2016
Diterbitkan oleh: ISMAIL ARSAD No.1-8-5 Sri Permata Condominium, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Tel: +6017-9826591 Emel:
[email protected] Laman web: www.ismailarsad.com
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM Cetakan Pertama March 2016 Cetakan Kedua April 2016
© Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman ataupun cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. ISBN 978-967-13994-0-8
Kredit: Designer: Ismail Arsad Editor: Husna Adnan (
[email protected])
Muka taip teks: Trebuchet MS Saiz taip teks: 12 / 16
Dicetak oleh: Maziza Sdn Bhd, 9 & 11. Jalan Helang Sewah, 52100 Kepong Baru, Kuala Lumpur.
ISI KANDUNGAN Kata Pengantar
i
Pengenalan
v
-
Facebook Vs Instagram
-
Kenapa Instagram
viii ix
Bahagian 1 : Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
-
Instagram Sekadar Platform
-
Tidak Semua Produk Boleh Dijual
-
1
Di Instagram
4
Instagram Sebagai Platform Branding
6
Bahagian 2 : Bina Akaun Profile Instagram
-
Akaun Instagram Sebagai Katalog Kedai Maya
11
-
Bina Akaun Profile Perniagaan Berpengaruh
12
-
Nak Letak Nama Apa?
13
-
Gambar Profile Sebagai Logo Akaun
18
-
Keterangan Profile Yang Berpengaruh Dan Menarik
19
-
Teknik Buat Profile Lebih Menarik
22
-
Public VS Private Akaun
24
Bahagian 3 : Followers
-
Jenis-jenis Followers
28
-
Followers Ramai VS Targeted Followers
31
-
Cara Salah Tingkatkan Followers
34
Bahagian 4 : Teknik Naikkan Followers
-
Teknik Review
36
-
Teknik Viral
49
-
o
Teknik Pertandingan ( Contest )
o
Teknik Repost Dan Mention
Copy Follower o
Instagram Adalah Media Social
o
Teknik Copy Follower
o
Teknik Follow Minat
59
-
Strategi Likes Dan Komen
72
-
Strategi Swap Dual Account
75
-
Teknik Connect Ke Akaun Facebook
80
Bahagian 5 : Unfollowing
-
Lakukan Unfollowing
Bahagian 6 : Posting
87 90
-
Biar Gambar Berbicara
91
-
Tips Gambar Menarik Di Instagram
91
-
Idea-idea Post
99
-
Copywriting
110
-
Geo-location
112
-
Waktu Sesuai Post Di Instagram
114
-
Link ke Facebook
118
Bahagian 7 : Hashtags ( #Tags )
120
-
Jenis-jenis Hashtags
121
-
Relevenkan #sayajual?
125
Bahagian 8 : Interaksi Dalam Instagram
127
Bahagian 9 : Database
130
-
Kenapa Nak Kena Kumpul Database
131
-
Kategori Database
133
-
Kenapa Perlu Simpan?
134
-
Pemasaran Melalui SMS / Phone
135
-
Macam Mana Nak Kumpul?
136
-
Apa Nak Buat?
138
-
Kepentingan Follow Up
139
Penutup
142
Tentang Penulis
146
KATA PENGANTAR
S
edar tak sedar tahun ini masuk tahun ke-10 saya berkecimpung dalam dunia perniagaan Internet. Dari zaman betapa susahnya perlu pergi ke cyber café setiap hari semata-mata nak cek email, sehinggalah betapa sukarnya mencari ilmu-ilmu pemasaran pada waktu itu.
Dari zaman suka-suka sahaja hinggalah serius sepenuh masa sejak beberapa tahun lepas. Itu pun sesudah tamat belajar di universiti. Ye lah, zaman belajar, banyak perkara nak kena buat, assignment, projek kumpulan, nak kena study untuk score exam lagi. Alhamdullah, dapat juga score dan tukar pinjaman ke biasiswa, itu belum campur lagi masa untuk melepak, mengusik makwe-makwe dan masamasa yang perlu dihabiskan di pawagam dan karaoke. Sibuk tau, bila masa nak berbisnes sepenuh masa. Lepas dah habis zaman tu, barulah terus berniaga sepenuh masa.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Dan masuk tahun kedua juga saya ditanggungjawabkan oleh Pencipta atas sedikit kurniaan-Nya untuk sampaikan ilmu berkaitan pemasaran dan perniagaan terutamanya di Internet termasuk Instagram. Alhamdulillah. Antara benda yang mencabar dalam hidup saya adalah bila nak cuba menterjemahkan apa yang terkandung dalam kepala dalam bentuk tulisan. Dunia penulisan telah lama saya tinggalkan, kali terakhir adalah pada tahun 2005, itu pun sewaktu SPM, demi menjawab kertas peperiksaan bahasa melayu, jadi sempatlah mengarang dua tiga muka surat. Alhamdulillah. Dapat A. Susah rupanya nak menulis ni… Tetapi atas dasar nak juga sampaikan ilmu, saya paksakan diri juga. Buat kelas sudah, buat DVD pun sudah, tetapi impian saya lebih luas, saya nak lebih ramai orang mendalami ilmu pemasaran Instagram ni. Yang mana tidak dapat beli DVD, sukar datang kelas, lebih suka membaca, ini sedikit buah tangan buat anda. Projek buku ini sebenarnya diilhamkan sejak dari tahun lepas lagi, selepas beberapa bulan perlancaran ii
KATA PENGANTAR
DVD Panduan Manipulasi Instagram, tetapi atas banyak komitmen lain, semakin hari semakin tertangguh, dan Alhamdulillah hari ini, impian ini menjadi nyata. Buku ini telah berada di tangan anda. Tahniah! Tahniah pada saya dan tahniah pada anda! Tepuk tepuk! Ucapan ribuan terima kasih buat beberapa rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan buku ini. Resmanshah, seorang novelis yang banyak beri saya tunjuk ajar dan kata-kata semangat. Husna Adnan, seorang editor dan juga peniaga yang turut banyak membantu dalam melaksanaan misi idea buku ini termasuklah memperkenalkan saya dengan gerangan Instagram ini, dan rakan-rakan serta kru-kru lain yang terlibat. Buat Isteri tercinta, Nadia Abdul Jalil dan dua orang puteri yang semakin membesar sihat dan kuat, Sofea Zahra dan Aleesya Safiya, terima kasih kerana sanggup bersabar dengan lelaki ini yang kerja dan masanya banyak dihabiskan di hadapan computer sahaja. Untuk Ayahanda Haji Arsad dan arwah bonda Hajjah Lamrah... biarpun anakmu ini tidak bekerja bergaji seperti anak-anakmu yang lain, tidak jadi cikgu seperti kakak-kakak yang lain, buku ini merupakan iii
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
satu sumbangan ilmu juga pada masyarakat. Tak ada title cikgu pun tak apa lah. Buat anda pembaca buku ini, satu je nak pesan, lepas baca, terus buat, jangan tangguh-tangguh. Pergilah seminar mahal mana sekali pun tapi kalau balik masih goyang kali dan termenung, pasti tak ada hasil, tapi kalau anda praktikkan walaupun sedikit ilmu dari buku yang tidak semahal kelas yang anda dah pergi beribu-ribu ringgit tu, pasti hasilnya lebih berganda. Janji kena PRAKTIKKAN. TAKE ACTION! Istilah fast action fast result tu belum pasti, TETAPI yang betul adalah NO ACTION NO RESULT tu dah pasti! Bukan nak marah... nasihat. Saya bukan sifu, saya bukan master, tak pakar pun... saya cuma kongsi apa yang saya tahu dan saya buat.
Ismail Arsad 1 Feb 2016 Shah Alam
iv
PENGENALAN
S
ewaktu hari raya yang lepas, seperti orang-orang lain, kami sanak saudara berkumpul di kampung. Malam-malam biasalah, sesi lepak santai santai bersama ahli keluarga.
Anak-anak saudara saya kebanyakkan mereka sudah bersekolah menengah dan universiti, ada juga yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Semua masih belia remaja. Zaman sekarang, sambil santai-santai, masing masing saya lihat belek te lefon bimbit masing-masing. Ada yang berchatting di WhatsApp dan Facebook, tetapi apa yang saya perhatikan, kebanyakkan mereka lebih gemar membuka Instagram. Sekejap sekejap scroll gambar dan komen gambar rakan-rakan. Lepas tu senyum sorang-sorang. Itu sewaktu raya.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet. Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang mereka lebih suka dan selalu masuk. Jawapan mereka... Instagram. Kenapa, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan Facebook lagi best ke? Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan Facebook sebab terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan. Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat status kosong. Nampak gaya, ramai yang mula keluar daripada menghabiskan masa di Facebook dan beralih ke Instagram. Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini. vi
PENGENALAN
Tetapi, kita kena faham satu perkara. Saya ulang. Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan. Mudah kata, orang lari dari Facebook sebab tak mahu lihat iklan. Dalam Instagram, mereka hanya akan lihat post dan gambar dari akaun yang mereka ikut (follow) sahaja. Baru baru ini sahaja muncul Instagram Ads (pengiklanan di Instagram) tetapi itu pun cuma dalam beberapa post gambar muncul sekali-sekala iklan. Jadi, mungkin anda mula terfikir, susahlah nak buat jualan dalam Instagam ni kan? Susahlah nak promosikan produk. Jika itu persoalan yang bermain di kepala anda, jangan risau kerana jawapannya adalah TIDAK. Kerana, satu konsep dalam Instagram di mana, jika orang itu berminat dengan akaun kita, mereka akan follow kita secara rela. Jadi, ada cara yang betul untuk membuatkan mereka untuk follow kita secara rela dan seterusnya bakal menjadi pelanggan kita.
vii
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Walaupun mereka bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat. Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan rela untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana itu memang apa yang mereka minat.
FACEBOOK VS INSTAGRAM Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada Page, walaupun mereka dah like pada Page sesetengah peniagaan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama muncul di newsfeed mereka. Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu. Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan. Dalam Instagram, mereka cuma follow kedai atau akaun yang mereka berminat sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka. viii
PENGENALAN
Contoh mereka cuma follow akaun-akaun Instagram yang menjual tudung, jadi, tidak akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain. Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post. Tidak seperti Facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan.
KENAPA INSTAGRAM? Secara asasnya, Instagram merupakan satu platform media social dimana kita boleh berkongsi gambar dan video pendek kepada umum dan followers kita. Jadi sebagai usahawan, Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini kerana: • Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA. • Tempat ‘lepak’ yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari demi hari.
ix
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan • Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan • Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah mula jarang berinteraksi di dalam Facebook. Tapi harus diingat, Instagram hanyalah sekadar platform.
x
Rahsia Perniagaan Dalam Instagram INSTAGRAM SEKADAR PLATFORM
B
ila kita bercerita tentang platform, satu mindset yang perlu kita tetapkan adalah sebagus mana
pun platform tersebut, atau medium pemasaran tersebut, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Instagram merupakan Media Social. Jika kita sebut media social, siapa yang masih ingat dengan Friendster dan Myspace? Apa yang dah terjadi pada dua media social ini? Dan dahulu ramai orang berniaga dalam forumforum. Sekarang, berapa ramai yang masih kekal berniaga dalam forum. Dan saya yakin mungkin ada sebahagian dari pembaca buku ini, ada yang tidak tahu apa itu forum. Mungkin anda juga. Kan? Jadi, secara umumnya, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Sama ada perubahan dari segi: 1) Paparan dan fungsi
Seperti mana yang kita tahu, teknologi semakin hari semakin cepat berubah, jadi, mungkin ada fungsi-fungsi tambahan atau yang akan dibuang untuk menambah baikkan lagi medium Instagram ini. Jadi, sebarang fungsi yang bakal mendatang, kita kena sentiasa up to date atau sentiasa cepat ambil tahu supaya tidak tertinggal berbanding rakan-rakan yang lain. Ini kerana ada sesetengah fungsi yang mungkin bakal jadi sangat berguna terutama bagi golongan peniaga. 2) Polisi
Kadangkala polisi dan peraturan juga ada yang ditambah dan diubah. Sama ada dari segi apa yang boleh dan tidak boleh di post atau ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi agar akaun Instagram kita tidak bermasalah kelak seperti contoh disekat atau dipadam oleh pihak Instagram sendiri. 3) Capaian pada audience
Jika dahulu pada awal a wal penggunaan mungkin setiap kali kita post atau upload gambar, boleh mencapai ( reach ) pada hampir 100% followers yang kita ada, 2
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
tetapi sekarang mungkin ianya semakin berkurang, dan akan datang juga mungkin menjadi lagi rendah, berikutan sudah wujudnya perkhidmatan pengiklan Instagram ( Instagram Ads Ads ). Tetapi satu perkara lagi patut kita bersedia dari sekarang, yang tidak mustahil terjadi. Instagram DITUTUP! Jadi kita seharusnya tidak boleh bergantung 100% pada Instagram dan ianya hanyalah sekarang platform tempat kita menumpang. Jadi, sebahagian isi kandungan buku ini ditulis, anda boleh jadikan senjata perniagaan dan pemasaran bukan sahaja di Instagram tetapi di saluran-saluran dan tempat lain juga. Ini kerana, nanti anda akan jumpa ada beberapa perkara yang anda boleh aplikasikan sama ada secara online mahupun secara offline. Jadi, atas faktor-faktor itu, segelintir peniaga mula menambah dan ada juga yang mula berubah platform dan medium pemasaran di media social. Tidak dapat dinafikan, di Facebook masih boleh mendatangkan pulangan lumayan, tetapi akibat kenaikan kos iklan yang semakin tinggi, kadar reach
3
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
yang rendah, persaingan juga makin tinggi, jadi ada yang mula mengintai-intai pasaran didalam Instagram.
TIDAK SEMUA PRODUK BOLEH DIJUAL DI INST IN STAGRA AGRAM M Tetapi anda kena ingat TIDAK SEMUA produk MUDAH LAKU di Instagram. Tetapi tidak bermakna semua produk tidak boleh dijual dalam Instagram. Jadi, izinkan saya untuk bantu anda untuk memberi sedikit gambaran idea pada anda sama ada anda patut berniaga di Instagram atau pun tidak. Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana platform pemasaran, tak kisah lah Instagram ke, Facebook ke, Mudah ke, Lelong ke, Ebay ke, anda kena kenal pasti dahulu bisnes anda dan siapa pelanggan anda. Ini paling penting. SIAP IAPA A PELANGGAN PELANGGAN ANDA d a n DI MANA M ANA T EMP EMPA AT MEREKA MER EKA ‘ MELEP MELEPAK’ AK’ .
Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara offline, buka kedai, agak-agak sesuai tak kalau nak 4
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman Negeri Sabah yang mana kalau nak masuk pun perlu berakit rakit dahulu berenang renang ketepian? Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA… Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di Instagram? Jawapannya : Lihat pada AUDIENCE. Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana? Golongan remaja? Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Artis? Anda rasa golongan yang mana yang suka sangat ke nak selfie, stalk gambar orang lain dan buat shoot video? Anda dah nampak sedikit kan? Lihat dan jawab semula soalan diatas. Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana? Jadi sekarang.. dah dapat agak kan produk apa yang bersesuaian?
5
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Apa yang saya lihat. Gadget, aksesori, produk kecantikan, barangan bayi, pakaian, produk kesihatan bagi remaja dan belia.. dan lain-lain yang mensasarkan golongan REMAJA DAN BELIA memang boleh buat jualan di dalam Instagram. Produk jenis lain seperti berunsur MLM, produk digital, produk kesihatan untuk golongan berusia, insurans... saya tidak berani komen. Mungkin ada cuma saya terlepas pandang.
INSTAGRAM SEBAGAI PLATFORM BRANDING Instagram bukan sekadar tempat kita untuk menjana keuntungan hasil dari jualan secara terus, tetapi juga sesuai untuk menguatkan jenama produk atau perniagaan kita. Bayangkan yang jenama produk ada berada dimana-mana, orang masuk Facebook ada nampak jenama kita, orang masuk Instagram pun nampak jenama kita. Kan lebih mudah untuk orang ingat tentang jenama kita.
6
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
Selain dari itu, Instagram juga boleh dijadikan sebagai satu senjata meningkatkan lagi kekuatan jenama kita sebagai satu jenama yang sentiasa mengikut peredaran semasa. Ye lah, zaman sekarang kan zaman teknologi, jadi, jenama kita akan nampak lebih kuat dan gah jika kita pandai meletakkan perniagaan dan jenama kita selari dengan teknologi semasa. Orang pun tak nampak jenama biasa-biasa, bukan kedai cap ayam atau kampung kampung bak kata orang kampung saya. Senang cerita, nampak canggihlah. Satu lagi strategi penjenamaan yang boleh dimainkan dalam Instagram ini adalah untuk menanam jenama perniagaan kita pada generasi muda yang menggunakan Instagram supaya mereka membesar dengan jenama kita. Ye lah, sebab zaman sekarang mereka sibuk melepak dalam Instagram, jadi, biar jenama kita sentiasa berlegar-legar dalam ingatan mereka. Saya ambil satu contoh. Minyak Cap Kapak. Kenapa orang-orang yang sedikit berusia, dan sehinggakan yang golongan muda pun sekarang ini, ada sesetengah, mungkin kebanyakkan, pening kepala je, cari minyak cap kapak?
