF Diakhir kursus ini, para pelatih dapat dan boleh:
•
Menyatakan fungsi pemutus litar litar..
•
Menyatakan jenis-jenis pemutus litar yang digunapakai.
•
Membaca kadaran setiap pemutus litar.
Pemutus litar mempunyai banyak istilah dan definisi, antara istilah dan definisi adalah : (BRITISH STANDARD) BS 4727: Part 2; Group 6 : Istilah umum untuk peralatan penyuisan (switching device) dan perhimpunan komponen-komponen yang berkaitan seperti, alat kawalan, geganti perlindungan, alat pengukuran dan lain-lain lagi berkaitan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penukaran kuasa elektrik. Peralatan penyuisan (switching device) yang dimaksudkan termasuk pemutus litar, suis, pengasing, fuse dan suis bumi. (BRITISH STANDARD) BS 162: 1962,
GEAR SUlS adalah alat penyuisan dan perhimpunan alat-alat tersebut dengan menyediakan kemudahan pengawalan, pengukuran, perlindungan dan radas pengaturan serta penyambungan saling (interconnector) dan struktur penyokong. Nota: Terma ALAT PENYUISAN termasuk pemutus litar, suis, pengasing, fius dan peralatan pembumian.
Pemutus Litar Fungsi utama alat penyuisan voltan tinggi ialah membuat (close) dan memutuskan (open) litar dalam keadaan yang berbeza bergantung pada tetapan (setting) geganti. Di antara alat pensuisan, pemutus litar mempunyai peranaan yang paling ketara.Antara peranan tersebut adalah: i)
Membawa arus kadaran apabila dalam keadaan tutup (close).
ii)
Menutup (close) walaupun litar keluar mengalami kerosakan.
iii)
Membuka (open) jika berlaku kerosakan pada litar keluar.
iv)
Mampu membawa arus kerosakan selama 3 saat.
Kesimpulan Secara kesimpulanya... Pemutus litar digunakan untuk mengawal pengaliran kuasa dalam sistem rangkaian dan juga sebagai point pengasingan apabila berlaku kerosakan, maka ianya mesti mampu berkendali dalam keadaan biasa ( normal) dan litar pintas (short circuit).
Ciri-ciri keperluan yang terdapat pada pemutus litar adalah: 1.
Ia mesti mempunyai nilai rintangan yang rendah antara sesentuh dalam keadaan tertutup (Z = 0 )
2.
Ia mesti mempunyai nilai rintangan yang tinggi antara sesentuh apabila dalam keadaan terbuka (Z = , infinity)
3.
Ia mesti menutup (close) dengan laju. Arus akan mula mengalir sebelum kedua-dua sesentuh bersentuh dan penutupan yang lambat akan merosakan permukaan sesentuh
4.
Ia mesti membuka (open) dengan laju, tetapi tidak memadamkan arus sebelum lintasan sifar (zero crossing) dan tidak menghasilkan voltan berlebihan (over voltage)
Jenis-jenis Pemutus Litar yang digunapakai dalam sistem TNBD PERALATAN SUIS
PEMUTUS LITAR MINYAK
SUIS SUIS PEMUTUS BEBAN
PUKAL
SUIS FIUS
MINIMA
FIUS SUIS
HAMPAGAS SATU BASBAR DUA BASBAR
PENGASING SUIS BUMI
GAS SF6
Unit Gegelang Utama (Ring Main Unit) adalah gabungan suis pemutus beban dan suis berfius
Kadaran Komponen Utama Pemutus Litar Kadaran peralatan pensuisan mestilah mengikut beberapa parameter elektrik berdasarkan piawaian antarabangsa seperti :-
IEC ( International Electro- Techical Commission ) IEEE ( International Electric Electronic Engineering ) BS ( British Standard )
Contoh Kadaran:
Kadar Frekuensi
: 50Hz
Kadar Voltan
: 12kV
Kadar Arus
: 630A
Ujian Tekanan (One Minute Power Frequency Withstand Test)
: 28kV
Paras Dedenyut Asas (Basic Impulse Level)
: 75kV
Kadar Masa Arus Litar Pintas
: 3 Saat
Kadar Putusan Arus Litar Pintas (Rated Short-Circuit Breaking Current)
: 20kA
Kadar Tutup Semasa Litar Kerosakan (Rated Making Current)
: 50kA
Difinisi Kadaran Kadaran Voltan (Rated Voltage)
Voltan paling tinggi pemutus litar direka untuk beroperasi, biasanya untuk sistem pembahagian adalah diantara 11kV hingga 36kV. Pemutus Litar 11kV ~ 12kV Pemutus Litar 22kV ~ 24kV Pemutus Litar 33kV ~ 36kV
Kadaran Arus Biasa (Rated Normal Current)
Kadaran arus yang boleh dibawa oleh pemutus litar berterusan tanpa kenaikan suhu pada mana-mana bahagian .
