SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS) Soalan 2(b) - Petikan Puisi Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. (Dipetik daripada Erti Hidup Bererti, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Apakah harapan ibu kepada anaknya dalam sajak tersebut.
(ii)
Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
(iii)
Halaman 1
[2 markah]
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3 P4
SKEMA Harapan ibu kepada anaknya Anak-anaknya datang menjenguknya Anak-anaknya insaf Anak-anaknya menjadi penenang / penawar hatinya Anak-anaknya mempunyai perasaan kasih sayang dalam hati
(ii)
Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa Mendengar nasihat ibu bapa Belajar bersungguh-sungguh Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa Bertutur / bercakap dengan sopan Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong
P1 P2 P3 P4 P5 P6 (iii) P1
P2
P3 P4
P5
Dua persoalan Persoalan sikap anak-anak yang tidak menjalankan tanggungjawab ibu bapa. Contoh: Ibu berasa sedah kerana anak-anak tidak mempedulikannya ketika dia sakit. Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak. Contoh: Ibu tetap mendoakan agar anak-anaknya insaf dan mempunyai perasaan kasih sayang walaupun anak-anak mengabaikannya. Persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang ibu. Contoh: Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya. Persoalan ketabahan seorang ibu menempuh hari-hari tua. Contoh: Ibu tabah menempuh hari-hari tuanya tanpa kehadiran anak-anaknya / tabah mengerang kesakitan seorang diri. Persoalan kesedaran hidup manusia yang tidak berkekalan Contoh: penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia tidak kekal kecuali Tuhan. Halaman 2
MARKAH 1 1 1 1
1 1 1 1 1 1
2
2
2 2
2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescanya dapat daripadanya faedah. Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii)
(iii)
Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan kakinya. [2 markah] Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita menjaga pertuturan dalam pergaulan. Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Halaman 3
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3 P4 P4 (ii) P1 P2 P3 P4 (iii) P1 P2 P3 P4
SKEMA Kebaikan: Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama / undang-undang Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan Kesan tidak menjaga pertuturan: Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / pergaduhan Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim Dibenci / dimusuhi oleh orang lain Kekurangan / ketiadaan kawan Dua persoalan Kepentingan menjaga pancaindera Contoh: diri disayangi dan dihormati Berhati-hati apabila menggunakan pancaindera Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. Akibat melakukan sesuatu secara keterlaluan Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai keburukan. Tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara keji Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu menjaga maruah diri dan keluarga.
Halaman 4
MARKAH 1 1 1 1 1
1 1 1 1
2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Sazalee Yacob Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. (Dipetik daripada Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus) Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
(ii)
(iii)
di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Apakah yang hendak disampaikan oleh penyajak melalui petikan sajak di atas? [2 markah] Dalam rangkap pertama sajak ini ada dinyatakan tentang perubahan minda yang perlu dilakukan oleh seseorang murid sebelum mereka bergelar pelajar universiti. Pada pendapat anda, mengapakah mereka perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di menara gading? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Halaman 5
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1
(ii) P1 P2 P3 P4 P5 P6 (iii) P1
P2
P3
P4
SKEMA Maksud Kampus-kampus universiti sebagai pusat percambahan pemikiran / pertimbangan boleh menjelmakan perasaan ego / sombong yang boleh menghilangkan / menghancurkan nilai pekerti Sebab murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya Mereka lebih berdikari tanpa bergantung pada pensyarah / ibu bapa / rakanrakan Mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berlumba-lumba menjadi pelajar yang terbaik. Mereka tidak berkonflik / tidak menyalahkan ibu bapa / mana-mana pihak sekiranya mereka gagal dalam pelajaran Mereka tidak hilang pertimbangan / “culture shock” / tidak hanyut di tempat baharu Supaya mereka tidak terkandas / bangkit selepas terkandas Pengaruh rakan sebaya / pengaruh persekitaran boleh merosakkan mereka Persoalan Persoalan kepentingan ilmu / pendidikan dalam kehidupan Contoh (R1: B6 / B7 / B8) kau nikmatilah angin dan udara ilmu / memesrai azimat dan tangkap dari tangkai gading – Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari ilmu pengetahuan mampu diperoleh dari menara gading tersebut. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak Contoh (R1: B1 / B2) Kuhantar kau mengecapi angin baru / Udara lain dari kampung bendang keningmu. Penyajak menghantar anaknya belajar di bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan kampung. Penyajak mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti. Persoalan harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa Contohnya, penyajak membenarkan anaknya belajar di bandar untuk meluaskan / menambahkan pengalaman hidupnya, sekali gus melatih anaknya menjadi lebih tabah, matang dan bijaksana dalam menangani cabaran hidup. Persoalan cabaran hidup di bandar Contohnya, penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar. Banyak perkara negatif boleh berlaku sekiranya anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik. Oleh itu, dia berharap anaknya dapat membuat pertimbangan dengan rasional agar sifat sombong tidak menguasai dirinya.
