FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN) TEKNOLOGI BINAAN BATA (BBB30203) TAJUK : LAWATAN TAPAK SISTEM PERPARITAN DI UTHM
SEKSYEN 2 SEMESTER 2 SESI 2015/2016 PENSYARAH: ENGR. DR. YUSMARWATI BINTI YUSOF NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
SALASIAH BT ABDULLAH
CB130101
SITI KHADIJAH BINTI BASARAI@ BASRI
CB130048
SHAHRIL HAMDI BIN SUPARDI
CB130046
NURFARIHAN BINTI DZUKIFLEE
CB130108
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 1.0
PENGENALAN
Pada 18 April 2016 bersamaan dengan hari selasa bertempat di sebuah bangunan Pusat Pembangunan Fasiliti bersebelahan dengan dewan konvokesyen dewan Sultan Ibrahim (DSI), telah dilaksanakan satu lawatan tapak di kawasan pembinaan di dalam UTHM iaitu pembinaan kolam takungan air untuk saluran parit tanah dalam kawasan kampus. Sebelum memulakan lawatan tapak, terlebih dahulu pihak Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti telah menyampaikan serba sedikit taklimat berkaitan pembinaan parit di kawasan kampus yang disampaikan oleh Encik Rozaidi bin Ali seorang Jurutera Awam bagi memberikan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih jelas terhadap projek yang tengah dibina. Tajuk projek yang sedang dilaksanakan ialah Cadangan Penambahbaikan Sistem Tebatan Banjir di UTHM. Berdasarkan maklumat yang telah disampaikan oleh Encik Rozaidi, semua sistem parit yang terdapat dalam kampus UTHM adalah dibina oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Sistem yang digunakan ialah kolam takungan air dalam kolam yang mempunyai kedalamam tertentu dan air dalam kolam-kolam mengalir secara graviti yang menggunakan dua pam untuk sistem perparitan iaitu pam graviti yang mengikut jumlah air mengalir melaluinya. Projek ini bermula pada Oktober 2015 dan dijangka tamat
pada Oktober 2016.
Kedalaman kolam takungan yang dibina adalah 0.9m dari aras laut dan air yang disalirkan adalah secara graviti melalui tasik G3, UTHM. Untuk sistem pam biasa menggunakan Spill Way iaitu kaedah ini air yang penuh akan mengalirkan keluar sendiri dengan kelajuan yang tertentu mengikut ketinggian aras air pada waktu itu. Konsep ini juga dapat dilihat diempanganempangan dimana air akan melimpah keluar dengan sendiri apabila air telah penuh. Dua pam yang digunakan untuk pembinaan sistem saliran ini ialah pam berkuasa 300 liter per saat dan pam kecil 50 liter per saat. Masa untuk pam adalah dari pam pertama ialah 300 ml per saat dan 50 liter per saat ke pam yang kedua. Lokasi asal tanah adalah setinggi 2.3 meter.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 2.0
OBJEKTIF LAWATAN TAPAK
Pada akhir aktiviti lawatan tapak ini, pelajar dapat:1. Mengenalpasti jenis sistem perparitan yang digunakan di dalam kampus UTHM iaitu parit tanah dan parit konkrit. 2. Mengetahui kaedah pam saliran air yang digunakan dalam UTHM iaitu kaedah pam graviti dan pam biasa. 3. Mengenalpasti aliran utama sistem saluran parit di dalam UTHM. 4. Membezakan antara parit tanah dengan parit konkrit yang digunakan dalam kampus UTHM. 5. Pelajar dapat mengetahui sistem MSMA
3.0
SISTEM PERPARITAN
Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana dua sebab iaitu rekabentuk parit merupakan kesan yang menyebabkan banjir di sesuatu kawasan. Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (drain size), aras pembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit ke parit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yang dibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain). Maklumat ini penting untuk membuat pengiraan dan menentukan rekabentuk parit di sesuatu kawasan. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian kejuruteraan di Jabatan Kerja Raya dan pihak Majlis Perbandaran. Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas. Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut : i. ii. iii. iv. 4.0
Longkang hendaklah tidak mudah bocor Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’ Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.
SISTEM SALIRAN
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke tempattempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang dalam kejadian banjir. Berasaskan analisis daripada pihak tertentu sistem perparitan dan sistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing.
Sistem saliran air di UTHM adalah
menggunakan pam biasa serta pam graviti. i.
Pam biasa (Spill Way) Spillway adalah struktur yang digunakan untuk menggerakkan air yang mengalir dari satu tempat ke satu tempat yang lain apabila paras air meningkat. Spillways menyerap air apabila air tidak dapat dibendung. Ianya adalah untuk mengelakkan air melimpah ke jalan atau ke permukaan jalan. Konsep ini didapati pada empangan-empangan yang terdapat di Malaysia.
ii.
