Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim saya membuka arena perdebatan pada hari ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan seperjuangan yang terdiri daripada menteri menteri ke-2, menteri ke-3, menteri ke-4 dan menteri ke-5 dari pihak p ihak kerajaan, pihak pembangkang pembangkang yang pihak kami hormati tetapi tidak sekali-kali kami geruni serta sidang dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua dan ahli-ahli YB, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan dan keharmonian keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini, Dewan kembali bersidang untuk memperdebatkan memperdebatkan mengenai usul yang begitu penting untuk dilaksanakan. Tuan Yang Dipertua, usul kita pada pagi ini berbunyi, Penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar. Saya ulang, penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar. Warga Dewan sekalian, Pertama, izinkan saya melakukan pentakrifan usul yang diperdebatkan diperdebatkan pada pagi ini i ni secara literal menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4. Perkataan penggunaan didefinisikan sebagai perihal menggunakan sesuatu, manakala internet pula bermaksud rangkaian c omputer antarabangsa. Frasa membawa diertikan sebagai mendatangkan. Seterusnya, frasa kebaikan mendukung maksud faedah. Kemudian, frasa kepada pula ditakrifkan sebagai terhadap. Frasa pelajar bermaksud orang yang masih belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa frasa Penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar bermaksud perihal menggunakan rangkaian computer antarabangsa mendatangkan faedah faedah terhadap orang yang masih menuntut ilmu sama ada di sekolah rendah, sekolah rendah, maktab dan universiti. Oleh itu, selaku kerajaan, saya tetap menyokong dan mempertegas usul yang diperbahaskan pada pagi ini iaitu Penggunaan internet internet membawa kebaikan kepada pelajar, dengan alas an bukan semua yang dipaparkan di internet merupakan perkara yang benar dan sahih. Saya selaku PM telah mendefinisikan tajuk kami pada pagi ini dan akan mengemukakann hujah hujah saya yang pertama di bawah kata kunci Internet membekal informasi terkini . Menteri ke-2 akan menegaskan usul dan menolak definisi pihak pembangkang , diikuti dengan hujah yang ke-2 di bawah kata kunci Internet Penjana Ekonomi Negara dan hujah ke-3 berteras inti Internet alat mempererat hubungan sejagat. Seterusnya, menteri ke-3 pula akan membidas hujah-hujah pincang pihak pembangkang. Tidak lupa juga kepada menteri ke-4 dan menteri kelima yang akan mempertahankan mempertahankan pendirian kami sekumpulan dengan menggunakan cara izin laluan.
Sidang Dewan sekalian, fakta kes yang ingin pihak kami ketengahkan di sini ia lah penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar.
Definisi usul telah saya berikan, pendirian pasukan telah saya lafazkan, sekarang tiba masanya hujah pertama saya menyusul. Hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci Internet membekal informasi terkini terutamanya kepada golongan pelajar tidak mengira sama ada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, maktab atau pelajar yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Penggunaan internet sebagai bahan rujukan informasi terkini tetap menjadi keutamaan berbanding dengan buku atau surat khabar. Wahai pihak pembangkang yang budiman, Kehidupan pelajar pada hari ini cukup mencabar kewibawaan mereka selaku pelajar. Manakan tidak? Prestasi akademik harus seiring dengan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum. Bayangkan saudara dan saudari sekalian, peruntukan masa yang diperlukan oleh pelajar untuk membereskan tugasan yang diberikan kepada mereka. Alang-alang ketahanan, tercicirlah jawabnya. Pelajar hari ini, bukan sahaja perlu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti kerja kursus, penyelidikan atau kajian dan folio tetapi juga mereka perlu menduduki ujian berasaskan sekolah dan pelbagai lagi tugasan lain bagi menyempurnakan pengajian mereka. Hal ini harus diberikan keutamaan kerana, ia akan membantu pelajar dalam memantapkan penguasaan akademik di samping memperkukuh sahsiah pelajar seiring dengan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari segi JERI iaitu (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Situasi ini semestinya memerlukan pelajar membuat banyak rujukan, menyediakan bahan bukti dan bahan contoh. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa menyelesaikan tugasan mereka yang banyak dalam masa yang singkat. Mana mungkin mereka mencari buku-buku yang berlambak dalam perpustakaan sedangkan maklumat yang dicari belum pasti ada. Perbuatan tersebut dengan jelas pelajar membuang masa mereka dengan mencari sesuatu yang belum tentu dapat. Bukankah masa itu emas, Yang Dipertua? Walau bagaimanapun, kemudahan internet telah mempermudah keperluan pelajar pada masa ini. Dunia internet yang tanpa sempadan ini, membolehkan pelajar mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Klik sahaja ke laman yang diingini, semu maklumat terkini berada di hujung jari. Mudah dan senangkan tugas pelajar pada masa ini? Selain itu, pelajar boleh mencari pelbagai maklumat, termasuk sistem pemerintahan negara yang suatu ketika dahulu amat sukar difahami oleh golongan pelajar. Namun kini, bukan shaja sistem pemerintahan negara boleh dikenali melalui internet, malahan pelajar juga boleh berinteraksi terus dengan golongan pemimpin, khasnya melalui laman-laman social seperti facebook dann twitter. Ia jelas bahawa kemudahan internet memberi banyak manfaat kepada pelajar, bukan sahaja untuk mencari informasi-informasi terkini, malahan mengenali tokohtokoh kepimpinan negara yang suatu hari nanti akan digantikan oleh pelajar yang ada pada hari
ini. Melalui internet juga, pelajar boleh didedahkan dengan sistem pentadbiran negara malah menjadi platform bagi golongan muda untuk mengikut jejak tokoh-tokoh kepimpinan negara yang sedia ada. Sebelum undur diri, sekali lagi saya selaku ketua kerajaan tetap menegaskan usul kami iaitu Penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar. Hujah kami akan dipertahankan oleh YB Menteri ke-2 seketika nanti. Sekian, terima kasih.