1.0 PENDAH PENDAH UL UAN
1.1 PENGENALAN Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagaiparikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagaipaparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni.
1
HBML3103 670306035066001
1.2 DEFINISI PANTUN
Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas sukukata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi, rima pantun itu dikatakan berbentuk abab. Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana, yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka, pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu. Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis. Menurut Dr. R. Brandstetter, berbangsa Swiss yang merupakan seorang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahawa pantun berasal dari akar kata tun, tun, yang terdapat dalam berbagai bahasa bah asa Nusantara, misalnya dalam bahasa Pampanga, tuntun bermaksud tuntun bermaksud teratur; dalam
2
HBML3103 670306035066001
bahasa Tagalog tonton berarti bercakap menurut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno, tuntun berarti benang dan atuntun yang berarti teratur dan matuntun yang berarti memimpin; dalam bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan atau kehormatan. Dalam bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, iaitu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa Sunda, pantun bermaksud cerita panjang yang bersajak dan diiringi oleh musik.
Menurut R. O. Winstedt yang setuju dengan pendapat Brandstetter mengatakan bahawasanya dalam bahasa Nusantara, kata-kata yang mempunyai akar kata yang bermaksud “baris, garis”, selanjutnya akan mempunyai arti yang baru yaitu “kata-kata yang tersusun” baik dalam bentuk prosa maupun puisi.
Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya),
dan
biasanya
tidak
punya
hubungan
dengan
bahagian
kedua
yang
menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.
Pantun dapat digunakan dalam pelbagai cara. Antara contoh adalah pantun teka-teki. Dasar pembinaan pantun teka-teki sama dengan pantun yang lain, yang membezakannya ialah klu bagi teka-teki yang diberikan sama ada hanya pada isi sahaja mahupun sampiran beserta isi.
1.3
CIRI – CIRI PANTUN
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
3
HBML3103 670306035066001
Pada kebiasaannya baris pertama merupakan pembayang diikuti pula dengan maksud pantun. Kaitan antara pembayang dan maksud terdiri daripada beberapa peringkat iaitu :-
1. Dari segi ibarat. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Pembayang diatas mengkaiskan bahawa apabila sepohon tumbuh, barulah ia boleh menjalar. Begitu juga sekiranya sesuatu perkataan itu tidak benar, pastilah orang tidak akan memperkatakannya. 2.
Dari segi bunyi.
Ahir pembayang di atas mempunyai rangkaian bunyi yang sama iaitu tumbuh / sungguh dan melata / kata. Akhiran ini pula akan berselang-selang antara pembayang dan maksud. Oleh itu pantun enam kerat akan mempunyai akhiran seperti dibawah :Pembayang pertama akhirannya sama dengan maksud pertama iaitu ayat ke 4 .ang Pembayang kedua akhirannya sama dengan maksud kedua iaitu ayat ke 5 .......... dak Pembayang ketiga akhirannya sama dengan maksud ketiga iaitu ayat ke 6 ............. ang (2) Maksud pertama akhirannya menyerupai pembayang pertama .........................ang Maksud kedua akhirannya menyerupai pembayang kedua ...................................dak Maksud ketiga akhirannya menyerupai pembayang ketiga ......................................ang (2)
Apa diharap padi sebendang Entahkan jadi entahkan tidak Entah dimakan pipit melayang Apa diharap kasihnya orang Entahkan jadi entahkan tidak Entah menjadi milik orang
4
HBML3103 670306035066001
3.
Dari segi irama.
Selain dari bunyi akhiran, pantun mestilah berirama agar indah didengar dan dibunyikan. Sekiranya sesuatu pantun itu tidak berirama maka cacatlah pantun itu dan tidak sempurnalah ia. Untuk membentuk irama yang sempurna setiap baris seeloknya mempunyai lapan suku kata dan tidak melebihi dua belas sukukata. Ini adalah agar pantun itu membentuk irama yang sedap didengar. 4. Pembayang dan maksud perlu lancar dan berkaitan antara ayat-ayatnya. Pembayang dan maksud pantun perlulah mempunyai kaitan antara satu ayat dengan satu ayat yang berikutnya agar pembaca tidak terkeliru dan kehilangan arah. Sebagai contoh, sekiranya pembayang pertama mengenai tumbuhan, pembayang kedua tidak boleh membincangkan perkara baru melainkan ia berkait dengan pembayang pertama. Ini juga merangkupi pantun berkait. Sebagai contoh pembayang pantun dibawah tidak mempunyai kaitan antara pembayang pertama dengan pembayang kedua. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan kecuali sebagai pantun seloka. Huruf A, B, dan C Jambu atas batu Kenapa tidak kasi Sombong macam hantu 5. Perkataan berlainan digunakan antara pembayang dan maksud. Perkataan yang digunakan antara pembayang dan maksud sebaik-baiknya mempunyai perkataan yang berlainan dan tidak mengandungi perkataan yang berulang. Perkataan yang berulang akan melemahkan pantun itu. Seelok-eloknya perkataan itu mesti menggunakan perkataan yang berbunyi serupa tetapi tidak berulang.
