PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TERHADAP PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR. MOHD ANWAR SYAMIN BIN RIDZUAN, NOR ‘AFIFAH BT ABD.RAHMAN, SITI FAIRUZ BINTI MAT DESA, NUR SALWATI BT IBRAHIM, NUR NABIHAH BT HASSAN.
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai perkahwinan ketika belajar dan mengenal pasti beberapa perkara yang seringkali menjadi persoalan atau perkaitan dengan isu kahwin semasa belajar. Sebanyak 80 orang responden yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang telah dipilih untuk sebagai sampel. Set soal selidik mengandungi 28 item telah diedarkan kepada responden dan telah dianalisis secara diskriptif. Penyelidik juga ada mencadangkan beberapa cadangan untuk cadangan tindakan dan cadangan lanjutan antaranya penyelidik mencadangkan restu dari ibu bapa,ekonomi dan kematangan adalah sangat penting dan perlu didahulukan untuk mereka yang hendak berkahwin ketika belajar kerana tanpa restu mereka kebahagiaan yang dibina adalah tidak bermakna.. Kata kunci: belajar,perkahwinan,usia muda
1
Pengenalan Perkahwinan merupakan langkah pertama ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga yang bahagia. Tanpa ikatan yang sah, sebuah keluarga tidak akan terbina Apabila sebuah ikatan telah terjalin sudah pasti setiap orang menginginkan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Namun terdapat pelbagai factor yang dapat mempengaruhi dan menjadi penentu kepada kebahagiaan rumah tangga seperti factor umur, pengalaman dan keluarga. Pengetahuan tentang ilmu-ilmu dalam rumahtangga dan kematangan adalah amat penting untuk diketahui dan diamalkan. Sudah menjadi suatu trend atau perkara biasa dalam kalangan masyarakat pada masa sekarang apabila anak-anak muda yang masih belum tamat pengajiannya dan tiada sumber pendapatan yang tetap sudah mempunyai keluarga. Fenomena ini telah menjadi suatu perkara biasa di kebanyakan university atau pengajian tinggi. Walaupun kadar pendaftaran perkahwinan makin meningkat namun kadar perceraian dalam kalangan pasangan berusia muda juga turut semakin bertambah. Tidak dinafikan perkahwinan pada usia muda mempunyai kebaikan yang tersendiri seperti mengurangkan masalah social atau pembuangan bayi tetapi perkahwinan pada usia muda juga menyebabkan masalah yang lain berlaku pada masa yang sama iaitu kadar perceraian yang semakin meningkat. Penceraian yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan tersebut sahaja tetapi ianya turut memberi kesan kepada anak-anak jika pasangan tersebut mempunyai zuriat.
Remaja yang sebenarnya belum mempunyai persediaan
untuk
membina rumah tangga sama ada secara fizikal dan mental akhirnya akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian yang paling mudah apabila menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Kebanyakan 2
pasangan muda berkahwin atas rasa cinta semata-mata tanpa memiliki persediaan dan ilmu berkaitan kerumahtanggaan yang secukupnya. Mereka menganggap perkahwinan merupakan sesuatu yang menyeronokan. Pada dasarnya
syariat
Islam tidak meletakkan
batasan
usia tertentu bagi
seseorang itu untuk melangsungkan perkahwinan tetapi ia hanya menetapkan ketentuan dewasa sahaja atau kebiasaanya dikaitkan dengan baligh atau cukup umur.(Musthafa alSiba’y. 1966:82) Tanda kedewasaan bagi lelaki ialah telah bermimpi sehingga keluar mani atau telah mencapai umur 15 tahun dan bagi wanita pula ialah telah didatangi haid. Namun hakikat pada masa sekarang ialah seseorang pada usia tersebut masih belum mencapai kematangan atau kedewasaan dari pelbagai aspek. Oleh itu, umur yang dibenarkan untuk berkahwin bagi lelaki ialah 19 tahun dan wanita pula ialah 16 tahun berdasarkan keadaan semasa bagi menjamin kemaslahatan perkahwinan yang berlaku. Berdasarkan fenomena perkahwinan masa muda yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, maka penulis tertarik untuk melihat dan mengkaji pandangan golongan muda dalam isu ini terutamanya golongan mahasiswa yang seringkali dikaitkan dengan alam pencarian jodoh dan berumah tangga.
