HSM 3013 MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU TAJUK TUGASAN
1.0
Pengenalan
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu penempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Kerajaan Johor mula terserlah terutamanya selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Bermula dari situlah terbentuknya kerajaan Johor (RiauLingga-Pahang). Raja Ali yang memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) dikatakan menjadi pengasas kepada kerajaan Johor. Sejarah Johor berkembang dengan beberapa sultan dan pembesar negeri silih berganti menerajui politik Johor. Sejarah Johor menjadi menarik apabila Kerajaan Johor bersahabat baik dengan Belanda yang menunjukkan tanda-tanda kebangkitan kejayaan Kerajaan Johor pada masa tersebut. Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II, kehadiran Raja Kecil dan pengaruh Bugis menjadikan kerajaan Johor semakin rumit dan meruncing. Walaupun begitu, wujud pro dan kontra dalam semua kejadian yang membawa kepada Kerajaan Johor pada hari ini. 2.0
1511 - 1640: ERA PENGASASAN DAN PEMBINAAN KESULTANAN JOHOR
Usaha Menegakkan Semula Kerajaan
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis bukanlah penamat kepada pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu. Hal ini kerana wujudnya usaha oleh Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya yang setia untuk mengembalikan pemerintahan dan mendapatkan semula Kota Melaka dari tangan Portugis. Bermula daripada pengunduran Sultan Mahmud Syah pada 1511 ke Pagoh, membina kubu pertahan di Bentayan, Muar, baginda dan para pengikutnya kemudiannya berundur ke Pahang, sebelum berlayar ke Pulau Bentan di Kepulauan Riau-Lingga. Di Bentan, asas untuk pembinaan semula sebuah kerajaan dimulakan dengan membina kekuatan tentera bagi menghadapi serangan Portugis. Untuk membina kekuatan tersebut, kebanyakan kerajaan naungan Melaka sebelumnya telah menyatakan taat setia mereka kepada Sultan Mahmud Syah dan bersedia untuk mempertahankan saki baki kekuatan Melaka yang masih ada. (Perpindahan Sultan Mahmud Syah boleh dilihat di lampiran 1).
1|Page
Antara kerajaan yang bersama-sama Melaka termasuklah Lingga, Inderagiri, Siak, Aru, Manjung, Beruas, Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong. Disebabkan serangan berterusan angkatan perang Sultan Mahmud Syah dalam menyerang Kota Melaka, Portugis bertindak menyerang balas kekuatan baginda di Bentan pada 1521 dan serang-menyerang daripada keduadua belah pihak di Kota Melaka dan Bentan berterusan sehingga 1526. Sultan Mahmud Syah memilih untuk bersemayam di Bentan kerana wilayah Kepulauan Riau-Lingga merupakan wilayah yang didiami oleh majoriti Orang Laut yang setia kepada Kesultanan Melaka semenjak era Srivijaya. Keselamatan baginda telah dikawal oleh orang-orang Laut yang setia di Bentan dan wilayah sekitarnya dari serangan Portugis. Pada tahun 1526, Portugis berjaya memusnahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud Syah di Kopak, Bentan dan baginda terpaksa berundur dan bersemayam di Kampar. Menurut Sulalatus Salatin, Sultan Mahmud Syah ketika bersemayam di Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Pengasasan Kesultanan Johor
Sebagai meneruskan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Raja Ali telah diangkat sebagai Sultan yang baru bagi menggantikan ayahandanya Marhum Kampar. Baginda Raja Ali telah menaiki takhta pada 1528 dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II dan memilih kawasan Ujong Tanah sebagai pusat pemerintahan baginda dan baginda dianggap sebagai pengasas kepada Kesultanan Johor. Periode pengasasan Kesultanan Johor ini dianggap sebagai satu zaman untuk mencari tapak baru untuk politik dan ekonomi orang Melayu yang pernah dibangunkan di Melaka pada era kegemilangannya dahulu. Antara tujuan utama pembukaan sebuah kerajaan di Ujong Tanah adalah dengan maksud hendak menjadikannya sebagai tempat perdagangan yang terpenting di alam Melayu setanding kedudukan Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis. Sebenarnya, usaha pendirian kerajaan dilakukan secara berterusan sejak di Bentan, kemudiannya Kampar dan Ujong Tanah (Johor) adalah kerana Sultan yang memerintah Melaka dan penggantinya masih ada. Hal ini kerana, dalam prinsip orang Melayu, seperti yang diperkatakan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu, adapun “mati raja alah negeri” iaitu sesuatu kerajaan itu dianggap tewas sekiranya Sultan yang memerintah itu mati atau ditawan.
