PENDAHULUAN
Sebelum wujud kerajaan yang dinamakan Siam muncul kerajaan awal di Siam iaitu Sukhotai (1238-1350) kemudiannya jatuh dan diteruskan oleh dinasti selepasnya iaitu Ayudhya (1350-1750). Kerajaan Sukhothai merupakan kerajaan terawal yang muncul dalam sejarah Thailand. Kewujudan kerajaan Sukhothai sering dikaitkan dengan mitos-mitos dan lagenda tempatan yang terdapat pada tinggalan-tinggalan monumen di situ. Kerajaan Sukhothai ini telah diasaskan pada tahun 1238 oleh Phra Ruang yang bergelar Sri Indradit 1. Kerajaan ini merupakan satu-satu kerajaan awal yang diasaskan oleh bangsa Thai kerana sebelum ini bumi Thailand telah ditadbir oleh kerajaan Khmer dari Kemboja. Sebenarnya sejarah awal penubuhannya berkait rapat dengan masyarakat Thai. Orang-orang Thai sebenarnya telah menetap di Thailand lebih awal daripada itu tetapi tiada bukti kukuh yang merekodkan tarikh kedatangan mereka dan begitu misteri. Kerajaan Sukhothai hanya wujud selepas kemerosotan empayar empayar Khmer. Pada awalnya, Sukhothai Sukhothai adalah sebahagian daripada wilayah empayar Khmer. Wilayah ini telah ditadbir oleh seorang Gabenor Khmer yang bernama Jayavarman V. Kerajaan
ini hanya dapat didirikan selepas orang-orang Thai
menjatuhkan kerajaan Khmer. Orang Thai ini telah dipimpin oleh dua orang pemimpin Thai iaitu Phra Ruang dan Bang Klang Thao. Sementara itu, Kerajaan Ayuthia merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh Ramadhipoti (Rama Tibodi) atau dikenali sebagai U-Thong. Menurut D.G.E Hall kerajaan kerajaan Ayuthia diasaskan oleh seorang anak raja yang bercita-cita tinggi untuk membuka sebuah negeri yang berada diselatan kerana pada masa tersebut putera raja tersebut berada di sebelah utara iaitu di Chieng Mai. Kerajaan Ayuthia bertahan selama 400 tahun sebelum mengalami kejatuhan, ini menunjukkan bahawa kerajaan Ayuthia pada masa tersebut merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan utuh. Selepas kerajaan Sukhotai mengalami kemunduran kerajaan Ayuthia telah mengambil alih sebagai kuasa yang terunggul di sebelah utara negara Siam. Menurut Wood, kerajaan Ayuthia digambarkan digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang yang kuat kerana kawasan penaklukannya meliputi kawasan tengah hilir Sungai Menam, dan sebahagian kawasan Semenanjung Tanah Melayu yang berkemungkinan meliputi kawasan Utara Semenanjung kerana seperti yang diketahui Melaka hanya dibuka pada tahun 1400 oleh Parameswara manakala penaklukan yang dilakukan oleh Ayuthia adalah sekitar tahun1351
1
Betty Gosling, Sukhothai, Its History, Culture, and Art . Singapore, Oxford University Press, 1991, hlm. 3.
iaitu 50 tahun sebelum kewujudan Melaka. Kedua-dua kerajaan ini mempunyai perbezaan dari segi politik, ekonomi dan sosial masyrakatnya. Politik Kerajaan Sukhothai
Menurut Ian Mabbett dan David Chandler dalam buku The Khmers, pemerintahan kerajaan Thai yang bebas telah muncul di Lembah Chao Phraya. Kerajaan ini dikenali sebagai kerajaan Sukhotai. Kerajaan ini diyakini telah wujud pada pertengahan abad ke-13. 2 Tradisi bersejarah Thai telah menganggap kerajaan Sukhotai adalah sebuah kerajaan yang pertama di Thai. Jangka masa kerajaan ini adalah bermula pada abad ke-13 hingga ke abad 15. Semasa suku pertama dalam abad ke-13, pemerintah kerajaan Sukhotai telah menolak pengaruh Khmer dan seterusnya telah memulakan suatu pemerintahan yang bebas daripada belenggu kuasa-kuasa asing yang lain. Pemerintah yang pertama ialah Raja Si Indrathit dan seterusnya diteruskan oleh anaknya selaku pewaris tampuk pemerintahan iaitu Raja Ramkhamhaeng yang diyakini adalah terkenal sebagai seorang raja yang dinamik dan cekap pernah memerintah kerajaan Sukhotai. Hal yang berkaitan dengan kerajaan Sukhotai dapat juga diketahui melalui berdasarkan tulisan atau inskripsi pada batu yang bertarikh 1292 M. Terdapat kesukaran dalam inskripsi tersebut tetapi inskripsi tersebut menjadi sebahagian daripada sumber yang ada kaitan dengan sejarah kerajaan Sukhotai. Pengasas kerajaan Sukhotai adalah Sri Indraditya yang memulakan pemerintahan pada tahun 1238 M. Beliau telah mengekalkan kuasa di kawasan yang terletak di antara Sungai Nan dan Ping untuk tiga dekad berturut-turut. Raja Ramkhamhaeng adalah seorang yang mudah didampingi rakyatnya. Mengikut konsep pemerintahannya berdasarkan inskripsi batu bertahun 1292, beliau menggambarkan dirinya sbagai seorang raja yang memerintah rakyatnya seperti seorang bapa memerintah atau memimpin anaknya. 3 Baginda merupakan pemerintah yang ketiga kerajaan Sukhotai sekitar tahun 1278 M. 4 Segala permasalahan rakyat telah menjadi tumpuan utamanya dalam mengukuhkan politik yang diamalkan. Baginda memerintah atas takhtanya dan rakyatnya boleh mendapatkan pengadilan dengan membunyikan loceng hanya berada di luar kawasan istana. Contohnya, baginda mempunyai satu loceng yang digantung di hadapan pintu istana.
