ISI KANDUNG BUKU UCAPAN TERIMA KASIH PENGHANTAR PENDAHULUAN BAB 1; ASAS DALAM NEURO LINGUASTIC PROGRAMMING @ NLP BAB 2; DUNIA INTERNAL MANUSIA BAB 3; ACTION – BELIEVE – VALUES (A+B=V)
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
2
TERIMA KASIH
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
3
Assalammualaikum wbt. & salam ceria! Ucapan syukur kepada Allah swt kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menulis semula sebuah refleksi dari ilmu kontemporari iaitu NLP. Sungguh, rasa syukur dan ghairah dalam mengkaji serta membuka beberapa tafsir, hadith dan beberapa buku yang berkaitan untuk tatapan dan sajian bagi manfaat bersama. Selawat dan salam juga kepada nabi Muhammad s.a.w yang telah lama meninggalkan umatnya dengan dua panduan emas yang tinggi nilainya iaitu Al-Quran dan sunnahnya. Tanpa adanya baginda, sudah tentu umatnya tidak akan mengenali dan memahami apa tujuan sebenar dan erti sebuah kehidupan. Inilah jasa terbesar baginda kepada seluruh insan. Justeru, saya juga berasa gembira atas sokongan dan doa dari rakan-rakan serta kenalan yang tidak putus-putus memberikan galakkan dan curahan idea untuk saya menulis ilmu NLP berasaskan Al-Quran dan hadith. Namun yang demikian, niat utama saya untuk menghasilkan penulisan kerdil ini adalah membawa paradigma baru yang berteraskan kepada keyakinan dan nilai yang benar lagi jelas. Sesungguhnya, Al-Quran dan hadith itu ibarat lautan yang luas, penting untuk keseimbangan dan survival makhluk di dunia ini. 70% liputan air ini telah memberikan 100% manfaat kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Inilah analogi akan kepentingan Al-Quran dan hadith kepada seluruh sistem kehidupan dunia. Kedua, al-quran dan hadith ini mudah diisi dan diserap pada hati dan minda manusia yang terbuka luas dan sentiasa bersifat rendah diri. Lihatlah kedudukan laut di muka bumi ini, rendah dan luas permukaannya. Apabila keadaan geografi lautan ini rendah, maka renungilah, betapa banyaknya input atau air sungai mengalir terus ke lautan! Inilah refleksi alam yang penting untuk kita hayati. Kesimpulannya, AlQuran dan hadith tidak akan masuk ke dalam hati dan minda manusia yang sempit dan sentiasa berasa ‘tinggi’ dengan apa yang dimilikinya! Saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada anda sekalian kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaca serta meneliti sebahagian kandungan buku ini. Secara spesifiknya, buku ini mengandungi 11 bab dan 4 bab terawal adalah hadiah istimewa saya buat anda. Semoga 4 bab awal ini mampu memberikan sedikit perkongsian dan pencerahan yang baru untuk anda memahami, bagaimana Al-Quran dan hadith bercerita mengenai psikologi terutamanya NLP. Semoga, dengan adanya hadiah ini, anda mampu memahami serba sedikit mengenai potensi diri menerusi amalan agama yang berteraskan kepada rukun Islam, Iman dan Ihsan. Inilah teras utama penulisan ini dirancang. Insyaallah, dengan izin Allah, saya dan tim pengkaji akan berkongsi dengan anda dapatan dan kajian terbaru mengenai NLP berasaskan Al-Quran dan hadith. Semua ini akan disediakan menerusi penulisan di blog, website dan juga video (menerusi Youtube). Semoga, semua usaha ini mampu memberikan nilai tambah kepada anda dan mampu diamalkan. Salam perkenalan dari saya, Syamil Yusuff. Selamat belayar menerusi menerusi mind & & heart journey ! 2012
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
4
PENGHANTAR
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
5
Tujuan utama kajian dan penulisan mengenai NLP atau Neuro Lingastic Programming ini dilakukan adalah atas dasar minat, semangat, keyakinan dan cintakan ilmu. Setelah saya mengumpul, membaca dan mengikuti beberapa seminar, training dan bengkel mengenai potensi manusia, saya dapati keseluruhan topik perbincangan dan perkongsian itu mengandungi signals atau isyarat-isyarat dari Al-Quran dan sunnah ar Rasul sa.w.. Ya, sudah pasti semua pengetahuan manusia, tidak kiralah apapun status mereka di dunia ini, tiada satupun di atas pengetahuan dan catatan Allah swt. Hal ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, surah Al-An’am, ayat 59 yang bermaksud; Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata. Jelas di dalam ayat di atas, semua kejadian dan peristiwa berada di dalam genggaman Tuhan yang Maha Mengetahui. Allah s.w.t telah menciptakan segala apa yang ada di muka bumi dan dilangit dengan tinggi pengetahuanNya. Malah, Tuhan juga tidak terlepas pandangan dan tidak pernah tidur serta leka dengan ciptaaNya terutama di muka bumi ini. Malah, manusia ini juga diciptakan sempurna dan lengkap, tanpa ada cacat d an kekurangan sekalipun. Justeru, apa sahaja yang manusia tuliskan, amalkan dan berbual bicarakan (yang baik), semua itu adalah datang dari sumbernya, iaitu Allah s.w.t yang Maha Memberi Pengetahuan kepada manusia. Hayatilah dengan tenang dan fokus kepada ayat yang telah diturunkan menerusi surah Al-Baqarah ayat 30. Bukankah manusia ini ciptaan Tuhan? Dan bukannya tercipta dengan sendirinya dan kemudian terevolusi. Sudah pasti tidak sama sekali! Jika manusia adalah ciptaan Tuhan, maka bukankah semua yang ada pada manusia; ilmu pengetahuan dan segal anya itu juga dari Tuhan? Manusia di muka bumi ini hanyalah meminjam dan menggunakan apa yang telah dikurniakan olehNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada sekalian manusia. Inilah antara bukti sifat Ar Rahman dan Ar Rahim. Sifat Ar Rahman ialah sifat Allah swt yang mengasihani dan mengasihi manusia (hambaNya) walaupun manusia ini tidak meyakini atau mempercayai kewujudanNya. Apa bukti Ar Rahman mengasihi manusia walaupun mereka ini menentang atau tidak mempercayai Allah? Lihatlah manusia yang tidak beriman dan tidak menerima agama Islam sebagai cara hidup. Ada dikalangan mereka yang hidup dengan limpahan rezeki yang penuh dengan kemewahan dan kehidupan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang beriman. Allah swt menyediakan dan mengaturkan alam ini dengan laws yang berorientasikan, siapa yang berusaha dan bekerja, maka mereka akan memperolehi imbalan atau rewards dari apa yang mereka usahakan. Laws ini telah disambut baik oleh semua manusia.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
6
Lagi, yang menjelaskan bahawa Tuhan itu Ar Rahman, iaitu udara! Bukankah semua manusia di dunia ini menggunakan bekalan udara yang sama? Adakah manusia yang telah mengambil kesaksian bahawa Allah swt itu Tuhan berbeza udaranya dengan mereka yang tidak mengambil kesaksian? Sudah tentu tidak bukan? Semuanya dari sumber bekalan yang sama. Itulah antara sifat Ar Rahman. Rujuklah surah Ar Rahman di dalam Al-Quran. Anda akan menemui bahawa, di dalam ayat ini, semua ciptaan Tuhan adalah disediakan untuk semua manusia. Sifat Ar Rahim pula. Sifat yang khusus untuk manusia yang telah mengambil kesaksian bahawa, mereka ini redha (optimis) dengan cara hidup Islam. Malah, golongan ini menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai ikon atau model kejayaan yang paling hebat dan terulung! Sifat Ar Rahim telah memayungi kehidupan mereka dengan satu set kepercayaan (belief system) , set kehidupan (set of actions) dan set nilai (values) yang terhebat. Dengan adanya perlindungan dan kasih sayang Tuhan kepada mereka, maka manusia beriman ini akhirnya berjaya memahami persoalan mengenai hidup, terutamanya persoalan yang menjurus kepada WHY (mengapa)? Mengapa mereka diciptakan? Mengapa mereka bekerja? Mengapa mereka harus berfikir? mengapa mereka harus melakukan ibadah? Melakukan itu dan ini? Kebahagiaan puncak bagi orang yang beriman, mereka ini pasti mendapat layanan dan tiket istimewa untuk berjumpa, duduk dan berhibur bersama dengan TuhanNya kelak seperti yang dinyatakan di dalam surah Al Kahfi, ayat 110 yang bermaksud; Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
SET PRINSIP KEYAKINAN Keyakinan yang telah lama saya genggam ialah, segala yang ada dimuka bumi ini adalah milik mutlak Tuhan. Dengan keyakinan ini, saya sangat optimis dan obsess dengan semua ilmu yang bermanfaat demi kebaikan diri, keluarga dan agama. Namun yang demikian, keyakinan seumpama ini bukanlah bermaksud saya menafikan tentang hak paten, trade mark (TM), atau hak cipta, malah saya turut menghargai dan menghormati kajian serta usaha yang telah orang lain lakukan. Sebagai contoh, kemahiran ilmu seperti NLP ini. Saya akui bahawa, kajian serta penyelidikan yang begitu tinggi disiplinnya telah melahirkan ilmu yang bernama NLP. Tokoh yang memulakan kajian dan ujian mengenai NLP ialah Richard Bandler (1972). Kemudian, ramai lagi para penyokong dan pengamal NLP ini telah mengembangkan disiplin ilmu ini ke serata dunia. Inilah satu hadiah dan anugerah Tuhan yang telah memberi ilham kepada segolongan manusia untuk menjadi wakil atau duta bagi menceritakan ‘kepingan puzzle’ tentang manusia!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
7
Justeru, sebagai orang yang beriman serta membaca dengan penuh penghayatan mengenai isi kandung Al-Quran, saya telah mengambil sudut pandang bahawa, setiap ilmu yang ada di muka bumi ini, disusuli dengan amanah serta tanggungjawab manusia supaya menyampaikan kepada orang lain. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w tentang konsep perkongsian; Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat! " (Hadith Riwayat Al-Bukhari). Refleksi dari hadith ini ialah, Rasulullah s.a.w merupakan sumber ilmu terbesar untuk sekalian manusia. Dan Rasul s.a.w pula memperolehi pencerahan serta ilmu pengetahuan terus dari Tuhan menerusi perantaraan malaikat. Namun yang demikian, pencerahan ini harus disampaikan kepada manusia yang lain tanpa mengira batasan perkauman, sosial, politik dan sebagainya. Hal ini adalah kerana, ilmu yang ada harus disampaikan! Hebatnya usaha dan luar biasanya mereka (Orang Barat) dalam melakukan sesuatu pekerjaan ialah, mereka sangat berdisiplin. Akhirnya, usaha mereka ini dibayar dengan results yang hebat dan telah meninggalkan legasi yang luar biasa. Namun yang demikian, usaha mereka ini harus kita ambil sebagai satu pengajaran dan kemudian dipanjangkan dan ‘dijahit’ semula dengan sulaman benang Al-Quran dan hadith. Usaha saya ini bukanlah bermaksud bahawa, Al-Quran dan hadith ini hanya menjadi satu usaha ‘menampal’ kepada penemuan ilmu NLP, tetapi menyempurnakan serta melengkapkan kepingan puzzle tadi dengan frame atau bingkai Al-Quran dan hadith. Ya! Al-Quran dan hadith sebenarnya bingkai atau frame kepada apa sahaja ilmu di dunia ini. Tanpa adanya bingkai ini, bukankah kepingan puzzle itu tadi boleh berterabur?
DISIPLIN ILMU AL-QURAN & HADITH Secara jujurnya, segala yang ada di dalam isikandungan buku ini, ia sarat dengan isyarat-isyarat dari Al-Quran dan hadith. Saya mengambil langkah untuk mengumpul dan merungkai satu persatu ayat-ayat dan sunnah yang mempunyai hubungan terus dengan ilmu dan kemahiran NLP ini. Usaha ini adalah berdasarkan kepada set kepercayaan saya tadi. Namun yang demikian, ilmu NLP juga tidaklah terhenti atau terhad pada apa yang telah disampaikan (metodologi), kerana NLP adalah bersifat subjektif; ia adalah set kehidupan manusia yang telah ditetapkan Tuhan dan sangat unik. Namun yang demikian, saya selaku penulis, secara peribadi, Al-Quran dan hadith yang dikemukakan dan dikongsikan ini adalah hanya satu refleksi atau pengajaran (ibrah) dalam kaca mata dunia motivasi dan pembangunan diri. Apa yang cuba disampaikan dan dihuraikan bukanlah satu bentuk tafsiran yang baru. Bukan sama sekali! Saya memahami dan mengetahui dengan sedar bahawa, Al-Quran dan hadith ini mempunyai disiplinya yang tersendiri untuk melakukan proses pentafsiran. Dan usaha ini hanyalah dilakukan oleh para ulama; mereka yang professional dan tinggi serta halus kemahirannya terhadap Al-Quran dan hadith.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
8
Namun, saya tidak patah semangat untuk terus bertanya pandangan, membuat perkongsian dan memberi komentar kepada orang yang lebih berprioriti terhadap beberapa ayat Al-Quran dan hadith dalam konteks motivasi dan pembangunan potensi diri. Justeru, saya amat berkeyakinan tinggi bahawa, isi kandung Al-Quran ini terlalu luas dan dalam maknanya sehinggakan setiap abad, manusia akan ‘terpaksa’ mengakui akan kebenarannya satu persatu! Inilah mukjizat Al-Quran dan hikmah sunnah Ar Rasul s.a.w. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. Al Hijr, ayat 9 Semua bentuk penulisan ini, sekali lagi saya tekankan, ia adalah refleksi serta komentar saya terhadap ayat Al-Quran dan hadith. Penghuraian yang dikemukakan adalah selari dan terpelihara dari bentuk kesalahan yang melampaui batas. Inilah doa saya kepada Allah s.w.t.
