Pendahuluan
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik rantau Timur Tengah yang paling lama dan banyak rundingan telah dibuat bagi menyelesaikan (Lampiran ‘A’ dirujuk). Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan wilayah tanah yang sama. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah " penyelesaian penyelesaian dua negara" negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian sebilangan ahli akademik menyokong penyelesaian menyokong penyelesaian satu negara, negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwi negara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap jaminan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masingmasing.1 Kepentingan isu Palestin Israel perlu untuk diketahui bagi melihat mengapa konflik tersebut memakan masa yang lama melebihi melebihi 60 tahun dan masalah utama yang di hadapai oleh masyarakat Palestin sendiri. Masalah Masalah Palestin bermula awal abad ke 20 apabila empayar jajahan kerajaan Uthmaniyyah (termasuk wilayah Palestin) jatuh ke tangan kuasa Berikat. Masalah status dan kedaulatan Palestin mula muncul apabila Trans Jordan (yang meliputi wilayah Palestin) jatuh ke tangan pemerintahan British melalui Perjanjian SykesPiscot pada 1916 (Lampiran ‘B’ dirujuk). Dasar British yang bersimpati dengan gerakan 1
Uri Avnery. One State:Solution Or Utopia, Palestine-Israel Journal of Politics, Economics & Culture; Culture ; 2007, Vol. 14 Issue 2, p7-12
2
Zionisme yang bermatlamat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin ke dalam percaturan Barat dan orang Yahudi. Ini telah menimbulkan masalah yang rumit dan kritikal di Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai pemastautin d inafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di Palestin (Lampiran ‘C’ dirujuk). Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah utama yang menjadi sebahagian daripada permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui jalan penamat sehingga kini malah menjadi semakin rumit dari segi: (i) Kedudukan dan kedaulatan bumi Palestin, (ii) Kedaulatan, maruah dan hak rakyat Palestin, (iii) Masalah pelarian Palestin dan (iv) Kekejaman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin
1.1
Palestin Da Dalam Se Sejarah.
Menurut Gideon Biger, dalam journal The Boundaries of Israel-Palestine Past, Present, and Future, Palestin, Eretz-Israel, Israel, Terra Santa, Tanah Suci, Pilistin, semua namanama telah diberikan bertentangan dengan tanah atau negara yang terletak di bahagian timur pantai Laut Mediterranean. Sejarah persempadanan negara yang dinamakan Palestin ini telah disoroti dalam suatu proses yang bermula sekitar sekitar 100 tahun lalu dan mungkin lebih daripada itu. Nama Yahudi "Eretz-Israel" muncul dalam Alkitab (I Samuel 13:19), sedangkan nama Palestin yang berasal dari nama Pleshet lama (Palasta dalam penggunaan pemerintahaan Rom). Maharaja Rom Hadrian berusaha untuk membatalkan nasionalisme Yahudi selepas pemberontakan yang terjadi di 135 sebelum Masihi. Sejak kekalahan Perang Salib (1299), Palestin bukan sebuah Negara yang bebas. Selama empat ratus tahun sebelum Perang Dunia I Palestin atau Pilistin seperti yang diketahui di bawah Empayar Uthmaniyyah. Istilah Pilistin muncul dalam peta rasmi dan digunakan dalam dokumen-dokumen rasmi, tetapi tidak dikenalpasti secara jelas berkaitan dengan kawasan tersebut. Dalam separuh kedua abad kesembilan belas, bahagian selatan Palestin ditadbirkan ditadbirkan sebagai daerah berasingan. Persempadanannya Persempadanannya adalah dari garisan Jaffa ke Jericho di utara, Sungai Jordan di timur dan Laut Mati-rafia baris di selatan, unit ini disebut El-Quds (Baitulmuqaddis) daerah kawasan ini serta gabenornya yang bertanggungjawab secara langsung kepada kuasa tertinggi adalah di Istanbul. Bahagian
3
utara wilayah Baitulmuqaddis merupakan sebahagian daripada wilayah Beirut, daerah timur Sungai Jordan merupakan sebahagian daripada wilayah Damaskus, dan wilayah di selatan daerah Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripada wilayah Hejaz yang diperluas ke semenanjung Sinai. Wilayah ini tidak ada diberikan nama sebagai Palestin atau Pilistin2 Menurut pandangan penulis Islam pula ada disebutkan dalam Mu’jam Al-Buldan (Buku berkaitan tanah dan negeri). Palestin terletak di akhir lingkungan bumi Syam dari Mesir, pusatnya adalah Baitulmuqaddis. Antara bandarnya yang masyhur ialah Asqalan, Ar-Ramlah, Gaza, Arsof, Qaisariyyah, Nablus, Ariha, Amaman, Yafa dan Bait Jabrin. Dikatakan juga pada persempadanannya adalah permulaan kepada lingkungan Syam dari arah barat, jarak panjangnya selama tiga hari perjalanan. Ia bermula dari Rafah di sebelah Mesir dan berakhir dengan Allajun dari arah Al-Ghur. Lebarnya pula bermula dari Yafa sehingga Ariha