Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS.
2014
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LAMAN SOSIAL
Kamaruzzaman Ismail, Assoc. Prof. Dr.
Universiti Kuala Lumpur.
[email protected]
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk memperihal kebaikan dan keburukan laman sosial. Transformasi media konvensional ke media baru ini telah merencanakan perubahan pemikiran rakyat. Ledakan maklumat yang dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia melalui jalur lebar tanpa wayar telah memberi perubahan yang besar dalam senario politik Malaysia.Hal ini dapat dibuktikan dengan reformasi pilihan raya umum ke-13 apabila Barisan Nasional menggunakan media arus perdana dan parti pembangkang menggunakan alternatif lain dengan menggunakan media baru untuk berkempen. Hasilnya, 48% rakyat telah memilih Barisan Nasional manakala 52% rakayat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Peratusan undi popular ini membuktikan bagaimana laman sosial mampu mengubah lanscape pemikiran dan pola berfikir seseorang terhadap sesuatu isu atau perkara. Kajian ini menggunakan kaedah tinjaauan literatur dan temubual dengan beberapa individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa laman sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam hala tuju sesuatu organisasi atau negara berdasarkan kebaikan dan keburukan yang ada dalam penggunaanya.
Kata kunci: Laman soial, transformasi, ledakan maklumat
1.0 PENGENALAN
Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk.
Penggunaan laman sosial seperti "Facebook" yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.
Laman sosial boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.
Laman sosial juga merupakan satu alat untuk berkomunikasi, berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.
Berdasarkan pengenalan di atas, kajian ini dilakukan bagi meninjau dan mendapatkan maklumat tentang kebaikan dan keburukan laman sosial terutamanya bagi badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti "Facebook", "My Space", "Frienster", dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh para pelajar merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah pelajar di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian mereka. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup para pelajar di Malaysia sekiranya penggunaanya terlalu berleluasa. Satu kajian tinjauan telah dijalankan bagi mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial ini terhadap para pelajar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial dikalangan badan-badan beruniform . Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti sejauh mana impak atau kesan aktiviti laman sosial ini terhadap individu dalam masyarakat terutama anak-anak remaja.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan secara kajian literatur dan temubual. Kaedah tinjauan secara literatur digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan laman sosial terhadap masyarakat. Kaedah ini hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan individu terhadap kesan atau impak penggunaan laman sosial dalam kehidupan seharian mereka. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi atau pandangan daripada individu tertentu dalam soal pengaruh dan kesannya laman sosial ini dalam kehidupan masyarakat lebih-lebih dikalangan remaja.
5.0 KEBAIKAN LAMAN SOSIAL
Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini. Antara kebaikan-kebaikan dalam penggunaan laman sosial adalah seperti berikut;
a) Alat Perhubungan
Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.
b) Alat Pemasaran Produk
Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.
c) Alat Penyebaran Ilmu Pengetahuan
Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu keagamaan. Yang mungkin menjadi masalah disini adalah dari segi kesahihan dan originaliti maklumat yang diberi. Pengguna harus bijak dalam mengambil maklumat di laman sosial kerana kalau tersilap pilih maklumat atau artikel yang diakses, kita mungkin terjerat dalam menyebarkan maklumat palsu atau tidak tepat. Berapa ramai masyarakat sekarang merujuk kepada enjin pencari seperti Google dan Yahoo dalam mendapatkan maklumat sehingga setengahnya digelar " Ustaz Google" atau " Ustaz Yahoo".
d) Alat Pemantauan Pergerakan Anak-anak
Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka. Mengenali kawan-kawan kepada anak mereka. Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka. Ini adalah salah satu caranya
6.0 KEBURUKAN LAMAN SOSIAL
Disamping kebaikan-kebaikan yang ada pada laman sosial, terdapat juga beberapa keburukan dalam penggunaan laman sosial ini, antaranya;
a) Pembaziran Masa.
Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi "games". Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi "games" seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Mengikut Mycert, pembaziran masa ini berlaku kerana ada pengguna yang ketagihan berasaskan hubungan baru (cyber relations), ketagihan maklumat, ketagihan seks siber (cyber sexual) dan permainan internet.
b) Mengurangkan Produktiviti
Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial. Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan menyekat laman-laman tersebut. Namun demikin kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut dilayari dengan menggunakan telefon bimbit. Banyak anak-anak remaja yang menghabiskan masa mengakses maklumat diatas talian berbanding berada bersama-sama rakan-rakan bagi mentelaah buku atau melakukan kerja-kerja lain yang lebih berfaedah. Mereka lebih suka bersembang bersama kawan di alam maya berbanding bersama rakan-rakan lain secara bersemuka. Pergaulan mereka bersama rakan sebaya menjadi semakin berkurangan dan interaksi sosial banyak berlaku di laman sosial.
