FORMAT AKAUN PENGELUARAN TINGKATAN 5 SPMFull description
rujukan buka akaunFull description
Full description
Full description
contoh je...Full description
Full description
geografi stpm...Full description
slide teknik menjawab
Bab 7 : Aset
Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI ) Susut Nilai – Kejatuhan nilai aset tetap dalam tempoh penggunaan. Tujuan Pengiraan Susut Nilai Susut nilai – belanja perniagaan yang perlu dicaj terhadap hasil perniagaan untuk dapatkan untung bersih yang tepat. Tujuan Peruntukan Susut Nilai – dana syarikat dapat diketepikan untuk membolehkan aset tetap berkenaan digantikan pada akhir hayatnya. Aset tetap ditunjukkan mengikut nilai buku pada akhir tempoh perakaunan. Sebab-Sebab Susut Nilai Berlaku 1. Kereputan fizikal – Contoh: Kenderaan dan mesin mempunyai usia yang terhad seperti kereputan fizikal, kerosakan dan kurang cekap. 2. Pergerakan masa – Contoh: Aset tetap seperti harta pajakan yang diperoleh untuk tempoh 20 tahun mempunyai nilai yang sentiasa berkurangan dgn perjalanan masa. 3. Aset menjadi usang – Contoh : Teknologi baru boleh mengeluarkan mesin yang ada daya pengeluaran yang lebih tinggi. Kesan – aset jadi usang dan nilai merosot. Pengiraan Susut Nilai
1. Kos Aset Tetap
Kos aset tetap termasuk belian dan segala perbelanjaan yang dibuat untuk memperoleh aset tetap. Contoh: yuran guaman, kos angkutan, pemasangan aset tetap.
2. Nilai Skrap Nilai skrap adalah nilai jualan atau nilai bakian aset tetap pada akhir usianya. Nilai skrap aset tetap ditolak dari harga kos & nilai yang didapati boleh disusutkan & diperuntukkan atas usia aset tersebut. 3. Usia Berguna Usia berguna sebuah aset tetap hendaklah dibezakan dari usia fizikalnya. Contoh: Aset tetap digunakan 5 tahun walaupun usia fizikal 10 tahun. Usia berguna merupakan tempoh aset tetap tetap digunakan sehingga digantikan atau dilupuskan. Dalam pengiraan susutnilai, nilai aset tetap diperuntukkan atas usia bergunanya dan bukan atas usia fizikal. Kaedah-Kaedah Untuk Menyusutnilaikan Aset Tetap 1. 2. 3. 4. 5.
Kaedah garis lurus (kaedah ansuran tetap). Kaedah baki berkurangan Kaedah penilaian semula Kaedah jumlah angka tahun Kaedah unit pengeluaran
1
Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina Yahya
Bab 7 : Aset
Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
1. Kaedah Garis Lurus ( Kaedah Ansuran Tetap ) Dalam kaedah ini – satu kadar yang tetap dikenakan atas kos asal tetap untuk menyusutnilaikan aset tetap tersebut. Caj susut nilai sama banyak dikenakan setiap tahun.
Caj Susut Nilai Tahunan = Kos Asal – Nilai Skrap Usia Berguna Catatan dalam buku mengikut kaedah garis lurus.
Dt Ak. Belanja Susut Nilai Kt Ak. Peruntukan Susut Nilai 2. Kaedah Baki Berkurangan Dalam kaedah ini – satu kadar yang tetap dikenakan ke atas nilai bersih aset tetap untuk menyusutnilaikan aset tetap tersebut. Caj berkurangan pada setiap tahun.
Caj Susut Nilai Tahunan = Nilai Bersih Aset Tetap x Kadar Susut Nilai Catatan dalam buku mengikut kaedah baki berkurangan.
Dt Ak. Belanja Susut Nilai Kt Ak. Aset Tetap 3.
Kaedah Penilaian Semula Kaedah ini - sesuatu aset tetap disusutnilaikan berdasarkan nilai semasa. Caj susut nilai dikirakan dengan membandingkan nilai aset tersebut pada akhir tahun kewangan dan nilai pada awal tahun.
4. Kaedah Jumlah Angka Tahun Caj susut nilai dikirakan berdasarkan kepada angka-angka usia aset tetap yang dikira pada awal setiap tahun.
Angka usia untuk tahun berkenaan x ( Kos – Nilai Skrap) Jumlah angka usia 5. Kaedah Unit Pengeluaran Sebahagian aset tetap . Contoh: mesin pengeluaran @ lori pengangkutan, kaedah yang dianggap paling sesuai untuk menyusutnilaikan berasaskan unit-unit pengeluaran atau jarak perjalanan.