PETA MENUJU KEBAHAGIAAN & KEJAYAAN Dunia hari ini sudah melimpah dengan pelbagai jenis cetakan ‘peta-peta’ kejayaan dan kebahagiaan. Setiap tahun, setiap hari, pelgabai idea baru dan segar telah dipromosikan dan kemudian ditawarkan kepada masyarakat global, apakah makna dan nilai bagi sebuah kejayaan dan kebahagiaan. Namun yang demikian, setiap ‘tawaran’ itu mempunyai definisi yang hanya berkitar kepada dimensi fizikal, intelektual dan emosi sahaja. Inilah limitasi bagi setiap tawaran atau peta menuju kejayaan dan kebahagiaan berbasaskan kefahaman materialistik. Pandangan ini bukanlah bermakna saya begitu skeptikal dengan kejayaan materialistik, malah di dalam agama Islam itu sendiri menggalakkan ummatnya berjaya dalam apa sahaja kerjaya, perniagaan dan seumpamanya. Tetapi, disaat manusia terlalu fokus kepada apa yang mereka inginkan pada dunia materialistik, akhirnya mereka mula leka, alpa atau lupa kepada kejayaan dan kebahagiaan pada dimensi spirituilnya. Apa yang biasa terjadi pada mereka yang lupa ini? Sudah tentulah, penyakitpenyakit mental mula menyerang dan akhirnya manusia semakin tersasar dari tujuan sebenar mereka hidup di muka bumi ini. Renungilah ayat ke 4 surah Al Imraan yang membawa maksud; Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
9
Ayat ini menerangkan dengan jelas kepada kita dan suasana ini sering kita lalui. Suka, cinta, minat, kagum dan sebagainya kepada perkara-perkara di atas ini seperti; wanita, harta, kudakuda yang terlatih (jika sekarang, kuda itu adalah kereta), emas, perak dan semuanya dari dunia. Justeru, kesimpulan dari semua kesukaan dan kelekaan manusia itu, Tuhan memberikan reminder atau perbandingan, ada sesuatu yang lebih baik dan lebih sempurna dari semua yang manusia cintai iaitu syurga; menemui Tuhan yang menciptakan. Peta kejayaan dan kebahagiaan sebenar telah lama diceritakan, malah dicetak dari zaman ke zaman. Kita sudahpun memilikinya di rumah dan kemudian mungkin disimpan atau hanya dijadikan ‘hantaran’ atau hadiah untuk majlis -majlis tertentu. Kemudian, peta ini tidak dibuka, tidak dibaca, tidak fahami, tidak ditafsirkan, tidak ditanya dimanakah ‘clues’ bagi setiap checkpoints yang kita lalui setiap hari dalam kehidupan. Apabila kita mengambil ‘peta’ lain dari peta sebenar untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan, maka kita akan sampai juga ke daerah yang bernama ilusi kejayaan dan kebahagiaan! Peta apakah yang dimaksudkan ini? Ia sudah tentulah peta yang bernama Al-Quran dan hadith. Sumber kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar untuk seluruh umat manusia! Al-Quran dan hadith sarat dengan ‘arah’ dan petunjuk untuk kita ikut dan percaya. Dengan adanya keyakinan dan kesungguhan, sudah pastilah definisi kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar akan mendekati dan menjadi milik anda semua! Bukankah perkara ini dicari-cari oleh manusia seluruhnya? Mari kita lihat dengan mata hati kita menerusi surah Al-Baqarah, ayat 1-5 yang membawa maksud; Alif, Laam, Miim.Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya. Apakah refleksi terbesar dari surah ini kepada manusia? Subhanallah, lihatlah ayat; ia menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa; inilah guidance yang paling besar dan hebat bagi orang yang percaya ( true believer ). Malah, apa yang mereka percayakan ini tidak sedikitpun akan mengecewakan mereka dan manusia yang percaya kepada Al-Quran dan hadith sebagai peta kebahagiaan dan kejayaan, maka mereka tidak akan berasa sedih atau berputus asa walaupun mereka menerima tekanan kehidupan yang menyakitkan. Inilah tahap minda dan hati yang mantap dengan sistem kepercayaan yang luar biasa, ada dimiliki orang yang bergelar ‘beriman’ .
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
10
Hari ini, definisi klasik kita tentang makna beriman itu bukanlah semata-mata orang yang harus berpakaian jubah, kaki masjid, memakai serban, tasbih di tangan, berjanggut dan semua imejimej yang negatif. Buangkanlah cara visual kita terhadap makna ini. Tingkatkanlah maklumat serta informasi baru tentang orang yang beriman dan bertaqwa ini dengan adanya ciri yang disebutkan di dalam surah Al-Baqarah tadi;
Ayat ke
Makna/ Refleksi -
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib,
-
dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka
-
Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu,
-
-
-
-
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)
-
-
Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
-
Orang yang mempunyai belief systems yang luar biasa Prinsip yang tidak mampu dilihat dengan mata tetapi mampu dirasakan kewujudannya. Setiap amal perbuatannya akan dihitung dan sentiasa bersikap jujur, amanah serta bertanggungjawab Menekankan integriti yang tinggi dalam aspek pekerjaan
Menjadikan action oriented dalam setiap perancangan Mudah bekerjasama dan tidak khuatir dengan persaingan Mempunyai kepercayaan bahawa tiada sesuatupun yang berkurang melainkan bertambah
Percayakan pada setiap kata-kata Tuhan dan para nabi Menjadikan setiap mutiara kata yang terkandung di dalamnya sebagai prinsip kehidupan Manusia yang berpegang teguh pada prinsip/ rules
Yakin dan percaya bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan akan membawa manfaat dan kebaikan Melakukan sesuatu itu dengan antusiasme Tidak pernah merasa berputus asa dan sentiasa optimis
Mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk membaca isyarat dari kitab menuju ke arah kejayaan dan kebahagiaan Berjaya dengan cemerlang pada tahap yang paling optimum; dunia dan hari akhirat
Mesej yang besar dari ayat 1-5 ini ialah manusia yang mempunyai set kepercayaan yang tinggi dan sentiasa menjadikan sebuah perancangan itu menjadi kenyataan dengan adanya action. Ringkasnya. orang yang berjaya dan bahagia adalah orang yang mampu membaca dan mentafsir kehidupan ini dengan merujuk kepada model dan panduan sarwajagat dari alam semesta!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
11
INNER PEACE Cetakan dan penerbitan buku mengenai NLP ini telah banyak dilakukan, malah konsep dan idea ini telah tersebar di seluruh dunia dengan adanya pelbagai terjemahan bahasa. Jika anda berkesempatan untuk membeli dan membaca seputar tajuk ini, kita akan memahami bahawa, kelebihan yang ada pada NLP kebanyakkannya digunakan untuk melakukan proses penyembutan diri. Hal ini dilaksanakan dengan praktikal yang mempunyai disiplinnya yang tersendiri untuk meraih dan mendekatkan manusia kepada inner peace. Hal ini mampu membuatkan manusia menjauhi dari perasaan atau fikiran yang negatif dan sebagainya. Saranan dan cadangan yang disarankan di dalam NLP ialah mengubah stat diri (self state) yang berenergi negatif kepada positif. Hal ini dapat dipandu dengan skrip atau corak terapi minda yang telah terbukti mampu menyembuhkan rasa rendah diri, depression dan seumpamanya. Kaedah yang biasa digunakan ialah menyusun semula perasaan diri dari terus menerus berada di dalam situasi yang negatif kepada yang positif dengan adanya kawalan diri yang penuh dengan kesedaran. Inilah praktikal yang biasa digunakan oleh para pengamal atau ahli terapis untuk membantu diri sendiri atau clients yang berhadapan dengan satu situasi yang memerlukan keputusan. Namun yang demikian, setiap keputusan yang perlu dibuat biasanya dikuasai sepenuhnya oleh perasaan atau emosi manusia. Jika sesuatu keputusan itu dilakukan pada saat keadaan diri dikuasai dengan perasaan atau pemikiran negatif, kesannya akan kembali kepada diri sendiri. Atas dasar inilah, metod NLP dapat membantu mengembalikan keadaan diri (self state) yang negatif kepada positif agar keputusan yang bakal di ambil tidak akan memberikan kesan psikologi yang menyakitkan! Akhirnya, amalan yang telah disusun dan dicadangkan oleh NLP akan membantu jenis-jenis atau patterns pemikiran-pemikiran ini supaya berinteraksi secara langsung dengan pemikiran bawah sedar (unconscious mind ) untuk mengubah fail-fail minda yang telah lama tersimpan. Kebanyakkan interaksi ini adalah untuk mengubah sistem kepercayaan dan fail minda yang negatif kepada yang positif dengan harapan, terjadilah satu transformasi diri yang lebih baik. Namun yang demikian, apa pula pandangan Al-Quran di dalam pendekatan yang dicadangkan oleh NLP selama ini?
AL-QURAN MENEKANKAN INNER PEACE Bagi mereka yang benar-benar mengkaji dan memahami isikandung Al-Quran dan hadith, ternyata, cadangan yang dikemukakan oleh NLP sebenarnya sudah lama di cadangkan oleh AlQuran dan hadith. Malah, saranan ini amat ditekankan oleh setiap ayat yang ada di dalam AQuran agar menjauhi perasaan dan pemikiran yang negatif! Malah, Al-Quran juga telah
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
12
menyediakan pakej penyembuhan pemikiran dan perasaan manusia agar sentiasa berada pada tahap yang optimum! Namun yang demikian, kitalah yang perlu memahami dan mentafsirkan setiap ayat yang ada di dalamnya untuk terus beramal dan percaya dengannya. Inilah perkara penting yang ditinggalkan dan kurang dihayati oleh kebanyakkan kita dan akhirnya, kita sendiri menepikan dan menyisihkan Al-Quran. Malah ada yang berfikir bahawa, topik yang ada di dalam al-Quran itu hanya berkisarkan tentang hukum hakam agama sahaja! Hari ini, saat ini, marilah kita pecahkan kebuntuan kita selama ini dengan kembali menyuburkan sistem kepercayaan kita dengan melihat isikandung penting Al-Quran terhadap psikologi kita. Mari kita renungi sepotong ayat dari Al-Quran, surah Az Zumar, ayat ke 53-54 yang bermaksud; Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu Dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. Cuba anda renungi ayat di atas. Bukanlah ayat ini menerangkan kepada kita tentang manusia yang mempunyai perasaan dan pemikiran yang negatif? Anda setuju? Yes! Situasi psikologi manusia yang berperasaan dan berfikiran negatif biasanya akan berhenti pada titik kehidupan yang bernama putus asa. Situasi alamiah ini akan mendekatkan diri kepada penyesalan yang tidak ada kesudahan. Mari kita lihat, apa yang ada di dalam definisi penyesalan atau regret ini menerusi Wikipedia;
Regret is a negative conscious and emotional reaction to personal past acts and behaviors. Regret is often expressed by the term "so rry." Regret is often a feeling of sadness, shame, embarrassment, depression, annoyance or guilt, after one acts in a manner and later wishes not to have done so. Regret is distinct from guilt, which is a deeply emotional form of regret — one which may be difficult to comprehend in an objective or conceptual way. In this regard, the concept of regret is subordinate to guilt in terms of its emotional intensity. By comparison, shame typically refers to the social (rather than personal) aspect of guilt or (in minor context) regret as imposed by the society or culture (enforcement of ethics, morality), which has substantial bearing in matters of (personal and social) honor. It is also distinct from remorse, which is a more direct and emotional form of regret over a past action that is considered by society to be hurtful, shameful, or violent. Unlike regret, it includes a
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
13
strong element of desire for apology to others rather than an internal reflection on one's actions, and may be expressed (sincerely or not) in order to reduce the punishment one receives. Regret can describe not only the dislike for an action that has been committed, but also, importantly, regret of inaction. Many people find themselves wishing that they had done so mething in a past situation. Menerusi ayat ini, kita sudah mampu memahami serba sedikit tentang apa itu makna berputus asa yang mendekati kepada penyesalan. Di saat manusia berada di kotak berputus asa, akibat kesilapan akan kesalahan yang pernah dilakukan pada waktu yang lepas, Allah s.w.t memberikan satu tawaran dan juga cadangan supaya kita tidak terlalu lama dan selamanya berada di dalam situasi tersebut. Hal ini adalah kerana, manusia akan hidup dengan sudut pandang pesimis dan tidak produktif dengan adanya rasa negatif ini di dalam diri. Malah, Allah s.w.t melarang kita untuk berasa putus asa dengan semua kesalah yang pernah dilakukan. Justeru, ayat ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyebab ( cause) dan kesan (effects). Polar ini dapat kita lihat menerusi polar 1 dan polar 2 dengan ayat ini;
Polar 1 Cause
Ayat Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
2 Effects
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu Dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
Refleksi Psikologi - Psikologi alamiah yang menjurus kepada pemikiran dan perasaan yang negatif; berputus asa dan menyesal - Penyembuhan diri menuju inner peace mampu diraih dan diwujudkan oleh diri sendiri dengan adanya proses tertentu; dalam konteks ini, konsep taubat adalah langkah penyembuhan diri - Ada harapan dan tindakan spesifik untuk meraih kekuatan diri
- Jika terus membiarkan diri ini dalam keadaan yang negatif, khuatir akan memakan diri - Self sabotage adalah keadaan diri yang terus membiarkan diri ‘sakit’ - Diri terus menerus diselubungi dengan rasa gelisah, takut ( fear ), putus harapan, tidak produktif - Kesannya, berdasarkan perkataan ‘azab’ itu adalah, emosi dan fikiran semakin jauh dari ketenangan
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
14
KEUPAYAAN MENGHILANGKAN RASA DAN FIKIR NEGATIF Hari ini, para pengamal NLP mampu melihat impak berfikir dan berperasan negatif ini akan membawa kepada ‘tangen’ atau sudut kehidupan yang tersasar dari blue print asal kehidupan. Bayangkan, anda sudah pun mempunyai matlamat, visi, misi dan matlamat serta sasaran dalam kehidupan, pada satu ketika, anda diselubungi dengan perasaan dan fikiran negatif. Namun yang demikian, anda harus membuat pilihan pada saat itu! Sedar atau pun tidak, mengapa hari ini atau saat anda berasa seperti kehidupan ini seolah-olah tersasar dari apa yang pernah anda visualkan atau rancang seolah-olah tidak selari. Malah, kehidupan ini seolah-olah berat dan terasa seperti amat sukar untuk diharungi dan anda berasa amat lemah! Mari kita lihat model timeline kehidupan di bawah ini. Blue print kehidupan anda yang anda impikan ialah mendapat keputusan (results) B dihujungnya. Tetapi anda mendapat keputusan kehidupan anda ini ialah C! Mengapa hal ini terjadi?
