Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1.0
PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN
2.0
FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN 2.1 Hukum Mengajar Al-Quran pada Zaman Rasulullah 2.2 Sejarah Pengkhususan dalam Pengajaran Al-Quran
3.0
ZAMAN RASULULLAH DI MAKKAH DAN MADINAH 3.1 Makkah 3.2 Madinah 3.3 Perbezaan Pendidikan Al-quran Di Makkah dan Madinah 3.4 Bahan Pengajaran Rasulullah s.a.w 3.5 Kurikulum Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah 3.6 Kebijaksanaan Rasulullah dalam pendidikan 3.7 Langkah-Langkah Pengajaran Rasulullah 3.8 Metodologi Pengajaran Rasulullah
4.0
SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT 4.1 Tingkatan Ilmu Yang diajarkan 4.2 Sumbangan Besar dalam pendidikan Ummah 4.3 Kurikulum Pendidikan al-Quran pada zaman Khulafa.
5.0
SISTEM KEBERKESANAN PENDIDIKAN AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH
PENUTUP RUJUKAN
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
PENDAHULUAN Segala pujian dan syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan kertas kerja ini. Jutaan terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Kerta kerja ini bertajuk “ Sejarah Pendidikan al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w.” Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerapkan semangat kepada pendidik yang bakal bergelar guru alQuran bagi mengetahui sejarah-sejarah di zaman Rasulullah dan Sahabat. Di dalam kertas kerja ini menerangkan pelbagai subtopik yang berlainan tajuk tapi saling bergantung antara satu sama lain. Selain itu, pada zaman rasulullah menggunakan pelbagai kaedah bagi mendidik dan menyampaikan pengajaran kepada umatnya. Dari kaedah yang Baginda gunakan masih digunakan dalam pembelajaran pada masa kini seperti kuliah, syarahan, berpidato dan halaqah. Begitu kesan pengajaran Nabi sehingga masa kini. Selain itu juga dalam kertas kerja menerangkan cara pembelajaran para sahabat yang meneruskan agenda Nabi Muhammad s.a.w. Pada zaman Sahabat pula telah wujudnya pelbagai tempat pendidikan seperti kuttab. Pada zaman juga telah wujudnya institusi pendidikan ini seperti masjid dijadikan kegiatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan. Bagi mengetahui segala penerangan tentang sejarah pendidikan al-quran ini, semuanya telah dinyatakan dalam kertas kerja ini. Sekian, terima kasih
1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Menurut ilmu tatabahasa Melayu, pendidikan ialah nama terbitan daripada kata dasar “didik” yang membawa maksud jaga, pelihara, atau ajar dengan hati-hati sejak kecil. Dalam Bahasa Inggeris disebut Education berasal dari dua cantuman kalimah bahasa latin iaitu e’ex dan Ducereduc. E’ex bererti keluar dan ducereduc bererti memimpin. Oleh itu, ia juga boleh diertikan bahawa Pendidikan ialah menyerap ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktis bagi membentuk keperibadian dan watak serta mencungkil bakat terpendam. Dalam Bahasa Arab juga disebut At-Tarbiah iaitu kata terbitan dari kata Rabba yang bererti mengasuh, memelihara atau memimpin. Ta’dib juga sinonim dengan makna pendidikan cuma perkataan ini lebih menjurus kepada pendidikan adab dan akhlak. Menurut Syed Naquib al-Attas, Ta'adib adalah kata yang paling sesuia untuk memberi pengertian terhadap pendidikan. Seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi tidak beradab belum boleh dikatakan berjaya kerana matlamat pendidikan yang utama adalah membentuk akhlak dan sahsiah bukannya sekadar menyediakan pelajar dengan pengetahuan semata-mata. Kalimah al-Quran pula ialah kalimah bahasa arab yang bererti bacaan. Dalam ilmu saraf, kalimah al-Quran dibawa imbangannya seperti berikut: قرانا-يقرأ-قرأ Jadi, Quran di sini bermaksud dibaca. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kalimah al-Quran tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas bagi kitab Allah. Ia sama sahaja dengan kitab-kitab lain seperti Taurat, Injil dan Zabur. Semuanya merupakan nama-nama bagi kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi sebagai pegangan dan panduan umat nabi berkenaan. Al-Quran yang ada pada kita sekarang ialah kitab Allah yang mempunyai mukjizat, yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril yang termaktub di dalam mushaf, yang dipindahkan kepada kita secara tawattur dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah An-Nas serta mendapat pahala membacanya. Menyentuh mengenai perkaitan antara pendidikan dengan al-Quran, kedua-duanya saling berkait iaitu pendidikan adalah satu usaha untuk membentuk akhlak serta memberi ilmu kepada masyarakat dan al-Quran adalah kitab panduan yang turut terkandung didalamnya ayat-ayat yang menyentuh soal pendidikan. Oleh itu, pendidikan al-Quran bolehlah didefinisikan sebagai proses membentuk sahsiah pelajar, menyampaikan ilmu pengetahuan serta mencungkil bakat pelajar berdasarkan kaedah yang digariskan di dalam al-Quran. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN Setiap proses pengajaran dan pembelajaran tentunya mempunyai kaedah, pendekatan, strategi, langkah dan sebagainya bagi menjamin matlamat pengajaran tercapai. Begitu juga dengan pendidikan negara, mempunyai falsafah dan matlamatnya yang termaktub bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan Al-Quran pastinya lebih luas daripada itu kerana Ianya kitab panduan sejagat dan dustur ummah yang mendidik manusia menuju kebahagian abadi dunia dan akhirat. Al-Quran menuntut umatnya menjadi seorang yang mahir ataupun pakar dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Dalam pada itu al-Quran mendidik manusia supaya kenal Tuhannya, kenal Penciptanya serta menginsafi setiap dosa yang dilakukan dan bertawakkal hanya kepadanya. Terdapat beberapa aspek di dalam al-Quran yang bertujuan untuk mendidik dalam bidangbidang tertentu iaitu: 1. Pendidikan tauhid Dalam Al-Quran, Allah mendidik manusia beriman dan mempercayai hanya Allah yang layak disembah dan tempat berserah segala sesuatu kerana Dialah sahaja yang berkuasa. Disamping itu Allah s.w.t juga memberi ancaman kepada manusia jika tidak bertauhid dan melakukan syirik kepada Allah. 2. Mensyukuri nikmat Manusia perlu menyedari bahawasanya segala nikmat yang diperolehi adalah dari Allah semata-mata. Jika dihitung nescaya manusia tidak akan terhitung nikmat yang Allah telah kurniakan kepada manusia. Secara kasarnya, nikmat boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: a.
Nikmat jasmani
b.
Nikmat rohani
c.