2
Ian Mabbett & David Chandler, (1995). The Khmers, Blackwell Publishers Ltd, United Kingdom, hlm. 212 Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , United States of America: ABC-CLIO, hlm. 1264 4 J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam , Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 4 3
Loceng ini bertujuan sebagai kemudahan kepada rakyat yang mempunyai masalah atau ingin mengadukan kepada baginda dengan cara membunyikan loceng tersebut. Setelah diadukan masalah, baginda akan menyelidik masalah tersebut serta membuat keputusan secara adil untuk kepentingan si pengadu. Berdasarkan kepada polisi yang dijalankan baginda dalam pemerintahannya, cara ini adalah satu langkah dalam memperkukuhkan kuasanya melalui sokongan rakyat serta menunjukkan keprihatinan baginda sebagai seor ang pemerintah kepada rakyatnya. Berdasarkan inskripsi yang ditemui itu, Raja Ramkhamhaeng tidak sekali-kali mengenakan bayaran cukai secara paksaan atas barang yang diperdagangkan kepada rakyatnya. Pada zaman pemerintahan baginda juga, huruf telah dicipta buat kali pertama, dan ai dicipta oleh Raja Ramkhamhaeng. Beliau telah menggalakkan penggunaan sistem penulisan Thai yang berasaskan Thai moden.5 Abjad tersebut telah digunakan selama 700 tahun tanpa hampir sebarang perubahan dilakukan ke at as huruf yang diperkenalkan. Baginda telah meminjam elemen tertentu daripada bahasa Burma dan Kampuchea. Abjad tersebut mengandungi 76 isyarat, 44 konsonan, dan 32 vokal. Pada zaman pemerintahannya, Sukhotai telah meningkatkan kuasa politiknya dan bangkit untuk menjadi pusat politik dan budaya kepada T’ai di Lembah Chao Phraya. Kejayaan ini dikaitkan dengan keupayaan, karisma dan sikap berdiplomasi Ramkhamhaeng. 6 Beliau telah membuktikan kehandalan dari segi ketenteraan sejak daripada usia 19 tahun. Pada usia ini, beliau telah membantu bapanya menentang kumpulan daripada Sot atau pada hari ini dikenali sebagai jajahan Tak yang telah menyerang Sukhotai semasa pemerintahan bapanya, Indradit. Ramkhamhaeng telah menamatkan persekutuan dengan Mangrai, pemerintah Lanna dan juga Pha Muang, pemerintah Phyao iaitu pihak yang sama-sama berkuasa dan kerajaan yang berjiran. Melalui perhubungannya dengan penganut agama Buddha, beliau telah mewujudkan hubungan perdamaian dengan Nakhon Si Thammarat, pelabuhan bandar yang berkembang maju di kawasan selatan. Melalui kepentingan terhadap perhubungan ini, membolehkan Sukhotai berpeluang menggunakan laluan perdagangan laut. Manakala kerajaan Mon, yang baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada Pagan, yang merupakan satu bahagian kerajaan di bawah Sukhotai telah berlaku hubungan perkahwinan antara Raja Mon dengan anak perempuan Ramkhamhaeng.7 Selain itu, Raja Ramkhamhaen adalah seorang yang mudah didampingi rakyatnya. Mengikut konsep pemerintahannya berdasarkan inskripsi batu bertahun 1292, beliau menggambarkan dirinya sbagai seorang raja yang memerintah rakyatnya seperti 5
Joe Cummings, Sandra Bao, Et al, (2003). Thailand , Malaysia: Lonely Planet Publications, hlm. 16 Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , United States of America: ABC-CLIO, hlm. 1263 & 1264 7 Ibid, hlm. 1264 6
seorang bapa memerintah atau memimpin anaknya. 8 Baginda merupakan pemerintah yang ketiga kerajaan Sukhotai sekitar tahun 1278 M. 9 Segala permasalahan rakyat telah menjadi tumpuan utamanya dalam mengukuhkan politik yang diamalkan. Baginda memerintah atas takhtanya dan rakyatnya boleh mendapatkan pengadilan dengan membunyikan loceng hanya berada di luar kawasan istana. Contohnya, baginda mempunyai satu loceng yang digantung di hadapan pintu istana. Loceng ini bertujuan sebagai kemudahan kepada rakyat yang mempunyai masalah atau ingin mengadukan kepada baginda dengan cara membunyikan loceng tersebut. Setelah diadukan masalah, baginda akan menyelidik masalah tersebut serta membuat keputusan secara adil untuk kepentingan si pengadu. Berdasarkan kepada polisi yang dijalankan baginda dalam pemerintahannya, cara ini adalah satu langkah dalam memperkukuhkan kuasanya melalui sokongan rakyat serta menunjukkan keprihatinan baginda sebagai seorang pemerintah kepada rakyatnya. Di bawah pemerintahannya juga, Ramkhamhaeng juga berupaya mengembangkan kawasan kerajaan Sukhotai meliputi Delta Chao Phraya, Luang Prabang di Laos dan sebahagian daripada Semenanjung Malaysia. 