64
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
Sinah bt Ali v Mohd bin Said
A
SHARIAH SUBORDINATE COURT (MARANG, TERENGGANU) — APPLICATION APPLICA TION NO 11008–057– 11008–057–0417 0417 OF 2009 SHAMSUDIN NGAH SHSCJ 10 JUNE 2012
B
Islamic Law — Divorce — Ta Ta’liq — Ta’liq Ta’liq certificate — Divorce in pursuance of its te term rmss — Husb usban andd des deser erte tedd wi wife fe ov over er ye year ar — Whe Wheth ther er es esta tabl blish ished ed — Administration of Islamic Family LawEnactment (T (Terengganu) erengganu) 1985 s 47 Islamic Law — Shariah civil procedure — Absence of parties — Respondent’s failure to attend proceeding — Proof of due service — Whether court may hear and determine the action in the absence of respondent — Plaintiff to take an oath of istizhar — Shariah Court Civil Procedure Enactment (Terengganu) 2001 s 121 Islamic Law — Shariah Subordinate Court — Jurisdiction — Divorce — Ta’liq — Whe Wheth ther er wi withi thin n ju juri risd sdict ictio ion n of co cour urtt — Sy Syar ariah iah Co Court urt En Enact actme ment nt (Ter (T ereng enggan ganu) u) 2001 ss 11, 12 — Adm Adminis inistr trati ation on of Is Islam lamic ic Fa Family mily Law En Enactm actment ent (Terengganu) 1985 s 42 The ap The appl plic ican antt an and d th thee re resp spon onde dent nt we were re ma marr rrie ied d on 4 Nov ovem embe berr 19 1988 88 in Kua uala la walii muj mujbir bir .Inthis Tereng erengganu ganu.. The appli applicant cant’’s fathe fatherr, Ali bin Ibrah Ibrahim im acted as wal . Inthis case, the applicant alleged that she and the respondent had not stayed together for a continuous period of four months. In fact, they had been staying separately separa tely for more than four years since 15 Decem December ber 2007. The applicant also contended that immediately after the solemnisation of their marriage aqadd nik nikah ah), the res (aqa respon ponden dentt utt uttere ered d the ta’liq . The app applic licant ant the theref refore ore ple pleade aded d to the court to affirm the divorce based on the condition and the nature of the ta’liq talaq . Further, prior to the application, the applicant and the respondent had divorced twice but subsequently reconciled ( ruju’). This trial was held in the absence of the respondent despite his acceptance of the summons on 2 February 2010 though he refused to acknowledged receipt.
C
D
E
F
G
H
Held, af affir firmi ming ng th thee di divo vorc rcee ba base sed d on th thee ta’liq talaq utt uttere ered d by the res respon ponden dent: t: (1)
The court court was was satisfied satisfied that the applica applicant nt had had satisfied satisfied the the condition conditionss ta’liq talaq or divorce based on the events uttered by the of the ta’liq respondent on 4 November 1988. Hence, the essential conditions of divorce according to hukum syarak had had been complied. It had thus, fulfilled the requirements set under s 42 of the Administration of
I
[2013] 1 ShLR
65
Islamic Family law Enactment (Terengganu) 1984 that enabled the court to affirm the divorce (see para 33).
A
(2)
Further, the court also analysed the evidence of the applicant who had alleged that prior to this they were divorce twice, the first being in 2007 while the date of the second divorce could not be recalled by the applicant. The applicant’s evidence as above was also supported by an affirmation of ruju’ No 02783 wherein it affirmed the second reconciliation. Hence, the court affirmed that the parties were divorced twice (see paras 34–35).
(3)
Based on the evidence tendered in the case and the evidence of the witnesses during the trial, the court was satisfied that during the occurrence of the ta’liq talaq the applicant was in a state of purity. Further, in this case, the divorce fell in the category of talaq ba-in kubra (irreconcilable divorce), a talaq that had occurred thrice (see para 40).