Nikmat harta benda
Atas segala nikmat ini manusia harus berfikir bahawa manusia tidak seharusnya ingkar dan menyekutukan Allah sebaliknya mensyukuri segala nikmat yang Allah telah kurniakan. 3. Mendidik supaya bertakwa kepada Allah Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Bertakwa bererti melakukan segala sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana taat kepada perintah Allah atau takutkan kemurkaannya. Al-Quran mendidik manusia supaya menjadi orang yang bertakwa. Kerana orang yang bertakwa itu dikasihi Allah dan diberi pangkat dan darjat yang tinggi disisi Allah. 4. Mendidik supaya bertawakkal Tawakkal bererti menyandarkan segala usaha kita kepada Allah. Apa pun yang kita lakukan natijahnya perlu diserahkan kepada Allah. Kerana kita hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan natijah baik atau buruk, berjaya atau tidak, menang atau kalah hanyalah Allah s.w.t. 5. Menegak yang makruf dan melarang kemungkaran Tugas dakwah adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua umat islam. Dalam masyarakat terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang jahat, pencuri, perogol, pembunuh dan sebagainya. Oleh itu perlunya ada dikalangan manusia yang bangun untuk memberi nasihat dan melarang segala perbuatan yang mungkar dikalangan masyarakat.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 2.1 HUKUM MENGAJAR AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W Hukum orang yang mengajar al-quran kepada orang lain pada zaman Rasulullahs.a.w. Adalah fardhu kifayah sepertimana Kata imam al-Suyuti : ”Ketahuilah bahawa menghafaz al-Quran itu fardu kifayah ke atas umat demikian juga mengajar al-Quran, ia adalah sebaik-baik ibadah kepada Allah”. Mengajar al-Quran adalah satu daripada cara berdakwah ke jalan Allah, malah ia dianggap antara dakwah yang paling mulia dan paling penting. Ibn Hajar berkata : ” Berdakwah kepada Allah itu berlaku dengan pelbagai cara, antaranya menerusi pengajaran al-Quran”. Ia dianggap antara cara dakwah yang paling mulia. Manakala Rasulullah s.a.w. apabila ditanya mengenai orang yang terbaik dalam kalangan manusia, baginda bersabda : ” Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik membaca al-Quran dan paling bertakwa kepada Allah.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 2.2 SEJARAH PENGKHUSUSAN DALAM PENGAJARAN BACAAN AL-QURAN Pengajaran bacaan al-Quran secara intensif telah bermula sejak zaman nabi lagi seperti yang diriwayatkan bahawa baginda telah bersabda : ”Hendaklah kamu mempelajari al-Quran daripada empat orang” Abdullah bin Mas’ud, Salim Mawla (hamba) Abu Huzaifah, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab (Bukhari, hadith no.3758) Imam Bukhari telah meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik yang menyebut bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Ubai bin Ka’ab r.a. : ”Sesungguhnya Allah menyuruh aku mengajarkan al-Quran kepada engkau ”. Mendengar itu Ubai (dalam kehairanan) bertanya : ” Adakah Allah telah memilihku dengan menyebut namaku kepada engkau, wahai Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah : ” Ya, Allah telah menyebutkan nama engkau kepada aku. ” Mendengar jawapan itu, Ubai pun menangis. (Sahih Bukhari, hadith no.4578) Sesungguhnya Allah menyuruh Rasul-Nya mengajarkan Ubai bin Ka’ab hukum tajwid iaitu tentang makhraj-makhraj huruf, sifat dan hukum-hukum bacaan yang mutawatir seperti yang diterima oleh Nabi s.a.w. daripada Jibril. Menurut sejarah, sesudah peristiwa itu, Ubai giat menghafaz al-Quran sehingga beliau mencapai kedudukan tinggi dalam jurusan ini yang merupakan satu kemuncak kejayaan yang besar. Oleh kerana itu, Rasulullah sendiri pernah bersabda : yang paling banyak membaca al-Quran dalam kalangan kamu ialah Ubai. (at-Tirmidzi) Nabi s.a.w. Juga telah mengutuskan kepada kabilah Zakwan, Asiyyah dan Bani Lihyan tujuh puluh orang daripada kalangan Ansar yang merupakan Qurra’ (pembaca dan pengajar al-Quran) pada waktu itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : ” Kami menamakan mereka Qurra’ pada zaman mereka. ” (Bukhari. Hadith no.4090.)
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Terdapat dua golongan sahabat yang mempelajari bacaan al-Quran daripada Nabi s.a.w. Iaitu : 1. Golongan yang mempelajari al-Quran terus daripada Nabi s.a.w. seperti Ibn Mas’ud, Abu Musa al-Ash’ari, Ubai, Zaid dan para sahabat lain yang termasuk golongan yang banyak mendengar al-Quran daripada Nabi s.a.w. 2. Golongan yang mempelajari al-Quran daripada sahabat-sahabat yang lain seperti Ibn Abbas, Abdullah bin al-Sa’ib dan lain-lain yang merupakan golongan sahabat yang lebih muda.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 3.0 ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DI MAKKAH DAN MADINAH
3.1 PERINGKAT MAKKAH Pada zaman pra Islam atau lebih dikenali sebagai zaman jahiliah kebanyakan penduduk jazirah arabiah berada dalam keadaan buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengenali angka dan huruf yang membolehkannya menulis dan membaca. Menurut al- Salaby (1976:19) antara penduduk Makkah yang mula-mula belajar menulis huruf arab ialah Sufyan bin Umayyah dan Abu Qais bin Abd, Manaf, mereka belajar daripada Bishr Abd. Malik dari negeri Hirah Mengikut Dr. Abdullah Isyak (1089:35) bahawa Ibnu Khaldun juga telah meriwayatkan orang yang belajar menulis di Hirah pada masa itu ialah Sufyan bin Umayyah. Sesetengah pengkaji menjelaskan Harb bin Umayyah, mereka belajar daripada Azlan bin Sidrah. Menurut Sejarah orang yang mula-mula menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di tanah arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qurra iaitu suatu perkampungan yang terletak di Madinah. Ia telah berusaha memberi pelajaran mengenal huruf kepada beberapa orang penduduk Madinah. Fakta diatas menjelaskan bahawa asal kota Makkah sememangnya tidak mengenali huruf,. Ilmu angka dan huruf berasal dari Madinah. Al- Salaby (1976:19) menjelaskan orang Quraisy yang pandai menulis dan membaca hanya lapan belas orang sahaja . Kedatangan agama islam telah mengubah tamadun keilmuan jahiliah ini. Turunnya al Quran sebagai kitabillah terakhir telah memaksa orang arab jahiliah mempelajari al-Quran samada huruf atau tulisan untuk membolehkan mereka membaca la-Quran dan memahami isi al-Quran . Memang benarlah al-Quran itu membimbing manusia dariapda Zulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya). Dalam surah al Baqarah 2:257 dan arahan membaca dalam surah al Alaq 96;1 melalui mengenali huruf dan kemudian membolehkan mereka membaca. Manusia dapat melibatkan diri dengan proses keilmuan yang membawa kepada arus kemajuan dan melauinya juga mereka akan mengalami proses dari segi kognitf dan efektif. Bagi mengatasi masalah arab Quraisy ini, baginda Rasulullah saw tidak jemu-jemu menggalakkan orang Islam supaya belajar ekoran daripada wahyu pertama ayat 1-5 surah al Alaq. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Salah satu cara baginda Rasulullah saw mengembangkan ilmu menulis dan membaca ialah dengan mengenakan syarat kepada tawanan-tawanan perang Badar yang boleh menulis dan membaca agar setiap daripada orang tawanan itu dikehendaki mengajar 10 orang anak-anak daripada orang islam membaca dan , menulis sehingga pandai sebagai ganti membebaskan diri. Mengikut al-Abrashi (terjemahan h. Bustami 1970:60) baginda nabi juga menggunakan kepakaran orang Yahudi dan Nasrani yang pandai menulis dan mambaca agar mengajar kemahiran ini kepada kaum muslimin. Begitulah sifat marunahnya baginda dalam konteks ilmu dan pendidikan. Rasullallah saw menggunakan teknik rangsangan dengan mangarahkan umat islam agar rajin menuntut ilmu seperti hadis baginda yang bermaksud: “menuntut imu adalah wajib dikalangan muslimin dan muslimat” Rasulullah saw meminta Shaffah al Adawiyah mengajarkan isteri nabi Saiyyiditina Hafsah dengan pelajaran menulis dan membaca, dorongan dan galakan daripada baginda yang berterusan ini, apatah lagi dalam menuntut ilmu hukumnya wajib maka para keluarga dan sahabat baginda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Seterusnya al-Abrashi (hal. 44) telah menjelaskan bahawa atas suruhan baginda inilah menyebabkan jumlah orang islam pandai menulis dan mengenal huruf telah bertambah. Dengan itu lahir lah jurutulis- jurutulis atau khatib yang diberi tugas untuk mancatatkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi setelah kawafatan baginda. antaranya ialah Abi Ka’ab al-Ansari, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan dan lain-lain. Pada peringat awal perkembangan islam ilmu pengetahuan dan pendidikan islam telah sampai di rumah baginda dan rumah sahabat baginda seperti rumah al- Arqam bin al-Arqam, Rasulullah saw menyampaikan ilmu-ilmu islam peringkat asasnya ilmu akidah dan ahklak . Pada zaman Makkah ini Rasulullah saw berperanan sebagai seorang guru, murid-muridnya tediri daripada kalangan dan para sahabat yang rapat dengan baginda manakala rumah baginda dan rumah al-Arqam Bin al-Arqam beperanan sebagai intistusi pertama pendidikan islam. Rasulullah saw menyampaikan setiap wahyu yang diterima atau setiap kali wajah diturun kepada kaum keluarga baginda, para sahabat dan sekalian kaum muslimin secara terbuka. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Rasulullah berbuat demikian kerana tugas Rasullullah untuk menyampaikan ajaran islam dan menyeru manusia ke jalan Allah, firman Allah yang bermaksud. “wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oelh Allah kepoada engkau daripada tuhan engkau, kiranya engakau tuidak melakukan demikan, maka tidaklah engakau menyampaikan risalah.” (Surah al-Maidah 5:67) Bentuk pengajaran Rasulullah saw ialah membaca al-quran karim kepada para sahabat dan menerang maksud ayatnya supaya dapat difahami dan di hayati serta diamalkan pada saat itu, juga. Baginda Rasul juga menyuruh para sahabatnya mengahafal setiap ayat yang telah diajar di samping Rasulullah saw menyeru para sahabatnya untuk menulis agar dapt sentiasa diulang kaji pada masa yang lain. Baginda Rasulullah saw menunjukkan dan melatih para sahabat dan semua kaum muslimin agar mengamalkan
serta mengamati segala pelajaran yang disampaikan oleh baginda .
