Sistem integumentari(kulit) - Presentation Transcript 1.
SISTEM INTEGUMENTARI(KULIT) 2. o
Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun . Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah . Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
3. o
Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau
mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan
organisma) yang malar . Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi . Bidang fisiologi fisiolo gi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma . 4.
Antara kepentingannya ialah: o
Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas.
o
Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap.
o
Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa.
o
Enzim-enzim boleh menjalankan fungsinya dengan optimum
5. 6.
Lapisan epidermis o
Tidak mempunyai saluran darah , bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu:
7.
o
Lapisan germinatif ( Malphigi )
o
Lapisan granul
o
Lapisan jernih
o
Lapisan terkematu
Lapisan germinatif o
Lapisan yang paling bawah pada epidermis. Sel-sel lapisan germinatif merupakan sel yang aktif membahagi. Hasil
pembahagian sel-sel germanitif ini akan tersesar keluar ke arah permukaan di atas lapisan germinatif .
Lapisan yang keluar ini merupakan lapisan granul. 8.
Lapisan granul
o
Lapisan ini berada di atas lapisan germinatif . Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul. Granul ini terdiri daripada keratin, keratin merupakan bahan keras berprotein.
9.
Lapisan jernih o
Lapisan ini berada di atas lapisan granul. Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel yang sukar diwarnakan. Bentuk sel-sel jernih ini juga, akan semakin pipih a pabila menjauhi bekalan darah. Sel-sel ini akan mati apabila bekalan darah tidak diterima atau tidak mencukupi .
10.
Lapisan terkematu
o
Lapisan ini berada di atas lapisan jernih . Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah. Lapisan ini berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu untuk melindungi kulit. Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan nipis yang sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu
11.
Lapisan dermis
o
Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. Terdapat juga otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Pada dermis juga, terdapat akar rambut.
12.
Reseptor
o
13.
Reseptor sentuhan
Reseptor Suhu atau termoreseptor
Reseptor tekanan
Kelenjar
o
14.
Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah:
Antara kelenjar yang terdapat dalam dermis ialah:
Kelenjar peluh
Kelenjar sebum
Lapisan lemak subkulitan
o
Lapisan ini merupakan lapisan penebat haba.
15. Fungsi kulit o
Antara fungsi kulit ialah:
Perlindungan
Mencegah dehidrasi
16.
Rangsangan luar
Menyimpan lemak
Sintesis Vitamin D
Menghasilkan bau dan penyamaran
Kawalaturan suhu
Perlindungan
o
Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan la pisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur, men yebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.
17.
Mencegah dehidrasi
o
Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air .
18.
Rangsangan luar
o
Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor, membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran . Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.
19.
Menyimpan lemak
o
Lapisan paling bawah k ulit merupakan lapisan lemak subkulitan. Lapisa penebat n ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak . Lapisan lemak ini juga merupakan haba.
20. Sintesis vitamin D o
Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor, seterusnya menukarkannya kepada vitamin D .
21. Menghasilkan bau dan penyamaran o
Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Bau juga bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain. Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan, mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran
22. Kawalaturan suhu o
Ini adalah proses homeostasis
Sistem Integumentari (Kulit) Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi seluruh badan. Kulit menutupi dan melindungi permukaan tubuh dan bersambung dengan membrane mulkosa yang melapisi rongga-rongga dan
orifis
masuk
ke
permukaan.
Kulit mempunyai banyak fungsi, di dalmnya terdapat hujung saraf taktil, membantu mengatur suhu dan mengawal kehilangan air dari tubuh dan mempunyai sedikit kemampuan rembesan, merembes
dan
menyerap.
Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu dermis dan epidermis
sistem integumentari kalau dilihat pada perkataannya, ramai yang tertanya-tanya apa itu integumentari. tapi kalau bahasa mudahnya, integumentari hanyalah sistem kulit kita yang merangkumi kuku, liang-liang roma, bulu, rambut dan kulit itu sendiri.
terima kasih ziea kerana mengunjugi blog ini dan bertanyakan tentang integumentari. secara jujur saya katakan, saya terpaksa menyemak kembali nota-nota saya berkaitan sistem ini. almaklumlah.. sukatan pelajaran PJK di sekolah tidaklah terlalu khusus membincangkan sistem ini. walaupun nampak mudah dan ringkas, sistem integumentari amat penting kepada tubuh badan seseorang dalam apa jua aktiviti dan keadaan. dalam ruang yang terhad ini saya terangkan secara ringkas sahaja. kulit merupakan organ homeostasis yang penting. ia merupakan organ manusia paling besar dengan beratnya sekitar enam paun. bertindak sebagai pelindung otot dan organ-organ yang lain.
