TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2018 SMK TAMAN JOHOR JAYA 1 1) Kata-kataaluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi
............................................................................... Kompang bergema Pusaka bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha, En. Mohamad Salleh B Zainal Abidin Pengetua, SMK Taman Johor Jaya 1,
Pn Siti Wati Bt Saad Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn Lim Hui Mooi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Choo Soo Chin Penolong Kanan Petang,
Barisan guru kanan mata pelajaran, Ahli Lembaga Koperasi, Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, dan pelajar- pelajar sekalian Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya , pada pagi ini dapatlah bersama sama kita berkumpul bagi menyertai mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke 3, SMK Tmn Johor Jaya 1, tahun 2018
2) Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh En Mohd Rezal B Abd Razak. Dengan penuh takzimnya,dipersilakan. (bacaan doa tamat) Terima kasih iucapkan kepada En Mohd Rezal B Abd Razak atas bacaan doa itu tadi.
3) Ucapan perasmian Pengetua Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Dengan itu, majis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan, En Salleh B Zainal Abidin, Pengerusi koperasi, Smk Tmn Johor Jaya 1 Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung tahunan koperasi kali 3, Smk Tmn Johor Jaya 1 . Dipersilakan (ucapan) Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi –tinggi ucapan terima kasih atas kesudian En Mohd Salleh B Zainal Abidin, menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke 3, Smk Taman Johor Jaya 1
4) Mesyuarat Seterusnya, acara diserahkan kepada setiausaha koperasi sekolah iaitu P n Siti Hamizah Bt Mohd Halek untuk memulakan mesyuarat agung Koperasi tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan
5) Penutup Maka dengan ini, berakhirlah sudah Mesyuarat Agung Tahunan koperasi kali ke 3, smk tmn johor jaaya 1. salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun laku ara, jumpa lagi .ada lain ketika) Sebelum bersurai,sudilah a.a kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia di kelas Pendidikan