Sesungguhnya nabi Muhammad saw ialah seorang rasul dan guru yang telah mendidik melatih dan memandu umat islam dengan penuh tanggungjawab, mesra dan penuh perasaan kasih saying. baginda Rasulullah s.a.w selalu menjadikan dirinya sebagai teladan dan contoh-contoh yang diikuti. Para sejarawan islam telah memulakan kajian tentang pendidikan islam pada zaman Rasulullah saw bermula dari Institusi al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun 610 masihi. Disinilah bermulanya era pendidikan islam dan Quran (Barnadib, 1985:85) Pada zaman Makkah, hubungan perkembangan dakwah nabi selari dengan perkembangan pendidikan islam. Dengan itu pendidikan nabi terhadap golongan pemeluk islam bertitik tolak daripada gerakan dakwah nabi secara sulit selama kira-kira tiga tahun. Ali al-Jamilathi dan Abu al-Tuwanisiah (1978) menerangkan bahawa Rasulullah saw telah memulakan institusi pendidikannya di rumah al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun khasnya terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang rapat dengan baginda termasuk keluarga baginda, seperti isteri baginda Rasullallah saw kemudian berkembang menjadi tiga puluh lapan orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Pendidikan tersebut telah di atur dan kendalikan oleh baginda nabi secara sulit selama tiga tahun. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
Selain institusi pendidikan al-arqam bin al-arqam. Rasulullah saw juga menngunakan rumahnya sebagai pusat pembelajaran. langkah pertama yang dilakukan oleh baginda dalam proses pengajaran pembelajaran ialah melalui metod iqra (bacaan). iaitu dengan membaca ayat-ayat alquran yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada para sahabatnya melalui metod Tartil Menurut Kassim Ahmad (1984) Rasulullah saw juga menekan kaedah penurunan wahyu pada masa itu, satu era yang istimewa pada zaman pendidkan Rasulullah saw di peringkat makkah ialah apabila diturunkan wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad saw yang menekankan konsep bacaan. Para pengkaji sejarah islam menjelaskan bahawa isi kandungan pendidikan yang disampaikan itu bergantung kepada wahyu daripada Allah swt sendiri. Maka dengan itu, kelahiran Pendidikan islam adalah satu era baru bagi dunia pendidikan yang ada pada masa itu. Bukan sahaja wahyu yang turun kepada nabi Muhammad saw itu sebagai bahan pengajaran nabi bahkan ia juga merupakan sumber pendidikan Rasulullah saw kepada keluarga dan para sahabat baginda , wahyu yang menekan persoalan akidah masyarakat Quraisy pada masa itu telah dikuliahkan oleh agenda di Institusi dirumah Al-Arqam Metodologi penyampaian Pendidikan islam kepada Murid-muridnya dilakukan secara : 1.
Baginda membacakan ayat-ayat yang diterima kepada murid-muridnya
2.
Menjelaskan maksud ayat
3.
Dihafal
4.
Mendidik dengah penuh kasih sayang
Keberkesanan pendidikan Rasulullah saw ini bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek kognitif malah juga aspek efektif dan psikomotor dalam bentuk amalan dan penghayatan . Sebagai contoh keberkesanan tiga domain pendidikan di atas dapat dilihat daripada peristiwa murid baginda Saad bin Abi Waqas dengan ibunya dan dijelmakan oleh Allah swt melalui surah yang bermaksud: “dan kami wajibkan kepada manusia (berbuata) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah dan jika kedua-dua ibu bapanya mammaksa unutk mempersekutukan aku dengan seseuatu yang tidak ada pengetahuan tentangya, maka jnganlah kamu mengikuti kedua-duanya. hanya kepad akulah kamu akan kembali, lalau aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (surah al-ankabut) Sepanjang penglibatan baginda Rasulullah saw sebagai guru pendakwah atau seorang rasul, baginda banyak menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketuaketua kafir quraisy di makkah, segala penentangan mereka tidak di hiraukan oleh baginda . Baginda tidak pernah tunduk dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya. sabda Rasulullah saw. yang bermaksud ….bahawa sebenarnya aku di utuskan sebagai seorang pendidik.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 3.2 PERINGKAT MADINAH Perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakakkn apabia Rasulullah ke madinah pada tahu 622 kasihi . Perkembangan ini berkait rapat dengan peranan masjid yang telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Disana masjid telah di jadikan markas kegiatan sosial dan kemasyarakatan selain daripada tempat ibadah. kegiatan ini termasuklah proses pembelajaran dan pendidikan. Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah maka nabi telah membina surau yang bersambung dengan masjid tersebut, surau itu dikenali dengan nama al-suffah. ia boleh dikatakan sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran yang dijalankan disitu lebih sistemetik dan formal. Manakala metode pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan tersusun. Pelbagai aspek kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka. Memandangkan kepesatan perkembangan islam maka lebih banyak sekolah didirikan pada masa itu. dikatakan terdapat sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah saw. antaranya yang terpenting ialah sekolah Kaabah. Rasulullah saw selalu melawat sekolah berkenaan serta mengadakan serta mengadakan perbincangan dengan murid-muridnya. Baginda juga menghantar ramai guru untuk mengajar di seluruh wilayah islam di semenanjung tanah arab. Fakor utama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah kerana gesaan Allah swt. akibat ancaman orang quraisy yang semakin membahayakan sehingga baginda di Madinah terus membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba' yang kemudiannya menjadi intitusi pendidikan terpenting. Masjid Quba Rasulullah saw terus mengumpulkan umat islam dan memperkenalkan sistem Halaqah di masjid tersebut .Selepas menunaikan solet berjemaah, para muslimin duduk mengelilingi nabi dalam separuh bulatan untutk mendengar pengajaran nabi tentang agama islam. Ekoran penerimaan serta sokongan tempatan madinah daripada pelbagai lapisan masyarakat. Baginda menyususkan strategi pengajaran dalam tiga bentuk iaitu :
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 1.