B
C
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
D
[Bahasa Malaysia summary
E
F
G
H
Pemohon dan responden telah berkahwin pada 4 November 1988 di Kuala Terengganu dengan menggunakan wali mujbir iaitu bapa kandung yang bernama Ali bin Ibrahim. Pemohon telah mendakwa bahawa beliau telah tidak tinggal bersama dengan responden telah melebihi empat bulan dengan tidak putus-putus dan telah melebihi empat tahun bermula 15 Disember 2007. Selepas aqad nikah perkahwinan antara pemohon dan responden, pemohon telah mendakwa bahawa responden telah pun melafazkan lafaz ta’liq terhadap pemohon. Pemohon menuntut supaya mahkamah membuat sabitan berlakunya cerai antara pemohon dengan responden dengan alasan syarat dan sifat ta’liq talaq (perceraian yang digantung). Sebelum daripada ini antara pemohon dan responden telah pernah bercerai sebanyak dua kali dan selepas berlaku perceraian antara pemohon dan responden telah berlaku ruju’. Perbicaraan telah dilangsungkan tanpa kehadiran responden ke mahkamah sepanjang perbicaraan walaupun saman kepada responden telah disempurnakan pada 2 Februari 2010 yang mana saman telah diterima sendiri oleh responden walaupun responden tidak mahu menandatangani akuan penerimaan. Oleh sebab itu dalam kes ini mahkamah telah mendengar kes tanpa kehadiran responden ke mahkamah. Diputuskan, mensabitkan perceraian di atas lafaz ta’liq talaq yang telah diucapkan oleh responden:
I
(1)
Mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat lafaz ta’liq talaq atau pergantungan cerai yang dibuat oleh responden pada 4 November 1988 itu telah dipenuhi oleh pemohon. Oleh yang demikian rukun perceraian mengikut hukum syarak telah pun dipenuhi. Keadaan telah memenuhi kehendak undang-undang di bawah s 42 Enakmen
66
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 bagi membolehkan mahkamah membuat sesuatu perintah mengenai perceraian (lihat perenggan 33). (2)
(3)
Selain dari sabitan di atas, mahkamah juga meneliti keterangan pemohon yang menjelaskan bahawa sebelum ini telah berlaku dua kali perceraian antara pemohon dengan responden. Kali pertama dalam tahun 2007. Dan kali kedua pemohon tidak mengingati tarikh tersebut. Keterangan pemohon ini disokong oleh surat perakuan ruju’ pasangan ini No 02783 yang tercatat pada surat perakuan ruju’ tersebut ruju’ kali kedua. Mahkamah mensabitkan wujudnya dakwaan cerai kali pertama dan peceraian kali kedua antara pemohon dengan responden (lihat perenggan 34–35). Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, dan keterangan saksi-saksi pemohon semasa perbicaraan, mahkamah berpuas hati bahawa pemohon semasa syarat kepada ta’liq talaq berlaku, berada dalam keadaan suci. Di dalam kes ini mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang berlaku ke atas pemohon adalah termasuk di dalam jenis talaq ba’in yang besar, iaitu talaq yang sempurna tiga kali talaqnya (lihat perenggan 40).]
Legislation referred to Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 11(3)(a)(i), 12 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 121(1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 ss 42, 47
A
B
C
D
E
F
Quranic verses referred to
Surah al-Baqarah (2):228, 230 surah al-Maidah (5):1 Surah al-Nisa ’ (4):58
G
Books referred to
Al-Muktamad fil Fiqh Al-Shaafie, Prof Dr Muhammad Al-Zuhaily, Juz 4, (1st Ed), 1428H/ 2007M, Darul Qalam, Damsyek, Syria, pp 150–151 Al-Qada’ fil Islam, Muhammad Salam Madkur, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, p 54 I’aanah al-Talibin, Ibn Al-Sayyed Muhammad Shatta Al-Dimyaati, Darul Fikr Ed, Beirut, Lebanon, (1st Ed), 1418H/1997M, Juz 4, pp 2, 27–28 Mughnil Muhtaj, Al-Syarbini, Juz 3, p 385 Siti Norulwahidah bt Ibrahim (Legal Department Terengganu) for the applicant. Respondent absence.