Pam graviti Air akan disalirkan secara graviti mengikut ketinggian aras permukaan tanah. Kawasan yang lebih tinggi akan mengalirkan air ke kawasan yang lebih rendah.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 5.0
JENIS-JENIS PARIT
Terdapat 7 jenis parit yang biasa digunakan dalam pembinaan saliran iaitu:1. Pre Cast V Drain
Ciri-ciri Pre Cast V Drain adalah ia berbentuk "V" dan biasanya terdapat di sepanjang jalan raya atau ditepi cerun bukit.
2. Pre Cast U Drain Ciri-ciri Pre Cast U Drain adalah berbentuk "U" dan biasanya terdapat di sekeliling bangunan atau rumah
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] Sistem perparitan jenis ini dibina disekitar kawasan kolam takungan. Parit ini dibina kerana ianya sesuai untuk sekeliling bangunan atau rumah. Parit ini berbentuk "U" dan direka bentuk berdasarkan BS 8110:1997. Kekuatan konkrit yang digunakan untuk binaan Pre Cast ialah 30N/mm2 - 40N/mm2. Namun ia bergantung pada reka bentuk kawasan yang dibina.
3. R.C Drain
Rajah menunjukkan proses pembinaan R`C Drain. Ciri-Ciri R.C Drain ialah saliran yang di bina diperkukuh dengan adanya konkrit dan tetulang. Ia dibina terus di tapak melalui kaedah in-situ. Dan biasanya dibina di tepi jalan. 4. Half Round Drain
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Ciri-Ciri Half Round Drain adalah ia berbentuk separuh bulatan. Dan biasanya dibina di kawasan perumahan, dan kawasan tanah rendah.
5. Cascading Drain
Ciri-ciri Cascading Drain ialah ia berbentuk seperti tangga.. Ia berupaya memberi sokongan kepada lereng bukit supaya tanah tidak mudah tergelincir ke bawah` Pembinaan berdasarkan kepada kecerunan bukit yang hendak dibina Cascading Drain. Biasanya dibina di lereng bukit yang terletak di tepi jalan raya.
6. Scupper Drain
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Scupper drain dibina di sepanjang tepi jalan.. Air yang bertakung di tepi jalan akan mengalir melalui saliran ini. Banjir dapat dielakkan dan tiadanya takungan air di permukaan jalan raya.
7.Roadside Drain.
Ciri-ciri Roadside Drain adalah ia dibina di tepi jalan. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya jalan raya banjir.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 6.0
SISTEM PERPARITAN MSMA
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Encik Rozaidi bahawa kawasan bangunan lama UTHM menggunakan pairt U-drain. Manakala kawasan fakulti menggunakan parit tanah iaitu sistem MSMA (sistem perparitan mesra alam). Sistem MSMA membawa air hujan ke sistem parit dan pergi ke sistem takungan (kolam takungan) yang telah disediakan di kawasan tertentu. Bahagian Saliran Mesra Alam ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menyokong aspirasi mengurangkan kejadian banjir dan membendung pencemaran air dengan pendekatan mesra alam. Fungsi Bahagian Saliran Mesra Alam tertumpu kepada pengurusan air larian hujan berkonsepkan mesra alam demi kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup dan ini disokong dengan misi bahagian untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pengurusan Air Larian Hujan. Bahagian ini berperanan untuk memperkenal, melaksana dan menggunakan konsep mesra alam dengan mengaplikasikan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam sistem saliran di Malaysia. Dalam pada itu, Bahagian ini juga menggubal polisi, strategi dan garis panduan serta memberikan khidmat sokongan teknikal kepada lain-lain agensi dalam usaha untuk memartabatkan penggunaan sistem saliran mesra alam. Prinsip asas MSMA adalah kawalan pada punca (control-at-source) yang mengawal lima elemen utama merangkumi kuantiti, kualiti, hakisan dan enapan, operasi dan penyenggaraan serta nilai estetika yang telah didokumenkan secara sistematik sebagai satu rujukan bertauliah dalam pengurusan saliran air larian hujan bersepadu (Integrated Stormwater Management) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. MSMA Edisi Kedua menampilkan kaedah rekabentuk yang lebih praktikal dan tepat dengan beberapa perubahan yang disesuaikan dengan iklim Malaysia tetapi masih berasaskan prinsip kawalan pada punca yang merangkumi lima elemen utama di atas dengan matlamat jangka panjang adalah untuk mendapatkan faedah pulangan kepada kesejahteraan sosial, keharmonian alam sekitar dan kestabilan ekonomi.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 6.1
Sistem MSMA