Jawapannya ialah adanya sudut tersasar akibat emosi dan fikiran yang mempengaruhi tindakan anda. Hal ini mungkin terjadi pada hari, bulan, saat mahupun jam yang lalu. Situasi itu kit a harus lihat pada tanda X. Pada tanda ini, ia adalah gambaran kepada situasi keputusan yang pernah kita ambil dengan adanya penglibatan pemikiran dan perasaan yang nega tif. Akhirnya, ‘sudut C’ ini membawa anda kepada hasil kehidupan bertanda C! Tetapi, bayangkan, pada waktu bertanda X itu, anda sedar bahawa anda sedang diselubungi perasaan dan pemikiran negatif, maka anda mengambil konsep ‘taubat’ – menstrukturkan semula perasaaan dan pemikiran negatif kepada positif – maka, sudut A akan membawa anda kepada hasil kehidupan B atau lebih baik dari yang tidak disangka-sangka iaitu hasil di A! Jika anda teruskan dengan kehidupan yang bersturkturkan pemikiran dan perasaan negatif, maka kehidupan kita akan mengarah ke daerah motivasi kehidupan yang berenergi rendah dan hasilnya C!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
15
Inilah contoh atau model yang diketangahkan menerusi ayat Al-Quran tentang keupayaan dan hasil dari penstrukturan semula pemikiran dan perasaan manusia.Namun yang demikian, para pengamal NLP hari ini sudahpun menyedari akan formula psikologi ini dan berusaha untuk membantu diri sendiri dan orang lain agar tetap konsisten dengan prestasi diri yang positif. Hal ini sebenarnya selari dengan apa yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, surah Yunus, ayat As Syams, ayat 7-10 yang bermaksud; Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Manusia mempunyi pilihan yang besar kesannya terhadap psikologi diri sendiri. Tanpa melakukan sesuatu atau keluar dari pemikiran dan perasaan negatif, maka khuatir ia mempengaruhi keadaan hati spiritual anda! Al-Quran telah menggariskan kaedah ini tanpa menamakan ilmu tersebut sebagai NLP. Hal ini adalah kerana, ciptaan manusia di muka bumi ini adalah menyentuh semua aspek dalam semua potensi manusia dan Tuhan sangat arif akan apa yang mampu menyembuhkan ( healing) apa yang ada di dalam diri manusia. Renungilah surah Yunus, ayat 57 yang bermaksud; Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar (healing) bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. Jika kita semak diri kita pada saat ini, mengapa kita sering sahaja berasa tidak selesa, sakit malah menunjukkan simptom dari gejala perasaan dan fikiran yang negatif seperti kebimbangan, resah, gelisah, panas baran, tidak sabar, mudah putus asa dan sebagainya? Semua ini berpunca dari diri kita sendiri! Dan hari ini, Al-Quran diturunkan untuk memastikan semua manusia sihat dari segi mental dan fizikal secara total! Penyembuhan ini adalah bertujuan memastikan manusia dapat mengharungi ujian kehidupan ini dengan optimis dan sabar. Hal ini membantu manusia yang berada di dalam situasi C tadi, kembali sedar dan super sedar supaya mereka mampu bangkit melakukan perubahan yang bermula dari diri sendiri! Yes! Manusia boleh menyembuhkan diri mereka sendiri dari segala bentuk penyakit! Ia terletak pada kita, pada situasi diri yang sentiasa berubah-ubah keadaannya. Namun, cadangan Al-Quran adalah supaya manusia mengekalkan polar fikir dan perasaan pada tahap yang positif.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
16
PENDAHULUAN
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
17
Pada tahun 1978, sebuah buku bertajuk ‘The 100; A Ranking of the Most Influential Persons in History’ yang ditulis oleh Michael Hart telah diulang cetak berjuta salinan di seluruh dunia. Isikandung buku ini telah menyenaraikan 100 tokoh terkenal di seluruh dunia. Tokoh ini dikenalpasti dengan adanya penilaian kriteria terpenting seperti pengaruhnya kekal sehingga saat ini. Setelah diteliti dan dikenalpasti, tokoh pertama yang dicadangkan dengan penuh keyakinan dan tanpa ragu-ragu oleh Michael Hart, dicatatkan bahawa seorang lelaki dari Tanah Arab bernama Muhammad telah meninggalkan kesan kepimpinan yang besar dan berpengaruh. Lelaki ini dikenali sebagai seorang nabi kepada agama yang bernama Islam dan dipanggil oleh pengikutnya dengan penuh hormat iaitu nabi Muhammad s.a.w. Menurut catatan di dalam laman Wikipedia, nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang pembawa perubahan sosial dalam masyarakat tanah Arab, ketua agama, seorang ketua perang, diplomat, pendakwah, ahli falsafah Islam, pakar ekonomi Islam, pakar sosial Islam, pakar undang-undang Islam dan tinggi nilai kemanusiaan. Inilah sebuah pengiktirafan manusia bukan Islam atau sudut pandang terpuji kepada nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan dengan itu, nabi Muhammad s.a.w juga diiktiraf di dalam Al-Quran dengan adanya sebuah ayat yang diturunkan khas untuk perhatian seluruh manusia akan kewujudannya iaitu; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Al Ahzab, ayat 21 Inilah satu pengiktirafan tertinggi yang telah diberikan oleh Tuhan kepada nabi Muhammad s.a.w yang mana nilainya adalah lebih tinggi dari pengiktirafan manusia. Justeru, pengiktirafan ini merupakan satu ajakan dan seruan kepada seluruh manusia lain di dunia ini agar menjadikan cara hidup, cara percakapan, cara berfikir, cara bertindak, cara merancang, cara berkomunikasi dan cara membina hubungan sesama manusia, dimodelkan atau re-modelling semula dalam kehidupan kita. Inilah tujuan utama nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai model manusia berjaya dan cemerlang agar mampu dicontohi oleh manusia selepas tiadanya lagi nabi Muhammad s.a.w. Inilah intipati utama bagi kemahiran dan ilmu Neuro Linguastic Programming atau singkatannya NLP. Jika orang bertanya tentang apakah itu NLP? Cara mudah untuk kita menjawabnya ialah, memodelkan semula sebuah model yang diakui kejayaan dan kecemerlangannya. Bukankah model kehidupan nabi Muhammad s.a.w merupakan satu model yang mempunyai hubung kait dengan makna NLP? Aktiviti terpenting di dalam agama Islam ialah mendirikan solat. Solat merupakan satu simbol kejayaan bagi orang beriman (orang yang meyakini ajaran Islam). Malah kedudukan solat atau sembahyang ini berada pada tahap kedua selepas seseorang itu telah memberi kesaksian atau melafazkan syahadahnya. Solat juga telah diingatkan berkali-kali oleh muazzin (bilal
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
18
melaungkan azan) sebelum meraih kejayaan duniawi. Namun, sebelum kejayaan dunia ini dimiliki, maka solat juga adalah kejayaan akhirat yang harus diberikan keutamaan sebelum dunia. Justeru, NLP yang diertikan sebagai memodelkan semula model kejayaan yang telah terbukti, telah dijelaskan oleh nabi Muhammad s.a.w di dalam catatan Imam Bukhari dan Imam Ahmad yang bermaksud; Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat Makna solat adalah ibadah diwajibkan oleh Tuhan kepada sekalian manusia yang telah memberikan kesaksiannya kepada Allah swt. Namun yang demikian, perkataan ‘solat’ ini bukanlah sahaja terhenti pada perbuatan solat itu sendiri, namun falsafahnya, maknanya yang lebih tinggi adalah memodelkan semula perbuatan, pergerakkan, ucapan, fokus, penghayatan, perasaan dan semua yang melibatkan elemen psikologi orang berjaya. Bukankah nabi Muhammad s.a.w ini merupakan satu model kejayaan manusia yang paling tinggi? Dan mampu diikuti dan dimodelkan semula? jawapannya ialah ‘sudah pasti!’. Catatan hadith di atas ini sudah memberikan satu makna dan penjelasan yang besar terhadap ilmu NLP yang mana, ia adalah satu kemahiran untuk memodelkan semula model kejayaan yang sudah terbukti kehebatannya! Bukankah itu sudah ada ditunjukkan nabi Muhammad s.a.w? Perspektif lain dalam sudut motivasi, hadith di atas juga boleh difahami bahawa, segala bentuk kebaikan dan kejayaan yang telah terbukti, mampu dimodelkan semula agar kejayaan yang diimpikan dari generasi ke generasi dapat disambung; seolah-olah terdapat tali yang mengikat di antara keduanya. Lalu, usaha untuk meraih kejayaan harus mempunyai set disiplin yang tinggi dan harus dipatuhi ‘rules’ atau undang-undangnya yang tersendiri. Bukankah makna solat itu sendiri mempunyai set disiplin dan undang-undangnya yang harus dipatuhi? Iaitu yang mana didahulukan maka harus didahulukan dan mana yang harus dikemudiankan maka harus dikemudiankan. Itulah antara set disiplin dan undang-undang untuk meraih kejayaan dan ianya dinamakan tertib!
