Presentasi mengenai Asas-asas Lingkungan HidupFull description
manfaat
Asas-Asas Hukum AgrariaFull description
Menjelaskan tentang asas-asas pendidikan yang berlaku di Indonesia, dalam mata kuliah pengantar pendidikan.
TOKSIKOLOGIFull description
Panduan Peperiksaan Jabatan
Descripción completa
Arahan Asas Kawad Statik 1. MEMBENTUK SKUAD – JADIKAN TIGA BARISAN
Kata Perintah Perintah - ”Tiga ”Tiga barisan dihadapan saya......gerak” saya......gerak” Pergerakan : 1. Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga. 2. SEDIA
Kata Perintah - “Skuad, skuad…..sdia” Pergerakan: 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet), kedudukan tangan di belakang punggung dengan sebutan ”up”. 2. Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan ”satu”. 3. SENANG DIRI
Kata Perintah - “Senang……………… “Senang…………………..dri” …..dri” Pergerakan : 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki, kedudukan tangan masih lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan ”up”. 2. Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki. Pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan kiraan ”satu”. 4. REHATKAN DIRI
Kata Perintah - “Rehatkan…….dri” Pergerakan : 1. Tangan Tangan dinaikkan ke atas pu nggong serentak dengan kiraan “satu”. 5. MEMBETULKAN SKUAD 5.1 KE KANAN LURUS
Kata Perintah - “ Ke kanan…….lurus” Pergerakan : 1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. Semua anggota lain dengan pantas hentakkan kaki kiri ke hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang pada kedudukan paling kanan barisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas bahu dengan kiraan ”dua”. 3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus 4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya ”Pandang Depan”. 5.2 PANDANG DEPAN
Kata Perintah - “ Pandang……..depan “ Pergerakan: 1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia. 6. NOMBOR
Kata Perintah - “Da..........ri “Da..........ri Kanan, Nombor” Nombor” Pergerakan: 1. Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri. 7. HENTAK KAKI - DALAM STATIK
Kata perintah dengan nombor - ” Hentak kaki dengan nombor, dari kiri…..hentak” Pergerakan: 1. Apabila mendapat perintah perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri dan hentak bergilir dengan kaki kanan.
1
8. BERPUSING 8.1 BERPUSING KE KANAN
Kata Perintah - “Bergerak ke kanan, kanan……….sing “ Pergerakan: 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”. 2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan denan kiraan ”dua”. 8.2 BERPUSING KE KIRI
Kata Perintah - “ Bergerak ke kiri , kiri ……..sing “ Pergerakan : 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”. 2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan ”dua”. 8.3 BERPUSING KE BELAKANG
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada disebelah kiri; Kata Perintah - ” Bergerak ke kiri, belakang........sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan; Kata Perintah - ”Bergerak ke kanan, belakang......sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan; Kata Perintah - ”Menghadap ke belakang, belakang.......sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang. Kata Perintah - ”Menghadap ke hadapan , belakang.....sing” Pergerakan: 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180 darjah berpusing mengikut sebelah kanan dengan kiraan ”satu”. 2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”. 9. BERJALAN
Kata Perintah : - ”Da......ri kiri, cepat jalan” Pergerakan: 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan pacak tumit ke bumi dengan kiraan ”satu” dan seterusnya. 10. KELUAR BARIS
Kata Perintah - ”Keluar .......... baris” Pergerakan : 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan kiraan “satu” 2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”. 3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “dua”,”tiga” dan seterusnya bersurai