[Type the document title] [Year]
[Year]
3
3
_______________________________________________________________
TAJUK
HALAMAN
SENARAI KANDUNGAN
1
PENGENALAN
2
1.0) BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
1.1: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1.2: GAYA HIDUP SIHAT
1.3: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSKITARAN
4
2.0) BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5
2.1: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
2.2: GAYA HIDUP SIHAT
2.3: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSKITARAN
25
3.0) BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
3.1: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
3.2: GAYA HIDUP SIHAT
3.3: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSKITARAN
36
4.0) PENILAIAN
50
KESIMPULAN
52
BAHAN RUJUKAN
54
__________________________________________
Pada peringkat awal pembentukan sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tahun 1932, dan telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Oleh itu, Kurikulum Pendidikan Kesihatan di semua sekolah rendah di seluruh negara telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.
Menurut World Health Organisation (WHO) menyatakan bahawa kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata- mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja.
Manakala menurut Dubos R. (1968), kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.
Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan (Green, 1980)
Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial,memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. (Marx & Wooley, 1998)
Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh & Enzell, 1995).
Berikut merupakan kepentingan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah :
Pendidikan Kesihatan penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap masalah kesihatan yang di alami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat kuasai. Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
1.1 : Kesihatan Diri
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan perbezaan organ reproduktif antara lelaki dengan perempuan
- menyatakan perubahan fizikal lelaki dan perempuan pada peringkat akil baligh
- menyenaraikan cara- cara menjaga kebersihan diri
- menamakan bahagian dan organ utama sistem pencernaan
- menyatakan fungsi bahagian dan organ sistem pencernaan
Pada peringkat ini, remaja perempuan dan lelaki akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan dan perwatakan.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Perubahan ketinggian remaja perempuan dan lelaki mengikut umur.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
1.2 : Kekeluargaan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan kepentingan hubungan diri dengan keluarga
- menyatakan peranan setiap anggota keluarga dan aktiviti yang boleh mengelak daripada berlakunya gejala sosial.
2.0 Gaya Hidup Sihat
2.1: Piramid makanan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- mengenal pasti empat kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan
- membezakan kadar pengambilan makanan
Makanan membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membesar, bermain, bekerja, berfikir dan belajar. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan mengikut kadar yang dicadangkan dalam piramid makanan.
Kumpulan makanan
Jenis makanan
Kadar pengambilan makanan
Karbohidrat
Nasi, roti, mee, bijirin, ubi- ubian
Makan lebih banyak 8-12 sajian
Vitamin
Sayur- sayuran dan buah- buahan
Makan banyak sekurang- kurangnya 5 sajian
Protein
Ikan, daging, ayam, susu, telur
Makan sederhana 2-3 sajian
Lemak
Minyak, mentega
Makan sedikit sahaja
2.2: Penyalahgunaan bahan
Selepas pengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan definisi ubat dan racun
- menyatakan kesan ubat dan racun
Simpan ubat- ubatan dan racun berasingan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak- kanak. Berikut merupakan contoh racun yang terdapat di persekitaran kita :
3.0 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
3.1: Keselamatan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan akibat tidak mematuhi keselamatan jalan raya
- menyatakan tindakan yang perlu diambil sewaktu berlakunya kemalangan jalan raya
- menyatakan amalan- amalan yang baik semasa menggunakan jalan raya
- mematuhi peraturan dan undang- undang jalan raya
- menyatakan langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil semasa banjir
- menyatakan punca dan cara mencegah kebakaran
Pernahkah kawan- kawan melihat kejadian sebegini?
Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan murid di sekolah. Oleh itu, keselamatan diri amat penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Banjir boleh memusnahkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kita perlula mematuhi langkah- langkah keselamatan semasa menghadapi banjir supaya diri dan keluarga selamat.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3.2: Penyakit berjangkit
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menamakan jenis- jenis penyakit berjangkit
- menyenaraikan cara penyakit boleh merebak dan cara pencegahan penyakit berjangkit
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3.3: Pertolongan Cemas
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan maksud pertolongan cemas
- menamakan beberapa jenis kecederaan ringan
Kecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan tidak teruk seperti luka kecil, calar, lebam, dan terseliuh. Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores pada permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir ke permukaan kulit.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kecederaan ringan yang lain adalah lebam. Lebam berlaku apabila terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi bengkak dan berwarna kehitaman. Keadaan ini menyebabkan saluran darah di bawah kulit tercedera.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
1) Kesihatan Diri dan Keluarga
1.1: Kesihatan diri
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- memahami maksud haid
- menerangkan langkah menjaga kebersihan semasa haid
- memahami maksud ihlitam
1.2: Perasaan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- meluahkan perasaan ketika menghadapi pelbagai situasi
Sumber : Borhannudin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2011). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
1.3: Kekeluargaan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menjelaskan perubahan fizikal dan perasaan ketika di peringkat remaja.
- mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh remaja
2) Gaya Hidup Sihat
2.1: Pemakanan Sihat
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menamakan kumpulan makanan dan jenisnya
- membincangkan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan
- menyatakankesan negatif akibat tidak mengambil makanan tidak seimbang.
Kumpulan Makanan
Kepentingan
Karbohidrat
: Memberi tenaga
Protein
: Membantu proses pembesaran
Vitamin dan Mineral
: Memelihara fungsi tubuh dan menjauhkan penyakit
Lemak
: Membekalkan haba
2.2: Penyalahgunaan Bahan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan kesan buruk merokok, mengambil alkohol dan dadah serta menghidu bahan tertentu.
- menyatakan aktiviti yang boleh mengisi masa lapang
3) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
3.1: Keselamatan Persekitaran
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyenaraikan langkah keselamatan di rumah, sekolah, dan tempat permainan
- bercerita tentang pentingnya menjaga keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan
Sumber : Borhannudin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2011). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3.2: Penyakit Berjangkit
- menyatakan jenis penyakit berjangkit mengikut cara jangkitan
- menyatakan agen pembawa penyakit berjangkit
- menjelaskan cara- cara mencegah penyakit berjangkit
- menyenaraikan jenis- jenis imunisasi di peringkat kanak- kanak
Penyakit
Cara merebak
Simptom
Langkah Pencegahan
Campak
melalui bersin dan batuk
- demam panas
- ruam seluruh badan
- dapatkan imunisasi
- elakkan menghampiri penghidap campak
Cacar
melalui sentuhan kulit, dan pakaian tercemar
- sakit kepala
- gelembung air timbul pada badan dan muka
- kulit gatal
- dapatkan imunisasi cacar
- elakkan daripada sentuhan langsung
- pesakit cacar akan dikuarantinkan
Kepialu
bakteria dibawa oleh penghidap, lalat, lipas dan tikus
- mata layu dan cengkung
- tubuh badan lurus dan lesu
- demam berlarutan
- dapatkan imunisasi kepialu
- minum air yang dimasak
- tudungkan semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat
- Pilih gerai yang bersih
Beguk
jangkitan virus di kelenjar liur
- bahagian leher terasa kejang
- sensitif pada cahaya
- badan terasa lemah
- sakit kepala
- dapatkan imunisasi beguk
- elakkan daripada melakukan sentuhan langsung
- penghidap beguk dikuarantinkan
3.3: Pertolongan cemas
- mengenal pasti jenis- jenis kecederaan ringan
- menerangkan cara- cara merawat kecederaan ringan
- menjelaskan cara melaksanakan bantuan awal
- membuat simulasi cara melakukan bantuan awal
Sumber : Borhannudin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2011). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Selepas memeberi rawatan bantu mula, kita perlu membawa mangsa ke pusat kesihatan atau hospital untuk dirawat oleh doktor.
