BUKU PANDUAN Pemilihan Kursus Kokurikulum Semester 2013/2014 (A131)
PENTING: Pendaftaran Kursus Kokurikulum bermula pada 20 hingga 27 Julai 2013. Sila rujuk m/s 12 dalam buku panduan ini.
1
KATA PENGANTAR Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada saudara/i para pelajar baharu yang telah ditawarkan untuk mendaftar sebagai pelajar Univesiti Utara Malaysia pada pengambilan kali ini. Selain daripada mengikuti kursus-kursus berkaitan berkaitan program yang dipilih, saudara/i juga akan mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum sebagai salah satu kursus wajib sebelum saudara/i layak dianugerahkan dianugerahkan ijazah di akhir pengajian nanti.
Kursus kokurikulum di Universiti Utara Malaysia ini telah dilaksanakan semenjak penubuhannya penubuhannya pada 1984. Di sepanjang tempoh pelaksanaannya banyak perubahan dan penambahbaikan telahpun dibuat sebagai usaha memantapkan lagi pel aksanaan kursus kokurikulum kokurikulum di Universiti Utara Malaysia. Ini termasuklah proses menyemak, mengemas kini dan menyusun semula kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan bersesuaian dengan kehendak semasa.
Pada ketika ini terdapat 61 kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi semester A131 yang boleh dipilih oleh para pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Semua ini dilakukan supaya kursus kokurikulum yang ditawarkan benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar supaya dapat dimanfaatkan apabila saudara/i tamat pengajian dan berkhidmat dengan masyarakat suatu masa nanti.
Saya berharap saudara/i akan membaca buku panduan ini dengan teliti dan membuat pemilihan kursus kokurikulum yang sesuai dengan minat dan kemampuan saudara/i supaya ia dapat memberikan nilai tambah dan menjadi pelengkap kepada bidang pengajian yang telah ditawarkan kepada saudara/i.
Seterusnya gunakanlah segala kemudahan yang disediakan oleh universiti ini melalui pusat kokurikulum untuk saudara/i membina dan memantapkan sahsiah dan jati diri masing-masing. Akhirnya saudara/i saudara/i boleh menjadi aset Negara yang bernilai.
2
KATA PENGANTAR Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada saudara/i para pelajar baharu yang telah ditawarkan untuk mendaftar sebagai pelajar Univesiti Utara Malaysia pada pengambilan kali ini. Selain daripada mengikuti kursus-kursus berkaitan berkaitan program yang dipilih, saudara/i juga akan mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum sebagai salah satu kursus wajib sebelum saudara/i layak dianugerahkan dianugerahkan ijazah di akhir pengajian nanti.
Kursus kokurikulum di Universiti Utara Malaysia ini telah dilaksanakan semenjak penubuhannya penubuhannya pada 1984. Di sepanjang tempoh pelaksanaannya banyak perubahan dan penambahbaikan telahpun dibuat sebagai usaha memantapkan lagi pel aksanaan kursus kokurikulum kokurikulum di Universiti Utara Malaysia. Ini termasuklah proses menyemak, mengemas kini dan menyusun semula kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan bersesuaian dengan kehendak semasa.
Pada ketika ini terdapat 61 kursus kokurikulum yang ditawarkan bagi semester A131 yang boleh dipilih oleh para pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Semua ini dilakukan supaya kursus kokurikulum yang ditawarkan benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar supaya dapat dimanfaatkan apabila saudara/i tamat pengajian dan berkhidmat dengan masyarakat suatu masa nanti.
Saya berharap saudara/i akan membaca buku panduan ini dengan teliti dan membuat pemilihan kursus kokurikulum yang sesuai dengan minat dan kemampuan saudara/i supaya ia dapat memberikan nilai tambah dan menjadi pelengkap kepada bidang pengajian yang telah ditawarkan kepada saudara/i.
Seterusnya gunakanlah segala kemudahan yang disediakan oleh universiti ini melalui pusat kokurikulum untuk saudara/i membina dan memantapkan sahsiah dan jati diri masing-masing. Akhirnya saudara/i saudara/i boleh menjadi aset Negara yang bernilai.
2
Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan dari semua pihak dalam usaha kami meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan dalam semua urusan berkaitan pengendalian kursus kokurikulum demi kemajuan pendidikan kokurikulum di universiti ini.
Salam Hormat dan Selamat Maju Jaya.
MENJANA SAHSIAH TERPUJI
DR. KAMARUL FAIZAL BIN HASHIM Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
3
FALSAFAH UNIVERSITI Menginsafi
Bahawasanya Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.
Mengingati
Bahawasanya Bahawasanya kedua-dua sumber mesti digembleng dengan sebaik-baik cara dan seberkesan mungkin dan kunci kepada kejayaan ialah perancangan, pengurusan, pengesanan, penilaian kembali, penganutan ilmu, sains dan teknologi.
Menyakini
Bahawasanya Bahawasanya manusia tidak dapat hidup dengan kemajuan kebendaan semata-mata, tanpa perikemanusiaan, peradaban dan keimanan, manakala sumber alam pula tidak boleh dibiarkan dieksploitasi sehingga mengancam peradaban manusia itu sendiri.
Maka , Universiti Utara Malaysia mendedikasikan dirinya kepada matlamat melahirkan lulusan yang mempunyai kebolehan dan kepimpinan tinggi dalam perancangan sumber manusia dan sumber alam secara saintifik dan kreatif demi kesejahteraan bangsa, kesentosaan Negara serta kedamaian dunia seluruhnya. Adalah juga azam universiti untuk membina sahsiah bakal lulusannya supaya seimbang di antara keilmuan, kebudimanan, keimanan dan segala sifat kemanusiaan dengan nilai- nilai luhur dan murni. Ke arah itu, universiti akan membudayakan dirinya, sekalian pelajar dan kakitangan sejajar dengan motonya: ILMU, BUDI, BAKTI
4
JAWATANKUASA PROGRAM KOKURIKULUM Senarai Ahli Pengerusi
Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak Naib Canselor
Ahli
Prof. Dr. Rosna Awang Hashim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Prof . Dr. Abdul Razak Saleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Prof. Dr. Mohd. Rasid Hussin Dr. Muhammad Fuad bin Othman Wakil Senat
Tuan Hj. Amron Man Bendahari Setiausaha
Dr. Kamarul Faizal bin Hashim Pengarah Pusat Kokurikulum
Ex-Officio
Abdul Hakim Othman Koya Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum
5
NAMA PENYELARAS PUSAT KOKURIKULUM UUM BIL 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
NAMA Haji Mohd. Fairus Abd. Majid Unit Komunikasi Korporat e-mel:
[email protected] Abdul Hakim Othman Koya Pusat Kokurikulum e-mel:
[email protected] Haji Abu Bakar Mat Safar Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM CAS e-mel:
[email protected] Azhar Anis Mohamad IMBRe e-mel:
[email protected] Nik Adzrieman Hj. Abdul Rahman Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi e-mel:
[email protected] Mohd. Aizul Firdaus bin Musa Unit Sukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar e-mel :
[email protected] Abdul Razak Abdul Wahab Pusat Pengajian Undang-Undang e-mel:
[email protected] Dr. Md. Zawawi Abu Bakar Pusat Pengajian Pembangunan Sosial e-mel:
[email protected] Haji Mohamad Zainol Abidin bin Adam Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Kolej Perniagaan e-mel:
[email protected] Dr. Fauzi Hussin Jabatan Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan e-mel:
[email protected] Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Muhammad Suhaimi Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Siswaniaga (BPNS)
PENYELARAS UNIT Seni Suara
JABATAN Canselori
Kepemimpinan
PUSAT 04-9285338 KOKURIKULUM
Sukan Padang, Air dan Udara I
UUM CAS
04-9283404
Sukan Padang, Air dan Udara II
UUM COB
04-9285259
Kor Mekanik
UUM CAS
04-9284820
Sains Sukan dan Sukan Rekreasi
JHEP
04-9284982
Seni Tampak
UUM COLGIS
04-9286578
Khidmat Masyarakat
UUM CAS
04-9283843
Perniagaan Tani
UUM COB
04-9285010
Seni Bela Diri
UUM COB
04-9283549
Keusahawanan
HEPA
04-9283206
6
TEL. 04-9283018
12
13
14
15
16
17
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni e-mel:
[email protected] Mohamad Hapisol Othman Student Accommodation Centre e-mel:
[email protected] Dr. Mohamad Shukri Abdul Hamid Pusat Pengajian Sains Kuantitatif e-mel:
[email protected] Mohd. Fairouz Che Rose Pusat Kokurikulum e-mel:
[email protected] Mot Madon Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi e-mel:
[email protected] Mejar Norzilah Hj. Aziz Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan e-mel:
[email protected] Mohd. Zulkifli Mohd. Noor @ Muhammad Jabatan Hal Ehwal Pelajar e-mel:
[email protected]
Pertolongan Cemas
SAC
04-9286741
Kemahiran Hidup
UUM CAS
04-9286936
Seni Muzik
PUSAT 04-9284032 KOKURIKULUM
Teknologi Media dan Kreativiti
UUM CAS
04-9284832
PALAPES
UUM COB
04-9283533 atau 049285307
KOR SUKSIS
JHEP
04-9283223
7
KOKURIKULUM DAN PELAKSANAAN 1.0
PENGENALAN Kegiatan kokurikulum telah diperkenalkan di Universiti Utara Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 1984, dan ia dijadikan sebahagian kursus wajib seperti mana kursus-kursus (teras) akademik lain. Ini bermakna, setiap kegiatan yang diceburi oleh pelajar akan diberi kredit dan dikira bersama-sama dengan kredit-kredit lain yang boleh didapati daripada kursus-kursus akademik sebelum dianugerahkan ijazah. Oleh sebab itu, kegiatan kokurikulum hendaklah dititikberatkan sebagai kursus akademik dan bukan sebagai kegiatan sampingan/sambilan. Semenjak ia diperkenalkan di kampus sementara Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah sehingga sekarang, kegiatan kokurikulum telah bertambah bidang, jenisnya berdasarkan penambahan jumlah pelajar dan kepelbagaian minat serta kecenderungan mereka. Dalam tempoh tersebut, pelbagai pengalaman dan pasang surut kegiatan kokurikulum telah ditempuhi. Sesuai dengan era serta situasi kepimpinan universiti ini, ia tetap bergerak maju sejajar dengan matlamat kewujudannya.
2.0
OBJEKTIF KEGIATAN KOKURIKULUM Program kokurikulum mempunyai objektif seperti berikut:
Memenuhi hasrat universiti mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya para pelajar menjadi siswazah yang lebih matang ;
Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar;
Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri; dan
Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan kaum.
Untuk mencapai objektif di atas Pusat Kokurikulum telah menetapkan motonya iaitu MENJANA SAHSIAH TERPUJI.
8
3.0
DASAR PELAKSANAAN Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan ke atas semua pelajar yang mendaftar untuk mengikuti ijazah pertama di universiti ini. Para pelajar dikehendaki lulus di dalam kegiatan kokurikulum yang disertainya, sepertimana kursus akademik yang lain sebelum penganugerahan ijazah dilaksanakan. 3.1
Jumlah Kredit
Mulai semester Julai, sesi 1996/97, jumlah kredit bagi kegiatan kokurikulum telah diubahsuai menjadi empat (4) semester kecuali PALAPES dan KOR SUKSIS yang diikuti selama enam (6) semester. Pelajar bebas memilih mana-mana kursus yang diminatinya bergantung kepada kekosongan tempat ditawarkan. Pelajar dikehendaki menganggotai mana-mana kumpulan yang dipilihnya sehingga semester empat (4) atau dalam kes khas boleh menukarkannya selepas dua (2) semester dengan kebenaran untuk mengikuti kursus Kepimpinan, Kerohanian, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengucapan Umum, Veterinar, Akuakultur dan Hortikultur selama dua (2) semester lagi. 4.0
UNIT DAN SUBUNIT KOKURIKULUM 4.1
4.2
KEMAHIRAN HIDUP
Kembara
Kelana siswa
Briged RELASIS
KHIDMAT MASYARAKAT
4.3
Pembangunan Keluarga
KEPEMIMPINAN
Kepimpinan
Kerohanian
Pembimbing Rakan Sebaya
9
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
KOR MEKANIK
Kor Mekanik
Go-Kart
KEUSAHAWANAN
Siswaniaga
Francais
Katering
Hiasan Dalaman
Busana
PERTOLONGAN CEMAS
Bulan Sabit Merah
St. John Ambulans
Pertahanan Awam/ Kor SISPA
PERNIAGAAN TANI
Hortikultur (Teknologi Tanaman)
Veterinar (Teknologi Penternakan)
Akuakultur (Teknologi Perikanan)
SENI BELA DIRI
Silat Olahraga
Taekwando
Karate Do
Silat Cekak
Silat Gayong
SENI MUZIK
Gamelan
Angklong
Cak Lempong
Brassband
Orkestra
10
4.10
SUKAN PADANG, AIR DAN UDARA
Bola Jaring, Sofbol, Golf, Futsal, Bola Keranjang, Bola Tampar, Memanah, Boling Padang, Renang, Tenis, Badminton, Ping Pong, Skuasy, Lumba Basikal, Paramotor dan Ekuestrian.
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
SAINS SUKAN DAN SUKAN REKREASI
Sains Sukan
Pengurusan Sukan dan Rekreasi
SENI SUARA
Vokal / Koir
Debat Bahasa Melayu
Seni Islam
Pengucapan Umum
Tarannum Bil Quran
SENI TAMPAK
Seni Lukis
Seni Khat
Tarian Melayu
Seni Lakon
TEKNOLOGI MEDIA DAN KREATIVITI
Teknologi Fotografi
Teknologi Video
Teknologi Grafik
Kewartawanan
Landskap
PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
Palapes Darat
Palapes Udara
Palapes Laut
KOR SUKARELAWAN SISWA/SISWI (SUKSIS)
11
5.0
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Bagi setiap kegiatan yang ditawarkan, terdapat beberapa syarat kemasukan yang dikenakan. PALAPES dan KOR SUKSIS misalnya, mensyaratkan ukuran dan berat badan tertentu sebagai syarat khusus dan pelajar dikehendaki lulus dalam ujian pemilihan yang dikendalikan oleh markas PALAPES atau PDRM. Kokurikulum kesenian mensyaratkan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang dipilih. Adalah menjadi satu kelebihan jika mereka mempunyai kemahiran dan bakat berkaitan bidang seni yang dipilih.
6.0
PENDAFTARAN KURSUS Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan sahaja. Biasanya pelajar harus mendaftar untuk mengikuti kursus kokurikulum pada semester pertama ketika memulakan pengajiannya di universiti ini. Pendaftaran Kokurikulum boleh dibuat secara online. Tarikh pendaftaran secara online adalah pada 20 - 27 Julai 2013. Pelajar boleh mendaftar melalui http://www.uum.edu.my/kemasukan.
7.0
YURAN PENDAFTARAN Setiap pelajar diwajibkan untuk membayar yuran kokurikulum sebanyak RM 260 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sahaja) sekali sahaja sehingga pelajar menyelesaikan kursus kokurikulumnya di universiti ini.
8.0
PEMINDAHAN KREDIT Pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk kursus kokurikulum tertentu tertakluk kepada kesesuaian serta memenuhi syarat-syarat pemindahan kredit seperti ditetapkan oleh universiti. Pertimbangan untuk pemindahan kredit dibuat berdasarkan kelayakan berikut:
Pelajar lulusan diploma dari UITM, KUSZA dan institusi lain yang diiktirafkan dan LULUS kursus kokurikulum yang sama sukatan pelajarannya seperti yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia.
12
Pelajar yang mempunyai kelulusan sijil profesional dari institusi/badan yang diiktiraf dalam bidang-bidang yang sama akan diikuti di Universiti Utara Malaysia, misalnya sijil Persatuan Bulan Sabit Merah, Sijil Muzik dan sebagainya.
Pelajar yang pernah bekerja dengan kerajaan, badan-badan berkanun atau swasta yang dapat membuktikan keterampilan mereka dalam kegiatan kokurikulum dan khidmat masyarakat boleh dipertimbangkan berpandukan laporan sulit daripada majikan masing-masing.
Pelajar yang
mempunyai kelayakan seperti diatas dinasihatkan supaya membawa
bersama-sama mereka dokumen yang boleh membantu permohonan pemindahan kredit mereka yang boleh dibuat melalui borang khusus sewaktu pendaftaran. Walaubagaimanapun, keputusan muktamad kelulusan pemindahan kredit adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemindahan Kredit UUM. Permohonan perlu dibuat secepat mungkin dan dalam semester pertama kemasukan pelajar mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik. Pemohonan selepas itu tidak akan dilayan. 9.0
PENAMBAHAN DAN PENGGUGURAN KURSUS KOKURIKULUM Syarat-syarat penambahan dan/ atau pengguguran kursus kokurikulum adalah sama dengan yang diperuntukkan bagi kursus- kursus akademik yang lain.
10.0
KEPERLUAN KURSUS Pelajar dikehendaki mengikuti semua program yang disusun untuk setiap kursus, termasuk kegiatan luar kuliah (KLK) bersesuaian dengan bidang kokurikulum masingmasing. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan teori kepada praktikal.
11.0
PENILAIAN Setiap kumpulan kokurikulum mempunyai pengukur penilaian berbeza-beza, tetapi penilaian terhadap faktor-faktor asas yang diseragamkan ialah:
Ujian bertulis/teori
Latihan amali, kepimpinan dan prestasi pembinaan sahsiah
Kemahiran yang dicapai
13
Penglibatan diri dalam setiap aktiviti kokurikulum/universiti termasuk kehadiran ke kuliah dan integrasi kokurikulum.
12.0
NILAI KREDIT Satu (1) kredit akan diberikan kepada aktiviti kokurikulum bagi setiap semester apabila pelajar memenuhi keperluan penilaian yang ditetapkan. Kredit ini akan dikira pada setiap semester dan diambilkira dalam purata mata gred semester/ keseluruhannya. Pelajar hendaklah mengumpul empat (4) kredit daripada kursus kokurikulum sebelum layak menerima ijazah, kecuali unit PALAPES dan KOR SUKSIS enam (6) kredit.
13.0
PAKAIAN SERAGAM Setiap pelajar hendaklah memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh unit kokurikulum masing-masing semasa mengikuti kuliah atau menjalani latihan, sama ada di dalam ataupun di luar kampus. Pelajar yang tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan tidak dibenarkan mengikuti kuliah/ aktiviti kokurikulum manakala kehadiran tidak akan diambilkira.
14.0
MASA KULIAH / AKTIVITI KOKURIKULUM Semua kuliah dan aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Sabtu mengikut slot masa yang ditetapkan seperti berikut: SLOT
PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
MASA 8.30 PAGI - 10.30 PAGI 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI 2.00 PETANG – 4.00 PETANG 4.00 PETANG – 6.00 PETANG
NOTA PENTING: PAKAIAN FORMAL BAGI MENGHADIRI KULIAH / AKTIVITI KOKURIKULUM 1.
Pelajar dikehendaki menyediakan ‘T-shirt’ putih kosong berkolar bagi menghadiri kuliah/aktiviti kokurikulum.
2.
Seluar sukan (track bottom) bewarna hitam/biru gelap.
3.
Kasut sukan (sport shoes).
Pelajar yang tidak memakai pakaian seperti yang ditetapkan, tidak dibenarkan mengikut kuliah / aktiviti kokurikulum manakala kehadiran tidak diambilkira. 15.0
PERATURAN PERLU
14
Pelajar diberi kebebasan memilih kegiatan yang diminatinya, tetapi kegiatan tersebut hendaklah terdiri daripada kelompok yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum pada semester berkenaan. Pendaftaran bagi kursus tersebut akan diterima tertakluk kepada kuota pengambilan yang ditetapkan bagi setiap semester. Setelah mendaftar dan mengikuti kegiatan yang dipilih, pelajar tidak dibenarkan untuk menukar kegiatannya selepas tamat tempoh gugur/tambah kursus. Oleh itu setiap pelajar harus berhati-hati sebelum membuat pilihan. Pelajar bertanggungjawab untuk menentukan bahawa ia telah melengkapkan keperluan EMPAT (4) jam kredit untuk kegiatan kokurikulum sepanjang pengajian bagi membolehkannya dianugerahkan ijazah. Bagi PALAPES dan KOR SUKSIS pelajar perlu melengkapkan ENAM (6) jam kredit. Setiap pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti dari semasa ke semasa. 16.0
RAYUAN Rayuan berkaitan perkara-perkara berikut boleh dibuat oleh pelajar mengikut keperluan.
Pertukaran bidang/jenis kokurikulum
Penggantian aktiviti integrasi
Penangguhan kegiatan kokurikulum
Pengecualian kegiatan kokurikulum
16.1
PERTUKARAN KURSUS KOKURIKULUM
Dalam keadaan tertentu, apabila pelajar tidak dapat meneruskan kursus kokurikulum yang dipilihnya, mereka boleh memohon untuk bertukar ke kursus kokurikulum Hortikultur, Veterinar, Akuakultur, Kepimpinan, Pembimbing Rakan Sebaya, Kerohanian dan Pengucapan Umum
selepas menyelesaikan kursus pilihan awalnya selama 2
semester. Kelulusan pertukaran ini tertakluk kepada kebenaran Pengarah Pusat Kokurikulum. Bagi permohonan penggantian aktiviti integrasi, pelajar dibenarkan untuk membuat pemohonan menukar tarikh aktiviti integrasi dengan alasan yang munasabah.
15
Pemohonan perlulah dibuat di Bahagian Akademik, Pusat Kokurikulum selewatlewatnya seminggu sebelum tarikh sebenar. 16.2
PENANGGUHAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Penangguhan hanya akan diberi atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah seperti kesihatan dan keperluan akademik berdasarkan pemohonan pelajar. 16.3
PENGECUALIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Permohonan boleh dibuat untuk mendapat kelonggaran daripada menyertai aktivitiaktiviti kokurikulum pada masa-masa tertentu dengan cara mengemukakan surat pengesahan doktor bertauliah dan diiktiraf, yang dapat memastikan taraf kesihatan fizikal dan / atau mental pemohon. Walau bagaimanapun, jika pengecualian aktiviti fizikal diluluskan, pelajar dikehendaki mengikuti kuliah-kuliah yang lain. 17.0
LULUS BERSYARAT (LB) DAN IZIN MENGULANG Kursus kokurikulum ditawarkan mengikut dasar yang sama dengan kursus akademik yang lain. Pelajar yang gagal dan dibenarkan mengulang semester hendaklah mengulangi sepenuhnya kursus kokurikulum yang diikuti sebelumnya, atau jika keizinan mengulang itu diberikan pada waktu pelajar berkenaan sedang mengikuti kursus kokurikulumnya pada tahap semester 1, maka ia boleh memilih untuk mendaftar bagi mangikuti kursus kokurikulum yang baru.
18.0
PEMILIHAN DAN KEHADIRAN KULIAH 18.1
PEMILIHAN Pemilihan untuk menyertai bidang / jenis kokurikulum hanya dapat ditentukan ketika pendaftaran masuk ke universiti ini dibuat. Walau bagaimanapun, pendaftaran ini tertakluk kepada kekosongan tempat yang disediakan. Pelajar hendaklah memilih unit-unit kokurikulum lain sekiranya kuota sesuatu unit kokurikulum akan menimbulkan masalah dalam proses penganugerahan ijazah.
18.2
PROGRAM KOKURIKULUM PELAJAR CACAT
16
Pelajar yang disahkan cacat dikehendaki mengikuti kegiatan kokurikulum seperti mana pelajar lain. Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Kokurikulum akan memberi nasihat/ bimbingan bagi pelajar berkenaan untuk mengikuti kegiatan kokurikulum yang bersesuaian dengan keupayaannya. 18.3
KEHADIRAN Sekiranya pelajar gagal pertama kali menghadiri kelas kokurikulum, mereka akan diberi surat amaran oleh Pusat Kokurikulum. Sekiranya pelajar tidak menghadiri kelas kokurikulum sebanyak dua (2) kali, jurulatih dikehendaki memaklumkannya kepada Penyelaras dan amaran akan diberikan
kepada
pelajar
berkenaan
supaya
memberi
sebab-sebab
ketidakhadirannya. Ketidakhadiran ke
kelas kokurikulum sebanyak dua (2) kali bagi sesuatu
semester dengan tiada sebab munasabah, Jurulatih melalui Penyelaras dikehendaki menghantar nama pelajar ke Pusat Kokurikulum untuk tindakan tatatertib dan dibatalkan pendaftaran kokurikulum pelajar bagi semester berkenaan dan diberi gred X selaras dengan perkara 8.2(a) Akta dan Peraturan (Akademik) Universiti Utara Malaysia.
CATATAN: Panduan dan pelaksanaan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, jika diperlukan.
17
SINOPSIS KURSUS KOKURIKULUM
18
SINOPSIS KURSUS KOKURIKULUM
UNIT KEMAHIRAN HIDUP 1.0
OBJEKTIF 1.1
mendedahkan mahasiswa kepada ilmu kemahiran hidup melalui syarahan dan latihan lasak.
2.0
1.2
membentuk semangat kepimpinan dan daya tahan di kalangan mahasiswa.
1.3
melahirkan masyarakat kampus yang berwawasan.
STRUKTUR KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada (4) peringkat yang dirancang sebegitu
rupa bagi
mencapai maksud objektif. Di samping didedahkan dengan ilmu perkhemahan dan kembaraan, pelajar diajar teknik pengendalian bot berenjin, kayak, ikatan dan teknikteknik pendakian dan penggunaan yang betul dan teratur dibawah pengawasan jurulatih-jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Pelajar juga diwajibkan mengikuti kem-kem latihan yang dirangka mengikut unit masing-masing bagi memantapkan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah. 2.1
Kursus akan dikendalikan dalam bentuk syarahan, latihan amali dan perkhemahan. Pelajar juga diminta menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Perbincangan dan penglibatan adalah sangat digalakkan.
2.2
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berubah-ubah mengikut latihan dan semester di samping lantikan AJK khusus untuk setiap peringkat kursus dan juga induk.
2.3
3.0
Pertemuan akan diadakan selama dua (2) jam mengikut kesesuaian silibus.
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
19
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VKHA 1011
NAMA KURSUS
:
KEMBARA 1
PRASYARAT
:
DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS
SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada asas ilmu kemahiran hidup dari segi teori dan praktikal bagi membentuk kualiti sikap dan keazaman yang positif. Latihan jalan lasak secara berkumpulan akan mengajak para pelajar untuk membuat perubahan dan menerimanya sebagai suatu tapak pembinaan asas di dalam diri mereka ke arah pencapaian matlamat sebenar. 4.2
KOD KURSUS
:
VKHB 1011
NAMA KURSUS
:
KELANA SISWA 1
PRASYARAT
:
DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS
SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan sejarah pergerakan dan penubuhan badan pengakap dan kelana siswa, sejarah dan pentadbiran serta struktur organisasi pergerakan pengakap Malaysia. Undang-undang dan Persetiaan Pengakap, Kawad dan Sistem berpatrol, Lencana-lencana pengakap, ikatan dan simpulan serta asas perkhemahan. 4.3
KOD KURSUS
:
VKHC 1011
NAMA KURSUS
:
BRIGED RELASIS 1
PRASYARAT
:
DENGAN PERSETUJUAN PENYELARAS
SINOPSIS:
Kursus iniadalah kursus awalan dalam siri kursus-kursus Ikatan Relawan
Rakyat. Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi Ikatan Relawan Rakyat, Sejarahnya, Penubuhannya serta kepentingan dalam pembangunan Negara. Pada peringkat awalan, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti, latihan, tugasa dan silibus pelajaran tentang Ikatan Relawan Rakyat. Kursus ini akan melatih dan membekalkan para pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman yang membolehkan mereka menguasai kemahiran-kemahiran asas konsep 1Malaysia, penyatuan dan perpaduan, sikap kenegaraan dan konsep sukarela.