juga memakan masa tiga hari perjalanan. Termasuk di dalamnya juga negeri tempat kaum Nabi Lut a.s dan semua bukit bukau di As-Syarah sehingga Aylah semuanya termasuk di dalam Palsetin. Sejarah ada juga mengatakan negara tersebut di namakan Palestin bersempena dengan nama Palestin bin Sam bin Iram bin Sam bin Nuh a.s. Ar-Zajaji pula berkata dinamakan sempena dengan Palestin bin Kalsum daripada anak Fulan bin Nuh a.s. manakala Hisyam bin Muhammad berkata daripada tulisan Jakhjakh bahawa dinamakan Palestin bersempena dengan nama Pilisyin bin Kaslukhim daripada cucu cicit Yafis bin Nuh a.s. Dikatakan juga, nama Palestin diberikan kepada bahagian Selatan Barat bumi Syam dan kalimah Palestin di arabkan daripada Balastin, ia adalah nama yang diambil daripada masyarakat manusia yang menghuni di bahagian Selatan Palestin dan mereka dinamakan dengan Palestiniyyun. Nama Balastin disebut dengan rasmi sebagai nama kepada tempat itu pada pertama kali oleh penakluk Rom “Fasbasiyyun”, ia disebut dengan nama sedemikian pada duit syiling yang dicetak pada ketika revolusi kekerasan terhadap orang Yahudi pada tahun 70 Masihi. 2
Biger, Gideon, The Boundaries of Israel--Palestine Past, Present, and Future: A Critical Geographical View Israel Studies; Spring2008, Vol. 13 Issue 1, p68-93, 26p
4
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa orang yang mula-mula menghuni Palestin pada kurun ke empat sebelas Masihi iaitu kumpulan kabilah yang digelar dengan “An Nutufiyyun” di sana terdapat kesan-kesannya, akan tetapi tidak diketahui asal usul mereka. Terdapat juga kesan-kesan lain akan pendudukan awal di Palestin dari kalangan orang Kananiin dan Umuriyyum, mereka ini adalah dari kalangan kabilah-kabilah Arab yang berhijrah ke Jazirah Arab di sebelah utara. Adapun sejarah ini tiada menunjukkan terdapat sejarah orang Yahudi menunjukkan kewujudan asal usul mereka di Palestin.3 1.2
Sejarah Persempadanan Palestin Dan Israel
Penulis suka untuk membawa perkara ini bagi pemahaman dalam kertas kerja ini dengan menyajikan sejarah meninjau pandangan analitis tentang pelakon yang terlibat dalam proses dan gambaran umum berurusan dengan tiga era persempadanan dalam pembentukan Israel. Banyak aktor yang terlibat dalam mencipta persempadanan moden Palestin dan Israel ianya suatu proses yang telah berlanjutan selama 100 tahun terakhir. Sepuluh aktor utama selepas kejatuhan Empaya Rom telah membentuk persempadanan Palestin dan Israel adalah (i) Empaya Ottoman, (ii) Inggeris, (iii) Perancis, (iv) Orangorang Yahudi-Gerakan Zionis dan kemudian Kerajaan Israel, (v) Trans-JordanKemudiannya dipanggil Jordan (vi) Syria, (vii) Liga Bangsa-Bangsa Bersatu dan BangsaBangsa Bersatu (xiii) Mesir (ix)Palestin (x) Amerika Syarikat. 4
2
Penyataan Masalah
Kepercayaan kedua-dua pihak Islam dan Yahudi tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula 3
4
Abdul Hadi Awang, Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan, Ogos 2010 , hlm 14
Biger, Gideon, The Boundaries of Israel--Palestine Past, Present, and Future: A Critical Geographical View Israel Studies; Spring2008, Vol. 13 Issue 1, p68-93, 26p
5
tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel) dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion dan situlah tertanamnya Temple of Solomon iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Kristian juga menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian). Isu tanah yang istimewa ini telah mengheret kedua-dua pihak Palsetin dan Israel kepada konflik yang berpanjangan dan mengorbankan banyak nyawa terutama daripada masyarakat Palestin. Perebutan wilayah tanah Palestin yang di rencanakan oleh pihak barat telah membawa kepada beberapa perjanjian dan resolusi bagi mencapai keamanan. Campur tangan Amerika Syarikat dan konflik Palestin Israel menjadi isu dalam hubungan antarabangsa yang telah diperkatakan sehingga hari ini. Konflik ini seperti tiada kesudahannya memandangkan kedua-dua pihak Palestin dan Israel tidak mahu mencapai satu penyelesai yang dicadangkan. Seterusnya secara khusus kertas kerja ini akan cuba mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan berikut:i) Adakah dasar luar Amerika syarikat terhadap isu Palestin Israel memberi kesan keamanan dan pendamaian bagi Palestin dan Israel seterusnya rantau tersebut. ii) Bagaimana campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik wilayah Palestin dan Israel memberi impak kepada rantau timur tengah dan jiran serantau yang lain. 3
Kerangaka Teori
Dalam kajian yang di buat berkaitan politik dunia maka pendekatan teori realisme, neorealisism dan neoklasikal realismes merupa pendekatan yang akan mengkaji fenomenafenomena antarabangsa berdasarkan perspektif penulis sendiri. Pendekatan ini mempunyai perkongsian beberapa ciri dan konsep asas dan juga perbezaan di antara satu dengan lain. Diantara ciri-ciri yang