7
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Saya nak tanya anda, pernah tengok tak iklan minyak Cap Kapak? Banyak lagi minyak angin lain sebenarnya dipasaran, tetapi, kenapa minyak Cap Kapak juga tetap menjadi sasaran dan pujaan hati tuan puan? Ini kerana salah satu puncanya adalah, kita telah membesar dengan jenama minyak Cap Kapak. Dulu-dulu masa kita kecik, pening kepala je, mak ayah kita hulur dan sapunya minyak Cap Kapak kan? Dan masa mereka muda dahulu pun, iklan minyak angin yang popular antaranya Minyak Geliga dan Minyak Cap Kapak, jadi, mereka juga membesar dengan jenama sama dan diturunkan pada kita pula. Jadi, strategi ini boleh diguna pakai pada teknologi Instagram sekarang. Brand atau jenama kita berada dimana, biar mereka membesar dengan jenama kita. Pernah dengar atau tonton rancangan Tom Tom Bak yang dikendalikan oleh Dato’ Aznil Hj Nawawi?
8
Bahagian 1: Rahsia Perniagaan Dalam Instagram
Okay, rancangan tu memanglah untuk kanakkanak, dan telah bertahun tahun dahulu di tayang di kaca televisyen, budak-budak yang tonton dahulu pun mungkin ada yang dah meningkat remaja sekarang, dah tak tonton rancangan-rancangan kanak-kanak, tapi, cuba bayangkan yang bila beberapa tahun akan datang, sewaktu usia kanak-kanak itu meningkat remaja, Dato Aznil Hj Nawawi muncul dengan satu program khas untuk remaja pula. Rasa-rasa siapa yang bakal tonton dahulu rancangan tersebut? Jika tidak tonton pun, siapa yang bakal cepat tangkap atau perasan dengan rancangan tersebut. Ya, remaja-remaja yang zaman kanak-kanak mereka asyik dan taksub dengan rancangan Tom Tom Bak tadi. “Aku ingat lagi Aznil ni, dulu masa kecik, aku selalu tengok rancangan dia” Itu lintasan pertama yang bakal bermain dalam kepala mereka. Sama seperti sebahagian dari anda, agak-agak kalau cerita Keluang Man nak dijadikan filem tahun hadapan, siapa yang nak pergi tonton dahulu? 9
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Jadi, dapat gambaran jelas, bagaimana untuk menanam satu jenama sesebuah produk atau perniagaan dalam minda pelanggan dan biarkan mereka membesar dengan produk anda. Ini salah satu faktor yang membolehkan perniagaan anda bertahan lama. Orang sentiasa bersama jenama anda.
10
Profile Instagram AKAUN INSTAGRAM SEBAGAI KATALOG KEDAI MAYA
O
rang lain buat akaun Instagram untuk kongsi gambar selfie, gambar makanan, tapi kita, jadikan akaun Instagram sebagai satu katalog perniagaan kita. Konsep mudah dalam Instagram, BIAR GAMBAR BERBICARA. Jadi setiap gambar yang bakal kita muat naik nanti akan menceritakan tentang perniagaan kita dan akaun yang kita bina juga mestilah selari dengan tujuan kita untuk bina akaun perniagaan dalam Instagram. Jadi, dalam bab ini, anda akan membina satu profile akaun yang bersesuai dan menarik untuk dijadikan akaun perniagaan anda dalam Instagram.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Sebelum itu, jika anda masih lagi belum mempunyai akaun Instagram, anda boleh muat turun di Apple Store atau Google Play Store aplikasi Instagram dan boleh lakukan pendaftaran. Buat masa ini pendaftaran boleh dilakukan menggunakan akaun Facebook anda atau juga boleh menggunakan alamat email. Saya sarankan anda daftar menggunakan alamat email, ini kerana lebih selamat jika akaun Facebook anda bermasalah, anda masih boleh buka dan masuk ke akaun Instagram anda yang didaftarkan menggunakan alamat email tadi.
BINA AKAUN PROFILE PERNIAGAAN BERPENGARUH Setting profile amatlah penting bagi menguatkan jenama perniagaan atau produk anda. Ia juga penting untuk menarik minat bakal follower sama ada mereka nak follow kita atau sekadar melawat dan terus lupakan akaun kita. Profile kita melambangkan dan menggambarkan identiti kita dan apa pandangan pertama orang terhadap akaun Instagram kita. Jadi disebabkan itu, 12
Bahagian 2: Profile Instagram
kita perlu pastikan akaun yang kita bina ini betulbetul dapat memberi gambaran jelas siapa kita dan apa yang kita niagakan.
“NAK LETAK NAMA APA?”
Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri? Kaedah 1: Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama perniagaan anda. Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama sendiri, gunakan saja nama tersebut sebagai nama akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama perniagaan anda seterusnya membina followers sendiri.
13
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Kaedah 2: Gunakan nama produk
Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama produk sebagai nama akaun Instagram anda. Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, buka untuk suka-suka. 14
Bahagian 2: Profile Instagram
Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’ tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul followers berdasarkan produk jualan anda.
Kaedah 3: Apa yang anda tawarkan / sediakan
Jika anda sediakan perkhidamatan, boleh letakkan jenis perkhidmatan anda sebagai nama. Kaedah 15
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
ini lebih mudah bagi follower kenal pasti apakah perkhidmatan yang anda tawarkan.
Tips nama
Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih haruslah:
16
Bahagian 2: Profile Instagram
• Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya • Oleh kerana nama dalam Instagram cuma boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan penggunaan underscore ( _ ). Kenapa? Supaya mudah nak sebut dengan orang lain nanti, ada sesetengah orang tak paham underscore tu apa, nak cakap garis bawah pun macam pelik. • Ingat! Nama adalah jenama kita! Bagaimana kita nak orang mudah ingat dan sebut nama kita, macam tu lah dengan jenama yang bakal kita bawa. • Elakkan nama yang mengelirukan sama ada dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan Khalifh, Collections dengan Collection. Ini membolehkan followers akan mudah nak ingat dan cari akaun kita nanti. Yelah, nanti dah lah nak sebut susah, terbelit belit lidah, nak eja pun tak reti, macam mana mereka nak jumpa kedai kita? Jadi, biar simple tapi orang senang ingat. Yang menariknya dalam Instagram ini, tak seperti Facebook, satu nama boleh digunapakai oleh satu akaun sahaja.
17
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Contoh kalau di Facebook taip sahaja Quran Digital ada beratus-ratus akaun yang guna nama sama, tetapi, dalam Instagram jika dah ada seorang guna nama qurandigital, jadi orang lain dah tak boleh guna.
GAMBAR PROFILE SEBAGAI LOGO AKAUN
Gambar profile merupakan logo bagi akaun Instagram anda. Logo akaun amatlah penting bagi menggambarkan perniagaan anda dan seterusnya menaikkan kepercayaan pelanggan atau bakal followers pada perniagaan anda. Jadi, beberapa gambar yang boleh digunakan sebagai gambar logo adalah: 1. Jika anda ada jenama atau kedai sendiri, letakkan logo jenama atau kedai anda. 2. Jika anda menjual produk orang lain, boleh letakkan gambar produk tersebut sebagai gambar profile logo. 3. Jika ada model yang pegang produk tersebut, pun boleh letakkan sebagai gambar profile 4. Jika
anda
sediakan 18
perkhidmatan, nak
Bahagian 2: Profile Instagram
letakkan gambar anda sendiri juga digalakkan bagi meningkat kepercayaan orang terhadap perkhidmatan anda.
KETERANGAN PROFILE YANG BERPENGARUH DAN MENARIK
Dalam Instagram ruangan untuk meletakkan informasi berkaitan profile kita agak terhad, jadi, kita perlu manfaatkan sebaik mungkin bagi membina satu profile yang menarik dan berpengaruh. 1. Keterangan ringkas perniagaan Dalam bahagian ini, anda boleh ceritakan secara ringkas apa yang anda sediakan. Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ini kerana keterangan ringkas ini akan muncul jika pengguna membuat carian samaada berdasarkan nama akaun Instagram atau kata kunci yang bersesuaian dan bertepatan.
19
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
2. Username / nama perniagaan kita Telah pun diterangkan pada bab sebelum ini. 3. Laman web Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda boleh masukkan nama laman web anda disini, dan link ini merupakan link aktif yang 20
Bahagian 2: Profile Instagram
mana followers atau pelawat boleh klik terus link ini nanti dan terus di bawa ke laman web anda. 4. Keterangan profile perniagaan anda. Bahagian ini yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya, kerana Instagram membenarkan kita tulis cuma 150 huruf sahaja. Jadi antara maklumat yang anda boleh letakkan adalah seperti: i.
Tawaran pada sasaran anda, contoh: Khas Buat SI COMEL anda!
ii. Arahan pada sasaran anda, contoh : Follow kami untuk dapatkan kupon DISKAUN iii. No lesen perniagaan (bagi meningkatkan kepercayaan)
lebih
iv. Tawaran lain, contoh. Ready Stok, Pos Laju. Free Delivery v. Cara Hubungi anda. Contoh SMS / WhatsApp / Call. vi. Lokasi Kedai (jika ada) vii. Waktu kedai beroperasi (jika ada)
21
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
TEKNIK BUAT PROFILE LEBIH MENARIK Jika anda taip secara terus dari akaun Instagram anda, mungkin ada tidak jumpa simbol-simbol menarik untuk diletakkan kan? Baiklah, cara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk dapatkan simbol-simbol menarik ini adalah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Ya, anda cuma perlu taip sahaja di dalam aplikasi WhatsApp, dan masukkan simbol menarik dan berkaitan, dan susun cantik-cantik, kemudian, copy dan paste. 22
Bahagian 2: Profile Instagram
Mudah bukan? Dengan ada simbol-simbol ikon ini, biografi akaun anda kelihatan lebih menarik dan menyerlah. Tidaklah nampak hambar kan?
23
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
PUBLIC VS PRIVATE AKAUN Di Instagram, kita boleh tetapkan tetapan sama ada hendak private atau public kan akaun kita.
Bagaimana nak bezakan antara kedua ini? Public = Semua orang yang masuk ke akaun kita boleh lihat apa sahaja yang kita telah post dan muat naik walaupun mereka tidak follow kita.
24
Bahagian 2: Profile Instagram
Private = Hanya followers sahaja yang boleh lihat semua post dan gambar yang kita muat naik dalam akaun Instagram kita, jika orang luar hendak lihat mereka perlu request untuk follow kita terlebih dahulu.
25
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Terdapat pelbagai pendapat berkaitan keduadua status ini kerana ada yang mengatakan private lebih baik dari public, ada yang berkata public lebih baik dari private. Tetapi secara kesimpulannya berikut merupakan beberapa kelebihan dan kekurangan tetapan ini.
kedua-dua
a) Public • Pelanggan boleh lihat terus barangan yang ditawarkan • Ada sesetengah walaupun masih kurang follower, tetapi dah dapat hasilkan jualan • Permainan dari segi gambar amat penting untuk membuatkan orang lebih tertarik untuk follow kita • Kadar followers bertambah sedikit lambat kerana ada sesetengah pengunjung hanya sekadar masuk dan cuci mata sahaja. b) Private • Kadar pertambahan follower lebih cepat, senang nak kumpul ramai follower 26
Bahagian 2: Profile Instagram
• Boleh tapis siapa follower kita, seperti contoh, kita mahukan hanya wanita sahaja yang jadi followers kita, atau kita tidak mahu terlalu ramai peniaga-peniaga yang jadi followers kita. • Status private memerlukan kita untuk terima (accept) mereka untuk follow kita terlebih dahulu. • Menambahkan minat orang untuk follow kita terlebih dahulu sebab memang fitrah manusia tergerak hati untuk tahu lebih lanjut kalau sesuatu itu disembunyikan. • Arahan di biografi profile sangat penting, seperti contoh FOLLOW KAMI SEKARANG UNTUK DAPATKAN DISKAUN 70%. Jadi cadangan saya, untuk permulaan bagi akaun yamg masih baru, saya candangkan anda boleh letakkan pada status private, dimana bertujuan untuk mengumpul followers terlebih dahulu, dan seterusnya apabila followers sudah semakin ramai, dan sudah nampak kekuatan kedai atau akaun kita di Instagram, boleh letakkan pada status public supaya boleh terus hasilkan jualan apabila orang luar masuk ke dalam akaun kita. 27
Followers JENIS-JENIS FOLLOWERS
F
ollowers dalam Instagram boleh dikategorikan kepada 2 jenis 1. Followers Palsu
Kebanyakan orang mendapatkan Followers palsu adalah hanya bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti akaun Instagram mereka dan untuk memancing kepercayaan pelanggan. Terdapat
banyak
perkhidmatan
yang
mana
menjual perkhidmatan menambah follower palsu ini dengan harga yang berpatutan. Jadi tidak hairanlah jika ada sesetengah akaun dilihat walaupun masih baru tetapi sudah ada puluhan ribu follower “Akaun dia ni banyak followers, mesti ramai org suka, beli dan boleh percaya”
Bahagian 3: Followers
Tetapi akaun-akaun palsu tersebut tidak aktif, dan tidak akan ada respon langsung pada perniagaan mereka. Hanya sekadar dummy ataupun tempelan sahaja, supaya nampak hebat, supaya mudah tarik orang lain follow akaun mereka. Tetapi ada bahayanya membeli followers palsu ini kerana ada sesetengah masa pihak Instagram akan melakukan pembersihan dan melupuskan dan memadam mana-mana akaun palsu yang dikesan. Jadi secara tidak langung, jumlah follower kita nanti juga akan terjejas. Sehinggakan pernah pada suatu ketika, ada beberapa selebriti yang sudah punya ratusan ribu followers kehilangan ratusan ribu followers disebabkan kebanyakkan yang follow mereka rupanya akaun akaun palsu yang telah dibayar. Kan dah nampak cacat disitu. Kredibiliti kita sebagai peniaga juga akan terjejas. Orang dah berburuk sangka dengan kita. “Cis, follower tipu rupanya, ni mesti berniaga pun nak tipu tipu ni.”
29
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
2. Follower Aktif
Follower aktif merupakan akaun yang benarbenar wujud, penggunanya aktif, ada potensi jadi pembeli dan juga bukan akaun-akaun palsu. Penggunanya adalah orang yang sebenar dan kerap gunakan akaun mereka sama ada upload gambar sendiri, like dan komen pada akaun orang lain Tetapi untuk tujuan perniagaan, follower aktif juga boleh dikategorikan pada 2 kategori: •
Followers Rawak
Rawak atau random. Followers yang mereka ada adalah secara rawak, sesiapa sahaja jadi followers mereka, budak sekolah, lelaki, perempuan, orang bukan Malaysia.. sesiapa sahaja.. bebas. Boleh jadi rakan-rakan sendiri. Biasanya mereka yang mengumpul rollowers rawak ini terdiri dari mereka yang ingin menguatkan jenama atau yang sudah ada jenama yang terkenal. Seperti contoh lihat sahaja akaun NIKE dan ADIDAS. Followers mereka terdiri dari pelbagai lapisan golongan dan bangsa.
30
Bahagian 3: Followers
• Targeted Follower Followers yang ada adalah betul-betul targeted atau tepat mengikut produk atau perniagaan yang mereka tawarkan. Dan followers tersebut berpotensi besar untuk menjadi pembeli bagi produk-produk jualan kelak. Jadi untuk mendapatkan follower aktif juga mestilah targeted berdasarkan produk jualan anda. Sama seperti dalam Facebook. Orang yang minat tudung, tak semestinya mahu cari produk kecantikan. Dan orang yang pakai tudung tak semesti minat untuk beli tudung online. Jadi, untuk dapatkan follower seperti ini perlukan sedikit proses tapisan. FOLLOWERS RAMAI VS TARGETED FOLLOWERS
Okay, ni paling penting, siapa followers anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam Instagram. Followers yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dan kredibiliti, tapi untuk hasilkan jualan pantas belum tentu. Tapi penting ke followers ramai ni? 31
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Ada kepentingannya juga. • Followers dalam Instagram ini ibarat ibarat trafik atau jumlah prospek serta pengikut yang kita ada. • Semakin ramai followers, semakin tinggi kadar pelanggan yang bakal melihat setiap post atau iklan yang kita muat naik nanti. • Dapat membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan • Dapat meningkatkan meningkatkan respon dari pelanggan seterusnya menghasilkan jualan dengan lebih banyak. • Meningkatkan minat orang lain untuk follow kita seterusnya membeli dengan kita. • Contoh kalau macam kedai makan, kalau kita tengok kedai makan tu ramai orang masuk dan makan, mesti kita beranggapan yang makanan didalam itu sedap kan. • Secara tak langsung, kita sendiri pun rasa nak makan sama dalam tu.