20
UNIT KHIDMAT MASYARAKAT 1.0
OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3
1.4 1.5
2.0
Memberi peluang kepada pelajar yang terlibat untuk mengalami beberapa kehidupan sosial secara langsung. Membolehkan pelajar terlibat memperolehi pengalaman dan kemahiran untuk merancang, melaksanakan dan menilai sesuatu projek. Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan menggabungkan pengetahuan dan tenaga untuk merancang, menjalankan dan menjayakan sesebuah projek. Membentuk sikap pelajar agar sentiasa peka kepada keperluan pembangunan masyarakat. Membantu pihak Universiti sebagai sebuah institusi sosial mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan projek yang boleh mempercepatkan pembangunan masyarakat.
STRUKTUR KURSUS
Unit Khidmat Masyarakat menawarkan kursus dalam bidang Pembangunan Keluarga dan silibus disusun berdasarkan keperluan dan halatuju yang ditetapkan.
Kursus Pembangunan Keluarga memberi tumpuan kepada wanita-wanita desa supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan keluarga sendiri khasnya serta masyarakat dan negara amnya. Projek yang dikendalikan dibentuk dengan bantuan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). i.
Pada peringkat permulaan semua pelajar akan mengikut kursus asas bidang/jurusan yang dipilih untuk mendapat ilmu asas yang berkaitan dengan bidang masingmasing.
ii. Selepas mendapat pengetahuan asas dalam bidang-bidang yang dipilih setiap pelajar dikehendaki menyediakan Kertas Projek untuk projek yang akan dilaksanakan secara berkumpulan. iii. Semasa projek yang dirancang dan dilaksanakan, pelajar dikehendaki mengisi buku log untuk menjelaskan kemajuan masing-masing. iv. Sebuah laporan lengkap berhubung dengan projek yang dilaksana hendaklah disediakan selepas projek berkenaan selesai.
21
v. Sebuah kertas projek baru hendaklah disediakan untuk projek berikutnya berdasarkan kertas laporan projek yang lepas. 3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VKMA 1011
NAMA KURSUS
:
PEMBANGUNAN KELUARGA 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan mengenai peranan institusi kekeluargaan dalam pembangunan keluarga, negeri dan negara.
Pelajar juga akan
didedahkan dengan ilmu perundingan dan penasihatan kepada kaum wanita, kaum lelaki sebagai ketua keluarga, ilmu psikologi dan sosiologi serta aspek-aspek budaya yang berkaitan. Dalam kursus ini pelajar diajar menyediakan Kertas Projek, Buku Log, dan Kertas Laporan sebelum melaksanakan projek di tempat-tempat yang ditentukan.
UNIT KEPEMIMPINAN 1.0
OBJEKTIF 1.1
Mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh agar pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
1.2
Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan di kalangan pelajar.
1.3
Menyediakan pemimpin pelajar yang berkemahiran dalam organisasi.
1.4
Membekal bakal pemimpin Negara dalam pelbagai bidang kehidupan.
22
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam Unit Kepemimpinan dibahagikan kepada tiga (3) sub unit iaitu Pembimbing Rakan Sebaya, Kepimpinan dan Kerohanian. Silibus bagi setiap bidang disusun berdasarkan keperluan dan hala tuju yang ditetapkan. Semua kursus di bawah Unit Kepemimpinan disusun mengikut struktur di bawah: i.
Pada semester pertama semua pelajar akan diberi pendedahan awal tentang kepimpinan.
ii.
Pada semester kedua hingga keempat mereka akan melalui aktiviti-aktiviti kumpulan masing-masing dan melakukan praktik dan teknik-teknik kepimpinan.
3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VKPC 1011
NAMA KURSUS
:
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada falsafah, proses dan teknik kaunseling individu secara teori dan praktikal. Pelajar juga akan diberi pendedahan kemahiran hidup, iaitu kemahiran sosial dan akademik. Di samping itu pelajar juga akan melalui amalan kepimpinan secara praktikal seperti berurusan dengan pelajar lain dan mengendalikan dan menjadi jurulatih kepada bengkel-bengkel kemahiran hidup. 4.2
KOD KURSUS
:
VKPA 1011
NAMA KURSUS
:
KEPIMPINAN 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus
ini
memberikan
pendedahan
dan
input
ke
arah
pembangunan/pengurusan diri pelajar serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk membangunkan diri dan sahsiah pelajar. Ini adalah penting sebagai persediaan dan 23
melengkapkan diri mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diatur rancang dalam sesebuah organisasi.
Penekanan adalah mengenai diri, pembangunan diri, falsafah
kepimpinan, motivasi dan kemahiran pengucapan. Pelajar akan didedahkan dengan pengalaman kepada aktiviti dalam kumpulan (LDK). Di akhir kursus, pelajar didedahkan dengan Kem Tahunan yang bertujuan merealisasikan pengisian kursus seperti membina semangat berpasukan dan ketahanan diri pelajar.
4.3
KOD KURSUS
:
VKPB 1011
NAMA KURSUS
:
KEROHANIAN 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS : Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu fardhu ain sebagai asas pembentukan peribadi muslim. Kursus ini akan memberikan pengetahuan asas tentang ibadah khusus, membentuk jiwa dan semangat pelajar melalui pelaksanaan sembahyang serta mendedahkan pelajar kepada bacaaan bertajwid Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat lazim.
UNIT KOR MEKANIK 1.0
OBJEKTIF 1.1
Memberikan pendedahan mengenai sistem mekanikal yang dilihat setiap hari dengan pengkhususan diberi kepada motor mekanik.
1.2
Membantu pelajar mengenal sistem dan bahagian yang terdapat di dalam sesebuah kenderaan.
1.3
Membantu pelajar membuat perbezaan antara jenis-jenis enjin yang terdapat dalam kenderaan.
1.4
Mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah membuat ‘trouble shooting’ kepada beberapa sistem yang senang dalam sesuatu kenderaan.
1.5
Memberi peluang latihan amali dalam memperbaiki/membuat ‘adjustment’ dan latihan-latihan lain yang difikirkan bersesuaian dengan topic berkenaan.
24
1.6
Mendedah, membina dan memupuk nilai-nilai ‘esprit de corp’ bertolak ansur dan bersemangat perpaduan di antara dan kalangan kaum, bangsa serta agama semasa menjalani latihan amali khususnya.
1.7
Pendedahan dan pemupukan nilai-nilai di atas akan diterapkan melalui latihan/kerja amali secara berpasukan.
1.8
Mendedahkan konsep dan tatacara keselamatan, prosedur, peraturan, penubuhan dan pengurusan sesebuah bengkel kenderaan secara umumnya.
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus ini disusun dan dibahagikan kepada empat (4) peringkat.
Bagi peringkat
permulaan, pelajar diperkenalkan tentang keselamatan umum, kegunaan peralatan tangan dan pemandangan komponen enjin. Peringkat kedua dan ketiga, pelajar akan diperkenalkan kepada sistem penghantaran (transmission).
Peringkat akhir pelajar
didedahkan kepada peralatan dan komponen elektrik kereta. Setiap semester, latihan amali dan kerja-kerja projek akan dijalankan di bengkel. 2.1
Kursus akan dikendalikan dalam bentuk syarahan, amali (bengkel/lawatan sambil belajar).
2.2
Pertemuan akan diadakan selama dua (2) jam seminggu mengikut kesesuaian/ kedapatan jurulatih dan bilik kuliah/bengkel pada sesuatu masa.
2.3
Setiap semester mempunyai silibusnya yang tersendiri dan tidak akan diulang pada semester yang berikutnya. Kuliah/amali akan diadakan di dewan kuliah ataupun di bengkel Kor Mekanik pada hari -hari yang ditetapkan.
3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
25
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VKRA 1011
NAMA KURSUS
:
KOR MEKANIK 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini menekankan aspek kerohanian, fizikal dan mental, amalan
keselamatan
kerja
serta
penggunaan
peralatan
dengan
betul
dan
selamat.
Memperkenalkan Sistem Komponen Enjin Dua (2) Lejang dan Empat (4) Lejang. Penyangga Enjin, Inlet, Ekzos, Pelinciran, Jenis-jenis Bahan Api, Pam dan Karburator. Memperkenalkan penggunaan peralatan tangan dan keselamatan, membuat carta jadual servis, senggaraan dan cara-cara kerja mengikut urutan yang betul. 4.2
KOD KURSUS
:
VKRB 1011
NAMA KURSUS
:
GO KART 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berhubung pengetahuan
tentang Go-Kart. Secara khusus, kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sistem Komponen Enjin Dua (2) Lejang dan Empat (4) Lejang. Sistem Karburator, Sistem Ekzos dan Pam Bahan Api.
Di samping itu kursus ini menitikberatkan amalan
keselamatan kerja serta penggunaan perkakas dengan betul.
UNIT KEUSAHAWANAN 1.0
OBJEKTIF 1.1
Memupuk pelajar dalam memilih bidang keusahawanan sebagai alternatif kerjaya pada masa hadapan.
1.2
Memberi peluang kepada para pelajar menerokai program pengkhususan keusahawanan yang mereka minati.
1.3
Memupuk pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan program dan aktiviti keusahawanan.
1.4
Mendedahkan peluang-peluang keusahawanan dan memotivasikan para pelajar untuk terus bergiat dalam bidang keusahawanan.