2|Page
Dalam konteks Melaka, walaupun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultannya masih hidup, oleh itu kedaulatan negeri Melaka masih wujud, ditambah pula dengan kesetiaan yang masih diberi oleh jajahan takluk Melaka. Oleh itu, pengasasan satu kerajaan baharu di Johor terhasil daripada satu keinginan untuk mengembalikan satu pusat pemerintahan kepada Kesultanan Melayu selagi Sultan itu berdaulat, kerana dalam pemikiran orang Melayu “ada Raja maka barulah ada kerajaan”. Antara tindakan baginda Sultan Alauddin Riayat Syah II dalam mengukuhkan asas kepada sebuah Kesultanan Johor termasuklah mengarahkan Bendahara dan Seri Nara Diraja membina pusat pentadbiran Johor yang dikenali sebagai Kota Kara di kawasan Pekan Tua, Sungai Telor. Menguasai semula wilayah-wilayah jajahan takluk Melaka dan menjadikannya sebagai jajahan takluk Johor termasuk Pahang, Kepulauan Riau-Lingga, Aru, Siak, Manjung, dan lain-lain, membina pelabuhan kerajaan Johor di Batu Sawar dan merancang strategi pertahanan dan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka di bawah pimpinan Laksamana Hang Nadim. Selain itu, antara tokoh-tokoh penting Johor dalam membina asas kepada Kesultanan Johor yang lebih kukuh termasuklah Laksamana Tun Abdul Jamil dan Bendahara Tun Seri Lanang. Laksamana Tun Abdul Jamil misalnya dalam awal kurun ke-17 telah berusaha untuk memperkukuh pertahanan Johor dalam menghadapi serangan daripada dua seteru utama pada ketika itu iaitu Portugis di Melaka dan kerajaan Acheh, atau dikenali sebagai perang tiga segi (Lampiran 2) selain dianggap sebagai perancang utama ke arah usaha membebaskan Kota Melaka dari tangan Portugis. Selain itu, semenjak era pemerintahan Sultan Johor yang pertama oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II dan para penggantinya selepas itu, taktik memindahkan pusat pemerintahan di beberapa buah lokasi berlainan di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga dilakukan bagi mengelirukan musuh Johor iaitu Portugis dan Acheh. Antara pusat pemerintahan yang sentiasa berubah-ubah itu termasuklah kawasan Sungai Telor, Sayong, Pancur, Makam Tauhid, Kota Tinggi dan Batu Sawar.
3|Page
2.0
1641 - 1699: ERA KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR.
Persahabatan Johor dengan Belanda.
Peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1641 berkisar tentang kekalahan Portugis di tangan Belanda. Hubungan antara Belanda dengan Johor berkaitan dengan usaha untuk memerangi orang Portugis ini berlangsung pada 1637 apabila Sultan Jalil III, Sultan Johor telah membuat perjanjian dengan Belanda hendak menolong melawan Portugis di Melaka dan sebagai balasan 1
Belanda akan membantu baginda mendirikan sebuah kota di Batu Sawar. Ekoran itu, pada bulan Jun 1640, Gabenor Jeneral Antonio van Dieman di Betawi telah mengarahkan kapal-kapal 2
perang Belanda untuk mengepung pelabuhan Melaka. Pada bulan berikutnya, Sultan Abdul Jalil dari johor telah menghantar angkatan perang sebanyak 40 buah perahu perang membawa 1500 askar-askar Melayu di bawah perintah Laksamana Tun Abdul Jamil pergi membantu mengepung 3
dan memerangi orang-orang Portugis di Melaka. Setelah lebih kurang enam bulan mengepung Kota Melaka dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu oleh askar-askar Johor, akhirnya pada 14 Januari 1641 Belanda berjaya menakluk Melaka.