10 Pewaris yang seterusnya tidak berupaya mengekalkan kekuasaan politik khususnya terhadap peluasan kuasa dan kerajaan. Raja Mon tidak lagi mengakui kedaulatan Sukhotai. Suphanburi dan Phetburi di Delta Chao Phraya juga terpisah jauh daripada pemerintahan Sukhotai. Kesannya, saiz pemerintahannya telah menjadi semakin mengecil dan hanya mempunyai kuasa memerintah terhadap kawasan di sekitarnya sahaja. Keadaan ini menandakan permulaan kepada pengurangan kuasa politik kerajaan berlaku semasa Sukhotai dikenali sebagai kerajaan yang mempunyai penganut agama Buddha yang ramai. Pemerintahannya tamat pada tahun 1298 M. Setelah kematiannya, pewarisnya tidak berupaya meneruskan kuasa politik Sukhotai. Setelah kematiannya, kuasa Sukhotai ke atas kawasan pinggiran telah lenyap. Kesannya pada pertengahan abad ke-15 kerajaan Sukhotai telah ditawan oleh kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Ayudhya. 11 Raja yang terakhir dalam kerajaan Sukhotai ialah Mahadharma IV. 12
8
Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , United States of America: ABC-CLIO, hlm. 1264 9 J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam , Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 4 10 Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , United States of Amerika: ABC-CLIO, Inc, hlm. 1126 11 Ibid , hlm. 1127 12 Jacques Dumarcay & Michael Smithies, Cultural Sites of Burma, Thailand, and Cambodia , Oxford University Press, 1995, hlm. 58
EKONOMI
Sumber berhubung kegiatan ekonomi Sukhothai adalah terhad. Namun demikian, terdapat sumber menjelaskan secara ringkas berhubung perkembangan kegiatan ekonomi dalam kerajaan ini. J. David Day dalam bukunya “Thailand and The Kingdoms of Siam ” menyatakan jumpaan Batu Prasasti atau Inskripsi I yang bertarikh 1292M menggambarkan kegiatan ekonomi kerajaan Sukhothai yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Raja Ram Khamhaeng.13 Inskripsi berkenaan dikatakan merupakan spesimen terawal dalam tulisan bahasa Thai.14 Kandungan inskripsi tersebut menggambarkan bahawa pada tempoh pemerintahan Raja Ramkhamhaeng, kegiatan ekonomi di Sukhothai berkembang kepada pelbagai jenis kegiatan. Dalam masa yang sama juga, kandungan inskripsi yang dipahat adalah bertujuan untuk menunjukkan Sukhothai pada masa tersebut merupakan sebuah kerajaan yang terkenal dengan kebebasan dan kemakmurannya.15 Pada masa itu, penduduk Sukhothai telah mengamalkan ekonomi sara diri, berskala kecil dan lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian. Buktinya telah tercatat dalam Inskripsi I yang menyatakan bahawa terdapat ikan di sungai-sungai dan beras. 16 Catatan ringkas tentang adanya ikan di sungai ini telah menggambarkan sebilangan penduduk dalam kerajaan berkenaan bekerja sebagai nelayan. Selain itu, terdapat juga penanaman padi yang merupakan makanan asasi penduduk khususnya dan Asia Tenggara umumnya. 17 Betty Gosling dalam bukunya “Sukhothai Its History, Culture, and Art” menjelaskan terdapat aktiviti pertanian dan berkebun seperti menanam buah mangga, asam, nangka, dan sirih-pinang serta kelapa dijalankan di sekitar kota bertembok iaitu Sukhothai sebagai sumber makanan dan untuk mengindahkan sekitar kota berkenaan. 18 Hal ini menunjukkan penduduk Sukhothai menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi ataupun untuk memenuhi keperluan asas. Di samping itu, Inskripsi I turut menyatakan terdapatnya bekalan air bersih sebagai minuman serta dialirkan ke kawasan penanaman padi. 19 Terdapat peristiwa penting dalam kitaran pertanian iaitu berakhirnya musim hujan, pasang surut aliran air serta aktiviti penuaian padi akan dijalankan apabila padi sudah 13
J. David Day, Thailand And The Kingdoms Of Siam , Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn. Bhd, 1991, hlm. 4. Ibid,. 15 William Warren, Thailand Sketchbook: Portrait Of A Kingdom , Singapore: Didier Millet, 2002, hlm. 7. 16 Thailand in the 90s, Bangkok: National Identity Office of the Prime Minister, 1991, hlm 17 Ibid,. 18 Betty Gosling, Sukhothai Its History, Culture, and Art, Singapore: Oxford University Press Oxford New York, hlm 29. 19 Ibid,. 14
