Semoga brosur ini berguna dan bermanfaatFull description
minit mesyuarat rmt
Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 3
contoh minit mesyuarat tmk 2
CONTOH MINIT MESYUARAT PANITIA PAHASA INGGERIS KALI KE-2Full description
rmt
minit
minit pasrFull description
Minit mesyarat staff ke 2 bagi sesi 2017 S.K ARU BARU, LAWAS.
MINIT MESYUARATFull description
SKSP
minit mesyuarat spbt kali 1Full description
laporan pendahuluan pjkFull description
leaflet pjkFull description
contoh brosur kesehatan penyakit jantung koronerFull description
Full description
makalah pjk
LAPORAN PENDAHULUAN ANAK STIKESDeskripsi lengkap
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG 06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DAN SAINS SUKAN KALI KEEMPAT TAHUN 2011 TARIKH MASA TEMPAT
: 24 Oktober 2011 : 2.30 petang : Bilik Mesyuarat, SMK Sanglang
KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. I
En. Che Mansor bin Wahab En. Mohamad Sobri bin Hj.Ahmad (Pengerusi) Pn. Noriza bt Hijaz Pn. Zuraini bt. Shafie Pn. Siti Meriam bt Salleh ALU-ALUAN PENGERUSI Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat pada kali ini. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia atas kerjasama menjayakan program panitia sepanjang tahun 2011.
1.
II
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit mesyuarat yang lepas telah dibentangkan oleh setiausaha dan dicadang untuk disahkan oleh Pn. Zuraini bt Shafie dan disokong oleh Pn. Siti Meriam
2. III
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Perkara 12 – Ujian SEGAK bagi penggal kedua telah dilaksanakan dan pemarkahan Peperiksaan Akhir Tahun akan ditambah dengan markah pencapaian pelajar pada ujian SEGAK bagi penggal ini.
3.
Makluman : Semua Guru IV
LAPORAN PIHAK ATASAN 4. -
Peranan Pihak Atasan Pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak atasan juga bertindak sebagai model kepada semua guru, pelajar dengan menunjukkan contoh yang baik seperti datang awal, berpersonaliti menarik dan menepati masa. 1
5. 6. -
V
Peranan Guru Bertugas Mingguan Semua guru yang bertugas mingguan perlu peka terhadap tugas masingmasing. Laporan yang disediakan perlu ada kelainan daripada minggu sebelumnya. Semua penolong kanan dicadangkan supaya menyemak laporan tersebut secara bergilir-gilir. ‘Ops Payung’ Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat ini. Dewan SMK Sanglang akan dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir, manakala pusat peperiksaan SPM akan dipindahkan ke tingkat 2 Blok A. Makluman : Semua Guru
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN 7..
Dasar Amalan 8 S – amalan yang perlu dipraktikkan semasa berurusan denganpelanggan. 8 S – Salam, Sayang, Segak, Segera, Sempurna, Sensitif, Senyum dan Sopan. Satu kaedah untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang berkesan supaya mencapai inspirasi kerajaan dan meningkatkan kepuasan dengan orang yang berurusan.
8. -
PKBQ Pencerapan pengajaran dan pembelajaran telah selesai dilakukan sehingga September 2011. Semua guru telah di cerap sekurang-kurangnya 2 kali kecuali Encik Rosly bin Abd. Ghani.
9. 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia – - Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Kem 1M1S bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi membantu guru-guru menggerakkan aktiviti sukan di sekolah. Makluman: Semua Guru VI
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 10. En. Mohd. Zairol memaklumkan peratus lulus yang dicatatkan dari peperiksaan percubaan agak rendah, tetapi keadaan ini mungkin akan menjadi sebaliknya dalam peperiksaan sebenar berdasarkan pengalaman dari tahun-tahun lepas. 11. Peperiksaan Percubaan SPM tidak melibatkan mata pelajaran PJK dan Sains Sukan Makluman: Semua
2
VII
PROGRAM PECUTAN SPM 12.
VIII
Kelas Gemilang Sanglang – diteruskan lagi. Latih tubi – menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar bagi tahun-tahun lepas. Program teknik menjawab bahagian kedua-dengan menjemput guru cemerlang dari sekolah lain.
PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKBQ) 13. 14.
Setiap guru perlu dicerap oleh pihak pentadbir sekurang-sekurangnya 2 kali setahun. Semua ahli panitia telah cukup bilangan pencerapan bagi tahun 2011. Makluman: Semua
IX
MESYUARAT PANITIA 15. 16.
Mesyuarat panitia ini adalah kali yang keempat. Semua perkara yang dibincangkan perlu mengikut perkara yang dibincang semasa Mesyuarat Kurikulum. Makluman : Semua Guru Mata pelajaran
X
KURSUS DALAMAN 17. Semua guru perlu mencukupkan 7 hari bagi latihan dalam perkhidmatan bagi tahun 2011. Sekiranya belum cukup, guru-guru dikehendaki membaca dan membentang bahan ilmiah. 18 Semua ahli panitia telah pun mencukupi 7 hari bagi latihan dalam perkhidmatan.
XI
MBM/MBI 19. Pengambilan tenaga mengajar asing iaitu orang Inggeris untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan bayaran RM 10 ribu setahun dengan kadar 1 daerah akan mempunyai seorang tenaga pengajar.
XII
SKPM DAN NKRA 20. SAPS – tarikh memasukkan markah ke dalam sistem ini dilanjutkan kepada 29 November 2011.
XIII
KEWANGAN 21. Baki peruntukan kerajaan mengikut pecahan mata pelajaran boleh dirujuk di lampiran yang diedarkan. 22. Bagi mata pelajaran PJK masih berbaki sebanyak RM 175.27 manakala Panitia Sains Sukan tidak mempunyai baki. 3
XIV
PERANCANGAN TAHUN 2012 Perancangan bagi panitia PJK dan Sains Sukan bagi tahun 2012 dibincangkan seperti dilampiran.
23.
XV 24.
HAL- HAL LAIN
Pengerusi memaklumkan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 akan bermula 30 Oktober 2011 bagi tingkatan 4, dan 09 November 2011 bagi tingkatan 1 Manakala SPM akan bermula pada 14 November 2011 25. Kertas soalan peperiksaan perlu disedia dan disemak oleh guru berkenaan. Pemarkahan dikira 40% daripada ujian objektif dan 60% daripada Ujian SEGAK 26. Pengerusi mengingatkan kepada guru untuk memasukkan markah ke dalam sistem SAPS sebelum 31 November 2011. 27. Pengerusi meminta agar semua guru yang meminjam alatan sukan agar memulangkan kembali untuk semakan panitia. Tindakan dan Makluman : Semua Guru Mata pelajaran 28.
Pengerusi akhirnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir dan sebarang masalah akan diambil tindakan yang sewajarnya dengan kerjasama semua ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 03.30 petang. Disediakan Oleh, ……………………………. (NORIZA BINTI HIJAZ) S/U Panitia PJK dan Sains Sukan SMK Sanglang