32
Bahagian 3: Followers
Ye lah kan, kalau ada 2 orang je yang follower, setiap kali kita post hanya 2 orang ni je lah yang tengok post kita, macam mana nak hasilkan jualan berganda kan? Tetapi, dalam konteks perniagaan terutama untuk hasilkan jualan pantas dan lumayan, selain dari followers yang ramai, satu perkara yang perlu diutamakan adalah TARGETE ARGETED D FOLLOWER. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Rasa-rasanya mudah tak nak hasilkan jualan jika berlaku seperti itu? Jika diberi pilihan? Anda mahu pilih yang mana? Follower palsu dan random followers mungkin boleh mening meningkatkan katkan KEPERC KEPERCA AYAAN. Atau Targeted Follower mungkin boleh meningkatkan JUALAN. 33
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Tapi harus diingat KEPERCAYAAN juga boleh tingkatkan Targeted Followers serta JUALAN. Jadi jika anda mahu pilih dua-dua pun tidak ada masalah. Tetapi perlu ada strategi yang tersusun. Tetapi jika saya, saya lebih tumpukan pada targeted follower, ini kerana, saya mahu bina satu akaun yang betul-betul berkualiti dan bina pengaruh tersendiri. CARA SALAH TINGKA TINGKATKAN TKAN FOLLOWER
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan followers seterusnya membina kredibiliti sesebuah akaun perniagaan dalam Instagram. Tetapi masih terdapat segelintir yang melakukan cara yang salah untuk dapatkan pelanggan seterusnya tingkatkan tingkat kan follower follower.. Cara apa? SPAM komen di akaun-akaun Instagram orang lain terutama artis-artis. Maksud SPAM komen ada komen-komen yang tidak berkaitan, yang adakala nampak tidak menyenangkan, hinggakan bukan sahaja artis malah peminat artis tersebut jadi menyampah lihat komen komen sebegini. 34
Bahagian 3: Followers
Visit my IG lah... Follower my IG lah... Saya jual lah...
Adakala siap ada yang komen.. Maaf spam, just nak bagitahu, sesiapa yang berminat, saya ada jual bla bla bla....
Bukan tidak boleh komen di akaun-akaun orang lain, tetapi ada cara komen beretika yang nampak professional. Ini tidak, gambar artis tu sedang berkuda, tibatiba ada yang komen promosi kerepek. Apa kena mengena kerepek dengan kuda?? Jadi, buat apa kita merendahkan kredibiliti jenama kita seterusnya menampakkan produk kita seperti murahan seolah-olah terpaksa tepek iklaniklan secara bertaburan tidak kena tempat. Jika boleh, biar jenama kita nampak professional, nampak premium, ekslusif, nampak mahal. Caranya adalah dengan cara bagaimana kita uruskan akaun kita termasuk interaksi dengan akaunakaun lain. 35
Teknik Naikkan Followers TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 1
TEKNIK REVIEW
T
eknik review merupakan satu teknik yang membolehkan orang bercerita tentang produk
dan akaun Instagram kita. Teknik ini salah satu cara yang cepat untuk naikkan follower. Terdapat 2 jenis review yang biasa digunakan didalam Instagram 1. Review percuma
Review secara percuma dimana akaun Instagram lain akan review atau cerita berkenaan produk kita tanpa sebarang bayaran dikenakan. Terdapat 2 kategori yang biasanya wujud bagi review percuma ini:
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
a) IG Review
Memang susah untuk dapatkan review secara percuma tanpa sebarang balasan ini kan? Tetapi biasanya ini dilakukan secara sukarela oleh mereka yang telah berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan kita. Mereka secara sukarela akan review akaun kita di dalam akaun Instagram mereka. Mudah kata, pelanggan berbicara tentang produk kita sebab mereka puas hati.
Tips untuk dapatkan IG Review:
• Berikan layanan dan khidmat terbaik pada pelanggan supaya mereka berpuas hati dengan khidmat atau produk jualan kita • Boleh minta mereka secara halus seperti contoh • “kalau sis berpuas hati dengan produk ni, nanti tulis lah apa2 review di IG sis ye, dan jangan lupa mention kami” • Tidak ada sebarang paksaan untuk pelanggan lakukan review.
37
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Kelebihan IG Review:
• Boleh jadi testimoni ikhlas dari pelanggan • Boleh tingkatkan targeted follower dan seterusnya mungkin juga jualan. Ye lah, biasanya bila seseorang tu cerita betapa bagusnya sesuatu produk yang dia sendiri guna, kawan-kawan yang rapat dengan mereka terlebih dahulu timbul rasa minat untuk cuba sama. • Jika pelanggan tersebut mempunyai ramai followers, menjadi satu bonus buat kita dimana kemungkinan untuk followers bertambah lebih banyak dan cepat. Kekurangan IG Review:
• Bukan senang nak dapatkan IG review ni, lagi lagi percuma, dan kadang-kadang pelanggan malas nak taip taip ni. • Perlu ada sedikit kemahiran mengayat dan memujuk pelanggan yang dah cuba produk kita. Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ada juga orang yang sudi untuk review akaun kita secara
38
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
percuma? Nampak mustahil kan? Tapi secara realitinya memang ada. Anda boleh cuba lakukan carian di bahagian search #reviewpercuma atau #freereview. Nanti cuba lihat akaun mereka dan cubalah hubungi mereka.
b) Swap review
Swap review merupakan kita bertukar-tukar review dengan akaun atau para peniaga lain. Kita cerita tentang produk dan akaun mereka, mereka pun cerita tentang produk dan akaun Instagram kita. Tetapi biasanya untuk swap review ini, ada sesetengah akaun meletakkan syarat-syarat tertentu seperti : • Jumlah followers kita setanding dengan mereka, ada minimum followers, contoh : khas untuk yang dah ada 5000 followers sahaja. Ini biasanya dilakukan untuk berlaku lebih adil. Ye lah, orang tu dah ada 5000 followers, tapi kita ni baru 2 orang, itu pun kita sendiri dan 39
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
isteri yang follow, tak adil lah untuk bertukar review kan? • Produk jualan tidak sama. Biasanya sesetengah pemilik akaun tidak mahu pelanggan mereka lari ke kedai yang sama jualan dengan mereka, jadi mereka letakkan syarat-syarat produk jualan sama ada mesti lah produk jualan tertentu atau tidak sama dengan produk jualan mereka. • Mempunyai tempoh-tempoh masa tertentu contoh post akan dipadam selepas 2 jam. Kelebihan Swap Review:
•
Lebih cepat untuk tingkatkan followers terutama jika dapat review dengan akaunakaun yang sama kuat dan jumlah followers dengan kita
• Tidak perlu keluarkan sebarang kos •
Tidak perlu dapatkan followers secara manual, tunggu sahaja follower yang masuk selepas sesi swap review.
40
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Kekurangan Swap Review:
• Jika tidak kena cara, akan jadi berat sebelah, seperti contoh, pemilik akaun lain lambatlambatkan post untuk review akaun kita • Jika dilakukan terlalu kerap, terlalu banyak iklan di dalam Instagram kita, Nampak tidak begitu professional dan semak. Bagaimana nak cari swap review ini?
Caranya mudah sahaja, pergi sahaja ke bahagian search dan cari sahaja #swapreview atau #swapreviewmalaysia Nanti jumpalah mana-mana akaun yang tawarkan swap review, biasanya no telefon mereka ada di profile mereka, jadi, boleh terus hubungi mereka dan tanya tentang- syarat-syarat untuk review dengan mereka.
Tips Swap Review:
• Lihat review-review yang dibuat oleh mereka, lihat bagaimana respon followers mereka, berapa ramai yang komen dan like post review mereka, jika ramai, tu ternyata bagus, followers mereka aktif. ( tapi hati-hati sebab ada yang beli like ), so kena cek juga siapa yang like post mereka.
41
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Ini bagi memastikan review kita berbaloi dan dapat naik sekurang-kurangnya satu follower. • Ye lah, kadang-kadang ada juga yang buat review tapi seperti mereka bercakap sorangsorang, tak ada sebarang respon pun dari follower, seolah-olah akaun mereka hidup segan mati tak mahu, akaun syok sendiri. • Jika boleh dapatkan Instashop yang sama niche lagi bagus, tetapi kadang-kadang ada yang tak nak jika produk lebih kurang sama, tetapi cuba cari produk yang ada kaitan. • Contoh, kalau anda jual tudung, carilah Instagram yang jual pakaian muslimah • Jika anda jual powerbank, swap dengan pemilik kedai handphone • Jika jual kerongsang, cuba dapatkan review dari mereka yang jual tudung
42
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
2. Review berbayar
Paid review merupakan kaedah review berbayar yang mana memerlukan sedikit bayaran untuk khidmat review ini. Terdapat 2 jenis bayaran. a) Gift review
Untuk gift review biasanya kita perlu poskan produk pada pemilik akaun tersebut dahulu. Ini kerana ada sesetengah pengguna, mereka tidak minta bayaran pun hanya cukup dengan hadiahkan mereka produk kita sahaja. Kadang kala kerana mereka mahukan produk kita, tetapi tidak mahu beli, jadi, mereka minta sebagai hadiah, dan sebagai balasan mereka akan reviewkan produk kita.
Kelebihan Gift Review
• Boleh nampak seolah-olah testimoni untuk produk kita • Nampak lebih natural, dan beri impak lebih tinggi kerana mereka akan tangkap gambar produk kita sendiri dan tulis review mereka sendiri, bukan seperti skrip yang dirancang 43
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Kos yang agak rendah, cuma perlu keluarkan kos produk dan pos sahaja Kekurangan Kekura ngan Gift Review: Rev iew:
• Hati-hati, kerana kadang-kadang ada cubaan untuk menipu semata-mata untuk dapatkan produk secara percuma. • Jika tersalah pilih, kadang-kadang jadi tidak berbaloi kerana followers bukan datang dari targeted target ed follower fol lower.. Tips Gift Review:
• Sama seperti swap review tadi, lihat reviewreview yang dibuat oleh mereka, lihat bagaimana respon followers mereka, berapa ramai yang komen dan like post review mereka, jika ramai, tu ternyata bagus, followers mereka aktif. • Cari mereka yang mempunyai pengar pengaruh uh atau rakan yang ramai • Lihat dan dan kaji aktiviti media social social mereka sama ada bersesuaian atau tidak dengan produk kita. Contoh, kalau nak review tentang produk kecantikan lembutkan kulit, tetapi bagi pada remaja lelaki, yang minat aktiviti 44
Bahagian 4: Teknik Naikkan Nai kkan Followers
lasak dan kerap upload gambar-gamba ga mbar-gambarr panjat gunung, batu dan sebagainya, walaupun dia banyak follower, tapi tidak sesuai lah kot, kerana mungkin rakan-rakan dia pun terdiri dari mereka yang punya minat yang sama. Cara Dapatkan Dapatkan Gift Review: Rev iew:
Di Instagram ini, konsep sama di ulang pakai, lakukan carian dengan taip #giftreview. Mudah kan? Tetapi ada juga cara lain la in dimana kita cuba c uba sendiri hubungi mana-mana akaun yang dilihat berpengaruh walaupun mereka bukan artis, dan tanya pada mereka sudi tak jika mahu review berkaitan produk kita dengan syarat kita berikan mereka hadiah produk tersebut. Jangan tak percaya, remaja-remaja zaman sekarang, ada yang popular di media social dan banyak followers tau walaupun mereka bukan artis. Ada yang upload gambar, tak sampai beberapa saat beratus likes yang diterima walaupun budak tu masih lagi sekolah menengah. Itu dahsyatnya penangan media social ni. 45
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
b) Paid IG Review Paid review pula adalah review berbayar dimana mereka meletakkan bayaran tertentu bagi sekali review. Biasanya semakin tinggi followers yang mereka ada, semakin tinggi juga bayaran yang dikenakan. Selain dari selebriti dan artis, ada juga Instashop dan akaun akaun peribadi yang turut menawarkan khidmat paid IG review ini. Biasanya mereka-mereka ini mempunyai followes yang ramai. Kelebihan Paid Paid IG Review:
• Bagi review dan akaun yang berkualiti, jumlah followers untuk bertambah adalah sangat cepat • Impak juga lebih tinggi, lagi lagi lagi jika artis atau selebriti yang review. Seolah-olah artis tu jadi duta produk kita pula • Adakala, selain dari follower bertambah, juga boleh hasilkan jualan secara tidak langsung sepanjang tempoh post review itu berjalan.
46
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Kekurangan Paid IG Review:
• Adakala kos agak tinggi, ada yang mencecah ribuan ringgit untuk sekali review terutama akaun para artis dan selebriti terkenal • Kurang targeted follower. Kerana apa? Contoh, kalau Nora Danish yang review produk atau akaun kita, kadang-kadang yang follow kita tu bukan sebab mereka minat dengan produk kita, tapi sebab mereka minat Nora Danish. Apa Nora Danish review semua dia follow. • Jika tersalah pilih, kadang-kadang tidak berbaloi dan setimpal dengan jumlah bayaran yang dikenakan.
Tips Paid Review IG:
• Jika buat pada artis, lihat siapa golongan peminat mereka, contoh jika anda jual pakaian muslimah, dapatkan review dari artis-artis yang berpesonaliti seperti itu juga seperti Heliza Helmi, jika jual akesesori, lihat siapa artis yang bersesuaian untuk reviewkan produk ig anda. • Mereka seolah-olah bercerita tentang produk anda, jadi biar kena dengan mereka dan peminat ( followers ) mereka. 47
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Ada juga bukan artis yang sediakan paid review, sama ada instashop sendiri, atau individu yang mana terdapat ramai followers. • Cara nak tahu berbaloi atau tak dengan cara kaji akaun Instagram tersebut terlebih dahulu. • Lihat review-review yang dibuat oleh mereka, lihat bagaimana respon followers mereka, berapa ramai yang komen dan like post review mereka, jika ramai, tu ternyata bagus, follower mereka aktif. ( tapi hati-hati sebab ada yang beli like ), jadi kena cek juga siapa yang like post mereka. • Elakkan review pada akaun Instagram yang semata-mata tawarkan review sahaja, saya lihat ada banyak akaun Instagram, nama sahaja terang terang tulis review. Kenapa? Secara logiknya, kebanyakkan followers mereka juga adalah dikalangan peniagapeniaga dalam Instagram, jadi, berbaloi tak jika anda buat paid review tetapi yang akan follow anda nanti kebanyakkannya adalah peniaga juga, silap-silap pesaing anda pun ada.
48
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 2 TEKNIK VIRAL
Seronok tak kalau sana sini orang bercerita tentang perniagaan kita? Tentang produk kita? Dan mereka sebarkan jenama kita. Bercerita tentang perkara yang menarik, baik. Bukan perkara yang buruk. Dan yang lagi menarik, semua ini dilakukan secara rela oleh ramai orang. puluhan, ratusan malah tak mustahil ribuan orang. Dalam tempoh beberapa jam sahaja, dari asalnya produk orang tak kenal, tahu tahu dah ribuan orang mula kenal dengan produk kita. Agak-agak apa kesan pada produk kita? Jenama kita? Dan logik tak jika jualan kita juga bakal meningkat? Bunyi macam mustahil kan? Lagi lagi siapalah kita orang nak cerita dan viralkan bisnes kita. Kita bukanlah Neelofa mahupun Nora Danish. Tapi kalau kena gaya dan cara dan betul, semua tu tak mustahil. Jadi dalam topik ini, kita akan tengok beberapa strategi dan teknik supaya orang lain bercerita sana sini berkaitan produk atau perniagaan kita dan secara tidak langsung jenama produk atau perniagaan kita semakin dikenali ramai. 49
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
1. TEKNIK PERTANDINGAN (CONTEST)
Okay, siapa yang tak suka hadiah? Lagi lagi kalau percuma kan? Jadi dalam teknik atau strategi membuat pertandingan ini, secara tidak langsung mudah untuk menarik minat orang untuk mula bercerita tentang perniagaan aau produk kita, seterusnya mula mengenali produk kita. Bagaimana cara untuk lakukan pertandingan didalam Instagram? Pernah dengar give away contest? Dalam Instagram terma pertandingan ini adalah yang paling popular. Ianya berkonsep “share and win” atau kongsi dan menang. Dalam erti kata lain pengajur perlu sediakan hadiah, biasanya pemilik-pemilik bisnes akan sediakan hadiah berupa wang tunai ataupun produk mereka dan seterusnya war-warkan supaya follower atau orang awam yang mahu mengikuti pertandingan mereka supaya kongsikan post mereka di Instagram. Jika didalam Facebook, kita ada fungsi share untuk kita kongsikan post orang lain, tetapi dialam Instagram kebanyakkan mereka menggunakan konsep 50
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Repost dimana terdapat aplikasi yang membolehkan kita share post orang secara terus dalam Instagram. Mungkin ada yang tidak berapa familiar atau kenal dengan aplikasi repost ini, tetapi kebanyakkan mereka yang aktif di Instagram biasanya kenal dan tahu berkenaan aplikasi repost ini. Jadi, secara tidak langsung, mereka yang mahu mengikuti pertandingan tersebut akan repost gambar dan keterangan yang kita telah sediakan. Biasanya didalam teknik pertandingan ini, anda boleh meletakkan beberapa langkah-langkah tertentu dan ianya merupakan syarat utama untuk mereka sertai pertandingan mereka. Contoh cara untuk join contest
1. Wajib follow IG @namaIGanda 2. Wajib like post ini 3. Repost post ini ( keterangan dan gambar yang sama ) 4. Akaun peserta mestilah berkeadaan public supaya mudah untuk anda cari siapa bakal pemenang nanti 51
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Selain itu anda juga boleh letakkan beberapa syarat tambahan seperti 5. Mention 5 oang rakan anda dibahagian komen 6. Letakkan #tags tertentu 7. Edit dan tambah caption menarik tentang @ nama IG anda. Syarat-syarat yang boleh dikenakan pula seperti:
• Terbuka untuk warnagenara Malaysia sahaja • Maximum 3 kali repost setiap hari • Tidak dibenarkan menggunakan apps atau software autolike • Pemenang akan ditentukan berdasarkan a) Caption yang menarik b) Likes terbanyak di gambar Berapa lama patut buat contest ni?