Kadaran Tahap Penebatan (Rated Insulation Level)
Berpandu kepada nilai voltan sistem bekalan, penebatan yang digunakan dalam pemutus litar mesti mampu menahan kadaran voltannya Dua ujian dilakukan untuk menentukan daya ketahanan penebatan adalah seperti : Ujian Tekanan Ujian ini menentukan nilai tertinggi PPGD antara fasa ke fasa penebatan pemutus litar dapat menahan jika ada dangguan pada voltan sistem. Ujian Paras Dedenyut (Basic Impulse Level test) Sebarang voltan transyen seperti dedenyut kilat dan pensuisan voltan tinggi tidak dapat dikesan dalam gelombang sinus. Oleh itu ujian P aras Dedenyut Asas (Basic Impulse Level) dilakukan untuk menentukan samada pemutus litar dapat menahan voltan dedenyut ini.
Kadar Putusan Arus Litar Pintas (Rated Short-Circuit Breaking Current)
Kadaran arus maksima semasa kedua-dua sesentuh berpisah
Kadar Putusan Keupayaan Litar Pintas (Rated Short-Circuit Breaking Capacity)
Kadaran keupayaan maxima semasa kedua-dua sesentuh berpisah. Pada masa ini semua pemutus litar 11kV dalam sistem pembahagian berkadaran 350MVA.
Kadar Tutup Semasa Litar Kerosakan (KTSLK) (Rated Making Current) Keupayaan kedua-dua sesentuh bersentuh (close) semasa berlaku kerosakkan pada litar keluar. Nilai ini adalah 2.55 kali nilai Kadar Putusan Arus Litar Pintas (KPALP) Contoh: KPALP : 20kA
KTSLK : 20kA x 2.55 = 51kA ~50kA
Kadar Masa Arus Litar Pintas Kadaran arus Punca Purata Ganda Dua (PPGD /RMS) litar pintas yang boleh ditahan oleh pemutus litar untuk masa yang ditetapkan tanpa mengalami sebarang kerosakan. Masa yang ditetapkan mengikut piawaian ialah 3 saat
Kadar Frekuensi Kadar frekuensi gearsuis direka untuk beroperasi
Transient Recovery Voltage Voltan Pemuliham Transient bermaksud apabila kedua-dua sesentuh berpisah, arka yang wujud dipermukaan kedua-dua sesentuh tersebut. Arus kerosakan akan terputus hanya selepas beberapa kitaran setelah sesentuh berpisah semasa arus sampai ke point sifar apabila pemulihan daya di-elektrik di ruang antara kedua-dua sesentuh adalah lebih cepat daripada kenaikan voltan sistem
Perpisahan Sesentuh ( Opening / closing Contact) Pemutus Litar mengandungi dua sesentuh, iaitu sesentuh tetap dan sesentuh bergerak. Dalam keadaan biasa, kedua dua sesentuh ini berada dalam keadaan tutup atau tersentuh. Apabila diperlukan untuk memisah, sesentuh bergerak akan bergerak untuk membuka atau memutuskan pengaliran arus. Perpisahan kedua dua sesentuh yang membawa arus ini akan mengwujudkan arka. Ketebalan dan haba arka ini berkadar terus dengan nilai arus yang di pisahkan Oleh yang demikian, kedua dua sesentuh di tempatkan dalam satu gebok (chamber) tertutup yang mengandungi suatu media penebatan cecair, udara, gas atau hampagas.
