Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua air dicencang tak akan putus (perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaikbaik jua) belut pulang ke lumpur haruan pulang ke lubuk (perantau yang pulang semula ke tempat asal) api dalam sekam gunting dalam lipatan musuh dalam selimut (musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari) membuka pekung di dada menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri (mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri) seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya) sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi habis madu, sepah dibuang (apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi) lain padang lain belalang banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam lain dulang lain kakinya rambut sama hitam, hati lain-lain (manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain) bagai isi dengan kuku bagai aur dengan tebing bagai dakwat dengan kertas (persahabatan yang sangat akrab) hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bukit sama di daki, lurah sama dituruni (susah senang dihadapi bersama) ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya bapa borek, anak rintik (seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya) masuk telinga kiri keluar telinga kanan mencurah air ke daun keladi mencurah garam ke laut (pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar) genggam bara api biar sampai jadi arang alang-alang mandi biar basah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang (usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati) mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan burung terbang dipipiskan lada belum duduk sudah berlunjur (mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan) telur dihujung tanduk retak menanti belah (keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah) embun dihujung rumput abu di atas tunggul (keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama) menangguk di air keruh menahan lukah di pergentingan (mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain) bagai pinang di belah dua bagai cincin dengan permata seperti cincin terlekat dijari tanduk bersendi gading (padanan yang sesuai) sarang tebuan jangan dijolok lembu dogol jangan dibalun (orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)
1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. maksudnya : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi. 2. Yang lama dikelek, yang baru didukung maksudnya : Adat yang lama tetap diamalkan disamping budaya hidup yang baru, 3. Seperti lembu dicucuk hidung. maksudnya : Orang yang selalu menurut kemahuan seseorang. 4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. maksudnya : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang utuh. 5. Bagai kaca terhempas ke batu. maksudnya : Sangat sedih atau kecewa. 6. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. maksudnya : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 7. Bagai aur dengan tebing. maksudnya : Hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain dan saling membantu. 8. Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. maksudnya : Mengalami susah senang bersama-sama 9. Bara yang digenggam biar jadi arang. maksudnya : Mengejarkan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. maksudnya : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. maksudnya : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil. 12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. maksudnya : Dua orang sama pihak dan darjat. 13. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. maksudnya : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan perkara yang susah.
14. Indah kabar daripada rupa. maksudnya : Perkhabaran tentang sesuatu perkara dilebih-lebihkan. 15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. maksudnya : Pengagihan yang sama banyak. 16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. maksudnya : Perhubungan yang sangat akrab, susah senang bersama. 17. Kacang lupakan kulit. maksudnya : Orang yang melupakan asalnya, atau orang yang pernah menolongnya mendapatkan kesenangan. 18. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. maksudnya : menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya. 19. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. maksudnya : tak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah. 20. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. maksudnya : Bersusah-paayh terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada hari kemudian. 21. Yang bulat tidak datang bergeolek, yang pipih tak datang melayang. maksudnya : Sesuatu bedna tidak akan datang tanpa usaha. 22. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan, nanti-nantikan. maksudnya : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 4 KBSM Bil Peribahasa Maksud. 1 bagai cendawan tumbuh selepas hujan terlalu banyak pada sesuatu masa 2 bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan 3 bagai melukut melukut di tepi gantang. seseorang yang dianggap tidak penting kerana tiada kuasa. 4 bagai menatang minyak yang penuh memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang. 5 bagai pauh dilayang pipi yang gebu/licin 6 seperti abu atas tunggul kedudukan yang tidak selamat 7 seperti bangau di ekor kerbau tidak mempunyai pendirian sendiri. 8 seperti harimau menyembunyikan kukunya orang yang menyembunyikan kelebihannya. 9 seperti kaca terhempas ke batu sangat sedih/kecewa 10 seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul orang yang menyuruh orang lain melakukan sesuatu perkara dengan baik padahal dia sendiri tidak berlaku seperti yang dinasihatinya. 11 seperti kerbau dicucuk hidung orang bodoh dan selalu mengikut perintah orang. 12 belakang parang sekalipun, kalau diasah nescayakan tajam orang yang bodoh kalau diajar betul-betul akan pandai juga. 13 berat sama dipikul, ringan sama dijunjung
sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara. 14 dayung sudah di tangan, perahu sudah di air segala-galanya sudah tersedia. 15 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi sama taraf atau kedudukan 16 kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan) sesuatu yang besar. 17 malu berkayuh hanyut perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan kalau malas berusaha pasti akan susah. 18 seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit hanya kerana seorang yang melakukan kesalahan, orang yang lain turut dituduh melakukannya. 19 sekali air bah, sekali pasir berubah suasana akan berubah apabila keadaan berubah. 20 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu. 21 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya. 22 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyakiti orang lain. 23 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sikap berkerjasama dalam membuat sesuatu perkara. 24 air tenang jangan disangka tiada buaya orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. 25 burung terbang dipipiskan lada belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi sudah berangan-angan menggunakannya. 26 cepat kaki ringan tangan rajin membuat kerja. 27 genggam bara api biar sampai jadi arang melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah bersabar sehingga berjaya.
28 indah khabar dari rupa cerita atau gambaran lebih hebat dar keadaan yang sebenar. 29 jauh panggang dari api tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan. 30 jika melentur buluh biarlah daripada rebungnya melatih seseorang hendaklah sejak kecil. 31 patah tumbuh hilang berganti tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya. 32 rosak badan kerana mulut akibat tersalah cakap, diri sendiri yang akan mendapt susah. 33 sudah terhantuk baru nak tengadah sudah terkena baru hendak beringat. 34 badan sihat otak cerdas tubuh yang sihat akan membentuk minda yang cerdas. 35 mata pena lebih tajam daripada mata pedang pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang. 36 mencegah lebih baik daripada mengubati menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati penyakit. 37 pandu cermat jiwa selamat memandu dengan berhati-hati akan mengelakkan kemalangan jiwa. 38 pemuda harapan negara, pemudi tiang negara pemuda pemudi merupakan harapan/tonggak negara. 39 tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia wanita yang dianggap lemah sebenarnya amat perkasa. 40 membazir amalan syaitan perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di sisi agama.