B. Melayu PT3 - Sintaksis
SUBJEK & PREDIKAT 1. Setiap ayat yang lengkap terdiri daripada 2 ko mponen utama iaitu subjek dan prediket. 2. Bagi ayat biasa, subjek hadir dulu diikuti predikat. Untuk ayat songsang, predikat didahulukan, didahulukan, diikuti diikuti oleh subjek 3. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti ayat yang ditanyakan sama ada ayat biasa atau ayat ayat songsa son gsang ng sebelum menentukan menentukan subjek & predikat. 4. Contoh : Ayat Ali menendang bola itu dengan kuat. Pohon yang tiada berdaun itu telah pun tum tu mbang.
Jenis ayat A. Biasa
Subjek Ali
A. Biasa
Pada satu hari, kucing berbulu itu, terjatuh terjatuh ke dalam longkang.
A. Songsang Son gsang
Pohon yang yang tiada berdaun itu Kucing berbulu itu,
Predikat menendang menendang bola itu dengan kuat. telah pun tumbang
terjatuh ke dalam longkang longkang pada satu hari h ari
**Ayat ssongsang boleh dikenal pasti apabila ayat a yat itu bermula dengan
Kata bantu untuk kata kerja / K. Kerja (Masih, Sedang, Belum, Sudah, Pendepanan frasa kerja di…oleh) Pendepanan Kata penguat untuk kata adjektif (sangat, sunggu, amat) atau k.adjektif Pendepanan frasa adjektif adjektif Kata sendi (pada, dengan, ke, di)
Pendepanan Pendepanan
frasa sendi
Kerana……………..
**Subjek perlu diambil sehingga frasa nama berakhir b erakhir dengan perkataan : ini / itu Contoh : Kucing yang berbulu itu amat kotor. Subjek : Kucing (X) Kucing yang berbulu itu (√)
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
1
B. Melayu PT3 - Sintaksis
LATIHAN SUBJEK & PREDIKAT Analisis setiap ayat di bawah dengan eliti. Kemudian, kenal pasti dan asigkan ayat tersebut mengikut subjek dan predikat.
1
Kerana kecekapannya kecekapannya menjalankan tugas beliau disegani. SUBJEK : PREDIKAT :
2
Langit kemerah-merahan pada waktu senja. SUBJEK : PREDIKAT :
3
Asam pedas masakan asli masyarakat Melayu di Johor. SUBJEK : PREDIKAT :
4
Dapat menghalang menghalang pelajar ponteng kelas ke las pengajaran yang ya ng berkesan. SUBJEK : PREDIKAT :
5
Kempen anti-adadah peringkat kebangsaan yang dilancar dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. SUBJEK : PREDIKAT :
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
2
B. Melayu PT3 - Sintaksis
LATIHAN SUBJEK & PREDIKAT Analisis setiap ayat di bawah dengan eliti. Kemudian, kenal pasti dan asigkan ayat tersebut mengikut subjek dan predikat.
1
Kerana kecekapannya kecekapannya menjalankan tugas beliau disegani. SUBJEK : PREDIKAT :
2
Langit kemerah-merahan pada waktu senja. SUBJEK : PREDIKAT :
3
Asam pedas masakan asli masyarakat Melayu di Johor. SUBJEK : PREDIKAT :
4
Dapat menghalang menghalang pelajar ponteng kelas ke las pengajaran yang ya ng berkesan. SUBJEK : PREDIKAT :
5
Kempen anti-adadah peringkat kebangsaan yang dilancar dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. SUBJEK : PREDIKAT :
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
2
B. Melayu PT3 - Sintaksis
6
Kursus membuat dan mereka fesyen pakaian itu dikelola oleh Persatuan Kaum Wanita. SUBJEK : PREDIKAT :
7
Had umur bagi remaja untuk melayakkan mereka memiliki lesen memandu dinaikkan kepada 17 tahun SUBJEK : PREDIKAT :
8
Bergantung pada kegigihannya kejayaan seseorang itu. SUBJEK : PREDIKAT :
9
Ibu dan ayah berbual – bual bual di halaman rumah sambil memerhati adik bermain – main. main. SUBJEK : PREDIKAT :
Hari Kebangsaan disambut meriah oleh warga Malaysia pada setiap tahun. 10 SUBJEK : PREDIKAT :
11
Kemenangan pasukan Jerman dalam perlawanan Piala Dunia sudah dijangkakan oleh semua. SUBJEK : PREDIKAT :
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
3
B. Melayu PT3 - Sintaksis
12
Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada hujung bulan ini. SUBJEK : PREDIKAT :
13
Beruang panda yang dibawa masuk dari China itu sangat comel dan manja. SUBJEK : PREDIKAT :
14
Mencapai kemenangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dengan mudah, pasukan bahas yang berasal dari Seremban itu. SUBJEK : PREDIKAT :
15
Ibu bapa diingatkan agar menjaga keselamatan anak-anak terutama semasa membeli belah. SUBJEK : PREDIKAT :
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
4
B. Melayu PT3 - Sintaksis
POLA AYAT DASAR 1. Terdapat 4 jenis pola ayat iaitu (a) FN + FN (Frasa Nama + Frasa Nama) (b) FN + FS (Frasa Nama + Frasa Sendi) (c) FN + FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif) (d) FN + FK (Frasa Nama + Frasa Kerja) 2. Penerangan & Contoh Jenis Pola FN + FN
Penerangan Subjeknya : Frasa nama Predikatnya : Frasa nama
Contoh Ayat
FN + FS
Subjeknya : Frasa nama Predikatnya : Frasa sendi
Ibu di dapur Pelancong itu dari Jepun Surat itu daripada kakak
FN + FA
Subjeknya : Frasa nama Predikatnya : Frasa adjektif
Anjing Khyathi amat garang Perajurit itu sungguh gagah Gadis yang berbaju merah itu amat jelita
FN + FK
Subjeknya : Frasa nama Predikatnya : Frasa kerja
Abang sedang mengecat rumah
Ini buku. Lelaki itu ayah saya. Abirami ingin menjadi seorang juruterbang.
Pesakit kencing manis itu menemui doctor Malliga membeli sayur .
***Teknik : Perhatikan perkataan pertama pada bahagian predikat dan tentukan polanya. Contoh : Saya bekerja di rumah itu. SUBJEK : Saya PREDIKAT : bekerja di rumah itu. POLA AYAT : FN + FK
***Jika diberi ayat songsang, jadikan ayat itu sebagai ayat biasa terlebih dahulu, baru ke nal pasti. Contoh : Dengan menggunakan pisau, saya memotong daun itu. A. Biasa Saya memotong daun itu dengan menggunakan pisau. SUBJEK : Saya PREDIKAT : memotong daun itu dengan menggunakan pisau. POLA AYAT : FN + FK Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
5
B. Melayu PT3 - Sintaksis
LATIHAN POLA AYAT DASAR Nyatakan pola bagi ayat – ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN ), Frasa Nama + Frasa Sendi ( FN + FS ), Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ), Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ). No 1 Pahlawan itu amat kuat.
Ayat
2
Melaka Bandar Raya Bersejarah.
3
Abangku sedang membaca buku.
4
Rumahnya di Taman Selayang.
5
Mat kilau tangkas bersilat.
6
Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
7
Encik Sathya hartawan.
8
Nazim kecewa kerana tidak dapat menyertai perkhemahan .
9
Penduduk Kampung Manis sangat ramah.
10
Abang Suman menghadiahi ibu sehelai selendang.
11
Komputer itu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kami.
12
Pakar motivasi terkenal itu sedang berceramah
13
Pungut sedang merengek-rengek.
14
Pungut ialah anak angkat Mak Timah.
15
Mak Timah sayang akan Pungut.
16
Pungut sudah berusia dua puluh empat tahun.
17
Mak Timah dan Pungut di rumah anak lelaki Mak Timah
18
Israk yang baru pertama kali ke rumah Wah berasa tidak selesa.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
Pola Ayat
6
B. Melayu PT3 - Sintaksis
AYAT BIASA & AYAT SONGSANG
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat. Contoh: (Ali) ( suka makan nasi goreng berlada ). (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah ).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i). Susunan biasa ii). Susunan songsang
Susunan Biasa o
o
o
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan Dalam ayat sunusnan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.
Susunan Songsang o
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu; a. Pendepanan seluruh predikat. b. Pendepanan sebahagian daripada predikat .