Pendidikan Rasulullah saw dalam bentuk umum Ia dijalankan sendiri oleh Rasulullah saw dan oleh para sahabat baginda di dalam dan diluar kota Madinah. dari segi metodologi pengajaran Rasulullah saw menggunakan pendekatan khutbah dan halaqah. Kaedah khutbah digunakan ketika baginda mengajar di masjid manakala bentuk halaqah diadakan di rumah baginda sendiri atau di rumah para sahabat. Kandungan pengajaran baginda meliputi sembilan kandungan antaranya akidah, syariah dan huraian isi wahyu yang mencakupi siasah (politik), ijtimaiyyah (sosial) dan iqtisyho diyah(ekonomi) Dari segi pelajar dalam sistem pendidikan umayyah ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan status hidup daripada kalangan kaum lelaki dan wanita, kecil dan tua. kaedah pengajaran baginda selain dua metode di atas ialah: a) Amalan Semua ajaran baginda yang berkaitan dengan suruhan dan larangan Allah dibuat secara terus dan diri peribadi nabi menjadi ikutan, contoh serta teladan melalui qudwah hsanah. Antara contoh dan teladan “nabi melakukan sesuatu sesuatu perbuatan (sunnah) agar menjadi petunjuk kepada umatnya” b) Pendekatan jiwa Kasih sayang nabi kepada umatnya sering ditunjukkan telah menambat hati murid untuk patuh dan taat keapada baginda Rasulullah.
2.
Pengajaran Nabi dalam Bentuk Khususiah. •
Pendidikan ini dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan sahabat nabi. Rasulullah mendidik kanak-kanak dengan menggunakan kaedah teguran, suruhan, amalan, qudwah hasanah dan member pengajaran dengan mengambil iktibar daripada cerita-cerita yang berbentuk Bashir Wa-Nazir.
Kenyataan diatas dapat dilihat melalui riwayat daripada Omar ibn Salmah, beliau berkata :
sewaktu saya masih kecil dan berada di bawah
jagaan baginda Rasulullah S.a.w. baginda
berkata kepada saya :
“Wahai kanak-kanak, bacalah bismillah sebelum makan dan makanlah
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang paling hamper dengan kamu dahulu” Inilah kaedah-kaedah yang harus diterapkan kepada pendidik untuk mendidik anak-anak 3.
murid atau pelajar yang berada di bawah umur.
Pendidikan melalui Institusi (madrasah) •
Proses pengajaran yang lebih sistematik digunakan oleh Nabi iaitu dapat dilihat melalui institusi tersebut yang dinamakan sebagai madrasah bermaksud sekolah. Melalui system ini terdapat dua peringkat : i. Menulis dan membaca ii. Ashab Assaffah
Proses menulis dan membaca ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mustaffa (1985), rasulullah s.a.w menggunakan bebrapa orang tawanan Perang Badar yang terdapat daripada kaum musyrikin yang berkebolehan menulis dan membaca untuk mengajar kanak-kanak muslim atas kadar seorang tawanan dengans epuluh orang kanak-kanak islam. Mereka perlu mengajar kanak-kanak islam ini sehingga mereka pandai dan ini merupakan jaminan kebebasan tawanan tersebut. Dimana pada peringkat Ashab Assaffah pula merupakan peringkat golongan pemuda belia, Rasulullah s.a.w dan para sahabat menerapkan ilmu kepada golongan belia ini dengan tentang ilmu syarak, kemasyrakatan, ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada masa yang akan datang. Kedua-dua peringkat pendidikan ini dibuat disekeliling masjid dan di bangunan-bangunanyang
dikhaskan
untuk
pendidikan
islam.
Untuk
memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah, nabi telah membina surau yang bersambung dengan masjid tersebut dan dikenali sebagai AlSuffah. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
As-suffah
ini
dikenali
sebagai
sebuah
sekolah
kerana
kegiatan
pengajaran pembelajaran yang dijalankan lebih sistematik dan formal. Hal ini kerana ia dijalankan di kawasan masjid dan keadah pengajaran yang digunakan adalah halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan pratikal. Kesan daripada peperangan menentang kaum musyrikin penganut islam semakin bertambah lantaran kejayaan Rasulullah dalam mentarbiyah mereka. Baginda telah membahagikan murid-murid kepada tiga golongan iaitu : 1. Kanak-kanak diberi pendidikan dalam bentuk khususiyah 2. Kaum lelaki dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah. 3. Kaum wanita dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah. Hasil daripada rasulullah dalam bidang penulisan ini maka lahirlah tokohtokoh sahabat yang berkemahiran membaca dan menulis seperti Abi Ka’ab, alAnsori, Zaid bin Thabit, Othman bin Affan dan lain-lain yang antaranta dilantiik menjadi jurutulis nabi untuk menulis dan membaca surat-surat sama ada untuk dihantar ke Rom, Parsi atau yang diterimanya dari Negara luar dalam hubungan diplomatik antara madinah dan Eropah. Kota Madinah pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pelbagai jenis ilmu yang telah disebarkan di Madinah iaitu di Jazirah Arabiah dan Negara-negara sekitarnya. Di Madinah telah terdapat Sembilan buah masjid yang berperanan sebagai institusi pendidikan nabi. Antara sekolah yang terkemuka iaitu sekolah Kaabah. 3.3 PERBEZAAN CIRI PEMBINAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DI KOTA MAKKAH DAN MADINAH •
Period kota Makkah: Teras pembinaan pendidikan islam di kota Makkah adalah pendidikan tauhid,
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah titikberatnya adalah menanamkan nilai-nilai tauhid ke dalam jiwa setiap individu muslim, agar jiwa mereka terpancar sinar tauhid dan tercermin dalam perbuatan dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari. •
Period kota Madinah: Pokok pembinaan pendidikan islam di kota Madinah dapat dikatakan
sebagai
pendidikan
sosial
dan
politik,
yang
merupakan kelanjutan dari pendidikan tauhid di Makkah, iaitu pembinaan di bidang pendidikan sosial dan politik agar dijiwai oleh ajaran , merupakan cermin dan pantulan sinar tauhid tersebut.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 3.4 BAHAN PENGAJARAN (SILIBUS) RASULULLAH S.A.W. Menurut Ghazali Darussalam, Wahyu merupakan bahan pengajaran (sukatan) dalam proses mendidik atau mengajar pengikutnya. Ia berbentuk Alquran mahupun hadis. Ini dapat dinyata dan dijelaskan bahawa baginda s.a.w. tidak bercakap atau mengajar sesuatu melainkan ditunjuk oleh wahyu sepertimana dalam firman allah yang bermaksud : “Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang di wahyukan” (surah Al-Najm, 53:3-4) Maka dengan itu, bahan pengajaran Rasulullah adalah lengkap dan sempurna hal ini kerana wahyu yang datang adalah daripada allah s.w.t. Alquran ialah kitab yang sedikit pun tiada kekurangan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Tiadalah kami alpakan suatu pun dalam al-Kitab” Dengan bahan pengajaran yang telah diwujudkan oleh nabi iaitu Alquran. Kita sebagai umatnya dan pendidik harus mengikut apa yang telah rasulullah s.a.w. tetapkan. Semestinya bahan yang disediakan itu berlandaskan syariat Islam dan hukum Allah. 3.5 KURIKULUM PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W Kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah sangat sulit, sebab Rasul mengajar pada sekolah kehidupan yang luas tanpa dibatasi dinding kelas. Rasulullah memanfaatkan berbagai kesempatan yang mengandungi nilai-nilai pendidikan dan rasulullah menyampaikan ajarannya dimana saja seperti di rumah, di masjid, di jalan, dan di tempat-tempat lainnya. Sistem pendidikan islam lebih bertumpu kepada Nabi, sebab selain Nabi tidak ada yang mempunyai keutamaan untuk menentukan isi-isi pendidikan islam. Dapat dibezakan menjadi dua period:
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
Makkah •
bahan yang diajarkan hanya berkisar pada ayat-ayat Makiyyah sejumlah 93 surat dan petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan sebutan sunnah dan hadits.