AL-QURAN ADALAH SEGALANYA Setelah 1,400 tahun Al-Quran telah diturunkan kepada manusia pencerahan ilmu mengenai psikologi manusia mula dijawab satu-persatu dengan adanya pembentangan dari isikandung AlQuran dan hadith. Setiap barisan, ayat dan surah yang terkandung di dalamnya telah menjelaskan secara eksplisit tentang psikologi manusia. Tiada satu pun yang terlepas pandang oleh Al-Quran mengenai dunia dan seisinya! Sebagai contoh, Al-Quran telah menceritakan tentang mawar merah di angkasa. Bayangkan, pada awal 1,400 tahun dahulu, saintis manakah yang telah menemui bintang yang bernama ‘Nebula Rose’ ? Sudah wujudkah teleskop Hubble pada waktu itu? Sudah tentu penjelasan di dalam Al-Quran ini pada awal ia diturunkan akan membuatkan manusia berasa hairan, adakah di angkasa mempunyai bentuk seakan mawar merah? Bukankah Al-Quran menjelaskan sesuatu
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
19
yang tidak diketahui oleh manusia tentang angkasa? Pada tahun 1995, awal Januari, imej Nebula Rose telah dikongsikan kepada dunia. Bukan sahaja tentang alam cakerawala, Al-Quran juga menerangkan pula tentang asal kejadian bumi dan langit. Wah, semua ini diluar jangkaan fikiran manusia akan penciptaan planet yang indah ini yang bernama bumi. Sebesar (makrokosmos) penciptaan sehinggalah sekecilkecil (mikrokosmos) makhluk telah dijelaskan dengan cukup terang dan cerah termasuklah penciptaan manusia itu sendiri! Cerita tentang manusia di dalam Al-Quran telah menjadi satu fokus utama. Mengapa ia menjadi satu fokus perbicaraan yang penting? Jawapannya yang pertama ialah, ini adalah kerana, manusia itu tidak mengalami evolusi seperti yang dijelaskan oleh Darwin. Manusia pertama telah diciptakan Tuhan dengan menggunakan elemen tanah. Ia dijelaskan di dalam Al-Quran; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang; Surah As Sajadah ayat 7 hingga 8 ini membicarakan tentang kejadian manusia yang pertama; iaitu merujuk kepada nabi Adam. Reka bentuk hebat ini bukanlah semata-mata pada bentuk fizikalnya, malah dibentuk dan direka juga dengan teliti akan potensi yang lain seperti daya intelektual, emosi dan spiritual. Kedua, jika kita membeli sebuah kipas. Perhatikan, apa yang ada di dalam kotaknya? Ya, sudah pasti semua set kipas itu beserta dengan buku panduan atau manual book ! Apakah kepentingan buku ini kepada user atau pengguna? Sudah pasti, buku itu akan memberi arahan dan panduan yang sangat praktikal supaya kita mampu memasang dengan sempurna kipas itu bukan? Siapa yang menyediakan manual ini? Sudah pasti si pereka cipta kipas itu yang menyediakannya. Si pereka itu sangat mahir dan faham, apakah yang harus dilakukan oleh user untuk memastikan kipas itu mampu berfungsi dengan baik. Tanpanya, mungkin kita akan mengalami sedikit masalah kerana tiada panduan yang jelas untuk memasang kipas tersebut. Samalah halnya seperti ciptaan manusia. Manusia ini diciptakan oleh Tuhan menerusi kebijaksanaan dan kekuatan s i Maha Pencipta. Apabila penciptaan manusia ini telah di’aktif’kan di muka bumi ini, maka manusia juga memerlukan satu manual yang jelas dan lengkap, apakah yang harus dilakukan oleh manusia di dunia ini agar potensi mereka mampu dioptimumkan pada tahap yang paling tinggi! Tanpa manual ini, manusia pasti akan hidup dengan berbekalkan daya pemikiran yang sangat dangkal!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
20
ADA APA DENGAN TANAH? Tanah merupakan bahan atau substance utama manusia pertama diciptakan. Mengapa tanah? Ada apa dengan tanah? Apa istimewanya tanah? Apa gunanya tanah? Jika manusia berfikir secara logik akal akan taraf tanah, manusia akan berkata, tanah tiada nilai langsung! Tunggu! Mari kita duduk sebentar dan renungkan dengan tenang dan sabar tentang tanah. Jika kita mampu menilai semula kehebatan tanah dan faedahnya, maka kita sendiri akan berasa kagum dengan Tuhan yang menciptakan! Yes, tanah adalah bahan utama manusia diciptakan. Kemudian, zuriat dari nabi Adam a.s adalah menerusi air mani yang hina. Di dalam Al-Quran, selain tanah, ada juga disebut sebagai tanah liat yang berwarna hitam. Malah ada disebutkan bahawa, tanah yang digunakan oleh Tuhan untuk menciptakan manusia adalah berbau dan mudah berubah warnanya. Hal ini ada disebutkan oleh iblis; Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia Yang Engkau jadikan Dia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya" Al Hijr ayat 33 Ini adalah sebuah sudut pandang iblis tentang manusia, tentang penciptaan nabi Adam. Tentang asalnya dari tanah yang kental, mudah berubah warna dan baunya! Inilah manusia! Sekarang, mari kita perhatikan apa menariknya tentang tanah yang sering kali kita memijaknya setiap hari ini. Antara aktiviti penting manusia dengan tanah ialah bercucuk tanam. Manusia mengoptimumkan tanah ini untuk melakukan aktiviti menanam biji benih pokok. Tidak kiralah apa sahaja jenis benihnya samada biji benih durian, rambutan, jagung, timun, strawberi dan sebagainya, namun manusia telah menggunakan tanah sebagai usaha memungut has il. Apa yang diusahakan dan ditanam oleh manusia di dalam tanah adalah, diakhirnya mengharapkan sebuah hasil. Hasil ini bergantung tinggi kepada jenis benih yang digunakan dan juga cara memelihara (nurture) benih ini. Akhirnya, apa yang yang telah ditanam akan membuahkan hasil iaitu samada buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Apakah refleksi anda terhadap biji benih yang ditanam di dalam tanah kepada kemahiran NLP? Apa kaitannya NLP dengan surah Al-Hijr, ayat 33 tadi? Ada hubungan (connection) di antaranya? Yes, sudah pasti ada! Apa yang ditanam di dalam tanah, pasti akan menghasilkan ‘hasil’ atau results. Sekarang, jika kita sudah memahami bahawa manusia, iaitu kita sendiri adalah makna kepada tanah dan tanah adalah simbol kepada kejadian manusia, maka ingatlah bahawa, apa yang kita tanam pada diri kita selama ini akan membuahkan hasil juga! Anda jangan terkejut dengan kelakuan atau habit yang anda miliki hari ini. Semua yang kita miliki atau apa yang kita tunjulkan adalah sebenarnya hasil dari proses pertama yang telah kita lakukan dahulu, iaitu proses menanam (input ) dahulu.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
21
Persoalannya kini, apakah bentuk benih-benih yang telah kita tanam dalam diri kita dahulu? Benih itu adalah benih; i) ii) iii)
Apa yang kita LIHAT Apa yang kita DENGAR Apa yang kita RASA
Inilah 3 jenis benih yang sering kita ambil dan terus ditanam dalam diri kita menerusi saluran visual , auditori dan kinestatik . Secara ringkasnya, saluran ini digelar sebagai V-A-K. Jika kita lihat biji benih pohon buahbuahan yang ditanam. Apa yang akan terjadi pada biji itu? Ia mulai mengeluarkan akar bukan? Apa yang terjadi lagi setelah 3 bulan berlalu? 1 tahun berlalu? Bukankah akar pada biji benih itu membesar dan semakin ‘mencengkam’ tanah bukan? Akar semakin besar dan menguasai seluruh tanah itu dan kemudian, pohon itu menumbuhi dengan daun yang lebat dan mungkin menghasilkan buah-buahan manis atau sebaliknya. Semua itu bergantung kepada jenis benih yang telah dibenarkan oleh kita sendiri untuk masuk menguasai hati dan minda kita!
BENIH YANG BERKUALITI Jika kita inginkan hasil buah-buahan atau bunga yang cantik dan berkualiti, apakah usaha yang harus kita lakukan? Bukankah kita harus mencari dahulu, benih yang bagaimana harus kita perhatikan dan kemudian ditanam? Inilah kuasa memilih atau the power of choices yang kita miliki. Kita berhak dan mampu melakukan proses pemilihan yang benar-benar berkualiti dalam pemilihan jenis benih yang betul untuk menghasilkan sebuah keputusan atau buah-buahan yang diimpikan. Jika tidak, kita sendiri akan berasa kesal dan kecewa dengan keputusan yang tidak menepati apa yang kita sendiri impikan. Benih ini adalah sebuah analogi kepada input yang kita tanam pada diri kita selama ini. Kadangkala, kita mengambil ringan dan tidak begitu serius dengan input yang kita ambil dari persekitaran kita. Sebagai contoh, anak-anak muda kita pada hari ini suka dan leka dengan arus hiburan atau budaya hedonism yang melampau. Malah, mereka mampu menghafal dan meniru semua lirik lagu, dialog dalam cerita, fesyen dan sebagainya. Mereka (generasi muda) ini memilih dengan tiada sikap selektif dalam mengambil ‘benih -benih’ ini untuk diri mereka sendiri. Akhirnya, se lepas setahun, atau mungkin berpuluh tahun selepas itu, mereka sendiri berasa kesal dan kecewa dengan apa yang telah mereka pilih dahulu. Bak kata pepatah orang bijaksana, hidup adalah sebuah keputusan. Jika kita tidak mengambil atau membuat keputusan, maka itu juga adalah keputusan!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
22
Hati-hati dengan ‘benih’ yang sering mengasak atau menekan kita untuk menerimanya. Mengapa kita harus bersifat skeptikal dalam hal seperti ini? Ini adalah kerana, persekitaran hari ini, terlalu banyak sekali mesej-mesej terselindung yang ditawarkan kepada dunia, malah terus kepada kita tanpa sedar atau dengan sedar. Benih yang baik akan menghasilkan sebuah cara fikir dan tindakan yang baik dan positif, namun benih yang buruk, tidak berkualiti pasti akan membentuk karakter berfikir dan tindakan yang sebaliknya juga. Hati-hatilah dengan apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Semua ini akan menjadi satu sistem kepercayaan atau belief system yang menguasai tindakan kita!
EGO YANG MEROSAKKAN Setiap apa yang ditanam di dalam tanah, boleh dicabut dan diganti. Cuma kadangkala, jika ia sudah lama dibiarkan tertanam, akar sudah semakin mencengkam, maka mungkin usaha yang besar atau berlipat kali ganda harus digunakan untuk mencabutnya! Sepertinya kita harus menyewa jentera berat untuk mencabut biji benih yang telah menjadi pokok yang besar! Tetapi bayangkan, jika biji benih yang baru ditanam dan masih rendang dan kecil, kadangkala, kita boleh mencabutnya dari tanah tanpa memerlukan tenaga yang banyak! Itulah analogi benih yang ditanam dalam hati dan minda kita. Yes, manusia sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Hal ini memang tidak boleh dinafikan. Manusia yang bebas dari kesalahan dan penyesalan hanyalah nabi. Kadangkala benih yang kita masukkan atau kita tanam di dalam diri kita ini, tanpa kita sedar bahawa ia adalah benih yang buruk. Luarannya nampak menyakinkan tetapi apabila sudah ditanam dan kemudian barulah kita sedar bahawa belief system yang kita sedang pelihara itu sebenarnya adalah benih yang buruk, maka, kita sebenarnya boleh mencabut atau membuangnya dari diri kita dan kemudian tanamlah sistem kepercayaan yang baru. Proses inilah yang dinamakan anjakan paradigma. Kita adalah apa yang kita rasakan dan apa yang kita fikirkan. Memang apa yang telah kita lakukan, semuanya berpunca dari benih yang kita pilih. Dan semua itu akan mengundang perasaan dan fikiran yang akhirnya mewujudkan sebuah tindakan atau action. Perhatikanlah semula tindak tanduk kita, percakapan kita, komunikasi kita dan sebagainya. Semua itu kadangkala menjelma secara sedar dan tidak sedar, berpunca dari apa yang telah kita yakini. Sehubungan dengan itu, kuasa untuk menggantikan benih yang baru memerlukan pengorbanan terhadap ego yang besar. Sistem kepercayaan ini adalah satu analogi kepada akar yang kuat mencengkam tanah iaitu karakter kita tadi. Anda sedar atau tidak, sistem kepercayaan yang kita miliki sebahagiannya adalah tembok yang bernama ego. Kadangkala, ego negatif sukar dihancurkan dan ia dilihat penting pada sesetengah pandangan manusia. Namun yang demikian, ego negatif ini, bukanlah satu idea yang baik untuk dibiarkan kekal dalam diri. Khuatir ia akan memakan diri dan menyakiti manusia dipersekitaran kita tanpa kita sendiri sedar. Ego negatif akan membina ‘tembok’ besar yang akan memisahkan kita dengan sumber kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar. Hal ini telah berlaku pada iblis seperti yang diterangkan dalam Al-Quran
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
23
(setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, - melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka Yang sujud. Allah berfirman: hai Iblis, apa sebabnya Engkau tidak turut bersama mereka Yang sujud itu?". Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia Yang Engkau jadikan Dia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya". Al Hijr, ayat 30-33 Ego yang terbaik diperlakukan ialah menerusi kisah iblis yang menyatakan dirinya lebih baik dari Adam a.s. Sifat ego ini telah menjadi keras (solid ) dan sukar untuk diubah oleh Iblis. Sistem kepercayaan iblis ialah, keupayaan dan kebolehan dirinya adalah tidak standing dengan Adam a.s. Dengan adanya kepercayaan ini pada iblis, maka secara sedar mahupun tidak, Iblis lebih senang walaupun tahu bahawa azab neraka itu amat dahsyat; Iblis tetap tidak mahu memecahkan egonya. Dengarkanlah ayat ini dan perhatikanlah perihal ego yang sukar diubah atau dicabut dari cengkaman diri. Ego akan memisahkan di antara kebaikan dan keburukan. Akhirnya ego yang buruk akan sentiasa berada pada ‘jalan’ yang gelap. Apabila ego menguasai diri, lihatlah cara berfikir, cara bertindak, cara berkomunikasi, cara bekerja dan sebagainya, semuanya berfokuskan kepada kemarahan, kesakitan dan penderitaan batin yang serius! Kisah di dalam surah Al Hijr ini, telah pun dicontohi oleh manusia sendiri. Manusia sendiri secara tidak sedar telah meniru psikologi iblis yang ‘sakit batinnya’ dan tiada sedikitpun ketenangan melainkan kesakitan.
LEPASKAN EGO Sistem keyakinan lama boleh berubah dengan adanya sistem keyakinan yang baru dimasukkan. Usahalah untuk meraih ketenangan dan kejayaan yang hakiki dengan menghancurkan atau mencabut ego yang selama ini telah lama mencengkam karakter kita. Kadangkala ada manusia yang berkata; i) ii) iii)
‘susahlah untuk berubah!’; ‘takutlah untuk menjadi lembut’; ‘kal au aku tidak bersikap keras, mereka tidak hormat pada aku!
Lihatlah bahasa ‘ego’. Ia sangat skeptikal kepada kelembutan. Ia sangat sensitif kepada perubahan. Ia sangat menderita untuk menjadi harmoni. Ia lebih suka dan selesa dengan kekerasan dan ke’AKU’an. Namun yang demikian, adakah benar tentang apa yang difi kirkan itu? Adakah ia benar-benar akan terjadi seperti apa yang difikirkan? Sesungguhnya, alam ini bekerja dengan penuh harmoni, kelembutan dan ketenangan. Dengan adanya kelembutan itu, dunia menjadi tenang dan aman. Tiada satupun sejarah dunia yang menceritakan tentang ‘ego’ manusia yang keras telah membawa kepada keharmonian melainkan kehancuran semata-mata. Tiada satupun catatan sejarah yang menerangkan kepada
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
24
dunia bahawa, dengan kekerasan dan ketegangan itu, telah mengubah dunia ini menjadi lebih segar dan menyenangkan! Tiada sama sekali! Usahlah kita mengambil atau menanam kepercayaan bahawa, dengan menghidupkan ‘ego’, kita akan berasa tenang, rasa dihormati, rasa disayangi atau rasa dikagumi! Itu semua adalah kepercayaan bersifat racun ( poison believe)! Mari perhatikan dunia seharian kita. Jika kita melihat seorang guru, pensyarah, ibubapa, boss di sebuah syarikat atau sesiapa sahaja yang ‘berasa’ lebih tinggi dari sebahagian manusia yang lain. Apakah bentuk bahasa yang biasa mereka gunakan? Apakah bentuk bahasa badan yang mereka tonjolkan? Apakah bentuk bahasa yang anda biasa dengarkan? Dan apakah pula gaya bahasa badan yang anda pernah lihat? Apa yang boleh saya simpulkan disinilah ialah bahasa percakapan dan badan yang biasa digunakan ialah sarkastik. Inilah bentuk bahasa yang sering digunakan oleh ibubapa, guru, boss, anak dan sesiapa sahaja yang mana apabila telah ego menguasai diri. Namun yang demikian, bab ego ini akan dijelaskan lagi pada bab seterusnya supaya kita lebih mengenali, apakah pula bentuk dan rasa dunia dalaman kita (internal world ) yang telah kita bentukkan selama ini. Justeru, untuk meneruskan pengembaraan minda anda, kita lakukan dahulu sedikit aktiviti melepaskan belenggu ego.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
25
PERNAFASAN BERFREKUENSI ALPHA Untuk melaksanakan aktiviti ini, anda perlu 4R; RELAKS-RECHECK-RELEASE-RETREAT. LANGKAH
KAEDAH/ AKTIVITI
1 RELAKS
Duduk di tempat yang tenang. Tiada gangguan dan relaks. Saat anda duduk (bersila lebih baik), gunakan hidung dan tarik nafas melalui hidung dan keluarkan menerusi mulut anda. Tarik nafas anda dengan perlahan dan relaks (tiada ketegangan) sebanyak 7 kali.
2 RELAKS
Selepas menarik 7 kali, dengan tenang dan relaks, anda pejamkan mata dan teruskan menarik 7 kali pernafasan kali ke dua.
3 RECHECK
Berhenti sebentar. Sekarang, anda visualkan dalam minda, apakah bentuk ego (sifat negatif seperti cepat marah, suka menyakiti orang lain, malas, tidak yakin pada diri dan sebagainya)
4 RELEASE
Selepas visualkan ego, sekarang, teruskan menarik nafas sebanyak 7 kali yang ketiga. Tetapi, kali ketiga ini, saat anda menarik nafas (dalam keadaan mata ditutup), visualkan udara yang anda tarik itu bewarna putih. Dan disaat anda lepaskan menerusi mulut anda, lihat dan visualkan udara yang keluar itu adalah berwarna hitam; hitam kerana ego keluar dari diri. Lakukan dengan relaks dan perlahan-lahan. Visualkan semua udara hitam itu keluar dari diri sehingga ia bertukar bewarna putih (dengan ukuran keyakinan diri sendiri).
Berhenti dan rehat sebentar dari langkah 4 jika sudah selesai (warna hitam bertukar putih). Sekarang, katakan pada diri sendiri dengan penuh harapan doa ini; 5 RETREAT
Ya Allah, sihatkanlah tubuhku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah sihatkanlah penglihatanku (Rujuk doa di dalam Al Mathurat) Tarik nafas kemudian selang selikan dengan doa sebanyak 3 kali. Visualkan tubuh badan, pendengaran dan penglihatan anda bebas dari ego Setelah selesai, bukakan mata dan rasailah dengan tenang!
Semoga anda berasa tenang dan bersemangat untuk meneruskan mind journey ini! Selamat belayar!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
26
BAB 1 ASAS DALAM NEURO LINGUASTIC PROGRAMMING @ NLP NLP ialah satu set kemahiran manusiawi untuk meraih kejayaan. Set ini adalah bergantung sepenuhnya kepada psikologi manusia. Hal ini adalah kerana, manusia berjaya atau gagal adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan fizikal, intelektual, emosi dan spiritual seseorang. Setiap keadaan ini akan meninggalkan paten yang unik dan boleh dipelajari dan dikuasai dengan mudah. Dengan kata lain, keadaan mental anda adalah dunia yang anda alami. Apa yang bakal terjadi jika anda benar-benar mengubah apa yang ada dalam diri kita?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
27
Saat anda sedang membaca buku ini, apa yang terlintas pada pemikiran anda? Kemudian, setelah selesai anda membaca bahagian tertentu di dalam buku ini, apakah perancangan anda? Tindakan anda? Jika anda ingin bertemu dengan seseorang, apakah harapan atau result nyata yang ingin anda perolehi? Apakah anda berasa gembira melakukan pekerjaan anda sekarang? Apa yang sedang anda fokuskan sekarang? Baik, soalan di atas sebenarnya, secara sederhana, mengajak anda untuk menggunakan keupayaan minda. Namun, kita sering menggunakannya tanpa perlu secara sedar melakukan proses berfikir dengan menggunakan otak. Namun yang demikian, perbezaan otak kanak-kanak dengan otak manusia yang sudah memasuki alam akil baligh adalah berbeza sama sekali. Perbezaan itu ialah wujudnya kemampuan kuasa untuk mengawal (control ). Mengawal apa? Yes, mengawal emosi. Cuba anda lihat kanak-kanak kecil atau ingat kembali zaman kanak-kanak anda sebelum zaman akil baligh. Apa gelagatnya? Pastinya kita akan mengatakan; mereka suka bergembira, ketawa, berlari-lari mengejar rama-rama yang sedang terbang, menangis apabila tidak dapat gula-gula atau apa yang diingininya, ketawa lagi dan sebagainya bukan? Pada saat itu, apakah bentuk potensi yang dominon bagi kanak-kanak? Bukankah semuanya bentuk emosi? Kemudian, apabila kanak-kanak tadi atau anda sudah memasuki alam dewasa, adakah anda atau kanak-kanak yang kini telah remaja akan menangis apabila tidak dapat gula-gula? Adakah remaja akan ketawa dan berlari-lari mengejari rama-rama seperti mana yang dilakukan semasa zaman kanak-kanak? Sudah ten tu kita tidak lagi berkelakuan seperti zaman kanak-kanak kerana zaman akil baligh, otak manusia sudah mula aktif dan mula mampu untuk mengawal atau control . Yang lebih menarik lagi tentang dunia akil baligh ini ialah, emosi atau perasaan sudah mula seimbang dengan kematangan akal fikiran. Perkataan biasa yang pernah kita dengar dari orangorang tua ialah; Kau dah besarkan. Sudah boleh fikir sendiri! Atau semua dosa pahala sudah ditanggung sendiri bukan lagi mak ayah! Biasa bukan kita mendengarnya? Yes, semua pernyataan ini adalah benar sekali dan kita sendiri sudah alaminya (jika anda sudah akil baligh)
Jika dahulunya kita di dominasikan dengan perasaan atau emosi, setelah memasuki gerbang akil baligh, manusia diberikan anugerah untuk mengawal emosi dan bukan lagi emosi mengawal diri. Justeru, pada saat ini, semua emosi orang dewasa adalah dicetuskan dan dikawal oleh fikiran sihat kita! Bukankah hal ini amat unik sekali? Sudahkah anda sedar semua ini telah berlaku pada diri?
PACAT Saya mengajak keluarga saya pergi ke air terjun. Kami bersiap untuk bermandi manda di sana. Setelah sampai di tempat yang dituju, semua orang gembira dan tidak sabar-sabar untuk mandi. Kami terpaksa melalui jalan yang kecil dan penuh dengan daun-daun kering yang keguguran.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
28
Kemudian, saya menyiapkan makanan dan adik pula menyediakan tempat untuk kami meletakkan semua barang-barang makanan dan pakaian. Sementara menyiapkan barang- barang, saya terlihat dua ekor ‘pacat’ sedang menghisap darah pada bahagian kaki adik saya. Kemudian saya menegur adik saya dengan berkata; Adik, ada pacat di kakimu! Apa! Wah! Aduh! Au! Saya melihat gelagat adik saya apabila dia baru sedar bahawa pacat (yang menggelikan pada sesetangah orang) menghisap darahnya! Sangat lucu dan membuatkan saya berfikir!
Emosi manusia mula ‘bergerak’ apabila akal atau minda membenarkan apa yang dilihat dan apa yang dirasa! Bukankah hal ini menjelaskan bahawa, memang benarlah emosi manusia dikawal sepenuhnya oleh akal/minda! Hei, bagaimana agaknya jika saya tidak menegur terus pada adik saya ya?
FIKIRAN MENGGERAKKAN EMOSI Apabila kita sudah memahami bahawa fikiran atau minda adalah kunci kepada ‘bergerakknya’ emosi, maka kita harus memahami pula bagaimana polar fikiran atau minda ini bekerja. Fikiran dan emosi tidak boleh dipisahkan atau diasingkan dalam kehidupan. Namun, ia harus dikawal dan diuruskan dengan baik agar result atau output kita kepada dunia ini adalah selari dengan blue print kejayaan kita. Hayatilah kata nabi Muhammad s.a.w ini; Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: • Berwasiatlah kepada ku. • Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah.• Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: • Jangan kamu marah. Marah adalah satu situasi berkapasitikan emosi yang negatif. Ia adalah satu keadaan dimana fikiran mula membenarkan emosi yang rendah menguasai tindakan, percakapan dan kewarasan seseorang itu. Namun yang demikian, nabi Muhammad s.a.w memberi nasihat atau tips ini kepada orang dewasa. Mengapa orang dewasa? Sudah tentulah, emosi mampu dikawal oleh minda yang kuat dan sihat, hanya ada pada orang dewasa (atau sudah akil baligh). Tips ini tidak diberikan kepada kanak-kanak yang kecil, kerana emosi ini tidak mampu dikawal oleh minda atau fikiran yang berada pada tahap yang tidak matang atau tid ak aktif! Emosi merupakan satu modal terpenting bagi setiap manusia. Tanpanya, manusia pasti akan berada dalam dunia tanpa warna dan makna. Ada pandangan mengatakan bahawa, perkataan emotional terdiri dari perkataan motion atau bergerak/ pergerakkan. E pula bermaksud energy /
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
29
tenaga. Apabila tenaga digabungkan menjadi perkataan emotional bermaksud, ia pasti menggerakkan kehidupan. Namun yang demikian, nabi Muhammad s.a.w. telah mengajar kita kemampuan untuk mengawal emosi! Inilah teras kepada kemahiran Neuro Linguastic Programming atau NLP. Mengawal dan mengurus internal world yang akhirnya akan mewujudkan action. Tanpa kawalan, maka tidak terkawal juga tindakan kita! ~ Biar akal mengawal emosi dan jangan biarkan emosi mengawal akal!
APA ITU NEURO LINGUASTIC PROGRAMMING @ NLP? Dunia motivasi dan psikologi semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai bentuk kajian dilapangan. Pakar saraf juga tidak ketinggalan dengan penemuan baru dengan adanya intervensi dari pelbagai disiplin ilmu. Akhirnya istilah baru diperkenalkan dari dunia Barat iaitu Neuro Linguastic Programming. Sudah pastinya istilah ini anda pernah mendengarnya atau mungkin anda telah mempraktikkannya secara sedar atau pun t idak. Apabila menyebut tentang NLP, ramai yang bertanyakan soalan; i) ii) iii) iv) v) vi)
Apakah NLP itu? Bagaimana NLP itu berfungsi kepada saya? Apakah kepentingan NLP pada saya? Apa manfaatnya mengetahui tentang NLP? Apa faedahnya kepada saya dan orang disekitar saya? Adakah ianya begitu penting untuk dipelajari?