26
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam Unit Keusahawanan dibahagikan kepada lima (5) sub unit iaitu Siswaniaga, Francais, Katering, Hiasan Dalaman dan Busana. Silibus bagi setiap bidang disusun berdasarkan keperluan dan halatuju yang ditetapkan. Semua kursus di bawah Unit Keusahawanan disusun mengikut struktur di bawah: i.
Pada semester pertama semua pelajar akan diberi pendedahan awal berkaitan keusahawanan.
ii.
Pada semester kedua hingga keempat mereka akan melalui aktiviti-aktiviti kumpulan masing-masing yang lebih menjurus kepada pengkhususan subunit yang telah dipilih.
3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VKWA 1011
NAMA KURSUS
:
SISWANIAGA 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya. Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan.
27
4.2
KOD KURSUS
:
VKWF 1011
NAMA KURSUS
:
FRANCAIS 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya. Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan. 4.3
KOD KURSUS
:
VKWC 1011
NAMA KURSUS
:
KATERING 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini adalah kursus awalan kepada peserta kokurikulum Program Keusahawanan Menyeluruh. Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang ingin mengikuti program tumpuan selama tiga (3) semester berikutnya. Melalui kursus ini para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan. Mereka juga akan diajarkan bagaimana mendaftar perniagaan yang boleh dipilih. Selari dengan matlamat kursus, merangsang pelajar meminati bidang keusahawanan, mereka akan diajar cara-cara menjana dan menilai idea perniagaan. 4.4
KOD KURSUS
:
VKWD 1011
NAMA KURSUS
:
HIASAN DALAMAN 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang hiasan dalaman. Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan dari sudut perniagaan dalam bidang hiasan dalaman. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang hi asan dalaman.
28
4.5
KOD KURSUS
:
VKWB 1011
NAMA KURSUS
:
BUSANA 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dalam bidang busana atau jahitan. Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep semasa keusahawanan dari sudut perniagaan dalam bidang busana.
Di samping itu, para pelajar turut
didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi jika memilih untuk menjadi seorang usahawan atau bekerja dalam bidang busana atau jahitan.
UNIT PERTOLONGAN CEMAS 1.0
OBJEKTIF 1.1
Membolehkan pelajar memahami prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan sendiri, keluarga dan masyarakat.
1.2
Membolehkan pelajar menguasai kemahiran pertolongan cemas untuk kegunaan sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
1.3
Melahirkan pelatih dan jurulatih pertolongan cemas yang mampu membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelaan di dalam dan di luar kampus.
1.4
Menyediakan tenaga sukarela terlatih yang bertauliah yang sentiasa bersiap sedia untuk membantu Negara dalam keadaan kecemasan.
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam unit ini dibahagikan kepada empat (4) sub unit iaitu Pasukan Bulan Sabit Merah, Persatuan St. John Ambulans, Briged Bomba dan Pertahanan Awam/Kor SISPA. Setiap kursus memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar menguasai selok belok kemahiran pertolongan cemas dan mampu bertindak secara perseorangan atau berkumpulan dalam operasi khidmat masyarakat seperti merawat dan membantu operasi penyelamatan ketika berlaku kecemasan pada bila-bila masa. 29
Setiap kursus dalam unit ini dibahagikan kepada peringkat awalan, pertengahan dan lanjutan.
Di peringkat akhir kursus, pelajar diberi peluang untuk menduduki
peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan St. John Ambulans Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pertahanan Awam untuk mendapat sijil yang diiktiraf oleh kerajaan. Setiap kursus memberikan teori dan latihan amali untuk memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam bidang yang diceburi. 3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VPCC 1011
NAMA KURSUS
:
BULAN SABIT MERAH 1
PRASYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini merupakan kursus asas dalam Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (PBSM). Kursus ini bertujuan memperkenalkan sejarah perhubungan PBSM dalam struktur
organisasinya. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan
pelajaran asas pertolongan cemas dengan melihat sistem perjalanan tubuh badan manusia, khususnya dari aspek pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem deria, perkumuhan serta otot manusia. Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya. 4.2
KOD KURSUS
:
VPCD 1011
NAMA KURSUS
:
ST JOHN AMBULANS 1
PRASYARAT
:
TIADA
SINOPSIS : Kursus ini bertujuan memperkenalkan prinsip-prinsip asas serta matlamat pertolongan cemas. Di samping itu, kursus ini juga menerangkan bagaimana tubuh manusia berfungsi dalam keadaan normal, iaitu dengan cara mengkaji sistem perjalanan tubuh manusia khususnya dari aspek sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem 30
saraf dan organ deria, perkumuhan, tulang serta otot manusia. Latihan berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis balutan dan fungsinya. 4.3
KOD KURSUS
:
VPCA 1011
NAMA KURSUS :
KOR SISPA 1
PRASYARAT
DENGAN KELULUSAN JABATAN PERTAHANAN AWAM
:
SINOPSIS : Kursus ini adalah kursus awalan dalam siri kursus-kursus Pertahanan Awam. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada organisasi pertahanan awam, sejarah serta kepentingan dalam pembangunan Negara. Pada peringkat awal, pelajar akan dilatih berkawad sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin.
UNIT PERNIAGAAN TANI 1.0
OBJEKTIF 1.1
Menjelaskan kepentingan dan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi Negara.
1.2
Mempelajari pengurusan projek secara sistematik.
1.3
Memberi pendedahan tentang teknologi terbaru dalam bidang pertanian.
1.4
Mempelajari tentang pengurusan kewangan bagi setiap projek yang hendak dijalankian.
1.5
Memberi latihan secara praktikal berkaitan pengurusan perniagaan tani melalui latihan amali dan lawatan sambil belajar.
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus yang ditawarkan dalam Unit Perniagaan Tani ialah Akuakultur (Teknologi Perikanan), Hortikultur (Teknologi Tanaman) dan Veterinar (Teknologi Penternakan). Setiap pelajar perlu mengikuti kursus ini selama empat (4) semester. Setiap kursus akan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar menguasai selok belok pengurusan projek yang berkaitan dengan bidang pertanian. Kursus akan dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan lawatan sambil belajar. Pelajar diminta menyedia dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Penyertaan menyeluruh adalah menjadi keutamaan. 31
3.0
PENILAIAN PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.1
Portfolio
=
20%
3.2
Integrasi
=
10%
3.3
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VPTC 1011
NAMA KURSUS
:
HORTIKULTUR 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam tanaman sayursayuran merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan, sistem dan pengurusan penanaman sayur-sayuran. Penekanan akan diberikan kepada usaha penanaman secara komersial dari segi teknik dan teknologi tanaman secara moden, sistem pengairan dan pengawalan musuh dan penyakit. 4.2
KOD KURSUS
:
VPTB 1011
NAMA KURSUS
:
VETERINAR 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS : Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam pedaging merangkumi aspek-aspek keperluan asas, amalan dan pengusahaan penternakan. Penekanan akan diberikan kepada teknik-teknik penternakan secara moden dan komersial. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan aliran kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan.
4.3
KOD KURSUS
:
VPTA 1011
NAMA KURSUS
:
AKUAKULTUR 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas berhubung dengan bidang akuakultur iaitu penternakan ikan dan udang air tawar dalam kolam tanah dan kolam 32
simen. Penekanan akan diberikan kepada usaha penternakan secara komersial dari segi teknik dan teknologi ternakan secara moden, pengurusan kolam dan pengawalan musuh dan penyakit. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai penyediaan aliran kewangan bagi tujuan permohonan pinjaman dari institusi kewangan.
UNIT SENI BELA DIRI 1.0
OBJEKTIF 1.1
Membentuk diri menjadi pelajar cemerlang daripada aspek kemahiran, keyakinan diri, dedikasi, semangat dan disiplin.
1.2
Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas seni bela diri.
1.3
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental para pelajar supaya lebih aktif dan berjaya dalam semua bidang.
1.4
Menjadikan latihan yang diterima sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan di peringkat universiti, negeri dan kebangsaan.
2.0
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam unit ini terbahagi kepada lima (5) sub unit iaitu Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Olahraga, Karate Do dan Tae Kwon Do. Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi. Semua kursus di bawah Unit Seni Bela Diri ini disusun berperingkat-peringkat iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. mengambil masa selama satu semester.
Kursus bagi setiap peringkat akan
Bagi peringkat permulaan, pelajar akan
diperkenalkan dengan teori-teori asas mengenai bidang seni bela diri yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar akan diajar menguasai jenis seni bela diri yang dipilih. Pada peringkat inilah selok belok seni bela diri pilihan akan disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar akan diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penguasaan seni bela diri secara amali. 3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20% 33
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VSDA 1011
NAMA KURSUS
:
SILAT OLAHRAGA 1
PRA SYARAT
:
BERMINAT MEMPELAJARI SILAT OLAHRAGA
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan dengan seni silat dari segi teori, teknikal dan praktikal.
Pelajar akan
mempelajari latar belakang, peraturan-peraturan dan tradisi pencak silat. Pelajar juga akan diberi penekanan terhadap disiplin diri.