H
I
[2013] 1 ShLR
A
B
C
D
E
F
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
67
Shamsudin bin Ngah ShSubCJ: [1] Atas permohonan pemohon, permohonan ini dipanggil untuk perbicaraan dalam mahkamah terbuka Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Terengganu dengan kehadiran pemohon bersama peguam syarienya, Puan Siti Norulwahidah bt Ibrahim dari Jabatan Guaman Terengganu, dan responden tidak hadir. Maka pada hari ini tuan hakim telah membuat alasan penghakiman seperti berikut. [2] Permohonan yang dibawa di hadapan saya ini ialah pemohon memohon kepada mahkamah supaya mahkamah mensabitkan perceraian secara ta’liq di bawah s 47 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985. Pemohon dan responden telah berkahwin pada 4 November 1988 di kampung Baru Serada, Kuala Terengganu dengan menggunakan wali mujbir iaitu bapa kandung yang bernama Ali bin Ibrahim. Pemohon telah mendakwa bahawa beliau telah tidak tinggal bersama dengan responden telah melebihi empat bulan dengan tidak putus-putus dan telah melebihi empat tahun bermula 15 Disember 2007. [3] Persoalan pertama dalam permohonan ini adalah bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah. [4] Mengenai persoalan bidang kuasa mahkamah, di dalam kes ini hakim bicara adalah berbidang kuasa untuk membicarakan permohonan yang telah dibuat oleh pemohon. Merujuk kepada sub-s 12 Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah menjelaskan: Mahkamah Rendah Syariah hendaklah — (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yng Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadanah atau harta sepencarian).
G
H
11(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — (a) dalam bidang kuasa malnanya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding adalah berhubung dengan: (i) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri
I
[5]
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah:
68
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
11(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — (a) dalam bidang kuasa malnanya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding adalah berhubung dengan:
A
B
[6] Allah telah menjelaskan hukum berhubung dengan bidang kuasa mahkamah atau hakim, dengan firmanNya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah al-Nisa ’ (4):58)
[7] Bidang kuasa satu-satu mahkamah sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau hukum syarak. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, yang mana pada ms 54 beliau menyebut:
C
D
E
Yang bererti: Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai bidang kuasa tertentu sahaja seperti diberi bidang kuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian hakim itu hanya berbidang kuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidang kuasa sahaja dan hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya.
[8] Mengikut hukum syarak, mana-mana hakim yang dilantik dengan bidang kuasa al-taqlid al-khas hendaklah bergantung kepada kuasa al-taqlid al-khas itu. Bidang kuasa al-taqlid al-khas hakim-hakim Mahkamah Syariah Terengganu adalah menurut bidang kuasa tiap-tiap mahkamah yang diperuntukkan di dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. [9] Mengikut peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa mahkamah ini berbidang kuasa mendengar dan memutuskan kedua-dua tuntutan ini. [10] Dalam permohonan ini pemohon mendakwa bahawa beliau telah tidak
F
G
H
I
[2013] 1 ShLR
A
B
C
D
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
69
tinggal bersama dengan responden melebihi empat bulan sebagaimana lafaz ta’liq yang telah diiqrarkan oleh responden selepas aqad nikah perkahwinan mereka pada 4 November 1988. [11] Perbicaraan telah dilangsungkan tanpa kehadiran responden ke mahkamah sepanjang perbicaraan. Dalam memutuskan permohonan perceraian di bawah ta’liq ini perlu dilihat kepada beberapa faktor sebagaimana lafaz ta’liq yang dibaca oleh pihak suami selepas aqad nikah mereka. [12] Selepas aqad nikah perkahwinan antara pemohon dan responden, pemohon telah mendakwa bahawa responden telah pun melafazkan lafaz ta’liq terhadap pemohon yang berbunyi: Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya Sinah binti Ali bagi selama tempoh 4 bulan dengan tidak putus-putus sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatakala mengadu ia kepada Qadi dan tatakala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaqlah isteri saya Sinah binti Ali itu dengan satu talaq.