mencapai peringkat dewasa.20 Sempena dengan peristiwa tersebut, festival tahunan iaitu Festival Bulan Kedua belas diadakan setelah berakhirnya musim hujan di Sukhothai pada bulan Oktober dan November.21 Keadaan ini jelas menggambarkan penanaman padi dianggap penting sebagai sumber ekonomi masyarakat di Sukhothai sehinggakan diadakan festival untuk meraikannya. Namun begitu, menurut buku “Southeast Asia A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor” telah menyatakan bahawa Sukhothai bukan negara yang subur berbanding dengan kerajaan-kerajaan atau kerajaan lain di sebelah utara atau dataran delta Chao Phraya, kerana keluasan dataran rendahnya adalah terhad berbanding kawasan berbukit yang luas.22 Penanaman padi pula hanya ditanam mengikut keperluan tempatan sahaja. Hal ini menjelaskan mengapa Ram Khamhaeng mengadaptasi dasar perdagangan bebas sebagai pendekatan untuk menarik lebih banyak orang untuk menetap di Sukhothai untuk melakukan perdagangan.23
Sosial
Corak kehidupan masyarakat Sukhotai bersifat homogen semasa era pemerintahan Si Indradit. Kehidupan mereka saling bergantungan atas faktor pengaruh tradisi kebudayaan yang satu. Mereka akan senantiasa berpegang teguh dengan kepercayaan lama sekiranya pergi merantau ke Asia. Kegiatan seharian yang tersusun mewujudkan suasan kehidupan teratur di Sukhotai.24 Mereka menjalankan kegiatan seperti menanam padi, memburu, dan menangkap ikan sebagai satu keadah menyara diri dan meningkatkan hubungan sosial apbila keluar mencari rezeki secara bersama. Selain itu Si Indradit tidak lupa untuk meningkatkan sosial Sukhotai dengan Negara lain melalui ikatan perkahwinan sekaligus yang mewudkan hubungan murni dengan ketua 20
Ibid, hlm 32. Betty Gosling, Sukhothai Its History, Culture, and Art, Singapore: Oxford University Press Oxford New York, hlm. 32. 22 Ooi Keat Gin(edt.), Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , California :ABC Clio, hlm 1264. 23 Ibid,. 24 Betty Gosling. (1999).,Sukhotai,its History, Culture, and Art . New York: Oxford University Press, Oxford, New York.,Hlm 20. 21
pemerintah yang terlibat. Salah satu tinggalan Si Indradit untuk masyarakat Sukhotai ialah pembinaan sebuah biara kuil di Wat Mahathat. Wat Mahathat merupakan salah satu pusat rohani yang tertua di Sukhothai dan merupakan pusat kuil kerajaan dan biara Buddha yang paling penting di Asia Tenggara. Meskipun sebahagian besar kehancuran akibat daripada kerosakan peperangan dan kesan daripada pelbagai aspek, Wat Mahathat tetap penting sebagai pusat keagamaan yang paling cemerlang. Kemajuan yang dicapai kerajaan Sukhotai dari sudut sosial berkembang pada pemerintahan Rama Kamheng. Walaupun Rama Kamheng mengangkat saivisme Khmer (satu daripada empat mazhab yang paling banyak diikuti agama Hindu) dan budaya Lingga yang lengkap dengan semua peralatan dalam kerajaannya, Brahman tetap berfungsi semasa pemerintahannya. Rama Kamheng mengekalkan organisasi sami-sami
Brahman di
Mahkamah. Organisasi tersebut diberi tanggungjawab untuk menasihatinya berkaitan hal ehwal tataurus negara, aspek-aspek teknikal, mengawal selia kalender dan horoskop, serta menguruskan perjalanan festival berayun. Hal ini jelas menunjukkan Rama Kamheng telah mengangkat taraf kedudukan sosial
Brahmin sehingga disegani oleh masyarakat kerana
mempunyai pengaruh yang luas dibidang agama. Bandar utama kerajaan Sukhotai dipenuhi biara yang mengindahkan seni bina serta mengangkat kebudayaan Thai yang bermula dengan pengaruh Sri Lanka. Prasasti
Rama
Kamhaeng
memberi
gambaran
bahawa
kerajaan
Sukhothai
pimpinannya mengutamakan keadilan dan kemakmuran negeri disebabkan agama Budha Pali yang bercorak fahaman Sinhala dijadikan
agama rasmi bagi masyarakat Sukhotai.
Sungguhpun begitu, masyarakat Sukhotai juga mempercayai unsure animisme. Mereka percaya akan Khao Luang,iaitu sebuah bukit di Sukhotai mampu memelihara keamanan negeri daripada ditimpa bencana. Menurut mereka, bukit tersebut ditunggu oleh hantu yang paling penting dalam negeri iaitu Pra Khap. Dari sudut kesenian pula,
Rama Kamheng
membina patung-patung penguasa yang menjadi simbol semangat atau roh kepada masyarakat Thai. Perkembangan bahasa juga bermula dalam pemerintahan Rama Kamhaeng ketika masyarakat di Sukhothai terdiri daripada orang Mon dan Khmer.Rama Kamheng mendapat ilham untuk menulis bahasa Thai pada tahun 1283. Tujuannya adalah membentuk satu bahasa rasmi bagi membolehkan rakyatnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer. Rama Kamheng menulis secara logik, konsisten dan mudah untuk dibaca. Ejaan yang digunakan
dalam bentuk standard sistem sebutan yang diguanakan menunjukkan nada yang berbeza. Ini dapat membentuk satu sebutan yang indah dalam setiap baris. 25 Lo Tai yang menggantikan bapanya Rama Kamheng dikatakan memulakan zaman kemerosotan Sukhotai. Namun begitu, dia turut menyumbang terhadap agama Buddha dan membina banyak tapak kaki Buddha (Buddhapada) yang dicedok ideanya seperti contoh Kemuncak Adam di Sri Lanka. Sifat alimnya itu mebuatkannya mendapat jolokan gelaran Dharmaraja. Pemerintahan Lo Tai disambung anaknya Lu Tai yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ilmu agama Buddha. Sumbangannya dalam agama Buddha dapat dilihat dalam karya Traiphum Ruang, sebuah kajian tentang kosmos Buddha yang masih lagi terdapat masa kini. Dia digambarkan dalam sebuah prasasti sebagai seorang yang mulia. 26 Dia juga baik berlaku adil kepada semua rakyatnya. Apabila dia melihat orang memiliki beras, dia tidak berkehendak untuk memilikinya. Kekayaan yang ditonjolkan oleh seseorang juga tidaklah membuatkannya untuk merasa dengki. Dia juga dikatakan memiliki sifat pengampun kepada musuh yang cuba bersikap biadap, menipu atau membubuh racun dalam makanan, kesemuanya itu tidaklah menjadi sebab utama bagi dirinya menyimpan sebarang dendam. Mengapa hal sedemikian boleh berlaku kepada diri Lo Tai? Jawapannya dia ingin menjadi seorang Buddha supaya dapat membawa semua makhluk ke seberang lautan penderitaan. Jadi gambaran prasasti terhadap watak Lo Tai yang suka merendah diri mencerminkan dia seorang yang suka bertoleransi dengan rakyatnya dalam apa jua keadaan. 1.0 Perkembangan Politik Ayuthia
Kerajaan Ayuthia merupakan sebuah kerajaan yang utuh samada dari aspek politik, ekonomi dan ketenteraan. Ini dapat dilihat melalui penaklukan yang dilakukan oleh pemerintah Ayuthia sendiri. Kerajaan Ayuthai semasa pemerintahan Ramathibodi telah menjadi sebuah kerajaan yang amat aktif melakukan penaklukan di kawasan sekitarnya. Setelah Ramathibodi meninggal dunia beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Putera Ramesuen pada tahun 136927. Pada zaman pemerintahn Ramesuen tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh putera raja ini kerana beliau tidak disukai oleh rakyat, pada masa yang sama kekacauan telah berlaku didalam negaranya dan beliau tidak mampu untuk mengatasinya. Pada tahun 1370
25
Betty Gosling. (1999).,Sukhotai,its History, Culture, and Art . New York: Oxford University Press, Oxford, New York. Hlm 29. 26 D.G.E Hall,. (1981) Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm, 216. 27 . D.G.E. Hall.(1987) Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 218
belaiau telah menyerahkan takhta kepada bapa saudaranya yang bernama Boromoraja 1 untuk memerintah Ayuthia. Pada zaman pemerintahan Boromoraja, Ayuthia menjadi sebuah kerajaan ayang unggul kerana Boromoraja telah melakukan pelbagai perubahan termasuklah menumpukan semula terhadap dasar perluasan kuasa untuk menguasai kawasan hulu lembah Sungai Menam. Boromoraja telah menjalankan beberapa perubahan dengan menyekat kebangkitan Sukhotai dan juga telah memasukkan Sukhotai sebagai kawasan naungannya. Walaupun begitu dasar penaklukan kerajaan Ayuthia yang melampaui jauh ke sebelah utara telah menimbulkan kemarahan sebuah lagi kerajaan yang amat terkenal pada masa tersebut iaitu Chieng Mai28. Kerajaan Ayuthia mengalami perubahan lagi setelah Boromoraja 1 yang memrintah itu telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh anaknya yang baru saja berusia lima bela s tahun tetapi telah dibunuh oleh Ramasuen iaitu anak Ramathibodi 1 yang pernah menjadi Raja Ayuthia sebelum ini 29. Situasi ini semestinya telah membantutkan perkembangan kerajaan Ayuthia pada masa tersebut kerana Ramasuen seperti yang diketahui tidak disukai oleh rakyat jelata dan ini pastinya akan menimbulkan kesulitan kepada pemerintahannnya. Dari tahun 1395 hingga 1408 Siam atau Ayuthia tidak mempunyai apa-apa tentang catitan sejarahnya, walaupun diketahui tentang ada pemerintah yang menjadi raja dan memerintah negara tersebut30. Selepas kematian Boromoraja 1 tidak banyak kisah tentang pemerintah selepasnya diketahui kecualilah pada 1424 apabila pemerintah pada masa tersebut mati dan meninggalkan tiga oranag putera. Pergaduhan tercetus antara dua putera yang paling atas bagi melihat siapa yang paling layak untuk menjadi pemerintah tetapi selepas berlakunya pertempuran, kedua-dua orang putera telah mati terbunuh dan telah dilantik putera yang bongsu untuk menerajui takhta. Anak bongsu kepada Intaraja ini memakai gelaran Boromoraja 11 yang memerintah dari tahun (1424-1428) . Boromoroja telah melaksanankan pendekatan untuk menakluk Kemboja tetapi usaha beliau itu gagal kerana menghadapi tentangan daripada Kerajaan Kemboja yang berpusat di Angkor itu. Selain itu perkembangan yang berlaku ke atas kerajaan Ayuthia mendorong Boromoraja 11 mengubah dasar 28
Ibid.hlmn 219.