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
7
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
8
B. Melayu PT3 - Sintaksis
LATIHAN A.BIASA & A. SONGSANG Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang. 1
Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
2
Keropok lekor sangat populor di Terengganu kera na rasanya yang enak. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
3
Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
4
Penduduk kampung itu akan membaiki jambatan yang rosak di hujung kampung. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
5
Dia akan membeli rumah pangsapuri itu jika memperoleh pembiayaan penuh daripada bank. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
6
Kanak-kanak yang meraung-raung kesakitan itu terluka kaki kirinya. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
9
B. Melayu PT3 - Sintaksis
7
Menara Berkembar Petronas bangunan pencakar langit negara kita. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
8
Pelancong itu sedang membeli cenderamata tetapi rakan-rakannya yang lain telah lama pulang ke hotel. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
9
Pemberian hadiah khidmat cemerlang itu daripada majikannya. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
10
Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
11
Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama dengan angkatan tentera. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
12
Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala besar. Ayat Songsang : ________________________________________________ _______________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
10
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa. 1
Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
2
Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
3
Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
4
Kerana kecekapannya menjalankan tugas beliau disegani. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
5
Dapat menghalang pelajar ponteng kelas pengajaran yang berkesan. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
6
Bergantung pada kegigihannya kejayaan seseorang itu. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
7
Dari jauh sudah kelihatan Menara Condong itu. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
11
B. Melayu PT3 - Sintaksis
8
Bagi memudahkan kita membuat perancangan saya mohon penjelasan yang lebih lanjut. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
9
Sungguh indah pemandangan di Taman Negara. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
10
Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat genting dalam hidup. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
11
Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
12
Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu. Ayat Biasa : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
12
B. Melayu PT3 - Sintaksis
AYAT AKTIF & AYAT BIASA Ayat Aktif Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi a) kata kerja tanpa imbuhan awalan (KGND Pertama & Kedua) ATAU b) kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh. (KGND Ketiga) Ayat Aktif (a) Saya mencuci kasut sekolah. (b) Kita menerima keputusan itu. (c) Aku akan memetik bunga itu. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. Ayat Aktif (a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duit nya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. Ayat Aktif (a) Mereka mengecat bangunan. (b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. Ayat Aktif 1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Ayat Pasif Diri Pertama (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Jadual itu sudah kami susun. Ayat Pasif Diri Kedua (a) Kerja i tu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. Ayat Pasif Diri Ketiga (a) Bangunan dicat oleh mereka. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. Ayat Pasif Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
13
B. Melayu PT3 - Sintaksis
LATIHAN A.AKTIF & A. BIASA Tukarkan ayat – ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 1
Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah baharunya. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
2
Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
3
Doktor yang berkaca mata itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
4
Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
5
Awak belum menjelaskan yuran keahlian aktiviti kokurikulum. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
6
Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2010 hingga 2014. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
14
B. Melayu PT3 - Sintaksis
7
Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
8
Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
9
Haziq membawa buku-buku teks itu penuh di dalam satu beg. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
10
Kalian perlu menyiapkan tugasan itu sebelum matahari terbenam di ufuk barat. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
11
Kerajaan memperkenalkan PLKN supaya remaja Malaysia mempunyai jiwa yang kental. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
12
Kita akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen Kanun Jenayah Berat. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
13
Encik Aziz melanggan beberapa buah majalah terbitan DBP sebagai bahan bacaan untuk keluarganya. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
15
B. Melayu PT3 - Sintaksis
14
Dia selalu menulis artikel untuk majalah sekolah. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
15
Beliau telah mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan tapak masjid. Ayat Pasif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
16
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Tukarkan ayat – ayat pasif di bawah kepada ayat aktif. 1
Budak yang kesejukan itu telah saya selimutkan dengan kain. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
2
Buku Izatul diambil oleh lelaki itu tanpa kebenaran. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
3
Pendapat itu diutarakan oleh Darren dalam mesyuarat. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
4
Tarian yang menarik telah dipersembahkan oleh mereka. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
5
Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
6
Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
17
B. Melayu PT3 - Sintaksis
7
Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
8
Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
9
Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
10
Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
11
Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
18
B. Melayu PT3 - Sintaksis
12
Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
13
Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
14
Maklumat tentang pelaburan saham tersebut akan awak jelaskan kepada pemuda yang bertopi itu. Ayat Aktif : ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
19
B. Melayu PT3 - Sintaksis
CAKAP AJUK (Dialog)
Hak Cipta Terpelihara©2017
CAKAP PINDAH (Laporan)
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
20
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Singkatan juga perlu ditukar. 1. mak ➡ emak 2. tak ➡ tidak 3. nak ➡ hendak 4. mau➡ mahu 5. tiada➡ tidak ada 6. dah➡ sudah
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
21
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
22
B. Melayu PT3 - Sintaksis
8. "Bagaimana kalau kita berlatih badminton bersama-sama pada petang ini," Anuar memberikan cadangan kepada Ramli. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
9. Azza : Hai, Farah! Semalam awak tidak datang ke rumah Farhana. Mengapa? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
10."Bagaimanakah
kamu
mengulang
kaji
pelajaran,
Salwa?"
tanya
Ina.
