Definisi Dasar Luar . Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat muka surat 317 memberikan definisi dasar sebagai asas atau prinsip yang asas. Manakala luar pula ialah yang berkaitan keadaan yang berada ditempat lain. Mengikut SP Star (2001), dasar luar boleh diertikan sebagai garis panduan bagi segala tindakan yang diambil oleh Negara ini apabila ia berhubung dengan Negara lain. Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Al-Hafiz (1990), mendefinisikan Dasar Luar sebagai sesuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Mengikut Dr.Hashim Husin (1990), Dasar Luar boleh dianggap sebagai instrument atau alat yang diperlukan oleh sesebuah Negara untuk berhubung atau berinteraksi dengan sesebuah Negara lain, baik yang berjiran atau yang berada jauh dengannya. Objektif Dasar Luar Malaysia.
Objektif Dasar Luar Malaysia antara lain adalah untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar negara. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.Perkara ini diambil Kira juga demi memastikan keamanan negara terpelihara dan dihormati oleh negara luar. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa. Usul ini juga dipertimbangkan untuk memajukan negara selaras dengan asas perkembangan pembangunan negara Malaysia.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain. Perkara ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan hubungan dua-hala dengan negara asing untuk kepentingan bersama. Hubungan yang baik juga memberikan impak positif dalam proses menuju kepada negara maju 2020. Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di peringkat antarabangsa. Ikatan perhubungan bersama negara-negara membangun lain juga diberikan perhatian. Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil. Ini juga akan membantu ke arah kemajuan Negara Malaysia.
Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia. Pertama, Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang bersangkutan dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara disekitarnya supaya sentiasa dalam keadaan aman dan bebas. Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November 1970 Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira kefahamandan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ). Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau AsiaPasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan Samudra 1982 yang lebih dikenali dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu UNCLOS. Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia.Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Oleh yang demikian, dasar luar Malaysia lebih menumpukan kepada dasar berbaik-baik dalam soal perhubungan antara negara lain. Usaha mengekalkan keamanan diperhebatkan dengan merangka rakgkaian usaha-sama ekonomi antara Malaysia dan negara jiran terdekat. Penubuhan hubungan kejiranan ini dapat membantu mengekalkan keamanan serantau. Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini membawa maksud bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada prinsip menghormati dan mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah Negara yang berdaulat.Kerajaan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-komunis, anti-Israel, dan antiapartheid. Tahun-tahun awal kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan Komanwel. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN pada tahun 1967. Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang
bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada tahun 1988-1989 dan 1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali Ismail, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51 dan sekarang ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar. Bahawa secara amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan berani menyatakan pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di arena antarabangsa. Bukan sahaja kepentingan Negara kita sahaja yang diketengahkan, malah pendirian dan kepentingan negara-negara membangun dari Selatan dalam menangani isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar juga diketengahkan. Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama yang komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia. Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya. Persekitaran geostrategik Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Singapura, Tahiland, Indonesia, Filipina dan Brueni. Perairannya juga menjadi laluan utama papal-kapal perdagangan di dunia. Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.
Struktur ekonomi negara Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjaslin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga digalakan dari negara-negara di Timar, pelaburan asing juga dari negaranegara di Timar terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malayisa menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di camping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan. Struktur politik negara Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalrlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedulatan negaranegara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Plastin bagi mengwujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada PIagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama. Demografik Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang mejorita beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatikdengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan dasar ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak asasi manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita. Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat perlu dilakukan oleh Malaysia melalui dasar luarnya. Keadaan politik serantau Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu. Institusi antarabangsa Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya. Hubungan diplomatik Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut. Undang-undang antarabangsa Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga terikutikut dengan undang-undang yang ditetapkan. Perkembangan Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka ingá kini. Negara kita mengamalkan dasar luar yang ingin mengadakan hubungan dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman, damai dan persahabatan. Sejak merdeka, dasar luar negara boleh
dibahagikan kepada dua tahap: dari tahun 1957 hingga 1969/1970 dan dari tahun 1970 sehingga era kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi. Era pentadbiran YTM Turku Abdul Rahman Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini. Pada prinsipnya negara mengamalkan dasar berkecuali tetapi ia lebih cenderung ke arah pro-Barat. Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat dokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukanMalaya. Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Komunis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain. Di bawah kepimpinan Tun Razak yang era pemerntahannya diantara tahun 1970 sehingga 1976 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap dasar luar Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia. Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974. Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding denganIndonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara
digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. Dasar berkecuali ini kemudiannya diteruskan oleh Tun Hussein Onnyang memerintah antara tahun 1976 hingga 1981 yang menggantikan Tun Razak pada tahun 1976 sebagai Perdana Menteri .Walaupun berkecuali, dari segi politik Malaysia masih bersikap pro-Barat. Dalam masa yang sama, Malaysia juga memberikan keutamaannya dalam hubungan dengan negara-negara dalam ASEAN. Sikap berkecuali yang diamalkan kemudiannya ialah kerana kepentingan nasional Malaysia dapat dijamin melalui tindakan ini. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysiatelah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam periode kepimpinan Tun Dr. Mahathir (19812003), dasar luar Malaysia dilihat begitu menarik kerana bersalutan isu-isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat. Peranan beliau dalam dasar luar begitu meluas melebihi penguasaan Perdana Menteri sebelumnya. Dr. Mahathir mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam, sekali gus perhatian yang tinggi ke atas dasar luar Malaysia. Persoalan mengenai kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, krisis ekonomi serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang membangun yang ketara menjadi tumpuan dasar luar Malaysia pada zamannya. Tun Dr. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar iaitu tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi menggambarkan pendekatan proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam. Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah membuat beberapa perubahan dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam menyuarakan isu-isu antarabangsa. Di samping itu, Tun Dr.Mahathir juga telah berusaha untuk mendekati negara-negara kecil di Selatan Pasifik dan Afrika. Bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara negara-negara tersebut, Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada negara-negara sedang membangun. Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Tun Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasakuasa besar dunia, isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu terbaru ialah tentang kawalan
Dasar luar Malaysia di zaman Abdullah Badawi dari 2003 hingga kini pula disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.Walaupun dasar luar yang diamalkan Abdullah masih sama namun pendekatan yang digunakan bagi menyampaikan aspirasi nasional di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian beliau yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju pemerintahan negara, tetapi apabila menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasar luar beliau telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan sikap yang pragmatik. Beliau akan tegas menggesa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa-kuasa besar supaya memahami isu-isu yang menjadi punca sebenar yang mencetuskan keganasan, antaranya dasar kuasa besar terhadap Palestin dan Iraq. Sebagai Pengerusi OIC, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang keganasan, katanya. Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam moden, dinamik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan dan tempat yang selamat untuk melabur dan melancong.Mengenai dasar luar negara, Abdullah berkata Malaysia perlu mengurus dan mentadbir secara bijak jalinan perhubungan yang diwujudkan dengan negara-negara lain melalui dasar luar yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan kepada umat Islam sejagat. Malaysia mahu menjalin kerjasama rapat dengan semua negara, bukannya bermusuh dengan negara asing. Malah, kita komited dan berpegang pada pendirian untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan menyelesaikan sebarang masalah secara aman. c- Analisis penglibatan Malaysia dalam Isu antarabangsa. 1. Ekonomi. Definisi LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog. Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi . Latar belakang LID Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrikayang menghadapi masalah yang hampir sama iaitukemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID diCarrebean. Perkongsian pintar ini terbuka dan
melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan. Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai Negara-negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu bergantung pada hasil eksport. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira 50% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan eksport (ekonomi terbuka). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negaranegara Selatan telah melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan. LID yang dianjurkan oleh Malaysia adalah berperanan memanjukan ekonomi Negara-negara Selatan Selatan dan Negara membangun yang lain. Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan. Sebagai bukti menurut Tan Seri Rafidah pelaburan keseluruhan Malaysia di seberang laut telah meningkat kepada AS$5.9 bilion (RM21.5 bilion) dalam 2006 daripada AS$3 bilion (RM11.3 bilion) dalam 2005. Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Selaras dengan tema LID 2007 `Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan', Salah satu pencapaian yang dapat dilakukan melalui teknologi bio adalah salah satu alat yang boleh membantu dalam usaha membasmi kemiskinan. Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan cabaran getir yang terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu berhubung pembekalan makanan yang mencukupi.Aplikasinya akan meningkatkan nilai yang dihasilkan oleh sektor pertanian, termasuk membolehkan usaha membawa pulangan hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini, terutama dalam keadaan peningkatan jumlah penduduk yang amat ketara ketika ini.katanya. Teknologi bio akan membantu menghapuskan kemiskinan dalam tempoh singkat, manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysian Biotech Corp turut mengambil bahagian dalam pameran LID di sini. Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC (APEC Telecommunications and Information Working Group). Kumpulan Kerja Telekomunikasi APEC (TEL) telah ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai salah satu sektor kumpulan kerja di bawah naungan APEC.APEC TEL mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan giliran negara yang menjadi tuan rumah bagi perjumpaan ini adalah mengikut pusingan di antara negara-negara APEC. Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC Ke-27 (27th APECTEL) yang dijadualkan berlangsung pada 24 - 28hb Mac 2003 di Kuala Lumpur. APEC TEL bertanggungjawab memberikan laporan tentang segala aktivitinya kepada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Maklumat APEC yang dijalankan setiap dua tahun sekali. Elekomuniti Asia Pasifik (APT). APT telah ditubuhkan pada Mei 1979 untuk berkhidmat sebagai organisasi telekomunikasi kawasan melalui perjanjian di antara kerajaan. APT terdiri daripada 30
buah negara yang menjadi ahli, 4 buah negara sebagai ahli bersekutudan 41 buah negara sebagai ahli gabungan. Struktur organisasi terdiri daripada 3 peringkat, yakni Perhimpunan Umum, Jawatankuasa Pengurusan dan Urusetia yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand. Malaysia telah menjadi ahli rasmi APT pada 1hb Julai 1979 yang diwakili oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Ahli-ahli gabungan APT yang terdiri daripada beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia adalah Binariang, Celcom, Telekom Malaysia, Time Telecom dan Digi Telecom. Sementara bagi Ericsson Telecom pula penyertaannya dalam APT bermula pada 1hb Jan 1996. 2. Alam sekitar Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan perjanjian alam sekitar pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat antarabangsa antaranya, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Konvensyen Basel Mengenai Pergerakan Merentasi, Sempadan Bahan Buangan Berbahaya, Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon, Konvensyen Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants, Konvensyen Ramsar Mengenal Tanah Lembap,Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna yang di ancam Kepupusan. Kesemua ini merupakan penglibatan dan prihatin Malaysia bersama dasar luarnya terhadap alam sekitar. Para saintis yang menyelia kajian yang paling luas tentang ekosistem sedunia dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi, pada hari ini mengumumkan pembukaan sebuah pejabat yang bertempat di ICLARM - Pusat Perikanan Dunia di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian itu yang dipanggil Penilaian Ekosistem Milenium (MA) merupakan kajian 4 tahun dan usaha ini yang bernilai RM79,800,000 (US$21 million) akan dilaksanakan di seluruh dunia. Pengarah Eksekutifnya, seorang pakar zoologi, Dr Walter V.Reid yang juga akan berada di Pulau Pinang akan menyelaraskan kerja-kerja lebih kurang 1,500 ahli sains dari pelbagai institusi. Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhutanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua MenteriMenteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan. Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu berkata, negara di seluruh dunia perlu menyeimbangkan keperluan antara pembangunan dengan alam sekitar bagi memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli yang semakin terhad. Dilema yang dihadapi kebanyakan negara membangun ialah untuk menyeimbangkan keadaan antara pembangunan dan alam sekitar.
