KANDUNGAN BUKU PERATURAN SEKOLAH
BUKU PERATURAN SEKOLAH
VISI Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bermotivasi, kreatif dan professional dalam menjalankan tugas.
MISI Menuju ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, mewujudkan pelajar yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan berwawasan melalui pelbagai program dan aktiviti berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
MOTTO Hidup Berbakti
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.
Pendahuluan Definisi Matlamat Hari Persekolahan Pakaian Seragam Sekolah Rambut / Kuku Tatatertib Masa Rehat Kebersihan Sumbangan PIBG Kehadiran Surat Rawatan Langkah Keselamatan Aktiviti Kokurikulum Kokurikulum Lawatan Pelawat Kebakaran / Kecemasan Ketua Darjah / Pengawas Surat Menyurat Kegiatan Luar Amalan Mulia Jenis-Jenis Kesalahan Hukuman Khidmat Nasihat Maklumat Umum Borang Pengakuan
PENDAHULUAN
HARI PERSEKOLAHAN
Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap peribadi serta pertumbuhan fizikal yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu bagi kesejahteraan individu masyarakat sekolah ini. Hayati dan patuhilah undang-undang dan peraturanperaturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah dan keharmonian hidup bangsa dan negara.
1. Hari persekolahan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan ialah Hari Ahad hingga Khamis.
DEFINISI Menurut Kamus Dewan Edisi 1989, disiplin ditakrifkan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib seseorang supaya boleh berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, hukuman atau denda kerana telah melanggar sesuatu peraturan yang telah ditetapkan.
2. Hari Sabtu boleh diisi dengan kelas tambahan, aktiviti Kokurikulum dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu. 3. Waktu persekolahan: 3.1 Semua murid mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum loceng pertama (7.30 pagi). 3.2 Bagi murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), mereka mesti berada di sekolah seawal 7.00 pagi dan mesti selesai makan makanan RMT sebelum loceng pertama dibunyikan. 3.3 Murid tidak boleh datang lewat daripada masa loceng pertama dibunyikan. 3.4 Waktu tamat persekolahan adalah seperti berikut: Tahap 1 – Ahad dan Isnin (1.15 petang) Selasa, Rabu dan Khamis (12.45 pagi) Tahap 2 – Ahad (1.45 petang) Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis (1.15 petang)
MATLAMAT
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Berusaha meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah semua murid. Penglibatan murid dalam semua bidang Kokurikulum supaya menjadi warganegara yang aktif, kreatif, berdisiplin dan bertanggungjawab. Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara mengikut acuan Kementerian Pendidikan. Memastikan penguasaan murid dalam 4M iaitu Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar murid dapat membentuk sikap berdikari dan mempunyai jati diri. Menyediakan kemudahan fizikal dan mewujudkan suasana pembelajaran sebagai motivasi kepada murid-murid. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan di sekolah. Melahirkan murid yang berpotensi, berwibawa, berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Melahirkan insan yang penyayang, bertoleransi, bekerjasama serta berbakat ke arah masyarakat penyayang.
4. Waktu perhimpunan: 4.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Semua guru dan murid diwajibkan hadir. 4.2 Hari perhimpunan rasmi adalah pada setiap hari Ahad dan perhimpunan tidak rasmi pula adalah bermula dari hari Isnin hingga Khamis. 4.3 Apabila loceng isyarat perhimpunan dibunyikan, murid-murid hendaklah hendaklah segera ke tempat perhimpunan dalam barisan, tenang dan terkawal. 4.4 Murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid yang rendah di hadapan dan yang tinggi di belakang. 4.5 Semua murid diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu, lagu Sekolah dan lagu patriotik dengan bersemangat sambil memandang bendera sebagai tanda hormat. 4.6 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa acara perhimpunan berlangsung. 4.7 Bagi murid Islam dikehendaki menadah tangan apabila doa dibacakan.
