Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut: a.
Penyakit HIV AIDS
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti. 1 Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui
tempat
mandi
umum,
tempat
popular
bagi
kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual. 2 b.
Penyakit Siflis
Antara
penyakit
lain
kerana
aktiviti
seks
yang
songsang
ialah
penyakit
siflis. Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes yang
paling
tinggi
antara
penyakit
berjangkit
yang
dilaporkan.
Walau
bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.3 1 http://www.sfgate.com/health/article/AIDS-AT-20-Disease-that-changed-our-world2914460.php 2 http://msnbc.msn.com/id/5158153 3 Ibid
c.
Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis1, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan. Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal, mengembangkan zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan perkahwinan sesama sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan bertengangan dengan fitrah manusia itu sendiri.
1 France, UK, Ireland, Canada dan baru-baru ini President Barak Obama membenarkan perkahwinan sejenis di Amerika Syarika
Kesimpulan Isu berkaitan LGBT ini yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di negara kita. Mereka yang memilih serta terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama dan aspek moral. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya ini merosakkan sistem sosial dan keluarga. Budaya songsang ini bukan lahir daripada kehendak normal, tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang yang jauh terpesong daripada sistem kemanusiaan sejagat. Akibat daripada pembudayaan negatif ini akan membawa kemusnahan sistem sosial dengan pencangahan nilai dan perkosaan adat budaya kita sebagai orang Timur. Ibu bapa kepada Gay dan Lesbian, terpaksa menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut sama ada keagamaan, kemasyarakatan dan undangundang sosial dunia yang berlandaskan nilai-nilai murni. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang baik, anak yang terjerumus ke dalam budaya LGBT perlu melihat tanggungan orang yang menyanyangi mereka untuk sedar bahawa pembabitan mereka dalam budaya LGBT itu sebenarnya adalah salah. Institusi keluarga adalah benteng terakhir untuk melahirkan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani serta pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas dalam pembentukan identiti. Oleh itu, janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang. Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud: Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?
Rujukan: Buku Rujukan: 1.
Al-Quran dan Terjemahan
2.
Elizabeth
Reis, American
Sexual
Histories,
2 nd Edition,
Wiley
Blacwell
Publication, USA, 2012 3.
L. Lee Lerner, Brenda Wilmoth Lerner & Adrienne Wilmoth Lerner, Thomson
Gale, USA, 2006 4.
Kamus Dewan Edisi Ke-4, Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur,
2002 5.
Ski Hunter, Collen Shannon, Jo Knox, James I. Martin, Lesbian, Gay and
Bisexual Youths and Adults, Knowledge for human services practice, Sage Publication Ltd, London, 1998 Keratan Akhbar: 1.
JMM Puji Kerajaan Anjur Seminar Tangani Isu LGBT, Utusan Malaysia, 1hb Mar
2013 2.
Siti Naquiah Abdullah, LGBT bunuh keturunan, musnah institusi keluarga, Berita
Harian, 3hb Julai 2012 3.
Sokong
sekat
laman
pornografi,
Berita
Harian,
28/7/2010.
Diambil
daripadahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sokongsekatlamanpornografi/Ar ticle/ 4.
MAIM tidak mahu remaja terlanjur terus hanyut. Berita Harian, 8/8/2010.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MAIMtakmahuremajaterlanjurterushanyu t/Article