Di Malaysia, pembangunan berterusan dengan penekanan kepada perlindungan alam sekitar telah diberi keutamaan dalam strategi pembangunan. Jelaslah di sini, persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhu'tanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan.Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. Keperluan memulihara alam sekitar perlu dilihat dari sudut seimbang dan perhatian yang sewajarnya perlu diberikan dalam menggalak dan mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi termasuk pembasmian kemiskinan, memenuhi keperluan asas dan meningkatkan taraf kehidupan. 3. Politik. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), telah ditubuhkan di Rabat,Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September. Penglibatan Malaysia dalam OIC telah bermula pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui pertubuhan ini, Malaysiatelah memainkan peranan penting dalam soal kestabilan politik negara-negara Islam. Banyak isu-isu dalam dunia Islam yang telah dibincangkan melalui pertemuan-pertemuan ketua-ketua Negara-negara Islam bermula di Rabat 1955. Melalui peranan Malaysia dalam OIC ini kebanyakkan bahawa ia berpengaruh ke arah kestabilan politik negara-negara anggota. Tujuan utama penubuhannya ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam menggalakkan kepentingan mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan pemeliharaan keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa melibatkan umat Islam. Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. PerananMalaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasalan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus menekan Iran menggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela
kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global. Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah kini menjadi lebih besar dengan krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang sehingga kini belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari penyelesaian terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita, beriburibu orang menderita...mereka terperangkap di tengah-tengah peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang Kemuncak dua hari itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Dalam konteks Timur Tengah, penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin mengiktiraf satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan sesuatu yang OIC dan Liga Arab terus usahakan.Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dengan kemunculan kerajaan perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas. Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka sendiri dilihat saling bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan diatur dan dilaksanakan sejak puluhan tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa perlaksanaan yang signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan mengatur kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat kegagalan inisiatif yang dibentuknya. Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu ini. Persepakatan antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati kembali kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dari cengkaman Israel dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah dilihat merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak mempunyai prinsip dan pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama lain. Sejarah sendiri telah memaparkan betapa kesatuan antara kedua-dua kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat persefahaman dan titik temu yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak. Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan serta ancaman kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu perpaduan antara kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan OICseharusnya ialah memastikan masalah tersebut diselesaikan. KESIMPULAN. Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negaranegara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan
anggota OIC agar kestabilan politikMalaysia. Peranan Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysiadalam perkembangan social, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia. RUJUKAN Al-Hafiz . (1990) Dasar Luar Malaysia – Satu Tinjuan Khas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr.Hashim Husin (1990), Malaysia Ke arah Kemajuan, Pustaka Media Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd. Mohd Noor Mat Yazid (1994), Kajian Dasar Luar Malaysia, Pustaka Antara Media Sdn. Bhd. Mokhtar A. Kadir (1991), Malaysia Bersama Dasar Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialog_Antarabangsa_Langkawi http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=JUL&m=3&t=&r=m&i=LAT http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=3647 http://www.turkishweekly.net/interview.php?id=87 http://shoubra-student.blogspot.com/2007_05_01_archive.html http://yksm.com.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=85 http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1685 http://web5.bernama.com/events/LID2007/newsbm.php?id=277362 http://www.mima.gov.my/mima/htmls/papers/pdf/nazery/Malaysia%20%20perundangan%20_26Ju n07_.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekono mi&pg=ek_08.htm http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99a21.htm http://web5.bernama.com/client/newiwk/bm/template.php?id=234191 http://www.mca.org.my/English/Parliament/Pages/LohSengKok(KelanaJaya)mintaMENTERISUMBER ASLIDANALAMSEKITARmenyatakanperjanjian-perjanjianalamsekitarantarabangsayangtelahdi.aspx http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_7.html
http://www.mosti.gov.my/opencms/export/MostePortal/KAS/KASfunctionEn.html http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99c14.htm http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article405 http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=1096 http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/pengaman.html http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=print&sid=693berdaulat’. http://force136.fotopages.com/?entry=602874 http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm#Kandungan http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm#Kandungan http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267 http://blisdemo.bernama.com/article.phtml?SN=d3439ce4ad04c5cc677b7e5ce8af2109&s=10&p=10 906 http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
Konsep Dasar Luar 1. Dasar luar ialah polisi yang digunakan oleh sesebuah negara apabila berinteraksi denga negara lain di dunia. 2. Dasar luar Malaysia biasanya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan Jemaah Menteri Kementerian Luar Negeri yang dipertanggungjawabkan mengurus hubungan luar negeri. Peranan itu dilaksanakan oleh Wisma Putra Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembentukan Dasar Luar 1. Kepentingan nasional 2. Faktor geografi yang strategik 3. Faktor sejarah dan budaya 4. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 5. Faktor kepimpinan 6. Dasar berkecuali 7. Agama Islam / Keanggotaan OIC Masalah-masalah Dalam Hubungan Luar 1. Campur tangan luar 2. Pendekatan berbeza
3. Pendatang asing negara jiran 4. Tiada penyelarasan 5. Tuntutan bertindih 6. Perbezaan kemajuan 7. Tindakan unilateral 8. Ketegangan politik Tahap-tahap Dasar Luar Malaysia Tahap 1 : Pimpinan Tunku Abdul Rahman (1957-69) Tahap 2 : Pimpinan Tun Abdul Razak Tahap 3 : Pimpinan Tun Hussein Onn Tahap 4 : Pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) Tahap 5 : Pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2003 - 2009) Tahap 6 : Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak (2009 hingga kini) Pendirian Malaysia dalam Beberapa Isu Antarabangsa (1957-kini) 1. Keganasan Antarabangsa 2. Masalah Myanmar 3. Masalah Kemboja Isu-Isu Antarabangsa 1. Isu Alam Sekitar 2. Isu Antartika 3. Isu Aparteid 4. Isu Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Hubungan Antarabangsa Malaysia 1. Hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC) 2. Hubungan Serantau Asia Tenggara Bentuk Kerjasama Dalam ASEAN 1. Kerjasama Politik 2. Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPAN)(1971) 3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) (1987) 4. Forum Serantau ASEAN (ARF) (1994) 5. Kerjasama dalam Ekonomi Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Hubungan Malaysia - Komanwel Malaysia dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Isu-isu Ekonomi Antarabangsa 1. Isu-isu Ekonomi Negara Selatan-Selatan
2. Dialog Utara-Selatan 3. Kumpulan 15 (G15) 4. Dialog Selatan-Selatan 5. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) 6. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) 7. APEC (Asia Pacific Economic Caucus)
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI Jangka masa 1957-1969 (Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman) 1. Dasar Pro Barat Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh Tanah Melayu pada ketika itu ialah bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal satu dasar luar yang benar-benar merdeka, terutama sekali dalam soal keselamatan negara (Johan Saravanamuttu, 1983:262). Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan kerana Tanah Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain. Pada waktu itu, Tanah Melayu hanya menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Komanwel. Britain dianggap seperti "bapa” yang harus dihormati. Hal ini kerana kesemua negara yang membentuk Komanwel terdiri daripada negara bekas jajahan British. Kebanyakan negara-negara ini mendapat kemerdekaan dengan "restu " kerajaan Britain. Justeru itu, hubungan erat dengan Britain perlu dijaga dalam kalangan negara-negara Komanwel. Berdasarkan hal ini, Tanah Melayu akhirnya memilih dasar luar yang pro-Barat. Dalam soal keselamatan pertahanan negara, melalui satu perjanjian pertahanan yang ditandatangani pada tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Malaya (AMDA) dan memberi jaminan kepada Tanah Melayu bahawa jika ada berlaku ancaman atau pencerobohan dari luar, kerajaan Britain akan memberi bantuan ketenteraan. Syarat-syarat lain dalam perjanjian ini termasuklah jikalau wilayah masingmasing terancam atau berlaku permusuhan yang melibatkan kedua-dua pihak di mana-mana negara di dunia, maka kedua-dua haruslah saling berunding. Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab lainnya adalah didorong oleh benteng pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika itu, Tanah Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin dapat menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada waktu itu, pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu. Demi tulang belakang keselamatan Tanah Melayu dari segi pertahanan, perjanjian AMDA telah ditandatangani.
Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari semua pihak. Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian AMDA sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu’' (Dalton, 1967:66-9). Pemuda UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA secara tidak langsung melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi membincangkan pembabitan Tanah Melayu dalam perjanjian ini, UMNO Kedah menyeru supaya diadakan satu mesyuarat tergempar. Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala bantahan dan kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung dengan perjanjian AMDA dan menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat diperlukan. Menurut Tunku, .......let us face the facts, and the facts are that we have at our command and army of less than one division in strength; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we can never be able to build our forces to the strength which we would require for the defence our country. Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan pihak komunis. Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah Melayu yang bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku. Tunku telah mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali dalam soal-soal Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat. Pada tahun 1958, dalam satu sidang parlimen, Tunku telah menegaskan bahawa “There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while Malaya is at war with the communists. Only when we are certain that people here have become truly Malayan-minded and have set their minds on making Malaya their only home can the government declare our policy of neutrality…let me tell you that there are no such things as local communists. Communism is an international organisation which aims for world domination, not by aggression if they can avoid it, but by the use of tactics and methods among the sons of the country to overthrow democracy and to set up in its place a government after the pattern of all communist countries” (Johan Saravanamutthu, 1983:26) Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya melibatkan kerjasama-kerjasama yang
berasaskan perekonomian bebas. Perjanjian-perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong usahausaha di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah seperti mengawal harga barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan Malaysia dapat dilihat melalui penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Getah Antarabangsa dan lain-lain. Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn) Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia berikutan dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa. Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan NegaraNegara Komanwel. Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan negara-negara Dunia Ketiga. Jangka masa 1980-2000 ( Era Tun Dr Mahathir Mohamad) Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia tidak mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan pentadbiran tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan selain pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negaranegara Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku penambahan dari
sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik dan keselamatan. Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian luar negeri yang berorientasikan ekonomi. Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu antarabangsa seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara-negara maju terhadap kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hak-hak kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-forum antarabangsa. Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986.
Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-selatan yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh Malhi, 1989). Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negara-negara membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei Darussalam.
Dasar Luar Malaysia EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT PERSONALITI PERDANA MENTERI Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi. Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Ia boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 1957–1969 )
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
Dalam tempoh 1957–1969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang tempoh pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat anti-Komunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967). 2. Era Tun Abdul Razak ( 1970–1976 )
Tun Abdul Razak
Dalam tempoh 1970–1976, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara Islam”. Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan NAM kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pelaburan daripada negara selain British juga mula dialu-alukan. 3. Era Tun Hussien Onn (1976–1981)
Tun Hussien Onn
Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (1976–1981) dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam. Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. 4. Era Tun Dr Mahathir ( 1982 – 2003 )
Tun Dr Mahathir Perubahan yang lebih drastik terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Kepimpinan Tun Dr. Mahathir menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan, contohnya: Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan: Antartika sebagai warisan bersama dunia.
Dasar Pandang ke Timur (LEP). Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi. Dengan kemunculan globalisasi, mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi terhadap negara membangun. Pendekatan yang proaktif dan bersungguh-sungguh dalam isu Aparteid dan Palestin. Perpaduan Islam – Mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk D-8. Keamanan dan keselamatan antarabangsa – Malaysia menganggotai UNSC, peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia, Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat menentang sikap pilih kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB. Keganasan – Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan Keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan keupayaan. Membuka Sempadan Baru: Mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di negara ini. Berorientasikan Ekonomi: Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3). Kerjasama Pembangunan Serantau – Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMPEAGA. Kumpulan G-15 (G15) – pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia. Diplomasi Ekonomi – pelaburan ke luar negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran anda’, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID). 5. Era Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 2003 -2009 )
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tempoh 2003–kini, inisiatif dasar luar negara sudah dilaksanakan. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk memperlihatkan: Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa Pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas. Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada. Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif – Islam Hadhari Perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun. Sebagai sebuah negara yang berdagang, kita amat bergantung pada persekitaran antarabangsa yang harmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara. Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru untuk barangan dan perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus niaga dengan negara luar. Kita perlu mencari bidang yang memberikan kelebihan kepada kita. Untuk itu, Malaysia melaksanakan beberapa dasar luar negara yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Antara lain, dasar ini termasuklah: ·
Dasar Pandang Ke Timur
·
Pelaburan Keluar Negara – Makmurkan Jiran Anda
·
Penswastaan Malaysia
·
Kerjasama Selatan-Selatan
·
Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)
·
Dialog Antarabangsa Langkawi
5. Era Datuk Seri Najib Tun Razak ( 2009 -kini )
Datuk Seri Najib Tun Razak Blok sejenak bersama pak long_Nadi penyambung http://paklongcikgu.blogspot.com/2008/03/dasar-luar-malaysia.html http://dayafikir.wordpress.com/2010/12/14/dasar-luar-malaysia/
http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-Luar-Negara-Malaysia http://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia
pengajian am stpm http://pam900stpm.blogspot.com/2009/08/dasar-luar-malaysia.html
DASAR LUAR MALAYSIA a. Terangkan definisi dan objektif Dasar Luar Negara. DEFINISI DAN OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa. Tetapi, apa yang penting ialah dasar luar perlu mengutamakan kepentingan negara dan juga keselamatan, kemakmuran penduduknya. Ringkasnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam membentuk dasar luar sesebuah negara: (i) Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasakuasa besar yang lain. (ii) Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang diamalkan oleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar. (iii) Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara1 negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika. b. i. Jelaskan prinsip asas Dasar Luar Malaysia dan faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia. PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA Di samping mengamalkan dasar berkecuali, Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah:Pertama, negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB 2 melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja. Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. 3 FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. FAKTOR SEJARAH Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman
komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan. FAKTOR EKONOMI Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan 4 antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negaranegara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. FAKTOR POLITIK Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. FAKTOR GEOGRAFI Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. 5 FAKTOR DEMOGRAFI Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negaranegara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masingmasing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. 6 ii. Galurkan perkembangan Dasar Luar Malaysia semenjak merdeka hingga kini. PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang begitu kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 tahap seperti yang berikut: · Tahap Pertama -Tunku Abdul Rahman (1957-1970) · Tahap Kedua - Tun Abdul Razak (1972-1976) & Tun Hussein Onn (1976-1981) · Tahap Ketiga - Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) 7 Tahap Pertama Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memeperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negaranegara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara 8 hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. 9 Tahap Kedua Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia,
beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersamasama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dengan Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. 10 Tahap Ketiga Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Keepntingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah 11 pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah
daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara. 12 c. Analisis penglibatan Malaysia di arena antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik dan isu alam sekitar yang telah mendapat pengiktirafan dunia. Bidang Ekonomi Bidang ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. Bidang Politik Bidang politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. 13 Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Bidang Isu Alam Sekitar Bidang isu alam sekitar merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). 14 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM ARENA ANTARABANGSA Komanwel Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London. Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk meneykat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah, antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. 15 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaanya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara. 16 Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. 17 Pergerakan Negara – Negara Berkecuali (NAM) NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara. Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah menegmukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga telah dilantik sebagaih ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke – 13 pada tahun 2003. siding kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha 18 menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq. Negara – Negara Selatan Negara – Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara – Negara Dunia Ketiga. Negara – negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah dijajah oleh kuasa Barat. Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Pergantungan kepada negara – negara maju adalah kerana Negara – Negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini
membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Oleh itu, matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport bahan – bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara – negara maju. Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya Selatan – Selatan kerana idea penubuhannya dating daripada Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987. strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan atau South Investment, Trade and Technology Data Exchange Center (SITTDEC) di Kuala Lumpur, penubuhan Sistem Kewangan Perdagangan Global atau Global System of Trade Preference (GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. 19 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea Tunku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negaranegara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran – Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel. Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan
negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain. 20 Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek – projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara – negara Islam. Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia jelas terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Dasar luar yang dinamik ini perlu agar Malaysia juga harus mampu menangani cabaran ini dengan mengadakan perubahan yang pesat dan pantas di dalam negeri melalui dasar negara yang inovatif agar terus dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. 21 MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara – negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967. Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASA) Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara – negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli – ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Di negara – negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia – Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua – dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara – negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. 22 Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang digalurkan semasa penubuhannya termasuklah: Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara – negara serantau. Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963. MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA (MAPHILINDO) MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia – Filipina dan Malaysia – Indonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua – dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. 23 Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga – tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau rakyat di kedua – dua negeri berkenaan. Hasilnya, majority rakyat di kedua – dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi. Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. 24 Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk. Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama. Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar. Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau
25 ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. 26 Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. 27 RUJUKAN 1. HBSS 1203 Hala Tuju Pembangunan Negara
2. http://faculty.unitarklj1.edu.my/courseweb/aac/pdf/ugb0033/module12.pdf 3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 4. Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran. (Ibrahim Saad – 1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) 5. Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia. (Mohd. Salleh Lebar – 1996, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.) 6. Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. (Robiah Sidin – 1994, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.) 28
PENDAHULUAN Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. 1
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. 2
OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid
Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa. 3
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan. Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuanganperjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan. 4
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN DALAM PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA Faktor pertama yang dipertimbangkan dalam penentuan dasar luar Malaysia ialah kepentingan nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Sebagai sebuah negara kecil yang terdapat pelbagai kuasa besar dan pengaruh, Malaysia sentiasa berhati-hati dengan hubungan luarnya. Dari segi keselamatan, Malaysia seboleh-bolehnya mahu mengelakkan sebarang jenis ancaman mahupun serangan dari negaranegara luar terutamanya negara yang mempunyai kuasa veto. Bagi memastikan keadaan ini terjamin, Malaysia sentiasa menjaga haluan dasar luarnya supaya tidak berteraskan kekerasan. Malaysia merupakan
negara yang kaya dengan sumber pertanian dan galian. Oleh itu, dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hal ini adalah kerana ekonomi Malaysia berorientasikan eksport. Malaysia sentiasa berusaha memperluaskan pasaran hasil eksportnya serta meningkatkan pelaburan modal asing ke dalam ekonomi negara. Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di perigkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia sentiasa mengharapkan rakan perdagangan di seluruh dunia untuk memasarkan keluaran bahan-bahan mentah dan barangan pembuatan. Malaysia dapat meningkatkan hasil eksportnya dan menjadi salah sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia jika usaha itu memperoleh kejayaan. Justeru itu, Malaysia memerlukan banyak negara sahabat di kalangan pelbagai negara di seluruh dunia dan mengadakan hubungan yang erat dengan semua negara termasuk negara-negara komunis seperti Soviet Union, China dan negara-negara Eropah Timur serta turut memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka. 5 Faktor seterusnya ialah berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia merupakan penyokong utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang merupakan pelindung negara-negara kecil dan mundur serta penggalak keamanan dan keharmonian dunia. Di samping itu, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial (INTAN, 1991). Malaysia turut menganggotai agensi-agensi PBB yang lain seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dan United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD) bagi merealisasikan hasrat dunia untuk aman dan harmoni. Malaysia juga turut berperanan dan membantu PBB dalam menjamin keamanan dunia dengan menghantar unit perkhidmatannya. Malaysia turut terlibat dalam pasukan pengaman PBB di Somalia, Bosnia, Congo dan Kemboja. Malaysia juga pernah memainkan peranannya dengan menduduki sebuah kerusi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB). Persekitaran geostrategik turut menyumbang kepada pembentukan dasar luar Malaysia. Seperti yang kita tahu, Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia Kedua. Sementara itu, kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku Asia Tenggara. Malaysia
yang terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan sebuah wilayah yang penting sejak beribu tahun dahulu. 6 Kebanyakan perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah seta India menggunakan perairan Selat Melaka sebagai laluan utama. Kedudukan strategik ini berjaya menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menguatkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kedudukan ini, Malaysia telah berpegang teguh dengan pendirian yang bebas dan berkecuali sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan terhindar dari sebarang pengaruh luar. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia sedar akan keadaannya yang sensitif terutamanya dalam konteks antarabangsa pada hari ini. Keadaan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik dengan kehadiran kuasa komunisme di Indo China dan juga masalah seperti pelarian Kemboja dan Vietnam. Malaysia seperti negar-negara jiran yang lain bimbang jika isu ini berterusan kerana bimbang kedaulatan negara masing-masing akan terancam. Oleh yang demikian, Malaysia mengutamakan hubungan yang positif dengan negara-negara Asia Tenggara. Malaysia juga berhasrat menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. Islam merupakan agama persekutuan Malaysia. Kekukuhan dan kekuatan Islam dalam kehidupan masyarakat negara ini menjadikannya sebagai salah satu elemen paling utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan itu, Islam turut menjadi pencetus dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Bagi mencapai maksud ini, Malaysia berperanan aktif dalam pertubuhan kerjasama antarabangsa Malaysia amat menitikberatkan hubungan yang baik dengan negara-negara Islam. 7 Antara penglibatan yang mengukuhkan lagi faktor ini ialah dengan penyertaan Malaysia sebagai negara perintis kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Malaysia turut diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan pengerusi pertubuhan ini. Malaysia turut terlibat secara langsung dalam Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM). Di samping itu, Malaysia turut serta dalam menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam. Sebagai salah satu daripada bekas negara jajahan British, Malaysia menjadi anggota negara-negara Komanwel. Malaysia turut menjaga hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.