4.8 Setelah tamat perhimpunan, murid akan bergerak dalam barisan ke kelas masing-masing. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1. Murid Lelaki 1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali pinggang, kepala tali pinggang adalah tidak besar dan tidak berhias. 1.2 Baju putih lengan pendek yang dipakai sempurna dan mengikut peraturan sekolah. Baju singlet / dalam putih sahaja yang dibenarkan. 1.3 Kasut putih, tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih tanpa hiasan. 1.4 Murid-murid diwajibkan memakai tali leher di sekolah. 2. Murid Perempuan 2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru gelap (murid Islam) atau baju putih dan skirt biru gelap (murid bukan Islam). 2.2 Diwajibkan memakai anak tudung bersama telekung mini berwarna putih segi tiga yang sesuai dengan murid (murid Islam). 2.3 Kasut putih, tidak berjalur / berbelang warna, tidak mempunyai hiasan / tulisan dan stoking putih tanpa hiasan. 3. Lencana dan Tanda Nama 3.1 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. 3.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit pada bahagian atas poket dan tanda nama pula berada di bawah lencana tersebut pada bahagian dada sebelah kiri baju. 3.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 4. Pakaian Pendidikan Jasmani 4.1 Baju T sukan dan seluar trek yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seluar trek yang berwarna hitam atau biru gelap ( blue black ). ).
4.2 Semua murid diwajibkan memakai pakaian sukan ini lengkap berkasut ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar. 5. Pakaian Kokurikulum 5.1 Murid-murid yang terlibat (Tahun 3 – 6) hendaklah memakai pakaian unit beruniform sebagaimana yang telah ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 5.2 Murid-murid hendaklah memakai pakaian tersebut pada hari Badan Beruniform iaitu hari Selasa pada setiap minggu. RAMBUT / KUKU 1. Murid tidak dibenarkan berambut tebal / panjang sehingga mencecah kolar baju atau cuping telinga dan tidak dibenarkan sama sekali memotong rambut mengikut sebarang fesyen terkini yang dilarang oleh pihak sekolah. 2. Murid-murid dilarang mewarnakan rambut dan warna rambut harus kekal dengan warna asal. Rambut hendaklah bersih dan disikat kemas. 3. Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang. TATATERTIB 1. Di kelas 1.1 Semua murid yang berada di dalam kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan senyap dan bersopan santun. 1.2 Murid-murid dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kelas. 1.3 Sentiasa menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. 1.4 Dilarang makan atau minum, bermain dan berlari, bergurau dan lain-lain di dalam kelas. 1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan dan alat bantuan mengajar yang terdapat di dalam kelas. 1.6 Tutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas dan hanya menggunakannya bila perlu. 1.7 Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual belajar belajar yang telah telah ditetapkan ditetapkan walaupun walaupun semasa ketiadaan ketiadaan guru. guru.
1.8 Murid-murid dikehendaki beratur di luar kelas selepas loceng akhir persekolahan dibunyikan dan bergerak ke surau untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. 1.9 Murid-murid dibenarkan ke tandas tidak lebih 2 orang dari setiap masa dengan kebenaran guru dan memakai kad kebenaran keluar kelas. 2. Dalam kawasan sekolah 2.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 2.2 Tidak dibenarkan berlari, membuat bising atau meronda di kawasan bangunan sekolah. 2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutamanya pada masa ke tempat perhimpunan, kantin, padang, makmal komputer, PSS, Makmal Sains, bilik Kemahiran Hidup dan waktu pulang. 2.4 Dilarang menghampiri atau masuk ke bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, bilik alatan, tandas guru, stor sukan dan lain-lain tanpa keizinan guru. 3. Harta benda sekolah 3.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain-lain. Sekiranya berlaku sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan dan lain-lain, hendaklah dilaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh dikenakan denda atau perlu memberi ganti rugi yang sepatutnya. 4. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 4.1 Buku teks yang dipinjamkan hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastik supaya tidak rosak atau hilang. Setiap buku teks yang hilang atau rosak perlulah diganti dengan buku yang baru atau dibayar dengan harga buku tersebut. 4.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah. 4.3 Murid-murid diwajibkan menulis nama di buku pinjaman (SPBT).