Sumber : Borhannudin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2011). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
1) Kesihatan Diri dan Keluarga
1.1: Kesihatan diri
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyedari dan menerima perubahan fizikal
- menyatakan cara menjaga kebersihan diri
- membincangkan kepentingan penjagaan kebersihan fizikal semasa remaja
- meningkatkan kesedaran amalan penjagaan kebersihan diri
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
1.2: Kekeluargaan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyenaraikan masalah yang biasa di alami semasa awal remaja
- mematuhi arahan serta mengikut nasihat ibu bapa dan guru
- menjelaskan langkah yang perlu diambil untuk menangai masalah remaja
- menerangkan tanggungjawab dan peranan remaja kepada diri, keluarga dan masyarakat
Situasi
Sebab
Cara Menangani
Perselisihan faham
* Perbezaan nilai dan pendapat
* Bertolak ansur
* Menerima pendapat dan pandangan orang lain
Remaja lebih sensitif, cepat marah dan mudah merajuk
* Rembesan hormon dalam badan
* Dapatkan nasihat ibu bapa, kaunselor dan orng yang boleh dipercayai.
Remaja terdorong melakukan sesuatu yang baru
* Pengaruh rakan sebaya
* Berfikir sebelum bertindak
* Mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli keluarga
Remaja ingin diterima sebagai ahli kumpulan oleh rakan sebaya
* Inginkan pengiktirafan
* Perlu bijak memilih dengan hanya mencontohi sikap terpuji
* Mengamalkan nilai murni dan patuh kepada ajaran agama.
2) Gaya Hidup Sihat
2.1: Pemakanan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- mengenalpasti label kandungan pada bungkusan makanan
- memilih produk makanan yang berkhasiat untuk dimakan.
- menyatakan maklumat pada label kandungan produk makanan.
- menyatakan kepentingan perlabelan pada produk makanan
- memilih produk makanan yang berkualiti untuk dimakan.
Kenyataan yang tercatat pada label kandungan sesuatu produk makanan memberikan maklumat tentang produk tersebut.
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2.2: Pengurusan stress dan konflik
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan definisi penghargaan kendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri
Peningkatan imej fizikal, imej mental dan imej emosi akan menjadikan kita lebih berani untuk berhadapan dengan situasi sebenar. Penampilan diri yang kemas, matang dan berkeyakinan dapat meningkatkan penghargaan kendiri.
2.3: Penyalahgunaan bahan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menjelaskan maksud penyalahgunaan bahan
- menyatakan hukuman akibat penyalahgunaan bahan
- meyenaraikan kesan pengambilan dadah
- menerangkan langkah- langkah yang perlu diambil untuk mencegah pengambilan dan pengedaran dadah
3) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
3.1: Keselamatan
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan punca berlaku keracunan makanan
- mengamalkan pemilihan makanan yang selamat
-mengamalkan langkah- langkah yang selamat ketika memilih makanan
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
3.2: Penyakit Berjangkit
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- menyatakan maksud penyakit bawaan vektor, air, hepatitis dan HIV/ AIDS
- menyatakan simptom penyakit taun, denggi, hepatitis dan HIV/ AIDS
- mengamalkan kebersihan
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
3.3: Pertolongan cemas
Selepas mengikuti pembelajaran ini, saya dapat :
- mengenal pasti kandungan bahan dan alatan did alam peti pertolongan cemas
- menjelaskan cara menggunakan bahan dan alatan di dalam peti pertolongan cemas
- menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap penyimpanan bahan pertolongan cemas
- menerangkan cara melakukan bantuan awak kecederaan ringan
- menunjukkan cara menggunakan bahan dan alatan di dalam peti pertolongan cemas
Sumber : Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
_______________________________________
4.0 Penilaian Pendidikan Kesihatan KBSR
4.1 2 Set Penilaian Pendidikan Kesihatan(Tahun 5 dan 6)
TUNJANG : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA TAHUN 5.
Contoh Soalan.
1. Pertumbuhan bulu ketiak dan sekitar alat kelamin
Suara menjadi garau
Kelenjar peluh menjadi lebih aktif
Pembesaran otot-otot
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan.................
A. perubahan fizikal remaja
B. perubahan fizikal remaja lelaki
C. perubahan fizikal lelaki dewasa
D. perubahan fizikal perempuan semasa akil baligh
TUNJANG : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA TAHUN 6.
Contoh Soalan Aneka Pilihan.
Tandakan BETUL ( ) atau SALAH ( ) kepada pernyataan berikut.
1. Seorang lelaki akil baligh, sukar untuk melakukan aktiviti harian. (……………….)
4.2 2 Set Penilaian Pendidikan Kesihatan( Tahun 5 dan 6)
TUNJANG : GAYA HIDUP SIHAT TAHUN 5
Contoh Soalan
1. Arman telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah kemungkinan yang menyebabkan Arman sakit ?
i. Arman tidak basuh tangan sebelum makan
ii. Arman memakan makanan yang telah basi
iii. Arman memakan makanan yang sangat besar
iv. Arman makan menggunakan tangan kiri
A. i dan ii sahaja
B. i dan iv sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. ii,iii dan iv sahaja
TUNJANG : GAYA HIDUP SIHAT TAHUN 6
Contoh Soalan
1. Nutrient utama yang terdapat dalam kumpulan makanan di atas, dapat .....................
A. membekalkan tenaga
B. menjauhkan penyakit
C. membekalkan haba pada tubuh
D. membantu proses tumbesaran
4.3 2 Set Penilaian Pendidikan Kesihatan ( Tahun 5 dan 6)
TUNJANG : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 5
Contoh Soalan
1, Tempat melintas seperti di dalam gambar di atas dinamakan.......................
A. jejambat
B. jejantas
C. lintasan Zebra
D. lintasan lampu isyarat
TUNJANG : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN TAHUN 6
Contoh Soalan
Tandakan ( / ) pada kenyataan yang betul dan tandakan ( X ) pada penyataan yang salah.
1.
AIDS memusnahkan sistem imun tubuh badan.
_____________________________________
Konsep Pendidikan Kesihatan berlandaskan untuk membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
Pada tahun 1999, matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipecahkan menjadi dua matapelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat cergas, sejahtera dan produktif di samping mengamalkan gaya hidup sihat. Dari aspek kekerapan pengajaran, Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan, hanya diperuntukkan dua kali seminggu bagi sekolah menengah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Surat Pekeliling Bil 3/1979. Selain itu setiap sekolah hendaklah mematuhi penyusunan jadual waktu serta peruntukan masa yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Bil. 3/1979 dan Bil. 25/1998. Jadual waktu hendaklah disusun sekurang-kurangnya berselang-selang dua hari dan waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi sesebuah kelas tidak boleh digabungkan sekali. Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah 60 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu bagi Pendidikan Jasmani dan 24 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu bagi Pendidikan Kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-
i. Kesihatan Diri dan Keluarga
ii. Gaya Hidup Sihat
iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan dengan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. (Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.
Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.
________________________________________
Borhannudin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc. (2011). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya
Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dubos, R. (1968). So Human and animal. New York : Scribners.
Dr. Siti Aishah Saidin , Dr. Sanidah Mohd. Ali (2012) . MyHealth : Akil Baligh. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=152&Itemid=4. Kementerian Kesihatan Malaysia. diakses pada 1 November 2012.
Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Yahya Abdul Jalil (2005). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Haji Ujang. (2007). Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instructor's Handbook -3rd ed. USA : Human Kinetics.
Green, L. W. (1980). Health education planning. A diagnostic approach . Palo Alto, Calif :Mayfield Publishing.
Idris, M., Shahrudin, A. A., & Zamry, A. (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. PPK: Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Z.L.Abdullah, A.L.Ahmad, Dr. Azali Rahmat, etc (2007). HBHE1103, Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Meteor Doc. Sdn Bhd. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
[Type the document title]