Terdapat pelbagai cara anda boleh tentukan, tetapi ini antara 2 saranan yang saya boleh sarankan, anda 52
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
boleh pilih salah satu cara ini untuk menetukan bila akan berakhir atau tamat contest anda tadi. a) “Contest akan tamat pada hujung bulan ini.” (tentukan tarikh) b) “Contest akan ditamatkan bila followers kami mencecah 10,000 followers.” Kebiasanya, bagi produk yang masih baru atau belum dikenali ramai orang, seelokknya letakkan wang tunai sebagai hadiah utama, mungkin untuk 1 orang pemenang, atau 3 orang pemenang, terpulang pada berapa budget anda untuk pelaburan pertandingan ini. Ye lah, contoh jika anda jual krim putihkan kulit, kalau bagi hadiah krim tersebut, dah lah produk baru, orang masih tak kenal, dan tak semua orang perlukan dan nak krim putihkan kulit tu. Tapi kalau bagi hadiah duit, walaupun RM20 tapi berlumba-lumba orang nak kan? Logik! Tips pertandingan:
1. Letakkan tempoh masa tertentu dan jumlah pemenang. Contoh dalam masa 1 bulan dan 3 orang pemenang akan dipilih.
53
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
2. Kena berlaku adil dan jujur, umumkan siapa pemenang, dan bukannya dikalangan kronikroni sendiri. Sebab itu bakal membawa imej pada produk kita nanti. Lagipun macam manalah nak berniaga maju dan berkat kalau awal-awal dah menipu kan? Walaupun benda nampak kecik je. 3. Seelokknya lakukan pertandingan ini bila follower anda dah ada ramai, 1000 atau lebih adalah lebih baik, ye lah, kalau follower ada 4 5 orang sahaja, nak buat pertandingan pun siapa je yang sudi join. 4. Bukan sahaja follower kena ada ramai, anda juga perlukan followers yang aktif. Aktif bagaimana? Mereka rajin beri respon pada post dan gambar-gambr anda. Cuba bayangkan kalau setiap kali anda post gambar, tapi yang like cuma ada 2 orang, komen memang tak pernah ada lah kan, jadi jika anda buat pertandingan pun, kadar kebarangkalian untuk pertandingan anda jadi suam suam suku adalah sangat tinggi. Jadi, bagaimana nak tingkatkan respon dari followers? Caranya adalah dengan kita perlu tingkatkan engagement dengan followers. Haa, bab ini saya akan cover dalam bab yang lain ye.
54
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
2. TEKNIK REPOST DAN MENTION
Ingat lagi tak dalam bab sebelum ini saya pernah nyatakan fungsi share atau repost dalam Instagram? Okay, jika dalam Facebook, orang suka kongsi atau share pelbagai benda kan? Video video lawak, kata-kata nasihat, gambar-gambar pelik, suka share post orang lain, dan macam-macam lagi. Sebenarnya dalam Instagram juga, anda boleh gunakan teknik yang sama supaya orang lain terutama followers suka untuk repost gambar apa yang anda post. Jadi secara tidak langusng rakan-rakan mereka juga akan nampak apa yang mereka repost dan jika ada rezeki anda, mereka juga akan follow anda. Dah bertambah beberapa follower kan? Tapi nak post apa? Dan bagaimana nak tarik perhatian follower untuk repost 1. Post gambar-gambar tips yang menarik dan ada kaitan dengan perniagaan anda. Contoh anda jual tudung, anda boleh post gambar tutorial cara lilit tudung. 2. Tak tahu nak bagi tips apa, post gambar gambar yang menarik yang ada kaitan dengan perniagaan anda. Contoh kalau juga 55
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Headphone Bluetooth. Nak letak tips dengar atau pakai headphone macam tak ada pula kan? Jadi anda boleh letak gambar seperti seekor kucing sedang pakai headphone yang anda jual. 3. Syarat seterusnya, anda perlu beri arahan secara tidak sedar atau secara tidak langsung pada follower untuk repost gambar anda. Contoh, boleh letak atau nota kaki seperti. “Cer repost kalau anda rasa tips ini berguna.” “Repostlah kalau rasa gambar ni best.” Selain dari repost, anda juga boleh minta untuk mereka mention nama ig rakan-rakan mereka dalam bahagian komen. Secara tidak langsung juga rakanrakan mereka akan masuk kedalam Instagram anda untuk lihat apa yang rakan mereka mention. Jadi, untuk kaedah ini, anda juga perlu beri arahan seperti “Cuba mention rakan-rakan anda jika rasa tips ini berguna buat mereka.” “Ada tak kawan-kawan anda sama macam ni? Cuma mention nama mereka.” 56
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Kelebihan Teknik Repost dan Mention:
• Boleh meningkatkan engagement dengan follower • Membuatkan follower tidak terlalu bosan dengan Instagram anda, kerana ini seolaholah satu game buat mereka • Nampak Intagram anda lebih hidup dan normal, tidaklah semua post menjual sematamata • Boleh dapat followers dari orang yang sama minat dengan followers anda. Contoh jika anda jual gadget, dan followers anda kaki gadget, dan dia repost atau mention rakan mereka, biasanya rakan-rakan mereka juga terdiri dari kaki gadget juga.
Kekurangan Teknik Repost dan Mention:
• Tidak memberikan kenaikkan follower yang begitu banyak atau drastik. Jika ada rezeki anda, akan bertambah lah sedikit followers, Sebab tidak ramai yang rajin nak follow tanpa bersebab ni, kecuali jika mereka benar-benar suka dengan apa yang anda sampaikan. Sebab tu lah juga kena beri tips-tips yang betulbetul berkaitan. 57
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Boleh jadi follower anda juga menjadi kurang targeted kerana post anda viral secara rawak. Tips Teknik Repost dan Mention:
•
Post
tips-tips
dan
gambar-gambar
yang
berkaitan dengan perniagaan sahaja. Supaya lebih mudah mendapatkan follower yang betul-betul berminat dengan bidang perniagaan anda. Contoh, kalau jual tudung, janganlah post gambar kambing tersengeh semata-mata untuk pancing followers untuk repost atau mention. Memanglah gambar tu lawak, kelakar, tapi nanti silap-silap anak follower tu yang baru je tingkatan 1 pun follow anda sebab ingat Instagram anda adalah Instagram himpunan gambar-gambar lawak. Ya, jangan tidak percaya budak tingkatan 1 pun dah ada Instagram. Ada anak sedara rakan saya baru darjah 4 pun dah ada Instagram tau. Dah pandai selfie dengan tudung penyek-penyek. • Buat post pada waktu-waktu followers anda benar-benar aktif, jadi lebih mudah untuk mereka nampak post anda seterusnya buat
58
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
tindakan sama ada nak repost, mention ataupun tidak. Cara nak tahu waktu-waktu mereka aktif tu nanti kita bincangkan dalam bab khas ye, berkaitan waktu-waktu posting yang sesuai.
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 3 COPY FOLLOWER Pernah tak masuk mana-mana akaun Instagram pesaing
anda atau yang berniaga sama produk mahupun jenis dengan anda? Perasan tak ada sesetengah tu yang dah ada ramai followers? Ada yang sampai belasbelas ribu, puluh-puluh ribu, ratus-ratu ribu. Seronok je tengok IG mereka kan? Setiap kali post gambar, beratus-ratus yang like dan komen. Mahu tak kalau anda ada followers seperti mereka, tak dapat semua, 10% pun rasanya dah cukup beruntung kan? Okay, dalam Instagram, ada satu teknik yang mana kita boleh salin atau copy follower mereka supaya mereka jadi followers kita pula. Wow, bestnya! Ini bermakna kadar kebarangkalian follower kita datang dari orang yang berminat dengan produk kita atau sama dengan produk kita adalah tinggi. 59
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
CURI PELANGGAN / FOLLOWER?
Tak rasa macam curi pelanggan atau followers ke kalau guna cara ni? Ye lah, orang tu kumpul followers, kita pula sibuk-sibuk ambil follower dia. Okay, dalam Instagram tidak ada istilah ambil. Kerana sebelum anda mahu mulakan perniagaan di mana-mana platform anda perlu faham konsep platform itu sendiri INSTAGRAM ADALAH MEDIA SOCIAL
Boleh kata kebanyakkan yang ada akaun Instagram tahu perkara ini. Instagram adalah media social, laman sesawang untuk berhubung. sama seperti Facebook. Tetapi, adakah anda benar-benar faham apa itu media social? Dan bagaimana konsep berhubung dalam media social. Kita lihat dalam situasi dunia sebenar, konsep bersosial. Bayangkan anda baru pindah di satu kawasan kejiranan, kawasan perumahan teres. Bagaimana anda mahu berkenalan dan mula berkawan dengan jiran-jiran baru anda disana? Jawapan mudah. Tegur sapa. Jika jiran anda tidak tegur anda dahulu, tegur sapa lah mereka terlebih dahulu. Segan? Hari pertama senyum, hari kedua mula cakap hai. Ringkas dan mudah bukan. 60
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Sekarang terpulang lah pada jiran baru anda tu. Jika mereka jenis yang ramah, dan mudah berkawan, pasti sapaan anda akan dibalas, dan dari situ lah bermula jalinan kejiranan anda, silap-silap boleh jadi rakan baik pula. Tetapi jika jiran baru anda tu memang jenis kera sumbang, tidak suka bergaul dengan orang, sombong, nak lihat senyum pun susah, buat hal sendiri, biasanya pasti mereka tidak akan balas sapaan anda, malah mungkin cuba mengelak. Itu di dunia sebenar. Jadi, apa kaitannya dalam Instagram? YOU FOLLOW ME, I FOLLOW YOU
Keadaan sama dalam Instagram. Anda perlu ‘tegur sapa’ dan ‘munculkan diri ’ anda dalam Instagram. Bagaimana caranya? Adakah perlu SMS atau WhatsApp atau Private Message setiap orang? Bukan. Sebab takut-takut cara itu lebih kearah SPAM. Jadi cara paling mudah dan pantas adalah FOLLOW sahaja mereka. Follow ini seolah-olah seperti add friend dalam Facebook. Kita follow mereka untuk cuba berkawan dengan mereka. Dan nanti pasti mereka akan lihat siapa yang sedang follow tadi. Jika mereka berkenan 61
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
dengan apa yang kita tawarkan, dan tertarik dengan tawaran serta mahu tahu apa yang kita sediakan dan tawarakan, pasti mereka akan follow kita semula. Sebab tu pada awal-awal tadi, kita perlu bina akaun yang benar-benar berpengaruh supaya membuatkan orang yang masuk dan lihat akaun Instagram kita lebih tertarik dan mahu tahu dengan lebih lanjut apa yang kita tawarkan. Secara tidak langsung, dengan konsep ini, tidak wujud istilah curi pelanggan aatau curi follower. Kita sekadar cuba untuk berkawan dengan mereka, dan jika mereka suka dan mahu berkawan dengan kita, pasti sapaan kita tadi berbalas. Jadi, sebenarnya mereka dengan rela hati untuk follow kita, bukan dipaksa atau tiba-tiba follow tanpa mereka sedari. Apa yang boleh dikatakan sebagai curi pelanggan adalah seperti, orang tu post iklan produk mereka, kita pula sibuk-sibuk komen seperti “kalau nak murah produk ni boleh wasap saya” atau “jom follow saya untuk dapatkan dengan harga yang lebih rendah”
Atau ada juga sesetengah yang terus SMS / WhatsApp orang-orang yang komen dalam post berkenaan. Cara ini barulah boleh dikatakan tidak beretika dan curi pelanggan. 62
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
TEKNIK COPY FOLLOWER
Okay, jadi berbalik pada topik asal kita, bagaimana nak copy follower? Teknik copy follower yang pertama ini adalah sangat mudah. Caranya adalah dengan cara anda cuma perlu perlu pergi kemana-mana akaun Instagram yang sama bidang atau produk dengan anda, seperti contoh anda jual produk krim kurus, boleh cari akaunakaun yang jual produk kuruskan banda yang lain. Selain daripada itu, anda juga boleh pergi ke mana-mana akaun yang ada kaitan rapat dengan produk jualan ada, contoh anda jual tudung, boleh pergi ke akaun-akaun yang jual jubah, atau baju kurung. Apa yang anda perlu buat adalah, lihat siapa follower mereka, dan mula follow setiap seorang dari mereka. Berbalik pada konsep tegur menegur tadi. Kita follow mereka dengan harapan mereka akan nampak kewujudan akaun Instagram kita, dan masuk serta tertarik dan terus berminat untuk follow kita semula. TETAPI AWAS! Ada had atau limit untuk anda lakukan following
Ini. 63
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Instagram menghadkan kita untuk lakukan following terlalu ramai dalam satu-satu tempoh masa, jika kita dilihat terlalu agresif, Instagram akan anggap yang akaun kita sama ada dikendalikan oleh robot, atau mungkin kita dianggap sebagai akaun spam, dan apa yang Instagram akan lakukan adalah, sama ada dengan block sekejap akaun kita dari lakukan sebarang aktiviti atau following, atau jika lebih teruk pihak Instagram akan terus tutup akaun kita. Jadi berjaga-jaga. Saranan saya, lakukan 50 following dalam tempoh 1 jam pun dah cukup. Ini bermakna setiap 1 jam Cuma perlu follow 50 orang. Biar lambat asal selamat. Dan dalam tempoh satu hari tidak lebih dari 500 orang untuk kita lakukan following. Ini bermakna anda perlukan 10 jam untuk lakukan semuanya, tapi tidaklah bermakna 10 jam anda asyik mengadap telefon bimbit kan, walaupun kadang-kadang ada diantara anda yang tidak lekang dengan handphone, sampai bangun tidur pun cek telefon dulu. Kan? Baik Mengaku! Masa yang diperlukan setiap satu jam untuk lakukan following 50 orang ini tak lama, dalam masa 1 minit pun dah boleh lakukan semuanya, kerana cuma perlu tekan butang follow sahaja.
64
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Berdasarkan pengalaman saya, kadar ratio untuk anda mendapatkan follow back atau follower berdasarkan following anda tadi adalah 1:3. Iaitu, dalam 300 orang yang anda follow, 100 orang akan follow anda semula, tetapi ini bergantung pada bagaimana menariknya profile akaun anda juga. Tips Teknik Copy Follower – Akaun
1. Ada beberapa tips yang boleh diguna untuk meningkatkan kadar targeted follower dengan menggunakan teknik ini. 2. Lakukan following pada waktu-waktu yang dirasakan kebanyakkan follower anda kerap online atau lihat phone. Seperti contoh, jangan lah lakukan following jam 3-4 pagi. Ini kerana bertujuan untuk membolehkan potensi orang yang anda follow tadi untuk lihat akaun anda. Ye lah, jika anda follow jam 3-4 pagi, mungkin dia sedang tidur, tak tengok handphone ataupun mungkin juga waktu itu tengah mamai sebab terkejut dengar notification, jadi kadar untuk dia lihat handphone adalah rendah, apatah lagi untuk lihat siapa anda. Jadi boleh lah lakukan following pada waktu siang dan malam pada jam-jam yang bersesuaian. 65
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
3. Follow orang yang benar-benar ada kaitan dengan perniagaan anda. Seperti contoh, jika anda menjual produk-produk muslimah, boleh follow wanita-wanita yang bertudung (dengan cara melihat pada picture akaun mereka). Jangan salah faham, tidak bermakna mereka yang tidak bertudung tidak berminat dengan produk muslimah, dan tidak semua yang bertudung akan berminat dengan produk muslimah, tetapi adalah lebih baik kita targetkan dengan lebih jelas dan dirasakan berpotensi besar. Kelebihan Teknik Copy Follower
Follower yang bakal anda dapat lebih targeted. Ini kerana mereka sudah pun follow akaun-akaun yang sama dengan produk yang anda tawarkan. Jadi besar kemungkinan mereka minat dengan produk tersebut, jadi jika mereka juga follow kita nanti, mungkin mereka juga sudah mula berminat denngan apa yang kita tawarkan. Lebih
cepat
untuk
tingkatkan
follower
berdasarkan berapa tinggi kadar following anda nanti. Walaupun bermain dengan konsep biar lambat asal selamat demi menjaga had limit yang Instagram tetapkan, tetapi, jika anda benar-benar konsisten, 66
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
tidak mustahil boleh dapat lebih dari 3 ribu follower sebulan. ( saya anggarkan satu hari dapat 100 orang follower ) Ada seorang dari pelajar saya yang berjaya dapatkan 10 ribu followers dengan hanya gunakan teknik seperti ini dalam tempoh kurang 3 bulan. Kekurangan Teknik Copy Follower:
• Perlu lakukan secara manual dan konsisten. Cara ini memerlukan tahap kerajinan yang sedikit tinggi dan perlu dilakukan secara berterusan. Walaupun nampak mudah tetapi tak ramai yang boleh lakukan secara konsisten, lagi-lagi mereka yang jarang buka Instagram dan bukan jadikan Instagram sebagai sebahagian dari platform utama untuk buat jualan atau penyebaran jenama.
