Konsep syura zaman sekarang Disediakan oleh: Amrina Rosyada binti Abdul Rahman Siti Rabiatul Ashikin binti Jamaludin
Definisi Syura • Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). • Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran. • Dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan
Konsep Syura Dalam Pemerintahan Islam • Mesyuarat (Syura) adalah salah satu sendi keimanan dan sifat khusus kaum Muslimin. Berdasarkan Syura:
• Seseorang ketua Negara dan pemimpinnya wajib bermusyawarah dalam hal yang menyentuh kepentingan umum dan khusus.
• Rakyat berhak memberi nasihat kepada ketua Negara dan pembantunya sama ada diminta atau tidak.
• Pemimpin Negara yang meninggalkan musyawarah wajib dipecat. (Pendapat ulama’ mujtahid)
Konsep Demokrasi Dalam Pemerintahan • sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. • Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya.
• Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula
• Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. • Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat. • Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Syura atau demokrasi ?
Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat
VS Sistem Demokrasi berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir