Presentasi mengenai Asas-asas Lingkungan HidupFull description
manfaat
Asas-Asas Hukum AgrariaFull description
Menjelaskan tentang asas-asas pendidikan yang berlaku di Indonesia, dalam mata kuliah pengantar pendidikan.
TOKSIKOLOGIFull description
Metode Pelaksanaan Pekerjaan Cerucuk
Asas Asas Peraturan Perundang UndanganDeskripsi lengkap
asas dalam hukumDeskripsi lengkap
Asas Asas Peraturan Perundang Undangan
BAB I
PENGENALAN
1.0
SEJARAH AWAL CERUCUK
Cerucuk diperlukan sebagai salah satu kaedah untuk memindahkan beban bangunan ke lapisan tanah. Kadang-kala penggunaan asas-asas yang biasa adalah tidak menjimatkan dalam pembinaan. Hal ini demikian kerana lapisan tanah yang tidak dapat menggalas beban dan ianya terletak terlalu dalam dari permukaan bumi. Dalam hal ini, penggunaan salah satu jenis cerucuk dapat mengurangkan kos pembinaan. Selain itu, cerucuk juga dapat disesuai digunakan apabila beban bangunan tidak seragam. Oleh itu bahagian yang menggalas beban yang lebih besar perlu disokong dengan menggunakan bilangan cerucuk yang lebih banyak untuk meluaskan permukaannya dan dapat menanggung beban. Cerucuk dapat diperolehi dalam berbagai-bagai bentuk, bahan binaan dan pemilihan jenis yang sesuai bergantung pada jumlah beban, keadaan tanah dan kos yang terlibat.
Manusia mula mencipta cerucuk semenjak mereka menetap secara tetap di satusatu kawasan. Ini kerana mereka mula menghadapi masalah apabila perjalanan mereka terganggu apabila hendak meyeberangi sungai untuk ke sesuatu tempat kerana keadaan aras air sungai yang tidak menentu.
Bukti cerucuk yang pertama digunakan adalah kira-kira 4000 tahun yang lalu untuk membuat tambak di Tasik Geneva. Selain itu lebih daripada 100 000 batang cerucuk digunakan di Robenhause. Ada bukti lain juga yang mendapati cerucuk juga
digunakan di sepanjang Tasik Marshy untuk membuat rumah kediaman. Lough Drumkeery di Co.Cavan Ireland, sebanyak 30 000 cerucuk digunakan pada tahun 1863 dan cerucuk yang digunakan pula terdiri daripada jenis pokok Oak.
Herodotus pula merupakan orang pertama yang menulis tentang sejarah penggunaan cerucuk pada abad 14 Masehi. Antara penggunaan awal cerucuk digunakan oleh Phoenician untuk membuat jeti bagi memudahkan pedagang-pedagang dan membolehkan mereka berlabuh di pelabuhan. Di Britian pula, pembinaan jambatan Roman merentangi Tyne di Corbride yang menggunakan cerucuk untuk asas pembinaannya.
Pada tahun 1771, jambatan tersebut telah dibaik pulih. Semasa dalam proses membaik pulih didapati mereka menggunakan cerucuk yang diperbuat daripada kayu pokok Oak. Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan orang-orang Roman menggunakan cerucuk sebagai asas pembinaannya. Contohnya seperti di Bandar Vince, untuk mengelakkan orang-orang Rom mula membuat tembok-tembok di sepanjang Pulau Lagoon Of Vince daripada di serang oleh musuh yang ingin menakluki kota Rom dimana cerucuk digunakan untuk menyokong bangunan yang digunakan sebagai tembok penahan.
Pada zaman ini jenis cerucuk yang digunakan adalah lebih baik berbanding pada 100 tahun yang lalu. Ini kerana 100 tahun dahulu mereka menggunakan kayu sahaja dan ianya tidak dapat bertahan lama. Zaman ini cerucuk kayu yang digunakan lagi tetapi akan diawet terlebih dahulu sebelum digunakan ataupun kayu-kayu akan digunakan dikeringkan terlebih dahulu supaya ianya lebih keras dan tahan lama. Penemuan baru bahan-bahan baru untuk membuat cerucuk juga ditemui contohnya; Konkrit dan Besi Padu.
Pembinaan cerucuk pada masa ini juga banyak menggunakan kontraktor-kontraktor pakar cerucuk, mereka mengambil kira teknik pacuan cerucuk pada sesuatu kawasan pembinaan malah mereka juga boleh mengenal pasti kemungkinan masalah yang akan dihadapi dan pada masa yang sama juga mereka dapat menyelesaikannya. Kepakaran yang ada pada mereka ini bergantung kepada pengalaman dari kerja-kerja yang lepas.
Ujian-ujian keatas cerucuk diperkenalkan untuk memastikan cerucuk yang dibina dapat menanggung beban yang akan ditanggungnya. Spesifikasi yang diselaraskan dipraktikkan (Model Prosedure and Specification) yang dikeluarkan oleh Institut Kejuruteraan Awam.
1.1 PENGENALAN ASAS
Asas didefinasikan sebagai satu komponen dalam sistem binaan yang memindahkan beban binaan kepada tanah. Istilah ini digunakan untuk keseluruhan sistem sokongan untuk sesuatu struktur termasuk tanah atau batuan dimana struktur ditempatkan. Kestabilan bangunan bergantung kepada kekuatan struktur asas selain kekuatan kerangka binaan itu sendiri.