TEKNIK FOLLOW MINAT
Selain dari copy follower, ada juga satu cara yang berkonsepkan sama iaitu dengan lakukan following pada akaun orang lain tetapi cara ini lebih targeted berbanding copy follower tadi. Yang mana teknik seterusnya ini adalah kita follow orang berdasarkan minat mereka terhadap produk yang sama. Jika dalam teknik copy follower tadi, tidak semestinya orang tersebut follower sesuatu IG kerana mereka 67
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
minat tentang produk tersebut, Mungkin terfollow berdasarkan review dari artis-artis pujaan mereka, barangkali. Tetapi kali ini, kita cuba tapis mereka berdasarkan sama ada mereka minat atau tidak dengan produk jualan tersebut. Tetapi, bagaimana nak tahu apa minat mereka? Terdapat 2 cara : 1. Minat berdasarkan Like Pergi kemana-mana post produk yang berkaitan atau sama dengan produk yang kita tawarankan dengan cara boleh lakukan carikan di bahagian search, Seperti contoh, anda jual tudung bawal, Di bahagian carian, Cuma taip #tudungbawal, atau tudungbawal, nanti akan keluar hasil carian yang memaparkan pengguna yang menggunakan #tudungbawal yang kebiasaannya peniaga. Pergi ke post tersebut dan lihat siapa yang like post berkenaan. Kemudian, sama seperti copy follower tadi, follow mereka-mereka yang like post tersebut. Biasanya orang yang berminat itu mungkin lebih berpotensi sebagai targeted follower
68
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
kita seterusnya jadi pelanggan. Mereka dah minat pada sesuatu produk tu. 2. Minat berdasarkan komen. Yang ini lebih targeted dan betul-betul akan dapat yang yang betul-betul minat, nak dan bersedia untuk beli produk tersebut. Caranya sama seperti diatas, dengan buat carian post, dan cari mana-mana post yang ada komen dari follower, contoh jika ada yang tanya “ yg ni berapa sis?” “mana nak dapat?” dan mana-mana komen yang berkaitan. Jika ada komen-komen SPAM tu, abaikan. Jadi, follow sahaja mereka yang komen berminat dengan produk tersebut. Dah tentu-tentu mereka sedang berminat kan? Sekali lagi persoalan? Curi pelanggan kah? Kita cuba berkawan, jika mereka suka nak berkawan denngan kita, mereka akan follow. Tidak ada sebarang paksaan untuk mereka follow atau tidak. 69
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Kelebihan Teknik Follow Minat:
• Follower yang bakal kita dapat adalah lebih targeted. Sebab memang yang betul-betul berminat kita pilih. Kita dah tahu mereka memang suka produk tersebut atau ada masalah yang mereka alami dan perlukan jalan penyelesaian. Jadi, potensi untuk mereka follow dan menjadi pelanggan kita adalah amat cerah. • Boleh hasilkan jualan yang lebih cepat. • Respon dari follower juga biasanya lebih pantas dan cepat. Kerana sesetengah dari mereka memang atau mungkin memang tercari-cari produk yang mereka minat. Jadi, kebarangkalian untuk followers kita bertambah dengan lebih cepat adalah lebih tinggi. Kekurangan Teknik Follow Minat:
• Cara ini dilakukan secara manual, dan agak makan masa dan tenaga yang lebih ini kerana anda perlu cari satu persatu post yang berkualiti dan mempunyai banyak likes dan juga komen.
70
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
•
Perlu dilakukan secara konsisten untuk dapat hasil yang memberangsangkan.
• Kadang-kadang sukar untuk medapatkan post yang berkualiti dari segi likes dan komen. Ini kerana setiap carian biasanya akan hasilkan ribuan malah ada yang lebih ratusan ribu post pada objek atau subject yang sama. Tips Teknik Follow Minat:
• Lakukan following pada waktu-waktu yang bersesuaian. Sama seperti teknik copy follower tadi • Lakukan following pada mereka yang benarbenar dilihat berpotensi sahaja, kerana ada sesetengah terutama yang like pada mana-mana post adalah mereka yang tidak berkaitan. Boleh jadi mereka rakan-rakan biasa peniaga tersebut, dan kadang-kadang ada juga yang terdiri dikalangan akan mereka yang menjual juga. • Seeloknya cari pada post-post yang masih baru dan mendapat jumlah komen dan like dalam tempoh yang masih baru. Ini bagi meningkatkan respon follower tersebut, kerana boleh jadi pada waktu itu dia memang 71
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
sedang menggunakan Instagram atau sedang bermain dengan telefon bimbit mereka. Jadi, keluar notification dan mereka lebih cepat alert atau perasan.
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 4 STRATEGI LIKE DAN KOMEN
Seperti yang dah diterangkan dalam bab sebelum ini, dalam media social, kalau nak orang perasan kewujudkan kita, kita perlu sapa orang tu terlebih dahulu. Jadi, selain daripada sapa dengan cara follow mereka, cara seperti like dan komen post mereka juga digalakkan bagi mewujudkan perasaan ingin tahu dan meningkatkan engagement dengan bakal pelanggan kita. Kena faham satu perkara, kalau kita follow seseorang dengan harapan orang tu akan follow kita semula, tapi tak semestinya dia akan follow kita semula, mungkin Cuma 1 per 3 sahaja yang akan follow semula. Jadi, dengan strategi like dan komen ini, sekurangkurangya dapat membantu untuk tingkatkan perasaan ingin tahu mereka seterusnya follow kita jika semakin berkenan dengan apa yang kita tawarkan.
72
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Sebabnya begini, kita follow orang, tapi belum tentu lagi orang tu perasan yg kita follow mereka, mungkin dalam masa sama ada ramai lagi yang follow mereka, jadi, untuk membuatkan kita lebih kedepan atau dalam erti kata lain lebih menyerlah, kita cuma perlu komen dan like gambar-gambar yang mereka post. Untuk like amat mudah, tekan je butang like. Tetapi untuk komen… nak komen apa? Mungkin itu yang bermain dalam fikiran anda yang membaca kan? Okay, sebenarnya nak komen pun mudah, asalkan komen-komen tersebut ada kaitan dengan apa yang mereka post. Tak perlu lah komen promosi-promosi produk, suruh follow ig kita, atau dengan erti kata lain, jangan cerita langsung tentang bisnes kita. Jangan! Sebab nanti orang menyampah, mereka labelkan kita sebagai spam, dan silap hari bulan IG kita pun mereka block. Dah hilang satu pelanggan berpotensi. Jadi, komen lah perkara-perkara berkaitan sahaja, seperti contoh, jika orang tu tunjuk gambar tudung baru, komen je lah “cantik tudung”. Cukup. Tujuan utama kita adalah untuk meyerlah.Supaya mereka nampak kita, bukan untuk terus promosi barang semata-mata.
73
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Kelebihan Strategi Like dan Komen:
• Membuatkan pelanggan rasa lebih rapat dengan kita. Secara tak langsung mewujudkan kepercayaan dan meningkatkan engagement antara kita dengan pelanggan. • Pelanggan lebih hargai kita, sebab sudi komen gambar kita, dan wujud hubungan dua hala antara anda dan pelanggan. Ada masa, pelanggan pun rasa lebih gembira apabila anda sudi komen dan likes gambar mereka. Lagi-lagi jika anda adalah kedai, jenama atau ikon yang mereka minati. Kekurangan strategi Like dan Komen:
• Jika salah percaturan, orang akan anggap kita sebagai SPAM. Jadi, silalah komen perkaraperkara berkaitan sahaja. • Untuk like mudah, tetapi untuk komen, perlukan sedikit masa untuk benar-benar faham dan tahu apa yang perlu dikomen, sebab setiap gambar yang mereka post pasti ada maksud tersendiri. Jadi, baca dan lihat gambar dengan teliti.
74
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Tips Strategi Likes dan Komen:
• Baca dan fahami setiap gambar dengan teliti. Jangan sampai orang tu post gambar tengah berkabung sebab kematian bonda tercinta, pergi komen cantik tudung pula. Nampak macam tak kena kan dengan gambar, mood dan situasi • Like dan komen di gambar-gambar baru sahaja, ini kerana membuatkan bakal pelanggan tersebut rasa yang anda sentiasa ambil tahu perkembangan diri mereka, bukan seorang stalker yang korek gambar-gambar dan post lama. • Jika komen, seeloknya mention nama mereka supaya mereka lebih perasan dengan kewujudan komen dari anda. Contoh “ cantik tudung ni @emmamaembong , beli mana?”
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 5 STRATEGI SWAP DUAL-ACCOUNT
Sebelum ini saya ada bercerita tentang teknik SWAP kan? Dalam teknik swap review, Yang mana kita bertukar-tukar cerita dengan peniaga lain.
75
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Tapi bagaimana jika tak ada orang yang sudi nak swap percuma dengan kita? Atau bagaimana jika anda nak dapatkan satu akaun yang benar-benar berkualiti? Antara cara yang paling mudah, adalah dengan cara swap dengan akaun sendiri. Tapi, akaun yang macam mana? Sebelum anda nak lakukan strategi ini, anda perlu bina satu akaun intagram khas yang akan digunakan untuk review akaun ig bisnes anda nanti Tetapi akaun ini sebolehnya langsung tidak ada kaitan dengan bisnes, dan orang masuk pun memang tak nampak yang anda berniaga. Mudah kata jadikan ini IBU AKAUN. Jadi, akaun macam mana yang yang patut anda bina? Bina satu akaun yang mengandungi tips-tips berkaitan dengan bisnes anda. Seperti contoh, anda buat bisnes tudung, wujudkan satu akaun yang khas mengandungi tutorial atau cara-cara lilit dan pakai tudung. Anda jual produk kuruskan badan, bina satu akaun khas yang ada tips-tips untuk kurus.
76
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Orang lebih suka follow akaun-akaun begini supaya mereka dapat dapat tips-tips harian yang berguna. Dan ada masa mereka suka untuk share atau repost apa yang bakal anda post dalam akaun ini. Jadi, akaun-akaun sebegini lebih mudah untuk tarik dan dapatkan follower secara viral dan banyak. Bila dan ramai follower, nah… sekarang… inilah senjata anda! Lakukan review untuk akaun intagram bisnes anda, yang pastinya anda dah tahu followers tersebut memang datang dari peminat pada apa yang berkaitan dengan bisnes anda. Contoh seperti tadi, anda jual tudung, yang review adalah dari akaun tips pakai tudung, jadi, besar kemungkinan yang bakal follow anda nanti adalah orang yang memang bertudung, minat pada tudung dan selalu mencari tudung-tudung terkini mengikut trend semasa. Logik kan? Kelebihan Strategi Swap Dual Account:
• Percuma! Anda tak perlu bayar orang lain untuk review akaun anda sendiri. Tambahan pula ada sendiri yang kawal dan uruskan akaun tersebut, jadi berlaku kebebasan untuk 77
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
anda untuk lakukan swap pada waktu bila dan untuk produk apa. • Follower lebih targeted berdasarkan minat follower. Ini kerana IBU AKAUN tadi ( akaun berbentuk tips ) tersebut telah pun dikhususkan untuk satu niche atau satu sasaran sahaja. Contoh khas untuk penggemar tudung, atau khas untuk mereka yang nak kurus. Jadi, followers bagi akaun tersebut biasanya adalah mereka yang lebih tertumpu pada apa yang telah kita khususkan. Kekurangan Strategi Swap Dual Account:
• Kena bersabar. Perlu ambil masa yang sedikit lama untuk benar-benar kumpul sebanyak mana followers bagi akaun kedua tersebut. Lagi banyak lagi bagus. • Kena konsisten untuk jaga dua-dua akaun. Dua-dua akaun perlu sentiasa diupdate terutama akaun ibu tadi untuk memastikan sentiasa ada engagement ataupun interaksi dengan followers. Dan supaya followers tak jemu dengan akaun kita yang bersawang dan berhabuk jika tidak diupdate selalu.
78
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Tips Strategi Swap Dual Account:
• Kumpul sebanyak mungkin dahulu, sebolehbolehnya selepas mencecah puluhan ribu followers, baru buat review untuk akaun utama tadi, lagi ramai followers lagi bagus. • Jangan lakukan review terlalu kerap, cukuplah cuma sebulan sekali, ini bagi memastikan followers tidak rasa bosan dan rasa tidak selesa dengan post-post yang berkaitan menjual. Kerana tujuan utama mereka masuk atau follow akaun ini tadi adalah untuk dapatkan tips-tips atau sebarang panduan secara harian, bukan untuk melihat promosipromosi yang terlalu kerap. • Pastikan anda kerap update info-info di dalam akaun Instagram ini, ini bagi memastikan followers sentiasa tertunggu-tunggu tips-tips atau apa-apa info dari anda, dan mereka suka untuk masuk ke dalam akaun anda. Ini salah satu cara untuk tingkatkan engagement dan reach setiap post anda.
79
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
TEKNIK NAIKKAN FOLLOWER 6 Teknik Connect Ke Akaun Facebook
Untuk pengetahuan anda, Instagram telah pun dibeli oleh Facebook dan sekarang mereka beroperasi di bawah satu bumbung yang sama. Jadi, secara tidak langsung sebenarnya terdapat satu kelebihan dimana anda boleh gunakan sumber trafik dan database Facebook untuk mendapatkan targeted follower bagi akaun Instagram anda. Ini kerana, dalam Facebook, maklumat pengguna adalah lebih lengkap seperti jantina, lokasi, umur dan lain-lain lagi, berbanding didalam Instagram anda sukar untuk tentukan follower anda sama ada mereka berjantina apa dan tinggal dimana, hanya boleh lihat berdasarkan profile mereka sahaja, itu pun jika mereka ada tulis. Jadi, dalam teknik ini, anda boleh dapatkan followers yang lebih targeted berdasarkan siapa mereka dan apa yang mereka benar-benar minat. Bagaimana? Caranya mudah, anda cuma perlu hubungkan Facebook anda dengan akaun Instagram anda, biarkan semua rakan-rakan anda di Facebook yang ada akaun Instagram follow anda. “Tapi…. Akaun Facebook saya, kawan-kawan semua kawan-kawan sekolah, sedara mara, tak kan 80
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
itu adalah targeted follower saya? Saya berniaga pun diorang buat tak tahu”
Mungkin ini jadi persoalan dan kemusykilan buat anda kan? Tadi saya kata hubungkan semua rakanrakan anda dalam Facebook, lepas tu rasanya rakanrakan dalam Facebook bukanlah target market yang sesuai. Okay, sebenarnya mudah. Anda cuma perlu buat SATU AKAUN BARU KHAS untuk kumpul rakan-rakan yang punya minat dengan produk atau niche produk jualan anda. Contoh, jika anda jual produk kurus, anda perlu add rakan-rakan yang nak kurus jadi rakan anda di Facebook atau minta mereka yang add anda. Tapi, bagaimana nak pastikan mereka ada akaun Instagram? Okay, tak dapat dinafikan, tak semua orang yang ada Facebook ada Instagram, tetapi terdapat beberapa cara untuk ada tapis kebarangkalian mereka yang ada akaun Instagram.
81
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
1. Carian Check In
Lakukan carian berdasarakan tempat mereka selalu check in. Cara ini sedikit teknikal tetapi antara yang berkesan. Secara logiknya mereka yang ada smart phone, dan selalu atau pernah check in di sesuatu tempat adalah mereka yang benar-benar wujud dan minat dengan sesuatu interest tersebut. Contoh, orang yang pernah check in di butik tudung, pasti mereka adalah penggemar tudung dan mereka pergi ke sana untuk beli tudung (selain temankan isteri beli tudung ) Atau orang yang pernah check in di hospital bersalin, pasti mereka adalah ibu bapa yang sambut kelahiran bayi, atau mereka yang melawat orang yang baru bersalin. Jadi, dari sini, anda boleh tapis lagi berdasarkan profile mereka sama ada dari segi jantina dan anggaran umur mereka. Lepas dah tapis, add lah mereka jadi rakan anda.
82
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Cara untuk lakukan carian siapa yang pernah check in menggunakan telefon bimbit di sesuatu lokasi:
2. Survey di group-group percuma. Cara ini lebih mudah, anda cuma perlu lakukan sedikit survey di mana-mana group yang aktif, dan siapa yang beri respon add sahaja mereka sebagai rakan. Tetapi survey bukanlah berkaitan menjual produk, cuma lakukan berdasarakan untuk tahu minat seseorang tersebut dan perlu ada persoalan sama ada mereka ada akaun Instagram atau tidak. Seperti contoh “siapa sini yang nak tahu cara kuruskan 83
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
banda dalam masa seminggu dan ada akaun Instagram? Komen saya nak” “Ada tak rakan-rakan sini yang cari tudung bawal yang warnanya boleh matching dengan semua baju dan ada akaun Instagram, komen saya nak”
Mudahkan? Post sahaja di group-group yang aktif. Siapa beri respon, add mereka sebagai rakan baru anda. TINDAKAN SETERUSNYA:
Selepas rakan anda di akaun baru tadi dah ramai, jika ada 5000 lagi bagus, pergi ke setting akaun Instagram anda dan sambungkan ke akaun Facebook baru tersebut, kemudian cari rakan Facebook (Find Facebook Friends) dan cuma perlu tekan butang follow all.
