Karangan mengenai kesukarelawanan; topik dipetik daripada Majalah Dewan Siswa
Full description
Pembentukan Malaysia berasaskan unsur patriotisme rakyatnya
ko akademik
Patriotisme
assignmentFull description
Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri
Full description
asdfefrsef efsaefsef sesfasefefFull description
makalah mengembangkan semangat wirausahaDeskripsi lengkap
kejiranan
lkhbnklh
IA 3PCDescripción completa
hkkmkmkmkmkmFull description
Biology Lab Report
Full description
.
LAPORAN TUGAS FARMAKOLOGI-TOKSIKOLOGIFull description
Full description
EseiFull description
Carib IA
AMIR HAMZAH BIN ABD ABD RASHID DN150243 SEKSYEN 1 DR. SHAHIDAH BINTI HAMZAH Semangat patriotisme perlu dijiwai. Ia bukan sekadar simbolik. Bincangkan Usaha membentuk masa depan Malaysia menjelang 2050 menjadi negara teratas di dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku, kemerdekaan akan terus didaulatkan. Pada masa sama, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya. Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat dari negara lain. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan dua istilah ini sering ditukar ganti penggunaannya seolah-olah sinonim dengan satu sama lain. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat sama dalam melindungi negara tercinta. Patriotisme juga membayangkan seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air adalah contoh tipikal patriotisme ekstrem. Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu masyarakat. Melusuri zaman, penggunaan laungan Negaraku adalah lebih tepat untuk menghuraikan definisi patriotisme dan nasionalisme. Matlamat Negaraku adalah untuk semua rakyat bersatu hati atas semangat cintakan Malaysia. Namun, isu sering dibincangkan dibincangkan ialah semangat Negaraku yang kian luntur dari kalangan generasi muda yang cenderung dengan ideologi Barat. Seja uh mana semua ini benar? Adalah tidak adil untuk kita menghukum generasi ini jika hanya segelintir daripada mereka yang lalai dan protes terhadap isu kenegaraan ini.
Ada sahaja dari kalangan mereka kekal meneruskan perjuangan dan memartabatkan semangat cintakan Malaysia mengikut cara dan peredaran zaman sekarang. Bagi generasi zaman penjajahan, fokusnya ialah memperjuang kemerdekaan dan selepas itu, semangat nasionalis yang mengisi kemerdekaan. Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokusnya mempertahankan kedaulatan Malaysia yang baru dibentuk. Bagi yang mengalami 13 Mei, fokusnya untuk mengangkat perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi, fokusnya mempertahankan kedaulatan ekonomi negara. Penerapan semangat rasa cinta akan negara seperti ini dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada bahan sejarah dan kibaran jalur gemilang semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui pelbagai cabang transformasi media.