4
Walaupun selepas peperangan tersebut, Sultan Abdul Jalil III berasa sakit hati kepada Laksamana Tun Abdul Jamil disebabkan Johor tidak dapat apa-apa faedah setelah menolong Belanda mengambil Melaka, akan tetapi tiada pula melarat kerana persahabatan dengan Belanda bertambah baik, malahan baginda turut menerima hadiah daripada Belanda dan baginda tidak 5
perlu risau lagi ancaman Portugis dan Aceh. Perang tiga segi ini telah melemahkan kedudukan Johor kerana setiap kali berlaku serangan Aceh mahupun Portugis, pasti ibu negeri akan berpindah. Misalannya, Aceh telah memusnahkan ibu negeri Johor di Lingga pada tahun 1623.
6
Apabila pihak Aceh dan Portugis tidak lagi mengancam Johor, maka Johor mampu membangunkan semula perdagangan entrepotnya yang sering kali terganggu dengan ancaman Aceh dan Portugis.
1
Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.69. Ibid. 3 Ibid. 4 Ibid. 5 Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.70. 6 A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Hlm.166. 2
4|Page
Sebenarnya, walaupun Johor kehilangan banyak daripada kuasa sebelum ini, namun Johor menyedari sepenuhnya tentang kemungkinan masa depannya, apatah lagi dengan ketiadaan ancaman dari Portugis dan Orang Kaya Aceh di istana yang begitu sibuk berusaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas mahkota Aceh sendiri, daripada berusaha untuk 7
memperluaskan lagi sempadan kekuasaan Aceh. Keadaan ini telah mewujudkan suatu keadaan yang pastinya berbeza daripada sebelumnya, kedaulatan dan kekuatan Johor semakin menonjol tanpa perbalahan dengan Aceh mahupun Portugis. Walaupun Belanda berkuasa di Melaka, namun menganggap Johor sebagai sahabat kerana telah membantu menewaskan Portugis. Johor telah mempergunakan kedudukan istimewa iaitu sebagai sahabat kepada Belanda untuk mengukuhkan kerajaannya. Pada tahun 1641 kawasan jajahan takluk Johor telah meluas meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Pahang, Klang, Batu Pahat, Muar hingga Singapura termasuk Bentan dan Lingga, dan bahagian tengah Pulau Surnatera seperti Bengkalis, Kampar, Siak dan Inderagiri (Lampiran 3). Ini jelas menunjukkan bahawa tahun-tahun selepas kejatuhan Portugis merupakan titik tolak kejayaan kerajaan Johor.
Pengaruh Laksamana Tun Abdul Jamil
Selain itu, tahun 1641 juga menandakan kemunculan pengaruh Laksamana Tun Abdul Jamil. Pengaruh Laksamana melebihi pengaruh orang besar-besar yang lain. Diceritakan bahawa pada 1642, dua orang pegawai Belanda iaitu Pieter Willemsz dan Jan Meine sewaktu berkunjung ke Johor mengatakan bahawa Sultan amat mengasihi Laksamana.
8
Kemunculan pengaruh
Laksamana yang akan mencorakkan pentadbiran dan memacu perkembangan perdagangan Johor. Saya amat bersetuju bahawa tahun 1641 merupakan titik tolak kepada perkembangan sejarah Johor disebabkan selepas tahun inilah Johor mampu mencorakkan kembali sistem politik dan ekonominya tanpa gangguan daripada Aceh atau Portugis. Ini disebabkan tanpa halanganhalangan ini kerajaan Johor mula dapat berfungsi dengan lebih cekap seperti zaman sebelumnya dan mula memulihkan perdagangan antarabangsa di pelabuhan-pelabuhan.
7
9
Leonard Y.Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Kuala Lumpur. Oxford University Press. Hlm.50. Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.71. 9 Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728 . Hlm.50. 8
5|Page
Selepas
kejatuhan
Portugis,
keluarga
Laksamana
semakin
berpengaruh
dalam
pemerintahan Johor. Ini disebabkan perdagangan yang dijalankan pada masa ini bersifat naungan. Seorang pedagang asing atau orang Johor sendiri perlu mendapatkan naungan daripada seorang individu yang berkuasa di dalam negeri seperti Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung, Laksamana atau Kadi.
10
Pada tahun 1687, duta Belanda yang pergi ke Riau pernah
mendedahkan bahawa berdasarkan pemerhatian mereka tentang bagaimana perdagangan dijalankan di bawah Laksamana (Paduka Raja), mereka mengatakan dalam kalangan pedagangpedagang di sini, wakil dagang Paduka Raja (Tun Abdul Jamil) adalah yang paling ramai bilangannya dan yang terpenting antara mereka terlibat dengan menjual dan membeli barangbarang.
