Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. Bara yang digenggam biar sampai jad i arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak se jak mereka kecil lagi. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah
khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya. Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. Bbiar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. Mencari Jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Memerah Otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. Berbesar Hati Maksud : Gembira. Anak Buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. Tuan Rumah Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara Batu Penghalang Maksud : Halangan Darah daging Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. Meninggi diri Maksud : Sombong Bermuka Dua Maksud : Tidak jujur. Baik Hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Tulang Belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan Terang Hati Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati Maksud : Tidak sombong Murah Hati Maksud : Pemurah. Tangan Kosong Maksud : Hampa. Lintah Darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Anak Dagang Maksud : Orang luar yang dat ang menetap di sesuatu tempat
TEKA TEK I
Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Burung nuri burung dara Terbang ke sisi taman kayangan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Bunga orkid indah warnanya Penyeri taman dan juga hutan Ramai orang datang bertanya Bintang apa hidup di lautan? Pak Pung Pak Mustafa Encik Dollah dirumahnya Ada tepung ada kelapa Gula Melaka jadi intinya Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu?
Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau Tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang? Masak tumis sambal petai Makan kenyang sambil sendawa Anda menziarah sahabat handai Buah apakah yang akan dibawa? Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia Belayar perahu dari Bentan Menyusur tepi Selat Melaka Lebar kepala dari badan Apakah ikan cubalah teka? Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? Gigi berduri tatah bersigai Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala?
Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira Kenyangnya tidak tahi bertimbun? Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar didalam tebing diluar? Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? Jawapan semua teka-teki di atas, sila lihat di bawah sekali. ²²²²²²²²²²Teka-Teki
dan Jawapan
Soalan: Ulat daun tidur berembun Di pohon kelapa setiap masa Banyak daun perkara daun Daun apakah dahan tiada? Jawapan: Banyak orang pergi ke dusun Dusun kaya dengan buah-buahan Banyak daun perkara daun Daun terup tidak berdahan ²²²²²²²²² Soalan: Ada satu teka-teki Pada tuan saya bilang bagi Kalau tuan bijak sekali Apa binatang tiada kaki? Jawapan:
Jangan fikir aku budak-budak Aku tahu kamu punya cabar Di tengah padang terlengkak-lengkak Yang tiada kaki binatang ular ²²²²²²²²²²² Soalan: Cendawan bulat ditepi paya Bawa orang dari hulu Banyak hairan di hati saya Kecil dia segan,besar dia tak malu? Jawapan: Bawa orang dari hulu Cendawan bulat tepi paya Kecil segan, besar tak malu Itulah nama kuntum bunga. ²²²²²²²²²²²Senarai Jawapan
Jawapan 1 : Ayam Jawapan 2: Gasing Jawapan 3: Buah Melaka Jawapan 4 : Belon Jawapan 5 : Tapak Sulaiman Jawapan 6 : Buah Melaka Jawapan 7 : Kilat Jawapan 8: Jarum Jawapan 9: Tali Pinggang Jawapan 10: Buah Tangan Jawapan 11: Belimbing Jawapan 12: Ikan Pari Jawapan 13: Tangga Jawapan 14; Kelambu Jawapan 15: Gergaji Jawapan 16: Padi Jawapan 17: Ketam Jawapan 18: Api Jawapan 19: Gigi Jawapan 20: Umur