3
Pernyataan masalah Isu perkahwinan merupakan suatu perkara yang seringkali menjadi tajuk perbualan mahasiswa terutamanya apabila usia mulai memasuki 20-an.Terdapat pelbagai persepsi dan pandangan dalam kalangan mahasiswa sendiri tentang isu perkahwinan di usia muda terutamana perkahwinan semasa masih belajar.Terdapat persepsi daripada sesetengah pihak bahawa perkahwinan semasa belajar hanya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dan kesusahan sahaja. Hal ini demikian kerana seseorang itu perlu membahagikan masa dan focus kepada pelajaran dan keluarga. Malah terdapat segelintir mahasiswa yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana tugasan secara berkumpulan tidak dapat disiapkan dengan baik disebabkan mereka memiliki komitmen lain bagi menjalankan tanggungjawab keluarga. Terdapat pihak yang berpandangan positif dalam isu ini dan terdapat juga pihak tertentu yang memandangnya sebaliknya. Justeru penyelidik terpanggil untuk membuat kajian terhadap pelbagai pandangan tentang perkahwinan semasa belajar bagi melihat perkara sebenar dan mendedahkan persepsi sebenar mahasiswa khususnya mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam isu ini.
Objektif kajian. Antara objektif yang ingin dicapai oleh kajian ini ialah: i) mengetahui persepsi mahasiswa UKM terhadap perkahwinan semasa belajar ii) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang untuk berkahwin semasa usia muda. iii) Mengenal pasti perancangan dan tindakan mahasiswa jika berkahwin semasa belajar pada masa hadapan 4
Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu. Maklumatmaklumat dan hasil rumusan kajian berkaitan perkahwinan ketika belajar dapat digunakan dengan sebaik mungkin Diharap kajian ini juga dapat memberi kefahaman dan memberi informasi kepada masyarakat berkenaan ilmu-ilmu dalam perkahwinan Islam. Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi untuk mendirikan rumahtangga ketika dalam pengajian atau selepas tamat pengajian untuk menilai kebaikan dan keburukan perkahwinan semasa belajar.
Skop dan Batasan Kajian Kajian ini agak terbatas dari segi saiz sampel kerana kajian soal selidik hanya dijalankan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu perkahwinan semasa belajar. Antara aspek yang dikaji ialah persepsi mereka daripada aspek kekeluargaan, ekonomi, pembelajaran, perancangan masa hadapan dan faktor-faktor yang mendorong kepada perkahwinan semasa belajar.
5
Kajian Literatur Menurut pendefinisian yang diberikan oleh Jabarat Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara llaki dan perempuan untuk hidup bersama dan menetapkan setiap daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, nikah ialah satu akakd yang menghalalkan pergaulan dan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, kahwin dan yang sewktu dengannya. Menurut kamus dewan edisi yang keempat pula, perkahwinan membawa makna akad atau perjanjian yang mengandungi lafaz ijab dan Kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan untuk melakukan persetubuhan. Manakala perkataan muda pula didefinisikan sebagai umur rekaja yang mulai dewasa yang sudah akil baligh dan cukup umnur untuk berkahwin. Mohd Abbas Bin Abdul Latif dan Siti Mizati Binti Mohd Basar (2009) telah membuat satu kajian yang bertajuk “Persepsi Mahasiswa Tahun Akhir di UTM Skudai Terhadap Perkahwinan Ketika Belajar”. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui, mengenal pasti dan menganalisis pandangan mahasiswa tentang isu perkahwinan ketika masih belajar. Dalam melaksananakan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang kaji selidik yang telah dibahagikan mengikut tema perbincangan bagi memudahkan proses pengumpulan maklumat daripada responden. Data yang diperoleh daripada soal selidik tadi kemudiannya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan keputusan akhir kepada kajian. Dalam perbincangan pertama iaitu berkenaan persepsi mahasisawa terhadap perkahwinan ketika belajar, pengkaji telah
6
berjaya mendapatkan respon positif daripada responden dengan peratusan tertinggi sebanyak 91.3 peratus. Majoriti daripada mahasiswa bersetuju bahawa pernikahan semasa belajar dapat mengawal masalah sosial yang berlaku dalam universiti. Tema perbincangan yang kedua pula ialah persediaan sebelum berkahwin. Dalam perbincangan ini, hampir semua responden sangat bersetuju bahawa pengetahuan tentang institusi perkahwinan dan kesihatan tubuh badan sangat perlu dititikberatkan dengan mencatat peratusan sebanyak 97.9 peratus. Perbincangan seterusnya adalah berkenaan pandangan mahasiswa terhadap masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang berkahwin. Dalam hal ini, dapatan kajian mendapati 91.3 peratus daripada respondenn bersetuju bahawa setiap masalah yang timbul dalam perkahwinan akan menjadi lebih ringan apabila dikongsi bersama. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah memberikan cadangan lanjutan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam perkahwinan ketika masih belajar iaitu dengan membuat persiapan awal sebelum berkahwin dan mendapatkan restu ibu bapa. Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa ramai dalam kalangan mahasiswa yang berpandangan bahawa perkahwinan semasa belajar sangat terdedah kepada masalah tetapi tidak akan membebankan jika diselesaikan secara bersama. Seterusnya kajian oleh Muhammad Fizree Ashraf Jarni, Sabri Bin Man dan Izmi Hasnan Bin Sha’ari (2009) yang bertajuk Kajian Pandangan Mahasiswa Terhadap Perkahwinan Ketika Berada Di Alam Universiti. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti mengenai pendapat mahasiswa UTeM berkenaan pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum berkahwin. Pengkaji turut menjadikan tahap penglibatan mahasiswa yang telah berkahwin dalam pelbagai aktiviti sebagai objektif kajian mereka. Sebanyak 20 orang responden yang terdiri daripada 7
pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysa Melaka (FKE UTeM) telah dipilih sebagai sampel. Set soal selidik yang diedarkan kemudiannya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai pandangan mereka mengenai isu yang di usulkan. Hasilnya, pengkaji berjaya mendapatkan respon yang positif terhadap isu dan kesan terhadap sejauh mana penglibatan mahasiswa terlibat dalam pengajiannya. Majoriti responden bersepakat mengatakan bahawa sikap mahasiswa yang terlalu bergantung harap kepada ibu bapa dalam urusan kewangan menyebabkan ibu bapa tidak menggalakkan mereka supaya berkahwin ketika masih belajar. Dari aspek penglibatan mahasiswa dalam aktiviti bersama, rata-rata responden bersetuju bahawa perkahwinan bukanlah suatu penghalang kepada mereka untuk turut aktif menyertai aktiviti yang dijalankan. Pada akhir kajian ini, pengkaji telah menegaskan tentang betapa pentingnya aspek pengetahuan tentang institusi perkahwinan kepada mahasiswa itu sendiri sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Siti Aisyah (2013) faktor kahwin muda dan cabaran berkahwin di usia muda. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan kepada pernikahan di awal usia dan cabarannya kepada pasangan terlibat. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual yang melibatkan seramai 10 pasangan berkahwin yang juga merupakan mahasiswa di Universiti tempatan sebagai responden. Hasil daripada data yang dikumpul, terdapat dua faktor utama yang mendesak sesebuah keluarga untuk mengahwinkan anak mereka di usia muda. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan. Kedua, kepercayaan bahawa anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global. Bagi keluarga miskin pula, anak perempuan akan 8
dikahwinkan untuk mengurangkan beban. Menurut statistic yang diperolehi daripada data yang te;ah di analisis, pengkaji mendapati peratusan kadar perceraian yang berlaku dalm kalangan pasangan yang berumur 25 tahun ke bawah adalah lebih tinggi berikutan daripada kurangnya pengetahuan tentang institusi perkahwinan, kurang matang serta campur tangan keluarga. Pada akhir kajian ini, pengkaji membuat hipotesis bahawa perkahwinan di usia muda sangant mencabar mereka yang terlibat terutamanya dari aspek kewangan dan kekurangan masa untuk menelaah pelajaran. Sebagai langkah persediaan kepada golongan yang ingin berkahwin muda, pengkaji turut menyarankan supaya mereka benar-benar bersedia dengan segala persediaan baik dari sudut mental dan juga fizikal. Kajian keperpustakaan selanjutnya oleh Muhd Ismail Musytari (2011) yang bertajuk Pernikahan Di Usia Muda Dan Pengaruhnya Terhadap Kehidupan Berumah Tangga. Kajian ini dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan metod soal selidik secara langsung dan temu bual secara rawak terhadap beberapa orang responden sebagai sampel awal bagi kajian ini. Fokus utama kepada kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pentingnya peranan suami isteri itu sendiri dalam menguruskan rumah tangga mereka. Hasilnya, pengkaji berjaya menggariskan beberapa masalah yang timbul rentetan daripada perkahwinan di usia muda seperti masalah tekanan emosi dan cenderung untuk berlakunya perceraian. Merujuk kepada data kajian yang diperoleh, 87.3 peratus responden mengatakan bahawa masalah tekanan emosi sangat cenderung untuk berlaku dalam kalangan pasangan kahwin muda yang telah bercerai terutamanya di pihak wanita. Hal ini kerana wanita sememangnya mempunyai emosi yang cukup sensitif serta mudah untuk terpengaruh dengan persekitaran situasi yang dialaminya. Berbincang mengenai 9
analisis kepada terjadinya perceraian antara pasangan yang berkahwin di usia muda ini, 98.2 peratus daripada responden bersetuju dengan cadangan pengkaji bahawa perkara seperti ini berlaku disebabkan kurangnya persediaan dan pengetahuan yang lengkap tentang pengurusan rumah tangga serta tiada restu ibu bapa ketika berkahwin. Perceraian juga boleh jadi berlaku akibat daripada campur tangan keluarga. Menurut pengkaji, kelemahan-kelemahan
seperti
yang
dinyatakan
inilah
sebenarnya
yang
akan
membahayakan kesejahteraan dan kelestarian rumah tangga yang telah terbina. Ditambah pula dengan faktor si isteri yang masih belum mampu untuk memainkan peranannya sebagai isteri seterusnya sebagai ibu dek kerana usia mereka yang masih muda. Sebagai penutup, pengkaji menyeru semua pihak terutamya ibu bapa kepada pasangan yang terlibat itu sendiri supaya membantu mereka untuk menyelesaikan pelbagai masalh yang timbul dengan jalan yang terbaik, bukan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia rapuh. Kajian literatur yang terakhir ialah kajian oleh Kamarul Azmi Jazmi (2008) dengan tajuk kajiannya Perkahwinan Semasa Belajar; Kebaikan Dan Keburukannya Dalam Pembangunan Pelajar Universiti. Objektif utama tema kajian ini dipilih adalah kerana pengkaji ingin tahu dengan jelas tentang kebaikan dan keburukan perkahwinan semasa belajar terhadap pembangunan mahasiswa. Hal ini kerana pengkaji mendapati ramai dalam kalangan ibu bapa yang yang menentang anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga semasa mereka masih di alam mahasiswa dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan ini. metod kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah kaedah kajian kes dan temu bual secara langsung dengan beberapa orang responden yang dipilih. Berbincang mengenai keburukan berkahwin ketika masih bergelar mahasiswa, majoriti responden dengan peratusan sebanyak 93.0 peratus 10
menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pendapat tentang perkahwinan sebagai batu penghalang kepada mahasiswa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pengajian mereka. Hasil daripada dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden yang berkahwin secara keseluruhannya bersetuju bahawa mereka mampu untuk membahagikan masa untuk belajar. Bahkan menurut kajian kes yang dijalankan, responden ternyata mampu untuk meningkatkan prestasi pengajian mereka hasil daripada perkongsian teknik dalam pembelajaran. Dalam aspek kebaikannya pula, kebanyakan responden dengan peratusan sebanyak 89.3 peratus berpendapat bahawa perkahwinan ketika masih belajar sebenarnya merupakan suatu proses pendidikan yang mematrangkan mereka untuk menjadi individu dewasa yang bertanggungjawab. Hal ini lebih jelas terbukti apabila mereka dikurniakan cahaya mata. Menurut responden, mendapat anak ketika masih bergelar mahasiswa bukanlah suatu beban malahan ia adalah saat yang sangat menggembirakan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Keperluan kepada penjagaan yang baik terhadap anak-anak juga sebenarnya dapat melatih mereka untuk menjadi lebih bertanggungjawab, matang dan optimis dalam setiap tindakan serta keputusan yang diambil terutamanya ketika mereka perlu menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai penutup kepada kajian ini, pengkaji menyeru semua pihak terutamanya ibu bapa mahasiswa supaya lebih positif dan mengubah mentaliti pemikiran mereka terhadap keputusan anak-anak muda yang ingin berkahwin ketika masih di alam university. Hal ini demikian kerana kemampuan sebenar seseorang itu tidak boleh dibuat penilaian hanya berdasarkan teori semata-mata tanpa pembuktian secara praktikal.
11
Metodologi Kajian Dalam bab ini kami akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrument kajian, serta populasi dan sampel kajian. Secara ringkasnya, metodologi kajian ialah kaedah sesuatu kajian itu dijalankan. Reka Bentuk Kajian Kami menggunakan reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif jenis tinjauan bagi mengkaji persepsi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap perkahwinan semasa belajar. Dalam kajian ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Penggunaan soal selidik digunakan kerana dapat menghasilkan item-item yang konsisten serta boleh dipercayai.
Instrumen Kajian Instrumen kajian ini merupakan satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B penilaian persepsi dari sudut keluarga, faktor, ekonomi, pembelajaran, dan masa hadapan. Kami memilih instrumen soal selidik kerana kaedah ini dilihat lebih sesuai dan lazimnya dianggap popular serta menepati kehendak kaedah dalam penyelidikan. Hal ini kerana penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dalam pengumpulan data. Selain dari itu, soal selidik juga dapat meliputi saiz yang besar dengan kos yang sederhana. Rasional kami menggunakan instrumen soal selidik dalam penyelidikan ini adalah kerana kaedah temubual tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana kami menggunakan 12
populasi sampel yang ramai iaitu, sebanyak 80 orang responden. Dalam penentuan skala jawapan bagi setiap persoalan dalam boring soal selidik kami, kami telah menggunakan 4 skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju, dan sangat setuju. Kami tidak menggunakan skala yang terlalu banyak bagi mengelakkan kesukaran atau kekeliruan terhadap responden untuk memilih jawapan mereka. Populasi dan Sampel Kajian Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan yang memenuhi spesifikasi. Dalam pensampelan kami mengenal pasti dan mendefinasikan populasi yang disampel secara spesifik terlebih dahulu. Hal ini kerana, kami mungkin tidak mempunyai masa atau kos bagi mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi. Maka, kami perlu memilih populasi yang benar-benar mewakili sampel. Misalnya, dalam kajian ini kami memilih 80 orang pelajar daripada ribuan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Resional kami berbuat sedemikian adalah kerana tidak mungkin kami mampu untuk mendapatkan persepsi semua pelajar di sini secara mutlak dan keseluruhan kerana jumlahnya yang sangat ramai. Dengan itu, kami telah mencapai kata sepakat untuk memilih hanya seramai 80 orang pelajar sebagai sampel kajian kami. Responden yang kami pilih ini adalah pilihan secara rawak yang terdiri daripada pelajar daripada berlainan fakulti, agama, dan bangsa. Persampelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Ia merupakan kaedah yang paling baik bagi mengurangkan kos di samping berupaya untuk menggambarkan keseluruhan populasi kajian kami.