11
Cara sistem naungan telah diberi komen oleh Belanda yang menyatakan bahawa 12
“setiap orang melakukan sesuka hatinya seolah-olah tiada raja atau kerajaan”.
Ini membuktikan bahawa pada tahun-tahun selepas 1641, perdagangan di pelabuhan Johor kembali rancak. Para pedagang itu tertarik kepada Johor disebabkan oleh kemampuan Johor yang dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik di samping dapat mengadakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan perdagangan dengan cekap. Perdagangan di pelabuhan semakin bertambah dengan pengenalan sistem naungan yang akan menguntungkan kantung Paduka Raja. Walaupun, sistem perdagangan berasaskan naungan, namun perdagangan tetap berkembang dengan pesat ekoran keprihatinan Laksamana yang sentiasa peka kepada keperluan pedagang. Di samping menyedari tentang ancaman sebuah lagi pelabuhan iaitu Melaka. Gabenor Thomas Slicher dari Melaka telah menulis surat yang mengatakan bahawa pedagang-pedagang tertarik ke Riau kerana di sini pedagang timah dibayar dengan setengah duit ( Content ) dan setengah lagi dengan kain; sedangkan di Melaka mereka diberikan apa sahaja jenis kain yang ada dan bukannya jenis kain dengan corak yang terbaru seperti di Riau.
13
Kepesatan Perdagangan Di Pelabuhan Riau
Pada tahun 1642, Belanda telah membuat perjanjian dengan Sultan Johor semua kapalkapal dari Johor yang hendak berlayar ke tempat di sebelah Barat daripada Melaka hendaklah 10
Ibid. hlm.51. Ibid. 12 Ibid. 13 Ibid. 11
6|Page
singgah di Melaka untuk mengambil passport daripada orang Belanda.
14
Apabila sistem ini
dikuatkuasakan oleh Belanda di Selat Melaka, kebanyakan kapal yang tidak mempunyai passport akan dirampas segala isi kargo. Melaka telah diarahkan oleh Betawi supaya memberikan pas-pas kebenaran kepada Orang Kaya Johor sebagai tanda penghormatan; demikianlah kapal-kapal dari berbagai-bagai-bagai negeri dapat berdagang di kawasan itu di bawah lingkungan cap mohor penaung mereka dan dengan adanya kebenaran Belanda.
15
Melalui kaedah ini, perdagangan
Johor dapat berkembang dengan pesat, di samping orang kaya dan pemimpin dapat hasil yang banyak melalui pemberian pas-pas kebenaran ini. Persahabatan dengan Belanda khususnya dalam pemberian kebenaran untuk mengeluarkan pas-pas kebenaran untuk belayar tanpa gangguan daripada kapal peronda Belanda telah berjaya meningkatkan martabat kerajaan Johor setanding dengan Belanda khususnya dalam bidang perdagangan. Walaupun pada masa yang sama dalam abad ke-17 juga berlaku peperangan antara Johor dan Jambi (Lampiran 4). Tanpa Orang Laut (Lampiran 5), pasti kekuasaan para pembesar dan pemerintah tidak dapat dikuatkuasakan dalam wilayah. Hanya beberapa bulan sahaja selepas Belanda melaporkan tentang “kemusnahan seluruhnya” Johor Lama pada 1673 apabila banyak harta benda dirampas dan ramai orang menjadi tawanan, sebuah angkatan perang Johor muncul di Kuala Sungai Jambi 16
dan mengancam Jambi yang baru menempa “kemenangan” itu.
Kepesatan perdagangan di Riau telah digambarkan oleh Gabenor Thomas Slicher telah menulis surat ke Betawi pada bulan Mei 1687 yang mengatakan bahawa bilangan kapal yang berlayar ke Riau (pada masa itu merupakan ibu negeri Johor) begitu besar sehinggakan sungai itu sukar untuk dilalui akibat terlalu banyak kapal-kapal dagang.
