PERJANJIAN INI dibuat pada ……………………………….. di antara NAMA PEMBERI (NOMBOR KAD PENGENALAN) [sesudah ini dipanggil “PEMBERI”] dengan NAMA PENERIMA (NOMBOR KAD PENGENALAN) [sesudah ini dipanggil “PENERIMA”].
BAHAWASANYA, PEMBERI telah bersetuju untuk mendahulukan wang sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU SAHAJA kepada PENERIMA sebagai modal perniaagaan yang akan dijalankan oleh PENERIMA. DAN BAHAWASANYA , PENERIMA telah bersetuju untuk membayar balik wang yang dipinjamkan melalui pembayaran sebanyak RINGGIT MALAYSIA EMPAT RATUS SAHAJA kepada PEMBERI setiap bulan selama EMPAT TAHUN menjadikan jumlah besar pulangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN BELAS RIBU DUA RATUS SAHAJA seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
DAN BAHAWASANYA, telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di antara PEMBERI dengan PENERIMA, sekiranya PENERIMA gagal melakukan pembayaran bagi pinjaman yang didahulukan akan wujudnya obligasi undang- undang di antara mereka. Obligasi undang-undang hanya akan wujud setelah kontrak perjanjian ini ditandatangani secara sah oleh kedua-dua pihak.
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN adalah dipersetujui seperti berikut:
1.0
TAKRIF DAN TAKSIRAN
1.1 Dalam perjanjijan ini dan lampiran yang dilampirkan bersama perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna sebagaimana yang telah ditetapkan kepadanya melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:
1.1.1 “PEMBERI” bagi maksud perjanjian ini adalah merujuk kepada pemberi
pinjaman iaitu NAMA PEMBERI (NOMBOR KAD PENGENALAN).
1.1.2 “PENERIMA” bagi maksud perjanjian ini adalah merujuk kepada penerima
pinjaman iaitu NAMA PENERIMA (NOMBOR KAD PENGENALAN).
1.1.3 “CIMB BANK” adalah merujuk kepada COMMERCE INTERNATIONAL
MERCHANT BANKERS BERHAD.
1.1.4 “HSBC BANK” adalah merujuk kepada HONG KONG SHANGHAI
BANKING COOPERATION.
1.1.5 “UNDANG-UNDANG”
adalah
merujuk
kepada
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA.
2.0
PERSETUJUAN AM 2.1 PEMBERI memberi pinjaman wang sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU SAHAJA melalui cara memasukkan wang yang tersebut ke dalam akaun CIMB BANK PENERIMA yang bernombor akaun XXXX. [Rujuk Lampiran]
2.2 PENERIMA bersetuju membayar balik pinjaman modal yang didahulukan oleh PEMBERI sebanyak RINGGIT MALAYSIA EMPAT RATUS SAHAJA setiap bulan selama EMPAT TAHUN menjadikan jumlah besar yang perlu dibayar oleh PENERIMA kepada PEMBERI adalah sebanyak RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN BELAS RIBU DUA RATUS.
3.0
TEMPOH KONTRAK 3.1 Persetujuan ini berkuatkuasa mulai tarikh …………………………… atau tarikh kontrak ditandangatangi yang mana lebih awal. Dengan syarat sentiasa bahawa apa-apa hak, kepentingan, tugas, liabiliti dan kewajipan yang wujud semasa tempoh kontrak perjanjian ini berkuatkuasa hendaklah terus berkuatkuasa walaupun tempoh kontrak perjanjian ini telah tamat.
3.2 Pembayaran akan dibuat oleh PENERIMA kepada PEMBERI selama EMPAT TAHUN bermula dari DD MM YY sehingga DD MM YY dan seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
4.0
CARA PEMBAYARAN 4.1 Semua pembayaran adalah
dibuat dalam Ringgit Malaysia sahaja.
4.2 Adalah dipersetujui bahawa pembayaran balik yang akan dilakukan oleh PENERIMA kepada PEMBERI dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun bank HSBC BANK PEMBERI di nombor akaun XXXX.
4.3 PENERIMA perlu membuat bayaran balik kepada PEMBERI dengan cara memasukkan duit ke dalam akaun bank HSBC BANK PEMBERI di nombor akaun XXXX setiap bulan pada X HARIBULAN atau selewat-lewatnya X HARIBULAN pada setiap bulan selama EMPAT TAHUN bermula pada tarikh DD MM YY seperti yang dipersetujui.
5.0
PENAMATAN KONTRAK 5.1 Penamatan kontrak perjanjian di antara PEMBERI dengan PENERIMA akan hanya berlaku apabila: 5.1.1
Jika PENERIMA telah berjaya membuat pembayaran balik selama EMPAT TAHUN dengan jumlah besar RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN BELAS RIBU DUA RATUS SAHAJA kepada PEMBERI seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.
5.1.2
Jika PEMBERI telah bersetuju dengan cara bertulis untuk menamatkan kontrak perjanjian ini dari diteruskan
. 6.0
LAIN-LAIN 8.1 Adalah diperakui bahawasanya perjanjian ini telah dibuat tanpa prejudis kepada manamana pihak. 8.2 Wang yang didahulukan adalah bertujuan untuk membiayai perniagaan yang sah di sisi UNDANG-UNDANG. 8.3 Kontrak perjanjian ini telah dibuat dengan mengikuti dan mematuhi UNDANGUNDANG yang sedia ada.
8.4 Sebarang pembaharuan di dalam kontrak perjanjian ini perlulah mendapat persetujuan bertulis dari kedua-dua pihak. 8.5 PEMBERI dan PENERIMA perlulah memperbaharui kontrak perjanjian ini di masa hadapan jika kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan yang baharu. 7.0
LAMPIRAN ADALAH SEBAHAGIAN PERJANJIAN
6.1 Lampiran-lampiran kepada perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.
8.0
UNDANG-UNDANG 7.1 Kontrak perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia sahaja.