30
Ibid. hlmn 220
pentadbirannya dengan cuba menyatupadukan negeri-negeri yang berada di seluruh Siam 31. Boromoraja mengambil langkah penting dengan menhantar anaknya mejadi gabenor di Pitanulok iaitu ibu negeri bagi kerajaan Sukhotai. Langkah ini penting bagi menyatupadukan masyarakat Siam bagi menhalang musuh- musuh sekitar mereka yang cuba menjalankan imperialisme. Pada tahun 1448 akibat daripada kematian Boromoraja Putera Ramesuen iaitu anak kepad Boromoraja 11 diangkat menjadi pemerintah Ayuthia dengan memakai gelaran Bromo Trailokanat (1448-1488) atau lebih lagi dikenali dengan gelaran Trailok. Pada zaman pemerintahan Trailok inilah yang telah banyak membawa perubahan kepada kerajaan Ayuthia. Trailok telah melaksanakan sistem pentadbiran pusat iaitu dengan meletakkan semua kawasan pemerintahanya kepada satu pentadbiran yang berpusat di Ayuthia. Keadaan ini memudahkan Trailok untuk mentadbir bagi semua wilayah di dalam kekuasaanya. Walaupun begitu wilayah-wilayah itu masih menjalankan pentadbiran sendiri namun perlu melalui pentadbiran pusat. Selain itu Trailok juga telah menyusun semula pentadbiran kerajaan pusat32. Trailok
menubuhkan beberapa jabatan bagi membantunya dalam
pentadbiran. Selain itu trailok telah merombak semula sistem tanah yang diberikan kepada rakyat. Kerajaan Ayuthia mengalami pelbagai perubahan yang amat ketara dibawah pemerintahan Trailok. Selain itu Trailok juga membawa perubahan kepada kerajaan Ayuthia iaitu dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China 33. Walaupun Trailok mengadakan hubungan diplomatik dengan China, namun beliau kurang berpuas hati dengan tindakan China yang menjadikan Melaka sebagai naungannya. Dasar perluasan kuasa yang diteruskan oleh Trailok sejak dari zaman moyangnya lagi telah menimbulkan persengketaan yang memanjang antara kerajaan ayuthia dan kerajaan Chieng Mai. Persengketaan yang berlaku ini juga telah mewujudkan lagi sebuah negeri baharu yang muncul dengan nama kerajaan Laos yang bebas di lan ch’ang. Tidak dilupakan juga pada masa tersebut pengaruh agama amat penting sehinggakan sejarawan telah menyebut yang Raja Ayuthia iaitu Trailok telah mencukurkan kepalanya dan menjadi sami disebuah tokong. Ini menunjukkan pengaruh agama Buddha dalam kerajaan Ayuthia amat kuat sehinggakan rajanya sanggup menjadi sami. Selepas empat ratus tahun kerajaan Ayuthia bertahan, akhirnya kerajaan agung yang
31
Ibid hlmn 221
33
Abdul rahman hj Abdullah. (1985) Asia tenggara tradisional politik dan k ebudayaan. Kuala lumpur: Teks publishing sdn bhd hlmn 21
terletak di utara Bangkok ini telah jatuh akibat daripada kekalahan dalam peperangan dengan Burma34. 2.0 Ekonomi
konsep sistem ekonomi berteraskan alam iaitu hasil pemburuan dan memungut makanan di mana-mana sahaja. Sistem ekonomi asli ini amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan Buddha yang mana hasil-hasil akan dikurniakan oleh tuhan. Selain itu sistem ekonomi juga berkait rapat dengan sistem agama Buddha iaitu falsafah Theravada yang menyatakan kehidupan manusia itu tidak kekal dan penuh dengan kesengsaraan dan matlamat setiap kehidupan adalah untuk dikecualikan dari kesengsaraan dan terus memasuki nipphan (nirwana) untuk mengumpulkan Bun (pahala) sebanyak yang mungkin. Keadaan ini dapat dilihat apabila rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung wat yang memerlukan sumbangan bagi menampung kehidupan sami-sami 35. Situasi ini pastinya bukan rasional kepada rakyat di Ayuthia kerana kebanyakkan penduduk di Ayuthia hanyalah menjalankan aktiviti pertanian. Sistem ekonomi masyarakat Siam di Ayuthia tidak dapat dipisahkan daripada agama kerana mereka beranggapan pekerjaan yang dilakukan itu perlu disembah kepada sami bagi mendapat keberkatan dari sami agar pekerjaan yang dilakukan itu tidak mendapat bencana. Selain itu dapat dilihat juga perniagaan patung-patung buddha atau lambang suci hindu-buddha yang dibawa dari negara Cina bagi tujuan penyembahan, ini pastinya menggalakkan lagi perdagangan dan memantapkan lagi sistem ekonomi ayuthia. Bukan patung sahaja yang diperdagankan tetapi juga kayu gaharu dan cendana bagi upacara sembahyang oleh mereka. SOSIAL AYUTHIA
Sebenarnya, raja Ayuthia berhasrat untuk memusatkan kekuasaan mereka dan meningkatkan kecekapan kerajaan dengan meninjam atau menggunapakai banyak sistem pentadbiran dari Kemboja. Sehingga ke abad ke-15, raja-raja Thai yang kuat telah berusaha untuk berkuasa dan menguasai keseluruhan kawasan atau wilayah yang berada di sekitar Ayuthia. 36 Dalam konteks perkembangan sosial, ianya telah berkambang dengan pesatnya terutamanya setelah
34
Gilbert khoo. (1978 ) Sejarah asia tenggara sejak tahun 1500. selangor: penerbit fajar bakti, petaling jaya, 1978. hlmn 105 35 Ibid. hlmn 15 36 Daniel George Edward Hall. (1981). History of South East Asia. London : The Macmillan Press. Hlm 48.