Di samping itu juga pelajar akan
mempelajari pergerakan asas seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas pencak silat secara praktikal. 4.2
KOD KURSUS :
VSDC 1011
NAMA KURSUS:
SENI SILAT CEKAK 1
PRA SYARAT :
BERMINAT MEMPELAJARI SILAT CEKAK DAN BERAGAMA ISLAM
SINOPSIS:
Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar kepada seni
mempertahankan diri iaitu Seni Silat Cekak dari segi teori, teknikal dan praktikal sebagai salah satu cabang budaya asli negara melalui teknik-teknik tangkisan, pukulan dan kuncian yang berpandukan kepada akal fikiran yang sihat serta didikan yang didasarkan kepada nilai-nilai agama dan sahsiah, pelajar dilatih dengan sifat-sifat keberanian, bertanggungjawab dan peribadi mulia. Setiap pelajar perlu hadiri latihan tambahan selama dua (2 ) jam seminggu di bawah aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi membolehkan pelajar menguasai sepenuhnya mata pelajaran Seni Silat Cekak dan melayakkan diri menduduki ujian Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia. 4.3
KOD KURSUS
:
VSDD 1011
NAMA KURSUS
:
TAE KWON DO 1
PRA SYARAT
:
BERMINAT MEMPELAJARI SENI TAE KWAN DO
SINOPSIS:
Kursus ini memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan dengan
seni bela diri Tae Kwon Do daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan 34
mempelajari peraturan-peraturan dan tradisi Tae Kwon Do. Pelajar juga akan memberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga akan mempelajari pergerakan asas seni silat dan pergerakan-pergerakan gabungan asas Tae Kwon Do secara praktikal.
4.4
KOD KURSUS
:
VSDB 1011
NAMA KURSUS
:
KARATE DO 1
PRA SYARAT
:
BERMINAT MEMPELAJARI SENI KARATE DO
SINOPSIS:
Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan
dengan seni mempertahankan diri Karate Do daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar juga akan mempelajari peraturan dalam Karate Do serta penekanan terhadap disiplin diri.
Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas dan
gabungan pergerakan asas dalam Karate Do secara praktikal. 4.5
KOD KURSUS
:
VSDE 1011
NAMA KURSUS
:
SILAT GAYUNG 1
PRA SYARAT
:
BERMINAT MEMPELAJARI SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA
SINOPSIS:
Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan pelajar berkenaan
dengan seni mempertahankan diri Seni Silat Gayung Malaysia daripada segi teori, teknikal dan praktikal. Pelajar akan mempelajari peraturan-peraturan dan adat istiadat seni Silat Gayung Malaysia. Pelajar juga akan diberi penekanan terhadap disiplin diri. Di samping itu juga pelajar akan mempelajari pergerakan asas seni silat, pergerakanpergerakan, elakan-elakan dan juga tangkapan Seni Silat Gayung Malaysia secara praktikal.
UNIT SENI MUZIK 1.0
OBJEKTIF 1.1 1.2
Membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan mengenai sistem kesenian tradisi rakyat, kebangsaan dan dunia. Membolehkan pelajar-pelajar menghayati dan menguasai pelbagai jenis cabang seni muzik yang diminati, serta membentuk keperibadian, kehalusan jiwa, kesabaran dan kemurnian akhlak pelajar.
35
1.3
1.4 1.5 1.6 2.0
Memupuk kesedaran mengenai seni budaya kebangsaan yang membolehkan pelajar memberi sumbangan terhadap pembinaan dan pengukuhan kebudayaan kebangsaan. Membolehkan pelajar-pelajar merangsang daya cipta kesenian masing-masing dan menghargai ciptaan-ciptaan seni yang bermutu. Membolehkan pelajar mendalami ilmu pentadbiran dan pengurusan seni. Membantu merangsang imaginasi dan kreativiti pelajar.
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam unit ini terbahagi kepada tujuh (7) sub unit iaitu Muzik Tradisi, Orkestra, Angklong, Brassband, Cak Lempong, Bagpipe dan Gamelan. Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi. Semua kursus kesenian ini disusun berperingkat-peringkat iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Kursus bagi setiap peringkat akan mengambil masa selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar akan diperkenalkan dengan teori-teori asas mengenai bidang kesenian yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar akan diajar menguasai sejenis kesenian yang dipilih. Pada peringkat inilah selok belok bidang seni pilihan akan disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar akan diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penguasaan seni secara amali.
3.0
PENILAIAN 3.1 3.2 3.3 3.4
Kehadiran Portfolio Integrasi Kemahiran
= = = =
20% 20% 10% 50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.2
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT
: : :
VSMA 1011 ANGKLONG 1 TIADA
SINOPSIS: Pelajar di dalam semester ini terlebih dahulu akan diperkenalkan dengan permainan angklong biasa iaitu dua (2) set angklong melodi dengan iringan angklong bas dan angklong kod. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini akan memainkan sebuah atau dua buah angklong yang dibuat secara berkelompok untuk melengkapkan sesebuah lagu yang akan dimainkan. Permainan angklong ini amat mementingkan 36
kerjasama serta disiplin yang tinggi untuk membentuk sesebuah pasukan angklong. Ketidakhadiran salah seorang daripada pemain akan menggagalkan matlamat latihan. 4.3
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT
: : :
VSMC 1011 CAK LEMPONG 1 MINAT DALAM MUZIK TRADISI
SINOPSIS: Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada permainan Cak Lempong dari segi sejarah, latarbelakang permainan, persembahan dan alatan yang digunakan. 4.4
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT
: : :
VSME 1011 BRASSBAND 1 MINAT DALAM MUZIK KONTEMPORARI
SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan suatu Brassband beserta alat-alat muzik yang lengkap. Juga bagaimana menggunakan alat muzik dengan teknik yang tertentu bagi menghasilkan bunyi yang sempurna dengan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang, membawa dan memainkan alat dalam keadaan statik. Pelajar-pelajar akan dikelompokkan menurut susunan alat Brassband yang akan dimainkan. Pemilihan alat dibuat mengikut stamina, minat dan bentuk mulut. Alat-alat dimainkan secara kumpulan atau perseorangan. 4.5
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT
: : :
VSMG 1011 GAMELAN 1 BERMINAT KEPADA MUZIK GAMELAN/TRADISI
SINOPSIS: Kursus ini bertujuan memperkenalkan muzik gamelan dan sejarah kelahiran di Nusantara. Melalui kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada peralatan dan asas bermain Gamelan. 4.6
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT
: : :
VSMF 1011 ORKESTRA 1 MEMPUNYAI ASAS DALAM MUZIK
SINOPSIS: Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada bentuk dan susunan di dalam orkestra beserta alat-alat muzik yang terdapat di dalam sesuatu orkestra. Juga penggunaan alatan muzik dengan betul dan menjalani teknik-teknik bermain dengan alatan muzik tersebut bagi menghasilkan muzik yang sempurna dan nada yang tepat. Pelajar akan tahu cara memegang dan memainkan alat muzik dengan betul. Pelajar akan dikelompokkan menurut susunan atau sectional dalam orkestra. Pemilihan alatan adalah dibuat berdasarkan minat dan kebolehan bermain sesuatu alat tersebut. Alatalat muzik ini dimainkan secara berkumpulan mahupun perseorangan.
37
UNIT SENI SUARA 1.0
OBJEKTIF 1.1
Menghayati dan menguasai cabang seni suara yang diminati, serta membentuk keperibadian, kesabaran dan kemurnian akhlak pelajar.
1.2
Membina keyakinan dalam menyampaikan persembahan atau pendapat serta idea-idea yang bernas.
1.3
Memperkukuhkan rasa cinta dan minat terhadap seni budaya.
1.4
Merangsang daya cipta, imaginasi dan kreativiti masing-masing dan menghargai ciptaan-ciptaan seni yang bermutu.
1.5 2.0
Mendalami ilmu komunikasi, pentadbiran dan pengurusan seni.
STRUKTUR KURSUS Kursus-kursus dalam unit ini dibahagikan kepada enam (6) sub unit iaitu Debat, Koir, Seni Islam, Nasyid, Pengucapan Umum dan Tarannum Bil Quran. Setiap kursus akan melibatkan aspek teori dan amali. Penglibatan pelajar secara amali diberikan keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran akan diperolehi. Semua kursus seni suara ini disusun berperingkat-peringkat iaitu peringkat permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Kursus bagi setiap peringkat akan mengambil masa selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar akan diperkenalkan kepada teori-teori asas mengenai bidang kesenian yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar akan diajar menguasai jenis kesenian yang dipilih. Pada peringkat inilah selok belok bidang seni pilihan akan disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar akan diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penguasaan seni secara amali.