Inilah soalan-soalan yang biasa ditanya dikebanyakkan orang yang saya bertemu. Malah ada yang menafikan dan menolak bahawa NLP ini tidak penting dalam hidupnya. Respon saya tentang NLP ialah; walau apapun persepsi atau sudut pandang masyarakat terhadap NLP, samada ianya penting ataupun tidak, selagi mana kita bernama manusia, kita pasti menggunakan keupayaan minda. Apa sahaja yang terlintas, terbayangkan, difikirkan, dirasakan, didengarkan dan dilihat, maka anda sebenarnya sudahpun mempraktikkan kemahiran NLP ini. Sekarang, apa maksud NLP ini sebenarnya? Secara teknikal, NLP terdiri dari tiga perkataan yang mana secara umumnya, setiap satu perkataan ini membawa maksud;
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
30
Perkataan ‘neuro’ adalah merujuk kepada sistem saraf kita yang terdapat pada bahagian otak. Setiap pengalaman eksternal yang dicerap dan diproses menerusi lima deria utama iaitu
Neuro
i) ii) iii) iv) v)
Mata Telinga Sentuhan (Kulit) Bau (atau oldfactory ) Rasa (atau gustatory )
Namun yang demikian, NLP menfokuskan kepada, bagaimana kita memproses semua maklumat menerusi deria ini yang mana ia akan disimpan pada minda sedar dan separa sedar manusia.
Linguastic
Programming
Bahasa ini adalah merujuk kepada bahasa bukan percakapan atau non verbal . Penggunaan bahasa ini berlaku pada saat kita alami (experienced ) sebarang maklumat atau input menerusi lima deria. Kemudian memberi sebuah nilai (values) yang tertentu kepada apa yang kita fikirkan. Malah, dalam saraf manusia, wujudnya kod-kod tertentu yang mana manusia mampu memahami dengan baik.
Merujuk kepada sebuah cara atau metodologi yang konsisten. Ia terhasil dari sebuah kefahaman dan keyakinan manusia untuk melahirkan set kelakuan yang tertentu bagi melahirkan sebuah tindakan atau keputusan. Program ini juga boleh disimpulkan sebagai sebuah modul yang akan menentukan sikap, fikiran dan perasaan yang tertentu untuk meraih hasil yang tertentu.
Justeru, berdasarkan pengamal NLP (Master), Tuan Hj Mat Taib Mat, di dalam bukunya yang bertajuk NLP; Rahsia Sains & Seni Kejayaan Diri ada meringkaskan bahawa, secara mudahnya, NLP boleh disimpulkan sebagai; i) ii) iii) iv) v)
NLP adalah kajian spesifik mengenai potensi kecemerlangan manusia NLP adalah keupayaan untuk menjadi diri yang terbaik dengan lebih konsisten NLP adalah pendekatan praktikal untuk mengubah diri NLP adalah teknologi pencapaian diri yang kontemporari NLP adalah mind tools yang terbaik untuk membentuk polar fikiran yang tersusun
Kesimpulannya, definisi yang paling hampir kepada maksud sebenar NLP itu sendiri adalah mengenalpasti potensi dalaman diri iaitu merujuk kepada bagaimana minda boleh berinteraksi dan bekerja pada tahap yang paling optimum bagi melahirkan manusia yang terurus minda dan perasaanya. Justeru, dengan adanya minda dan perasaan yang terarah, manusia mampu mencapai apa sahaja yang diimpikan samada berbentuk ganjaran material atau non-material.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
31
Hal ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran bahawa, akal yang sihat, jika tidak dioptimumkan pada satu jalan yang benar dan pasti, maka Tuhan akan menjadikan manusia itu dalam satu bentuk kehancuran. Jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia Yang ada di bumi. Maka Patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang Yang beriman? Dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan Dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang Yang tidak mempergunakan akalnya. Surah Yunus, ayat 99-100 Perkataan yang digunakan di dalam surah ini, pada ayat yang terakhir ialah la ya’qiluun; bermaksud tidak menggunakan akal. Sinonim pada perkataan akal juga adalah minda yang waras. Kaum nabi Yunus tidak mempergunakan sepenuhnya potensi akal mereka untuk menerima sistem kepercayaan atau belief systems yang benar dari Tuhan untuk dimodelkan. Akhirnya, mereka hidup dengan program minda mereka sendiri tanpa adanya panduan dari Tuhan untuk meneruskan agenda kehidupannya di muka bumi. Maka, dapat kita fahami bahawa, NLP juga adalah tools yang mampu menyentuh dan mengubah sistem minda manusia supaya memilih dan menghidupkan cara berfikir yang baru dan segar. Dengan adanya perubahan dan aturan cara berfikir yang baru, maka manusia seolah-olah bergerak aktif menuju kepada kejayaan yang semua manusia impikan; iaitu kejayaan berbentuk selain dari material.
KEPENTINGAN NLP Kajian kontemporari hari ini tentang kejayaan seseorang itu adalah bergantung kepada 80% persiapan psikologi dan 20% kepada kemahiran. Dunia pada hari ini juga penuh dengan bukti yang menunjukkan bahawa, di dalam dunia perniagaan yang kian kompleks dan mencabar, seorang CEO harus mempunyai persediaan psikologi yang amat hebat. Dan bukannya sematamata kebergantungan terhadap ijazah, diploma atau apa-apa sahaja kecemerlangan dalam dunia akademik. Kajian tentang emosi, Daniel Goleman menyatakan bahawa, IQ bukan lagi menjanjikan kejayaan atau keberhasilan seseorang melainkan EQ; daya tahan emosi seseorang untuk terus berdiri kekal dan meneruskan kerjayanya sehingga mencapai apa yang mereka impikan. Namun yang demikian, untuk mencapai tahap persediaan psikologi yang tinggi memerlukan persediaan dan kemahiran insani yang spesifik. Tanpa adanya kaedah, kemahiran atau teknik yang tertentu, maka daya tahan seseorang itu mungkin boleh tercabar dan mengakibatkan sesuatu yang lebih dahsyat berlaku seperti bunuh diri, penyelewengan, tekanan perasaan dan sebagainya.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
32
Di dalam Al-Quran, terdapat sebuah kisah penting yang menunjukkan betapa pentingnya sebuah kemahiran insan atau soft skills. Kemahiran ini harus dibimbing agar persediaan psikologi seseorang itu mampu mencapai pada tahap yang paling optimum bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Kisah itu ialah kisah nabi Musa a.s (Surah Tahaa, ayat 17-24); "Dan apa (bendanya) Yang di tangan kananmu itu Wahai Musa?" Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu Wahai Musa!" lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular Yang bergerak menjalar. Allah berfirman: "Tangkaplah akan Dia, dan mengembalikannya kepada keadaannya Yang asal.
janganlah
Engkau takut,
Kami
akan
“Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar Dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat Yang lain. "(Berlakunya Yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami Yang besar. "Pergilah kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas". Apakah refleksi anda terhadap cerita benar nabi Musa a.s. ini dalam konteks soft skills? Cuba anda senaraikan tiga refleksi di bawah ini;
No
Refleksi Anda
1
2
3
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
33
Kisah nabi Musa a.s ini merupakan asas kepada keperluan manusia untuk menghadapi dunia yang mencabar. Sebelum memasuki alam ini, anda haruslah mempersiapkan psikologi dan kemahiran (tools). Inilah pengajaran terbesar dari kisah nabi Musa a.s. Sesunguhnya, nabi Musa a.s telah mula sedar bahawa, sebelum baginda bersua dengan Raja Firaun, baginda harus diberikan latihan atau training khas dari Allah s.w.t. Allah s.w.t bertanya tentang apa yang ada pada tangannya itu melambangkan tools yang bakal baginda gunakan untuk berhadapan dengan Firaun. Setelah itu, Allah s.w.t. berkata; campaklah tongkatmu itu wahai Musa! Arahan Allah s.w.t. kepada baginda adalah symbol kepada latihan khas kepada baginda supaya mahir dengan tools; iaitu tongkatnya. Kemudian, nabi Musa a.s berasa takut dan gementar apabila melihat tongkatnya itu bertukar menjadi seekor ular bewarna hitam dan bersaiz besar! Namun yang demikian, Allah s.w.t berkata kepada Musa a.s. agar tidak berasa khuatir atau bimbang kerana jika perasaan ini tidak dikawal, nabi Musa a.s pasti tidak akan berjaya mengawal atau menguasai tools-nya itu. Perintah Allah s.w.t. agar mengawal perasaan takut itu menjelaskan bahawa, untuk berjaya dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran, kita harus kuat untuk mengawal emosi diri. Jelas di sini, kajian kontemporari mengenai kejayaan seseorang itu bergantung kepada 20% kemahiran/ tools dan 80% adalah psikologi! Latihan ini telah melengkapkan 80% psikologi Musa a.s untuk berhadapan dengan cabaran. Ia benar-benar membuatkan lima pancaindera baginda terbuka dan akhirnya memahami bahawa, baginda benar-benar memerlukan kekuatan psikologi dan kemahiran spesifik bagi menunaikan perintah TuhanNya. Refleksi lain dari ayat ini ialah, seorang trainer harus memahami model psikologi dan kemahiran terhadap trainee. Begitu juga dengan ibu bapa kepada anak-anak dirumah. Boss kepada pekerjanya dan seumpamanya. Keperluan dan kekuatan psikologi perlu di ambil berat dan fokus yang tinggi. Jika Allah s.w.t hanya memberikan nabi Musa a.s ini tongkat yang mampu bertukar menjadi seekor ular tanpa melatih elemen psikologinya, mungkin nabi Musa tidak mempunyai kekuatan diri (seara psikologi) untuk berhadapan dengan misi yang sangat besar. Fokus kini ialah, bagaimana anda boleh mengatasi dan memenuhi ruang psikologi dan mengoptimumkan tools yang berkesan dalam memastikan, apa sahaja yang anda tempuhi, mampu diharungi dengan baik dan teratur? Maka, NLP dapat membantu mengoptimumkan potensi diri anda dengan adanya set atau tools minda dan hati yang berkesan!
IDEA N.L.P Pengalaman peribadi apabila menguasai ilmu NLP, ia dapat membantu diri saya secara personal sebagai alat atau tools untuk pengurusan minda dan perasaan, menuju prestasi diri pada tahap yang optimum. Inilah kelebihan yang ada pada NLP. Syukur, kesempatan untuk mempelajari dan mendalami tentang diri sendiri dibukakan oleh Allah s.w.t. kepada saya. Hal ini pernah saya visualkan dan doakan kepadaNya agar diberikan nilai tambah dan kekuatan baru untuk saya
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
34
meneruskan agenda kehidupan ini dengan lebih teratur dan tenang. Inilah pengalaman diri yang terdekat, pernah saya tempuhi. Namun yang demikian, setelah mempelajarinya, saya terus mendapatkan beberapa buah buku lain sebagai bacaan tambahan disamping melayari hampir ratusan laman sesawang dan video berkaitan dengan NLP. Natijahnya, apa yang dapat saya simpulkan tentang NLP ini ialah, ia mencadangkan kepada dunia agar sentiasa mengekalkan cara berfikir dan berperasaan positif! Inilah idea utama di dalam NLP! Benar, idea besar dan utama bagi NLP ialah mencadangkan kepada kita agar menjalani kehidupan ini dengan adanya pengurusan fikiran dan perasaan yang seimbang-positif dan konsisten. Malah, manusia mempunyai kapasiti serta kecerdasan yang begitu unik sekali untuk kembali kepada energi positif ini. Sudah menjadi lumrah bagi dunia ini dengan pasangannya. Siang dan malam, panas dan sejuk, positif dan negatif. Emosi dan fikiran manusia sentiasa berubah-ubah. Malangnya, manusia lebih suka dan selesa untuk memilih keadaan diri yang negatif! Inilah punca kepada permasalahan yang timbul di kalangan kita! Memilih untuk berasa sakit! Bak kata pepatah, meminum racun untuk diri sendiri dengan harapan musuh akan mati! Simptom kesan emosi ini boleh kita fahami dengan contoh seperti, i) ii)
iii) iv)
v) vi) vii)
Suka mengenangkan kisah silam yang menyakitkan, kemudian mempengaruhi emosi (mood ) pada waktu sekarang ( present ). Berfikir skeptikal/ negatif pada rakan atau kenalan yang pernah menyakitkan perasaan kita buat selamanya! Malah tiada perasaan untuk memaafkan. Memegang prinsip; tiada maaf bagimu! Atau ‘Aku maafkan tetapi tidak boleh melupakan!’ . Perasaan marah, dendam dan benci menjadi satu bentuk ‘negative emotional life style’ . Malah, ada juga rasa rindu yang dalam sehingga mencederai kehidupan seharian. Seperti mengenangkan kehilangan orang yang tersayang. Diri menjadi tidak bermotivasi dan tidak bersemangat. Takut dan tidak berani untuk berhadapan dengan orang yang menyakiti kita pada waktu lepas. Fobia atau merasa kurang selesa dengan suatu pekerjaan atau aktiviti yang ‘sama’ pada waktu sekarang dengan apa yang pernah berlaku dahulu. Lebih ‘selesa’ denga emosi negatif dan mewujudkan jurang di antara manusia. Akhirnya kehidupan bersifat bersendirian menjadi pilihan. Tidak gemar untuk bersosial.