17
Ini menjadi bukti bahawa tahun-
tahun selepas 1641 merupakan era kegemilangan Johor kerana kepesatan perkembangan perdagangan dan ini telah mengembalikan semula martabat Johor selaku pewaris Kesultanan Melayu Melaka yang sememangnya handal dalam bidang perdagangan sehinggakan dikenali sebagai pelabuhan entrepot terbesar di dunia. Pembunuhan Sultan Mahmud II
14
Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Hlm.70. Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Hlm.53. 16 Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, hlm 67. 17 Ibid. hlm.51. 15
7|Page
Tahun 1699 dikatakan sebagai satu turning point yang sangat penting dalam sejarah Johor. Pembunuhan Sultan Mahmud II membawa satu revolusi sejarah dalam kerajaan Melayu Johor dan telah melanggar Konsep “Pantang Melayu Menderhaka” . Akibatnya telah menimbulkan kesan yang besar dalam pemerintahan Johor. Hal ini diakui oleh beberapa sejarawan contohnya Fernando yang menyatakan bahawa dengan pembunuhan sultan Mahmud II, pembesar Johor telah melanggar satu lunas penting politik orang melayu dan menyebabkan retak yang besar dalam kepimpinan yang tidak dapat dipulihkan lagi.
18
Pembunuhan sultan Mahmud pada T.M.1527/1528 berpunca daripada kekejaman baginda sendiri. Baginda dikatakan memiliki sikap-sikap negatif seperti zalim, cepat murka, seorang yang suka
berdendam, terburu-buru membuat keputusan dan sebagainya.
19
Sultan
Mahmud sebenarnya telah melanggar perjanjian Waadat yang dimenterai oleh Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun dan inilah yang membawa kepada kematiannya. Contoh kekejaman baginda ialah berdasarkan cerita Alexander Hamilton, kapten pedagang bangsa Scout yang berada di Johor pada 1695. Beliau telah menganugerahkan sepucuk pistol kepada baginda . Sultan telah menembak seorang hamba menembusi bahunya sewaktu bersiar-siar untuk melihat berapa dalam pistol itu boleh membenamkan peluru ke dalam badan manusia.
20
Hikayat Siak
pula menyebut baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap isteri Megat Seri Rama yang mengandung dan mengidam seulas nangka dari dusun 21
sultan.
Walau apa pun sebab kematian baginda, perkara yang pasti kematian baginda
merupakan faktor terkuat merintis kepada kejatuhan Johor. 3.0
1700 - 1728: ERA KEMEROSOTAN KESULTANAN JOHOR
Kemangkatkan Sultan Mahmud II tanpa meninggalkan
sebarang zuriat daripada
keturunan Sultan Melayu Melaka untuk memerintah negeri Johor, bertukar ke tangan raja-raja berketurunan bendahara. 18
22
Oleh itu,Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.145. 19 Abdul Latif Abdul Bakar. 1984. Sejarah di Selat Melaka. Kuala Lumpur. United Selangor Interprise sdn.bhd. hlm.56. 20 Alexander Hamilton. 1930. A New Account of The East Indie. London. The Argonut Press. hlm.52. 21 Leonard Y.Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik . Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka. (terj.). hlm.344. 22 Haji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor . hlm.92.
8|Page
dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan para pembesar malahan Johor dikatakan kehilangan ketaatan rakyat kerana kerabat yang dianggap agung dan berketurunan ajaib sudah tidak lagi wujud. Akibat perlantikan ini juga, Johor kehilangan ketaatan orang laut yang selama ini menjadi tonggak keselamatan kerajaan sejak dari zaman Srivijaya lagi. Malahan jika kita memerhatikan bahawa seolah-olah terdapat satu „ikatan‟ yang telah menyebabkan orang laut tampak begitu setia terhadap keturunan si Guntang Mahameru ini. Hubungan erat orang laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara abad ke-7 hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan kerajaan Melaka.
23
Orang laut
merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela meletakkan diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia kepada seorang penderhaka.
24
Mereka menolak
pertuanan baru dan menganggap sultan baru tidak berdaulat. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap keselamatan dan kemakmuran kerajaan Johor terutama kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor terdedah kepada ancaman musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor. Kematian Sultan Mahmud II menjadi „lampu hijau‟ dan satu faktor penting kemasukan kuasa-kuasa luar untuk menyebarkan pengaruh masing-masing. Dinasti bendahara ini sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh masyarakat Johor. Terdapat golongan yang masih marah terhadap keturunan Bendahara kerana pembunuhan Marhum mangkat di julang. Sementara itu, terbesar berita mengenai seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Khabar ini seolah-olah memutikkan semangat baru dan mengembirakan orang laut yang tanpa syak wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup berjuang bersama raja yang dikatakan berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat mengalu-alukan kedatangan Raja Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan melalui petikan berikut: Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang
“
menghadap,semuanya menghadap baginda.Maka kata orang Johor ,”Jikalau betul
23 24
Abdul Latif Abdul Bakar. 1984. Sejarah di Selat Melak a. hlm.75. Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik . Hlm.253.