Seterusnya, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar berkecuali iaitu ingin mengadakan hubungan rapat dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi mereka. Malaysia mengamalkan dasar ini sejak tahun 1970 lagi. Faktor prinsip hidup bersama yang diamalkan Malaysia turut menjadi penentu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendirian bahawa rakyat sesebuah negara perlulah menentukan nasib mereka sendiri. Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar sesekali tidak boleh mencampuri hal ehwal sesebuah negara yang lain. Oleh yang demikian, Malaysia adalah antara penyokong kuat perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kemboja (Kampuchea) dan Pejuangpejuang Mujahidin Afghanistan. 8 Faktor seterusnya ialah struktur demografik. Malaysia mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Hal ini seiring dengan suasana Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu, sejak dari dahulu lagi Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit, iaitu dasar apartheid seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan semasa negara itu berada di bawah penjajahan British. Selain itu, Malaysia berpendapat dasar itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan amalan perpaduan kaum yang sedia ada di negara ini. 9
DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI Jangka masa 1957-1969 (Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman) 1. Dasar Pro Barat Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar proBarat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh Tanah Melayu pada ketika itu ialah bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal satu dasar luar yang benar-benar merdeka, terutama sekali dalam soal keselamatan negara (Johan Saravanamuttu, 1983:262). Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan kerana Tanah Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain. Pada waktu itu, Tanah Melayu hanya menjalinkan hubungan persahabatan
dengan negara-negara Komanwel. Britain dianggap seperti "bapa” yang harus dihormati. Hal ini kerana kesemua negara yang membentuk Komanwel terdiri daripada negara bekas jajahan British. Kebanyakan negara-negara ini mendapat kemerdekaan dengan "restu " kerajaan Britain. Justeru itu, hubungan erat dengan Britain perlu dijaga dalam kalangan negara-negara Komanwel. Berdasarkan hal ini, Tanah Melayu akhirnya memilih dasar luar yang pro-Barat. Dalam soal keselamatan pertahanan negara, melalui satu perjanjian pertahanan yang ditandatangani pada tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Malaya (AMDA) dan memberi jaminan kepada Tanah Melayu bahawa jika ada berlaku ancaman atau pencerobohan dari luar, kerajaan Britain akan memberi bantuan ketenteraan. Syarat-syarat lain dalam perjanjian ini termasuklah jikalau wilayah masing-masing terancam atau berlaku permusuhan yang melibatkan kedua-dua pihak di mana-mana negara di dunia, maka keduadua haruslah saling berunding. Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab lainnya adalah didorong oleh bentenb pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika itu, Tanah Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin dapat menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada waktu itu, pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu. Demi tulang belakang keselamatan Tanah Melayu dari segi pertahanan, perjanjian AMDA telah ditandatangani. Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari semua pihak. Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian AMDA sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu’' (Dalton, 1967:66-9). Pemuda UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA secara tidak langsung melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi membincangkan pembabitan Tanah Melayu dalam perjanjian ini, UMNO Kedah menyeru supaya diadakan satu mesyuarat tergempar. 11 Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala bantahan dan kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung dengan perjanjian AMDA dan menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat diperlukan. Menurut Tunku,
.......let us face the facts, and the facts are that we have at our command and army of less than one division in strength; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we can never be able to build our forces to the strength which we would require for the defence our country. Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan pihak komunis. Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah Melayu yang bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku. Tunku telah mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali dalam soal-soal Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat. Pada tahun 1958, dalam satu sidang parlimen, Tunku telah menegaskan bahawa 12 “There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while Malaya is at war with the communists. Only when we are certain that people here have become truly Malayan-minded and have set their minds on making Malaya their only home can the government declare our policy of neutrality…let me tell you that there are no such things as local communists. Communism is an international organisation which aims for world domination, not by aggression if they can avoid it, but by the use of tactics and methods among the sons of the country to overthrow democracy and to set up in its place a government after the pattern of all communist countries” (Johan Saravanamutthu, 1983:26) Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya melibatkan kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas. Perjanjian-perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah seperti mengawal harga barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan Malaysia dapat dilihat melalui penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Getah Antarabangsa dan lain-lain. Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn)
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia berikutan dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah 13 mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa. Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel. Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan negara-negara Dunia Ketiga. 14 Jangka masa 1980-2000 ( Era Tun Dr Mahathir Mohamad) Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia tidak mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan pentadbiran tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan selain pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negaranegara Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku
penambahan dari sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik dan keselamatan. Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian luar negeri yang berorientasikan ekonomi. Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu antarabangsa seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara-negara maju terhadap kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hakhak kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-forum antarabangsa. Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986. 15 Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatanselatan yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh Malhi, 1989). Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negaranegara membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negaranegara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei Darussalam. 16
PENGLIBATAN MALAYSIA Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini, pada tahun 1957, Malaysia telah bergiat secara aktif dan menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Komanwel
Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan terdiri daripada negaranegara yang pernah dijajah oleh Britain dan telah memperoleh kemerdekaan daripada Britain. Pertubuhan ini terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan dan beribu pejabat di London. Objektif-objektif penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setiakawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Setelah negara mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu negara dalam mempertahankan negara, memelihara keamanan dan kedaulatan negara. Misalnya, Komanwel memainkan peranan dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh manamana pihak semasa Indonesia melancarkan dasar konfrontasi ke atas Malaysia. Selain itu, sebagai salah satu negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak manfaat antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Setiap dua tahun, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) akan diadakan dalam 17 kalangan negara anggota. Di samping itu, mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Deklarasi Langkawi ialah persetujuan yang ditandatangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Malaysia juga lantang menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Manakala dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun demikian, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikaldan Biasiswa dalam bidang pendidikan, Dalam bidang sukan pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel secara gilang-gemilangnya pada tahun 1998. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua setelah Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada awalnya, PBB hanya dianggotai
oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia menjadi ahli PBB pada tahun 1957 setelah negara mengecapi kemerdekaan. 18 Negara-negara yang menganggotai PBB harus akur dengan Piagam PBB di mana satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB iaitu yang pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan antara negara-negara anggota. Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (sekarang dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, Malaysia sekali lagi dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Manakala dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Objektif penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk memberi bantuan kepada negera-negera ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan memajukan ekonomi negara-negara tersebut. Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia memperoleh faedah yang diharap dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan juga menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah 19 Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan dengan menggunakan bantuan daripada Bank Dunia. Malaysia juga berpendirian tetap dan menyokong usaha menentang masalah penyalahgunaan dadah. Satu persidangan antarabangsa diadakan di Viennna, Austria pada bulan Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Dalam persidangan ini, Perdana Menteri Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menjada Yang Dipertua persidangan tersebut. Malaysia juga berganding bahu dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO). Malaysia turut menjalankan kerjasama dalam bidang
kesihatan dan perubatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO). Dalam bidang sains dan teknologi pula, kerjasama telah dijalinkan melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsabangsa Bersatu atau United Nation for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Tan Sri Razali Ismail (wakil Malaysia ke PBB) telah menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau turut dilantik menjadi wakil khas PBB dalam penyelesaian konflik politik negara Myanmar. Malaysia berpendirian teguh dalam mendesak PBB bagi menyelesaikan masalah Palestin melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. 20
BIDANG POLITIK Pentadbiran Pertubuhan Komanwel di jalankan oleh sebuah badan secretariat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menjadi anggota Komanwel sejak tahun 1957, semenjak itu banyak faedah yang telah dinikmati oleh Negara kita hasil daripada penyertaan Malaysia dengan Pertubuhan Komanwel. Antara faedah yang diperolehi ialah dalam bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan. Pada tahun yang sama juga Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Britian-Malaya. Hasil daripada perjanjian ini Kerajaan Biritian telah menghantar sekumpulan pasukan tenteranye ke Tanah Melayu bagi mengawasi ancaman komunis terutama semasa wujudnya masalah diantara Malaysia dan Indonesia. Iaitu dimana Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Tanah Melayu. Sewaktu tercetusnya konfrantasi tersebut Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan daripada negara-negara anggota komanwel yang lain seperti Britian, Australia, New Zealand dan Fiji. Malah sewaktu darurat malasia juga mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal bertujuan menentang pengganas komunis. Tanggal tahun 1968, kerajaan Britian memutuskan untuk mengundurkan tenteranya dari timur Suez termasuk di negara Malaysia sendiri. Lanjutan 21 daripada hal ini satu perjanjian baru telah dihasilkan kerana pada ketika itu Malaysia masih memerlukan bantuan ketenteraan dari segi pertahanan daripada
pihak Britian. Pada tahun 1971 satu perjanjian telah ditandatangani antara Malaysia, Singapura, Britian, Australia dan New Zealand. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa. Hasil daripada perjanjian ini Britian, Australia dan New Zealand akan memberi bantuan ketenteraan jika Malaysia dan Singapura diserang oleh kuasa-kuasa besar. Pada tahun 1970-an Malaysia telah kurang memberi perhatian terhadap Pertubuhan Komanwel kerana pertubuhan ini dianggap tidak mampu untuk menyelesaikan masalah antarabangsa. Dato’ Hussein Onn pernah melahirkan rasa kecewa terhadap keupayaan Pertubuhan ini yang hanya disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang hanya bersifat sebuah kelab sosial sahaja. 22
BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL Pada tahun 1950, rancangan Colombo telah diwujudkan di Sri Lanka. Rancangan ini mempunyai beberapa matlamat utama iaitu menyediakan bantuan kewangan, pendidikan serta latihan teknikal kepada para ahli anggota pertubuhan Komanwel. Negara Malaysia salah sebuah negara yang menerima bantuan daripada rancangan Colombo, dimana para-para pelajar Malaysia diberi bantuan dari segi biasiswa untuk melanjutkan pembelajaran dan latihan teknikal mereka di negara-negara maju. Terdapat beberapa projek Malaysia yang dibiayai rancangan ini iaitu : ° Lebuh Raya Timur-Barat ° Beberapa jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak ° Beberapa buah institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak Sebagai pertukaran Malaysia pula menyediakan kemudahan penyelidikan kepada mana-mana negara anggota Komanwel yang ingin menjalankan tentang penyelidikan getah, sejarah dan bahasa di bawah satu rancangan yang dikenali sebagai Program Kerjasama Teknikal Malaysia ( PKTM ). Perkembangan Komanwel pada tahun 1970-an dan 1980-an menampakkan beberapa masalah. Dasar dikenakan pada negara Komanwel, Dasar Perdagangan, memihak kepada negara-negara maju. Hubungan Malaysia dengan Komanwel (Britain) menjadi renggang sejak 1982 apabila bekas Perdana 23 Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik perjalanan pertubuhan Komanwel itu di samping tindakan ekonomi “ Buy British Last”. 19821984, Malaysia tidak puas hati Komanwel kerana Kanada dan Britain enggan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan kerana Dasar Aparteid. Malaysia aktif semula selepas CHOGM di Van couver, Kanada, 1987.