5. Alatan sukan 5.1 Mengambil dan menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani / permainan / sukan dengan mendapat kebenaran guru yang terlibat terlebih dahulu. 5.2 Alatan sukan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab mereka yang berkenaan. 5.3 Menyimpan semula semua peralatan yang digunakan ke dalam stor dengan keadaan baik. 5.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti Pendidikan Jasmani juga dikehendaki berada di Lapangan Pendidikan Jasmani (di padang). 6. Pusat Sumber Sekolah (PSS) 6.1 Pinjaman atau pemulangan buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 6.2 Murid-murid hendaklah sentiasa senyap ketika berada di dalam perpustakaan. MASA REHAT 1. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di kantin sekolah dan dilarang membeli makanan di kedai-kedai luar / penjaja. 2. Murid-murid dikehendaki membeli makanan di tempat yang disediakan dalam keadaan beratur dan tidak berebut-rebut. 3. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan bagi murid-murid Islam. 4. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru. 5. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dengan membuang semua sampah sarap dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 6. Murid-murid dikehendaki berhenti makan / minum setelah loceng dibunyikan dan perlu segera kembali ke kelas masing-masing. masing-masing. 7. Bekas-bekas makanan seperti piring, mangkuk dan gelas hendaklah dikumpulkan di tempat yang telah disediakan. 8. Murid-murid hanya dibenarkan makan / minum di kantin dan duduk di tempat yang disediakan. Dilarang makan di tepi longkang atau sebagainya.
9. Murid-murid hanya boleh makan di kantin sahaja sekiranya ada ibu bapa yang menghantar makanan. KEBERSIHAN 1. Kebersihan bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab kelas masing-masing. 2. Buang sampah ke dalam tong sampah dan dilarang keras membuang sampah di merata-rata tempat atau diselit pada celah-celah pokok dan sebagainya. 3. Tidak dibenarkan menconteng atau mengotori mana-mana bahagian pada bangunan sekolah. 4. Gunakan tandas dengan sebaik-baiknya dan pam tandas setelah digunakan. Jangan sesekali memasukkan kertas atau sebarang benda lain ke dalam lubang tandas supaya lubang tandas tidak tersumbat. 5. Segera menutup paip selepas digunakan. 6. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki. 7. Tidak dibenarkan meludah di merata-rata tempat. 8. Kelas perlulah dibersihkan pada waktu terakhir sesi pembelajaran setiap hari.
4. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau surat akuan dari doktor/ ibu bapa/ penjaga dianggap ponteng. Jika tidak hadir lebih daripada tiga kali berturutturut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah tiga kali surat peringatan dihantar tetapi masih juga tidak hadir, murid berkenaan boleh diambil tindakan tegas sehingga boleh digantung sekolah atau dibuang sekolah. 5. Jika murid terpaksa pulang lebih awal daripada waktu persekolahan atas sebabsebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya dan direkodkan ke dalam buku yang disediakan di pejabat sekolah. SURAT RAWATAN 1. Murid-murid yang memerlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat rawatan yang disediakan di sekolah. 2. Murid yang memerlukan rawatan kecemasan semasa sesi pembelajaran berlangsung mesti mendapat kebenaran Guru Besar / GPK sebelum dirujuk kepada pihak kesihatan dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa murid seberapa segera.
SUMBANGAN PIBG
LANGKAH KESELAMATAN
1. Jumlah sumbangan yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG hendaklah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan. 2. Bayaran hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. Resit yang dikeluarkan hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
1. Murid-murid dilarang membawa buku komik / pisau / benda-benda berbahaya / alat permainan / telefon bimbit / kamera ke sekolah. 2. Murid-murid dilarang berbasikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah disorong semasa berada dalam kawasan sekolah. Letakkan basikal di tempat yang telah disediakan dan dikunci. 3. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada atau bermain di kawasan tersebut. 4. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah / van / kereta / motosikal hendaklah beratur dan mengikut peraturan. 5. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalanraya. 6. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir. Muridmurid tidak dibenarkan membuat bising seperti bersorak, menjerit, berlari, bertolak-tolak, bergurau dan bermain ketika berjalan pulang.