_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
11."Jika kalian ada kelapangan, datanglah ke rumah saya malam ini," kata Salleh kepada kawan-kawannya. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
12."Maafkan saya, cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana basikal saya rosak," kata Arni kepada Cikgu Salimah. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
23
B. Melayu PT3 - Sintaksis
13. "Kamu hendaklah berhati-hati semasa meniti titi itu," kata Cikgu Nazri kepada muridmuridnya. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
14. "Saya meminta maaf kalau ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung perasaan nenek," kata Jamil sambil bersalam dengan Nenek Timah.
_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
15. "Di manakah letaknya Kampung Teluk Jawa? tanya Intan kepada Salina. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
16. "Berapakah jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program anak angkat di Pulau Tioman itu? tanya Arif kepada Teng Sheng.
_____________________________________________________________________________________
17. "Kami hendak pergi ke perpustakaan awam selepas makan ais kacang di gerai Pak Fais," kata Zahira dan Alisa kepada Sumi. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
24
B. Melayu PT3 - Sintaksis
JENIS – JENIS AYAT Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. (i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya (ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.
(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya a) Adik masih belum makan? b) Pemuda itu malas? c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan? d) Erra penyanyi yang popular? e) Bas itu sudah bertolak? (ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya a) Barang itu apa? b) Pemain piano itu siapa? c) Hari jadi kamu bila? d) Pejabat pos di mana? e) Keadaan nenek kamu bagaimana?
Dalam bentuk tulisan, ayat -ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat. a) Apakah barang itu? b) Siapakah pemain piano itu? c) Bilakah hari jadi kamu? d) Di manakah pejabat pos? e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
Hak Cipta Terpelihara©2017
a) Amboi, cantiknya gadis itu! b) Wah, mahalnya baju ini! c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini! d) Cis, berani kamu pukul saya! e) Syabas, kamu telah menang!
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
25
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
26
B. Melayu PT3 - Sintaksis
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (i) Semua pihak bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu.
(ii) Usahlah dikenang lagi peristiwa pahit itu supaya hidup awak lebih tenang.
(iii) Amboi, awalnya awak datang ke sekolah hari ini!
(iv) Mengapakah awak memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya?
(v) Minat membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu dipupuk sejak kecil lagi.
(vi) Tolong hantar buku-buku latihan ini ke meja saya.
Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klasifikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan. (i)
Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
(ii)
Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii)
Jangan ganggu budak yang sedang menangis itu.
(iv)
Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v)
Engkau tunggu dia di rumah.
(vi)
Makanlah kuih di atas meja itu.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
27
B. Melayu PT3 - Sintaksis
GABUNG AYAT a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya. b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun
1.
Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
2.
Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
3.
Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
4.
Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
5.
Dia sangat kaya. Dia kedekut.
6.
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
28
B. Melayu PT3 - Sintaksis
7.
Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur. Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah.
8.
Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
9.
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar.
10.
Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300.
11.
Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.
12.
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
29
B. Melayu PT3 - Sintaksis
13.
Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.
14.
Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
15.
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek.
16.
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam.
17.
Saya akan memakai baju kurung pada majlis itu. Saya memakai baju kebaya pada majlis itu.
18.
Jenny membeli beg tangan baharu. Beg tangan itu berwarna merah.
19.
Pelajar itu nakal. Pelajar itu cerdik.
20.
Zaidi tersenyum sendirian. Zaidi terkenang akan peristiwa pada zaman sekolahnya.
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
30
B. Melayu PT3 - Sintaksis
CERAKINKAN AYAT
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah ini kepada ayat tunggal. (i) Gadis yang sangat cantik itu mempunyai suara yang merdu. (a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
(ii) Pesakit itu dihantar ke hospital setelah mengalami muntah-muntah. (a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
(iii) Baju kebaya ini sesuai untuk wanita yang tinggi dan kurus. (a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
(iv) Mereka telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan prestasi akademik pelajar. (a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________ LATIHAN TAMBAHAN 1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
31
B. Melayu PT3 - Sintaksis
2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu dengan penduduk setempat.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi.
(a) _______________________________________________________________ (b) _______________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara©2017
Disediakan oleh : Cikgu Sathya
32