E
F
G
H
[13] Pada masa permohonan ini didaftarkan, pemohon bermastautin dan pada masa-masa material tinggal di alamat penyampaian di No 3033 Batu 12 Kampung Durian Guling, Marang, Terengganu. Manakala responden beralamat penyampaian di Lot 2647 Kampung Paya Resak, Bukit Payong Marang, Terengganu. Mengenai fakta-fakta yang didapati ini, s 42 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 memperuntukkan: Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali — (a)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syara’; dan
(b)
jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah di Terengganu.
I
[14] Dari peruntukan hukum syarak dan undang-undang sebagai mana dinyatakan itu, dapatlah ditegaskan bahawa, Mahkamah Rendah Syariah Terengganu mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan tuntutan yang ada di hadapan saya ini.
70
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
[15] Persoalan kedua dalam tuntutan ini ialah, apakah isu utama yang dituntut oleh pemohon. Dari segi faktanya, dalam kes ini pemohon menuntut supaya mahkamah membuat sabitan berlakunya cerai antara pemohon dengan responden dengan alasan syarat dan sifat ta’liq talaq (perceraian yang digantung) yang telah dilafazkan oleh responden sejurus selepas sempurnanya aqad nikah perkahwinan antara pemohon dengan responden pada 24 Rabiul Awal 1409 Hijrah bersamaan 4 November 1988 di Kampung Baru Serada, Marang, Terengganu. [16] Pada awalnya saman dan afidavit permohonan bertarikh 3 November 2009 telah disampaikan kepada responden secara kediri. Dalam kes ini pihak responden tidak hadir ke mahkamah walaupun saman kepada responden telah disempurnakan pada 2 Februari 2010 di mana saman telah diterima sendiri oleh responden walaupun responden tidak mahu menandatangani akuan penerimaan.
A
B
C
D
[17] Berdasarkan kepada s 121(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan sebagaimana berikut: (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran — (a) tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
E
(b) Responden tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau (c) Pemohon tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar dan memutuskan apa-apa tuntutan balas. (2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan Pemohon di bawah perenggan (1)(b) atau tuntutan balas Responden di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan Pemohon atau Responden, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
F
G
[18] Oleh sebab itu dalam kes ini mahkamah telah mendengar kes ini tanpa kehadiran responden ke mahkamah. [19] Sebelum daripada ini antara pemohon dan responden telah pernah bercerai sebanyak dua kali dan selepas berlaku perceraian antara pemohon dan responden telah berlaku ruju’. [20] Dalam permohonan perceraian secara ta’liq ini ia berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 1: Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa Yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada
H
I
[2013] 1 ShLR
A
B
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
71
kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu Dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa Yang ia kehendaki
[21] Di dalam Kitab I’aanah al-Talibin , oleh Ibn Al-Sayyed Muhammad Shatta Al-Dimyaati, cetakan Darul Fikr, Beirut, Lebanon, (Cetakan Pertama) Tahun 1418H/1997M, Juz Keempat, ms 2 ada disebut: Yang bererti:
C
D
Dan adapun rukun talaq itu lima perkara, iaitu suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan talaq , kepada siapa talaq itu ditujukan atau isteri yang mana satu, dan talaq itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.