NLP mencadangkan, apabila anda mempunyai antara salah satu dari seribu satu simptom di atas, maka terdapat pelbagai jenis corak minda dan tips dari NLP. Corak dan tips ini membantu kita untuk mengubah situasi emosi negatif ini kepada positif. Kuncinya terletak kepada kita sendiri kerana manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah apa yang ada pada d irinya. Hal ini selari dengan apa yang dicatatkan di dalam Al-Quran, surah , ayat ke yang bermaksud; Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
35
sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. Keupayaan manusia ialah mampu untuk mengubah cara berfikir dan cara untuk mengendalikan perasaan. Hal ini penting kerana, setiap bentuk pemikiran dan juga perasaan kita akan diterjemahkan kepada sebuah tindakan! Jika kita inginkan perubahan nasib berlaku secara total pada diri, maka ubahlah cara berfikir dan perasaan kita, dan bukan mengubah apa yang ada pada penampilan kita semata-mata! Hari ini, mari kita renungkan pula, apakah hujah utama di dalam Al-Quran, yang selari dengan apa yang dicadangkan oleh NLP, 1,400 tahun dahulu menerusi surah Al-Imraan, ayat ke 139 yang membawa maksud; Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita/ bersedih (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang te rtinggi jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman. Apa refleksi kita dari ayat ini? Menurut tafsir, ayat ini diturunkan sempena perang Uhud. Peristiwa ini, secara emosional, telah memberi kesan yang amat besar kepada kaum muslimin kerana ramai para sahabat yang beriman, telah gugur syahid mempertahankan agama Islam. Bayangkan, orang yang tersayang, orang yang dicintai, orang yang rapat dan mesra telah meninggal dunia! Bukankah secara alamiahnya, manusia akan berasa sedih yang amat tinggi? Namun, Al-Quran telah memerintahkan supaya kaum muslim tidak terus kekal dengan keadaan emosi yang negatif ini. Hal ini adalah kerana, perasaan bersedih hati, berduka cita akan melemahkan semangat atau daya juang untuk terus hidup. Inilah kesan psikologi dari situasi emosi negatif ini jika tidak mampu dikawal! Al- Quran menggunakan perkataan ‘janganlah’ bermakna, ia satu bentuk tegahan atau larangan yang sangat besar untuk dipatuhi! Bukankah hal ini menunjukkan Al-Quran begitu prihatin d engan keadaan psikologi manusia? Pesan nabi Muhammad s.a.w bersama dengan Abu Bakar, sewaktu bersembunyi di dalam Gua Thur, sempena peristiwa hijrah, baginda berkata kepada Abu Bakar; Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita! Subhanallah, bukankah tips ini sangat berkuasa ( powerfull )? Kisah ini adalah pesanan buat kita, ummatnya, agar tidak perlu berasa takut dan bersedih hati! Harus uruskan dan kawal perasaan itu di dalam hati dan fikiran! Kisah besar lain yang terdapat di dalam Al-Quran seperti kisah nabi Ya’akub, seorang ayah kepada putera-puteranya. Secara ringkasnya, nabi Ya’akub berasa sedih dan pilu apabila puteranya nabi Yusuf a.s telah hilang dari dakapannya buat selamanya! Hal ini berlaku apabila saudaranya sendiri yang telah melakukan kezaliman kepada ayahnya, nabi Ya’akub. Cuba anda bayangkan, jika anda mempunyai anak, kemudian hilang dari pandangan mata anda. Apakah situasi perasaan dan fikiran anda?
Apa yang terjadi pada nabi Ya’akub, kerana terlalu sedih dan sentias a menangis, mata nabi Ya’akub telah menjadi putih dan tidak mampu melihat, kesan dari kesedihan yang terlalu lama! Hal ini ada dicatatkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf. Anda akan melihat dan memahami
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
36
bahawa, tekanan perasaan yang negatif akan memberi kesan kepada fisiologi (bab ini akan dibahaskan lagi pada bab seterusnya; kesan psikologi ke atas fisiologi manusia). Namun yang demikian, jelaslah bahawa, Al-Quran amat menekankan prinsip emotional-positive centered bagi segala bentuk polar fikir dan perasaan. Di dalam NLP, terdapat beberapa teknik mudah untuk dipraktikkan bagi menyusun semula perasaan dan polar fikir negatif kepada positif. Justeru, Al-Quran juga mencadangkan kepada kita agar melakukan solat dan kemudian bersabar. Tips ini ada diterangkan menerusi surah Al-Baqarah, ayat 45 yang bermaksud; Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; Dan juga surah Al-Imraan, ayat 200 yang bermaksud;
Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
37
BAB 2 Dunia Internal Manusia Kehidupan ini merupakan satu sudut pandang manusia terhadap satu perkara. Sebab itulah ia dinamakan persepsi. Setiap sudut akan memberi kesan terhadap kebolehan potensi fizikal, intelektual, emosional dan spirituil yang tersendiri. Apa yang berlaku diluar (eksternal) kita adalah pengaruh dari apa yang berlaku di dalam (internal) diri kita. Kita adalah apa yang kita rasa dan fikirkan. Perubahan polar rasa dan fikir ini harus dikuasai agar kita mampu meraih apa yang kita mahukan. Inilah kunci kepada kebahagiaan..
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
38
Apabila kita cuba mengenali potensi diri kita sendiri, anda akan mulai sedar bahawa, kekuatan sebenar anda masih lagi tersembunyi dan mungkin sudah lama ‘tidur’. Tugas anda saat ini ialah mengenali dan menggerakkan potensi tersebut dengan teknik atau tools yang boleh dipercayai. Sehubungan dengan itu, mari kita renungi surah Adz Dzariyat, ayat 20-21 ini yang bermaksud; Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Al lah) bagi orangorang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan? Ayat ini menerangkan dengan sempurna bahawa, alam ini diciptakan dengan adanya potensi yang tersendiri. Sebagai contoh, matahari; mampu membekalkan cahaya kepada seluruh sistem solar. Bumi, mampu menyuburkan apa sahaja tumbuh-tumbuhan dan hidupan yang bernyawa. Pokok, membekalkan oksigen kepada seluruh kehidupan dan juga makanan. Semua ini mempunyai ‘petanda’ atau signs yang terlalu luas dan hebat untuk dibincangkan. Namun yang demikian, manusia juga tidak ketinggalan! Allah s.w.t. telah menjelaskan, di dalam diri manusia ini juga mempunyai signs yang sangat berpotensi tinggi jika manusia itu sendiri mengkaji dan mempelajarinya. Persoalannya kini, apakah antara petanda-petanda kehebatan penciptaan Tuhan yang bernama manusia ini?
KEADAAN DIRI Anda adalah individu yang unik dan hebat. Semua yang kita alami kini sebenarnya amat berbeza-beza pentafsiran dan pemahamannya. Dengan adanya perbezaan dan keunikan seperti ini, maka, jelas hari ini kita mampu melihat dan merasainya sendiri, terdapat pelbagai jenis ragam dan kelakuan manusia walaupun mereka mempunyai potensi yang sama seperti kita. Kita mempunyai mata, telinga, tubuh badan dan semua deria rasa yang sama fungsinya, tetapi pentafsiran dan hikmah (wisdom) menjadi begitu banyak sekali perbezaan. Mengapa hal ini berlaku? Bukankah Tuhan telah menyediakan hardware (fisiologi) ini kepada seluruh manusia? Tetapi, mengapa manusia tetap berbeza sudut pandang, kelakuan, tabiat, karakter dan sebagainya. Mengapa ya? Situasi ini adalah dinamakan keadaan diri atau self state. Memang manusia mempunyai keupayaan dan fungsi fisiologi yang sama, namun kadar penerimaan dan pencerapan maklumat dari dunia luar ke dunia internal telah membezakan semua perkara. Namun, semua yang memasuki ke dalam dunia internal manusia ini mempunyai set proses yang sama; yang bersifat sarwajagat (universal ). Semua manusia mengalami perkara yang sama. Dalam ilmu NLP, kata-kata yang terkenal dan sentiasa diulang-ulang oleh pengamalnya ada mengatakan;’ apa sahaja keputusan (outcome) yang kita perolehi, berpunca dari keadaan diri kita sendiri’ . Apa maksudnya?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
39
Sebagai contoh mudah, jika hari ini kita melakukan kerja dengan motivasi diri yang tinggi dan sangat energetik, akhir dari pekerjaan ini akan menghasilkan kesan yang positif. Bayangkan, jika anda melakukan sesuatu kerja dengan perasaan yang sangat lemah, tidak fokus, energy yang negatif. Pada pandangan anda, apa yang bakal anda perolehi jika anda bekerja dalam keadaan seperti itu? Sudah pasti kesannya amat rendah kualitinya. Mengapa hal ini berlaku?
STIMULUS Kajian ada menyatakan bahawa, dalam satu hari, polar berfikir manusia berubah-ubah sebanyak 60,000 kali. Polar ini amat dipengaruhi dari faktor luar seperti tekanan sosial, persekitaran kehidupan, suasana di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Namun yang demikian, setiap kali perubahan polar pemikiran bertukar, polar emosi turut mengikutinya! Hal ini adalah kerana, prinsip kematangan akal manusia yang sudah matang, emosi biasanya dipengaruhi dan ditentukan oleh keadaan polar fikir. Sebagai contoh mudah, cuba bayangkan dan rasakan, apa yang sedang anda fikirkan pada waktu ini. Sudah pasti fokus minda anda ialah membaca isikandung buku ini dengan keadaan emosi anda yang sangat intens; seronok, gembira dan berkobar-kobar untuk mengetahui apa isikandung seterusnya. Kemudian, bayangkan, tiba-tiba, selepas lima minit dari sekarang, anda menerima panggilan telefon yang menyatakan, orang yang paling anda sayangi; mungkin isteri, ibubapa, teman rapat; mengalami kecederaan parah akibat kemalangan. Pihak polis mengatakan, orang yang istimewa buat anda itu kini berada di hospital. Soalannya untuk anda; apakah polar fikir dan emosi anda masih kekal untuk terus membaca buku ini? Yes, semua polar fikir dan emosi akan bertukar-tukar sebaik sahaja anda bangun dari tidur, setiap saat, minit, jam dan seterusnya sehingga anda tidur semula! Bukankah hal ini amat unik sekali? Namun yang demikian, kajian ini juga mendapati, 80% dari 60 ribu polar tadi, adalah polar fikir negatif! Bayangkan, apa yang berlaku kepada anda? Aktiviti kehidupan anda? Tabiat anda? Fokus anda? Semuanya menyakitkan dan berpunca dari stimulus luaran! Mulai saat ini, mari kita fahami dan cuba melatih diri sendiri agar 80% polar fikir negatif ini mampu dikurangkan atau diminimumkan kepada nilai yang lebih rendah dan menaikkan polar fikir dan perasaan pada peratusan yang lebih tinggi. Renungilah surah Al Imraan, ayat 14 yang bermaksud; Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Kehebatan surah ini memang mempunyai hubungan langsung dengan fokus utama manusia. polar fikir atau fokus boleh berubah-ubah dengan adanya stimulus yang memicu perubahan internal manusia. Mari kita fahami dan hayati blok-blok utama menerusi ayat di atas ini.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
40
Sebelum itu, kita harus sedar bahawa, suara hati manusia sentiasa mencari-cari kelembutan, keharmonian dan ketenangan. Suara ini sudah lama memancarkan gelombangnya yang tersendiri untuk mengesan, dimanakah lokus kebahagiaan yang menjadi fokus atau pertimbangan manusia yang tertinggi. Berikut, pecahan blok yang boleh dibahagikan menerusi ayat tadi ialah;
BLOK FOKUS/ TITIK KESEIMBANGAN MANUSIA
Syurga (yang membawa maksud kebahagiaan/ happy ending
BLOK STIMULUS YANG MENGGANGU @ MENYEBABKAN FOKUS BERUBAH
Perhubungan sosial diantara wanita/ lelaki
Keluarga/ anak-anak
Status
Harta
Pengajaran besar yang dapat kita pelajari dari Al-Quran menerusi ayat ini ialah, polar fikir dan perasaan manusia boleh berubah-ubah dengan wujudnya blok stimulus yang menggangu. Jika kita renungi semua pengalaman hidup yang pernah anda sendiri lalui, bukankah semua yang disenaraikan oleh Tuhan menerusi blok disebelah kanan ini sentiasa memicu fokus fikiran anda? Bukankah benar? Jika anda mempunyai hubungan sosial dengan lelaki atau perempuan di tempat kerja, jiran dan sebagainya. Bukankah individu ini sentiasa berkomunikasi dengan anda dan serba sedikit atau kadangkala befgitu besar impak pada polar pemikiran dan emosi anda? Dan ada juga, gangguan ini menggangu karier, usaha mahupun fokus anda untuk mencapai blok di sebelah kiri ini? Ada kaitan dengan anda? Relevan? Yes, pasti ia amat relevan sama sekali. Kita semua sentiasa di’stimulasi’kan oleh elemen blok disebelah kiri ini. Sedangkan, kita juga secara tidak sedar dan penuh pengharapan, fokus minda dan emosi kita mencari-cari apa yang ada di sebelah blok kiri ini! Al-Quran mengajar kepada kita saat ini ialah, kita harus mempunyai self state yang sangat konsisten walaupun sentiasa diuji dengan elemen blok di sebelah kanan ini. Justeru, pengajaran terbesar di dalam ayat ini ialah, jangan kita menjadi mangsa keadaan! Jangan terus membiarkan karakter, tabiat, polar fikir dan rasa kita ini begitu mudah dipengaruhi oleh blok yang menggangu fokus happy ending kehidupan kita! Kehidupan kita ini akan menjadi satu taman syurga dunia jika dengan adanya kesedaran serta kawalan tertinggi terhadap self state diri sendiri.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
41
REPRESENTASI INTERNAL Dalam kemahiran NLP, anda akan dipersembahkan dengan asas, bagaimana manusia melakukan pemprosesan informasi dari dunia eksternal. Prinsipnya ialah, apa sahaja polar pengaruh emosi dan kekuatan fisiologi anda akan menjadikan self state anda. Maksudnya, apa sahaja bentuk stimulasi emosi dalam diri anda pada ketika itu (atau waktu ini) dan kemudian dipengaruhi juga potensi fisiologi anda, akan membentuk representasi internal anda yang akhirnya muncul sebagai kelakuan. Secara mudahnya, mari kita lihat gambarajah ini sebagai proses kefahaman yang seterusnya;
Secara mudahnya, representasi internal ini dikenali sebagai; i) ii)
Set minda (mind set ) dan emosi Set bahasa badan atau kenali sebagai fisiologi; postur badan, cara bernafas, cara ekspresi muka dan set tindakan
Apa sahaja outcome yang berbentuk kelakuan, habit dan tindakan anda adalah bersandarkan kepada apa yang ada di dalam internal anda!