6
3.1
Teori Raealisme
Teori ini mendominasi kajian politik dunia semasa Perang Dingin dan sehingga kini serta melihat reality sebenar sesuatu fenomena yang berlaku. Pendekatan Realisme memberi kesan dalam mengkaji tingkah laku negara-negara sehingga membawa kepada Perang Dunia Kedua. Pendekatan realisme mengatakan kuasa adalah sebagai teras untuk menerangkan politik dunia. Menurut Viotti dan Kauppi (2010), pendekatan atau teori realisme diasaskan dari pemikiran zaman klasik iaitu Thucydides (471-400 S.M), Machiavelli (1429-1527) dan Thomas Hobbes (1588-1679). Menurut ketiga-tiga pelopor teori ini, kuasa adalah asas yang mendasari teori tersebut dan memberi penegasan bahawa negara adalah aktor utama.5 Realisme meletakkan tiga andaian utama yang menjadikan asas iaitu (i) pendokong realism mengandaikan manusia secara semula jadinya bersifat jahat, tamak dan mementingkan diri sendiri serta tidak boleh di percayai, (ii) mengandaikan tingkah laku negara adalah rasional maka dengan itu sebarang tindakan negara yang mencabuli negara lain diterima atas asas negara sebagai aktor yang rasional bertindak demi kepentingan dan keamanan negara, dan (iii) mengatakan aktor-aktor negara yang menyuarakan matlamat mereka dari satu suara yang diabsahkan iaitu pemerintah di negara tersebut berkeadaan bahawa pandangan pemerintah diletakkan sebagai pandangan negara. Dalam pendekatan realisme terdapat juga konsep asas yang berkaitan atau relevan selain andaian iaitu konsep kuasa, keseimbangan kuasa, sistem antarabangsa dan bantuan kendiri (Self help). Menurut Viotti & Kauppi (2010), kuasa dari perspektif Realis ialah merujuk kepada keupayaan aktor untuk mengawal atau mempertingkatkan pengaruh atau kesan dari tindakannya ke atas pihak lain. Dalam keadaan sistem antarabangsa yang anarki, realisme menyarankan perlunya sesebuah negara mempunyai kuasa bagi keselamatan serta mempertahankan kedaulatan dan maruah. Maka dengan ini fenomena persaingan kuasa merupakan penentu untuk mencapai keamanan dunia. Dalam konsep keseimbangan kuasa merujuk kepada keseimbangan di antara negara dalam politik dunia keadaan ini perlu bagi mengelakkan wujudnya satu kuasa negara yang dominan. Keseimbangan boleh dicapai 5
Viotti, P. & Kauppi,M Copyright 2010. International Relations Theory . Fourth Edition. New York. Longman. Pearson Publishers
7
menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negara-negara dan pertubuhan ketenteraan negara-negara. Dalam system antarabangsa yang bersifat anarki, konsep yang d ipegang oleh golongan Realis juga adalah bantuan kendiri atau (self help). Sistem dunia yang melahirkan sifat rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia. Oleh itu, negara akan mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelum menrima bantuan atau berinteraksi dengan negara lain. 3.2
Pendekatan Neorealisme
Neorealisme bermaksud Realisme baru dengan merujuk kepada perkataa‘neo’. Pendekatan ini berasal dari pendekatan Realisme dan masih berkongsi andaian-andaian dan konsep asas yang sama namun telah dimodifikasi untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari. Ianya dianggap sebagai penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang timbul daripada pendekatan Realisme yang asal. Diantara tokoh-tokoh yang mempelopori aliran Neorealisme ialah Kenneth Waltz dan Hans Morgenthau (1904-1980). Pendekatan neorealisme berpendapat selain daripada aktor negara yang menjadi unit analisis dalam hubungan antarabangsa, kewujudan aktor bukan negara turut diambil kira sebagai salah satu punca berlakunya ketidakstabilan politik dunia. Strukur sistem antarabangsa dianggap sebagai penyumbang kepada peperangan masa kini. Oleh itu, pendekatan neorealisme juga dikenali sebagai Realisme struktural kerana beranggapan peperangan meletus disebabkan oleh struktur sistem antarabangsa yang bersifat anarki yakni tiada suatu kerajaan atau autoriti yang mampu mengawal tindak tanduk negara. Disebabkan oleh anarki, negara yang berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Hal yang demikian menyebabkan negara mesti membina kekuatan angkatan tenteranya untuk menjamin keselamatan negara kerana bagi pendokong Neorealis, keselamatan negara bermaksud mempertahankan semapadan negara dari ancaman ketenteraan musuh.6 3.1
Pendekatan Neoklasikal Realisme
Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang menggabungkan teori realisme klasik dengan pendekatan neorealisme dalam usaha memahami kajian keselamatan negara dan 6
Zarina Othman. 2006. Neorealisme dan Institusionalisme dalam Perang dan Keamanan. Dlm Ghazali Mayudin et.al. (pnyt). Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia, hlm.188-191. Bangi: Penerbit UKM.