13
PERBINCANGAN Perbincangan bahagian A: analisis latar belakang responden
Maklumat latar belakang responden yang pertama ialah jantina. Kajian ini dijalankan kepada responden yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Jumlah keseluruhan responden ialah seramai 80 orang yang terdiri daripada 40 orang mahasiswa (50%) dan 40 orang mahasiswi (50%). Jumlah responden mahasiswa dan mahasiswi adalah sama banyak bagi memudahkan penyelidik untuk melihat persepsi tersendiri mahasiswa dan mahasiswi kerana jantina yang berbeza akan mempunyai cara pemikiran dan pandangan yang berbeza terhadap isu ini.
Latar belakang responden yang kedua ialah latar belakang fakulti. Responden kajian ini terdiri daripada lapan fakulti yang berbeza di kampus induk Bangi iaitu seramai 31 responden daripada Fakulti Pengajian Islam (38.75%), 15 orang responden daripada Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (18.75%) dan responden dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan pula seramai 10 orang (12.5%). Manakala 7 orang responden lagi daripada Fakulti Ekonomi dan 8 orang responden Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (10%). Manakala baki responden yang lain adalah daripada Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains dan Teknologi yang masing-masing adalah seramai 4 orang responden (5%),3 orang responden (3.75%) serta hanya 2 orang responden daripada Fakulti Undang-undang (2.5%).
14
Perbincangan bahagian B: persepsi mahasiswa UKM terhadap perkahwinan semasa belajar. Dalam perbincangan bahagian B ini, persepsi mahasiswa UKM terhadap perkahwinan semasa belajar dinilai daripada lima aspek yang berkaitan iaitu aspek kekeluargaan, , ekonomi, pembelajaran, perancangan masa hadapan dan facktor-faktor yang mendorong kepada perkahwinan semasa belajar.
Aspek A : kekeluargaan
Dari aspek kekeluargaan, item yang mencatatkan jumlah majoriti responden yang mempersetujuinya ialah item 2. Item ini menyatakan bahawa responden tidak akan berkahwin tanpa izin ibu bapa. 90% daripada keseluruhan responden mengakui pernyataan tersebut yang mana ianya terdiri daripada 42.5% responden lelaki manakala responden perempuan sebanyak 47.5%. Keizinan daripada ibu bapa sangat penting kerana di situlah terletaknya keredhaan dan keberkatan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa”. Item yang kedua yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 5 iaitu tinggal bersama pasangan selepas berkahwin. 88.75% bersetuju dan juga sangat bersetuju dengan pernyataan itu. 40% yang bersetuju dengan pernyataan itu ialah responden lelaki manakala responden perempuan ialah 39%. Peratus yang menunjukkan kadar ketiga tertinggi ialah item 1. Item ini menyatakan bahawa responden menyerahkan pemilihan jodoh kepada ibu bapa.. Jumlah keseluruhan responden yag bersetuju ialah 47.5% yang terdiri daripada 22.5% responden lelaki dan 15
25% responden perempuan. Seterusnya ialah item yang keempat tertinggi peratusannya iaitu item 4 yang menyatakan bahawa responden akan memberi lebih keutamaan kepada rumah tangga berbanding pelajaran. 40% daripada keseluruhan responden bersetuju dengan item 4 yang mana 20% daripada responden lelaki dan perempuan mengakuinya. Nilai peratusan yang menunjukkan nilai yang paling rendah dipersetujui oleh keseluruhan responden ialah item 3 iaitu hanya sebanyak 21.25% sahaja yang menerima pernyataan tersebut. Item 3 menyatakan bahawa
responden akan terus niat untuk
berkahwin walaupun mendpat tentangan daripada keluarga. Hanya 16.25% sahaja responden lelaki yang menyetujuinya manakala responden perempuan adalah 5%. Menurut kebanyakan responden, mereka berpendapat bahawa perkahwinan tanpa redha ibu bapa akan menyebabkan kehidupan tidak akan bahagia kerana balasan mengecewakan ibu bapa.