Halaman 6
MARKAH 2
1 1 1 1 1 1
2
2
2
2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. (Dipetik daripada Erti Hidup Bererti, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?
[2 markah] Pada pendapat anda, berikan tiga sebab mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Halaman 7
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2
(ii) P1 P2 P3 P4 (iii) P1
P2 P3
P4
SKEMA Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana tiada sesiapa / anak-anak yang datang menziarahinya Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang demikian, penulis yang mengeluh telah meluahkan kesunyiannya pada usia tua. Pada pendapat saya, sebab segelintir anak-anak bersikap begitu ialah: Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing Menganggap ibu bapa menyusahkan Tiada masa / tidak cukup masa Tinggal jauh Dua persoalan yang dapat diperoleh daripada sajak di atas: Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi pada usia tua mereka nanti. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Walaupun dipinggirkan, namun seorang ibu tetap mendoakan anaknya agar diberi keinsafan. Persoalan ikatan kekeluargaan yang longgar Pada masa sekarang, ramai anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka. Bukan setakat tidak diziarahi bahkan tidak dijaga dengan baik dan menganggap mereka tidak bermakna dalam hidup. Persoalan tiada makhluk yang kekal selain Tuhan Semua hidupan di dunia ini akan mati satu hari nanti yang kekal hanyalah Tuhan. Halaman 8
MARKAH 2 2
1 1 1 1
2
2 2
2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH) Soalan 2(b) - Petikan Syair Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR BIDASARI Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat.
Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka- sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri.
Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.
Hairan orang empunya temasnya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.
Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana- mana.
Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.
Baginda pun sedang dihidap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.” (Dipetik daripada Syair Bidasari Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) (ii) (iii)
Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas. [2 markah] Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana? [3 markah] Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]
Halaman 9
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 (ii) P1 P2 P3 P4 (iii) P1 P2
P3
P4
SKEMA Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas. Burung geruda Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana Bantuan kewangan Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas. Kebijaksanaan Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijak. Kasih sayang Contoh: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik. Tanggungjawab Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda. Ketaatan Contoh: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersamasama dengan baginda ketika susah dan senang.
Halaman 10
MARKAH 2
1 1 1 1
2 2
2
2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescanya dapat daripadanya faedah. Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii)
(iii)
Terangkan maksud rangkap kelima gurindam di atas. [2 markah] Gurindam di atas menerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkaraperkara negatif. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif. [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]
Halaman 11
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 (ii) P1 P2 P3 (iii) P1 P2 P3
SKEMA Maksud apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh ialah Jika terlalu kenyang Bermacam-macam perkara tak elok timbul Tindakan-tindakan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif ialah Mempelajari / menuntut ilmu terutamanya ilmu agama Bercampur gaul dengan orang / rakan yang baik Melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu lapang Dua pengajaran ialah Kita hendaklah menjaga telinga kita daripada mendengar perkara-perkara yang tidak elok supaya tidak terpengaruh dengan perkara tersebut. Kita hendaklah menjaga lidah / percakapan kita supaya mendapat kebaikan. Jangan makan terlalu kenyang agar tidak timbul perkaraperkara yang tidak senonoh.
Halaman 12
MARKAH 1 1
1 1 1
2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescanya dapat daripadanya faedah. Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Nyatakan maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas.
(ii)
Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga tingkah laku?
(iii)
[2 markah]
[3 markah] Berdasarkan gurindam di atas, huraikan dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini. [4 markah]
Halaman 13
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2
SKEMA Maksud rangkap kelima gurindam ialah Nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemurungan
(ii) P1 P2 P3 P4 P5
Perlu menjaga tingkah laku Kita akan disenangi oleh masyarakat Kita akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat Ibu bapa akan berasa bangga Kita akan disayangi oleh rakan-rakan / ahli keluarga Kita akan mendapat ramai kenalan
(iii) P1
Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini Nilai kebijaksanaan Contohnya, kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. Nilai kesederhanaan Contohnya, kesederhanaan ketika menghadapi rezeki. Nilai kesabaran Contohnya, kesabaran memelihara mata melihat perkara yang negatif
P2 P3
Halaman 14
MARKAH 1 1
1 1 1 1 1
2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. BEBERAPA PETUA HIDUP Za’ba Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.
Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.
Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.
Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.
Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.
Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.
Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.
Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.
Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.
Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit.
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.
Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.
Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Apakah maksud rangkap gurindam di atas?
(ii) (iii)
[2 markah] Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam pergaulan? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] Huraikan dua pengajaran daripada gurindam tersebut. [4 markah]
Halaman 15
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1
SKEMA Maksud rangkap gurindam Nama seseorang yang telah membuat jasa akan disanjung pada setiap masa
(ii) P1 P2 P3 P4
Tiga alasan Tidak akan menyinggung perasaan seseorang Untuk mengelakkan perselisihan faham Dapat mencegah daripada berlaku pergaduhan Dapat meningkatkan keperibadian seseorang
(iii) P1
Dua pengajaran Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham. Kita mestilah bijak memilih rakan supaya dapat membimbing kita ke arah kebaikan. Seseorang perlulah menjaga tutur kara ketika berbicara untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan. Kita janganlah suka mengadu domba dan membuat fitnah kerana boleh menjejaskan silaturahim dalam masyarakat. Usahlah kita berlebih-lebihan membantu orang sekiranya diri sendiri berada dalam kesusahan / kesempitan Kita hendaklah sentiasa berbudi agar selalu dikenang orang.
P2 P3 P4 P5 P6 P7
Halaman 16
MARKAH 2
1 1 1 1
2 2 2 2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK) Soalan 2(b) - Petikan Seloka Baca petikan seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU Za’ba Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti. Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.
Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina, Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega. (Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?
[2 markah] Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan? [3 markah] Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah] Halaman 17
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3 P4
SKEMA Istana raja dapat dibina dengan Baginda menitahkan orang besar empat membina istana Orang besar empat memanggil Pawang Raja Pawang Raja memanggil 40 orang tukang dan utas 40 orang bertukang siang dan malam
(ii) P1 P2 P3 P4
Usaha-usaha yang dapat dilakukan ialah Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran pertukangan
(iii) P1
Nilai Nilai ketaatan / kesetiaan Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Nilai kerajinan Contohnya, 44 orang tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam. Nilai kerjasama Contohnya, 44 orang tukang bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja. Nilai bertanggungjawab Contohnya, 44 orang tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana raja.