•
bahan yang diajarkan menerangkan tentang kajian keagamaan yang menitikberatkan pada keimanan, ibadah dan akhlak.
Madinah •
pendidikan yang dilakukan Nabi pertama-tama membangun lembaga masjid, melalui masjid ini Nabi memberikan pendidikan islam.(al-Quran)
•
Bahan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan berkisar pada bidang keimanan, akhlak, ibadah, kesihatan jasmani dan pengetahuan kemasyarakatan
Metod yang dikembangkan oleh Nabi adalah: a. Bidang keimanan: melalui soal jawab dengan penghayatan yang mendalam dan di dukung oleh bukti-bukti yang rasional dan ilmiah. b. Bahan ibadah : disampaikan dengan metod demonstrasi dan peneladanan sehingga mudah didikuti masyarakat. c. Bidang akhlak: Nabi menitikberatkan pada metod peneladanan. Nabi tampil dalam kehidupan sebagai orang yang memiliki kemuliaan dan keagungan baik dalam ucapan maupun perbuatan. 3.6 KEBIJAKSANAAN RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN Untuk melaksanakan fungsi utamanya sebagai pendidik, Rasulullah telah melakukan serangkaian kebijaksanaan yang amat sistematik serta sesuai dengan situasi dan keadaan. Proses pendidikan pada zaman Rasulullah berada di Makkah belum berjalan sebagaimana yang diharapkan. Hal yang demikian belum di mungkinkan, kerana pada saat itu Nabi Muhammmad belum berperanan sebagai pemimipin atau ketua Negara, bahkan baginda dan para Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah pengikutnya berada dalam bayang-bayang ancaman pembunuhan dan kaum kafir quraisy. Selama di Makkah pendidikan berlangsung dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi.
Diantaranya yang terkenal adalah rumah Al- Arqam. Langkah yang bijak dilakukan Nabi Muhammad SAW pada tahap awal islam ini adalah melarang para pengikutnya untuk menampakkan keislamannya dalam berbagai hak.tidak menemui mereka kecuali dengan cara sembunyi-sembunyi dalam mendidik mereka. Setelah masyarakat islam terbentuk di Madinah barulah, barulah pendidikan islam (alQuran) dapat berjalan dengan berleluasa dan terbuka secara umum.dan kebijaksanaan yang telah dilakukan Nabi Muhammmad ketika di Madinah adalah: a. Membangun masjid di Madinah. Masjid inilah yang selanjutnya digunakan sebagai pusat kegiatan pendidikan dan dakwah. b. Menyatukan berbagai potensi yang semula saling berserakan bahkan saling bermusuhan.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
3.7 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi Pendidikan Islam telah menyatakan pelbagai langkah dan cara yang Rasulullah telah anjurkan untuk dalam bidang pendidikan supaya semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara langkah yang diambil oleh baginda ialah : Mewujudkan pusat pendidikan a.
Banyak institusi yang digunakan oleh baginda bagi tujuan
untuk mengajar ajaran islam kepada umatnya. Antara pusat-pusat atau tempat pendidikan ialah : 1. Rumah sebagai pusat pendidikan Sejak awal kerasulan bagi lagi, rumah dijadikan tempat pendidikan kepada pengikutnya. RUmah Al-Arqam bin Abi al-Arqam menjadi pusat pengajaran dan pusat pertemuan baginda bersama para sahabat. Selain itu juga, ia dijadikan tempat menyampaikan ajaran agama Islam kepada kaum muslimin. Dan buat pengetahuan semua keadah ini berkekalan sehingga baginda berhijrah ke Madinah. 2. Tempat Umum dan terbuka. Rasulullah
s.a.w.
juga
diperintahkan
supaya
menyampaikan
ajarannya secara terang-terangan oleh Allah s.w.t. dimana dalam firman Allah yang bermaksud : “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah daripada orang yang musyrik” Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah (Surah al-Khijr,15:94) Setelah itu, baginda bergerak ke Bukit Safa yang menjadi kelaziman orang Quraisy dijadikan sebagai tempat mengumpulkan orang ramai. 3. Institusi Masjid Antara masjid yang menjadi tempat pengajaran Islam iaitu Masjid Quba’ dan Masjid An-Nabawi. Selain itu terdapat Sembilan buah masjid yang terdapat di Madinah menjadi tempat pendidikan. Umat Islam di Madinah mengantar anak-anak mereka ke masjid untuk diberikan pendidikan. Selepas pembukaan Kota Mekah, Baitullah menjadi pusat pengajaran Islam untuk seluruh kaum muslimin.
4.
Pengajaran Kepada Masyarakat Terdekat
Nabi telah memulakan pendidikan al-quran dengan mendahulukan kaum kerabatnya
sebagaimana firman firman Allah Swt :
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (Qs.As-Syu'ârâ;214) Pada peringkat pertama, orang yang paling awal memeluk Islam adalah isterinya,
Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar bin as-Siddq, Zaid
bin Harithah dan Abi Bin
Abi
Talib.
Kesemuanya
terdekat Rasulullah. Setelah itu, Islam
adalah
sahabat
semakin berkembang luas
dan menyebar ke seluruh pelosok. Inilah sebabnya
pendidikan
yang baik adalah yang dimulai dari rumah oleh orang tua kepada anakanaknya. Sebagaimana sabda Rasulullah : "Ajarlah sesungguhnya mereka Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
anak-anakmu
(dengan
ilmu
pengetahuan)
kerana
dijadikan untuk zaman yang lain daripada kamu."
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 5.
Berlaku Adil Terhadap Anak Didik
Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah diajarkan oleh Allah supaya tidak
berlaku diskriminasi. Baginda rasulullah diperingatkan
Allah ketika Abdullah bin
Ummu Maktum datang hendak menemui
baginda. Pada saat itu, Rasulullah sedang
berbincang dengan para
pembesar Quraisy dan Rasulullah telah bermasam muka.
Maka turunlah
ayat Al-Quran sebagai teguran akan kesilapan baginda itu : Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah datang seorang buta
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
kepadanya.(Qs.'Abasa ;1-2)
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 3.8 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W. Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi dalam Pendidikan Islam iaitu menerangkan Rasulullah s.a.w. Mempunyai pelbagai cara dalam menyampaikan pengajarannya kepada umatnya dan orang lain. Antara kaedah yang bersifat kognitif, efektif dan berbentuk psikomotor. Terdapat banyak pengajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w dengan menggunakan kaedah ini, antaranya : 1.
Kuliah dan khutbah atau pidato. Ini adalah cara pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu kuliah dan berkhutbah atau pidato yang seringnya disampaikan di Masjid dan juga dirumah. Ini jelas bahawa Rasulullah s.a.w mengajar kaum muslimin dengan berkhutbah di masjid pada setiap hari Jumaat. Pada musim haji juga baginda berucap di Arafah, Mina, Perigi Ghadir dan di Uhud. Pada pengajaran ini hanya baginda sahaja yang bercakap dan umatnya hanya mendengar apa yang baginda ucapkan.
2.
Halaqah Sepanjang pendidikan baginda kepada para sahabat, baginda amat gemar menggunakan kaedah halaqah dimana Rasulullah s.a.w bersila di dalam masjid yang dikelilingi oleh umatnya. Kesan daripada pengajaran yang dilakukan oleh baginda adalah konsep pengajaran dua hala. Iaitu kaedah ini masih digunakan oleh semua pendidik terutama di peringkat tertinggi.
3.
Soal Jawab Rasulullah s.a.w juga menggunakan cara pembelajaran secara soal jawab. Hal ini jelas dimana Rasulullah s.a.w di suatu masa telah soal jawab dengan malaikat Jibril tentang rukun Iman, rukun Islam, tentang Ihsan dan tentang Kiamat. Baginda bersoal jawab dengan tujuan untuk mengajar kepada orang ramai.
4.
Hafalan Teknik ini adalah salah satu teknik yang terdapat dalam pribadi
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Rasulullah, terbukti ketika
Rasulullah menerima wahyu Allah yang pertama,
beliau bersungguh-sungguh dan terus
menerus
menghafalnya
agar
tidak
lupa. 5. Perdebatan Teknik ini digunakan ketika perdebatan tentang Ibrahim dengan Raja Namrud. Al-Quran telah menjelaskan hal ini, melalui firman Allah yang berbunyi : "Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Nabi Ibrahim tentang Tuhannya
(Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan) ketika Nabi Ibrahim berkata. 'Tuhanku ialah Allah yang menghidupkan dan mematikan;
Sesungguhnya
matahari dari timur, maka terbitkanlah dari Barat, lalu
Allah
menerbitkan
terdiamlah
orang
kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. '"(Qs.Al-Baqarah ;258) 6.
Penceritaan Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah banyak menggunakan
metode bercerita. Hal ini terlihat kerana di dalam terdapat banyak ceritacerita lampau berkaitan dengan nabi-nabi 7.
dan umat terdahulu.
Menggunakan Bahasa Isyarat. Dalam menyampaikan pengajaran, Rasulullah juga sering menggunakan
gaya atau isyarat
dengan anggota badan Rasulullah. Contohnya ketika
beliau menjawab pertanyaan tentang
orang yang memelihara anak yatim,
seperti yang digambarkan dalam sabdanya : "Aku
dan
orang
yang
memelihara
(diisyaratkan ibu jari dan jari tengah)"
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
anak
yatim
seperti
dua
ini
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT Menurut Prof. Dr Hassan Langgulung(1988) dalam buku Asas-asas Pendidikan Islam menerangkan bahawa bertahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu berulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di ibu kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di negeri- negeri lain yang ditakluki oleh orang-orang islam. Prof. Dr. Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna, 1988. Hal 121 Berikut penguraian tentang pendidikan Islam(al-Quran) pada masa Khulafa al- Rasyidin: A. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pola pendidikan al-Quran pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa Nabi, baik dari segi isi kandungan mahupun lembaga pendidikannya. Dari segi isi kandungan pendidikan Islam terdiri daripada pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, kesihatan, dan sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid, selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat rasul terdekat. Lembaga pendidikan Islam(al-Quran) masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan rohani, tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat berjama’ah, membaca Al-qur’an dan lain sebagainya. B. Masa Khalifah Umar bin Khattab Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam berkaitan dengan masalah pendidikan , khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan menunjuk guru-guru
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas mengajarkan isi Al-qur’an dan ajaran Islam lainnya. Adapun metod yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid melingkarinya. Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar memerintah Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah terbentuknya pusat-pusat pendidikan Islam di berbagai kota dengan ilmu yang dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya. Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gabernor yang berkuasa saat itu,serta diiringi kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya. Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan dari baitulmal. C. Masa Khalifah Usman bin Affan. Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pada masa khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam(al-Quran) tidak jauh berbeza dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada, namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para sahabat yang berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan meninggalkan Madinah di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-daerah yang mereka sukai. Kebijaksanaan ini sangat besar pengaruhnya bagi pelaksanaan pendidikan di daerahdaerah. Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah dijangkau oleh seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan dari segi pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat memilih tempat yang mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat. Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, ertinya pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah PENULISAN AL-QURAN DI ZAMAN SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN Di zaman khalifah Uthman Affan, Islam telah berkembang luas sehingga ke Afrika di barat dan ke Azarbaijan di timur. Dengan demikian terdapat ramai orang Islam bertaburan di merata tempat, khasnya negeri-negeri yang baru dibuka. Guru-guru dalam kalangan sahabat telah dihantar ke negeri-negeri berkenaan untuk mengajar al-Quran dan pengetahuan Islam. Masing-masing membaca al-Quran mengikut bacaan sahabat atau guru yang dihantar ke situ. Dengan demikian terdapat sedikit kelainan bacaan antara satu tempat dengan tempat lain. Ada yang mengikut bacaan Ubai bin Ka’ab, ada pula yang membaca mengikut bacaan Ibnu Mas’ud dan di tempat lain mengikut bacaan Abu Musa al-Ash’ari. Masing-masing mengatakan bacaannya sahaja yang betul dan ada menyalahkan orang lain. Hal ini telah berlarutan hingga sampai ke satu tahap yang menimbulkan persengketaan yang hampirhampir mencetuskan pergaduhan sesama muslimin. Sebenarnya sahabat-sahabat besar menerima al-Quran daripada Rasulullah dengan tujuh jenis bacaan (qiraat). Apabila mereka mengajar, mereka hanya mengajar satu jenis bacaan yang mereka minat sahaja. Dengan sebab itu terdapat perbezaan bacaan pada tempat-tempat tertentu. Seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman yang baru balik dari negeri Syam setelah selesai pembukaan Armenia dan Azarbaijan memberitahu hal ini kepada Saidina Uthman. Beliau mencadangkan supaya diambil sesuatu tindakan untuk menyelamatkan umat Islam. Tindakan yang dimaksudkan itu ialah menulis semula al-Quran dalam beberapa naskah dan dihantar ke semua negeri Islam. Dengan demikian, orang Islam boleh membaca al-Quran dengan cara yang sama seperti yang tertulis itu. Uthman bersetuju dengan cadangan ini dan terus meminta Suhuf yang ditulis di zaman Abu Bakar yang masih ada di tangan Hafsah binti Umar al-Khattab. Zaid bin Thabit sekali lagi dilantik menjadi ketua panitia pengumpulan al-Quran di peringkat ini. Mereka terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Mereka disuruh supaya menulis semula dengan baik mengikut lahjah atau loghat Arab Quraish. Al-Quran yang ditulis ini tidak mempunyai titik dan baris (tanda bacaan). Ini adalah untuk meraikan Qiraat Tujuh. Mengikut as-Sayuti, penulisan ini dibuat dalam lima naskah untuk dihantar ke bandar-bandar besar seperti Kufah, Basrah, Makkah, Yaman dan lain-lain. Naskah-naskah lain yang pernah ditulis oleh sahabat di zaman Rasulullah diperintah supaya dibakar semuanya. Semua orang Islam disuruh membaca al-Quran mengikut seperti dalam mushaf ini. Inilah al-Quran yang disebut Mushaf Uthmani yang ada pada kita sekarang. Cuma mushaf yang ada sekarang telah ditulis dengan khat yang baik dan diletakkan titik dan baris dengan sempurna untuk memudahkan orang yang bukan arab membacanya. Usaha meletakkan baris diusahakan oleh Abul-Aswad Ad-Duali dengan izin khalifah dan usaha ini disempurnakan dalam kurun pertama hijrah. Itulah tiga peringkat penulisan al-Quran iaitu di zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Uthman. Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri kenapa tindakan penulisan itu perlu dibuat. Peringkat pertama sebagai rekod segala wahyu diturunkan dan untuk rujukan dikala lupa. Peringkat kedua takut kehilangan al-Quran kerana kematian para huffaz dan peringkat ketiga ialah untuk kesatuan bacaan dan perpaduan ummah di samping mengelakkan perpecahan. Sebagai orang Islam, kita patut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Allah dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah berusaha menulis al-Quran dalam sebuah naskah yang akhirnya menjadi mushaf-mushaf yang banyak seperti yang kita dapati hari ini. Demikian juga dengan usaha meletakkan tanda-tanda al-Quran, baris, titik dan sebagainya. Tanpa ada usaha ini mungkin sangat sukar bagi orang bukan arab untuk membacanya.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah PERMULAAN WAHYU SELEPAS PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN Dari Aisyah, Ummul Mukminin, Radhiyallah ’Anha berkata, ” Wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yang benar dalam tidur. Dia tidak melihat dalam mimpi, kecuali datang seperti falaq (fajar) subuh, kemudian setelah itu, dia suka menyendiri dan dia menyendiri di Gua Hira. Dia bertahannuts (khalwat) di dalamnya, beribadah selama beberapa malam. Sebelum meninggalkan keluarganya, dia membawa bekal, kemudian kembali ke Khadijah, kemudian membawa bekal lagi untuk berikutnya. Ia terus berulang hingga datanglah kebenaran dalam kondisi dia berada di Gua Hira.
Malaikat datang dan berkata, ’’ Bacalah ! ” Dia berkata, ” Saya tidak boleh membaca. ” Dia memelukku hingga terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, kemudian setelah itu, dia minta saya membaca, saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca” , kemudian dia kembali memelukku untuk yang kedua kalinya sehingga saya measa tersesak, kemudian melepaskanku dan berkata, ” Bacalah.” Saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca.” Kemudian dia kembali memelukku yang ketiga kalinya, kemudian melepaskanku’, dia berkata,” Bacalah dengan nama Rabb-mu yang telah menciptakan manusia dari ’alaq (segumpal darah yang menempel), bacalah dengan nama Rabb-mu yang Maha Mulia. D. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib Menurut Prof Dr. H. Samsul Nizar, M.ag menyatakan dalam bukunya iaitu pada masa Ali telah terjadinya kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan politik pada masa Ali berkuasa, kegiatan pendidikan Islam(al-Quran) mendapat hambatan dan gangguan. Pada saat itu ali tidak sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya itu ditumpahkan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain: 1.
Makkah
Guru pertama yang mengajar di Mekah setelah Mekah ditakluki ialah Muaz bin Jabal. Beliaulah yang mengajar al-Quran dan perkara halal haram dalam Islam. 2.
Madinah
Lebih terkenal dan lebih mendalam ilmunya kerana di sana terdapat Khalifah Abu Bakar, Umar, Ali, Zaid bin Thabit serta sahabat-sahabat Nabi Muhammad. 3.
Basrah
Sahabat yang terkenal ialah Abu Musa al-Asyari dan Anas bin Malik. 4.
Kuffah
Sahabat yang tinggal di Kufah ialah Ali bin Abu Talib dan Abdullah bin Mas’ud. Tugas Ibn Mas’ud ialah mengajar al-Quran dan ilmu agama. Beliau diutus oleh Umar al-Khattab ke Kufah untuk menjadi guru. 5. Damsyik (Syam) Setelah negeri Syam menjadi sebahagian negara Islam dan penduduknya ramai memeluk Islam, maka Saidina Umar menghantar tiga orang guru agama ke negeri itu iaitu Muaz bin Jabal, Ubadah dan Abu Dardak al-Dardak. Mereka mendirikan madrasah agama dan mengajar al-Quran serta ilmu agama pada tiga tempat iaitu Abu al-Dardak di Damsyik, Muaz bin Jabal di Palestin dan Ubadah di Hims.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 4.1 TINGKATAN PELAJARAN ILMU YANG DIAJARKAN Pada masa khalifah-khalifah al-Rasyidin sebenarnya telah ada tingkat pengajaran hampir serupa seperti sekarang. Tingkat pertama ialah Kuttab, tempat murid-murid belajar menulis dan membaca, menghafal al-Quran serta belajar dasar-dasar agama Islam. Setelah tamat al-Quran, mereka meneruskan pelajaran ke masjid. Pelajaran di masjid itu terdiri dari peringkat menengah dan peringkat tinggi. Pada peringkat menengah gurunya belumlah ulama besar, sedangkan pada peringkat tinggi gurunya ulama yang dalam ilmunya dan terkenal kealiman dan kesahihannya. Umumnya guru memberikan pelajaran kepada murid-murid seorang demi seorang sama ada di Kuttab atau di masjid pada peringkat menengah. Pada peringkat tinggi pelajaran diberikan oleh guru dalam satu halaqah yang dihadiri oleh para pelajar. 4.2 SUMBANGAN BESAR DALAM PENDIDIKAN UMMAH Saidina Uthman seorang khalifah yang berjasa besar dalam bidang pendidikan umat Islam. Pemerintahan beliau dilanda masalah dengan sebab pasukan tentera Islam bercanggah dalam bacaan al-Quran. Percanggahan itu hampir menimbulkan perpecahan dalam kalangan sesama tentera dan di antara panglima-panglima. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki. Pertelingkahan bacaan al-Quran ini melarat kepada orang-orang Hims, Kufah dan Basrah. Orang yang menyedari keadaan ini ialah Huzaifah ibnul Yaman yang dengan segera memberitahu Khalifah Uthman demi menyelamatkan umat Islam daripada pertelingkahan seperti yang berlaku kepada umat Yahudi dan Nasrani. Saidina Uthman segera mengarahkan supaya al-Quran yang ada pada Hafsah binti Umar disalin sebanyak enam salinan. Tugas yang amat berat ini dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh sahabat besar, Zaid bin Thabit berpandukan kepada hafalan para hafiz dan dirujukkan kepada bacaan Quraisy kerana al-Quran diturunkan mengikut dialek tersebut. Al-Quran yang telah dibukukan itu dipanggil ” Mashaf ” dan dikenali dengan ” Mashaf Uthmani ”. Salinan-salinan tersebut kemudian dihantar ke negerinegeri Islam dan diperintahkan supaya Mashaf yang lain daripada itu dibakar.Tindakan tegas saidina Uthman itu telah menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan yang boleh merosakkan masa depan Islam. Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 4.3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (AL-QURAN) PADA ZAMAN KHULAFA ALRASYIDIN (632-661M/12-4H) Menurut Dr.Armai Arief (2005) menerangkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan islam(al-Quran) pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri, tidak dikelola oleh pemerintah, kecuali pada masa Khalifah Umar bin al;khattab yang turut campur dalam menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab. Isi kandungan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar: a. Membaca dan menulis b. Membaca dan menghafal Al-Qur’an c. Pokok-pokok agama islam, seperti cara wudlu’, shalat, shaum dan sebagainya
Ketika Umar bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan kepada penduduk kota agar anak-anak diajari: a. Berenang b. Mengendarai unta c. Memanah d. Membaca dan menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.
Sedangkan materi pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari: a. Al-qur’an dan tafsirnya b. Hadits dan pengumpulannya c. Fiqh (tasyri’) 20Dr.Armai Arief, MA, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa,2005. Hal 13
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
5.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT 5.1 PENDAHULUAN Mempelajari Sejarah Pendidikan islam amat penting, terutama bagi pelajar-pelajar agama islam dan pemimpin-pemimpin islam. Dengan mempelajari Sejarah Pendidikan Islam kita dapat mengetahui sebab kemajuan dan kemunduran islam baik dari cara didikannya maupun cara ajarannya. Khusunya pendidikan islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. Sejarah Pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat dua period. Iaitu period Makkah dan period Madinah : •
Period Makkah, Nabi Muhammad lebih menitikberatkan pembinaan moral dan akhlak serta tauhid kepada masyarakat Arab yang bermukim di Makkah
•
Period di Madinah Nabi Muhammad SAW melakukan pembinaan di bidang sosial politik. Disinilah pendidikan islam berkembang pesat.
Menurut Mahmud Yunus dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam, menyatakan bahawa pembinaan pendidikan islam khususnya al-Quran pada masa Makkah meliputi: 1.
Pendidikan Keagamaan Iaitu hendaklah membaca dengan nama Allah semata-mata jangan dipersekutukan dengan nama berhala.
2.
Pendidikan Akliyah dan Ilmiah Iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan kejadian alam semesta.
3.
Pendidikan Akhlak dan Budi pekerti Iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar berakhlak baik sesuai dengan ajaran tauhid.
4.
Pendidikan Jasmani atau Kesihatan. Iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah Cara Nabi melakukan pembinaan dan pengajaran pendidikan agama islam di Madinah adalah seperti berikut: 1. Pembentukan dan pembinaan masyarakat baru, menuju satu kesatuan sosial dan politik. Nabi Muhammad SAW mulai meletakkan dasar-dasar terbentuknya masyarakat yang bersatu padu secara intern (ke dalam), dan ke luar diakui dan disegani oleh masyarakat lainnya (sebagai satu kesatuan politik). Dasar-dasar tersebut adalah: •
Nabi Muhammad saw mengikis habis sisa-sisa permusuhan dan pertentangan antara suku, dengan jalan mengikat tali persaudaraan diantara mereka. Nabi mempersaudarakan duadua orang, mula-mula diantara sesama Muhajirin, kemudian diantara Muhajirin dan Ansar. Dengan lahirnya persaudaraan itu bertambah kukuhlah kesatuan kaum muslimin.
•
Untuk memenuhi keperluan sehari-hari, Nabi Muhammad menganjurkan kepada kaum Muhajirin untuk berusaha dan bekerja sesuai dengan kemampuan dan pekerjaan masingmasing seperti waktu di Makkah.
•
Untuk menjalin kerjasama dan saling menolong dalam rangka membentuk tata kehidupan masyarakat yang adil dan makmur, turunlah syari’at zakat dan puasa, yang merupakan pendidikan bagi warga masyarakat dalam tanggungjawab sosial, baik secara material mahupun moral.
•
Suatu kebijaksanaan yang sangat efektif dalam pembinaan dan pengembangan masyarakat baru di Madinah, adalah disyari’atkannya media komunikasi berdasarkan wahyu, iaitu salat juma’t yang dilaksanakan secara berjama’ah dan azan. Dengan solat juma’at tersebut hampir seluruh warga masyarakat berkumpul untuk secara langsung mendengar khutbah dari Nabi Muhammad SAW dan salat jama’ah jum’at
•
Setelah selesai Nabi Muhammad menyatukan kaum muslimin, sehingga menjadi bersaudara, lalu Nabi mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi, penduduk Madinah. Dalam perjanjian itu ditegaskan, bahwa kaum Yahudi bersahabat dengan kaum muslimin, tolong- menolong , bantu-membantu, terutama bila ada serangan musuh terhadap Madinah. Mereka harus mempertahankan negara bersama-sama kaum Muslimin, disamping itu kaum Yahudi merdeka memeluk agamanya dan bebas beribadat menurut kepercayaannya. Inilah salah satu perjanjian persahabatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah 2.
Pendidikan sosial politik dan kewarganegaraan.
Pendidikan sosial dan kewarnegaraan islam pada masa itu adalah pokok-pokok fikiran yang terkandung dalam konstitusi Madinah, yang dalam pengamalannya diperincikan dengan lebih lanjut dan disempurnakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang turun Selama period Madinah. Tujuan pembinaan adalah agar secara beransur-ansur, pokok-pokok fikiran konstitusi Madinah diakui dan berlaku bukan hanya di Madinah sahaja, tetapi luas, baik dalam kehidupan bangsa Arab mahupun dalam kehidupan bangsa-bangsa di seluruh dunia. 3. Pendidikan anak dalam al-Quran Dalam islam, anak merupakan pewaris ajaran islam yang dikembangkan oleh Nabi Muhammad saw dan generasi muda muslimlah yang akan melanjutkan misi menyampaikan islam ke seluruh penjuru alam. Oleh kerananya banyak peringatan-peringatan dalam Alqur’an berkaitan dengan itu. Diantara peringatan-peringatan tersebut antara lain:
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
PENUTUP Kesimpulan yang dapat disini bahawa sistem pendidikan ini sudah mula pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Hal ini telah dibuktikan oleh para sejarawan yang mana mereka mengkaji mengenai sejarah pendidikan di zaman Rasulullah. Pendidikan di zaman Rasulullah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk pengajaran yang telah didedahkan dan digunakan oleh Rasulullah. Bentuk pengajaran ini masaih digunakan sehingga hari ini. Pada zaman Rasulullah, tempat pengajaran atau pembelajaran itu dilaksanakan di masjid-masjid hal ini kerana masjid pada zaman itu juga bukan sahaja untuk melakukan ibadat bahkan ia juga menjadi tempat penyampaian ilmu pengetahuan kepada umatnya. Antara masjid-masjid yang menjadi tempat pengajian ilmu pengetahuan iaitu Majis Quba dan Masjid Makkah. Pelbagai ilmu juga telah diperkenalkan pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri seperti beribadat dan sebagainya. Setelah itu ilmu pengetahuan ini disambung oleh para khulafa ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah ini. Disini mereka telah meneruskan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pada zaman ini juga alquran telah dibuku dan dikumpulkan iaitu pada zaman Saidina Uthman Ibn Affan. Walau bagaimana pun al-quran pada zaman itu menjadi rujukan dalam mendalami pelbagai ilmu. Penyebaran tempat ilmu ini berlaku di pelbagai tempat seperti di makkah, madinah, dan sebagainya. Kesan dalam ilmu pengetahuan di zaman rasulullah dan sahabat meninggalkan kesan kepada sistem pendidikan pada masa sekarang. Hal ini kerana pendidikan yang digunakan sekarang adalah sama dengan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w Akhirnya, sistem pendidikan zaman Rasulullah dan sahabat ini adalah satu sistem pendidikan yang sememangnya telah di nyatakan dalam Al-quran. Pendidikan Al-quran pada zaman itu juga telah lama dilaksanakan kerana mereka pada zaman itu sememangnya menggunakan al-quran bagi mendalami ilmu pengetahuan.
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
Rujukan Buku 1.
Armai Arief (2005) Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam
Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa. 2.
Hasan Langgulung (1988) Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna.
3.
Abuddin Nata (2005) Pendidikan Islam Perspektif Hadits. Ciputat: UIN Jakarta Press.
4.
Samsul Nizar (2008) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana.
5.
Mahmud Yunus (1992) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: PT. Hidakarya Agung.
6.
Zuhairini,dkk (1998) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Bumi Aksara,cet.9.
7. Mohd. Yusuf Ahmad (2005) Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8.
Abdul Raof Dalip (1990) Zaman Khalifah al-Rasyidin, Fakulti Pendidikan UKM, Selangor.
9. Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (2005), Mukhtasar Minhaj al-Qosidin (Ringkasan Kitab Jalan Mereka Menuju Allah Jilid 1 & 2) Rangkain Berkat Sdn Bhd & Pustaka Salam Sdn. Bhd., Terengganu & Kuala Lumpur. 10. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid (2009) Fikih Sirah Mendulang Hikmah dari Sejarah Kehidupan Rasulullah, Darus Sunnah Press, jakarta 11. Muhammad Munir al-Qadban, Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi s.a.w., Pustaka Darussalam Sdn. Bhd., Kedah 12. Dr Muhammada Masir (2001) At-Ta'lîm wa Manhaj Tarbiyah Islâmiyah, Vol.102, Tahun II Shoutu 'l-Azhar, 13.
Dr Yusof Qardhawi (2000) Ummatunâ Baina Qarnaini, Dar el Shourouk, Cet. I.
14. Ahmad Mohamad (1997) Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam 15. Sulaiman Noordin (2008) Sejarah Pemikiran 1 : Sumber Ilmu, Perbandingan Idealogi dan Orde Baru Dunia, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah
Rujukan Laman Web 16. www. hipermart.pendidikan.com
Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010