Pada mesyurat ini beberapa ketetapan telah dititik beratkan seperti mengadakan dasar perlindungan dan mengulangi pendirian bagi mewujudkan system perdagangan yang lebih adil, berikrar mengukuhkan Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif ( GATT ), dan menyokong Pusingan Uruguay berhubung dengan hal rundingan pelbagai hala. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sukan yang paling berprestij iaitu sukan Komanwel 98 atau lebih dikenali sebagi SUKOM 98, telah berlansung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur melaluai temasya sukan ini secara tidak lansung berlakunya peningkatan terhadap ekonomi di Malaysia di mana banyak berlakunya pertukaran mata wang asing pada ketika itu. Melaluai pengajuran sukan ini Malaysia banyak mendapat bantuan kewangan contonya : API Sponsorship sebuah syarikat pemasaran sukan terkemuka dunia dilantik bagi membantu rancangan pemasaran dan hal penyiaran. Syarikat Contech Technologies Sdn Bhd ditugaskan mengatasi masalah teknologi seni bina sukan. RM 310 juta ringgit berjaya diraih melalui rakan niaga pemasaran. Hak penyiaran diberikan kepada Nine Network Australia, Television New Zealand, Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan, STAR TV dan stesen 24 Astro. Selain itu, Television Twelve Singapore, Perbadanan Penyiaran Kanada, Sri Langka Rupavahine, dan lain-lain turut membayar untuk mendapatkan hak penyiaran. Hak penyiaran ini merupakan 25% daripada keseluruhan pendapatan SUKOM. Antara syarikat tempatan yang menjadi penaja ialah Telekom Malaysia, Syarikat Penerbangan Malaysia, Petronas, dan Bank Bumiputra. Seterusnya Canon, Pepsi, Nestle, Pro-Specs, Mastercard, Kodak, Pensonic, Mayban Insurance, DRB Hicom Berhad dan Cycle & Carriage. Syarikat Siemen turut membekalkan komputer. Swatch membekalkan peralatan waktu. Syarikat-syarikat ini menyumbang 45% kepada pendapatan SUKOM. Rakan kongsi turut ditubuhkan dengan melibatkan Resort World, Tenaga Nasional Berhad, Sime Darby dan BP Malaysia. Penjualan nombor plat kenderaan dan penjualan wang kertas terhad menghasilkan 26 % pendapatan SUKOM. Jualan kemeja-T, topi, kasut, logo, lencana, dan patung mascot 'Wira' menjana pendapatan RM5 juta. Jualan tiket diuruskan oleh Ticket Express. Tempahan hotel sebanyak RM 10 juta. Urusan penginapan antarabangsa dikendalikan oleh Byrom Consultants Ltd. Melalui bantuan kewangan ini secara tidak langsung ia juga telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia. Selain itu sumber pendapatan rakyat negara ini turut meningkat. Ia juga membuka peluang
peniagaan kepada rakyat negara ini semasa sukan tersebut berlangsung. 25
ISU ALAM SEKITAR Pada 1989, Malaysia telah di beri penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau lebih di kenali sebagai Mesyuarat CHOGAM. Mesyuarat ini diadakan setiap dua tahun sekali. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama dikalangan negara-negara anggota Komanwel. . Dalam persidangan ini, selain daripada membincangkan isu apartheid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kambodia. Terdapat set isu yang telah menarik pandangan negara dunia ialah tentang isu alam sekitar. Ekoran daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang merangkumi : 1. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar 2. Pemgurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun 3. Pengurangan pencemaran laut 4. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon Hasil daripada mesyuarat ini satu deklarasi juga telah diwujudkan iaitu Deklari Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Jelas disini isu alam sekitar amat dititik beratkan ini jelas kelihatan kerana setiap kali Mesyuarat CHOGM berlansung isu mengenai alam sekitar sentiasa di bankitkan contohnya : Sidang CHOGM 1991 Harare, Zimbabwe. Perisytiharan Harare berikrar: 26 # Mempertingkat pembangunan dan menghapuskan negara anggota # Memperjuang hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita # Melindungi alam sekitar # Melindungi and mengembangkan prinsip-prinsip demokrasi # Mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil # Mempergiat usaha-usaha membanteras pengedaran dadah.
JADUAL MESYUARAT CHOGM Tahun Tarikh Negara Bandar Pengerusi 1971 14-22 Januari Singapura Singapura Lee Kuan Yew 1973 2-10 Ogos Kanada Ottawa Pierre Trudeau 1975 29 April-6 Mei Jamaika Kingston Michael Manley 1977 8-15 Jun United Kingdom London James Callaghan 1979 1-7 Ogos Zambia Lusaka Kenneth Kaunda 1981 30 September-7
Oktober Australia Melbourne Malcolm Fraser 1983 23-29 November India New Delhi Indira Gandhi 1985 16-22 Oktober Bahamas Nassau Lynden Pindling 1986 3-5 Ogos United Kingdom London Margaret Thatcher 1987 13-17 Oktober Kanada Vancouver Brian Mulroney 1989 18-24 Oktober Malaysia Kuala Lumpur Mahathir bin Mohamad 1991 16-21 Oktober Zimbabwe Harare Robert Mugabe 1993 21-25 Oktober Cyprus Limassol George Vasiliou 1995 10-13 November New Zealand Auckland Jim Bolger 1997 24-27 Oktober United Kingdom Edinburgh Tony Blair 1999 12-14 November Afrika Selatan Durban Thabo Mbeki 2002 2-5 Mac Australia Coolum John Howard 2003 5-8 Disember Nigeria Abuja Olusegun Obasanjo 2005 25-27 November Malta Valletta Lawrence Gonzi 2007 23-25 November Uganda Kampala Yoweri Museveni 2009 Akan diumumkan Trinidad dan Tobago Port of Spain Akan diumumkan 27
BIBLIOGRAFI Asrar Omar dan Zulhilmi Paidi (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, PTS Publications. K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd. K.Ramanathan (2002), Asas Sains Politik (Edisi Kedua), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mahdi Shuid & Mohd Fauzi Yunus (2002), Pengajian Malaysia, Longman Ranjit Singh Malhi (November 1989), Pengajian Am STPM (Kenegaraan Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), Pendidikan Negara Bangsa, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 30