Aspek B: faktor Dari aspek faktor-faktor yang mendorong perkahwinan semasa belajar, item yang mencatatkan jumlah majoriti responden yang mengakuinya atau mempersetujuinya ialah item 2. Item ini menyatakan bahawa perkahwinan pada usia muda dapat menggelakkan diri daripada masalah sosial dan zina. 82.5% daripada keseluruhan responden mengakui pernyataan tersebut yang mana ianya terdiri daripada 38.73% responden lelaki manakala responden perempuan sebanyak 43.75%. Hal ini bertepatan dengan hikmah pensyariatan nikah dalam Islam iaitu untuk mengelakkan keruntuhan akhlak. Apabila manusia dilarang daripada cara yang disyariatkan maka mereka akan terdorong untuk melepaskan nafsu 16
melalui cara yang salah seperti zina yang hanya akan mendatangkan keburukan sahaja. ( Zulkifli al-Bakri: 2013 ). Manakala menurut Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007: 136) perkahwinan sebagai salah satu jalan penyelesaian masalah social untuk mengelakkan dari anak-anak muda berpasangan dan mempunyai perhubungan bebas antara berlaianan jantina di universiti. Item yang kedua yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 5 iaitu mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa yang
mana sebanyak 62.5%
bersetuju dan juga sangat bersetuju. 31.25% yang bersetuju dengan pernyataan itu ialah responden lelaki manakala responden perempuan juga mempunyai peratusan yang sama. Peratus yang menunjukkan kadar ketiga tertinggi ialah item 1. Item ini menyatakan bahawa sukar mencari jodoh apabila usia semakin meningkat.
Jumlah
keseluruhan responden yag bersetuju ialah 51.25% yang terdiri daripada
17.5%
responden lelaki dan 33.75 % responden perempuan. Jumlah perbezaan antara peratusan lelaki dan perempuan adalah agak ketara iaitu sebanyak 16.25%. Hal ini disebabkan kebanyakan lelaki tidak menganggap faktor usia merupakan faktor yang penting yang menggesa mereka untuk berkahwin tetapi mereka lebih ingin memastikan kedudukan kewangan yang stabil terlebih dahulu, berbeza dengan perempuan.
Data yang
dikeluarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2011 menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang. ( Utusan Malaysia: 2011) Seterusnya ialah item yang keempat tertinggi peratusannya iaitu item 4 yang menyatakan bahawa diri sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan menjadi 17
faktor perkahwinan semasa belajar. 50% atau separuh daripada keseluruhan responden bersetuju dengan item 4 yang mana 25% daripada responden lelaki dan perempuan mengakuinya. Malah dalam Islam sendiri menggalakkan seseorang itu untuk berkahwin jika berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah S.a.w “Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Manakala item yang seterusnya yang mendapat peratusan yang kelima tertinggi yang dipersetujui responden ialah item 3 yang menyatakan bahawa perkahwinan semasa belajar disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah berkahwin . Sebanyak 38.75% daripada keseluruhan responden mengakuinya. Kadar peratusan responden lelaki yang bersetuju ialah sebanyak 26.25% dan perempuan pula sebanyak 12.5%. Nilai peratusan yang menunjukkan nilai yang paling rendah dipersetujui oleh keseluruhan responden ialah item 6 iaitu hanya sebanyak 27.5% sahaja yang menerima pernyataan tersebut. Item 6 menyatakan bahawa kebanyakan pasangan muda berkahwin disebabkan terlanjur. Hanya
13.75 % sahaja responden lelaki yang menyetujuinya
manakala responden perempuan juga mempunyai peratusan yang sama.
Aspek C: ekonomi Dari aspek ekonomi, item yang mencatatkan jumlah majoriti responden yang mempersetujuinya ialah item 3. Item ini menyatakan bahawa responden dapat 18
mengurangkan bebanan hidup dengan berkongsi kos perbelanjaan harian bersama-sama pasangan mereka. 83.75% daripada keseluruhan responden menerima pernyataan tersebut yang mana 38.75% terdiri daripada responden lelaki manakala responden perempuan sebanyak 45% . Item yang kedua yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 1 iaitu bersetuju untuk berkahwin pada usia muda jika pasangan mempunyai kewangan yang kukuh
yang mana sebanyak 75% bersetuju dan juga sangat bersetuju. 32.5% yang
bersetuju dengan pernyataan itu ialah responden lelaki manakala bakinya iaitu 42.5% ialah responden perempuan. Peratus yang menunjukkan kadar ketiga tertinggi ialah item 5. Item ini menyatakan bahawa responden tidak kisah melakukan kerja sambilan jika perlu selepas perkahwinan. Jumlah keseluruhan responden yag bersetuju ialah 70% yang terdiri daripada 35% , masing-masing adalah responden lelaki dan perempuan. Seterusnya ialah item yang keempat tertinggi peratusannya iaitu item 4 yang menyatakan bahawa responden yakin mampu menanggung perbelanjaan keluarga walaupun masih belajar. 51.25% daripada keseluhuran responden bersetuju dengan item 4 yang mana 23.75% adalah daripada responden lelaki dan 27.5% pula adalah responden perempuan. Manakala item yang seterusnya yang mendapat peratusan yang kelima tertinggi yang dipersetujui responden ialah item 2 yang menyatakan bahawa kewangan tidak akan menjadi penghalang. Sebanyak 35 responden (43.75% ) daripada keseluruhan responden mengakui bahawa kewangan bukan faktor penghalang perkahwinan semasa belajar.
