PRAKATA KETUA PENGARAH PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA
Handbook ini ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu, handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas perhubungan perusahaan.
Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka, maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan. Perusahaan. Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini. ini.
Fong Khei Por J.S.M, A.M.K Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
2
KANDUNGAN Prakata
2
1. Pendahuluan
4
2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Sekerja
4
3. Perundangan Mengenai Skop Perwaki|an Kesatuan Sekerja
4
4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan
5
5. Langkah-langkah Mengemukakan Tun Tuntutan tutan Pengiktirafan
5
6. Tanggungjawa anggungjawab b Majikan Terhadap Terhadap Notis Tuntutan Tuntutan (Borang A)
6
7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Sekerja
7
8. Proses Undi Sulit
7
9. Tindakan-Tindakan Yang Dilaran Dilarang g Semasa Prosidi Prosiding ng Tuntutan Tu ntutan Pengiktirafan
8
10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tun Tuntutan tutan Pengiktirafan
8
11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja
9
12. Lain-lain Peruntukan Yang Berkaitan
10
13. Carta Aliran Kerja Proses Tunt Tuntutan utan Pengiktirafan
11
3
1. Pendahuluan Pengiktirafan kesatuan sekerja merupakan aspek penting di bawah sistem perhubungan perusahaan di Malaysia. Sesebuah kesatuan sekerja mesti mendapatkan pengiktirafan daripada majikan sebelum kesatuan berkenaan boleh mempelawa majikan untuk memulakan perundingan kolektif. Prosedur dan proses tuntutan pengiktirafan adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 9, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) dan PeraturanPeraturan di bawahnya. Handbook ini diterbitkan sebagai panduan khususnya kepada para majikan dan pekerja bagi memahami proses pengendalian tuntutan pengiktirafan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, keterangan lanjut mengenainya boleh didapati daripada manamana pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di seluruh negara.
2. Objektif Pengiktirafan Sesebuah Kesatuan Kesatuan Sekerja 2.1
Pengiktirafan oleh majikan terhadap sesebuah kesatuan sekerja merupakan pra-syarat sebelum kesatuan berkenaan boleh menjemput majikan untuk mengadakan perundingan kolektif.
2.2
Pengiktirafan ke atas kesatuan sekerja membolehkan sesebuah kesatuan itu berfungsi sebagai badan atau ejen yang mewakili para pekerja dalam meningkatkan hubungan kerjasama serta perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di tempat pekerjaan.
3. Perundangan Mengenai Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja 3.1
4
Sesebuah kesatuan sekerja tidak boleh menuntut pengiktirafan berkaitan pekerja-pekerja yang digajikan dalam kapasiti pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau
keselamatan sekiranya majoriti daripada keahliannya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bukan digajikan dalam manamana kapasiti tersebut. 4. Kriteria Untuk Memberi Pengiktirafan Pengiktirafan 4.1 Pengiktirafan kesatuan sekerja sekerja melibatkan kriteria-kriteria berikut: 4.1.1
Kelayakan (competency) kesatuan sekerja iaitu sama ada kesatuan berkenaan layak untuk mewakili pekerja-pekerja di sesebuah tempat pekerjaan (establishment) atau di dalam tred atau jawatan (occupation) atau industri.
4.1.2
Keahlian kesatuan tersebut diliputi oleh skop yang ditetapkan di bawah perlembagaan kesatuan.
4.1.3
Kekuatan keahlian iaitu sama ada kesatuan tersebut mempunyai majoriti (50% + 1 orang pekerja) di kalangan pekerja-pekerja yang hendak diwakilinya.
5. Langkah-langkah Mengemukakan Tuntutan Tuntutan Pengiktirafan 5.1 Sesebuah kesatuan sekerja s ekerja berdaftar boleh menuntut pengiktirafan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9(2), APP 1967. Tu Tuntutan ntutan hendaklah dikemukakan dalam Borang A. 5.2 Satu salinan asal Borang A berserta satu salinan Perlembagaan Kesatuan hendaklah dihantar secara pos berdaftar akuan terima atau kurier atau secara kediri kepada majikan dan satu salinan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM).