5
HBML3103 670306035066001
Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa pantun yang terbaik mempunyai kaitan antara pembayang dan maksud melebihi dari sekadar akhir bunyi yang sama, tetapi haruslah mempunyai kiasan dan kaitan antara pembayang dan maksud yang tersurat itu. Selain daripada kaitan antara pembayang dan maksud di atas, pantun yang baik juga perlu mempunyai ciri-ciri ayat yang padat dan tepat maksudnya. Disebabkan sifat pantun itu yang pendak dan terhad kepada dua rangkap sahaja, pembayang dan maksud pantun perlulah pendek dan membawa maksud yang tepat. Ini adalah benar terutama bagi pantun berkait kerana setiap pantun di dalam pantun berkait perlu boleh berdiri secara sendirian agar dapat difahami oleh pembaca sebelum pembaca sampai kepada pantun yang berikutnya. Sekiranya pembayang dan maksud pantun tersebut tergantung, pembaca mungkin akan kehilangan minat untuk meneruskan pembacaan mereka. Setiap pembayang dan maksud pantum harusnya memberi erti yang dapat difahami oleh pembaca walaupun ayatnya pendek. Walaupun begitu tidaklah bermakna pantun yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas merupakan pantun yang cacat. Tetapi bolehlah dikatakan bahawa pantun yang dapat memenuhi kebanyakan syarat di atas akan membentuk pantun yang menarik dan diterima ramai. Akan tetapi janganlah kita mengatakan sesuatu pantun itu cacat hanya kerana ia tidak sempurna dan berlainan dari yang diketahui kerana pantun itu adalah untuk bersukaria. Sekiranya kita terlalu berkeras dengan syarat-syarat yang ketat maka dibimbangi akan menyebabkan orang takut berpantun dan tinggallah pantun sebagai seni terpinggir dengan hanya pantun-pantun yang lapuk diulang-ulang sehingga menjemukan didengari. . 1.4
JENI S PANTUN
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaann ya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang
6
HBML3103 670306035066001
digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.
Umumnya,
pantun
Melayu
terbina
dalam
bentuk
berangkap,
mengandungi
bahagian
pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana.
7
HBML3103 670306035066001
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.
Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu; Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu. Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah; Bukankah telah kami katakan, [Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
8
HBML3103 670306035066001
Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai. [Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap minum ke muara, Anak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, Adik jauhari bijaksana,
9
HBML3103 670306035066001
Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak mengesan, Meratap langit dengan bicara, Bumi tidak ketirisan. Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. [Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
10
HBML3103 670306035066001
Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu, Pucuk digangsa beribu-ribuan; Ada bunga di naung batu, Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan, Kembang diuca balik beroleh; Kuntumnya kaca tangkainya embun, Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh, Tambang garam di dalam sekoci; Dipandang sahaja diambil tak boleh, Bertambah geram di dalam hati. [Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]
11
HBML3103 670306035066001
2.0
AKTIVITI BERBALAS PANTUN DALAM BILIK DARJAH
2.1 RASIONALNYA I.
Melatih murid supaya peka terhadap keindahan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun empat kerat. Kesedaran murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.
II.
Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran bahasa mereka.
III.
Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.
IV.
Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
V.
Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.
VI. VII.
Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana terdapat unsur berhibur.
VIII.
12
Menyuburkan minat serta menhidupkan lagi imaginasi murid-murid.