8
politik dunia. ianya ini cuba menerapkan unsur-unsur tradisional Realisme yang asal disamping mempersoalkan pengabaian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembuatan polisi negara oleh kedua-dua pendekatan yang lepas (Realisme dan Neorealisme). Menurut pendekatan Neoklasikal Realisme seperti yang diterajui oleh tokoh-tokoh seperti William Wohlforth (1993), Thomas Christensen (1996), Alastair J. H. Murray (1997), Randall Schweller (1998) dan Fareed Zakaria (1998), dasar luar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada perubahan struktur global tetapi turut bergantung kepada persepsi pemimpin negara terhadap kepentingan nasional. Sekiranya seseorang pemimpin merasakan kepentingan negaranya terancam, beliau berhak untuk melaksanakan dasar yang mampu menjamin keamanan negaranya daripada sebarang ancaman negara lain. Disini dapat dilihat bahawa disebalik negara sebagai aktor utama dalam system antarabangsa, peranan pemimpin turut diketengahkan sebagai individu yang berkuasa mempengaruhi proses pembuatan polisi luar sesebuah negara berdasarkan pandangannya terhadap kepentingan nasional. 4.
Hujah Perbincangan
Dalam menangani konflik Palestin Israel, Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan sejumlah 87 resolusi. Keputusan yang dibuat memfokuskan tentang pencapaian keamanan di bahagian Timur Tengah, Keputusankeputusan tersebut melibatkan keadaan situasi kependudukan pengganas, termasuklah Jerusalem, kerahan tenaga tentera Israel yang ha ram dan serangan Israel terhadap Palestin sebagai sasaran. Walau bagaimana pun kesemua resolusi ini perlu di lihat secara positif, adakah sebenarnya akan memberi dan menjaga keamanan rantau tersebut dengan mengkaji aktor yang membuat dan mencadangkan resolusi itu. Oleh yang demikian kajian perlu melihat apakah dasar Negara Amerika Syarikat atas Palestin dan Israel. 4.1
Dasar Luar Amerika Syarikat(A.S)
Kajian melihat hubungan dua hala Israel-Amerika Syarikat merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat
9
meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi polisi pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini. Hubungan dua hala ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan. Kebergantungan dibuat Israel dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama hegemoni Amerika Syarikat mempunyai tujuan untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Dasar Amerika Syarikat (A.S) menurut realisme yang membandingkan keuntungan dan kepentingan negara atas rantau Timur Tengah telah menunjukkan sokong kepada Israel sejak Presiden Harry Truman menolak cadangan dari Menteri Luar Negeri George C. Marshall dan menggalakkan sebuah resolusi di Perhimpunan Agung PBB memberikan sebahagian besar Palestin kepada orang Yahudi yang kemudian menjadikan rakyat Palestin penduduk minoriti. Sebagai negara baru Israel mencari kuasa seperti yang di tegaskan dalam teori realisme bahawa kuasa adalah asas menentukan kelangsungan hidup, meneruskan tindakan untuk mengusir orang-orang asal Palestin dan merampas lebih banyak tanah mereka manakala dalam keadaan demikian Washington hanya menutup mata serta membiarkannya berlaku.7 Dasar A.S juga menurut penyataan Tun Dr Mahathir pada 5 Jan 2009, bahawa bakal Presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama yang akan menggantikan George W. Bush dijangka tidak mengubah dasar luar Negara Amerika Syarikat terhadap Israel kerana kepimpinan beliau masih memerlukan sokongan Yahudi.