3.0
4.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 4.1
KOD KURSUS :
VSSC 1011 38
NAMA KURSUS
:
KOIR 1
PRASYARAT
:
MEMILIKI SUARA DAN ASAS MENYANYI (PEKA PENDENGARAN)
SINOPSIS: Kursus ini akan melatih pelajar tentang cara dan teknik vokal untuk menghasilkan nyanyian yang baik dan berkualiti. Latihan dibuat secara sendirian dan kumpulan. Pelajar akan dikenalpasti mengikut ketegori suara seperti “soprano, alto, tenor dan bass” mengikut kemampuan individu. Turut diajar adalah literasi muzik seperti mengenal nada dan kaitannya dengan “solfa” dalam bentuk harmoni dan melodi melalui nyanyian serta berdasarkan tanda masa dan tanda yang lazim dan asas. 4.2
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRASYARAT
: : :
VSSD 1011 SENI ISLAM I BERPENGETAHUAN AGAMA / ASAS AL QURAN
SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus awalan bagi memperkenalkan seni dalam Islam yang memberi penekanan berkaitan seni lagu, seni suara dan sejarah hubungannya dengan agama Islam. 4.3
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRASYARAT
: : :
VSSA 1011 PENGUCAPAN UMUM 1 TIADA
SINOPSIS: Kursus pertama ini, para pelajar diperkenalkan kepada asas/dasar Pengucapan Umum. Antaranya ialah komponen-komponen bahasa, pengucapan sebagai satu cara komunikasi, ciri-ciri perucap yang baik, etika pengucapan yang umum, seni bercakap dan ragam pengucap. Selain itu para pelajar juga dikehendaki mempersembahkan pengucapan pengenalan bagi penilaian amali. 4.4
KOD KURSUS NAMA KURSUS PRASYARAT
: : :
VSSB 1011 TARANNUM BIL QURAN 1 BERPENGETAHUAN DALAM PEMBACAAN AL QURAN
SINOPSIS: Kursus ini merupakan kursus pengenalan yang dapat memperkenalkan tentang asas dan seni pembacaan Al-Quran secara bertarannum (kaedah bacaan berlagu) yang betul dan bersesuaian dengan martabat Al-Quran itu sendiri sebagai mukjizat yang terulung di samping dapat meneroka salah satu cabang seni suara khususnya yang sentiasa menjadi tabi’ie manusia yang berkehendakkan kepada seni bunyi (seni suara atau alunan lagu)
39
dan seterusnya dapat menyamai minat para siswazah untuk tidak terus menyepikan pembacaan Al-Quran.
UNIT SENI TAMPAK 1.0
PENGENALAN Unit Seni Tampak adalah merupakan salah satu daripada unit yang ada di bawah Pusat Kokurikulum di mana melalui unit ini terdapat empat (4) sub unit utama yang terdiri daripada Seni Lakon, Seni Lukis, Seni Khat dan Tarian Melayu. Melalui penglibatan pelajar di dalam kursus di bawah unit ini diharapkan agar dapat membentuk kemahiran insaniah selari dengan matlamat yang telah digalurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
2.0
OBJEKTIF 2.1
memperoleh
pengetahuan berkaitan
dengan
kesenian
serta
memupuk
kesedaran mengenai seni dan budaya di samping menarik minat mereka ke arah memberikan sumbangan terhadap kesinambungan seni tersebut pada masa akan datang. 2.2
membentuk ciri inovasi, kreativiti dan juga merangsang minda mereka terhadap penciptaan serta penghasilan seni yang lebih bermutu serta mempunyai nilai tersendiri di samping terus memperkasakan seni yang sedia ada;
2.3
dapat memberikan pendedahan berkaitan dengan aspek pengurusan seni tersebut terutamanya dalam menghasilkan sesuatu program kesenian yang lebih berimpak.
3.0
STRUKTUR KURSUS 3.1
Penilaian kursus adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:Penglibatan
-
20%
Tugasan
-
50%
Integrasi
-
10%
Fortfolio
-
20%
40
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 4.1
KOD KURSUS
:
VSTA 1011
NAMA KURSUS
:
SENI LUKIS 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini bertujuan memperkenalkan seni lukis kepada pelajar-
pelajar bagi membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tumpuan diberikan kepada pengenal asas-asas seni lukis dan unsur-unsur seni serta penggunaannya dalam proses membina dan mencipta hasil karya. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada sejarah seni secara umum. 4.2
KOD KURSUS
:
VSTB 1011
NAMA KURSUS
:
SENI KHAT 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini merupakan kursus untuk memperkenalkan Kaligrafi
Seni Khat atau dikenali sebagai Seni Tulisan Cantik (versi Jawi Arab /Melayu) dengan memberi penekanan kepada kaedah susun atur huruf, tatacara letak titik dan baris yang betul dalam penulisan Khat Raka’ah serta pengkaryaan seni. 4.3
KOD KURSUS
:
VSTC 1011
NAMA KURSUS
:
TARIAN MELAYU 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan
kemahiran pelajar-pelajar kepada asas tari, olah tubuh (composition) “rhythmic acitvities” dan konsep 3W (WIRASA, WIRAMA dan WIRAGA). Latihan awal perlu
bagi membentuk kelenturan tubuh badan. Di samping itu, pelajar-pelajar akan mempelajari sejarah senitari dan kategori asas gerak tari.
41
4.4
KOD KURSUS
:
VSTD 1011
NAMA KURSUS
:
SENI LAKON 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asal usul drama sejarah perkembangan drama, takrifan drama dan komponen watak drama.
Ia akan dibahagikan kepada tiga (3) komponen iaitu: Asal usul dan
perkembangan drama, Teknik Penganalisisan Naskah Drama dan Persediaan menjadi Pelakon. Selain itu pelajar akan diberi kesedaran mengenai peranan seni lakon dalam kehidupan seharian.
UNIT SAINS SUKAN DAN SUKAN REKREASI 1.0
OBJEKTIF 1.1
Membina pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang permainan, taktik dan strategi permainan serta sejarah, falsafah, psikologi, sosiologi, perubatan serta sains sukan.
1.2
Mempelajari dan memahami peranan dan tugas pegawai, pengadil, empayar, pengurus dan pentadbiran sukan dalam aspek pengurusan dan pengelolaan sukan.
1.3
Mengalami perkembangan dan kepuasan seperti keseronokan melalui aktiviti, kepuasan
bagi
keperluan
psikologi,
pembentukan
sifat
yang
dihargai,
pembentukan kesukanan yang baik, masyarakat serta perhubungan antara manusia. 1.4
2.0
Mencapai kesihatan emosi, mental dan fizikal optima.
STRUKTUR KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) semester yang mencakupi maksud objektif. Pelajar berasaskan dengan falsafah sukan, teori pengurusan sukan, pembelajaran teknik permainan, penganjuran, pengelolaan, kejurulatihan pemakanan dan rawatan awal kecederaan sukan. Kursus ini dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan latih kendali.
Pelajar
dimintakan menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Penyertaan menyeluruh adalah diberi keutamaan. 42
Kursus selama dua (2) semester ini dipertingkatkan kepada:
3.0
Semester 1:
Sejarah Sukan, Sains Sukan dan Pengurusan Umum
Semester II:
Pengurusan Sukan dan Sukan Rekreasi
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VSRA 1011
NAMA KURSUS
:
SAINS SUKAN 1
PRA SYARAT
:
PERSETUJUAN PENYELARAS
SINOPSIS:
Kursus ini memberi pengenalan kepada sejarah sukan iaitu daripada
zaman Greek hingga sekarang. Di samping itu penekanan diberikan kepada ciri-ciri dan skop sukan, asas saintifik, pendidikan sukan, amalan makanan dan pemakanan, psikologi sukan dan pentadbiran sukan.
UNIT SUKAN PADANG, AIR DAN UDARA 1.0
OBJEKTIF 1.1
Membina pengetahuan dan kefahaman dalam undang-undang permainan, taktik dan strategi permainan serta sejarah, falsafah, psikologi, sosiologi, perubatan serta sains sukan.
1.2
Membina kemahiran-kemahiran permainan, kecergasan dan lain-lain aspek fizikal melalui kegiatan sukan yang dipilih.
1.3
Mempelajari dan memahami peranan dan tugas pegawai, pengadil, empayar, pengurus dan pentadbiran sukan dalam aspek pengurusan dan pengelolaan sukan.
43
1.4
Mengalami perkembangan dan kepuasan seperti keseronokan melalui aktiviti, kepuasan
bagi
keperluan
psikologi,
pembentukan
sifat
yang
dihargai,
pembentukan kesukanan yang baik, masyarakat serta perhubungan antara manusia. 1.5
2.0
Mencapai kesihatan emosi, mental dan fizikal optima.
STRUKTUR KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) semester yang mencakupi maksud objektif. Pelajar perlu mengambil kursus Sains Sukan dan Sains Rekreasi selama dua (2) semester. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teknik permainan, penganjuran, pengelolaan, kejurulatihan pemakanan dan rawatan awal kecederaan sukan. Kursus ini dikendalikan dalam bentuk teori, praktikal dan latih kendali. Pelajar diminta menyediakan dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti. Penyertaan menyeluruh adalah diberi keutamaan.
3.0
4.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN Semua kursus penjurusan sukan berikut memerlukan prasyarat iaitu lulus kursus Sains Sukan 1 (VSRA 1011) dan Pengurusan Sukan dan Rekreasi II (VSRB 1021) terlebih dahulu: 4.1
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPA2031 MEMANAH
4.2
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPB 2031 BADMINTON
4.3
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPC 2031 LUMBA BASIKAL
4.4
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPD 2031 BOLING PADANG
44
4.5
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPE 2031 EKUESTRIAN
4.6
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPF 2031 FUTSAL
4.7
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPG 2031 GOLF
4.9
KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPJ 2031 BOLA JARING
4.10 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPK 2031 BOLA KERANJANG
4.12 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPM 2031 SOFBOL
4.13 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPP 2031 PARAMOTOR
4.14 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPQ 2031 PING PONG
4.15 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPT 2031 TENIS
4.16 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPU 2031 SKUASY
4.17 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPV 2031 BOLA TAMPAR
4.18 KOD KURSUS NAMA KURSUS
: :
VSPW 2031 RENANG
45
UNIT TEKNOLOGI MEDIA DAN KREATIVITI 1.0
OBJEKTIF 1.1
Membolehkan pelajar mengenali alatan-alatan Teknologi Media seperti Video, Fotografi dan Grafik.
1.2
Membolehkan pelajar mengendalikan alatan media dan kaedah pengurusannya.