HBML3103 670306035066001
2.2
RANCANGAN PENGAJARAN H ARIAN BAH ASA MEL AYU TAH UN 6
Mata Pelajaran
: Bahasa Melayu
Tahun
: 6 Cerdas
Tarikh
: 9 Oktober 2013
Masa
: 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)
Bilangan Murid
: 38 orang
Tema
: Kesusasteraan (Pantun)
Tajuk
: Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
Fokus Utama
:
1.2
Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 3
:
(i)
Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan soalan pelbagai aras. Fokus Sampingan :
5.2
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2
:
(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan
intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
13
HBML3103 670306035066001
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i.
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.
ii.
membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.
Sistem Bahasa
Tatabahasa
- Kata adjektif, binaan ayat lengkap.
Kosa Kata
- Kolek, menoreh
Pengisian Kurikulum
Ilmu
- Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai Murni
- Kesyukuran, patriotisme, rasional
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir
- Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai
- Muzik
Belajar Cara Belajar
- Membaca mekanis
Bahan Bantu Mengajar
- Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.
14
HBML3103 670306035066001
Masa
Isi pelajaran
Set Induksi
Video lagu :
Aktivitipengajaran dan pembelajaran
Catatan
1. Guru menayangkan video lagu Teknik : buah-buahan tempatan
(5 minit)
Buah-buahan
2. Murid
tempatan.
memerhati
tayangan
video buah-buahan tempatan. 3. Guru
Soalan
bersoal
jawab
Nilai : Kerjasama
dengan
murid tentang video. -
Apakah
ditunjukkan
yang dalam
BBM : video
4. Murid meneka tajuk pelajaran. 5. Guru memberitahu tajuk 6. pelajaran hari ini.
video?
-
- Soal jawab
Buah
apakah
yang ditunjukkan?
-
Di
negara
manakah kita boleh perolehi
buah-
buahan ini?
15
HBML3103 670306035066001
Langkah 1
1. Setiap kumpulan diberikan 1 Teknik :
Slaid
teks pantun. (10 minit)
Pantun
teka-teki
bertajuk
“Kenali
Buah-buahan
2. Guru
membuat
demonstrasi
pembacaan pantun di hadapan
Nilai :
kelas.
Tempatan”.
3. Murid diminta meneliti sebutan, - Kerjasama intonasi dan gaya guru ketika
Teks pantun
- Tekun
guru berpantun.
Langkah 2
- Tunjuk cara
Pantun
teka-teki
bertajuk
“Kenali
4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca
pantun
BBM :
dengan
Buah-buahan
menggunakan sebutan intonasi -
Tempatan”.
dan gaya yang betul.
Slaid dan teks
pantun teka-teki.
1. Soal jawab antara guru dan Teknik :
Teks pantun
murid berkaitan perkataan yang (15 minit)
Teka teki bertajuk “Kenali
Buah-
buahan Tempatan”.
2. Secara diminta
sebalik -
murid
menyenaraikan
nama
yang tersirat di - sumbangsaran
teka-teki,
di
yang
3. Murid
diminta
kembali
dalam
tersebut secara lisan.
kedua,
atas
pantun (pertama, ketiga,
nama
menyebut
kamu tidak faham
rangkap
- Perbincangan
lembaran kerja yang disediakan.
Apakah
perkataan
berkumpulan
buah-buahan
Soalan:
- Soal jawab
tidak difahami.
Nilai :
buah-buahan - Kerjasama
4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan.
- Tekun
keempat kelima dan
16
HBML3103 670306035066001
keenam) -
Perkataan:
Belanga
BBM :
(periuk tanah)
-
Lembaran
kerja, teks pantun, Meranduk
slaid
(mengharungi) Paras (rupa muka) Kolek (sampan kecil) Jawapan pantun:
1. Rambutan 2. Durian 3. Nenas 4. Manggis 5. Kelapa 6. betik
17
HBML3103 670306035066001
Langkah 3
1. Guru
Pengajaran :
menerangkan
secara Teknik :
ringkas definisi kata adjektif. (15 minit)
Kata adjektif.
2. Murid
dikehendaki
membaca
secara berkumpulan definisi kata
Contoh :
- Tunjuk cara - Soal jawab
adjektif secara kuat. 3. Murid
- cantik
diminta
mencari
dan
membulatkan kata adjektif yang - tajam
terdapat dalam rangkap pantun teka-teki.
- manis
kembali
Kemudian dalam
menulis
kotak
- Kerjasama
yang
disediakan.