P2
P3 P4
Halaman 18
MARKAH 1 1 1 1
1 1 1 1
2
2
2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku Membaca Lagi Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran- Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak lagi membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. (Razali Mohd Yussof Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii)
(iii)
Berikan gambaran suasana alam yang mewarnai kehidupan manusia dalam sajak tersebut. [2 markah] Pada rangkap terakhir, penyair turut berasa sedih atas kemunduran bahasa Melayu. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan untuk memantapkan lagi kedaulatan bahasa Melayu? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Halaman 19
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3
SKEMA
MARKAH
Gambaran suasana alam Kicauan burung Desiran ombak Pelangi
1 1 1
(ii) P1 P2 P3 P4
Langkah-langkah Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan Kempen Cintai Bahasa Melayu Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja
1 1 1 1
(iii) P1
Dua persoalan Persoalan kebesaran ciptaan Tuhan Apabila penyajak mendongak ke langit, melihat awan dan banjaran gunung, dia dapat melihat bukti kebesaran Ilahi. Persoalan keindahan alam semula jadi Bunyi kicauan burung, desiran ombak dan pelangi merupakan antara keindahan yang dinikmati oleh manusia. Persoalan jati diri anak bangsa yang kian terancam Alam seolah-olah menangisi nasib anak bangsa yang kian pudar jati dirinya kerana pelbagai pengaruh daripada luar. Persoalan kedudukan bahasa Melayu yang kian terancam Perlu usaha yang berterusan yang mendaulatkannya. Persoalan kemusnahan alam semula jadi Kerakusan manusia menyebabkan kemusnahan khazanah hutan.
P2 P3 P4 P5
Halaman 20
2 2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEJADAH RINDU Mohd. Haikal Aminuddin Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu.
Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan.
Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara.
Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti. (Kalam Pertama, 2013 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Nyatakan dua perkara yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah berdasarkan rangkap pertama. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan? [3 markah] Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak. [4 markah]
Halaman 21
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3 (ii) P1 P2 P3 P4 P5 P6 (iii) P1 P2 P3 P4 P5 P6
SKEMA 2 perkara Mengungkap / melafazkan kalimah suci Berasa insaf / timbul keinsafan Mengenang dosa-dosanya yang terdahulu Kesan-kesan positif Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat Memperoleh ketenangan jiwa Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat Sentiasa berfikiran terbuka / rasional Kesalahan lalu dijadikan teladan 2 nilai Keinsafan – penyajak menginsafi segala kesalahannya yang lalu Kegigihan – penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia Keikhlasan – penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata Ketaatan – penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan mendapat pengampunan daripada Penciptanya Kemaafan – penyajak memohon kemaafan daripada Tuhannya Kesedaran – penyajak sedar akan kehidupan di dunia hanya sementara
Halaman 22
MARKAH 1 1 1
1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA) Soalan 2(b) - Petikan Syair Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat.
Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka- sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri.
Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.
Hairan orang empunya temasnya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.
Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana- mana.
Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.
Baginda pun sedang dihidap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.” (Dipetik daripada Syair Bidasari Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) (ii)
(iii)
Bagaimanakah keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair? [2 markah] Sesebuah negara sering menghadapi musibah yang tidak disangka-sangka. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut? [3 markah] Jelaskan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]
Halaman 23
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3 (ii) P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7
(iii) P1 P2 P3 P4 P5
SKEMA Keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair Rakyat menjadi gempar Rakyat ketakutan Rakyat lari bertempiaran / lari menyelamatkan diri Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut Orang ramai perlu mengetahui / menguasai ilmu tentang sesuatu musibah yang sedang / pernah berlaku di negara-negara lain. Pihak kerajaan / berkuasa mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan alat kawalan keselamatan / alat penggera di kawasan yang berisiko menghadapi musibah. Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan keperluan harian seperti makanan / pakaian / ubat-ubatan yang mencukupi kepada bakal mangsa. Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan kawasan penempatan baharu yang lebih tinggi dan selamat. Anggota keselamatan mengadakan latihan menyelamat dengan lebih banyak / kerap dalam menghadapi masalah. Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada masyarakat tentang cara-cara menghindarkan diri / membuat persediaan ketika menghadapi musibah dari semasa ke semasa. Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair Seorang raja yang adil Contoh: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil. Seorang raja yang bijaksana Contoh: Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya. Seorang raja yang bertanggungjawab Contoh: Raja Negeri Kembayat bertanyakan keadaan negerinya yang telah diserang musuh. Seorang raja yang penyayang Contoh: Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya hamil. Seorang raja yang prihatin Contoh: Raja Negeri Kembayat prihatin akan masalah rakyatnya.