MSMA merupakan satu kaedah yang dihasilkan dari gabungan ketiga-tiga kaedah, iaitu kaedah berstruktur, kaedah tak berstruktur dan kaedah pengurusan banjir bersepadu. Manual saliran bandar yang pertama digunakan di Malaysia dalam mana-mana perancangan pembangunan Bandar adalah Tatacara Perancangan dan Reka Bentuk No. 1: Piawaian dan Tatacara Reka Bentuk Saliran Bandar Untuk Semenanjung Malaysia telah dicetak oleh JPS pada tahun 1975. Manual ini disediakan sebagai garis panduan untuk jurutera dalam mereka bentuk sistem saliran dan telah dirujuk oleh pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri untuk mendapatkan syarat-syarat saliran yang diperlukan bagi apa-apa pembangunan di kawasan bandar. Manual ini mencakupi perancangan, asas reka bentuk, luahan banjir, reka bentuk saluran terbuka, struktur, storan, kawalan hakisan dan pemendapan. Sehingga tahun 2001, kaedah pengurusan secara penyaliran cepat ini, dikatakan telah menyebabkan peningkatan kejadian banjir kilat di kawasan pembangunan baru akibat larian permukaan yang lebih tinggi, kenaikan mendadak puncak air, tempoh aliran lebih pendek dan lain-lain. Selain itu masalah air tercemar, sampah sarap terapung, dan pemendapan dalam sistem sungai semakin meningkat disebabkan oleh kelemahan dalam amalan semasa. Peningkatan kepada kejadian-kejadian banjir ini telah memberi satu tindakan yang proaktif kepada JPS untuk memperkenalkan buku panduan penyaliran bandar baru bagi menggantikan manual yang sedia
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] ada. Ini adalah kerana manual ini telah digunakan sebagai garis panduan lebih daripada dua puluh lima tahun sejak penerbitannya dan tiada sebarang perubahan yang dibuat walaupun telah terdapat banyak pembangunan teknologi yang baru dalam sistem saliran Bandar. MSMA adalah satu langkah proaktif yang dibuat bagi menukar manual yang terdahulu supaya dapat memasukkan perkembangan terbaru dalam pengurusan air ribut yang dikenali sebagai pendekatan kawalan di sumber. Manual ini telah berkuat kuasa mulai 2001 dan semua pembangunan baru adalah diharapkan akan menggunakan MSMA dalam mereka bentuk sistem saliran bandar yang menyarankan kaedah Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs). Pendekatan yang diketengahkan dalam MSMA menggunakan proses penahanan atau pembendungan, penyusupan dan penulenan. Di mana melalui pendekatan ini kualiti dan kuantiti air larian dari kawasan pembangunan akan dikekalkan keadaannya sama seperti keadaan sebelum pembangunan. Pendekatan baru yang diperkenalkan dalam MSMA ini lebih mesra alam sekitar dan mampu menyepadukan kemudahan-kemudahan lain. Contohnya adalah, kawasan berlandskap dan kemudahan simpanan air larian hujan sementara dalam kawasan letak kenderaan dan padang permainan.
6.2 Kebaikan MSMA Kebaikan bagi menggunakan kaedah kawalan di sumber ini adalah: i. ii. iii.
Saiz parit yang diperlukan di kawasan bandar adalah lebih kecil dan setanding dengan keadaan sebelum pembangunan Kesan air larian hujan dikurangkan Terdapat persepaduan infrastruktur saliran yang mesra alam dengan landskap dan mewujudkan keharmonian alam semula jadi. Contohnya, jika parit saliran tanah yang ditutupi dengan rumput dibina untuk menggantikan parit konkrit di tepi jalan. Di mana ia boleh berfungsi sebagai agen simpanan luahan air larian hujan dan menuras bahan pencemar dari punca tidak tetap seperti gris dari kenderaan. Selain itu, parit juga boleh menjadi sebahagian daripada kawasan landskap yang akan dihiasi dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan berbunga.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 6.3 Matlamat MSMA Matlamat Manual Saliran Mesra Alam ini adalah untuk : Menyediakan panduan kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan mereka bentuk pengurusan air larian hujan. Ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti satu arah baru untuk pengurusan air larian hujan di kawasan bandar di Malaysia. Pengurusan air larian hujan di kawasan tadahan biasanya dijalankan oleh beberapa organisasi. Cabarannya adalah untuk memastikan bahawa pentadbiran, perancangan, reka bentuk dan penyelenggaraan sistem pengurusan air larian hujan adalah selaras dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), negeri dan Persekutuan yang berkaitan dalam bidang perancangan, kejuruteraan alam sekitar dan awam, dan seni bina landskap (DID 2001). Di bawah arah tuju baru ini, pengurusan air larian hujan ini mempunyai beberapa objektif yang berbilang bagi mencapai matlamat manual ini dikeluarkan. Antaranya: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Memastikan keselamatan awam Mengawal gangguan pembanjiran dan menyediakan laluan yang selamat bagi kejadian banjir yang jarang berlaku dan lebih besar Melindungi harta awam Menstabilkan bentuk bumi dan mengawal hakisan Mengoptimumkan tanah yang boleh didapati untuk pembangunan bandar Meminimumkan kesan alam sekitar daripada air larian bandar terhadap kualiti air Mempertingkatkan landskap bandar.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 6.4 Contoh sistem saluran parit yang mesra alam (MSMA)
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 7.0
CULVERT
Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain. Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang,besi atau PVC. Jenis-jenis Culvert. 1. Box Culvert Ciri-ciri: i. ii.