Trailok atau juga dikenali sebagai Bromo Trailokanat (1448-1488) iaitu putera kepada Boromoraja II yang mangkat itu diangkat menjadi pemerintah. 37 Trailok telah melaksanakan sistem pentadbiran pusat iaitu dengan meletakkan semua kawasan pentadbirannya di bawah satu pentadbiran iaitu semua kawasan di bawah pengaruh Ayuthia diperintah dan disatukan di bawah satu pengurusan. Ketika pemerintahan Trailok, pengaruh agama sangat dominan dalam masyarakat Ayuthia yang mana masyarakatnya menganut agama Buddha. Para sejarawan telah menyebut bahawa raja Trailok telah mencukurkan kepalanya dan menjadi sami di sebuah tokong.38 Akibat daripada pengaruh agama yang sangat dominan dalam masyarakat ini, wujudnya pengkelasan ataupun status sosial dalam masyarakat ini menurut sistem piramid.39 Menurut sistem ini, masyarakat di Ayuthia disusun kepada beberapa lapis iaitu raja merupakan orang yang berada di lapisan teratas
dan merupakan ketua atau seorang yang mengepalai
kerajaannya. Di bawah raja, adalah golongan Nai atau juga dikenali sebagai bangsawan atau pembesar. Seterusnya golongan Phrai Soma atau juga dikenali sebagai rakyat biasa, Phrai Luang atau juga dikenali sebagai rakyat biasa yang dikuasai oleh raja kerana tidak berdaftar, dan lapisan paling bawah adalah diduki oleh golongan hamba. Pengkelasan masyarakat ini adalah sangat penting kepada golongan teratas terutamanya kepada raja. Hal ini kerana sekiranya seorang raja mampu menguasai ramai Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi sangat berkuasa dan dapat mempertahankan kerajaannya. Sistem hierarki atau piramid ini ditentukan oleh konsep yang terdapat dalam agama Buddha iaitu konsep bun (pahala) dan bab (dosa). Ianya berdasarkan kitab agama Buddha iaitu rakyat percaya bahawa kedudukan dan kehidupan seseorang itu setelah mati adalah ditentukan oleh perlakuannya semasa hidup. Kepercayaan yang kuat terhadap agama telah membuatkan masyarakat Ayuthia terikat dengan sistem piramid dan selagi golongan raja menguasai golongan Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi seorang pemerintah yang kuat dan dapat membina pemerintahan yang utuh. 40
37
Abdul Rahman Bin Hj Abdullah. (1985). Asia Tenggara; Tradisional, Politik dan Kebudayaan. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. Hlm 21. 38 Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 222. 39 Thawatt Mokhrapong. (1987). Sejarah Revolusi Thai; Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 13. 40 Ibid . Hlm 13.
Ayuthia telah
menjalankan
hubungan diplomatik
dengan
pulau-pulau
yang
menyokong kepulauan Indonesia seperti kepulauan Acheh, Jambi, Banten, Palembang dan Riau. Ayuthia juga telah menjalankan perhubungan diplomatik dengan negara-negara yang menyokong Asia Selatan seperti Bengal, Golkonda dan juga empayar Mughal. 41 Hubungan diplomatik yang telah dijalankan ini telah memberikan Ayuthya meluaskan pasaran perdagangannya dan seterusnya meningkatkan perhubungan dengan kuasa-kuasa yang lain. Semasa pemerintahan Raja Trailok, beliau telah menjalankan satu langkah yang menarik iaitu mengawal peringkat-peringkat Sakdi Na. Sejak dari zaman berzaman lagi di dalam masyarakat Thailand, tiap-tiap orang boleh memiliki tanah ,tetapi tanah yang boleh dimiliki
itu
adalah
berdasarkan
kepada
kedudukan
seseorang
itu
dalam
sistem
masyarakatnya. Namun, setelah Raja Trailok memerintah Ayuthia, beliau telah merombak sistem ini dan beliau telah memperkenalkan satu sistem dan undang-undang baru. Undangundang tersebut adalah berkaitan dengan taraf atau kedudukan kelas-kelas bagi masyarakatnya. Undang-undang ini juga dengan jelas menentukan keluasan tanah yang boleh dimiliki oleh seseorang individu tersebut. Undang-undang tanah tersebut adalah, bagi kelas yang paling rendah, mereka boleh memiliki tanah sehingga 10 ekar sahaja, dan untuk seorang Cao Pya, mereka boleh memiliki keluasan tanah sehingga 4000 ekar. 42 Bagi pegawai-pegawainya pula, sebelum sistem pembayaran gaji diperkenalkan sebelum akhir abad ke-19 dahulu, peraturan Sakdi Na yang diperkenalkan ini menentukan hasil pendapatan mereka, iaitu tiap-tiap seorang pegawai akan menerima tanah mengikut keluasan yang ditetapkan oleh Sakdi Na. Oleh itu, kehidupan seharian mereka adalah bergantung kepada hasil daripada tanah tersebut. Selain itu, Raja Trailok juga telah membuat satu pembaharuan sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1488 iaitu dengan mewujudkan satu jawatan yang digelar Maha Uparat. Orang pertama yang dilantik bagi jawatan ini adalah putera Jatta, iaitu anak beliau sendiri. Maha Uparat ini mempunyai hak-hak yang tersendiri iaitu mempunyai separuh daripada hak daripada yang dimiliki oleh raja yang memerintah. Maha Uparat juga dianugerahkan tanah yang mana sepuluh kali lebih luas berbanding dengan luas tanah yang diberi kepada pegawai yang tertinggi dalam kerajaan negeri itu. Anugerah seperti ini 41
Kennon Breazeale. (1999). From Japan to Arabia: Ayutthya’s Mari time Relations with Asia. Bangkok : The Foundation for The Promotion Of Social Science and Humanities Text Book Project. Hlm 1. 42 Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 223.
