Anatomi dan fisiologi sistem ekskresiDeskripsi lengkap
Full description
PPT (presentation)
campus task
Anatomi Sistem Saraf Tepi
Deskripsi lengkap
Anatomi dan Fisiologi SIstem Reproduksi. Menjelaskan bagaimana sistem reproduksi dan bagaimana fungsi serta cara kerja sistem reproduksi pada manusia.Full description
Anatomi jantung dan pembuluh darah serta penyakitnya
anatomi sistem reproduksiFull description
PPT Anatomi sistem endokrin dr.Aryenti YarsiFull description
Anatomi Fisiologi Sistem Respirasi
Deskripsi lengkap
Laporan Anatomi Sistem SarafFull description
ANFIS pada sistem integumenFull description
mantap jiwaDeskripsi lengkap
Laporan Anatomi Sistem SarafDeskripsi lengkap
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM SARAFDeskripsi lengkap
Anatomi Fisiologi Sistem RespirasiDeskripsi lengkap
PPT Anatomi sistem endokrin dr.Aryenti YarsiDeskripsi lengkap
Membantu pergerakan tulang Mengekalkan postur badan Membekalkan haba semasa menjalankan aktiviti Menstabilkan kedudukan sendi tulang
Fungsi Otot : Hasilkan Pergerakan
Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-otot rangka yang bertindak setelah dirangsang oleh sistem saraf. Kombinasi saling tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring dan melakukan lain-lain aktiviti yang sukar. Penguncupan ini berlaku secara sedar atau terkawal (voluntary ) atau tidak terkawal (involuntary ). Kelajuan penguncupan bergantung kepada jenis fiber otot iaitu fiber sentak cepat (fast twitch fiber) dan fiber sentak lambat ( slow twitch fiber ).
Fungsi otot : Kekalkan postur
Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja membolehkan kita berdiri, duduk atau baring malahan membantu untuk mengekalkan postur badan. Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur dikekalkan.
Fungsi Otot : Stabilkan sendi
Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Otot-otot besar seperti quadriceps, triceps, abdominis dan trapezius lazimnya bertindak sebagai agonis dan antagonis Otot-otot kecil akan bertindak sebagai pengimbang ( stabilizer ), penetap (fixator) dan penyokong ( synergist ). Otot-otot kecil ini menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan yang memerlukan ketepatan lakuan atau sukan sasar (target sport ) seperti memanah,menembak dan ten-pin bowling.
Fungsi Otot : Hasilkan haba
Tenaga diperlukan untuk membolehkan otot-otot bekerja. Hampir 40% tenaga yang dihasilkan bertukar menjadi haba yang meningkatkan suhu kulit atau suhu luaran badan. Haba-haba ini dihasilkan oleh otototot dan dikeluarkan melalui proses evaporasi, konduksi, radiasi dan konveksi bagi menstabilkan suhu badan.
Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada panjang otot dan terbahagi kepada penguncupan isotonik konsentrik dan penguncupan isotonik esentrik Penguncupan isotonik konsentrik - penguncupan melalui pemendekan fiber-fiber otot Penguncupan isotonik esentrik - pengucupan ketika otot balik kepada panjang asal. Kebanyakan lakuan dalam sukan seperti menendang bola, menanduk, melontar, menguis dan menangkap adalah hasil daripada penguncupan otot secara isotonik.
Penguncupan Isometrik
Pengucupan isometrik berlaku ketika otot menguncup sambil mengekalkan panjang otot atau tidak berlaku perubahan pada panjang otot ketika fiber-fiber otot menguncup. Contoh :Fasa menahan beratan dalam sukan angkat berat, acara tarik tali dan aktiviti skrum dalam sukan ragbi
Penguncupan Isokinetik
Penguncupan isokinetik hanya berlaku dengan bantuan mesin isokenetik. Halaju penguncupan adalah malar Digunakan bagi tujuan pemulihan kecederaan otot.
Halaju Penguncupan
Halaju pergerakan otot berbeza antara satu sama lain. Halaju pergerakan dan fiber otot yang bekerja bergantung kepada intensiti kerja yang dilakukan
Fiber Sentak Cepat
FT – Fast Twitch Intensiti kerja tinggi Jangka masa kerja singkat Untuk kepantasan dan kuasa eksplosif Sel berwarna pucat (putih) Sel bersaiz kecil
Fiber Sentak Cepat – FT
Fiber Sentak Lambat
Slow Twitch - ST Intensiti rendah dan sederhana Jangka masa kerja yang lama Sel berwarna merah, kaya dengan haemoglobin Saiz sel lebih besar