KEHADIRAN 1. Murid-murid mesti hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor/ Ibu bapa/ Penjaga hendaklah dihantar kepada pihak sekolah sebagai bukti ketidakhadiran ke sekolah. 2. Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. 3. Murid-murid yang hadir lewat melebihi tiga kali, mengikut catatan rekod dalam Buku Kehadiran Lewat oleh pengawas akan dihantar satu surat kepada penjaga untuk memaklumkan perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
7. Jika murid-murid ketinggalan bas / van atau ibu bapa / penjaga datang lambat, mereka hendaklah menunggu di dalam kawasan sekolah atau memberitahu kepada GPK atau guru bertugas atau ke pejabat sekolah. 8. Jika kehilangan sesuatu barang, segera beritahu guru dan jika terjumpa barangbarang bukan milik sendiri hendaklah diserahkan kepada guru bertugas. 9. Semua murid tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas atau perhiasan yang berharga pada waktu persekolahan. 10. Murid juga dilarang membawa wang tunai yang berlebihan daripada keperluan perbelanjaan harian mereka. 11. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan dompet, wang atau barang-barang berharga di dalam kelas. Seeloknya disimpan dengan guru, jika perlu. AKTIVITI KOKURIKULUM 1. Setiap murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut: Pakaian Seragam Persatuan / Kelab Permainan 2. Setiap kali diadakan aktiviti, kehadiran adalah diwajibkan dengan berpakaian lengkap dan kemas mengikut unit beruniform masing-masing serta membawa bersama buku catatan / log aktiviti masing-masing. 3. Selipar dan baju T yang pelbagai tidak dibenarkan. 4. Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut-turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan dikenakan. 5. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru sehingga aktiviti selesai dijalankan.
LAWATAN PELAWAT 1. Murid-murid dikehendaki menghormati mana-mana pelawat yang hadir ke sekolah ini dengan memberi ucapan bertatasusila. 2. Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat orang yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah. 3. Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid kerana sesuatu sebab kecemasan / darurat, maka kebenaran Guru Besar / GPK hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
KEBAKARAN / KECEMASAN 1. Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan – peraturan semasa berlaku kecemasan atau semasa latihan kebakaran yang dijalankan. 2. Murid-murid harus menyelamatkan diri sendiri terlebih dahulu. 3. Sekiranya murid terlibat dengan sebarang kemalangan yang serius dan perlu dirujuk dengan segera ke klinik kesihatan, guru akan menghantar murid tersebut ke klinik selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau GPK dan ibu bapa akan dimaklumkan untuk hadir ke klinik tersebut seberapa segera untuk tindakan lanjut pihak kesihatan. 4. Sekiranya murid terlibat dengan kes yang tidak serius pula, ibu bapa akan dihubungi untuk datang mengambil murid sama ada dibawa pulang atau dibawa /dirujuk ke klinik kesihatan. KETUA DARJAH / PENGAWAS 1. Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas dan rapi sepanjang masa. 2. Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan dan memahami peranan masing-masing di sekolah. 3. Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. 4. Sentiasa peka dengan persekitaran dan bertanggungjawab agar dihormati dan dipatuhi oleh murid-murid lain. SURAT MENYURAT 1. Surat yang dikirim kepada murid sekolah ini menggunakan alamat sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya. 2. Sekiranya terdapat surat yang isi kandungannya menyeleweng dan tidak sesuai dengan taraf sebagai murid, tindakan akan diambil. KEGIATAN LUAR 1. Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada guru / ibu bapa / penjaga.
AMALAN MULIA
1. Murid-murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan / pesanan / nasihat / amanah yang diberikan oleh guru. 2. Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah atau di luar sekolah. 3. Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan seperti memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat. 4. Sentiasa menghormati lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu, lagu Sekolah dan bendera-bendera Negara dan Negeri. 5. Sentiasa menjaga nama baik sekolah. 6. Sentiasa memberi ucapan salam dengan guru-guru atau orang-orang yang lebih tua. 7. Sentiasa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru.
JENIS-JENIS KESALAHAN KESALAHAN DAN HUKUMAN Bil
Jenis Kesalahan
1
* Kesalahan Berat
2
** Kesalahan Sederhana
3
*** Kesalahan *** Kesalahan Ringan
Jenis Hukuman Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan). Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan). Diberi amaran dan sesi kaunseling.