19
Kadar peratusan responden lelaki yang bersetuju ialah sebanyak 25% dan perempuan pula sebanyak 18.75%. Nilai peratusan yang menunjukkan nilai yang paling rendah dipersetujui oleh keseluruhan responden ialah item 6 iaitu hanya sebanyak 31.25% sahaja yang menerima pernyataan tersebut. Item 6 menyatakan bahawa responden boleh meminta bantuan kewangan daripada keluarga. Hanya 13.75 % sahaja responden lelaki yang menyetujuinya manakala responden perempuan pula hanya 17.5%..
Aspek D: Pembelajaran Dari aspek pembelajaran pula, majoriti responden bersetuju dengan penyataan item 3. Item ini menyatakan bahawa pasangan dapat menjadi sumber inspirasi merek untuk mencapai kejayaan. 87.5% daripada keseluruhan responden menerima
pernyataan
tersebut yang mana sebanyak 43.75% masing-masing daripada responden lelaki dan perempuan. Item yang kedua yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 4 iaitu seseorang mampu memperoleh keputusan cemerlang walaupun sibuk dengan keluarga yang mana sebanyak 77.5% bersetuju dan juga sangat bersetuju. 37.5% yang bersetuju dengan pernyataan itu ialah responden lelaki manakala bakinya iaitu 41.25% ialah responden perempuan. Peratus yang menunjukkan kadar ketiga tertinggi ialah item 2. Item ini menyatakan bahawa responden dapat membahagikan masa antara keluarga dan pembelajaran dengan baik. Jumlah keseluruhan responden yang bersetuju ialah 70% yang terdiri daripada 28.75% responden lelaki dan 37.5% responden perempuan. 20
Seterusnya ialah item yang keempat tertinggi peratusannya iaitu item 1 yang menyatakan bahawa perkahwinan semasa belajar tidak akan menganggu pembelajaran. 56.25% daripada keseluhuran responden bersetuju dengan item1 yang mana 26.25% adalah daripada responden lelaki dan 30% pula adalah responden perempuan. Hal ini bertepatan kerana tidak ada tuntutan kewajipan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah. Manakala item yang seterusnya yang mendapat peratusan yang kelima tertinggi yang dipersetujui responden ialah item 5 yang menyatakan bahawa perkahwinan menyebabkan seseorang sukar untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan aktivitiaktiviti yang dianjurkan.Sebanyak
responden 35% daripada keseluruhan responden
mengakui bahawa perkahwinan tidak akan menghalang atau mengehadkan perlibatan seseorang dalam aktiviti tertentu. Kadar peratusan responden lelaki yang bersetuju ialah sebanyak 15% dan perempuan pula sebanyak 20%. Nilai peratusan yang menunjukkan nilai yang paling rendah dipersetujui oleh keseluruhan responden ialah item 6 iaitu hanya sebanyak 17.5% sahaja yang menerima pernyataan tersebut. Item 6 menyatakan bahawa fokus dalam pembelajaran akan hilang dan keputusan merosot disebabkan perkahwinan. Hanya 8.75% sahaja yang membenarkan penyataan ini yang mana masing-masing daripada responden lelaki dan responden perempuan.