Perpisahan Sesentuh ( Opening / closing Contact) (sambungan) Perpisahan sesentuh dalam gebok tertutup ini akan menentukan jenis pemutus litar. Jika perpisahan sesentuh adalah dalam minyak, maka pemutus litar tersebut dinamakan Pemutus Litar Minyak (Oil Circuit Breaker), Gas SF6 (Sulphur Hexafluoride) - Pemutus Litar Gas (Gas C ircuit Breaker), Udara - Pemutus Litar Udara (Air Circuit Breaker) dan Hampagas (Vacuum) - Pemutus Litar Hampagas (Vacuum Circuit Breaker
Kadar Masa Arus Litar Pintas Kadaran arus Punca Purata Ganda Dua (PPGD /RMS) litar pintas yang boleh ditahan oleh pemutus litar untuk masa yang ditetapkan tanpa mengalami sebarang kerosakan. Masa yang ditetapkan mengikut piawaian ialah 3 saat
Sistem Susunan Basbar Pemutus Litar di reka untuk di gunakan pada sistem basbar tunggal atau
dua basbar. Sistem susunan basbar tunggal biasanya di gunakan pada permintaan beban yang rendah seperti kilang dan pusat komersial.
Oleh kerana penambahan beban (lebih dari 5 pembekal), basbar tunggal dengan dua punca bekalan di gunakan. Basbar dibelah kiri dan kanan di asingkan dengan pemutus litar Bus Section. Susunan ini biasanya di gunakan di Stesen Suis Utama dan pengguna-pengguna mustahak.
Susunan Sistem Basbar Tunggal Dengan Bus Section
Pemutus Litar untuk Basbar Tunggal
Susunan Sistem Basbar Tunggal Dengan Bus Section
Click pictures for enlarge
Susunan Pemutus Litar Dua Basbar
Pemutus LItar Untuk Dua Basbar
Sesentuh
Utama
dapat di gerakan ke atas dan bawah untuk memilih Reserve atau Main Basbar
Susunan Sistem Pemutus Litar Dua Basbar Kebaikan susunan ini adalah: •
Kebolehlenturan Bekalan (Flexibility of Supply)
•
Kebolehharapan (Reliability)
•
Boleh di senggarakan tanpa gangguan menyeluruh
RESERVE BUSBAR & MAIN BUSBAR
33kV RESERVE BUSBAR
MAIN BUSBAR 1SO BUS SECTION 1WO BUS COUPLER
Susunan Sistem Dua Basbar dengan Bus Section Dan Bus Coupler
Click picture to enlarge
110
PENCAWANG MASUK UTAMA CHENG MELAKA 132/33kV
Tx2 132kV 90MVA
Tx1 132/33kV 90MVA E2N2
210
R2N2
3T0 4TO T3N2
T4N2
RESERVE BUSBAR MAIN BUSBAR 1SO BUS SECTION 1WO 1L5
1HO Tx1 33/11kV 30MVA
BUS COUPLER
PPU KRUBONG
Tx2 33/11kV 30MVA
2HO
PPU KRUBONG RESERVE BUSBAR 33kV MAIN BUSBAR 33kV
1SO 1WO
1HO 3L5
N4
N5
N1
Tx1 33/11kV 30MVA
2HO
N2
Tx2 33/11kV 30MVA
32
31 RESERVE BUSBAR 11kV MAIN BUSBAR 11kV
30 34
4L5
TAMAT
BACK