84
Bahagian 4: Teknik Naikkan Followers
Walaupun mungkin tidak semua rakan baru anda ada akaun Instagram, tetapi biasanya hampir separuh pasti ada dan ini dapat membantu anda mendapatkan targeted follower yang betul-betul kena dengan target anda. Kelebihan Teknik Connect Facebook:
• Lebih targeted, kerana anda benar-benar tapis dari awal lagi, dan kebarangkalian mereka untuk buat belian adalah lebih tinggi. • Serampang 2 hala. Dalam Instagram pun anda kumpul follower, dalam Facebook pun mereka jadi rakan anda anda. Jadi, jika mereka tak lihat post anda di Instagram, mungkin mereka akan lihat di Facebook. Kekurangan teknik Connect Facebook:
• Lambat, perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Nak kumpul rakan sampai 5000 bukan ambil masa sehari dua • Perlu konsisten. Tak boleh hari ni buat, esok tinggal, lusa terus lupa. Kena buat sentiasa. Macam bola salji. Dari sikit lama-lama jadi besar.
85
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Tips Teknik Connect Facebook
• Add rakan dalam 20-30 orang saja sehari untuk permulaan, dan maksimum pun dalam 50 orang sehari, itu pun jangan buat pada waktu yang sama. Selang-selangkan dalam sejam 5-10 orang. Ini bagi mengelakkan akaun Facebook anda Di sekat oleh pihak Facebook. • Selepas ada beberapa orang rakan, anggaran dalam 20-30 orang, utamakan add rakanrakan yang ada mutual friend terlebih dahulu. Bisanya denga cara ini juga mengurangkan risiko akaun Facebook anda disekat oleh Facebook. • Lakukan follow all (di Instagram) dalam sebulan sekali dan pada waktu yang dijangka ramai orang sedang online. Jangan buat jam 2-3 pagi. Kurang respon nanti.
86
Unfollowing
D
alam bab sebelum ini, saya banyak bercerita konsep follow, nak dapatkan followers cepat, kena follow orang lain terlebih dahulu, awak follow saya, saya follow awak. Tapi, sebenarnya, Instagram telah tetapkan satu limit dimana ada had tertentu untuk anda boleh lakukan following. Anda tidak boleh follow orang sesuka hati dan seramai mungkin. Buat masa ini, Instagram cuma tetapkan had seramai maksima 7500 orang sahaja yang dibenarkan untuk anda follow. Jadi secara tak langsung, jika anda dah capai had maksima yang dah ditetapkan, apa yang akan terjadi, anda dah tak boleh nak lakukan following lagi, dan bila dah tak boleh, beberapa teknik yang ditunjukkan yang memerlukan anda perlu follow orang lain terlebih dahulu untuk mendapatkan following back tidak dapat diaplikasikan. Senang kata.. dah tak boleh nak follow orang. Dah over limit.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Terdapat 2 situasi dimana following anda sudah mencapai limit yang ditetapkan. 1. Angka following orang.
sudah
mencecah
7500
Had maksima yang ditetapkan adalah 7500 orang sahaja. 2. Angka following baru mencecah beberapa angka seperti contoh 6500 orang tetapi dah tak dapat lakukan following. Bila anda cuba lakukan following, Instagram akan automatic tolak / reject cubaan following anda tadi. Kenapa jadi macam ni? Sedangkan tadi lihat angka following baru 6500 je? Ini terjadi kerana sebenarnya terdapat 1000 orang lagi yang privatekan akaun mereka dan anda follow tetapi mereka masih belum accept atau approve following request anda. Jadi, jumlah keseluruhan masih sama. 6500 orang dah anda follow secara rasmi, tetapi ada 1000 orang yang anda dah request untuk follow tetapi mereka belum terima. Jadi, apa nak kena buat? Nak follow orang ramai lagi ni. 88
Bahagian 5: Unfollowing
LAKUKAN UNFOLLOWING
Anda perlu lakukan unfollowing, dalam erti kata lain kurangkan jumlah following anda, dengan cara unfollow mereka semula. Tapi siapa yang kita nak kena unfollow? Seeloknya unfollow mereka yang dah lama kita lakukan following. Jadi perlu cari dari yang terawal, yang terbawah. Sama seperti follow, ada limit atau had tertentu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa tertentu. Ini bertujuan supaya akaun Instagram anda tidak akan disekat atau diblok. Jadi, saranan saya dalam tempoh sejam cuma lakukan unfollowing seramai 50 orang sahaja. Biar lambat asal selamat. Maka anda boleh selangselangkan dengan following yang anda dah lakukan sebelum ini. Contoh dalam sejam follow 50 orang baru, dan unfollow 50 orang yang dah lama. Kemudian tunggu pusingan seterusnya di jam berikutnya. Jadi,ianya nampak lebih tersusun dan seimbang. Mudah kan? Ya sangat mudah, sebab Instagram ini tidaklah terlalu complicated atau terlalu banyak perkara teknikal. Janji ada tahu asas-asas dan triktrik seperti ini dahulu. 89
Posting
S
ekarang kita masuk tentang, apa yang nak di post di Instagram? Adakah promosi produk sematamata? Asyik-asyik gambar produk sahaja. Sesetengah follower pun ada yang naik jemu. Terlalu asyik nak menjual. Kena faham satu perkara yang di namakan hard sell. Zaman sekarang, orang sudah mula rimas dengan hard sell yang terlalu tinggi dan kerap. Anda cuba bayangkan anda masuk ke satu butik baju, dan ada promoter atau sales person yang akan ikut anda kemana-mana dan asyik bercerita baju itu cantik, ini cantik, dan pujuk anda untuk beli. Rimas tak? Atau apa anda rasa? Sama juga dalam media social, jika asyik nampak menjual je, asyik minta pelanggan untuk beli sahaja, jadi tak mustahil ada pelanggan yang boleh lari atau buat tak endah dan hirau sahaja dengan apa yang anda post.
Bahagian 6: Posting
Jadi, nak post apa? Sebelum anda tahu nak post apa, anda perlu faham dahulu satu konsep dalam Instagram. Apa yang membezakan antara Instagram dengan media social yang lain seperti Facebook? Satu perkara yang membezakan dan ini merupakan keunikan Instagram adalah...
BIAR GAMBAR BERBICARA. Instagram lebih menonjol dari segi penggunaan gambar berbanding media social yang lain. Orang masuk Instagram untuk cuci mata lihat gambargambar, dan mereka gemar upload gambar-gambar (bukan sekadar gemar, memang wajib kalau nak upload post kena ada gambar). Jadi, salah satu kunci utama untuk anda berjaya hasilkan tarikan dalam Instagram adalah dengan gambar-gambar yang anda bakal upload nanti. Jadi, jangan upload sebarangan dan tonjolkan keunikan anda melalui gambar. Tips Gambar Menarik Di Instagram:
Ramai yang ambil mudah dan sambil lewa sahaja dalam kaedah upload gambar di Instagram. Asalkan ada gambar cukup. Tapi sebenarnya, gambar yang ada daya tarikan, menarik, dan menyerlah mampu 91
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
untuk meningkatkan jumlah follower seterusnya meningkatkan kepercayaan serta jualan produk anda dalam Instagram. Ini kerana mereka akan lihat pada gambar terlebih dahulu, dan jika anda gagal memaparkan gambar yang menarik, bukan sahaja mereka tidak tertarik, silap hari bulan, untuk lihat apa yang anda tawarkan pun tidak. Ingat. Anda Cuma perlu ada 3 saat untuk menarik perhatian pelanggan! Jadi, tonjolkan gambar yang benar-benar berkualiti. Cara paling mudah, cuba anda sendiri letakkan diri anda sendiri sebagai pembeli? Gambar macam mana yang anda lebih tertarik untuk lihat lebih lama dan untuk tahu lebih lanjut apa yang penjual tawarkan? 1. Pastikan gambar JELAS dan MENARIK Gambar yang di upload tidak pecah atau blur. Pencahayaan terang supaya pelanggan jelas lihat produk apa yang anda jual. Salah satu tips yang anda boleh gunakan adalah, gunakan camera yang berkualiti tinggi, zaman sekarang ni telefon bimbit yang mempunyai
92
Bahagian 6: Posting
camera 13mp pun banyak di pasaran dengan harga yang rendah. Selain dari itu, gunakan aplikasi asal kamera didalam smart phone anda, bukan tangkap gambar terus dari aplikasi Instagram. Ini kerana biasanya kualiti gambar menggunakan aplikasi asal kamera smart phone lebih jelas, berkualiti dan anda boleh adjust atau ubah dari segi setting termasuk pencahayaan.
93
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
2. Latar belakang gambar BERSIH dan TDAK SERABUT Bersih bukan bermaksud tidak boleh ada sebarang latar belakang, ingat dalam Instagram kita bukan sekadar untuk menjual semata-mata, jadi, jika gambar anda kebanyakkannya berlatar belakang putih sahaja, dah nampak seperti buku katalog pula kan? Orang masuk Intagram bukan nak tengok buku katalog. Dan ingat semula seperti yang dinyatakan dalam bab awal. Ramai orang lari dari Facebook dan beralih arah ke Instagram sebab nak lari dari iklan. Jadi, anda boleh gunakan gambar yang berlatar belakang menarik, tetapi bersih dan tidak serabut dan menenggelamkan objek produk utama. Contoh, kalau jual baju bercorak-corak bunga, tak perlulah letak latar belakang pun berbunga-bunga juga. Atau tidak serabut sehingga subjek dan objek utama tenggelam. Orang tak tahu apa yang anda nak tonjolkan. Terlalu letak banyak sangat perhiasan. Kreatif konon. 94
Bahagian 6: Posting
3. Ada makna di setiap gambar Bukan sahaja asyik post gambar produk semata-mata, tetapi ada masa biarkan gambar tersebut ada makna-makna tertentu yang berkait dengan produk yang anda sedang jual, tak nampak kosong. Seperti contoh, jika anda jual tudung, anda boleh upload tudung yang anda jual dipakai oleh pelanggan semasa pergi ke sesuatu majlis. Dengan cara ini lebih meningkatkan keyakinan pelanggan dengan produk anda hanya dari gambar sahaja. Selain dari itu, ada sesetengah follower suka dengan gambar-gambar begini dan mereka lebih ternanti-nantikan gambargambr terbaru dari anda. Sebab itu kita utamakan konsep biar gambar berbicara, setiap gambar tu ada cerita tertentu.
95
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
4. Letakkan watermark di setiap gambar. Pernah tak anda dah edit atau tangkap gambar cantik-cantik, dah upload, tengoktengok esok lusa, ada orang lain guna gambar sama untuk promosi kedai mereka pula? Apa yang anda rasa? Mesti anda tak suka kan kalau ini berlaku, jadi lebih elok anda letakkan watermark 96
Bahagian 6: Posting
atau tanda yang manunjukkan gabar tersebut adalah original dari anda. Antara watermark atau tanda boleh letakkan seperti:
yang anda
a) No telefon b) Alamat website ( jika ada ) c) Logo rasmi kedai / perniagaan Tak semestinya perlu letak tiga-tiga. Salah satu darinya pun tak apa. Paling mudah, letakkan no telefon untuk mudah pelanggan hubungi anda jika berkaitan dengan produk. Jika gambar tidak menjual, letak sahaja logo rasmi anda. Mudahkan?
97
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Sekarang anda dah ada idea sedikit kan bagaimana nak tangkap gambar dan gambar-gambar bagaimana yang mampu menarik minat follower seterusnya mempengaruhi mereka untuk lakukan pembelian? Tapi, muncul NAK POST APA??
semula
98
soalan
awal
tadi...
Bahagian 6: Posting
IDEA-IDEA POST Dalam Instagram, anda perlu post gambar dengan konsisten, ini bagi meningkatkan engagement dan juga mudah untuk mempengaruhi followers anda. Tetapi, kadang-kadang mesti ada buntu apa yang patut anda post kan? Nak post gambar produk sahaja tiap hari takut followers jemu. Ini bukan buku katalog. Berikut beberapa idea yang mungkin anda boleh guna pakai untuk dapatkan ilham, apa yang anda nak post dalam Instagram nanti. 1. Post tentang produk Yang ni biasa orang buat. Post gambar produk. Nak jual tudung, post lah gambar-gambar tudung yang anda jual. Baru lah pelanggan tahu apa produk anda jual. Dan post ini bergantung pada kreativiti anda supaya tidak nampak terlalu kosong atau membosankan.
99
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
2. Post video Selain gambar, Instagram juga membenarkan anda post video pendek selama 3 - 15 saat, jadi anda boleh juga post video-video ringkas seperti cara pakai produk anda, testimoni pengguna, atau apa sahaja yang berkaitan dengan dengan produk yang anda jual.
100
Bahagian 6: Posting
3. Post Promosi Berlainan dengan post gambar produk yang biasa dilakukan, promosi-promosi tertentu boleh dilakukan tetapi tidak terlalu kerap, contoh sebulan sekali, atau terhad untuk beberapa pelanggan pertama sahaja. Tak perlulah letak hari-hari ada promosi. Kenapa? Nanti pelanggan dah jemu lihat hari-hari sama je ada promosi, dan mereka pun buat tak kisah dah jika tak beli hari ni, esok mesti ada promosi lagi. Kepercayaan mereka juga akan semakin berkurangan. Tapi jika buat promosi dalam tempoh-tempoh tertentu, pasti ada dikalangan followers yang bakal ternanti-nantikan post promosi anda disetiap hujung bulan.
101
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
4. Post gambar barang tengah packing. Dengan cara ini pun sedikit sebanyak dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Pelanggan nampak jalan kerja anda, dan anda memang wujud. Selain dari tu, jika barangbarang anda mudah pecah atau kemek, dengan cara tunjukkan gambar anda pack 102
Bahagian 6: Posting
barang pelanggan dengan kemas dan teliti membuatkan mereka tidak risau dan takut untuk membeli dengan anda. 5. Post gambar pelanggan dengan produk. Yang ini pun bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan. Jika pelanggan dah terima barang anda, minta mereka tangkap gambar dengan produk anda, jika pelanggan ambil secara sendiri ( Cash ON Delivery ) ambil gambar mereka. Tulis sahaja caption yang berkaitan seperti contoh. “Alhamdulillah, brg dah selamat sampai ke tangan customer, happy cik hakak ni.” 6. Testimoni. Yang ini penting, proses pembelian sekarang amat jauh berbeza dengan cara tradisional dahulu. Pelanggan sebolehnya nak lihat orang lain guna dan berjaya baru mereka berani mencuba. Jadi, minta testimoni dari pelanggan dan post apa yang mereka kata tentang produk atau servis anda. 103
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Testimoni boleh jadi dalam bentuk gambar kesan mereka gunakan produk atau pun screenshot perbualan anda dengan pelanggan. Dengan cara ini juga, followers anda akan jadi lebih yakin dengan apa yang anda tawarkan seterusnya keinginan mereka untuk membeli juga bertambah.
104
Bahagian 6: Posting
7. Gambar kedai. Jika anda ada premis atau kedai, boleh post gambar kedai anda, ini menunjukkan ada benar-benar wujud, dan bagi pelanggan yang masih was-was untuk membeli secara online, secara tidak langsung, kepercayaan mereka boleh bertambah jika lihat anda juga ada kedai fizikal. Jadi kalau tipu, tahu nak cari dimana. 8. Tips-tips berkaitan. Ini bertujuan untuk tingkatkan engagement dengan followers, dan buat followers tak jemu anda asyik bercerita tetang produk sahaja. Jadi boleh selit-selitkan sedikit tips atau panduan berkaitan apa yang anda tawarkan. Contoh tutorial atau cara-cara pakai tudung, amalan untuk kurus dalam masa 7 hari dan lain-lain yang berkaitan.
105
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
9. Post pertanyaan Wujudkan hubungan interaksi 2 hala dengan pelanggan. Ini membuatkan mereka suka dengan kita kerana kita seperti hargai mereka dan ajak mereka bersembang. Dan mereka 106
Bahagian 6: Posting
suka untuk komen bagi membalas pertanyaan dari anda. Nak tanya apa? Anda boleh berkaitan.
tanya
apa
sahaja
asalkan
Contoh anda jual kasut, boleh post sekadar suka suka seperti “Ada tak sini yang koleksi kasutnya lebih daripada 6 pasang?”
Jika ada yang kena dengan situasi mereka, mereka mesti suka untuk komen. Sebab ianya berkait rapat dengan diri mereka. Silap-silap dia mention atau tag rakan dia yang lain pula.