[22] Peruntukan hukum syarak ini menjelaskan bahawa suami sahaja yang boleh melakukan talaq . Sesorang lelaki itu tidak dinamakan suami jika sekiranya dia tidak diakad nikahkan secara sahnya mengikut hukum syarak dengan seseorang perempuan. Mengenai kedudukan ini juga di dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 memperuntukkan di dalam s 42 seperti berikut:
E Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali — F (a)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syara’; dan
(b)
jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah di Terengganu.
G
H
I
[23] Persoalan mengenai rukun talaq yang pertama mengikut hukum syarak di dalam kes ini, mengikut keterangan saksi pertama pemohon dan keterangan responden, saya berpuas hati bahawa pemohon dengan responden telah diaqad nikahkan pada 24 Rabiul Awal 1409 Hijrah bersamaan 4 November 1988, berwalikan wali mujbir iaitu bapa kandung kepada pemohon, iaitu Ali bin Ibrahim dan surat perakuan nikah bilangan daftar 88/62 Kampung Serada. [24] Mengenai rukun talaq atau rukun perceraian kedua iaitu sighah, di dalam Kitab I’aanah al-Talibin, oleh Ibn Al-Sayyed Muhammad Shatta Al-Dimyaati, cetakan Darul Fikr, Beirut, Lebanon, (Cetakan Pertama), Tahun 1418H/1997M, Juz Keempat, pada ms 27–28 ada memperuntukkan: Yang bererti:
72
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
Dibolehkan ta’liq talaq sama sebagaimana dibolehkan pergantungan memerdekakan hamba, dengan beberapa syarat. Suami tidak boleh menarik balik ta’liq talaqnya sebelum terjadinya sifat yang digantungkan talaq itu dan tidak dikira berlakunya talaq mengikut ta’liq talaq kecuali terjadinya atau adanya syarat ta’liq talaq itu.
A
B
[25] Mengenai persoalan ini, saya berpuas hati di dalam kes ini bahawa bahawa responden Mohd bin Said, sejurus selepas sempurnanya aqad nikah perkahwinannya dengan pemohon ada melafazkan ta’liq dengan cara membaca mengikut imam/jurunikah. Tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya Sinah binti Ali bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu ia kepada Qadi dan takala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaqlah isteri saya Sinah binti Ali itu dengan satu talaq.
[26] Di dalam kitab I’aanah al-Talibin yang sama pada ms 27 ada memperuntukkan:
C
D
E
Yang bererti: Yang dikehendaki dengan maksud beberapa syarat dalam ‘ta’liq talaq’ itu ialah berkaitan dengan sesuatu yang digantungkan dengan talaq atau cerai. Apa yang dimaksudkan ialah perkataan yang menunjukkan talaq digantungkan; seperti, sekiranya, bila mana, apabila, tiap-tiap kali dan seumpamanya. Contohnya seseorang suami berkata kepadaisterinya, ‘Sekiranya kamu masuk rumah itu, maka kamu tertalaq’.
[27] Dari lafaz ta’liq talaq yang telah dilafazkan oleh responden, maka ia adalah merupakan syarat ta’liq talaq antara pemohon dengan responden. [28] Di dalam kes ini, mengikut keterangan yang dikemukakan dalam mahkamah ini, saya dapati saksi-saksi yang dapat memberi keterangan ke atas syarat ta’liq talaq antara pemohon dengan responden adalah Abdullah bin Awang. [29] Oleh yang demikian, di dalam kes ini saya menggunakan kesaksian saksi pemohon pertama dan sumpah istizhar pemohon sahaja. Mengikut kesaksian saksi pemohon pertama dan sumpah istizhar pemohon di dalam mahkamah ini, saya berpuas hati bahawa syarat ta’liq talaq antara pemohon dengan responden sebagai mana yang telah dilafazkan oleh responden pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988 telah berlaku.