21
RUMUSAN Penyelidik telah membuat rangkuman kesimpulan penemuan terhadap analisis yang telah dibuat dan implikasi pengurusan. Di samping itu juga, turut dimuatkan juga batasan dan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang yang berkaitan dengan isu kahwin ketika belajar. 1) Kesimpulan Penemuan Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju untuk berkahwin ketika belajar. Ini terbukti dengan hasil keseluruhan analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji yang mana majoritinya bersetuju untuk berkahwin ketika belajar iaitu nilai peratusan sebanyak 52.5. Secara keseluruhannya, responden mengatakan kahwin ketika belajar tidak akan mengganggu pelajaran, namun ada juga segelintir pelajar yang mengatakan mereka yang berkahwin ketika belajar akan menghadapi masalah. Ini kerana kahwin ketika belajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kepada persediaan khususnya persediaan dari segi kewangan dan juga keizinan daripada ibu bapa. Namun ianya juga memberikan kebaikan kepada semua kerana ianya dapat mengawal gejala sosial di universiti khususnya. 2) Kesan Kahwin Ketika Belajar Kepada Responden Melalui kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa berkahwin ketika belajar memberi beberapa kesan terhadap pelajar sama ada ianya baik ataupun buruk. Antaranya ialah berkahwin ketika belajar ini dapat mengelakkan diri daripada pengaruh gejala sosial dan zina. Ini kerana seperti yang sedia maklum, bahawa semakin banyak kes-kes sosial
22
yang melibatkan pelajar universiti berlaku di Malaysia seperti kes khalwat, zina, pembuangan bayi dan lain-lain. Selain itu, berkahwin ketika belajar juga dapat menjadikan pasangan sebagai inspirasi untuk mencapai kecemerlangan. Ini juga boleh dijadikan sebagai bukti kepada masyarakat yang lain bahawa dengan berkahwin ketika belajar ini juga dapat memperoleh keputusan yang cemerlang. Namun, terdapat juga kesan buruk sekiranya berkahwin ketika belajar. Sebagai contoh, menyebabkan penglibatan mahsiswa dalam aktiviti di universiti terbatas, mengalami masalah kewangan, hilang fokus dalam belajar dan sebagainya. Dengan ini mahasiswa akan dapat menyedari kesan berkahwin ketika belajar. Ia juga dapat membantu mahasiswa untuk membuat keputusan sama ada ingin berkahwin ketika belajar atau tidak. Ini kerana berkahwin ketika belajar bukanlah sesuatu yang mudah. 3) Kekurangan dan Kelemahan Kajian Dalam kajian ini, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan. Antaranya ialah pengkaji mengalami masalah kesuntukan masa ketika melaksanakan kajian. Oleh yang demikian, pengkaji tidak dapat melakukan kajian secara lebih meluas dan teliti. Dengan itu, pengkaji telah membataskan kajian ini supaya dapatan kajian dapat memberikan hasil yang baik. Pengkaji juga meletakkan skop dan ruang yang agak sempit dalam batasan kajian, namun begitu keseluruhan aspek dalam kajian ini masih lagi merupakan intipati yang menyeluruh terhadap kajian yang dilakukan. Selain itu, pengkaji juga mengalami sedikit masalah untuk mendapatkan responden bagi mengisi borang kaji selidik yang telah disediakan. Pada peringkat awal, borang kaji selidik yang disediakan adalah kurang
23
lengkap. Setelah disemak oleh penyelia kajian, pengkaji menambahbaik borang kaji selidik tersebut mengikut garis panduan yang telah ditunjukkan.
4) Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
Daripada dapatan dan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan agar pengkaji seterusnya akan menggunakan medium yang lebih luas. Penggunaan medium yang lebih luas ini dapat membantu dan memudahkan pengkaji akan datang untuk menyelidik dan membuat kajian. Antara contoh medium yang boleh digunakan ialah facebook, blogspot, google drive dan sebagainya. Selain itu, pengkaji akan datang juga boleh menggunakan cara kajian seperti temuramah. Temuramah ini dapat dibuat dengan menemuramah responden melalui rakaman supaya dapat memudahkan pengkaji untuk membuat rujukan semula. Melalui proses temuramah ini juga dapat memberi peluang kepada responden untuk menyuarakan pandangannya terhadap isu yang dikaji. Di samping itu, kajian kes juga turut boleh dilakukan oleh pengkaji akan datang untuk mengkaji dengan lebih jelas terhadap isu yang dikaji. Kajian kes ini boleh dilakukan dengan merujuk kepada pusat atau agensi kaunseling bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang aduan kes yang berkaitan dan cara mengatasinya.
24
RUJUKAN Abdul Halim Sholeh,2008.“Ingin Kahwin? Cepat Kahwin”. Al-Hidayah Publications. Kuala Lumpur Ismail kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, 2009, “Indahnya Hidup Bersyariat”, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Mohammad Shahir Bin Abdullah, 2002, “Modul Perkhidmatan Keluarga”, Penerbitan Nasional Berhad, Kuala Lumpur Muhammad Ali Quthb, 2005, “Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam”, Pustaka Haji Abdul Majid, Kula Lumpur Al-Siba’y Musthafa, 1996, “Wanita:Antara Hukum Dan Perundangan”, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, Indonesia Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014, “Al-Fiqh Al-Manhaji: Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi’i”, Darul Syakir Enterprise, Selangor
Internet http://www.scribd.com/ http://www.islamgrid.gov.my/ http://sirimalaysia.com
25