7
Marshall, Rachelle. As Obama Retreats, Palestinians Renew Their Struggle. Washington Report on Middle East Affairs; Apr2010, Vol. 29 Issue 3, p7-10, 3p
10
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada mana-mana calon dalam pilihan raya Amerika yang berani menafikan sokongan kepada Israel kerana kaum Yahudi merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon Presiden. Tun Dr Mahathir juga berkata Obama dijangka mengundurkan tentera Amerika dari Iraq dan Afghanistan tetapi akan tetap memberi sokongan kepada kaum Yahudi di Israel. Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak rasa akan ada perubahan dalam dasar luar Amerika kepada Israel, Obama sendiri pergi ke Israel untuk mendapatkan sokongan kerana terdapat ramai Yahudi di Amerika. Bakal pemimpin nombor dua Amerika Syarikat, Joe Biden pula pernah berkata secara terbuka bahawa walaupun dia bukan seorang Yahudi tetapi dia adalah penyokong Zionis," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Dr. Mahathir menyatakan Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat yang lebih baik jika dibandingkan dengan Bush, ''Beliau (Obama) merupakan pilihan terbaik daripada kalangan yang tidak baik," Dr. Mahathir berkata, walaupun kongres Amerika dianggotai oleh golongan terpelajar tetapi mereka masih membenarkan keganasan oleh Israel ke atas Palestin. ''Negara yang menjadi polis dunia k ini telah membunuh dan merompak. Seseorang perlu bersuara kerana jika kita berdiam diri keadaan akan bertambah teruk. ''Perang moden merupakan sejenis pembunuhan besar-besaran dan dilakukan dengan tidak adil kerana tiada peluang untuk negara lemah menghadapi serangan kuasa besar seperti Amerika," katanya. Dr. Mahathir berkata, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) didapati gagal memainkan peranan untuk menghentikan kekejaman Israel kerana badan itu telah dikuasai Amerika Syarikat. '' PBB sebelum ini tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan perang ke atas Iraq kerana Amerika mahu teruskan kepentingannya di situ," katanya.8 Eric H.Yoffie presiden kepada Union For Reform Judaism mengatakan bahawa tiada “polisi Barak Obama” seperti juga tiada “polisi George W.Bush” atas Israel cuma yang ada adalah polisi Amerika Syarikat yang berterusan selama hampir dua dekad. Pentadbiran Obama telah membuat kesilapan dan perlu menegaskan sepenuhnya sokongan kepada Israel. Walau bagaimana pun presiden A.S. telah memberi sokongan ke atas Israel 8
Utusan Malaysia 06/01/2009
11
di Gaza, meningkatkan kerjasama ketenteraan dan telah lakukan banyak hal untuk menghasilkan pro Israel yang kuat.9 Menurut Dr Ziad Asali Presiden kepada American Task Force on Palestine (ATFP), bahawa tiga faktor yang harus dilakukan sebelum proses perdamaian dapat bergerak ke hadapan. Keamanan harus diperbaiki untuk kedua-dua bangsa Israel dan Palestin, perbaikan ekonomi bagi bangsa Palestin adalah mustahil tanpa pendudukan dan memastikan ada sebuah kerajaan Palestin dengan undang-undang yang dihormati berteraskan “Rule of Law”. "Negara Palestin tidak dapat diperbaiki seperti dahulu," katanya. "Jika Israel adalah sebuah negara normal, maka Palestin juga perlu satu Negara yang sama ." Asali mengatakan dia memandang Amerika tidak bertindak sebagai medium yang jujur dan bahawa Washington harus belajar untuk menjadi pemudah cara yang lebih adil dalam konflik ini. A.S lebih mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan Negara mereka dalam dunia yang semakin kecil yang sepatutnya A.S harus melihat konflik perhubungan di dalam konteks global. "Untuk dunia keseluruhannya isu ini perlu diselesaikan.10 Bassam Al-Salhi adalah ahli kepada Palestinian Legislative Council (PLC) dan General Secretary kepada Palestinian People's Party (PPP), menyatakan sifat khusus dari hubungan Amerika-Israel didasarkan pada beberapa faktor yang menimbulkan pengaruh timbal balik di antara kedua-dua negara. AS menikmati kedudukan kuasa yang menguntungkan daripada para sekutunya Israel, dalam kedudukan Israel di rantau ini mustahak bagi kepentingan Amerika di Timur Tengah. Selain itu kedua-dua negara berkongsi hubungan kebudayaan-ideologi yang diisi oleh impian yang manis, budaya neo-kontra. Oleh yang demikian AS tidak boleh menjadi orang tengah yang adil. Hal ini juga meyakinkan bahawa ia adalah menghalang usaha antarabangsa yang serius dalam menetapkan pencapaian kemajuan bagi proses damai, terutama untuk menghasilkan kesan perubahan penting pada Israel atau dalam perubahan serantau yang akan mempengaruhi kepentingan dan keseimbangan kuasa di Timur Tengah. AS juga tidak mahu melihat evolusi akan pilihan antarabangsa yang dapat bertindak lebih 9
Eric H. Yoffie, Article Commentary; Jun2010, Vol. 129 Issue 6, p36-36, 2/3p Najjab, Jamal , Two-State Solution The Answer .Washington Report on Middle East Affairs; Jan/Feb2009, Vol. 28 Issue 1, p61-62, 2p 10
12
bebas untuk mengubahsuai pendekatan A.S yang dominan dalam pengendalian penyelesaian politik .11
4.2
Kesan campur tangan Amerika Syarikat (A.S) 4.2.1
Pelarian Palestine.