c) Penipuan
Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali. Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti "setiap kali login di facebook dapat RM100"..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial. Kajian Mycert (2011),menunjukkan kes penipuan meningkat dari 149 kes (2005) kepada 907 kes (2009).
d) Pencerobohan Akaun
Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar. CyberSecurity Malaysia (Mycert, 2011). mencatatkan kira-kira 324 insiden siber yang berkaitan dengan Laman Rangkaian sosial. Pada suku pertama tahun 2011 sahaja, terdapat kira-kira 177 insiden berkaitan (kes) yang dilaporkan kepada MyCERT. Peningkatan dalam bilangan kes yang dilaporkan adalah selaras dengan peningkatan SNS pengguna.
Pencerobohan akaun ini tidak terhad kepada maklumat peribadi malah kecurian identiti online juga merupakan satu keburukan kepada pendedahan di laman sosial. Walau bagaimanapun, sekarang ini setiap minit, beribu-ribu individu dan banyak syarikat yang menjadi mangsa penjenayah siber dan penyerang yang semakin canggih. Mereka menggunakan pelbagai teknik seperti kejuruteraan sosial, phishing dan modus operandi licik melalui Internet yang mensasarkan mangsa berpotensi yang tidak bersalah.
Mereka mengenal pasti kelemahan dan mengeksploitasi e-mel, mesej segera (IM) dan web untuk mengelabui potensi mangsa ke dalam menghantar mereka kelayakan pengguna dan maklumat peribadi, di samping maklumat sulit berkaitan dengan syarikat mangsa. Maklumat ini dan kelayakan yang boleh dimanipulasi untuk banyak aktiviti berniat jahat pada bersih dan bagi keuntungan kewangan.
e) Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah
Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka. Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.
f) Kebocoran Maklumat
Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut.
7.0 PERBINCANGAN
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, tinjauan mendapati terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam penggunaan laman sosial dikalangan masyarakat terutamanya para remaja.
Laman sosial mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sekiranya digunakan secara betul kerana seseorang individu itu dapat mengenali kawan yang baru dan pada masa yang sama dapat menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Laman sosial turut menyalurkan maklumat yang berguna kepada pengguna seperti mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan di tempat lain. Bagi golongan pelajar, mereka dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Penggunaan laman sosial juga akan melahirkan masyarakat yang leka dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan seseorang akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka dan mengabaikan tanggungjawab yang hakiki. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.
Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti "Facebook" dan "My Space" diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti "Black Metal", "Punk", "Gothic", dan "Skin Head" akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
8.0 KESIMPULAN
Laman sosial boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Antara saranan yang boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan sistem sistem pembelajaran melalui laman sosial ialah dengan menghadkan penggunaan internet. Pelajar hanya dibenarkan melayari laman web tertentu. Laman web yang tidak sesuai buat pelajar seharusnya ditapis dari awal dan dihalang penggunaannya.
Selain itu, pihak yang berwajib juga perlulah menyediakan capaian khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menghubungkan laman sosial dengan capaian portal pendidikan yang boleh dikunjungi oleh mana-mana pelajar yang sedang melayari alam maya. Jadikan laman sosial sebagai satu tempat perkongisan ilmu dan tempat perbincangan isu semasa. Warga pendidik boleh menyediakan tugasan, menyebarkan info dan menggalakkan para pelajar membuat sebarang perbincangan di laman sosial ini.
Secara kesimpulannya, ibu bapa dan guru perlu mendidik pelajar dalam menggunakan laman sosial kearah yang betul dan menyatakan baik buruk penggunaan laman sosial. Ini penting supaya para pelajar dapat memahami konsep sebenar laman sosial ini. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.
Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia
RUJUKAN
Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Berita Harian Online. (2010). http://berita-harian-online.com/ketagihan-laman-sosial-maya/
Atas talian (10 Mei 2013)
Crawford, R. (1997). Managing information technology in secondary schools.
London:Roudedge.
Dewan Pelajar. (2012). http://dwnpelajar.dbp.my/wordpress/?p=241 (atas talian: 10 Mac 2012).
Kementrian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Mohd Sani Ibrahim & mohd Jasmy Abdul Rahman (2002). Pengetua dan pembestarian
sekolah. Kertas kerja di bentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan
pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16-19 Disember, 2002.
Mycert. (2011). http://www.mycert.gov.my (atas talian : 12 Mei 2013).
[Type the document title]
[Year]