1.3
Memupuk minat pelajar dalam bidang teknologi media yang diceburi oleh mereka.
1.4
Membolehkan pelajar merangsang daya cipta serta kreativiti masing-masing dengan menggunakan peralatan teknologi media.
2.0
STRUKTUR KURSUS Unit Teknologi Media menawarkan kursus-kursus yang merangkumi semua bidang teknologi media. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah meliputi bidang-bidang seperti Teknologi Video, Teknologi Fotografi, Teknologi Grafik, Kewartawanan dan Landskap. Silibus setiap kursus disusun bersesuaian dengan bidangnya. melibatkan aspek teori dan amali.
Setiap kursus akan
Penglibatan pelajar secara amali diberikan
keutamaan kerana melaluinya penghayatan dan penguasaan kemahiran yang diperolehi. Kandungan kursus Unit Teknologi Media disusun berperingkat-peringkat iaitu peringkat permulaan, pertengahan dan akhir. Setiap peringkat mengambil masa selama satu semester. Bagi peringkat permulaan, pelajar diperkenalkan dengan teori-teori asas mengenai bidang Teknologi Media yang dipilih. Pada peringkat pertengahan pelajar secara praktikal diajar menguasai jenis Teknologi Media yang dipilih. Pada peringkat inilah selok belok ilmu teknologi media disampaikan. Pada peringkat akhir pelajar diajar dengan lebih mendalam mengenai pengurusan serta penggunaan peralatan teknologi media secara amali. 3.0
PENILAIAN 3.1
Kehadiran
=
20%
3.2
Portfolio
=
20%
3.3
Integrasi
=
10%
3.4
Kemahiran
=
50%
46
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
4.1
KOD KURSUS
:
VTMA 1011
NAMA KURSUS
:
TEKNOLOGI FOTOGRAFI 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini akan memperkenalkan asas fotogtafi secara asas
kepada
pelajar. Ia meliputi sejarah perkembangan dan kewujudan dunia fotografi. Ia juga menyentuh tentang kamera jenis SLR, kanta, tripod serta peralatan-peralatan berkaitan. 4.2
KOD KURSUS
:
VTMB 1011
NAMA KURSUS
:
TEKNOLOGI VIDEO 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini bertujuan memperkenalkan secara asas dan memberi
bimbingan praktis kepada pelajar-pelajar konsep mengendalikan alatan-alatan video. Pelajar akan diajar teknik-teknik mengendalikan kamera video dengan betul dan juga kaedah penjagaannya. Pelajar juga akan diperkenalkan dan diajar teknik-teknik dan kaedah serta unsur-unsur seni dalam penggunaan video. Pelajar juga diberi kemahiran dan teknik suntingan video. 4.3
KOD KURSUS
:
VTMC 1011
NAMA KURSUS
:
TEKNOLOGI GRAFIK 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS:
Kursus ini memperkenalkan teknologi media secara umum bidang grafik.
Gambaran jelas mengenai hubungkait, kepentingannya dengan bidang lain seperti audio/video dan fotografi juga diberikan penekanan. Melalui bidang ini para pelajar diajar mengenai grafik termasuk warna, tipografi, logo, komposisi (layout), dan asas mengenai dunia pengiklanan. 4.3
KOD KURSUS
:
VTMD 1011
NAMA KURSUS
:
LANDSKAP 1
PRA SYARAT
:
TIADA
SINOPSIS: kemahiran
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung landskap
iaitu
melibatkan 47
kerja-kerja
merancang,
melaksana
dan
menyelenggara sesuatu landskap. Antara aspek yang akan diberi penekanan adalah berhubung landskap lembut (berkaitan tumbuhan hiasan) dan landskap kejur (berkaitan binaan yang terlibat dalam landskap).
UNIT PALAPES 1.0
OBJEKTIF 1.1
Melatih pelajar dalam ilmu ketenteraan, disiplin dan bersemangat waja.
1.2
Menjadi sumber tenaga bagi pegawai Askar Wataniah dan juga pegawai dalam Angkatan tetap.
1.3
Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan sebagai benteng kedua dalam Ketahanan Nasional dan Ketahanan Negara.
2.0
STRUKTUR KURSUS 2.1
Modul PALAPES adalah sama dengan modul latihan Maktab Tentera Diraja (MTD) Cawangan Pegawai Kadet ATM yang dibahagikan kepada tiga (3) peringkat latihan.
2.2
2.1.1
Tahun 1
(semester 1 dan 2)-peringkat junior
2.1.2
Tahun 2
(semester 3 dan 4)-peringkat intermediate
2.1.3
Tahun 3
(semester 5 dan 6)-peringkat senior
Latihan berterusan selama tiga (3) tahun (6 semester) perlu dilaksanakan bagi melayakkan pelajar tersebut (setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan) untuk ditauliahkan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai Pegawai Muda dalam ATM. Dalam tempoh itu, pelajar akan didedahkan kepada Asas Ilmu Ketenteraan (Teori dan Amali), Khemah Tahunan dan Upacara Pertauliahan.
2.3
Tempoh latihan dan pemberian kredit adalah seperti berikut:2.3.1
Tahun 1 (2 kredit) 240 jam latihan tempatan + 15 hari Latihan khemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan
2.3.2
Tahun 2 (2 kredit) 240 jam latihan tempatan + 15 hari 48
Latihan khemah dan 14 hari latihan lanjutan 2.3.3
Tahun 3 (2 kredit) 240 jam latihan tempatan + 15 hari Latihan khemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan Latihan lanjutan + 21 hari latihan pertauliahan
2.4
Pemberian kredit seperti di para 2.3 akan diberikan sekiranya: 2.4.1
Telah menamatkan enam (6) semester.
2.4.2
Diberhentikan atas sebab kesihatan dan status kesihatan
oleh
pegawai perubatan ATM. 2.5
3.0
Pemberian kredit seperti di para 2.3 akan ditarik balik sekiranya: 2.5.1
Berhenti atas permintaan sendiri.
2.5.2
Berhenti disabit dengan tindakan disiplin.
2.5.3
Berhenti atas sebab-sebab selain daripada para 2.4.
PENILAIAN 3.1
3.2
Penilaian akan dibuat seperti berikut: 3.1.1
Daya kepimpinan
:14%
3.1.2
Pengajian ketenteraan
:24%
3.1.3
Kemahiran ketenteraan
:50%
3.1.4
Kesukanan
:03%
3.1.5
Kehadiran Latihan
:06%
3.1.6
Simpanan Lembaga
:03%
Pelajar yang gagal mencapai tahap yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan meneruskan latihan ke peringkat selanjutnya atau dalam keadaan tertentu akan diberhentikan.
3.3
Pelajar yang berjaya dalam PALAPES akan disahkan melalui pentauliahan sebagai pegawai muda berpangkat Leftenen Muda.
4.0
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 4.1
KOD KURSUS
: VPZD 1011 49
: VPZU 1011 : VPZL 1011 NAMA KURSUS
: PALAPES DARAT 1 : PALAPES UDARA 1 : PALAPES LAUT 1
5.0
SYARAT PERMOHONAN 5.1
Warganegara Malaysia.
5.2
Umur: tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun
5.3
Syarat Fizikal a) Tinggi : Tidak kurang 157cm (L) Tidak kurang 147cm (P) b) Berat: Tidak kurang 47.5 kg (L) Tidak kurang 40.5 kg (P) c) Dada : (lelaki sahaja) 76 cm (biasa) 81 cm (tarik nafas) d) Lain-lain : Tidak rabun warna Jika bercermin mata, bacaan sekurang-kurangnya 8/1
UNIT KOR SUKSIS 1.0
OBJEKTIF
Kursus KOR SUKSIS bertujuan untuk: 1.1
Melahirkan seorang pegawai Kor SUKSIS yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta amalan disiplin kepolisian yang sesuai di antara budaya pasukan dan budaya kampus.
1.2
Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai pegawai Kor SUKSIS
ke arah
hubungan baik polis dan masyarakat.
50
mewujudkan kesedaran sivik dan
1.3
Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta mempunyai personaliti bersesuaian dengan peranannya sebagai seorang pegawai Kor SUKSIS.
2.0
STRUKTUR KURSUS 2.1
Modul kor SUKSIS dapat dibahagikan kepada enam (6) semester.
2.2
Waktu latihan adalah sebanyak 360 waktu.
2.3
Latihan berterusan selama enam (6) semester perlu dilaksanakan dengan 2 cara iaitu I.
Latihan akademik
II.
Latihan luar
Pembahagian waktu latihan akademik dibuat mengikut pecahan seperti dibawah : i.
Undang-undang
:
100 waktu
ii.
Bina diri
:
30 waktu
iii.
Kenegaraan
:
30 waktu
Pembahagian waktu latihan luar dibuat mengikut pecahan seperti dibawah:
3.0
i.
Kawad
:
120 waktu
ii.
Latihan bersenjata
:
30 waktu
iii.
Pertolongan cemas
:
10 waktu
iv.
Khidmat masyarakat :
10 waktu
v.
Rentas halangan
:
10 waktu
vi.
Lawatan
:
10 waktu
vii.
Ujian penilaian
:
10 waktu
PENILAIAN 3.1
Penilaian akan dibuat seperti berikut:
3.1.1
Aktiviti
:
20%
3.1.2
Kecenderungan
:
10%
3.1.3
Peperiksaan
:
40%
3.1.4
Personaliti
:
10%
3.1.5
Disiplin
:
20%
51