TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SK TANJUNG PUTERI BAGI TAHUN 2017
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma'in.
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Muafakat Johor
Yang Berusaha, Encik Rasedy bin Baba , Guru Besar Sek. Keb. Tanjung Puteri,
Pn. Hafsah bt Md Onn, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Hjh Sarah Tan binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Hjh Shamsiah bt Jeri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan, SK Tanjung Puteri bagi tahun 2017.
Guru-guru dan pelajar sekalian, Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.
Tanpa membuang masa, dengan ini mengumumkan perarakan masuk barisan badan pengawas Sk. Tanjung Puteri dengan diketuai oleh ___________________. Dipersilakan.
---------------------------------Pengawas Bergerak Masuk--------------------------------
Pengawas sekolah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin sekolah akan dapat diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.
Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis menjemput Pn. Hafsah bt Md Onn untuk mengiringi En. Rasedy bin Baba, guru Besar SK Tanjung Puteri untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.
Dipersilakan, adik ___________________, Ketua Pengawas Sek. Keb. Tanjung Puteri untuk menerima watikah pelantikan dari Guru Besar. Seterusnya, dijemput adik ___________________, Ketua Pengawas Pusat Sumber Sek.Keb. Tanjung Puteri untuk naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kpd En. Rasedy atas kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari badan pengawas dan pusat sumber Sek.Keb. Tanjung Puteri. Dipersilakan adik _____________________dan _______________________untuk naik ke pentas bagi mengetuai bacaan lafaz ikrar.
----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh badan pengawas sekolah dan perpustakaan Sek. Keb. Tanjung Puteri. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan menjadikan badan pengawas sekolah dan perpustakaan ini lebih komited dalam menjalankan tugas.
------------------------------(Pengawas dibenarkan duduk)--------------------------------
Guru-guru dan para pelajar sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Rasedy bin Baba untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Perpustakaan bagi Tahun 2017. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas pusat sumber dalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi
Gunung Pantai tinggi mengawan,
Nampak dari Padang Temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.
Sekian, terima kasih. Semua murid boleh berdiri sekarang.
~Nur Afiqah Hassan, SKTP~2017