biasanya dianugerahkan kepada anak-anak raja sulung. Namun, disebabkan putera Jatta ini bukan anak raja yang sulung, adalah dipercayai bahawa Raja Trailok ingin membahagikan pentadbiran negeri tersebut kepada dua ibu kotanya iaitu Ayuthia dan Pitsanulok. Namun, Raja Trailok telah meninggal sebelum rancangan tersebut sempat dijalankan dan pemerintahan Trailok telah diambil alih oleh anak sulung beliau yang telah menggunakan gelaran Boromoraja III yang telah memerintah bermula tahun 1488 sehingga 1488. Putera Jatta tetap menjawat jawatan Maha Uparat dan di Pitsanuluk telah dilantik seorang gabenor bagi menguruskan pentadbirannya dan setelah itu, Ayuthia ini telah menjadi Ibu kota siam semula. Perkembangan sosial Ayuthia berkembang selari dengan perkembangan wilayah ini dalam aspek politik dan juga ekonomi. Perkembangan dari segi sosial banyak berlaku dan dicatatkan semasa pemerintahan Raja Trailok, iaitu raja yang memerintah kerajaan yang berpusat di Ayuthia ini selama 44 tahun iaitu bermula dari tahun 1488 sehingga tahun 1488. Semasa pemerintahan trailok ini, banyak pembaharuan dan peningkatan yang telah dilakukan dari aspek undang-undang dan sistem pemerintahan bagi melicinkan pemerintahan di Ayuthia. Antara perkara yang dilakukan semasa pemerintahan Trailok adalah dengan mewujudkan lebih banyak hubungan diplomatik dengan wilayah-wilayah di sekitarnya. Beliau
turut
menyusun
dan
memperkemaskan
lagi
sistem
pentadbiran
dengan
memperkenalkan peraturan Sakdi Na, iaitu dengan menetapkan keluasan tanah yang diberikan kepada rakyatnya dan mengkelaskan taraf sosial rakyatnya melalui keluasan tanah yang dimiliki oleh seseorang. Perkembangan sosial ini telah menyebabkan pemerintahan Ayuthia menjadi licin dan semakin berkembang pesat dan selepas kematian Raja Trailok ini, beliau telah digantikan oleh anak beliau yang menggunakan gelaran Boromoraja III. KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebangkitan Kerajaan Sukhothai adalah disebabkan oleh tekanan yang wujud akibat tentangan yang diberikan oleh Kerajaan Khmer. Untuk membolehkan Kerajaan Sukhothai ini terus bertahan, pemerintah Kerajaan Sukhothai telah mengadakan hubungan diplomasi dengan kerajaan jiran yang kuat untuk mengelakkan tekanan dan serangannya. Sebagai contohnya, semasa Kerajaan Sukhothai berada dibawah pemerintahan Ram Kamhaeng menjaga hubungannya dua kerajaan terkuat Siam pada waktu itu iaitu Kerajaan Lan Na dan Kerajaan Phayao.43 Selain itu, untuk menjaga kepentingan ekonomi dan 43
J. David Day, Thailand And The Kingdom Of Siam. Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn. Bhd., 1991, hlm. 5 .
perdagangannya pula, Ram Kamhaeng telah menjalinkan hubungan baiknya dengan China secara konsisten.44 Namun, selepas kematian Ram Kamhaeng, pemerintah selepasnya seperti Loethai dan Luthai lebih mengambil berat dalam urusan yang berkaitan dengan keagamaan. Disebabkan itu, aspek pentadbiran yang lain seperti aspek ketenteraan dan pemerintahan diabaikan. Bukti pengabaian ini kita dapat lihat dengan jelas apabila zaman pemerintahan Luthai, Sangha telah mendominasi kuasa pemerintahan Sukhothai dan golongan kerabat diraja kehilangan peranan sebagai pemerintah negara. Kerajaan Sukhothai pada waktu ini telah dikenali sebagai The Cit y Of Dharma kerana dipenuhi dengan relik, biara dan monumen Buddha. Apabila hal sedemikian wujud, maka terdapat golongan yang tidak berpuas hati memberontak. Manakala, masyarakat siam di ayuthia lebih kepada pengaruh agama buddha theravada yang dibawa dari vietnam, walaupun sebelum ini pengaruh buddha mahayana lebih meluas. Agama buddha theravada telah membawa pelbagai kesan terhadap kemunculan kerajaan ayuthia sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1767 yang membawa kepada peninggalan penubuhan negara siam moden.Pengaruh buddha amat jelas sekali dalam bidang politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan di ayuthia. Pengaruh yang dibawa ini telah membawa kerajaan ayuthia menjadi sebuah kerajaan yang kukuh sebelum mengalami kejatuhan pada abad ke-18. Dapat dilihat disini bahawa kerajaan ayuthia mengalami zaman kemajuannnya sebelum mengalami kejatuhannya pada tahun 1767 seterusnya membawa kepada penubuhan negara siam moden yang diasaskan oleh phya taksin sebelum diambil alih oleh jeneral chakri.
44
Ibid ,
BIBLIOGRAFI
Abdul rahman hj Abdullah. (1985) Asia tenggara tradisional politik dan kebudayaan. Kuala lumpur: Teks publishing sdn bhd . Betty Gosling, Sukhothai, Its History, Culture, and Art . Singapore, Oxford University Press Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Ian Mabbett & David Chandler, (1995). The Khmers, Blackwell Publishers Ltd, United Kingdom J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam, Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Joe Cummings, Sandra Bao, Et al, (2003). Thailand , Malaysia: Lonely Planet Publications Jacques Dumarcay & Michael Smithies, Cultural Sites of Burma, Thailand, and Cambodia, Oxford University Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor , United States of America: ABC-CLIO Thailand in the 90s, Bangkok: National Identity Office of the Prime Minister Thawatt Mokhrapong. (1987). Sejarah Revolusi Thai; Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
William Warren, Thailand Sketchbook: Portrait Of A Kingdom, Singapore: Didier Millet, 2002
KURSUS: HSA 3023 - ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18
PENSYARAH: DR. ADNAN BIN JUSOH SOALAN: 04 TAJUK TUGASAN KUMPULAN:
Bandingkan perubahan atau kemajuan yang dicapai oleh kerajaan Ayuthia dan Sukhotai dari aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakatnya GROUP: A AHLI KUMPULAN:
MOHD HAKIMI BIN HASSAN KHAIRIN BIN SHAREP MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD MOHD JASMI BIN JOHARI
: D20112052057 :D20112052048 :D20112052063 :D20112056401 :D20112052046
Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan