Bentuk dan Jenis-jenis Pantun
Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat Pergi Ke sini..Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun sini talibun.. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait Pergi Ke sini. sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang yang berbentuk "nasihat" berbentuk "nasihat" , "adat" , "agama" , "teka-teki" , "jenaka" "jenaka" dan dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa" berbentuk "peribahasa" . Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang isti mewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Mel ayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki teka-teki,, jenaka jenaka,, kasih sayang , nasihat , budi budi,, nasib nasib,, perantau perantau,, adat , kepahlawanan kepahlawanan,, peribahasa peribahasa,, kias ibarat dan ibarat dan agama.. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini agama kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat" , "adat" "adat" dan dan "agama" "agama" pada pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" "nasihat" misalnya, misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" "adat" dan dan "agama" "agama" tidak tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. is inya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" "peribahasa" juga juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" "teka-teki" yang yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" "jenaka" yang yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.
Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :Jenis Pantun
: Dua Kerat
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang. Jenis Pantun teki Fungsi menduga
: Empat Kerat - Teka: Untuk berseronok dan kebolehan dalam
berfikir Jenis Pantun Fungsi hiburan
Jenis Pantun Sayang
Jenis Pantun
: Empat Kerat - Jenaka : Semata-mata untuk
: Empat Kerat - Kasih
: Empat Kerat - Nasihat
Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.
: Empat Kerat - Budi
Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.
Jenis Pantun
: Empat Kerat - Nasib
Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.
Jenis Pantun
Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; : Empat Kerat - Perantau Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.
Jenis Pantun
Jenis Pantun
Jenis Pantun Kepahlawanan
: Empat Kerat - Adat
: Empat Kerat -
Jenis Pantun Peribahasa
: Empat Kerat -
Jenis Pantun Ibarat
: Empat Kerat - Kias dan
Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.
Jenis Pantun
: Empat Kerat - Agama
Jenis Pantun kanak Fungsi bersuka-ria
: Empat Kerat - Kanak: Lagu sedih dan
Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.
yang kurik itu kundi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang baik itu budi dan yang indah itu bahasa. Perkataan baik jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi. Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 3 yang menyatakan bahawa yang baik itu budi. Manakala dalam pembayang ke 2 pula penciptanya menegaskan bahawa biji saga itu berwarna merah dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 4, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, Definisi Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, da n yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Ciri-ciri Pantun Dari aspek strukturnya: 1. Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2,4,6 sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo/kilat), pantun empat kerat, pantun enam kerat dan seterusnya hingga pantun enam belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait dan biasanya dalam bentuk empat kerat. 2. Setiap baris mengandungi kata dasar antara empat hingga lima patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. 3. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai unit atau kuplet iaitu pembayang atau sampiran (separuh jumlah baris pertama) dan unit m aksud (separuh jumlah baris bahagian kedua) 4. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b bagi pantun empat kerat, a-b-c,a-b-c bagi pantun enam kerat (dan seterusnya), dan a-a bagi pantun dua kerat 5. Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Dari aspek visual (dalaman pantun) : 1. Penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu 2. Hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Jenis pantun : Berdasarkan tiga aspek 1. Suduk Khalayak (penutur dan pendengar pantun) a. Pantun kanak-kanak - Pantun yang bermaksud nasihat terutamanya menyentuh alam pendidikan b. Pantun orang dewasa / orang muda – Pantun yang bertemakan kasih sayang, usik mengusik, kepahlawanan, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya.