9|Page
asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan titah baginda,”baiklah”. Dan lalu diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan kedalam air....Lalu dimasukkan kedalam lingkaran Itu .Dan masing-masing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk rasanya. Maka Segala orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku Yang Maha Mulia ini!” ....Dan Baginda pun berititah kepada segala rakyat, 25
“Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.
Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, Raja Kecil telah melancarkan serangan terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang- orang Bugis bersama Dato‟ Laksamana yang telah belot menentang Johor.
26
Setelah Raja Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-
orang Bugis datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Permintaan ini tidak diperkenankan Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil. Penaklukan Raja Kecil ke atas Johor menandakan kemunculan kekuasaan orang Minangkabau sebagai suatu tenaga politik diselat Melaka.
27
Semasa pemerintahan Baginda, Siak telah terlepas dari tangan baginda apabila baginda memilih Riau sebagai pengkalannya. Pada pendapat saya, perkara ini telah menyebabkan tumbuhnya perasaan dendam bagi pihak Bugis. Bugis seolah-olah begitu beria-ia sehingga sanggup ke Selangor meminta bantuan bagi memastikan kemenangan. Atas sebab itulah Bugis tidak teragak-agak untuk menyetujui permintaan anak-anak Bendahara Abdul Jalil yang meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta dan menceritakan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Raja kecil terhadap keluarga bendahara. Raja Kecil bertindak membatalkan pertunangan dengan Tengku Tengah dan mengahwini adiknya Tengku Kamariah. Kedua-duanya adalah anak perempuan Bendahara. Selain itu, Raja Kecil telah bertindak membunuh bendahara.
25
Muhamad Yusoff Hashim. 1992. Hikayat Siak . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.125. Haji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor . hlm.104. 27 Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik . hlm.361. 26
10 | P a g e
Kedatangan raja Bugis bernama Kelana Jaya
Putera dan kerabatnya ke Riau untuk
menyerang Raja Kecil. Maka akhirnya, Raja Kecil dari pemerintahan Minangkabau tewas dan melarikan diri ke Siak
28
dan Riau serta taklukannya jatuh ke tangan Bugis. Fernando
menyifatkan kemasukan Bugis telah dianggap sebagai salah satu faktor besar menyebabkan kemerosotan Johor. Berlainan pula dengan pendapat Khasnor Johan yang menganggap Bugis banyak menolong kerajaan Melayu Johor memelihara keutuhan empayar. 4.0
1720-1784: 63 TAHUN PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN SEMULA KERAJAAN JOHOR
Pengaruh Bugis didalam Politik Kerajaan Johor
Bermulanya campur tangan pengaruh Bugis di dalam politik merupakan satu era baru kepada pemerintahan dan kerajaan Johor. Peradapan Melayu di kerajaan johor masih kukuh dan masih kekal sama seperti sewaktu zaman keagungan Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka. Namun yang membezakan adalah kekuatan perdagangan yang telah berjaya dibina oleh Melayu dan kini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Bugis. Setelah jatuhnya Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil), Bugis menyedari bahawa pengambilan Johor dari kaca mata masyarakat melayu Johor adalah „tidak halal‟. Bagi mengelakkan timbulnya penentangan, anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Hal ini amat penting kerana Bugis adalah orang luar,Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah yang memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda Johor. Perkara ini terbukti melalui petikan berikut: ...kedudukan Yam Tuan Muda adalah seperti „peremnpuan‟ dan „lelaki‟.Pihak Yang pertama hanya bertugas menanak nasi, menjaga keluarga dan rumah .
28
A.Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. hlm.27.
