Soalan Formatif Sains Tingkatan 3 Bab 2 Peredaran Darah dan pengangkutannya.Full description
Nota Sains Tingkatan 2 (BM) - Nutrisi
kmxmlckxFull description
Jantung dan Peredaran DarahFull description
tambang bawah tanahDeskripsi lengkap
biologi
nnnDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Lkpd golongan darah kurikulum 2013
bio fungsiDeskripsi lengkap
tugasFull description
Lkpd golongan darah kurikulum 2013Full description
biologiDeskripsi lengkap
Peredaran Darah GinjalDeskripsi lengkap
Mekanisme Peredaran Darah Janin
nota psv berk
Makalah biologi tentang sistem peredaran darah (sirkulasi) pada hewan vertebrataFull description
Deskripsi lengkap
BAB 2:
PEREDARAN DARAH & PENGANGKUTAN Nota Guru
2.1
I
my Science notes
Sistem Pengangkutan dalam Manusia
1. Sistem peredaran merupakan sistem tiub yang memastikan pengaliran darah dalam satu arah melalui pam dan injap. 2. Jantung bertindak sebagai pam dan salur darah bertindak sebagai tiub. 3. Rajah berikut menunjukkan strukrur jantung manusia:
a. Jantung terletak di dalam rongga toraks. b. Jantung dibahagi kepada empat ruangan: atrium kiri, ventrikel kiri, atrium kanan, ventrikel kanan. c. Dinding ventrikel adalah lebih tebal dan kuat daripada dinding atrium d. Dinding ventrikel kiri adalah lebih tebal, lebih berotot, lebih kenyal daripada ventrikel kanan. e. Hal ini kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah di bawah tekanan yang tinggi ke seluruh badan 4. Setiap ruangan jantung bersambung dengan salur darah yang utama a. Atrium kanan bersambung dengan vena kava b. Atrium kiri bersambung dengan vena pulmonari c. Ventrikel kanan bersambung dengan arteri pulmonari d. Ventrikel kiri bersambung dengan aorta. 5. Aorta merupakan salur darah yang terbesar di dalam badan manusia. 6. Injap memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja. Apabila injap terbuka, darah mengalir melaluinya tetapi apabila injap tertutup, darah tidak dapat mengalir semula. 7. Jantung mempunyai tiga jenis injap: a. Injap trikuspid b. Injap bikuspid c. Injap sabit 8. Terdapat tiga jenis salur darah: a. Arteri b. Vena c. Kapilari Nota Sains Tingkatan 3/pa
1
Nota Guru
I
my Science notes
9. Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara arteri, vena dan kapilari. Ciri-ciri
Arteri
Vena
Kapilari
Kecil
Besar
Sangat kecil
Tebal, berotot dan kenyal
Nipis, kurang berotot dan kurang kenyal
Setebal satu sel
Keluar dari jantung
Masuk ke jantung
Dari arteri ke vena
Tinggi
Sederhana
Rendah
Kehadiran injap
Tiada (kecuali arteri pulmonari)
Ya
Tiada
Jenis darah yang diangkut
Darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)
Darah terdeoksigen (kecuali vena pulmonari)
Darah beroksigen dari arteri dan darah terdeoksigen ke vena
Keratan rentas
Saiz lumen Dinding Arah pengaliran darah Tekanan darah
10. Terdapat dua jenis peredaran darah: a. Peredaran pulmonari b. Peredaran sistematik 11. Peredaran pulmonari a. Darah terdeoksigen di ventrikel kanan dipam daripada jantung ke peparu melalui arteri pulmonari. b. Di peparu, pertukaran gas berlaku. c. Darah beroksigen mengalir ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari. 12. Peredaran sistemik a. Darah di atrium kiri ditolak ke dalam ventrikel kiri. b. Ventrikel kiri mengecut dan mengepam darah ke dalam aorta. c. Darah mengalir ke bahagian badan yang lain (kecuali peparu). d. Apabila darah tiba di tisu, oksigen, nutrien dan bahanbahan lain meresap ke dalam tisu. e. Bahan perkumuhan meresap ke dalam darah. f. Darah terdeoksigen mengalir semula ke jantung melalui vena kava dan memasuki atrium kanan.
Nota Sains Tingkatan 3/pa
2
Nota Guru 2.2
I
my Science notes
Darah Manusia
1. Terdapat dua komponen dalam darah. Komponen cecair dinamakan plasma dan komponen pepejal terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan platlet.
2. Plasma mengangkut makanan tercerna, bahan perkumuhan, dan menyebarkan haba ke seluruh bahan. 3. Haemoglobin yang terdapat di dalam sel darah merah bergabung dengan oksigen untuk membentuk oksihemoglobin. Oksihemoglobin akan membebaskan oksigen apabila tiba di tisu. 4. Sel darah putih melindungi badan daripada jangkitan penyakit. 5. Platlet membantu dalam pembekuan darah. 6. Kumpulan darah a. Terdapat empat jenis kumpulan darah: A, B, AB dan O. b. Orang yang mempunyai kumpulan darah O dikenali sebagai penderma universal kerana mereka boleh menderma darahnya kepada sebarang kumpulan darah. c. Orang yang mempunyai kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima universal kerana mereka boleh menerima darah daripada sebarang kumpulan darah. d. Jadual di bawah menunjukkan kesesuaian darah dalam kalangan penderma darah dan penerima darah. Kumpulan darah penderma A
Darah penerima
B AB O
Nota Sains Tingkatan 3/pa
A
B
AB
O
: sesuai : tidak sesuai (pengaglutinan berlaku)
3
Nota Guru 2.3
I
my Science notes
Sistem Pengangkutan dalam Tumbuhan
1. Jika tumbuhan kehilangan banyak air, tumbuhan akan layu. 2. Transpirasi merupakan suatu proses kehilangan air secara berlebihan daripada tumbuhan ke atmosfera dalam bentuk wap air. 3. Stoma merupakan liang pada permukaan daun. banyak stoma pada permukaan bawah daun.
Terdapat
4. Air daripada tumbuhan kebanyakannya hilang melalui stoma. Di samping itu, stoma merupakan tempat bagi pertukaran gas. 5. Sel pengawal mengawal bukaan dan penutupan stoma pada daun. 6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi: a. Suhu: semakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi kadar transpirasi dan sebaliknya b. Keamatan cahaya: keamatan cahaya yang lebih tinggi meningkatkan kadar transpirasi dan sebaliknya. c. Angin: angin menyebabkna air menyejat dengan lebih cepat, dengan ini meningkatkan kadar transpirasi d. Kelembapan udara: kadar transpirasi adalah lebih rendah jika udara adalah lembap. 7. Kadar transpirasi boleh diukur dengan menggunakan photometer gelembung. 8. Peranan transpirasi: a. Menyingkirkan air yang berlebihan daripada tumbuhan b. Menyejukkan tumbuhan pada hari panas c. Mengangkut air dan garam mineral terlarut daripada akar ke bahagian tumbuhan yang lain. 9. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bagi batang tumbuhan berkayu.
a. b. c.
Xilem mengangkut air dan garam mineral terlarut daripada akar ke daun. Floem mengangkut makanan (glukosa) daripada daun ke batang dan akar. Kambium menghasilkan sel xilem dan floem yang baru.