Teks Pengacara Majlis Pertandingan Nasyid TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2010. 13 April 2010. Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak. Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang . Yang Berhormat. Hj Fadillah Bin Hj Yusuf …………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………… Yang Berbahagia . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching. Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010. Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru –guru,tuan-tuan-puanpuan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian. Hadirin dan Hadirat sekalian, Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching. Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6 penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.
Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berdiri Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri.
Nyayian Lagu Negaraku
Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia,marilah sama-sama dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku. Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi. BACAAN DOA Hadirin yang dihormati Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID. Hadirin dan Hadirat sekalian, Negeri Sarawak aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa Kita mulakan atucara pertama, Majlis dengan ini mempersilakan yang berbahagia .En Beduie Bin Uney .Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolahsekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN. Cempaka sari warisan sejati Menjadi kebanggaan seisi negeri Ucapan perasmi memang dinanti Berilmu tinggi bijak bestari. Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian. Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah Kuching untuk mempersilakan Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching 2010. Majlis mempersilakan….. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berhormat ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi. Ucapan tuan menyerikan majlis Warga pendidik tampak ceria Kesudian Tuan merasmikan majlis Bangganya kami tidak terkira. Kain pelikat panjang sembilan Tersusun corak cantik warnanya, Tuan pemimpin disegani watan Kami menumpang sinar cahayanya.
ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID. Hadirin sekalian
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan ……………………………………………………………………selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolahsekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………………………..
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH. Hadirin dan hadirat sekalian… Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuchingbagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. 1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri.. Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri. Dipersilakan…………………………………………………..Selaku Ketua Jemaah Hakim. Seterusnya…………………………………………………………………………………. Dan………………………………………………………………………………. 2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.
Di persilakan guru pengiring 1-Sk St. Teresa 2-Sk Lumba Kuda 3-SK Gersik 4-Sk Semariang 5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad 6-SK Stapok 7-SK Stoh 8-SK Lebai Mentali 9-SK Bau 10-SK Buso 11-SMK Tun Abang Haji Openg 12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah 13-SMK Seni,Kuching 14-SMK Tunku Abdul Rahman 15-SMK Siburan Dan 16-SMK Lundu.
Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah.
Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari SK………………………………………………………………. Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari…………………………………………………… Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah rendah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………
Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah . Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari ………………………………………………………………. Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari…………………………………………………… Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah menengah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari…………………………………… Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah –sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Datuk.Majlis mempersilakan…. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann cenderamata itu tadi.
PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH Para hadirin yang dihormati, Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan…………………………….dari SK……………………… untuk membuat persembahan. Dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah –sekolah rendah bahagian Kuching.
PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH Hadirin yang dihotmati sekalian, Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat menengah.Dipersilaka Kumpulan…………………………………………….dari …
…………………………………………..untuk membuat persembahan.
Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah Sekolah-sekolah bahagian Kuching. Lagu Ibu Pertiwiku
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. Dikesempatan ini, mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang Berhormat –Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis. Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku. Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Bedui Bin Uney untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk ,Yang Berhormat-Yang Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Yang Berbahagia, Tuan Hj Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam ,JPN Sabah Yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam, Peringkat daerah Kota Belud Yang berusaha, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Pendidikan Islam daerah kota Belud Barisan Ahli Jawatankuasa Nadwah Kepimpinan Islam, ustaz dan ustazah para peserta, hadirin dan hadirat yang dihormati Assalamualaikum WBT
(Nani) Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya...., untuk itu, majlis mempersilakan fadhilatul ustaz ___________________________untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan Amin..ya rabbal alamin majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT. (ustaz) lembut bicara mengucapkan salam tangan dihulur penuh kemesraan majlis bermula bersulamkan kalam ahlan wa sahlan kami ucapkan selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP, SPI, JPNS atas kesudian menerima undangan ke majlis perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009.. (Nani) Tuan/puan yang dihormati.. kita teruskan majlis dengan menjemput wakil peserta nadwah kepimpinan Islam untuk menyampaikan ucapan...dipersilakan Terima kasih kepada wakil peserta atas ucapan itu tadi (ustaz) Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam peringakt daerah Kota Belud kali ini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Majlis merakamkan ribuan terima atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. (Nani) Duduk segak wajah tampan berbudi pekerti manis senyuman marilah mendengar penuh perhatian ucapan perasmian yang disampaikan
sidang hadirin sekalian majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009....dipersilakan.... Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam yang disampaikan oleh tuan Haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS....bagi pihak majlis merungkaikan ribuan terima kasih. (ustaz) sidang hadirin sekalian..marilah kita mengalihkan pandangan sejenak menyaksikan persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh peserta Nadwah kepimpinan Islam...dijemput kumpulan al-Ikhwan.... majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi (nani) adat bertunang ada cincinnya adat program ada sijil dan hadiahnya bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepeda peserta, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul KPP, SPI, JPNS diiringi oleh yang berusaha Datu Matlan bin Datu Unjong, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud...dipersilakan.... majlis mempersilakan ketua kumpulan
(ustaz) seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berusaha Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan II Kota Belud yang sudi menjadi tuan rumah Nadwah Kepimpinan Islam kali ini... majlis seterusnya mempersilakan Datu Matlan Datu Unjong untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul.....dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata sebentar tadi.
(nani) sidang hadirin sekalian bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....kemesraan ukhuwwah telah terbina, silaturrahim terikat sudah...ilmu bertambah, sikap berubah menjadi pemimpin yang berjaya...InsyaAllah sayang selasih ditumpah minyak bunga padi dengan jerami kepada KPP terima kasih banyak2 kerana sudi bersama kami (ustaz) Kalau tiada jarum yang patah harap simpan di dalam peti kalau benar madah dan tingkah harap sematkan di dalam hati segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri kami sendiri (ustaz & nani) Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...
Posted by Rizq Adina at 5:52 AM