Akibat perjanjian Balfour dan campur tangan A.S, kemasukan pelarian Yahudi di Palestin mengakibatkan peperangan serta penduduk asal Palestin kemudiannya menjadi pelarian dan di tempatkan di negara Jordan, Lubnan, Syria, kawasan Tebing Barat dan Gaza. Pelarian-pelarian Palestin adalah orang-orang yang tempat kediaman biasanya adalah Palestin di antara Jun 1946 dan Mei 1948 yang kehilangan kedua-dua rumah-rumah dan cara hidup mereka akibat Pertempuran Arab-Israel 1948. Jumlah pelarian yang berdaftar dengan UNRWA ialah 914,000 pada 1950 dan meningkat kepada lebih 4.3 juta pada 2005. Isu pelarian ini telah berpanjangan dan tiada satu penyelesaian yang dibuat untuk mereka mendapatkan tempat tanah asal mereka sendiri.12 4.2.2
Kesan Wabak Penyakit
Dalam konflik yang berlaku telah memberi ke san penyakit Kaki dan mulut (PMK). Endemik yang berlaku di Timur Tengah memberi persepsi bahawa ketidakstabilan politik dan sumber yang terhad telah menyebabkan peredaran virus PMK yang tidak terkawal di seluruh kawasan. wabak dilaporkan di Israel dan Palestin dari 4 Februari, 2006 hingga tarikh 15 Disember 2007. Jalur Gaza, di mana tidak ada wabak yang dilaporkan, atau lokasi yang terdekat tampaknya merupakan asal dari sekumpulan wabak terletak di HaDarom (April 2007), sebuah cluster wabak berpusat di Tebing Barat (Februari 2006) boleh dikaitkan dengan penyebaran dari Israel Utara, sebuah cluster di Hazafon (Januari 2007) tampaknya berasal dari dekat sempadan Jordan dan sekelompok yang terletak di Utara Hazafon ini cenderung berkaitan dengan daerah di sebelah Lubnan dan sempadan Syria. Hubungan antara cluster di Tebing Barat dan sampel Israel sebelum dan antara cluster di 11
Bassam al-Salhi, American Policy and the Middle East Conflict. .Palestine-Israel Journal of Politics, Economics & Culture; 2007, Vol. 13 Issue 4, p15-19, 5p 12 Ben-Meir, Alon. The Palestinian Refugees: A Reassessment and a Solution. Palestine-Israel Journal of Politics, Economics & Culture; 2008, Vol. 15/16 Issue 4/1, p65 -71, 7p
13
Hazafon dan Jordan juga disokong dengan analisis dari sampel yang dikumpulkan dari wabak tersebut. Keputusan ini menunjukkan bahawa wabak PMK dilaporkan di Israel dan Palestin pada tahun 2006 dan 2007 kemungkinan besar akibat dari wabak yang berbeza berkaitan dengan peredaran dan penyebaran virus PMK dari berbagai wilayah di Timur Tengah.13 4.2.3
Program Nuklear
Israel mendakwa bahawa program nuklearnya dibangunkan sebagai pencegah terhadap negara-negara atau kuasa yang mungkin cuba untuk menghapuskannya sekarang atau di masa depan. Penggunaan senjata tersebut hanya untuk defensif saja dan tidak untuk pencerobohan terhadap negara lain di rantau itu. Pandangan di sisi negara Arab-Islam, respon adalah sebagai berikut: Pertama, Israel lupa bahawa sistem politik tidak stabil dan terus berubah, kerana itu, "ahli politik yang gila" mungkin suatu masa menjadi pemimpin di Israel dan ketika itu mereka akan menggunakan kapasiti nuklear terhadap negara-negara di wilayah ini - mengingati ciri-ciri Israel sebagai negara kuat dan agresif. Ini menjadikan senjata nuklear digunakan terhadap negara-negara jiran kemungkinan boleh berlaku bila-bila masa. Kedua, dasar Israel termasuk kerajaan masa ini seperti yang diungkapkan oleh Presiden Shimon Peres, adalah bahawa selepas keamanan menyeluruh tercapai, Israel akan meluluskan sebuah Zone Bebas Senjata Nuklear (NWFZ) di Timur Tengah. Namun, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tidak pernah menyebutkan ini dalam komentarnya mengenai masalah nuklear. Dengan semua tuntutan-tuntutan ini, maka Iran telah berfikir dan mungkin diikuti oleh negara-negara lain yang juga mungkin berfikir bahawa satu-satunya cara untuk mengimbangi ancaman yang datang dari program tenaga nuklear Israel adalah dengan membuat perkara yang sama seperti Israel. Iran terus mendakwa bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan tetapi perkara ini menjadi ancaman yang berterusan untuk Israel selama beberapa tahun terakhir ini. Oleh kerana itu, Timur Tengah sekarang berada di 13
M.A.AlKhamis, M.A.Perez, H.Yadin, J.N.Knowles. Temporospatial Clustering of Foot-and-Mouth Disease Outbreaks in Israel and Palestine, 2006–2007, Transboundary & Emerging Diseases; Apr2009, Vol. 56 Issue 3, p99-107
14
ambang persaingan di antara kekuatan serantau besar iaitu Iran, Turki dan Israel. Tiada satu pun dari negara-negara Arab berdiri di antara mereka sebagai kekuatan rantau lagi; pada masa yang sama, ketiga-tiga negara kekuatan serantau mempunyai agenda masingmasing tentang dunia Arab. Cita-cita Iran untuk menjadi kuasa serantau yang besar tidak hanya terbatas kepada Afghanistan, di mana Iran beroperasi bertentangan dengan A.S. Cita-cita ini juga diungkapkan di rantau yang lain seperti di Yaman (dengan menyokong AI-Houthi kumpulan Syiah terhadap rejim di sana), di Iraq (melalui penglibatan yang berbeza), di Lubnan (dengan menyokong Hizbullah) dan di Palestin (dengan menyokong Hamas, selain perikatan strategik Iran dengan Jihad Islam). Selain itu Iran mempunyai hubungan strategik khusus dengan Syria, menduduki tiga kepulauan Arab di Teluk Arab dan mendakwa " Teluk Arab" menjadi " Teluk Parsi" Dengan ini masalah kestabilan serantau memungkinkan ada berhubung kait dengan tindakan Iran, tapi ia juga mempunyai perkaitan dengan konflik antara negara-negara Arab, Israel dan Iran. Perkara ini mempunyai kapasiti dan peranan sebagai penghalang dari segi perjanjian damai melalui Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah jika keperluan sekutu Iran tidak dipenuhi oleh A.S dan Israel.14 Gesaan A.S dan sekutunya Israel berkaitan sekatan ke atas Iran iaitu gara-gara projek nuklear memungkinkan serangan ketenteraan dikenakan ke atas mereka oleh Israel. Pada masa sama, Tel Aviv menempatkan banyak kemudahan ketenteraan di rantau Caucasus terutama di Azerbaijan dan Georgia. Amerika Syarikat (AS) juga memberi ingatan berkali-kali bahawa Washington mengambil kira pelbagai pilihan yang ada dalam menguruskan isu Iran. Kegagalan proses rundingan damai Timur Tengah dan mendedahkan keterbatasan pengaruh AS ke atas parti Likud yang beraliran pelampau dalam kerajaan Israel juga menjadi kebimbangan sampingan. Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, memburukkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan bersifat provokatif. Kata Lieberman, dia percaya negara Palestin tidak mungkin diwujudkan sebelum 2012 atau pada penghujung penggal pentadbiran Presiden AS, Barack Obama. 4.2.4 Pengebom Berani Mati 14
Salem, Walid . The Iranian Factor in the Arab-Israeli Conflict..Palestine-Israel Journal of Politics, Economics &
Culture; Mar2010, Vol. 16 Issue 3/4, p46-51, 6p
15
Sejak pertengahan 1990-an, keganasan pengebom berani matii telah berkembang menjadi salah satu cabaran strategik paling parah bagi Israel . Sebahagian besar seranganserangan pengebom berani mati telah berlaku sejak gelombang permusuhan IsraelPalestin melalui " Intifada Al-Aqsa” yang meletus pada akhir September 200 0. Di antara tahun 1993 dan awal Ogos 2002 lebih dari 135 pengebom berani mati meletupkan diri di Palestin sekitar warga awam Israel atau tentera. Sejak itu ada lebih dari 35 serangan tambahan juga telah dilakukan. Dari kajian mereka menyatakan “‘Untuk mati secara pengeboman bunuh diri' lebih baik daripada mati setiap hari atas kekecewaan dan penghinaan” Individu sekarela Palestin menjalankan tindakan misi pengebom berani mati dipengaruhi oleh beberapa faktor yang sangat sulit untuk diurai. Sulit, misalnya, untuk memisahkan ekonomi dari motif peribadi kerana kesusahan ekonomi mempunyai pengaruh pada martabat individu dan boleh menyebabkan ingin membalas dendam terhadap mereka mereka bertanggung jawab. Mereka melihat orang Israel sebagai begitu kuat maka pengeboman berani mati adalah satu-satunya jalan untuk mereka mengekspresikan rasa kekecewaan mereka. Namun juga jelas bahawa pelaku pengebom berani mati Palestin yang diwawancara di sini percaya bahawa ianya memberi manfaat atas kematian dalam kesyahitan.15 Dapatan kajian
Dalam menghuraikan dasar dan campur tangan A.S keatas Palestine dan Israel, sejak tahun 1948 hingga sekarang mengikut pandangan realisme memfokuskan penglibatan konsep kuasa , Negara, kelangsungan hidup, bantuan kendiri, kedaulatan, hegemoni dan kepentingan negara. Dasar A.S adalah dasar yang telah di bersetuju bersama oleh kongres A.S sendiri yang menurut realis adalah satu dasar yang tidak bergantung pada perubahan global tetapi turut bergantung kepada persepsi pemimpin negara terhadap kepentingan nasional. Walau pun dasar tersebut di pandang berat sebelah ia memungkinkan kelangsungan hidup negara dan rakyat serta keselamatan negara . 15
Mali Soibelman. Palestinian Suicide Bombers .Centre for Investigative Psychology, The University of Liverpool, Journal of Investigative Psychology and Offender Profiling J. Investig. Psych. Offender Profit 1: 1 75-190 (2004)
16
Persaingan kuasa adalah amat penting bagi A.S dalam sistem antarabangsa bersifat anarki, relisme mengandaikan kuasa A.S dapat mempengaruhi atau mengawal atau kesan dari tindakannya ke atas negara lain serta kuasa juga mengandaikan pencapaian keamanan akan berterusan . Ini dapat dilihat bagaimana A.S dapat mencadangkan resolusi yang telah diikuti oleh negara rantau Timur Tengah walaupun terdapat resolusi yang di persetujui oleh Majlis Keselamatan PBB tidak di patuhi oleh Israel sekutu A.S. Dengan kuasa yang dimiliki A.S tidak mengambil tindakan ke atas Israel malah menyalahkan pikah Palestin terutamanya Hamas. Kuasa hegemoni yang di miliki oleh A.S juga mencorakkan tindakan yang bakal dan akan diambil oleh negara di rantau Timur Tengah. Contohnya pembangunan kuasa nuklear oleh Iran telah ditentang hebat oleh A.S dan mempengaruhi Majlis Keselamatan untuk persetujuan sekatan oleh PBB. Walaupun A.S adalah kuasa unipola tetapi ketakutan atas senjata nuklear yang dibangunkan Iran akah menjatuhkan kedaulatannya serta memungkinkan kekukuhan A.S di Timur Tengan akan berkurangan. Dalam menangani isu pelarian palestin yang menyumbang kepada keselamatan insan, dunia mengetahui pelarian yang di tempatkan di negara Jordan, Syira dan Lubnan tidak diberikan hak untuk balik ke negara asal walaupun tanah dan rumah mereka telah di cerobohi oleh pihak Israel dalam membesarkan wilayahnya. Realis berpendapat bahawa moral dan nilai murni dalam sistem antarabangsa adalah di tolak kerana ia merupakan perkara yang terlalu sentimental dan tidak sesuai dalam menentukan hala tuju sesebuah negara seperti A.S. Kajian mendapati tindakan A.S dalam membuat dasar dan campur tangan dalam konflik palestin israel adalah mempunyai kepentingan penguasaan dari segi ekonomi rantau khususnya petroleum dapat dikuasai oleh A.S walaupun tidak secara keseluruhan. Rumusan dan Kesimpulan
Berdasarkan campur tangan dan dasar A.S dalam konflik Palestin Israel elemen kuasa adalah penting bagi sesebuah negara serta perlu memastikan ia berterusan dan
17
bertambah. Konsep mengekalkan kuasa dapat mempengaruhi kepentingan negara, kelangsungan negara dan keselamatan negara. Dalam konflik Palestin dan Israel jelas menunjukkan bahawa A.S mengambil pendekatan realisme secara teori mahupun praktikal dengan mendominasi cara tindakan campur tangan dan dasar yang di buat. Tindakan berat sebelah ke atas Israel begitu ketara dan menidakkan hak yang sepatutnya ke atas Palestin. Dapat dilihat tindakan ini telah banyak menggagalkan proses rundingan damai yang diadakan. Proses yang panjang akan menjadikan kuasa A.S di Timur Tengah bertambah dan berkekalan. Walaupun terdapat cadangan “one state, two state solution” dalam konflik ini, ia mungkin tidak akan menjaya menghentikan konflik yang berlarutan selama 60 tahun.
Lampiran ‘A’ Peta Rantau timur Tengah – Konflik Palestin Israel
18
Lampiran ‘B’
19
Lampiran ‘C’
20