F
G
H
I
[2013] 1 ShLR
A
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
73
[30] Rukun ketiga bagi talaq ialah qasad , iaitu ada kehendak atau kesengajaan suami melafazkan ta’liq talaq . Meneliti kepada kesaksian saksi pemohon pertama, saya berpuas hati bahawa responden melafazkan ta’liq talaqnya pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988 adalah dengan kerelaannya sendiri, tanpa dipaksa atau diugut oleh mana-mana pihak.
B
C
D
E
F
G
H
I
[31] Rukun talaq yang keempat ialah kepada siapa talaq itu ditujukan atau isteri yang mana satu yang ditujukan lafaz talaq itu? Mengenai rukun talaq keempat ini, di dalam kes ini saya berpuas hati lafaz ta’liq talaq yang diucapkan oleh responden pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988 itu adalah ditujukan kepada isterinya yang bernama Sinah bt Ali, iaitu pemohon, bukannya isteri yang lain. [32] Rukun talaq kelima pula ialah kekuasaan suami melafazkan talaq . Mengikut keterangan saksi pertama pemohon dan keterangan dokumentar, Mahkamah berpuas hati bahawa responden melafazkan ta’liq talaq cerai pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988 itu ke atas pemohon, adalah dengan keupayaan dan kehendak responden sendiri setelah dimaklumkan kepadanya tentang kesan dan akibat lafaz ta’liq talaq itu kepadanya oleh jurunikah. Pada masa itu responden adalah seorang suami yang berakal, siuman, baligh dan melafazkan ta’liq talaq atas kerelaannya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. [33] Mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat lafaz ta’liq talaq atau pergantungan cerai yang dibuat oleh responden pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988 itu telah dipenuhi oleh pemohon pada hari ini, Ahad 20 Rejab 1433H bersamaan 10 Jun 2012. Oleh yang demikian rukun perceraian mengikut hukum syarak telah pun dipenuhi. Keadaan telah memenuhi kehendak undang-undang di bawah s 42 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 bagi membolehkan mahkamah membuat sesuatu perintah mengenai perceraian. [34] Selain dari sabitan di atas, mahkamah juga meneliti keterangan pemohon yang menjelaskan bahawa sebelum ini telah berlaku dua kali perceraian antara pemohon dengan responden. Kali pertama dalam tahun 2007. Dan kali kedua pemohon tidak mengingati tarikh tersebut. [35] Keterangan pemohon ini disokong oleh surat perakuan ruju’ pasangan ini No 02783 yang tercatat pada surat perakuan ruju’ tersebut ruju’ kali kedua, mahkamah mensabitkan wujudnya dakwaan cerai kali pertama dan peceraian kali kedua antara pemohon dengan responden. [36] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, dan keterangan saksi-saksi pemohon semasa perbicaraan, mahkamah berpuas hati
74
Shariah Law Reports
[2013] 1 ShLR
bahawa pemohon semasa syarat kepada ta’liq talaq berlaku, berada dalam keadaan suci. Mengenai kedudukan fakta ini, Allah SWT telah berfirman sebahagian dari ayat 228 surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) …
A
B
[37] Mengikut peruntukan hukum syarak yang tersebut itu, di dalam kes ini, pemohon hendaklah beriddah dengan iddah suci, iaitu tiga bulan qamariyyah . [38] Mengenai talaq ba’in , ianya dibahagikan pula kepada talaq ba’in yang kecil dan talaq ba’in yang besar. Talaq ba’in yang besar dihuraikan dalam Kitab Al-Muktamad fil Fiqh Al-Shaafie , oleh Prof Dr Muhammad Al-Zuhaily, Juz Keempat, (Cetakan Pertama), 1428H/2007M, Darul Qalam, Damsyek, Syria, pada ms 150–151 seperti berikut yang bererti: Talaq ba-in yang besar ialah talaq yang sempurna tiga kali talaq , atau talaq tiga yang dijatuhkan sekali gus. Dalam keadaan sedemikian, isteri yang diceraikan itu menjadi haram bagi lelaki (suami) yang menceraikannya dan lelaki (suami) berkenaan tidak boleh melakukan akad nikah perkahwinan yang baru ke atas isteri itu sehinggalah isteri (perempuan) itu melangsungkan akad nikah perkahwinan yang baru dengan lelaki lain dan suami barunya itu menyetubuhinya dan setelah itu berlaku pula perceraian antara perempuan itu dengan suami barunya.