11 | P a g e
Tetapi Pihak „lelaki‟ berwibawa menjaga keselamatan keluarga, mencari rezeki danMenentukan seluruh sistem keluarga. Diplomasi dan kelicinan politik menguasai
29
Bugis lima beradik
meyebabkan mereka berjaya
kekuasaan politik Melayu-Johor-Riau. Ini merupakan hasil dari munculnya Raja
Kecil dan berikutan „perkahwinan politik‟ di antara Melayu Bugis dengan Melayu Johor ke-18. Contoh perkahwinan politik ialah perkahwinan antara adinda Sultan Sulaiman dengan Bugis iaitu Tengku Tengah dengan Daeng Parani dan Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak . Asimilasi mendorong kehilangnya identiti Bugis sedikit demi sedikit dan mereka berjaya menempatkan diri mereka ke dalam identiti Melayu Johor. Selepas kematian Daeng Merewah tempatnya diganti pula oleh Daeng Celak. Saat ini menyaksikan Riau menjadi bertambah maju dengan kedatangan pedagang-pedagang dari pelbagai pelusuk dunia seperti dari Negara China ,India, Siam,Tanah Jawa dan Bugis sendiri datang berniaga di Riau. Kekuasaan dan kekayaan Bugis mewujudkan perasaan tidak senang dihati masyarakat melayu Johor kerana pemimpin Melayu mulai sedar mengenai wibawa politik mereka yang semakin lemah. Hal ini telah membawa kepada pertelingkahan politik antara kedua-duanya. Campur tangan VOC
Kekuasaan Bugis di Riau telah menyebabkan rasa tergugat pihak Belanda di pelabuhan Betawi. Hal ini menyebabkan VOC berusaha untuk campur tangan dalam kerajaan Johor. VOC telah lama bertelingkah dengan Bugis kerana soal perdagangan. Bugis amat menyedari ancaman golongan pemimpin Melayu yang berusaha mendapatkan sokongan Syrikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Bugis bertindak untuk berbaik dengan VOC. Sebagai ganjarannya Bugis menawarkan Siak kepada VOC. Penyerahan Siak ini sebenarnya amat menyenangkan Sultan Sulaiman yang akhirnya berjaya mendapatkan sokongan daripada Belanda. Kegagalan Bugis mendapatkan sokongan VOC adalah disebabkan Belanda amat berminat terhadap hasil timah
29
Muhammad Yusof Hashim. 1988. Pensejarahan Malaysia Nusantara. Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn Bhd. hlm.481.
12 | P a g e
30
yang dikuasai orang Bugis dikawasan Selangor, Perak dan Linggi. Masalah dalaman Siak akibat perselisihan masyarakat Melayu Johor dan Bugis telah menyebabkan perdagangan VOC menghadapi masalah dan menimbulkan kemarahan Belanda yang seterusnya mengambil keputusan menyerang Bugis. Pada 1758, Daeng Kemboja telah tewas dan terpaksa menyetujui syarat perjanjian yang telah diutarakan VOC dan terpaksa menyerahkan Linggi dan Rembau kepada VOC. Daeng Kemboja berusaha memperkukuhkan pelabuhan Riau dan berjaya menjadikan Riau sebagai pelabuhan jarak jauh yang berkembang dengan pesat. Malahan, Beliau turut melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Belanda melibatkan timah yang dianggap sebagai barang mutlak mereka. Bugis turut bertindak berbaik dengan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggerish) dan ini mengancam VOC yang seterusnya mula berkasar dengan kerajaan Johor. VOC bertindak membendung kejayaan Riau dengan memberi amaran terhadap tongkang-tongkang ke Riau, Acheh, Pasai dan kawasan-kawasan sekitarnya. Betawi kembali berlembut dan mahu memperbaharui persahabatan serta perjanjian apabila Raja Muda menggantikan Raja Haji. Pada 1782, VOC telah menawan sebuah kapal Inggeris bernama Betsy yang di perairan Johor-Riau dan dibawa ke Batawi dan membahagikan hasil rampasan dengan nakhoda kapal Perancis yang turut terlibat. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Johor kerana telah melanggar perjanjian antara kedua-duanya, maka berlakulah peperangan. Raja Haji mendapat pertolongan Rembau dan anak saudaranya Sultan Ibrahim dari Selangor, manakala VOC dibantu oleh Terengganu dan Siak. Peperangan itu berakhir pada Jun 1784 setelah kematian Raja Haji dan lima ratus orang Bugis.
31
VOC berjaya mengalahkan dan melemahkan kekuasaan Bugis
termasuk di Selangor dan Johor. November 1784 telah menyaksikan Riau menjadi jajahan takluk VOC dan VOC mendapat monopoli perniagaan.
30
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.153. 31 A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. hlm.71.
13 | P a g e
5.0
Kesimpulan
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa evolusi, transformasi dan metamorphosis yang dilalui oleh Kerajaan Johor amat berlainan dengan Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain telah menjadikan kerajaan Johor suatu kerajaan yang istimewa. Pewaris Kerajaan Melayu Melaka yang bertungkus-lumus merampas kembali kedaulatannya kerajaannya dari Portugis menjadi titik tolak kewujudan kerajaan Johor ini. Sultan berganti Sultan, tahun berganti tahun telah menjadikan kerajaan Johor melalui pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadikan Kerajaan Johor semakin kuat dari tahun ke tahun, namun disebabkan oleh ketamakan, kebencian, dan hasad dengki telah menjadi punca masuknya kuasa asing dalam pemerintahan kerajaan Johor. Kegemilangan Johor pada era 1641 sehingga 1699 boleh diletakkan atas bahu seorang tokoh iaitu Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang terbukti gigi dalam menjadikan kerajaan Johor sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang disegani di alam Melayu dalam kurun ketujuh belas.
32
Peristiwa yang berlaku pada era ini seperti kejatuhan kuasa Portugis di Melaka, Aceh
yang semakin menjauhkan diri daripada sengketa dengan johor, disamping hubungan baik antara Johor dengan Belanda telah membantu proses perkembangan Johor sebagai kuasa yang tidak ada tandingannya di alam Melayu. Sehinggakan, Johor pernah memberi amaran kepada Belanda supaya tidak mencampuri pertelingkahannya dengan Jambi pada 1669. Selain itu, peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada keutuhan kerajaan Johor. Ini disebabkan selepas tahun tersebut muncul campur tangan Siak dan Bugis dalam politik Johor. Disamping beberapa negeri yang mengakui ketuanan Johor mula menjauhkan diri. Tahun 1641 hingga 1699 merupakan satu kemuncak peristiwa dalam perkembangan sejarah Johor.
32
Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728 . hlm.215.
14 | P a g e
BIBLIOGRAFI A Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka. Abdul Rahman Haji Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Abdul Rahman Haji Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Alexander Hamilton (1930). A New Account of The East Indie. Haji Buyong Adil (1971). Sejarah Johor. Leonard Y.Andaya (1975). The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Leonard Y.Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Muhamad Yusoff Hashim (1992). Hikayat Siak. Muhammad Yusof Hashim (1988). Pensejarahan Malaysia Nusantara.
Wikipedia (2012). Diperoleh pada Nov 10, 2012 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
15 | P a g e
Lampiran 1
Pergerakan Sultan Mahmud Shah selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 Lampiran 2 Perang Tiga Segi
Sultan Alauddin Riayat Shah menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletaknya di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda senantiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina). Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang. Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang. 16 | P a g e
Lampiran 3
Peta menunjukkan jajahan takluk Johor 1641 Lampiran 4 Perang Johor-Jambi
Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah. Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas. Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk 17 | P a g e
memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659. Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi. Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh. Lampiran 5 Peranan Orang Laut
Peranan Orang Laut sebagai pengawal perairan sejak zaman-berzaman, bermula dari era kerajaan Srivijaya, Melaka dan kemudiannya Johor telah membantu keselamatan para pedagang yang singgah di Johor.
18 | P a g e
Keselamatan perairan dan pelabuhan Johor yang dikawal oleh Orang Laut telah menarik kedatangan para pedagang ke Johor.
Menurut Abdul Halim Saad
et al
(1991), peranan Orang Laut penting kepada para
pedagang kerana mereka mengiringi kapal-kapal dagang yang singgah ke Johor sehinggalah kapal-kapal tersebut mampu untuk keluar dari Selat Melaka dengan selamat tanpa sekatan daripada lanun-lanun yang berkuasa di Selat Melaka. Selain itu, kerajaan Johor juga mengarahkan Orang Laut untuk menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan Johor, penunda dan penunjuk arah sebagai menjaga keselamatan kapal yang berlabuh.
Lampiran 6 Senarai Sultan-sultan Johor (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Johor )
1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I 2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin) 3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar) 4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil) 5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) 6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) 7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur) 8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) 9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau) 10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud) 11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil) 12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor) 13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau) 14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah 15. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah 16. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud) 17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman) 19 | P a g e
18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long) 19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris) 20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor) 21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar) 22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar 23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim 24. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj 25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar
20 | P a g e