Halaman 24
MARKAH 1 1 1
1 1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gelanggang Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar- pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hatinurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. (Onn Malini, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Berdasarkan sajak, nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
[2 markah] Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada kepada sesebuah negara. [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Halaman 25
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 (ii) P1 P2 P3 P4 P5 (iii) P1 P2
P3
SKEMA Dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara Menjaga negara dengan sepenuh hati Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara Pendapat – kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada kepada sesebuah negara Negara menjadi aman dan damai Rakyat hidup sejahtera dan harmoni Negara bertambah maju dan cemerlang Program pelancongan berjaya dan berkesan Pembangunan negara berjalan dengan lancar Persoalan yang terdapat dalam sajak Persoalan perpaduan kaum dipertahankan Contohnya, satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu pada kemudian hari Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara Contohnya, penyajak menyeru semua rakyat mempertahankan kedaulatan watan daripada anasir jahat. Persoalan perjuangan generasi dahulu mendapatkan kemerdekaan Contohnya, generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
Halaman 26
MARKAH 1 1
1 1 1 1 1
2 2
2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. (Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka lebih berkualiti? [3 markah] Jelaskan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut. [4 markah]
Halaman 27
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1
(ii) P1 P2 P3 (iii) P1 P2
SKEMA
MARKAH
Maksud rangkap pertama Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana tiada sesiapa yang menziarahinya.
2
Aktiviti-aktiviti Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama dan majlis tahlil Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun Pengajaran Kita janganlah mengabaikan keperluan orang tua kita agar kehidupan mereka ceria di penghujung usia. Kita janganlah melepaskan tanggungjawab menjaga orang tua agar orang tua berasa dihargai oleh anak-anak sendiri.
Halaman 28
1 1 1
2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG) Soalan 2(b) - Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. BEBERAPA PETUA HIDUP Za’ba Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.
Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.
Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.
Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.
Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.
Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.
Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah.
Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
(i) (ii)
(iii)
Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat. (Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Nyatakan kesan jika seseorang itu bersifat jahat seperti digambarkan dalam gurindam di atas. [2 markah] Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan? [3 markah] Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas? [4 markah]
Halaman 29
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2
(ii) P1 P2 P3 P4 P5 (iii) P1 P2
SKEMA Kesan Jika seseorang itu menabur fitnah dan mengadu domba akan menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni, Jika seseorang itu melakukan perbuatan khianat sesama manusia, Tuhan pasti melaknatinya. Pada pendapat saya, kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan agar Menghindari masyarakat daripada terjebak dalam kancah maksiat Merapatkan hubungan silaturahim Memupuk perpaduan Melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia. Menjaga / memelihara maruah diri. 2 persoalan Ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan Kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin kecemerlangan dalam kehidupan.
Halaman 30
MARKAH 2 2
1 1 1 1 1
2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK) Soalan 2(b) - Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. KUDUP PERANG Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman- sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli? Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara- perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?
Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat- nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia- seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya.
Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. (Tuah Saujana Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Berikan maksud ungkapan mengudupkan putik dendam dalam rangkap 1.
[2 markah] Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya kita contohi pada masa ini? [3 markah] Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Halaman 31
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 (ii) P1 P2 P3 P4
(iii) P1 P2 P3 P4
SKEMA Maksud ungkapan mengudupkan putik dendam ialah Meredakan perasaan tidak suka yang baru bermula Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat dan negara untuk memastikan keamanan negara. Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan kudrat semata-mata untuk memastikan kehidupan masyarakat tenteram. Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara yang cuba mengganggu kehidupan masyarakat di negara kita. Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara daripada dicerobohi oleh musuh yang boleh menggugat kehidupan masyarakat. 2 nilai Nilai keberanian – penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dan pengkhianat. Nilai kerajinan – masyarakat perlu gigih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan selepas perang. Nilai keadilan – peristiwa Jebat dan Tuah hendaklah diadili dengan saksama tanpa perasaan prejudis. Nilai bijaksana – kita perlu menilai sesuatu peristiwa dengan matang dan rasional.
Halaman 32
MARKAH 2 1 1 1 1
2 2 2 2
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescanya dapat daripadanya faedah. Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Apakah maksud rangkap kedua dalam gurindam di atas?
[2 markah] Pada pendapat anda, mengapakah amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin berkurangan? [4 markah] Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [3 markah]
Halaman 33
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1 P2 P3
(ii) P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7
(iii) P1 P2 P3 P4
SKEMA Maksud rangkai kedua gurindam di atas ialah Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian Telinga perlu dijaga / dikawal daripada mendengar perkara yang tidak baik Seseorang hendaklah menjaga telinganya agar tidak mendengar perkara yang buruk. Pendapat saya amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin berkurangan kerana Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak di rumah Kewujudan pelbagai media massa di negara ini turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita Kurang didikan agama Pengaruh persekitaran yang kurang sihat Pengaruh pergaulan dengan rakan sebaya Guru-guru / sekolah yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan Kurang didikan / latihan daripada ibu bapa sejak kecil terutama aspek tunjuk ajar yang betuk kepada anak supaya berbudi bahasa dengan orang tua. Pengajaran yang terdapat dalam gurindam ialah Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana agar tidak dapat melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kita perlulah menjaga tutur kata dengan menggunakan katakata yang baik supaya sentiasa disenangi oleh masyarakat. Telinga perlulah dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian agar hidup kita sentiasa selamat.
Halaman 34
MARKAH 2 2 2
2 2 2 2 2 2 2
1 1 1 1
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SIJANGKANG JAYA - SELANGOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEJADAH RINDU Mohd. Haikal Aminuddin Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu.
Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan.
Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara.
Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti. (Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii)
Berikan maksud baris sebelum saat aku dinisankan. Huraikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas.
[2 markah]
[3 markah] Penganut agama Islam yang telah melakukan dosa perlulah bertaubat dengan segera untuk membersihkan diri. Kemukakan pendapat anda, mengapakan taubat wajar dilakukan dalam kadar segera? [4 markah]
Halaman 35
SPM 2016 KERTAS 2
BAHASA MELAYU KOMSAS
SKEMA JAWAPAN SOALAN (i) P1
SKEMA Maksud baris sebelum saat aku dinisankan ialah Sewaktu pengarang belum meninggal dunia / ketika pengarang masih hidup
(ii)
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas ialah Kita hendaklah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan. Contoh: Penyajak berasa insaf dan bertaubat atas kesalahan yang pernah dilakukan. Kita hendaklah taat akan perintah Allah SWT. Contoh: Penyajak taat akan perintah Allah. Kita hendaklah berdoa yang baik-baik untuk diri. Contoh: Penyajak bersikap rasional dengan memohon doa yang terbaik untuk dirinya. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap pencipta kita Contoh: Penyajak bertanggungjawab menunaikan perintah Allah SWT.
P1 P2 P3 P4
(iii) P1 P2 P3
Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur Alasan: bersyukur kerana Allah SWT menimbulkan rasa insaf dan memberikan peluang untuk bertaubat. Tidak mengulanginya lagi Alasan: Jika lambat bertaubat bimbang akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan sebelum itu. Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita Alasan: Setelah bertaubat kehidupan bermasyarakat akan kembali seperti biasa.
Halaman 36
MARKAH 2
1 1 1 1
2 2 2