107
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
10. Repost Repost atau post semula apa yang orang lain post. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda untuk repost post orang lain dan dalam masa sama akan beri kredit nama pada mereka. Antara post yang anda boleh repost adalah testimoni dari pelanggan sendiri, atau apa 108
Bahagian 6: Posting
sahaja perkara-perkata terutama positif yang pelanggan kata tentang kita dalam Instagram mereka. Ini bakal membuatkan orang lebih yakin dengan apa yang anda tawarkan kerana mereka lihat post yang datang dari orang lain juga berkenaan produk atau tawaran anda. 11. Contest / Game Adakala untuk lebih mewujudkan suasana interaktiif dan hubungan dua hala dengan followers, anda boleh buat apa-apa pertandingan atau game ringkas. Secara tidak langsung ini juga dapat membantu untuk meningkatkan followers. Dan followers sedia ada pun tak jemu dengan posting-posting menjual anda. Ingat, media social adalah tempat mereka berseronok, jadi, hargai mereka, hiburkan mereka supaya mereka suka dan seronok untuk ‘lepak’ di kedai IG kita. Ini adalah sebahagian dari idea-idea apa yang anda boleh post supaya kedai IG anda 109
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
tidak terlalu membosankan dan nampak lebih menarik.
COPYWRITING Dah dapat idea nak post gambar-gambar macam mana? Sekarang, langkah seterusnya, dah ada gambar, nak tulis apa ye? Okay, jika di awal penggunaan Instagram, viewer atau follower dapat melihat sehingga 7 baris setiap ayat yang kita post beserta gambar tadi, tetapi semakin lama ianya semakin berkurangan sehingga tinggal 3 baris sahaja Jadi, gunakan 3 baris ini dengan semaksimum mungkin untuk terangkan dengan jelas apa yang anda cuba gambarkan. Walaupun tidak terhad pada 3 baris, dan anda boleh tulis dengan lebih panjang, tetapi tak semua orang rajin nak buka dan baca apa yang kita tulis. Jadi, ayat permulaan atau dalam istilahnya Headline anda mesti betul-betul membuatkan followers tertarik dengan apa yang anda nak sampaikan dan berhenti untuk lihat lebih lanjut. Tetapi jika gambar anda secara terang-terangan menjual produk, tidak salah untuk terus bercerita 110
Bahagian 6: Posting
tentang maklumat produk, seperti kegunaan, harga, ciri-ciri produk tersebut. Ini kerana biasanya follower apabila lihat gambar sesuatu produk mereka sudah tahu ianya adalah untuk dijual, jadi, selebihnya mereka cuma mahu tahu dengan lebih lanjut berkenaan produk itu sahaja, jadi, terangkan sahaja ciri-ciri produk. Dalam Instagram, tidak perlu ayat yang terlalu berbunga-bunga, kerana umumnya pengguna Instagram lebih tertarik pada gambar dahulu. Jadi, ayat jualan didalam Instagram boleh digunakan sebagai penguat atau sokongan pada gambar yang anda post. Cuma terdapat beberapa elemen penting yang perlu ada dalam post anda. 1. Maklumat yang jelas (perincian produk) 2. Call to action (bagaimana pelanggan nak hubungi anda jika berminat, seperti contoh nombor telefon) 3. Penggunaan Hashtag (#tags). Ini dibincangkan dalam satu bab khas.
akan
Jadi, secara kesimpulannya, anda tak perlu risau jika anda bukan seorang yang mahir dalam membuat 111
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
ayat jualan, kerana secara umumnya, follower yang bakal follower anda sememangnya tahu yang anda menjual, dan mereka tahu mereka dah follow akaun yang menjual, bukan datang iklan dengan tiba-tiba. Cuma yang penting, tekankan dari segi penggunaaan gambar yang menarik supaya lebih menarik minat mereka. Ala, macam buku menu dekat restoran. Pelanggan dah tahu datang memang untuk beli makanan, nak makan. Buka menu, lihat jika ada satu gambar yang berjaya membuatkan mereka terliur, mereka akan terus order tanpa banyak tanya. Tak ada letak pun bahan-bahan apa yang digunakan, dimasak cara bagaimana, berapa isi kandungan setiap bahan dan cara makan. Dalam Instagram pun SAMA! Tekankan dan tumpukan pada pengunaan gambar lebih utama.
GEO LOCATION Tahu tak dalam Instagram anda juga boleh check in atau letakkan geolocation dimana anda post atau lokasi mana yang anda mahu isikan. Penting ke geo location ni?
112
Bahagian 6: Posting
Walaupun nampak fungsinya kecil, tetapi ianya memberi impak besar terutama mereka yang mempunyai kedai secara offline atau mudah untuk berjumpa pelanggan secara offline. Ada pelanggan nak COD (Cash On Delivery) ke atau ada pelanggan nak lihat barang ke. Seperti contoh, anda buka booth jualan di dalam UiTM Shah Alam untuk sesetengah karnival kolej, mungkin pelajar kolej lain tidak tahu, tetapi ada sesetengah mereka yang suka buat carian dalam Instagram dengan carian UiTM Shah Alam, mungkin tujuan asalnya sekadar nak lihat apa event atau gambar-gambar yang pelajar sana post, dan jika ada menggunakan fungsi geo location ini, akan muncul post anda, secara tidak langsung, mereka akan sedar akan kewujudan anda. Di mana nak set kan geo location ini? Sebelum nak post sesuatu gambar, Instagram akan beri anda pilihan sama ada nak selitkan atau sertakan geo location atau tidak, jadi, terpulang pada anda untuk guna atua tidak. Jika rasa ianya perlu, gunakan lah, benda free... tak rugi guna kan?
113
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
WAKTU SESUAI POST DI INSTAGRAM Dah dapat idea nak post gambar macam mana, nak tulis apa sekarang, anda perlu tahu bila waktu yang sesuai nak buat post, ye lah, sebab sebolehnya kita nak dapatkan respon yang tinggi kan. Instagram tak macam Facebook, jika ada rakan komen, rakan lain ada kemungkinan akan lihat sama, dan ada ketika post post lama pun jika ada rakan yang komen boleh naik semula di newsfeed. 114
Bahagian 6: Posting
Tetapi di Instagram, ianya tidak macam tu, jadi,sebolehnya anda perlu lakukan post yang kerap terutama di waktu ramai orang online. Setakat ini jumlah capaian atau reach sesuatu post masih lagi tinggi, walaupun sedikit menurun sejak kemunculan Insta Ads, dan anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan jumlah capaian tersebut. Post anda akan muncul di newsfeed followers yang online pada waktu tersebut sahaja atau pada waktu yang berdekatan. Perasan tak jika anda buka newsfeed anda, apa yang keluar? Setiap post post baru dari akaun akaun yang anda follow kan? Beberapa saat lepas, beberapa minit lepas. Jadi, secara umumnya, anda perlu post pada waktu ramai orang sedang online. Persoalannya, bila waktu orang sedang ramai online tu. Okay, ini sekadar kajian dan ujian yang saya lakukan untuk beberapa akaun Instagram saya
115
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
a) Isnin – Jumaat 2 petang: Mungkin waktu ni orang baru lepas lunch dan bersiap sedia nak masuk kerja semula. 8 malam: Waktu ni mungkin ramai yang tengah free dari sebarang kerja. b) Sabtu dan Ahad 11 pagi: Waktu yang mungkin ramai baru bangun dari tidur. 5 petang: Mungkin waktu sedang riadah, zaman sekarang, mereka riadah pun menghadap telefon bimbit. 8 malam: Juga mungkin waktu ini ramai yang sedang free dari sebarang kerja.
TETAPI!!! Ini hanya secara kasar dan umum, kerana tak semua akaun dan perniagaan sama! Ianya bergantung pada beberapa faktor juga.
116
Bahagian 6: Posting
• Produk apa yang anda jual • Siapa golongan followers anda • Gambar yang anda post Dalam Instagram kita tidak boleh lihat berapa ramai yang view atau lihat produk kita, tetapi untuk lebih memudahkan ada menentukan post pada waktu mana yang berkesan, untuk waktu permulaan, perlu lakukan beberapa ujikaji, cuba post pada waktu waktu berlainan dan lihat pada waktu bila ramai pelanggan atau followers memberikan respon. Sebab faktor siapa followers tu pun main peranan juga. Orang lelaki mungkin berlainan waktu suka online berbanding wanita. Dan wanita pula yang bekerja mungkin berbeza waktu dengan pelajar universiti. Jadi, anda perlu lakukan beberapa ujikaji sendiri. Baru anda akan jumpa waktu yang benar-benar sesuai. Dah jumpa, mudahlah anda nak lakukan post teratur, tak lah asyik post memanjang, dan adakala rasa putus asa dan hampa jika tiada sebarang respon dari followers atau pelanggan.
117
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
LINK KE FACEBOOK Buat 1 kerja tapi dapat hasil 2 benda. Anda post di Instagram, tetapi dalam masa sama di Facebook juga akan muncul post yang sama. Mudah kan? Secara tidak langsung,kedua-dua platform anda kuasai dan sentiasa dikemas kini.
118
Bahagian 6: Posting
Terdapat 2 pilihan sama ada mahu link post ke: 1. Personal profile – profile peribadi anda. 2. Page you manage – page yang anda miliki di Facebook. Jadi, setiap kali anda mahu post di Instagram, jangan lupa untuk post ke Facebook juga. Kerana mungkin pelanggan anda di dua dua platform ini berbeza. Mungkin ada yang cuma ada Facebook tidak ada Instagram.
119
Hashtags (#tags)
D
alam bab ini, kita akan bercerita dengan lebih lanjut pengunaan #tags didalam Instagram. Sebelum tu, apa itu #tags ni? Simbol (#) ataupun lebih dikenali sebagai hashtags merupakan satu simbol khas yang diletakkan bersama perkataan tanpa jarak bertujuan untuk memperluaskan dan memudahkan pencarian di bahagian “search” pada Explore Tab di Instagram. Seperti contoh: #sayajual
atau #akuyangpostkauyangpanasapahal
Anda boleh gunakan di bahagian caption post atau di bahagian komen. Dan apabila pengguna lain lakukan carian, ianya akan keluar berdasarkan kata kunci yang mereka cari tadi.
Bahagian 7: Hashtags (#tags)
Tetapi, harus diingatkan, jika anda letakkan setting akaun pada pada private, carian #tags anda hanya akan dijumpai oleh followers sedia ada anda sahaja. Dalam Instagram, maksimum #tags yang boleh digunakan adalah sebanyak 30 #tags pada satu satu gambar atau post. Lebih banyak anda letak atau gunakan #tags ini, lebih tinggi dan luas kadar capaian reach dan engagement post anda, tetapi jangan lah sampai letak 30 #tags. Nampak serabut dan memeningkan pembaca. Jadi anda kena bijak dalam menggunakan #tags terutama dengan menggunakan hanya #tags yang releven dan ada kaitan sahaja dengan post kita.
JENIS-JENIS #TAGS Hashtags boleh digunakan dalam beberapa jenis kategori yang mana mempunyai tujuan-tujuan tersendiri. Antaranya adalah: 1. Hashtag carian produk Digunakan untuk memudahkan pengguna lain mencari produk apa yang mereka sedang cari. 121
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Seperti contoh, jika anda jual tudung bawal anda boleh gunakan #tudungbawal. Biasanya #tags yang digunakan lebih specific dan tidak terlalu umum. #tudung mungkin terlalu umum berbanding #tudungbawal. Jadi dengan cara ini, pengguna Instagram lain yang menggunakan carian berdasarkan kata kunci apa yang mereka mahukan akan jumpa barang atau produk anda dengan mudah.
2. Hashtag kategori produk Instagram tak macam Facebook, boleh buat album gambar. Kalau upload gambar dalam Instagram, dah banyak post semua gambar akan jadi post lama, follower kena scroll sampai bawah untuk tengok barang-barang lain, terutama kalau yang jenis jual banyak barang. Jual barang baby, ada rompers, seluar, baju, stoking, topi, beg dxan segalam macam lagi. Jadi salah satu fungsi #tags boleh digunakan untuk kategorikan produk tersebut. Biasanya anda boleh letakkan #NAMAKEDAIIGketegoriproduk. Seperti contoh #kedaibabykucomelrompers #kedaibabykucomelsleepsuit. Jadi setiap kali viewer atau follower lihat gambar yang anda post, dan nak cari produk yang sama ketegori, mereka akan klik 122
Bahagian 7: Hashtags (#tags)
pada #tags berkenaan dan akan keluar semua produk yang anda dah ketegorikan dalam #tags berkenaan. Anda boleh kategorikan setiap barangan pada ketegori yang berbeza bagi memudahkan followers melihat produk-produk anda.
3. Hashtag Brand Jika anda ada brand sendiri, gunakan atau bina satu #tags khas untuk melambangkan identity nama jenama atau brand kita. Ini bertujuan untuk membina brand awareness dan juga untuk mengumpul gambargambar produk brand kita kelak. Seperti contoh #zawara #fareeda.
4. Hashtag Testimoni Sama seperti konsep folder, anda boleh kumpulkan kesemua testimoni atau feedback pelanggan berkenaan produk anda dalam 1 Hashtag. Jadi ini memudahkan untuk followers anda lihat kesemua testimoni yang anda ada. Boleh letakkan contohnya #testimoniKEDAIANDA. . 123
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
5. Hashtag Contest Dalam topik naikkan follower, saya ada cerita berkenaan teknik contest, jadi, untuk membuatkan anda kenalpasti mereka yang sertai contest tersebut, anda boleh letakkan satu Hashtag tersendiri, seperti contoh #contestNAMAKEDAIANDA. Jadi, jika anda lakukan carian dengan #tags berkenaan, anda boleh lihat semua post yang peserta lain sertai dan mudah untuk anda pilih siapa pemenang. Selain dari 5 kategori diatas, sebenarnya terdapat beberapa lagi kegunaan Hashtag yang mungkin anda boleh sesuaikan berdasarkan jenis perniaggan anda • Hastag tempat / lokasi – berdasarkan lokasi
perniagaan anda, Jika lokasi anda tidak terdapat dalam geo location atau untuk menambah lebih dari 1 lokasi. • Hashtag giveaway – kalau anda ada lakukan
giveaway, konsep sama seperti contest • Hashtag review – bagi yang selalu bertukar-
tukar review, boleh kategorikan satu folder review • Hashtag trending – sesuai digunakan untuk
menumpang trending semasa seperti contoh 124
Bahagian 7: Hashtags (#tags)
#gegarvaganza. Orang seach Hashtag tu tertengok produk anda sekali
RELEVENKAH #SAYAJUAL? Perasan tak ramai peniaga yang guna #sayajual? #sayajualnamaproduk Persoalannya releven atau tak gunakan #tags ini untuk situasi dan budaya Instagram sekarang? Okay, cuba anda letakkan diri sebagai seorang pembeli, anda nak cari sesuatu produk dalam Instagram. Apa yang anda akan taip? Nama produk sayajualnamaproduk?
terus
atau
anda
taip
Biasanya sebagai pembeli atau pencari, mereka akan taip terus nama produk, seperti contoh Shawl Halfmoon. Dan akan keluar senarai post yang ada #shawlhalfmoon. Jadi, jika anda masih lagi gunakan #sayajualshawl besar kemungkinan tak ramai yang akan jumpa produk anda, sebab sebagai pembeli biasa mereka tak tahu pun berkenaan #sayajual tu. Mereka nak cari barang terus!
125
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Kesimpulannya… Untuk letakkan sebarang #tags, anda letakkan diri anda sebagai PEMBELI. Apa yang bakal pembeli anda cari di ruangan carian tu nanti. Tak semestinya nama produk, mungkin kalau anda jual produk kuruskan banda boleh letak #carakuruskanbanda. Mudah, bukan?
126
Interaksi Dalam Instagram
B
erkomunikasi, berinteraksi dan aktif dalam Instagram amatlah penting terutama untuk
meningkatan engagement kita pada followers sedia
ada. Walaupun ringkas tetapi ianya memberi impak yang besar. Jika dalam Facebook, terdapat ruangan Facebook Messenger, begitu juga dalam Instagram. Pengguna boleh Direct Message ( DM ) anda menggunakan Instagram tetapi sepanjang beberapa bulan ianya dilancarkan, saya perhatikan masih ramai yang tidak tahu kewujudan fungsi ini, dan tak ramai pun yang gunakan fungsi ini walaupun tahu. Jadi, cara terbaik adalah dengan bawa mereka untuk terus SMS/WhatsApp atau hubungi anda untuk berkenaan produk.
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Berikut merupakan beberapa tips berkomunikasi dan interaksi seterusnya untuk tingkatkan engagement dalam Instagram 1. Reply setiap komen dengan mention nama mereka Setiap komen yang anda terima, reply dan pastikan anda mention ( dengan tekan butang @diikuti nama mereka. Ini membolehkan mereka akan terima notification tentang balasan komen anda pada mereka tadi. 2. Nyatakan terus cara untuk hubungi anda Ini membolehkan pelanggan terus tahu bagaimana nak hubungi jika mereka benarbenar berminat dengan produk anda, tak ramai yang tahu fungsi dan kewujudan DM 3. Maintain post 1-2 post setiap hari. Jika anda kreatif nak lebih pun tak apa, ini membuatkan akaun Instagram kita sentiasa dikemas kini dan sentiasa sampai pada followers, kerana jika semakin lama kita diam di Instagram, capaian post untuk sampai pada followers akan semakin berkurangan.