Berbentuk segiempat diperbuat daripada konkrit
Fungsi-fungsi: i.
Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan
ii.
tersumbat. Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 2. Round Culvert Ciri-ciri: i. ii.
Berbentuk bulat bahan buatan konkrit, besi
Fungsi-fungsi: i. ii. iii.
Dibina sebagai terowong saliran air. bisanya terletak di tepi jalan menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 8.0
SEPANJANG AKTIVITI LAWATAN TAPAK
Taklimat tengah disampaikan oleh Rozaidi bin Ali di Pusat Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti UTHM
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Penyampaian cenderahati kepada pihak pengurusan atas ucapan terima kasih yang telah memberi peluang kepada kami untuk membuat lawatan tapak pembinaan kolam takungan.
Pelajar mula bergerak ke tapak projek sistem kolam takungan bersebelahan dengan PKU (pusat kesihatan universiti)
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Pelajar bergerak secara beramai-ramai bagi melihat kawasan pembinaan kolam takungan.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Salah seorang daripada pengurus dalam pembinaan kolam takungan ini memberi serba sedikit pengenalan berkaitan kolam takungan dan projek yang sedang dilaksanakan.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Penyelia tapak bina memberi taklimat serba sedikit untuk menyampaikan maklumat berkaitan tapak projek.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
kawasan pembinaan, kerja pengorekan telah selesai dibuat iaitu dengan kedalaman 0.9m
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Kawasan tapak projek, menunjukkan jentera-jentera sedang membuat kerja pengorekan dan memindahkan tanah ke kawasan penimbusan.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Sistem perparitan yang menggunakan saliran mesra alam (MSMA)
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Kawasan projek pembinaan kolam takungan yang sedang dalam aktiviti pengorekan tanah.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
Jentolak sedang meratakan tanah disekitar tapak binaan kolam takungan
[TEKNOLOGI BINAAN BATA]
sesi bergambar pelajar bersama pensyarah pengiring
Sesi bergambar bersama pihak pengurusan yang telah menjadi pembimbing kami dalam lawatan tapak kawasan pembinaan kolam takungan.
[TEKNOLOGI BINAAN BATA] 9.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, hasil daripada lawatan tapak pembinaan kolam takungan ini kami sebagai pelajar dapat pengetahuan bahawa sistem perparitan di dalam kampus UTHM hanya menggunakan sistem perparitan MSMA iaitu perparitan mesra alam dan menggunakan pam graviti untuk mengalirkan air dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kaedah pam graviti ini memerlukan kawasan kolam takungan, seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak pengurusan bahawa kolam takungan perlu bagi mengelakkan berlaku banjir kilat di kawasan kampus UTHM. Kolam takungan yang dibina adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya banjir atau berlaku limpahan air ketika hujan lebat. Saliran yang baik ialah apabila air dapat berfungsi dengan lancar. tanpa berlaku sekatan sewaktu air mengalir. Kolam takungan air telah direka bentuk kedalamannya untuk menakung air setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti jenis tanah, kekerapan hujan dan sebagainya.
10.0
RUJUKAN
1. http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_sisparit.htm 2. http://senibina.blogspot.my/2007/01/jenis-jenis-parit.html 3. http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/822-manual-saliran-mesra-alam-edisike-2.pdf 4. http://www.oka.com.my/index.asp? LanguagesID=1&TitleReferenceID=1212&CompanyID=29 5. https://www.google.com/search? q=spill+way&safe=strict&biw=1366&bih=667&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X& ved=0ahUKEwj439m35aHMAhXBkZQKHdNmC4MQsAQIRg