homeostasis merujuk kepada pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. ini adalah salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.
kulit mempunyai beberpa lapisan dan antara fungsi-fungsinya ialah: *sebagai perlindungan *pencegah dehidrasi *rangsangan luar *setor menyimpan lemak *sistesis vitamin D *menghasilkan bau dan penyamaran *mengawal atur suhu badan semasa kita melakukan aktiviti pasif atau berat seperti bersukan dan bekerja, sistem integumentari juga akan turut memainkan peranannya. antaranya: *lapisan epidermis akan melindungi badan daripada kemasukan bakteria. lapisan ini akan sentiasa tertanggal dan gugur dari badan, menyebabkan bakteria sukar membiak. *lapisan tadi juga bertindak mencegah kehilangan air (dehidrasi) dari badan ke persekitaran.
*lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor membolehkan ia mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya. *lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. ini adalah lapisan yang kaya dengan lemak dan bertindak sebagai penebat. *apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor dan seterusnya akan menukarnya kepada vitamin D. *di kulit juga terdapat kilang peluh yang mengeluarkan peluh pada waktu-waktu tertentu seperti ketika bersukan. ini akan mengimbangi suhu badan.
. Struktur dan fungsinya
1
Struktur kulit : Kulit adalah tipis, kalis air, tetapi juga organ kompleks yang terdiri daripada pelbagai sel tertentu. Ketebalan kulit adalah berbeza, kira-kira 0.5 mm pada permukaan lembut seperti kelopak mata, 5 mm atau lebih pada kawasan seperti tapak kaki. Kulit terbahagi kepada dua bahagian lapisan utama iaitu epidermis dan dermis. Dermis mengandungi beribu-ribu sensori yang peka dengan sentuhan. Kulit juga terdiri daripada kelenjar peluh, dan salur darah. Di bawah dermis, terdapat lapisan yang dipanggil lemak bawah kulit (subcutaneous fat) Lapisan ini mengandungi tisu-tisu areolar (kelenjar peluh) dan tisu adipos (tisu lemak). Fungsi kulit : Pelindung tisu-tisu tubuh daripada kecederaan fizikal, serangan bacteria, kekeringan dan juga sinaran ultralembayung (UV). Mengesan rangsangan atau kederiaan, iaitu rasa sakit, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan. Mengekalkan suhu tubuh agar sentiasa normal. Perkumuhan beberapa bahan seperti garam, beberapa bahan organik dan air bagi mengekalkan keseimbangan metabolik dalam tubuh. Pelinciran iaitu banyak mengandungi kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan rambut dan kulit. Keimunan (pelalian) yang dihasilkan sebum yang mampu bertindak sebagai pelindung pada permukaan kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria.
Struktur kulit : a) Epidermis : Epithelium berlapis. Sejumlah lapisan sel yang disusun pada dua zon yang jelas kelihatan, iaitu zon tanduk dan selapis zon germinal. Lapisan epidermal :
o Stratum korneum : i selnya tipis, datar, seperti sisik. i Sel yang lebih superficial menjadi lapisan tak hidup yang disebut keratin. i Keratin ialah protein berserat yang kuat, amat rintang terhadap perubahan kimia, dan kalis air. o Stratum lusidum : i Selnya mempunyai garisan jelas tetapi tiada nukleus. o Stratum granulosum : i Sel yang jelas mengandungi nucleus dan diistilahkan sebagai granulosum. o Stratum basal : i Sel basal yang terdapat dalam stratum basal terus menerus menghasilkan sel epidermis yang baru. i Sel ini disusun dengan teratur, berderet dan rapat. Epidermis tidak mempunyai sebarang pembuluh darah. Duktus kelenjar peluh menembusi epidermis dan mendampingi rerambut. Di atas permukaan epidermis terdapat garisan dan lekukan yang berhubung dengan papilari dermis di bawahnya. Garis ini berbeza-beza, dan berdasarkan ini kajian cap jari dilakukan. Pigmen : o Melanin, melanoid, karotena , hemaglobin terturun dan oksihemoglobin memberi warna kulit. o Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit epidermis disimpan dalam stratum basal. o Melanin melindungi tubuh daripada cahaya ultraungu. Kuku : Plat terkeras korneum berkeratin di permukaan bahagian distal falanks. Melindungi bahagian hujung digit yang sensitif. Setiap plat kuku terdiri daripada dua bahagian, akar kuku dan badan kuku. Purata pertumbuhan kuku jari ialah 1 mm seminggu Rambut : Ialah struktur berkeratin yang panjang yang berkembang daripada ivaginasi epithelium epidermis. Ia berfungsi sebagai alat perlindungan kepada tubuh, mengawal atur suhu tubuh, membantu dalam penyejatan peluh, dan sebagai organ deria. Terdapat tiga jenis rambut :
o Rambut lanugo (rambut primer): i Ditemui pada fetus, akan tanggal sebelum lahir, kecuali yang terdapat di bulu kening, kelopak mata dan kulit kepala. o Rambut velus (rambut sekunder) : i Tumbuh selepas bayi dilahirkan. o Rambut terminal : i Terdapat di aksila (ketiak) dan kawasan pubik (di atas genitalia eksternal). i Ia dikawal oleh hormon seks. i Pada lelaki rambut ini terdapat di muka dan bahagian dada.