128
Bahagian 8: Interaksi Dalam Instagram
4. Banyakkan interaksi dengan followers atau orang lain Dengan cara like atau komen. Seeloknya komen. Kerana dengan komen, biasanya mereka lebih tergerak hati untuk lihat akaun kita berbanding sekadar like sahaja.
129
Database
D
atabase ibarat asset penting kepada perniagaan anda. Tanpa database, perniagaan anda terdedah dengan satu virus bahaya yang disebut sebagai ‘Gulung Tikar’. Untuk lebih jelas, cuba anda bayangkan situasi ini. Pelanggan berikan anda duit, dan anda berikan mereka produk yang mereka mahu. Selepas itu anda meminta dan menyimpan nombor handphone, alamat rumah dan juga emel pelanggan tersebut untuk dihubungi di lain hari. Itulah yang dikatakan sebagai mengumpul database. Simpan data pelanggan, minta data pelanggan untuk disimpan! Mungkin selama ini anda banyak bergantung pada pemasaran Facebook dan Instagram sahaja. Sekiranya Facebook dan Instagram tutup mengejut satu hari nanti pun, anda tetap boleh berhubung dengan pelanggan anda kerana butiran mereka ada dalam database anda.
Bahagian 9: Database
Kenapa perlu kumpul / simpan database? Di dalam perniagaan, proses pengumpulan database adalah sesuatu yang wajib dan amat penting. Dengan teknik strategi ini, pengumpulan database pelanggan mampu dilakukan dengan lebih berkesan. • Meningkatkan Jualan (Increase Sales)
Peningkatan jualan adalah antara misi utama dalam perniagaan. Sekiranya anda berpuas hati dengan hanya 3 orang pembeli setiap bulan, maka teknik ini hanya membuang masa anda. • Pengulangan Jualan (Repeat Sales) Selain dari berusaha meningkatkan jualan, seorang peniagaan yang bijak akan turut berusaha mendapatkan pengulangan jualan dari pelanggan yang sama. Bayangkan kalau 100 orang pelanggan beli produk kita dua bulan sekali. Tak ke senang hati anda? Bagaimana dapat jualan berulang? Database yang ada nanti boleh digunakan berulang ulang kali.
131
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Mengadakan
hubungan
terus
kepada
pelanggan (Engagement)
Hubungan anda dengan pelanggan adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan. Banyak peniaga di luar sana yang tidak mementingkan hubungan mereka dengan pelanggan. Apa yang penting buat mereka hanyalah membuat jualan dan mendapat untung. Tetapi dengan teknik strategi ini, anda boleh berhubung terus dan menjaga hubungan baik anda dengan pelanggan • Mewujudkan Kepercayaan Pelanggan
Selain menjaga hubungan baik kita dengan pelanggan, kepercayaan mereka juga adalah sangat penting. Tidak hanya kepada produk kita, namun juga terhadap perniagaan kita itu sendiri. Ye lah, bila kita selalu berhubung dengan mereka, kepercayaan tu mudah untuk dibina, dari orang asing jadi pelanggan, dari pelanggan lama-lama jadi kawan.
132
Bahagian 9: Database
• Mengurangkan kos pemasaran / pengiklanan.
Dengan adanya empat-empat kepentingan di atas, secara tidak langsung anda mampu mengurangkan kos pemasaran anda terutama dari segi pengiklanan. Mungkin jika sebelum ini ada banyak habiskan kos ke arah Facebook Ads sahaja, kini tiba masanya anda kurangan kos pemasaran anda tetapi hasil jualan tetap sama dan mungkin lebih. Jika anda 100% menggunakan Instagram pula, masa anda juga dapat dijimatkan, tak perlu nak post berulang-ulang, tinggal follow up database sedia ada je lagi.
KATEGORI DATABASE Seperti yang dinyatakan diatas, antara database yang biasa disimpan adalah 1. Nama 2. Alamat 3. Nombor Telefon 4. Email 133
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Jadi, dalam Instagram paling mudah nak kumpul adalah no telefon. KENAPA PERLU SIMPAN?
Cuba anda bayangkan diri anda dengan penuh bersungguh membina sebuah Instashop perniagaan di Instagram. Selepas beberapa lama, anda melihat jumlah Followers pada akaun Instagram anda itu cecah angka 100,000 orang. Di depan skrin telefon bimbit anda mendabik dada sambil tersenyum puas. Rasa best bukan? Tapi cuba tanya diri anda balik, adakah anda mampu menjejak kembali (Follow Up) semua 100 ribu orang yang FOLLOW anda itu sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu? Setiap kali anda post sesuatu dalam akaun Instashop tersebut, cuba perhatikan berapa ramai yang LIKE post anda? Adakah ia seramai yang FOLLOW IG anda? Kalau ya, anda boleh terus mendabik dada di bersama telefon bimbit anda sambil tersenyum puas. Tetapi kalau tidak? Maka anda layak untuk mengetahui kegunaan sebenar no telefon yang mana mampu memberikan anda kuasa untuk follow up semua yang followers anda untuk dijadikan sebagai pelanggan tetap. 134
Bahagian 9: Database
PEMASARAN MELALUI SMS/ TELEFON Kenapa anda perlu gunakan pemasaran ini?
Zaman sekarang ini, orang yang tidak mempunyai telefon bimbit adalah sangat kecil jumlahnya. Malah budak-budak sekolah rendah juga mempunyai telefon bimbit mereka sendiri. Jadi, nampak di situ? Betapa perkataan SMS itu mampu memberikan kuasa kepada perniagaan anda. Dan selaku peniaga dalam Instagram adalah SANGAT TAK LOGIK jika anda kata, pelanggan saya tak ada telefon bimbit! NAMPAK SANGAT MENIPU! Menjawab soalan di atas tadi, pemasaran SMS memberikan anda kelebihan untuk berhubung dengan pelanggan anda tanpa memerlukan talian internet. Masa lunch pun boleh SMS, buat promosi dan buat follow up kan? Selain dari itu, segala urusan jadi lebih cepat dan senang dengan SMS. Ini kerana iklan dan segala maklumat tentang pembelian boleh disampaikan kepada pelanggan anda pada bila-bila masa saja. Berikut adalah antara waktu yang paling ideal untuk anda menggunakan pemasaran secara SMS:-
135
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
• Saat anda hendak buat jualan (Closing Sale). • Memberikan maklumat tentang cara tempahan. Di mana tidak perlu tunggu anda atau pelanggan anda online. • Anda hendak memberitahu tentang promosi terhad anda kepada pelanggan. Ini juga boleh diaplikasikan dengan mengunakan medium kominukasi yang lain seperti WhatsApp dan Telegram. Jika pelanggan anda ada WhatsApp atau Telegram. Tetapi secara logiknya, jika mereka ada Instagram,
pasti mereka pakai smart phone, dan pasti mereka juga ada WhatsApp sekurang-kurangnya.
BAGAIMANA MENGUMPUL DATABASE (NOMBOR TELEFON)? Antara cara paling mudah dalam Instagram untuk kumpul database adalah dengan terus minta pada pelanggan. Seperti contoh, buat satu post dan minta mereka tinggalkan no telefon mereka.
136
Bahagian 9: Database
Jika ada yang sudi tinggalkan, cepat-cepat simpan untuk kegunaan masa akan datang. Post bagaimanakah yang boleh menarik orang untuk tinggalkan no telefon? Orang tak akan berikan no mereka tanpa sebab, jadi, antara cara mudah adalah dengan buat post berkenaan; 1. Giveaway contest Wajibkan mereka letakkan no telefon mereka di post mereka. 2. Lucky draw Lakukan cabutan bertuah sebulan sekali untuk menghargai followers, dan minta mereka tinggalkan no telefon. 3. Direct minta Anda juga boleh cuba, disetiap post anda, letakkan nota kaki, minta mereka tinggalkan no telefon untuk anda hubungi. Biasanya pasti ada yang akan tinggalkan. Tapi dah dapat tu, jangan lupa lah untuk hubungi semula untuk ceritakan lebih lanjut berkenaan produk anda yang mereka berminat tadi. Mudah, bukan? 137
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
APA NAK BUAT? Jadi, sekarang, anda dah ada no telefon mereka semua, apa yang anda boleh lakukan? 1. Blast SMS/mesej nombor
promosi
pada
semua
2. Jika anda dan mereka ada whatsApps, Line, Telegram atau yang sewaktu dengannya, anda boleh hantarkan mesej promosi secara personal pada mereka, boleh hantar gambar sekali. 3. Jika nak SMS / Mesej seorang demi seorang pun boleh 4. Nak lagi lejen, nak call sorang demi sorang pun boleh. Pendek kata, anda dah ada nombor telefon mereka, jadi jangan segan silu nak hubungi mereka untuk lakukan promosi. Weh, agen insurans tu pun tak jemu jemu call anda tiap bulan buat promosi walaupun direject berkalikali, tak kan lah anda tak nak hantar promosi pada orang yang memang anda tahu memang berminat dengan produk jualan anda. 138
Bahagian 9: Database
Sekarang tahniah kerana anda dah pun berjaya bina database, dan bakal hantarkan promosi pada bakal pelanggan anda. Dan database ini anda boleh guna berulang kali, bila-bila ada promosi, promosi je pada mereka dahulu, keranaanda tahu mereka memang target prospek. Dan sebagai tambahan, jangan lupa, jika mereka berminat, selagi belum buat bayaran, sila lah follow up mereka.
Kepentingan ‘Follow Up’ 1. Menaikkan minat pelanggan terhadap produk anda. Di mana dengan tindakan anda ‘follow up’ pelanggan akan buat mereka rasa istimewa dan secara tidak langsung menarik minat mereka untuk mengetahui produk-produk lain yang anda ada. 2. Tindakan anda membuat ‘follow up’ akan menjadikan pelanggan anda lebih peka dengan produk dan tawaran istimewa anda. Setiap kali anda ‘follow up’ mereka melalui emel dan sms, kepekaaan mereka terhadap
139
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
produk dan harga istimewa yang anda tawaran akan meningkat. 3. Kepercayaan pelanggan adalah sangat penting. Oleh itu ‘follow up’ merupakan kaedah yang paling berkesan untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap bukan saja produk yang kita jual kepada mereka, tetapi juga terhadap perniagaan kita. 4. Mewujudkan hubungan secara tidak langsung adalah kesan dari tindakan ‘follow up’ yang anda lakukan. Ini penting bagi memastikan hubungan jangka masa panjang anda dengan pelanggan. 5. Ada kalanya pelanggan kita akan terlupa tentang tawaran yang kita berikan kepada mereka. Sedangkan mereka sudah memberi maklum balas yang mereka berminat dengan tawaran tersebut. Tindakan ‘follow up’ menjadi sangat penting dalam situasi ini. Di mana anda harus mengingatkan pelanggan anda dan bukan hanya menanti mereka ingat sendiri.
140
Bahagian 9: Database
Bagus kan ada database ni? Lepas ni tak perlu risau dah kalau tiba-tiba Instagram tutup lah, tak pun dah tak percuma ke. Sebab ada dah ada kumpul semua database pelanggan. Biar sikit-sikit dulu, lama-lama jadi bukit, janji simpan je. Bayangkan dalam masa beberapa bulan atau tahun akan datang, anda ada 100,000 no telefon pelanggan yang memang pernah berminat dengan produk anda, Dan anda nak promosikan satu produk baru yang ada kaitan juga dengan minta mereka sebelum ini. Wah… jika 1% sahaja dari 100,000 orang tu yang berminat, lihat dah berapa ramai pelanggan yang anda Berjaya buat jualan tanpa letakkan iklan di Isntagram atau Facebook lagi. Jika pelanggan adalah raja, database merupakan kunci untuk anda berjumpa dengan mereka.
141
PENUTUP
S
ebelum saya mengahiri pembacaan dalam buku ini, izinkan saya membuat membuat sedikit rumusan daripada kesemua perkongsian yang terdapat dalam setiap bahagian dan bab yang anda telah baca. Berniaga dalam Instagram tidaklah sesusah mana, kerana ianya masih ditahap yang tidak memerlukan perkara-perkara yang sangat teknikal. Tetapi dengan syarat anda kena konsisten dan ada usaha dan tidak putus asa. Ingat sekali lagi, sebelum anda memasuki manamana platform, atau medium, kaji pasaran dahulu dan kaji siapa sasaran pelanggan anda. Ramai orang berputus asa bukan kerana produk mereka tidak laku, tidak boleh jual, tetapi mereka salah tempat untuk jual produk tersebut. Kes yang sama terjadi dalam Instagram, ada peniaga yang cuba untuk masuk tetapi jual produk yang tidak sesuai. Akhirnya mula putus asa.
PENUTUP
Seterusnya, walaupun teknik-teknik yang disampaikan mungkin bagi anda terlalu ringkas, terlalu biasa, tetapi percayalah, jika anda konsisten, hasilnya sangat luar biasa! Kata kuncinya adalah KONSISTEN! Dan buat langkah demi langkah! Saya ada kenalan yang hanya berniaga 100% dalam Instagram dan hanya gunakan 1-2 teknik sahaja, dah sekarang pendapatannya maintain 4 angka sebulan, kadang-kadang terlajak ke 5 angka. Dan ada juga salah seorang pelajar saya yang dari ratusan followers dapat mencapai 10,000 Followers dalam masa beberapa bulan sahaja, dah kebanyakkannya adalah targeted followers. Dan lagi menarik selain berjaya hasilkan jualan dalam Instagram, beliau dah boleh bantu rakan-rakan yang sama bidang dengan beliau untuk turut hasilkan jualan melalui Instagram. Ini cuba sebahagian sahaja.. ada ramai lagi yang turut Berjaya. Apa rahsia mereka?
143
REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM
Tidak ada sebarang rahsia istimewa, kebanyakkannya hanya praktikkan 2, 3 teknik sahaja dari apa yang saya sampaikan tetapi mereka KONSISTEN! Jadi, kalau anda nak jadi seperti mereka, silalah sila lah KONSISTEN! Mula-mula mungkin tak berapa nampak hasil, tapi bila dah berhasil, pasti anda akan tersenyum puas hati. Tapi ini lagi penting! TINDAKAN. Cakap banyak, sembang banyak tak guna selagi tak bergerak. Anda dah habis baca, dah hadam, dah faham, terus praktikkan. Jangan tunggu lama-lama. Ilmu tanpa amal, umpama pokok tanpa buah.
144
PENUTUP
Percayalah, saya sendiri, saya bukanlah sifu, bukanlah pakar, ramai lagi yang hebat-hebat diluar sana, tetapi saya sampaikan apa yang saya tahu dan apa yang saya buat. Jadi sekarang, tibalah masa untuk anda pula buat. Jadi, selamat maju jaya dan saya doakan anda semua berjaya menghasilkan jualan yang memberangsangkan melalui medium Instagram!
145
TENTANG PENULIS
M
ohd Ismail bin Mohd Arsad juga dikenali sebagai Ismail Arsad dilahirkan pada 1 Januari 1989 di Mentakab, Pahang. Anak Felda yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Management Science University mula menjalankan perniagaan di internet secara suka-suka sejak habis SPM lagi selepas terinspirasi dengan ikon mentor
TENTANG PENULIS
Dr Irfan Khairi tentang kejayaan beliau dalam bidang perniagaan Internet. Mula berniaga secara sepenuh masa dalam bidang perniagaan Internet sebaik sahaja tamat belajar di universiti dengan lebih serius walaupun semasa di zaman universiti pun beliau sudah mula aktif. Pada mulanya hanya terlibat dalam perniagaan produk fizikal sahaja, dan pada tahun 2014 mula terlibat dengan produk info dan digital. Antara produk beliau yang mendapat sambutan adalah DVD Manipulasi Instagram dan Ebook Mudahnya Borong China Online. Selain daripada itu, beliau juga sering mendapat jemputan secara tertutup dan sekali sekala menganjurkan kelas berkaitan pemasaran Instagram dan borong china secara online.
“Saya bukan sifu, bukan master, bukan pakar , tetapi saya sampaikan apa yang saya tahu dan buat.” Kini selain dari menguruskan perniagaan produk fizikal dalam beberapa niche dan bidang, beliau berhasrat untuk membantu lebih ramai orang untuk terus maju terutama dalam bidang perniagaan Internet.
147
Bagaimana? Sudah habis baca buku ini?
Adakah anda mahu pergi selangkah lagi dalam mendalami dunia pemasaran Instagram?
Selain dari buku ini, saya sarankan juga anda untuk dapatkan DVD Panduan Manipulasi Instagram.
Apa yang terkandung dalam buku yang anda sedang baca ini cuma 60% sahaja daripada kandungan penuh Siri Panduan ini Untuk lebih lanjut berkenaan DVD ini, boleh layari: www.teknikjualaninsta.com
Adakah anda merupakan peniaga barangan fizikal? Dan kebanyakkannya adalah produk buatan China? Biasa ambil dekat mana? GM? Chowkit? Pemborong tempatan? Tak nak cuba beli sendiri terus dari China ke? Sekarang dah tak susah, dah tak perlu nak pergi sana, beli je secara Online. NOW EVERYONE CAN BUY Dapatkan Ebook Mudahnya Borong China Online, insyaAllah saya cuba bantu anda untuk untuk buat belian terus dari China secara online.
Untuk maklumat lanjut, layari www.borongchinaonline.com