1. * Kesalahan Berat
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas/murid. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
Memeras ugut guru/pengawas/murid. Membawa/menggunakan Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. Mencabul kehormatan guru/murid. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. Mengintai murid lelaki/perempuan. lelaki/perempuan. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. Merosakkan harta benda sekolah/guru. Membawa atau menggunakan bahan letupan. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. Melakukan hubungan yang dicurigai. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
2. ** Kesalahan Sederhana
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna. Menconteng pada harta benda sekolah. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
3. *** Kesalahan Ringan
Menyimpan misai, janggut atau jambang. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. kebenaran. Makan dan minum di bilik darjah. Melakukan pembaziran air/elektrik. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). Datang lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. Mengganggu kawasan. Mengganggu guru. Lewat masuk kelas. Mengotorkan kelas. Tidak duduk setempat. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KHIDMAT NASIHAT 1. Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan Guru Bimbingan/Kaunseling untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat. Murid-murid tidak harus segan, malu atau takut untuk menyuarakan masalah yang dihadapi walaupun agak peribadi. MAKLUMAT UMUM 1. Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada masa/keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sekolah atau atas nasihat Guru Besar. 2. Murid-murid sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran hendaklah memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana kita berada. Oleh itu, setiap orang yang berakal mesti mengikuti dan mematuhinya pada setiap masa demi keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat. 3. Apabila manusia yang berakal tidak mematuhi peraturan maka jadilah manusia itu tidak ubah seperti haiwan yang sememangnya ditakdirkan oleh Allah hidup tanpa berperaturan. 4. Justeru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa, selagi mereka menjadi murid Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. 5. Sesungguhnya, kesempurnaan hidup tidak akan dapat dinikmati walaupun memiliki ilmu yang tinggi melangit andainya iman, amal, akhlak dan disiplin diabaikan.
BORANG PENGAKUAN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok, 21610, Merchang, Marang, Terengganu. Tarikh:............................ Melalui, Guru Kelas BUKU PERATURAN TATATERTIB / DISIPLIN MURID 1. Saya telah memiliki buku tersebut di atas untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan saya sendiri. 2. Saya faham segala isi kandungan dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang. 3. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah sekiranya saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal di atas setiap perbuatan saya.
Tandatangan :............................................................................................ Nama (Huruf Besar) :................................. :.................................................. .................................... .................................... ....................... ...... Kelas :............................................................................................ Saya, sebagai ibu/bapa/penjaga sedia maklum akan perkara yang tersebut di atas. Tandatangan :............................................................................................ Nama (Huruf Besar) :................................ :................................................ ..................................... ...................................... ....................... ...... Alamat :................................ :................................................ ..................................... ...................................... ....................... ...... Pekerjaan :............................................................................................ No. Telefon :................................ :................................................ ..................................... ...................................... ....................... ......
CATATAN PENTING .................................... ................................................... ................................ ................................. ................................ ................................ ................................ .................. .................................... ................................................... ............................... ................................ ................................. ................................. ................................ .................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ......................................... .................................. .......... .................................... ................................................... ................................ ................................. ................................ ........................................ ................................. ......... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ........................................ .................................. ........... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ...................................... ........................................ ............................ ........... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ......................................... .................................. .......... .................................... ................................................... ................................ ..................................... ..................................... ................................. ............................ ............ .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ..................................... ...................................... ................................. ............................ ............ .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ...................................... .................................... ............................... ................................. .............................. ............. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ......................................... .................................. .......... .................................... ...................................................... ................................... ................................. ............................... ................................ ............................... .............. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ..................................................... .................................... .................................. ............................... ............................... ................................ ............... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. ...................................... .................................................... ............................... .................................. ............................... ............................... ................................ ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ........................................ .................................. ........... .................................... ................................................... .................................... ..................................... ................................. .................................. ............................ ........... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................... ................................................... ............................... ................................ ................................. ................................. ................................ .................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ .................................. .................................. ................. .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ........................................ .................................. ........... .................................... ................................................... ................................ ................................. ................................ ...................................... ................................. ........... .................................. ................................................... ................................. ............................... ................................ ........................................ .................................. ...........
Pakaian Seragam Rasmi Murid / Pemakaian Lencana Sekolah
Potongan Rambut Yang Betul
Potongan Rambut Yang Dilarang