b) Dermis / korium purata ketebalan 1.0-2.0mm dermal papillae cantum epidermis ke tisu di bawahnya ketumpatan tisu penyambung tidak seragam sel-sel otot mempunyai sel saraf salur darah folikel rambut kelenjar Daya sentuhan : o Mikrosensor : pengujung sel saraf halus. o Saraf penghujung bebas (free nerve endings) i Bercabang, biasanya tidak berselaput bagi sensori suhu, sentuhan ringan, tekanan dan kesakitan. o Korpusel Meissner i Saraf penghujung yang berkapsul dalam dermis atas, terutama pada tapak tangan, tapak kaki, bibir dan kelopak mata. i Ia memberi rangsangan terhadap tekanan ringan. o Cakera Merkel i Reseptor tidak berkapsul, biasanya pada atas dermis atau bawah epidermis, terutamanya pada kawasan tidak berambut. i Peka dengan sentuhan lembut dan tekanan rendah. Korpuskel Ruffini o Reseptor berkapsul di dalam kulit dan dalaman yang bertindak balas terhadap sentuhan berterusan dan tekanan. o Di dalam kapsul sendi, ia bertindak balas terhadap pergerakan putaran. Korpuskel Pacinian o Besar, reseptor berselaput terletak jauh ke bawah dalam dermis, dengan lapisan dinding berpundi, dan berdekatan dengan sendi dan otot. o Ia menerima rangsangan pada tekanan yang lebih kuat.
2. Apendaj dan fungsinya : Kelenjar sebum : Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan tapak kaki. Berfungsi mencegah rambut daripada menjadi kering dan rapuh. Sebum juga membentuk filem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit. Peluh : Campuran air, garam (natrium klorida) urea, asid urik, asid amino, ammonia, gula, asid laktik, asid askorbik. Fungsi utama untuk membantu dalam pengawalaturan suhu tubuh dan untuk mengeluarkan beberapa bahan kumuhan . Ransangan utama peluh ialah kepanasan dan emosi. Perpeluhan yang diransang emosi berlaku di dahi, aksila, tapak tangan dan tapak kaki.
Fungsi kulit dan apendajnya : Perlindungan o Epidermis terutama lapisan berkeratinnya, bertindak sebagai lapisan pelindung daripada kerosakkan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada kemasukan organism. o Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria . o Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari . o Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap ransangan sakit atau kasar. Ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan . Lapisan kalis air o Keratin bersifat kalis air. Keratin dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan. o Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram menyebabkan tubuh mengecut. Pengawalaturan suhu badan o Suhu tubuh manusia ditetapkan pada purata 36.8 °C. o Pada keadaan suhu sekitar yang panas atau selepas senaman berat yang menghasilkan haba tubuh yang berlebihan,saluran darah di dermis mengalami dilatasi. o Ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke permukaan kulit. o Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkatkan pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran, konduksi dan perolakan. o Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh. o Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba. Penghasilan vitamin D3
o Vitamin D3, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dengan 7-dehidrokolesterol. o Tanpa vitamin D3 daripada sumber lain, kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pada tulang) Bertindak sebagai organ reseptor o Ini kerana kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza yang bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung lansung dengan persekitaran. Pengenalpastian diri o Corak rabung papilari yang unik pada setiap individu digunakan untuk mengenalpasti seseorang individu.