2
Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina Yahya
Bab 7 : Aset
Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
ASET SEMASA SEKURITI BOLEH PASAR Definisi sekuriti – meliputi semua bon kerajaan atau saham yang dipegang untuk tujuan menghasilkan pendapatan dalam bentuk faedah atau dividen. Sekuriti boleh pasar – sekuriti yang boleh dijual melalui pasaran saham dan nilainya mengalami flaktuasi. Syarikat biasanya mempunyai tunai tetapi tidak diperlukan sekarang tetapi hanya akan digunakan kemudian untuk tujuan operasi semasa. Untuk mendapatkan hasil daripada faedah atau dividen, lebihan tunai ini boleh dilaburkan di dalam sekuriti boleh pasar seperti bon atau saham sebuah syarikat lain. Sekuriti boleh pasar merupakan salah satu pelaburan jangka pendek. Ia boleh ditukarkan kepada tunai dengan notis yang pendek dan secara umumnya dianggap sama cairnya seperti tunai. Sekuriti boleh pasar dibahagikan kepada sekuriti hutang boleh pasar (seperti bon atau nota boleh bayar) dan sekuriti ekuiti boleh pasar (seperti saham terutama atau saham biasa ). Penilaian Sekuriti Boleh Pasar Pelaburan yang dibuat oleh perniagaan dalam bentuk bon atau saham biasa dinilaikan pada kos. Penilaian:a) Sekuriti boleh pasar yang mengalami flaktuasi harga – penilaian berdasarkan harga kos terendah atau harga pasaran. b) Seperti inventori, sekuriti boleh pasar dinilaikan pada kos atau nilai pasaran (yang mana lebih rendah untuk mengambilkira kerugian disebabkan kejatuhan harga pasaran). Catatan Dalam Buku a) Merekod pelaburan
Dt Ak. Pelaburan Kt Ak. Tunai b) Merekod dividen yang diterima
Dt Ak. Tunai Kt Ak. Dividen Pelaburan
3
Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina Yahya
Bab 7 : Aset
Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
ITEM-ITEM BELUM TERIMA Definisi Item belum terima merupakan hutang yang belum dijelaskan oleh pelanggan. Meliputi aset dalam bentuk penghutang, bil perintah belum terima dan nota janji belum terima wujud daripada urusniaga jualan kredit. Perbincangan akan ditumpukan kepada item belum terima jangka pendek sahaja iaitu di bawah aset semasa. JENIS-JENIS ITEM BELUM TERIMA 1. Akaun Belum Terima Wujud apabila barang niaga dijual secara kredit oleh perniagaan. Amaun yang boleh dituntut daripada pelanggan berkenaan atas jualan kredit
Dt Ak. Belum Terima Kt Ak. Jualan 2. Hutang Lapuk Hutang lapuk – amaun yang tidak dapat dikutip daripada pelanggan disebabkan muflis, meninggal dunia atau tidak dapat dikesan. Merupakan kerugian atau belanja perniagaan.
Dt Ak. Hutang Lapuk Kt Ak. Belum Terima 3. Peruntukan Hutang Ragu Hutang ragu – hutang tidak dapat dikutip pada tempoh perakaunan akan datang tetapi amaunnya tidak dapat dipastikan pada tempoh semasa. Peruntukan hutang ragu – anggaran yang dibuat ke atas akaun belum terima yang tidak dapat dikutip berasaskan pengalaman kutipan yang lepas.
Dt Ak. Untung Rugi Kt Ak. Peruntukan Hutang Ragu Kaedah Penentuan Peruntukan Hutang Ragu:a) Peratusan Jualan Kaedah yang biasa digunakan dalam menganggarkan akaun yang tidak boleh dikutip. Mengikut kaedah ini, peruntukan hutang ragu dikira sebagai peratusan ke atas jualan kredit. b) Peratusan Penghutang Mengikut kaedah ini, anggaran peruntukan hutang ragu dibuat berdasarkan baki ke atas penghutang. c) Pengusiaan Penghutang Hutang ragu dikirakan berasaskan kepada tempoh hutang belum dijelaskan. Ia adalah berdasarkan kepada premis bahawa lebih lama tempoh sesuatu hutang belum dijelas, lebih besar kemungkinan hutang ini tidak akan dijelas. d) Kaedah Pengenalan Hutang ragu dikira dengan mengenal pasti penghutang yang mungkin tidak akan menjelas hutangnya. Contoh: mengenal pasti penghutang yang mengalami masalah kewangan dan cuba elakkan pembayaran hutang.
4
Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina Yahya
Bab 7 : Aset
Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
4. Peruntukan Diskaun Diberi Definisi – amaun yang diketepikan untuk mengambil kira diskaun yang mungkin akan diberi pada tahun akan datang tetapi amaunnya tidak dapat dipastikan pada tahun semasa.
Dt Ak. Untung Rugi Kt Ak. Peruntukan Diskaun Diberi 5. Bil Belum Terima ( Bil Perintah ) Digunakan – apabila barang niaga dijual secara kredit, biasanya kepada pelanggan asing. Dokumen perundangan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh penjual yang berkehendakkan pembeli bayar wang pada sau tarikh tertentu. Catatan dalam buku I. Merekod jualan kredit
Dt Ak. Penghutang Kt Ak. Jualan II. Merekod bil yang diterima oleh pembeli
Dt Ak. Bil Belum Terima Kt Ak. Penghutang III. Merekod penjelasan yang dibuat
Dt Ak. Buku Tunai Kt Ak. Bil Belum Terima
6. Nota Belum Terima ( Nota Janji Bayar ) Definisi – merupakan perjanjian bertulis yang dibuat dan ditandatangani oleh pelanggan untuk bayar wang pada satu tarikh akan datang. Digunakan – tempoh kredit pelanggan hendak dilanjutkan kerana penangguhan bayaran. Nota ini membolehkan penjual mengenakan faedah atas amaun yang terhutang. Catatan dalam buku I. Merekod penerimaan nota belum terima
Dt Ak. Nota Belum Terima Kt Ak. Penghutang II. Merekod penjelasan hutang
Dt Ak. Tunai Kt Ak. Nota Belum Terima Nota Ringkas / Ting:6 / Noor Fadzlina Yahya 5