5
6. Tanggungjawab Majikan Terhadap Notis Tuntutan (Borang A) 6.1 Majikan hendaklah mengambil satu daripada langkahlangkah berikut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis tuntutan pengiktirafan :
(i) Mengiktiraf kesatuan sekerja secara sukarela (voluntarily); atau (ii) Jika pengiktirafan tidak diberi, memaklumkan pihak kesatuan secara bertulis sebab-sebab mengapa pengiktirafan tidak diberi; atau 6.2 Apabila sesebuah kesatuan sekerja menerima makluman di bawah perenggan 6.1 (ii) atau majikan gagal memberikan sebarang jawapan, kesatuan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari : (i) Tarikh penerima penerimaan an maklumba maklumbalas las majikan perenggan 6.1 (ii); atau
di bawah
(ii) Berakhirnya tempoh 21 hari di bawah perenggan 6.1, mengemukakan aduan secara bertulis kepada KPPPM. Kegagalan kesatuan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan pengiktirafan ini dianggap telah ditarik balik. 6.3 Setelah menerima aduan di bawah bawah perenggan 6.2, 6.2, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah yang dianggap perlu atau wajar bagi menyelesaikan tuntutan pengiktirafan tersebut sejajar dengan peruntukan Seksyen 9 (4A), APP 1967 seperti berikut : (i) Kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili semua pekerja atau golongan pekerja tertentu yang menuntut pengiktirafan; dan 6
(ii) Menentukan peratusan ahli melalui undi sulit (secret ballot). 6.4 Untuk tujuan menyelesaikan kemusykilan di di perenggan perenggan 6.3 di atas, KPPPM boleh mengambil langkah-langkah berikut : (i) Meminta pihak majikan supaya mengemukakan senarai nama pekerja pada tarikh tuntutan pengiktirafan dibuat (Borang B) serta apa-apa maklumat yang dianggap perlu dan relevan. (iii) Merujuk kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja syarikat; (iii) Memasuki premis majikan bagi tujuan memeriksa rekod atau dokumen atau mengendalikan undi sulit.
7. Aduan Mengenai Skop/Kapasiti Keahlian Kesatuan Kesatuan Sekerja Sebarang aduan berhubung skop/kapasiti keahlian kesatuan sekerja bolehlah dikemukakan dikemukakan kepada KPPPM di bawah Seksyen 9(1A), APP 1967 supaya supaya langkah-langkah langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil untuk menyelesaikannya. 8. Proses Undi Sulit 8.1 Proses undi sulit merupakan merupakan proses penting dalam menentukan sesebuah kesatuan sekerja itu mempunyai sokongan majoriti (50% + 1 orang pekerja). 8.2 Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan membincangkan proses undi sulit termasuk menentukan tarikh, masa dan tempat undi sulit dijalankan. Satu memorandum persetujuan akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
7
9. Tindakan-Tindakan Yang Tuntutan Pengik Pengiktirafan tirafan
Dilarang
Semasa
Prosiding
9.1 Majikan adalah dilarang mengisytiharkan sekat-masuk (lock-out) atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerjanya kecuali atas alasan-alasan tatatertib (misconduct). 9.2 Pihak kesatuan pula dilarang daripada melancarkan apa-apa tindakan perusahaan seperti mogok atau piket.
10. Penalti Bagi Kesalahan Bersabit Tuntutan Tuntutan Pengiktirafan
8
Seksyen 60, APP 1967 menetapkan penalti yang membawa hukuman penjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya atas perlanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta tersebut; atau atas ketidakpatuhan terhadap apa-apa saman, perintah atau arahan yang diberi atau dibuat di bawah Akta berkenaan.
11. Proses Kerja Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja
9
12. Lain-Lain Peruntukan Yang Berkaitan 12.1
Apabila sesebuah kesatuan sekerja telah mendapat pengiktirafan pengik tirafan daripada majikan atau diputus diputuskan kan oleh Y.B. Menteri ke atas mana-mana pekerja atau kelas pekerja, maka kesatuan lain tidak boleh menuntut pengiktirafan ke atas mana-mana pekerja atau kelas pekerja yang sama sehingga tempoh tiga tahun berakhir.
12.2
Apabila sesebuah kesatuan yang menuntut pengiktirafan telah menarik balik tuntutan pengiktirafan selepas aduan di bawah Seksyen 9(4) APP 1967 dibuat kepada KPPPM atau Y.B. Menteri telah membuat keputus keputusan an bahawa pengiktirafan tidak diberikan, maka kesatuan tersebut tidak boleh membuat tuntutan semula untuk mendapatkan pengiktirafan sehingga tempoh enam bulan berakhir daripada tarikh surat tarik balik atau tarikh keputusan Y.B. Menteri Menteri..
10
13. Carta Aliran Kerja Proses Tuntutan Pengiktirafan
11
Hak Cipta Terpelihara. Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permiss ion in writing of the Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.
12