- merah
Nilai :
- Tekun
4. Perbincangan antara guru dan - hitam
murid mengenai kata adjektif
-
Mendengar
yang terdapat di dalam teks arahan pantun. 5. Wakil murid setiap kumpulan diminta
membuat
ayat
lain BBM :
berdasarkan kata adjektif, secara -
spontan.
teks
pantun
teka-teki, lembaran kerja dan slaid.
Langkah 4
Nyanyian lagu .
1. Murid diperdengarkan terlebih Teknik : dahulu
(5 minit)
Pantun
teka-teki
menggunakan rentak
lagu
lagu
„Ikan - Tunjuk cara
Kekek”. 2. Guru
ikan
rentak
membuat
demonstrasi
Nilai :
terlebih dahulu cara nyanyian
kekek
18
HBML3103 670306035066001
menggunakan rentak lagu “Ikan - Kerjasama Kekek”
dan
rangkap
pantun - Tekun
sebagai lirik lagu. 3. Murid
diminta
menyanyi
BBM :
beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.
-
Teks
pantun
teka-teki.
Penutup
1. Guru menyimpulkan pelajaran.
Nilai murni:
Teknik :
2. Soal jawab antara guru dan (10 minit)
- Kesyukuran
murid berkaitan isi pelajaran dan
- Soal jawab
nilai murni berdasarkan teks
- Patriotisme
pantun teka-teki, secara lisan. 3. Guru
- Rasional
memberikan
aktiviti Nilai :
latihan pengukuhan. - Kerjasama - Tekun
Isi pelajaran :
1.Cara
membaca
pantun
dengan
betul. 2.Konsep adjektif
19
Kata
BBM :
Lembaran kerja
HBML3103 670306035066001
3.0 3.1
i.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI BERPANTUN Kekuatan
Melatih murid supaya peka terhadap keindahan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun empat kerat. Kesedaran murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.
ii.
Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran bahasa mereka.
iii.
Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.
iv.
Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
v.
Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.
vi. vii.
Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana terdapat unsur berhibur.
viii.
Menyuburkan minat serta menhidupkan lagi imaginasi murid-murid.
20
HBML3103 670306035066001
3.2
i.
Kelemahan
Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.
ii. iii.
Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai.
iv. v.
Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.
vi.
Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi
21
HBML3103 670306035066001
4.0 RUMUSAN
Pantun teka-teki telah dibuktikan dapat membantu perkembangan kanak-kanak dalam setiap bidang iaitu emosi, social dan juga intelek. Buku pantun teka-teki ini dapat dijadikan modul atau bahan kepada para guru untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak. Walaupun telah diberikan modul atau bahan, ianya terpulang kepada guru untuk menggunakannya sepenuhnya modul atau bahan yang telah disediakan ataupun hanya menjadi sebagai bahan pameran sahaja. Ini kerana, sebagus manapun modul atau bahan tersebut jika tidak digunakan mengikut potensi yang ada, ia akan menjadi bahan perhiasan semata-mata. Guru seharusnya kreatif dan bijak menggunakan modul atau bahan yang disediakan dalam pelbagai cara dan situasi. Buku mengenai pantun teka-teki ini hanya dapat membantu kanak-kanak dalam proses perkembangan mereka secara terhad. Semuanya terpulang kepada guru kerana mereka adalah pengajar dan sepatutnya mahir dalam menggunakan segala bahan atau modul yang sedia ada.
22
HBML3103 670306035066001
BIBLIOGRAFI
Annad Haji Ahmad (1970 ) . Sastera Melayu Lama dan Baru Penang : Sinaran Bros.Sdn . Bhd Asmah Haji Omar ( 2004 ) Penyelidikan ,pengajaran dan pemupukan bahasa ,Kuala Lumpur : Dewan Bahada Dan Pustaka Abdul Halim “R”,1968,pantun serbanika,Dewan Bahasa dan Pustaka Kementeriaan Pelajaran,Kuala Lumpur.
Adnan Abd.Majid,2003,mutiara sastera melayu tradisional,Dewama Sdn.Bhd.Kompleks Dawana,Selangor Darul Ehsan.
Omardin Haji Asha’ari,1961,kajian pantun melayu,Malaya Publishing House Limited.
http://www.scribd.com/doc/5364483/-Pantun-Budi
http://pantun.usm.my/makalah3-7.asp
http://mediasauna.multiply.com/journal/item/5/Pantun_dan_Syair_dalam_Kesusastraan_Melayu _Klasik
23
HBML3103 670306035066001