Prosedur : 1. Lukis satu garis AB secara lurus. 2. Dengan menggunakan plastisin, letakkan cermin satah secara tegak di atas garis AB. 3. Halakan sinar cahaya daripada kotak sinar ke atas cermin satah pada sudut tertentu, seperti yang di tunjukkan dalam rajah di atas. 4. Lukis garis sinar tuju dan sinar pantulan pada kertas putih. Lukis garis normal yang merupakan garis tegak kepada cermin satah di mana kedua-dua sinar cahaya itu bertemu. Lekatkan hasil kerja anda dalam ruang yang disediakan. 5. Ukur kedua-dua sudut tuju (i) dan sudut pantulan (r) dengan jangka sudut. Catatkan bacaan sudut tuju dan sudut pantulan dalam jadual yang disediakan. 6. Ulang aktiviti dengan menggunakan sudut tuju yang berlainan.
Pemerhatian :
A
B i : sudut tuju r : sudut pantulan
Aktiviti
Sudut tuju (i)
1
25°
2
30°
3
35°
Sudut pantulan (r)
Analisis : 1. Apakah yang berlaku kepada cahaya yang mengena pada cermin satah? Cahaya itu _________________________________________________._ 2. Adakah sudut tuju sama dengan sudut pantulan? ___________ 3. Nyatakan Hukum Pantulan. (a) Sudut tuju adalah _______dengan sudut pantulan. (b) Sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal terletak pada satah yang _____ 4. Apakah jenis permukaan yang dapat mematuhi Hukum Pantulan? Permukaan yang _______, _________ dan ____________ 5. Hitung sudut tuju (i) dan sudut pantulan (r) bagi rajah di bawah
Sudut tuju
= _____________
Sudut pantulan = _____________
Kesimpulan : Sinar cahaya yang dituju pada permukaan cermin satah akan ____________
AKTIVITI 2 Tujuan : Mengkaji pembiasan cahaya melalui dua medium yang berlainan ketumpatan. Radas : Kotak sinar, bongkah kaca, jangka sudut, pembaris, kertas putih, pensel.
Prosedur : 1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas. 2. Tujukan alur sinar cahaya dari kotak sinar ke bongkah kaca seperti yang ditunjukkan. 3. Surih bentuk sinar tuju dan sinar biasan pada ruang kotak yang disediakan. Dan lukis garis normal. 4. Nyatakan sudut biasan b (atau b') dan catat bacaan anda dalam jadual yang disediakan. 5. Ulang aktiviti dengan sudut tuju yang berlainan.
Pemerhatian:
Pembiasan Cahaya
Aktiviti
Sinar tuju Sudut tuju (a)
Sudut biasan (b)
Sinar keluar Sudut tuju (a`)
1
20°
13°
2
40°
25°
3
60°
35°
Sudut biasan (b`)
Analisis: 1) Apakah yang berlaku kepada cahaya yang bergerak dari udara ke blok kaca? Cahaya itu _______________________.
2) Lukis dan nyatakan pembiasan sinar cahaya apabila ia bergerak dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatan.
(a) Dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat. garis normal
sinar tuju
(b) Dari medium yang kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat. garis normal
sinar tuju
Sinar cahaya membias/membengkok
Sinar cahaya membias/membengkok
____________________ garis normal
____________________ garis normal
(c ) Pada sudut tegak dari satu medium ke medium yng berlainan ketumpatan.
sinar tuju udara air
Sinar cahaya akan bergerak _________________ menerusi blok kaca. 3) Namakan tiga bahagian mata yang terlibat dengan pembiasan cahaya ______________________, _____________________ dan ____________________. 4) Tandakan
dalam petak yang diberi yang menunjukkan kejadian pembiasan
cahaya.
Kesimpulan
: Sinar cahaya akan ____________________ apabila bergerak dari satu medium ke medium lain yang berlainan _________________________.