TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SEMINAR KKBI ANJURAN JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPGM KAMPUS PERLIS 27 OKTOBER 2010 1 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Othman bin Karim, Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, IPGM Kampus Perlis. 2 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling IPGM Kampus Perlis Yang Dihormati Para Pensyarah IPG Kampus Perlis seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar KKBI, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling 2010 Barisan para palajar KPLI Ambilan Januari 2010 Barisan para palajar KPLI Ambilan Jun 2010 hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. 3
Selamat datang ke : Majlis Seminar KKBI
4 Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. 5 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh___________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ____________________________ atas bacaan doa itu tadi. 6 Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan hadirat sekalian, Seminar KKBI 2010 ini bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh pensyarah dan pelajar KPLI di Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling ini.
Antara objektif program ini diadakan adalah _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Indah mekar si bunga kiambang Mekar mewangi di taman larangan Seminar Budaya KKBI harapannya gemilang Melahirkan guru cemerlang lagi berketrampilan. 7 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Untuk itu, marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian Seminar KKBI 2010.Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim, Ketua Jabatan, Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling, IPG Kampus Perlis untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 9 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Pada hari ini seramai 6 orang pembentang akan membentangkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu. Untuk itu, majlis menjemput pembentang pertama iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________ 10
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput pembentang kedua iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis, dijemput pembentang ketiga iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput pembentang keempat iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang keempat itu tadi, maka majlis berhenti seketika dan akan disambung pada jam 11.00 pagi. Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk berada di dewan ini pada jam 10.50 pagi. Terima kasih. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Tanpa melengahkan masa majlis menjemput pembentang kelima iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput pembentang keenam iaitu ___________________ untuk membentangkan KKBI yang bertajuk _____________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas pembentangan beliau sebentar tadi. Dengan berakhirnya pembentangan yang disampaikan oleh pembentang keenam itu tadi, maka berakhirlah majlis Seminr KKBI 2010. Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu; Seminar KKBI 2010 yang penuh keberkatan ini. Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar KKBI 2010, terutamanya ahli jawatankuasa pelaksana, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati.
11 Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. 12 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. 13 Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Othman bin Karim diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.