c. Pantun orang tua – Pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakatan dan kebudayaan. 2. Sudut bentuk – berdasrkan jumlah dalam setiap rangkap Mempunyai empat kumpulan : i. Pantun dua baris / dua kerat (pameo/pantun kilat) ii. Pantun empat baris / empat kerat (kuatren) iii. Pantun lebih empat baris (6 kerat – 16 kerat) iv. Pantun berkait. 3. Sudut Tema (sebelas tema) i. Pantun adat dan resam manusia ii. Pantun agama dan kepercayaan iii. Pantun budi iv. Pantun jenaka dan permainan v. Pantun teka-teki vi. Pantun kepahlawanan vii. Pantun nasihat dan pendidikan viii. Pantun peribahasa dan perbilangan ix. Pantun kias dan ibarat x. Pantun kembara dan perantauan xi. Pantun percintaan Fungsi Pantun i. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. ii. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. iii. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan. iv. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kias atau berterus terang. v. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba. vi. Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutama sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya. Oleh itu, banyak sarjana berpendapat bahawa untuk mengenal bangsa Melayu, kenalilah pantun mereka. Teknik penulisan pantun: • Bentuk terikat • Rangkap – jumlah baris serangkap ( 2,4,6 hingga 16) • Rima yang bertentangan a-b, a-b dan seterusnya • Jumlah perkataan sebaris – 4 hingga 5 patah perkataan • Jumlah suku kata sebaris – antara 8 hingga 10 • Jeda (hentian sejenak/ ‘pause’) – di antara dua perkataan sebaris
• Pembayang dan maksud dalam serangkap • Maksud – tema pantun Contoh huraian : Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Pantun ialah puisi Melayu lama berbentuk terikat. Dari segi rangkap: Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap atau pantun empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Buah langsat kuning mencelah, B1 Senduduk tidak berbuah lagi; B2 Sudah dapat gading bertuah, B3 Tanduk tidak berguna lagi. B4 Dari segi rima akhir pantun: Skema rima akhir pantun di atas adalah bertentangan iaitu a-b,a-b Buah langsat kuning mencelah, a Senduduk tidak berbuah lagi; b Sudah dapat gading bertuah, a Tanduk tidak berguna lagi. b Jumlah perkataan sebaris: Jumlah perkataan sebaris adalah tetap / sekata iaitu di antara 4 patah perkataan. Buah langsat kuning mencelah, 4 p.p. Senduduk tidak berbuah lagi; 4 p.p. Sudah dapat gading bertuah, 4 p.p. Tanduk tidak berguna lagi. 4 p.p Jumlah suku kata sebaris: Jumlah suku kata sebaris adalah tetap iaitu di antara 9 hingga 10 jumlah suku kata sebaris Bu/ah/ lang/sat/ ku/ning/ men/ce/lah, 9 jumlah suku kata Sen/du/duk/ ti/dak/ ber/bu/ah/ la/gi; 10 jumlah suku kata Su/dah/ da/pat/ ga/ding/ ber/tu/ah, 9 jumlah suku kata Tan/duk/ ti/dak/ ber/gu/na/ la/gi. 9 jumlah suku kata Jeda Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris
Buah langsat / kuning mencelah, Senduduk tidak / berbuah lagi; Sudah dapat / gading bertuah, Tanduk tidak / berguna lagi. Pembayang (sampiran) dan maksud pantun Dalam serangkap pantun mengandungi dua unit / kuplet iaitu kuplet pembayang dan kuplet maksud. Baris pertama dan kedua ialah kuplet pembayang dan baris ketiga dan keempat ialah kuplet maksud. Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi; Kuplet pembayang Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Kuplet maksud Dari segi maksud pantun Lengkap maksud pantun itu dengan serangkap sahaja. Pantun di atas bertemakan budi iaitu perilaku orang yang melupakan sesseorang yang banyak berjasa setelah bertemu orang yang baru dan kelihatan sempurna. Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Maksud pantun di atas ditulis secara berkias. Oleh it u perkataan gading dan tanduk dipilih sebagai kiasan. Maksud pantun walaupun ringkas tetapi kerana disampaikan secara kiasan sudah pasti menimbulkan kesan mendalam dan makna yang sangat luas. mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam bahttp://cgpauzi.blogspot.com/2012/06/pantun.htmlris/kerat, laphttp://cgpauzi.blogspot.com/2012/06/pantun.htmlan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional , untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu.
Pantun Dua Baris da ubi ada batas, da budi ada balas. Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.
Pantun Enam Baris pa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu; Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, dat dunia sudah begitu. Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah; Bukankah telah kami katakan, Pandang pertama cinta palsu, Tiada dapat dibawa bersusah. [Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
Pantun Lapan Baris Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, dik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai. [Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun Dua Belas Baris nak jintayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap minum ke muara, nak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, dik jauhari bijaksana, Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak mengesan, Meratap langit dengan bicara, Bumi tidak ketirisan.
Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. [Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
Pantun Berkait ngsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan; da bunga di naung batu, Kuntumnya kaca tangkainya embun. Pucuk digangsa beribu-ribuan, Kembang diuca balik beroleh; Kuntumnya kaca tangkainya embun, Dipandang sahaja diambil tak boleh. Kembang diuca balik beroleh, Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh, Bertambah geram di dalam hati. [Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]