Struktur ringan yang didirikan di atas tanah yang mempunyai kekuatan galas yang tinggi tidak mendatangkan banyak masalah dari segi enapan yang berlaku dan keretakan pada bahagian lantai dinding binaan itu. Tetapi jika struktur berat didirikan di atas tanah yang mempunyai kekuatan galas yang rendah, asas akan mengalami kegagalan kerana ketidaktelitian dalam proses merekabentuk.
Kegagalan asas adalah merangkumi kegagalan dalam menaksirkan keadaan sebenar strata tanah dan beban yang di pikul atau kecuaian dalam merekabentuk struktur asas, ataupun kerana mengalami masalah enapan. Jadi, faktor-faktor di atas perlu dipertimbangkan dan dianalisa secara bagi menjamin kestabilan superstruktur. Terdapat 2 jenis asas yang digunakan dalam pembinaan iaitu asas cetek dan asas dalam atau asas cerucuk.
1.1.1
ASAS CETEK.
Asas cetek adalah asas yang memindahkan beban binaan kepada tanah di bawah iaitu pada dasar substruktur. Asas cetek hendaklah selamat daripada kegagalan ricih tanah yang menyokongnya dan tidak mengalami perubahan enapan. Kebanyakkan asas cetek adalah asas konkrit mudah.
Jenis-jenis asas cetek adalah seperti berikut:-
i)
Asas pad
ii)
Asas rakit (asas tikar)
iii)
Asas jalur
1.1.2
ASAS DALAM
Asas dalam adalah asas yang memindahkan beban binaan melalui aras tanah yang longgar untuk mencapai kedalaman sebenar struktur tanah tersebut. Jenis–jenis asas dalam adalah seperti :-
i)
Asas cerucuk
ii)
Asas koison
1.2
Kategori Asas Cerucuk.
Asas cerucuk merupakan satu elemen struktur yang panjang berbentuk sebuah tiang yang dipasak ke dalam tanah untuk mengagihkan beban bangunan dan disebarkan ke aras atau lapisan yang sesuai di dalam tanah melalui struktur tiang tersebut.
Cerucuk boleh dikategorikan kepada beberapa cara, salah satu caranya adalah berdasarkan kepada cara cerucuk memindahkan beban yang bertindak keatasnya ke tanah di persekitaran cerucuk memindahkan beban yang bertindak ke atasnya ke tanah dipersekitaran cerucuk itu dibenamkan. Terdapat tiga cara pemindahan beban cerucuk iaitu yang mana sekaligus menamakan jenis cerucuk itu sendiri di antaranya ialah :
i)
Cerucuk galas hujung Cerucuk galas beban ini dibina pada lapisan tanah yang keras atau lapisan batuan yang berupaya menanggung beban bangunan yang diagihkan dan disebarkan oleh cerucuk. Saiz cerucuk lazimnya lebih besar dan panjang.
ii)
Cerucuk geseran Cerucuk geseran pula, terdiri daripada cerucuk yang mempunyai permukaan kulit luar yang kasar. Ia menanggung beban melalui daya geseran di antar tanah dan kulitnya yang kasar tadi dan jarak di antara satu sama lain haruslah rapat.
iii)
Cerucuk gabungan Cerucuk ini adalah kombinasi dua cerucuk iaitu cerucuk geseran dan cerucuk galas hujung.
1.3
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, tujuan utama ialah untuk mengenal pasti masalah utama yang berkaitan tentang ujian beban cerucuk yang dijalankan di tapak bina secara umumnya di Malaysia dan khususnya di lembah Klang. Dimananya pihak jurutera perunding menggunakan keputusan ujian cerucuk konvensional iaitu ujian bebanan “Load Test” untuk rekabentuk bangunan daripada menggunakan keputusan ujian cerucuk “Piling Driving Analyzer Test”(PDA Test)
1.3.1
Objektif kajian ini adalah:
a)
mengkaji bagaimana “ PDA Test” dijalankan dan menganalisa keputusan yang diperolehi.
b)
mengkaji bagaimana “Load Test” dijalankan dan menganalisa keputusan yang diperolehi.
c)
Membuat perbandingan diantara “PDA Test” dan “Load Test”.
d)
Mengkaji kelemahan setiap kaedah yang digunakan dan memperbincangkan setiap keputusan ujian.
1.4
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian antara “PDA Test” dan “Load Test” adalah penting memandang kaedah ini menjadi pilihan untuk menguji kekuatan sebuah cerucuk selepas dipacu ke dalam tanah. Tambahan pula kajian ini tidak banyak dikaji, mengapakah keputusan “PDA Test” tidak diguna pakai dalam projek Jabatan Kerja Raya untuk digunakan dalam rekabentuk sebuah bangunan.
Selain itu, kajian ini dianggap perlu untuk tujuan menyelaraskan kaedah ujian beban bagi cerucuk sama ada projek swasta mahu pun kerajaan. Dengan ini ianya dapat menyediakan garis panduan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menerima pakai setiap keputusan “PDA Test” bagi rekabentuk cerucuk. Pihak pengurusan juga dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang harus diperbaiki pada “PDA Test”.
Kajian ini juga penting kerana jika “PDA Test” digunapakai ianya dapat menjimatkan masa pembinaan sesebuah bangunan, di mana pada masa sekarang ianya hangat diperkatakan kebanyakkan projek kerajaan selalunya tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Disamping itu kos yang terlibat untuk ujian beban cerucuk dapat dikurangkan dari segi masa dan kawasan seperti mana yang digunakan untuk menyediakan “Load Test”.