[39] Kedudukan perkara yang sedemikian adalah berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah sebahagian dari ayat 230 yang bermaksud: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula) …
[40] Di dalam kes ini mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang berlaku ke atas pemohon pada hari ini, Ahad 20 Rejab 1433H bersamaan 10 Jun 2012, adalah termasuk di dalam jenis talaq ba’in yang besar, iaitu talaq yang sempurna tiga kali talaq . Mahkamah dimaklumkan bahawa pemohon masih berhaid dan haid lazimnya datang tujuh hari dalam sebulan dan pada hari ini masih suci. Dalam persoalan ini mahkamah suka menjelaskan bagaimana tempoh iddah bagi pemohon dikira. Dalam Kitab Mughnil Muhtaj oleh al-Syarbini, Juz Ketiga ms 385, ada memperuntukkan yang bererti: Sekiranya dijatuhkan talaq ke atas seseorang perempuan semasa dia suci dari haid, maka dikira iddahnya berakhir dangan dia datang haid kali yang ketiga selepas tarikh dia di talaq itu.
C
D
E
F
G
H
I
[2013] 1 ShLR
A
B
C
D
Sinah bt Ali v Mohd bin Said (Shamsudin Ngah ShSCJ)
75
[41] Menurut nas kitab perundangan Islam itu, di dalam kes ini, iddah pemohon dikira akan berakhir pada ketika datangnya haid kali ketiga bermula dari hari ini. [42] Menurut penghakiman di atas, dengan ini mahkamah membuat perintah-perintah dalam kes ini seperti berikut: (a) Saya sabit berlakunya perceraian antara Mohd bin Said, KP: 630605–11–5203, responden, dengan Sinah bt Ali, KP: 541122–11–5212, pemohon pada hari ini, Ahad 20 Rejab 1433H, bersamaan 10 Jun 2012. Sabitan perceraian adalah di atas lafaz ta’liq talaq yang telah diucapkan oleh responden tatkala selesainya aqad nikah perkahwinan antara responden dengan pemohon pada 24 Rabiul Awal 1409 bersamaan 4 November 1988; (b)
Saya sabit perceraian antara Mohd bin Said dengan Sinah bt Ali yang tersebut itu adalah talaq satu kali ketiga, iaitu talaq ba’in kubra ;
(c)
Saya sabit Sinah bt Ali beriddah dengan iddah suci iaitu hendaklah menjalani tempoh iddah selama tiga bulan qamariyyah mulai hari ini 20 Rejab 1433H bersamaan 10 Jun 2012; Saya memberi pengiktirafan bahawa alamat penyampaian terakhir bagi pihak-pihak adalah seperti berikut:
(d) E
(i) Sinah bt Ali, KP: 541122–11–5212, No 3033 Batu 12, Kampung Durian Guling, 21400 Bukit Payong,Marang, Terengganu;
F
(ii) Mohd bin Said, KP: 630605–11–5203 Lot 2647, Kampung Paya Resak, 21400 Bukit Payong, Marang, Terengganu.
G
(e)
H
Saya perintahkan Surat Perakuan ruju’ No: 02783, yang telah didaftarkan dengan Bilangan 77/11/2007/12479, Timbalan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Daerah Kuala Terengganu hendaklah diserahkan ke dalam mahkamah ini bagi proses pembatalan; dan
(f)
Saya membenarkan kedua-dua pihak membuat apa-apa tuntutan akibat berlakunya perceraian ini melalui lain-lain prosiding. Divorce affirmed based on ta’liq talaq uttered by respondent. I
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed