KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh . Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional . Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya
kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden. Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima aspek iaitu lisan, tulisan, kreatif, bukan kreatif kreatif dan estetik. Menurut Profesor Ismail Hussein; kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk
“
lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak . “
Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat.
SASTERA LISAN
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.
SASTERA LISAN
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.
Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi.
Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.
Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis.
Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis.
Karya-karya
sastera
lisan
yang
telah
dibukukan
masih
mengekalkan
ciri-ciri
kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.
Selain daripada itu sastera lisan ini juga dikenali sebagai sastera rakyat. Ciri-ciri sastera rakyat adalah seperti yang sudah dijelaskan diatas. Selain daripada itu oleh sebab kesusasteraan
rakyat
wujud
dalam
bentuk
tokok-tambah
oleh
penutur
dan
pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama masyarakatnya dan ia secara tidak langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat.
Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan
pendengar
atau
khalayak.
Oleh
itu,
sifatnya
cukup
sederhana
dan
seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.
Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.
FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)
Sastera lisan berfungsi sebagai
“Alat” Hiburan dan “Alat” Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak -anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Selain daripada itu sastera lisan juga berfungsi sebagai “Alat” Mengkritik. Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita
Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang
tamak,kedekut,gilakan
kuasa
dan
orang-orang
yang
sering
mengambil
kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri .
Seterusnya sastera lisan se bagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan.
Akhir sekali fungsi sastera lisan adalah s ebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”. Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.
JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)
Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk: a.
Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)
b.
Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)
a)
Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)
Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut; Cerita Lipur Lara (panglipur lara)
Cerita Jenaka
Cerita Binatang
Cerita Asal usul
Cerita Hantu
Cerita Teladan
Cerita-cerita mitos dan legenda.
b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif) Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya; Pantun
Gurindam
Seloka
Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
Jampi, Mantera dan Serapah
Pepatah dan Perbilangan Adat
Ungkapan Berangkap
Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.
Contoh:
Jenis Cerita Binatang
Pengertian
Karya dan Contoh
Dikenali juga sebagai cerita
Fungsi berhibur kerana
mergastua. Cerita yang
mempunyai unsur-unsur lucu,
mengambil binatang
pengajaran dankritikan sosial.
sebagai pelaku. Binatang
Cerita terkenal ialah jenis
diberikan sifat manusia
„epik binatang‟ iaitu Hikayat
biasa, boleh bertindak,
Sang Kancil. Mempunyai
bertutur, bertingkah laku
peranan tertentu dalam cerita
dan hidup bermasyarakat.
binatang Melayu.
Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong-menolong antara satu sama lain.
PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:-
Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang: a. Sang Kancil mengalahkan binatang yang besar:
Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dari harimau.
Sang
Kancil
melepaskan
kaki
kerbau
yang
digigit
mengatakan yang digigitnya ialah kayu.
Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.
buaya
dengan
Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.
Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah batang-batang buluh yang bergeser.
Sang Kancil dengan buaya.
Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak gadisnya.
Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Raja Nabi Sulaiman.
Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman.
Contoh-contoh diatas menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu. Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia. b. Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim:
Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.
Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau.
Sang Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak mandi sungai terbakar. Dengan itu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya kata-kata si peminjam yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.
Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut kuasa.
Sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat.
Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain.
c. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil:
Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.
Sang Kancil dikalahkan oleh agas.
Sang Kancil dengan bangau.
Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah „Sepandai-pandai tupai melompat akhirnyajatuh jua‟. Ini merupakan kritikan,
sindiran dan berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga.
CERITA PENGLIPUR LARA
Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”, „Penglipur‟ membawa maksud penghibur, manakala „Lara‟ pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata „Penglipur‟ dan „Lara‟ membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita. Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai „folklore‟. R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah ceritacerita roman yang mengandungi unsur “adventure”. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (“supernatural”). Cerita Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut. Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita “profesional” dan “amatur”. Cara penyampaian menggunakan “kepakaran” mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang serdahana seperti
rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam bentuk prosa lirik. CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA
Cerita penglipur lara terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi. a.
Dari segi tema
Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara. Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita Penglipur lara. Selain daripada itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).
b.
Cerita berpusat di kalangan putera-puteri raja
Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya. Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya. c.
Bentuk prosa dengan selingan puisi
Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar. FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA
a.
Berfungsi sebagai „alat‟ hiburan
Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai „alat‟ hiburan bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau „perlarian‟ bagi golongan rakyat jelata yang miskin da n hidup dikelingi
penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar. b.
Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral
Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :
Sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua.
Wira dan wirawati tidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.
Sifat tanggungjawab pemimpin (raja)
Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.
Sifat-sifat patriotik dan cintaka tanah air
Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir.
Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat
Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah; “Yang capik datang bertongkat, Yang buta datang berpimpin, Yang pekak datang bertanya, Yang kurap mengekor angin.”
Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik
Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watak- watak “pekerja” yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Sifat berdikari dan mencari untung
Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam apa jua yang mereka lakukan.
PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA
Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita – cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat. Watak Dan Perwatakan
Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu : a.
Watak Utama (Protagonis)
Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan anak-anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki b.
Watak Pembantu
Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama sam ada pada watak utama sama ada pada
watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk watak utama. c.
Watak Jahat (Antagonis)
Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan. STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA
Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebahagian atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian. a.
Bahagian awal:
Disini akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang
luar biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang yang ajaib serta kesaktian. b.
Bahagian pengembaraan:
Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan-tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi. c.
Bahagian akhir:
Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.
SASTERA TULISAN
Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus. Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karyakarya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.
Antara tokoh tokoh yang lahir adalah: a.
TUN SRI LANANG
Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Oleh sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, „Buku Melayu‟. Hal ini ada tersebut dalam buku „Bustan al -Salatin‟ karya Syeikh Nuruddin al -Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini. b.
HAMZAH FANSURI
Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh
Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel. Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikutpengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia. Hal ini boleh dilihat dalam „Syair Perahu‟. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair- syair beliau yang lain ialah „Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai ‟. Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu‟ Sarab al -Asyikin dan Asrar al Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid‟. Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab. c.
BUKHARI AL- JAUHARI
Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17. Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau mengarang „Taj al -Salatin‟ yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, „Taj a lSalatin‟ sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja
serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas. Sebagai seorang pengarang, tidak syak lagi bahawa beliau ialah penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami sesebuah negeri. d.
NURUDDIN AL-RANIRI
Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengaran g „Bustan al-Salatin‟ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. Sebelum itu, beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan „Kitab Syarah al -Akaid al-Nasafiya‟ ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya „Durrat a l-Faraid Bisyarah al- Akaid‟. Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab „Tabyan fi Makrifat al Adyan‟ (1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu. Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu „Asrar al -Insan fi Makrifat al-Roh wal- Rahman‟ (1640), „Kitab Akhbar al - Akhirat‟(1642) dan „Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum‟ (1642).
Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah. e.
SYEIKH DAUD AL-FATANI
Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu. Di samping itu,beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas. Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah „Kifyatul Muhtaj‟ (Hikayat Mikraj al -Nabi), „Al-Dhur al-Thamin‟ (membicarakan tentang pengikut Islam), „Ghayatul takrib‟ (membicarakan hukum faraid), „Minhaj al - Abidin‟ dan „Furu al-Masa‟il waUsul al-Masa‟il. Berpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan berpengaruh di Alam Melayu. f.
RAJA ALI HAJI
Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding
dengan Belanda di Jawa. Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana. Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu „Bustan al -Katibin‟ (Taman Pujangga) pada tahun 1857. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang bernama „Kitab Pengetahuan Bahasa‟ tet api karyanya yang paling terkenal ialah „Tuhfat al -Nafis‟ yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau. Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi tarikhtarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak seperti dalam „Sejarah Melayu‟ dan „ Hikayat Raja -raja Pasai‟. Karya-karya beliau yang lain ialah „Syair Abdul Mul uk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam‟. Oleh itu, kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi juga sejarah dan bahasa. g.
SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN
Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti
zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera. Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah „Kanz al -Ula, Sirat alNabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu. h.
SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera. Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah
„Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin‟ yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. KREATIF
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan bukan naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif. a.
Prosa Melayu Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 1. Naratif 2. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu: 1. Mitos
2. Legenda 3. Cerita rakyat * Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan. Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu: 1. Sastera sejarah 2. Sastera hikayat 3. Sastera sastera panji 4. Sastera kepahlawanan / epik 5. Sastera agama Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu : 1. Sastera undang-undang 2. Sastera kitab 3. Sastera ketatanegaraan 4. Kepustakaan ilmu tradisional
b.
Puisi Melayu Tradisional
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.
Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu: 1. Naratif 2. Bukan naratif Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja. Manakala yang bukan naratif ialah : 1. Pantun 2. Gurindam 3. Endoi 4. Rejang 5. Dikir/Zikir 6. Rubai 7. Nazam 8. Masnawi 9. Ghazal 10. Berzanji 11. Qit'ah 12. Seloka 13. Teromba 14. Talibun 15. Peribahasa berangkap 16. Mantera
BUKAN KREATIF
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya ESTETIK
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.
KESIMPULAN
Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu
(Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti : 1.
Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat
2.
Hasil karya bersifat feudal
3.
Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4.
Dihasilkan sebelum 1800.
5.
Bersifat fungsional
6.
Pelbagai genre
7.
Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.
8.
Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9.
Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap 11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat. 12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre