OBJEKTIF KAJIAN Pada amnya tujuan kajian ini ialah untukmegetahui sejarah tentang Lembah Bujang,Kedah,. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pas ti; (i) Kesan-kesan sejarah di Lembah Bujang. (ii) Asal-usul yang menyebabkan wujudnya Lembah Bujang (iii)Mengetahui (iii) Mengetahui sejarah lembah bujang melalui pendapat pengkaji (iv) Mengenalpasti hubungkait lembah bujang dengan kedatangan kepercayaan di kedah
PENGENALAN 1.0 Perkembangan sejarah di Lembah Bujang
Penyelidikan arkeologi di Negeri Kedah boleh dibahagikan kepada dua bidang yang umum iaitu zaman prasejarah awal iaitu di Lembah Bujang. Kepentingan penyelidikan arkeologi di Lembah Bujang sudah tidak asing lagi kepada kita, malah kemasyhurannya begitu meninggi sehingga menutupi kepentingan zaman-zaman prasejarah yang dilalui oleh penduduk penduduk Negeri Kedah di zaman purba. Jadi, di dalam kertas kerja ini saya kira ada baiknya kalau disentuh terlebih dahulu zaman prasejarah di negeri ini dan kemudiannya membincang mengenai perkembangan sejarah awalnya berdasarkan kepada penemuan bahan-bahan arkeologi yang wujud setakat ini.
Penyelidikan arkeologi zaman prasejarah di Negeri Kedah agak terhad kepada tapak-tapak gua sahaja walaupun penemuan-penemuan secara tidak sengaja juga dijumpai di kawasan tanah lapang. H.D. Collings merupakan orang yang pertama menyingkap tentang kewujudan tapak prasejarah di Negeri Kedah dengan membuat kajian di Gunung Baling. Dua buah gua telah digalicari iaitu Gua Debu dan Gua Kelawar (Collings 1936). Bahan-bahan yang ditemui di gua ini terdiri dari kapak batu zaman Hoabinhian, kapak dan beliong batu zaman Neolitik, batu pengasah, batu penumbuk dan tembikar tanah. Siput-siput sungai merupakan tinggalan bahan makanan yang utama manakala tulang-tulang binatang dijumpai di dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
3.DAPATAN KAJIAN
3.1 kemunculan Lembah Bujang. Lembah bujang adalah merupakansebuah kawasan yang terkenal pada masa silam malah sejak awal kurun pertama masihi lagi.faktor perdagangan yang berkembang pesat antar India dan China membantu memajukan kawasan ini yang merupakan laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke laut China Selatan.kawasan ini juga sebagai tempat persinggahanyang penting bagi saudagar – saudagar India ke negeri China dan sebaliknya. Gunung jerai terletak di kawasan ini merupakan pedoman penting bagi kapal – kapal perdagangan yang memasuki Sungai Merbok dalam kawasan Lembah Bujang.Dipinggir gunung yang tertinggi sekali di negeri Kedah ini terdapat banyak air terjun dan tempat – tempat yang sesuai bagi kediaman dan upacara keagamaan.disinilah membangunnya Lembah Bujang sebagai kawasan pusat perkembangan politik dan agama Hindu – Buddha pada masa lalu.
3.2 Sejarah Penyelidikan Arkeologi di Lembah Bujang Kesan-kesan peninggalan arkeologi di Lembah Bujang telah pertama kali disiasat oleh Kolonel James Low di dalam tahun 1864, tetapi sejauh mana penyelidikan dijalankan adalah sukar ditentukan kerana tidak terdapat sebarang laporan yang lengkap. Walau bagaimana pun catatan yang dibuat sekurang-kurangnya menunjukkan beberapa tapak telah ditemui. Di awal kurun kedua puluh, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai telah menjumpai tinggalan tapak Hindu di situ. Seterusnya kajian di Lembah Bujang telah dibuat oleh Evans di antara tahun-tahun 1920an dan 1930an dengan begitu ghairah sekali. Di dalam tahun 1921 beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai patung Durga Devi bersama dengan Mahishahura. Di dalam tahun 1923, sekali lagi beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai Patung Ganesha dan banyak lagi bahan-bahan arkeologi telah ditemui di tahun-tahun selepasnya (Evans 1927).
Kedua-dua di atas telah membuka lembaran baru di dalam pengkajian sejarah awal Negeri Kedah. Low dan Evans menyatakan bahawa artifek dan monumen-monumen yang dijumpai di Kedah itu mempunyai unsur-unsur India, dan orang-orang Hindu dan Buddha datang ke rantau ini dalam bentuk penjajah. Low dan Evans juga berpendapat bahawa Langkasuka terletak di Selatan Kedah dan Low lebih tepat mengatakan Langkasuka terletak di Bukit Meriam manakala Evans meletakkannya di Sungai Batu, malah menekankan bahawa kerajaan Srivijaya yang berpusat di Pelembang mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah. Jadi, selain daripada membuka tirai untuk penyelidikan arkeologi selanjutnya di Lembah Bujang, mereka juga telah memberi pendapat berkaitan dengan kawasan tersebut.
Di antara tahun-tahun 1937-1938, H.G. Quaritch-Wales bersama isterinya telah membuat satu penyelidikan yang menyeluruh dan meluas di Lembah Bujang, dan hasil dari penyiasatan tersebut sebanyak 30 tapak-tapak berupa candi telah ditemui, dua puluh sembilan darinya terletak di sekitar Lembah Bujang dan yang selebihnya di Seberang Perai (Quaritch -Wales 1940). Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, mereka telah menyambung penyelidikan dan kali ini menumpukan perhatian kepada tapak-tapak di Seberang Perai (Quaritch-Wales and Quaritch-Wales 1947). Perlu diingat bahawa kedatangan Quaritch-Wales ke Lembah Bujang adalah atas urusan 'Greater India Research Committee' yang berpusat di Calcutta, yang bertujuan untuk melihat dan meninjau proses penjajahan yang dibawa oleh orang-orang India di rantau ini. Lembah Bujang atau Kedah dipilih berdasarkan kedudukan ilmu alamnya yang terletak di tengah-tengah antara India dan China. Di dalam konteks ini, kita dapati bahawa penyelidikan yang dijalankan oleh Quaricth-Wales, walaupun dibuat secara sistematik, adalah berat sebelah, kerana sudah wujud satu pemahaman yang kukuh yang cuba
dibuktikannya. Atas dasar ini beliau sering dikritik berhubung dengan kesimpulankesimpulan yang dibuat mengenai arkeologi Lembah Bujang.
Kajian di Lembah Bujang telah terhenti untuk seketika sehingga tahun 1956 apabila Persatuan Arkeologi Universiti Utara Malaysia di bawah a rahan K.G Tregonning dan M. Sullivan membuat eskavasi dan tinjauan di sekitar Seberang Perai dan Lembah Bujang (Sullivan 1958). Walaubagaimanapun penyelidikan yang lebih berkesan dan lebih sistematik telah dimulakan oleh Lamb, beliau dengan kerjasama beberapa orang pakar dari luar telah berjaya menggali cari dan membina semula tapak Candi Bukit Batu Pahat di antara tahuntahun 1959-1960 ( Lamb 1960). Lamb selanjutnya telah membuka jal an baru dengan membuat eskavasi di Pengkalan Lembah Bujang yang telah menghasilkan timbunan serpihan seramik di dasar sungai tersebut (Lamb 1961).
Di awal tahun 1970an, kajian di Lembah Bujang telah dijalankan oleh Kakitangan Jabatan Muzium di bawah arahan Al-Rashid dan kemudiannya oleh penulis sendiri. Akhir-akhir ini penyelidikan diselenggarakan oleh Encik Kamarudin Zakaria. Perlu juga disebut di sini bahawa penyelidikan yang dibuat oleh Leong Sau Heng khusus mengenai Pengkalan Bujang di dalam menentukan kepesatan Lembah Bujang di dalam perdagangan antarabangsa
3.3 Sejarah Lembah Bujang berdasarkan penemuan arkeologi
Berdasarkan kepada penyelidikan arkeologi yang telah dibuat pada satu abad lalu beberapa kesimpulan boleh dibuat mengenai sejarah di Lembah Bujang.Wales (1940) telah mengemukakan hipotesis mengenai arus perkembangan tahap-tahap penjajahan dari India ke rantau ini.beliau telah membuat empat perkembangan tersebut iaitu:
Arus pertama merangkumi jangka masa di antara kurun pertama hingga kurun ketiga berdasarkan kepada manik yang dipercayai dari Rom dan juga berdasarkan kepada beberapa serpihan tembikar yang dijumpai di Johor lama. Tidak banyak bukti dijumpai di Lembah Bujang. Arus kedua bermula kira-kira 300 Masihi hingga 550 Masihi berdasarkan kepada batu-batu bertulis dan tapak-tapak 1 hingga 3, dan merupakan tahap yang pertama untuk Lembah Bujang. Masyarakat adalah beragama Hindu dan kerajaan di bawah pengaruh Funan. Terdapat juga di tapak-tapakyang lain seperti di Lembah Kinta. Arus ketiga menunjukkan terdapat perubahan kebudayaan yang berlaku di antara tahun 550 hingga 750 Masehi, dan Kedah adalah di bawah penjajahan Hindu Palava, dan pengaruh ini mula menjalar ke pantai timur semenanjung. Ianya dibuktikan oleh tapak-tapak 4 hingga 9 di Lembah Bujang yang dianggap sebagai kuil Siva. Arus keempat di antara 750 hingga 900 Masihi menunjukkan kewujudan kepercayaan Buddhisma dari Selatan India yang mempunyai unsur-unsur Pala Mahayana.
Konsep yang dikemukakan oleh Quaritch-Wales di atas telah dikatakan sebagai t idak berasaskan kepada bukti-bukti arkeologi yang sebenar. Kajian yang dijalankan oleh Lamb mengenai candi Bukit Batu Pahat jelas menunjukkan persamaan dengan tapak-tapak Hindu di Indonesia terutamanya Biarosi Topajan di Padang Lawas, Sumatra (Lamb 1961 : 1-9). Selain dari itu Lamb juga membuktikan bahawa cepu batu yang ditemui tertanam di bawah Candi Bukit Batu Pahat juga menampakkan ciri-ciri asia Tenggara iaitu ianya melibatkan aktiviti pemujaan jenis tantrik dan bukannya amalan Hindu mazhab Siva seperti yang disarankan oleh Quaritch-Wales.
Selain dari Wales, Wheatley juga tidak ketinggalan mengemukakan periodisasinya berhubung dengan perkembangan sejarah yang dilalui oleh Lembah Bujang (Wheatley 1961 : 275 - 278). Menurut beliau sejarah Kedah bermula ketika Gunung Jerai, Bukit Penjara dan Bukit Batu Lintang masih lagi merupakan pulau di mana pedagang dari India mempunyai kontek dengan masyarakat tempatan. Kira-kira kurun kelima masihi, Buddhisma sudah menapak di Lembah Bujang. Kini hubungan dengan India sudah terjal in erat, tetapi tiga kurun kemudian, Buddhisma telah diresapi oleh unsur-unsur Saivisma di Kedah, dan penempatan tertumpu di kawasan tengah Sungai Bujang.
Bentuk-bentuk candi yang menghala ke timur menunjukkan amalan di kalangan masyarakat Hindu di Kedah. Di antara kurun kelapan dan kesembilan, unsur-unsur Mahayana kembali menapak di Kedah. Pedagang Arab dan China telah mengambil bahagian di dalam perdagangan di rantau ini pada ketika ini. Di abad kesepuluh, masyarakat di Lembah Bujang kembali menjadi Hindu, dan kawasan penempatan yang baharu dibuka ialah di Sungai Muda. Menurut Wheatley, Kedah lumpuh selepas serangan yang dilancar oleh Raja Chola, Rajendra 1 dalam tahun 1025-1030 dengan menyatakan "Precisely when this deline set in difficult to say but it well date from the great raid of Rajendra 1, when Kedah, as one of the twin foci of the empire, was selected as a major abjective. Srivijaya apparently recovered from this reserved after a few years but Kedah seems never to have recaptured its lost prestige" (Wheatley 1961-281).
Dengan berasaskan kepada penemuan arkeologi, Lamb telah mengemukakan alternatif yang lebih konkrit dan munasabah. Lamb telah membahagikan pendudukan di Kedah kepada empat peringkat juga iaitu :
1. Fasa Buddhisma yang awal dibuktikan oleh tiga inskripsi yang dijumpai oleh Low dan Quaritch-Wales yang mempunyai kaedah ye dharma yang dikatakan dibuat atas arahan Buddhagupta bagi menjamin keselamatan pelayaran. Ketiga-tiga inskripsi ini mempunyai teks yang sama dan diberi tarikh keempat atau kelima Masehi.
2. Fasa Srivijaya yang dibuktikan oleh penemuan seperti arca gangsa yang serupa dengan yang dijumpai di Sambas, Kalimantan, Indonesia termasuk juga tapak 16 dan 16a. Penumpuan aktiviti perdagangan di Takuapa, Thailand masih mengamalkan Buddhisma Mahayana, kadang-kadang mempunyai unsur tantrik, termasuk juga penempatan di Perak yang mempunyai kepercayaan yang serupa. Ia telah diberi tarikh di antara kurun ketujuh dan kesembilan.
3. Fasa Pengkalan Bujang yang tidak mungkin wujud lebih awal dari kurun kesebelas Masihi, dan melambangkan kejatuhan pusat perdagangan di Takuapa. Fasa ini memperlihatkan perkembangan Lembah Bujang dan juga pertumbuhan kawasan penempatan di sekitar Sungai Bujang dan Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu. Kemerosotan perdagangan di Lembah Bujang tidak lebih dari kurun keempat belas kerana tidak terdapat penemuan seramik jenis biru dan putih. Penemuan-penemuan yang digolongkan di Fasa ini menolak pendapat W heatley mengenai tarikh kejatuhan Lembah Bujang kerana menurut Lamb, Lembah Bujang mula menin gkat setelah serangan yang dilancarkan oleh Raja Chola. Fasa ini juga menampakkan peranannya sebagai pusat yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan dunia luar.
4. Fasa Kuala Muda berkembang setelah Lembah Bujang mencapai kemuncaknya dan dicirikan oleh seramik jenis Ming biru dan putih. Pada ketika ini adalah diperca yai bahawa Sungai Muda sudah mengubah haluan, dan perkara ini pernah juga dicatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Di antara ketiga-tiga pendapat yang tersebut di atas , didapati pendapat yang disarankan oleh Lamb adalah lebih munasabah kerana ianya berdasarkan kepada bukti arkeologi yang nyata, walaupun kadang-kala bercanggah dengan fakta sejarah seperti yang terdapat di dalam penulisan kronikel China dan karya-karya India.
Persoalan yang sering dikemukakan mengenai Lembah Bujang ialah mengenai tarikh kawasan tersebut sudah tidak begitu masyhur lagi. Menurut Lamb kemerosotan Lembah Bujang adalah disebabkan oleh perubahan-perubahan yang berlaku kepada sistem sungai di Lembah Bujang dan juga disebabkan oleh kerana Sungai Bujang dan Sungai Merbok sudah kurang dalam dan jauh di pedalaman. Lagi pula pedagang-pedagang mula menjelajah dan mengeksploitasi kawasan-kawasan yang terletak di selatan Semenanjung seperti Melaka dan
Singapura. Bukti yang jelas tentang berakhirnya Lembah Bujang ialah makam Sultan Muzaffar Shah yang telah memeluk Agama Islam pada kira-kira tahun 1474 (Winstedt 1920:30).
3.4 kepentingan Lembah Bujang dalam perkembangan negeri Kedah.
Kepentingan Lembah Bujang di dalam perkembangan sejarah awal Negeri Kedah memang tidak boleh dinafikan berdasarkan dua sumber, iaitu;
Penulisan ahli-ahli pelayaran Cina dan Arab dan karya-kar ya kesusasteraan India,
Bukti-bukti arkeologi.
Kajian mengenai penulisan-penulisan ahli pelayaran Cina dan Arab dan kesusasteraan India telah dibuat secara meluas oleh Braddle (1949. 1950, 1980) dan Wheatley (1957, 1961) . Catatan yang terawal mengenai Negeri Kedah terkandung di dalam sebuah puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun kedua atau ketiga Masihi yang menyebut Kedah sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti Kandaram iaitu Kedah. Batu bersurat kerajaan Chola bertarikh 1030 Masehi pula menunjukkan dengan jelasnya bahawa Kandaram itu adalah adalah sama dengan Kataha yang terkandung dalam cerita-cerita lama Sanskrit (Puranas) terutamanya di dalam drama Kaumudimahotsava yang ditulis di antara kurun ketujuh atau kelapan Masihi. Selain dari itu, Kedah juga disebut di dalam karya Prakrit iaitu Samaraiccakaha yang dihasilkan dalam kurun kelapan Masihi, dan juga di dalam karya - karya Katha seperti Khatasaritsagara. Di dalam karya - karya tersebut di atas, Negeri Kedah dibayangkan sebuah negara yang makmur dan gemilang sekali ataupun sebagai "the seat of all felicities" (Wheatley 1958).
Negeri Kedah juga dikenali sebagai Chieh-ch'a atau Kie-tch'a oleh ahli-ahli pelayaran China di abad ketujuh Masehi. Pada ketika itu ramai ahli -ahli agama Buddha berulang alik dari Negeri China ke Negeri India, dan salah seorang dari mereka ialah I-Tsing (I-Ching) yang telah memulakan pelayaran di dalam tahun 671 Masihi dari Negeri China dan tiba di Srivijaya (Palembang) dalam tahun 672 untuk mempelajari bahasa Sanskrit. Pada tahun berikutnya beliau telah pergi ke Kedah melalui Melayu untuk menumpang sebuah kapal diraja India. Setelah belajar selama 12 tahun di Universiti Nalanda beliau sekali lagi singgah ke Kedah di dalam tahun 685 semasa di dalam perjalanan pulang ke Negeri China. Daripada tulisan beliau, didapati Negeri Kedah merupakan sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan yang teragung di rantau ini terutamanya untuk Kerajaan Srivijaya. Selain dari tulisan I-Tsing, Wheatley berpendapat bahawa Kedah juga dikenali sebagai Chia-cha yang menghantar utusan mengadap Maharaja China di dalam tahun 638 Masehi (Wheatley 1961 : 278).
Bukti-bukti dari ahli pelayaran Arab adalah terhad dan agak lewat dari segi kronologinya, iaitu tulisan yang dibuat oleh Sulaiman-al-Mahri di dalam kurun kelima bela s Masehi yang menyatakan bahawa Negeri Kedah (dieja Keda) terletak pada garis lintang yang sama seperti Negeri Kelantan.
Walaupun terdapat keterangan mengenai Negeri Kedah yang dibuat oleh ahli-ahli pela yaran China dan Arab dan juga terdapat di dalam karya - kar ya kesusasteraan India, namun penceritaan dan sebahagian dari penulisan tersebut adalah kabur dan sukar untuk dinyatakan dengan tepat, apatah lagi di dalam keadaan sekarang di mana terdapat pertumbuhan bandar bandar atau perkampungan di setiap muara-muara sungai semenanjung ini. Kesulitan ini jelas terbukti bila mana Langkasuka dan Kedah pada suatu ketika dahulu disamakan dengan Kedah (Winstedt. 1920) padahal ianya dimaksudkan kepada tempat lain (lihat Colles 1969).
Kesilapan dalam membuat rujukan nama sesuatu tempat itu sudah pasti akan mengakibatkan kesilapan di dalam membuat kesimpulan mengenai perkara tersebut.
3.4 kesan – kesan sejarah di Lembah Bujang.
Di anatara kesan – kesan sejarah di Lembah Bujang yang merangkumi kawasan seluas 224km persegiitu ialah candi-candi dan artifak-artifak pemujaan dalam agama HinduBuddha.Beberapa buah canditelah dijumpai seperti di Candi Pengkalan Bujang,Candi Bukit Batu Pahat,Candi Pendiat dan lain-lain.
Candi Batu Pahat misalnya dipercayai dibina dalam kurun ke-6 Masihi.Penemuan ahli-ahli arkeologimenunjukkan candi-candi ini dibina dengan menggunakan batu-batu pejal.sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah dijumpai di Lembah Bujang.Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun ke-4 hingga kurun ke-12 Masihi.Bagi memelihara kesan – kesan sejarah ini,pihak Jabatan Muzium telah menubuhkan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.