PENGAJARAN TERBESAR REPRESENTASI INTERNAL NABI YUNUS a.s Al-Quran secara langung mengajar kepada kita menerusi kisah nabi Yunus mengenai self state. Kisah nabi Yunus adalah bukti atau dalil yang jelas pengajarannya dalam perspektif NLP. Apakah yang berlaku pada Nabi Yunus as ini? Kisahnya ada diceritakan menerusi surah Al Anbiya’, ayat ke 87 yang bermaksud; Dan Zun-Nun (Yunus), ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
42
(Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri". Berdasarkan tafsir Al-Quran yang mahsyur seperti Ibn Kathir, kisah ini adalah merujuk kepada kisah nabi Yunus a.s yang telah meniggalkan kaumnya tanpa izin dari Allah s.w.t. Mengapa nabi Yunus meninggalkan kaumnya? Misinya? Ini adalah kerana, baginda telah berasa tertekan, putus asa dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk meneruskan agenda dakwahnya. Akhirnya, nabi Yunus a.s meninggalkan kaumnya dalam keadaan self state yang sangat negatif. Pengajaran besar dalam sudut pandang NLP, self state nabi Yunus a.s adalah rendah atau negatif. Allah s.w.t. menyatakan psikologi nabi Yunus adalah marah serta berputus asa dengan feedback atau respon kaumnya yang menolak ajaran Islam. Intipati dari ini, representasi internal nabi Yunus a.s. yang bertenaga negatif telah mempengaruhi tindakannya untuk going backward dari melainkan going forward . Impak representasi internal yang negatif juga akan menghasilkan behavior, tindakan atau habit yang bersifat ‘gelap’. Kisah nabi Yunos ini boleh kita pelajari dengan analogi seperti ini;
Bil
Ayat Al-Quran
1
Dan Zun-Nun (Yunus), ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah
Analogi
2
Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan
3
Maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri"
Representasi internal yang negatif
Kesannya ialah, psikologi diri menjadi lemah. Tindak tanduk lebih kepada going backward dan tidak fight dengan perasaan kecewa. Kelakuannya dibayar dengan ujian dari Allah s.w.t.
Memperbaiki self state agar keluar dari keadaan internal state yang melemahkan kepada kekuatan
Bukankah semua ini relevan dengan ilmu kemahiran NLP? Allah s.w.t telah mengajar kepada kita tentang self state atau representasi internal serta kesannya pada psikologi manusia?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
43
Yes, pengaruh internal yang negatif akan melemahkan tindakan kita. Jika kita mengambil atau menghasilkan emosi negatif dalam diri dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk kelakuan, maka, kelakuan itu sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat gelap (dark ). Pernahkah anda melihat orang yang panas baran? Lihat pada fisiologinya dan tindak tanduknya! Bukankah totally dark ? Menariknya lagi, menurut pakar tafsir, saat ketika nabi Yunus dalam keadaan marah dan menyesal, baginda telah berada di dalam perut ikan paus. Situasinya amat gelap dan para tafsir juga ada mengatakan, di saat itu (keadaan psikoogi), nabi Yunus a.s. sedang berada pada tiga jenis kegelapan. Kegelapan itu ialah; i) ii) iii)
Kegelapan dalam perut ikan paus Kegelapan di dalam laut yang dalam dan Kegelapan malam
Tiga jenis kegelapan ini mengajar kita bahawa, ia boleh dianalogikan sebagai kesan dari representasi internal yang negatif, mampu membuatkan seseorang itu menjadi sakit emosi, hati serta jiwanya pada tiga tahap kegelapan! Akibatnya, kita pasti menjadi orang yang buntu dan bertambah menyesal kerana terus membiarkan diri ini mewujudkan sistem representasi internal yang gelap dan akhirnya menjadi mangsa keadaan!
KELUAR DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA Teknik terhebat dan luar biasa telah pun diajar oleh nabi Yunus a.s sendiri. Dengan kekuatan super sedar yang dimiliki oleh semua manusia, nabi Yunus a.s. melakukan proses shut down pada emosi marahnya kepada pasrah. Ini adalah teknik tertinggi dan super hi-tech, hi-touch diajarkan oleh Al-Quran. Di saat suasana atau persekitaran eksternal nabi Yunus sangat gelap tanpa cahaya, nabi Yunus duduk dan terus melakukan penyembuhan diri. Baginda menutup atau shut down ego marahnya kepada ketenangan agar baginda tidak lagi berasa tertekan dengan api kemarahan dan penyesalan. Selama baginda berada di dalam perut ikan paus, baginda sujud dan terus berdoa dengan doa khas dan kita digalakkan untuk membacanya disaat kehidupan kita ini penuh dengan ‘kegelapan’ akibat dari tindak tanduk kita sendir ! Doa tersebut ialah;
Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri". Inilah kaedah nabi Yunus a.s. melakukan proses pencerahan diri setelah berada di dalam kegelapan yang lama! Teknik ini adalah suatu pendekatan dengan disertakan belief systems yang tinggi kepada Tuhan. Nabi Yunus a.s sedar bahawa, self state yang dialaminya itu tidak akan mampu dipadamkan dengan keupayaan dirinya sendiri! Maka, dengan pantas dan pendek jangka waktunya, keadaan diri nabi Yunus a.s kembali tenang dan akhirnya, Allah s.w.t membawa nabi Yunus dari kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada cahaya!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
44
Cahaya inilah yang boleh kita analogikan dalam sudut pandang ilmu kemahiran NLP sebagai positive self state; pencerahan minda dan jiwa! Inilah asas keyakinan dan kaedah terhebat yang diajarkan oleh Al-Quran kepada kita. Mengajak kita agar mempunyai self state yang sentiasa optimis, sabar dan yakin dengan apa yang telah diaturkan oleh Tuhan dalam kehidupan ini. Seterusnya, set keyakinan yang harus ditambah dalam set keyakinan kita dalam usaha untuk meraih self state diri agar sentiasa positif adalah meyakini bahawa, apa yang berlaku di dalam minda dan hati kita ini sentiasa berada di dalam genggaman Tuhan. Jika anda berasa bahawa anda berada dalam situasi yang negatif, maka berkomunikasilah dengan Tuhan agar apa yang berlaku dalam diri kita ini yang sedang menuju ke arah kegelapan, dibantu oleh Tuhan agar kembali positif! Renungilah ayat dibawah ini; Dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Surah Yunus, ayat 106-107 Perkataan membahayakan yang digunakan di dalam ayat ini ialah dharr; bermaksud sesuatu yang menyakitkan atau menyedihkan atau menghantar kepada salah satu di antara kedua situasi psikologi tersebut. Pada situasi ini, berdoalah dengan adanya satu keyakinan bahawa, Tuhan akan membantu kita untuk menukar self yang negatif kepada positif dalam sekelip mata! Renungilah berulang kali ayat ini supaya anda mampu melihat kaitan secara langsung dengan dunia internal anda. Jika selama ini anda beranggapan bahawa, apa sahaja gelojak yang berlaku dalam represetasi internal anda adalah bersandarkan kepada ‘keupayaan diri’ sendiri dan t iada kaitan langsung dengan hukum Tuhan atau God’s Law, maka kita sebenarnya salah dan tersilap 100% ! Jika kita tiada sistem kepercayaan bahawa apa yang kita alami (outcome) kini yang berupa kesedihan, tidak bersemangat, rendah keyakinan diri untuk berhadapan dengan ‘dunia anda’, maka kita akan ditelan hidup-hidup dengan ilusi emosi negatif kita! Malah, ada yang menyangkakan bahawa, dengan adanya hiburan (mengharapkan perkara lain mampu memadam kesakitan jiwa), maka keadaan psikologi kita akan kembali neutral dan sihat sepenuhnya! Adakah benar sudut pandang dan keyakinan seperti ini? Jawapannya ialah YA! Memang tiada kesalahan untuk mengambil jalan hiburan sebagai penawar bagi situasi internal kita yang sedang resah, namun, tindakan yang berasaskan kepada tauhid itu adalah lebih tinggi dari apa yang kita sangkakan!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
45
Jika kita mengambil Tuhan sebagai penawar untuk segala ‘racun’ yang telah menggelapkan kehidupan kita selama ini, maka kita sebenarnya mempunyai daya tahan kehidupan yang lebih baik dan lebih kuat berbanding manusia yang meninggalkan atau menolak Tuhan dalam kehidupannya! Mari kita tanamkan keyakinan bahawa, Tuhan sebenarnya mempunyai hubungan terus dengan representasi internal kita berdasarkan surah An Najm ayat 43 yang bermaksud; Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menjadikan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis Pelik bukan? Bukankah semua elemen psikologi manusia dikawal sepenuhnya oleh Tuhan dan bukanlah semata-mata emosi kita? Fikirkanlah lagi!
MENGUKUHKAN RESPRESENTASI INTERNAL POSITIF Ingatlah pada kata-kata ini; kita adalah apa yang kita rasa dan fikirkan! Perkataan ini sering saya ulangi untuk menerangkan tentang self state. Ya, memang benar saranan pakar-pakar motivasi, pakar psikologi dan sebagainya; menyarankan kepada kita semua agar berfikir positif, bertindak berasaskan rasional yang positif dan seumpamanya. Namun, semua itu menuju kepada outcome yang boleh diramal iaitu positive behavior . Inilah kata-kata atau tips dari manusia. Namun yang demikian, Al-Quran telah mencatat dan memberitahu kepada kita 1400 tahun yang lalu agar sentiasa mengukuhkan dan memperkasakan self state ini pada setiap waktu! Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Malah, tips ini telah wujud sebelum NLP itu sendiri lahir! Dimanakah tips itu tercatat? Renungilah surah Al Imraan, ayat 139 yang bermaksud; Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orangorang Yang (sungguh-sungguh) beriman. Unik bukan? Inilah tips yang disampaikan oleh Tuhan kepada orang yang mempunyai sistem kepercayaan yang tinggi kepada Tuhannya! Menurut pakar tafsir, ayat ini diturunkan adalah bersempena perang Uhud. Keputusan dari peristiwa ini, tentera Islam telah dikalahkan oleh musuh. Cuba anda bayangkan, jika anda kalah di dalam medan perang, kemudian melihat sahabat rapat anda meninggal dunia di dihadapan mata. Darah bersimbah di muka bumi. Apa bentuk self state anda? Pasti lemah semangat bukan? Itu adalah kisah 1400 tahun dahulu. Sekarang, cuba anda bayangkan dan rasakan kembali disaat anda berasa lemah semangat. Bayangkan apa yang anda impikan, anda usahakan, anda lakukan tidak menepati atau tersasar dari blue print anda? How do you feel?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
46
Namun, Tuhan mengajak dan mengajar kita (jika anda mempunyai sistem kepercayaan kepada Tuhan) supaya tidak berasa lemah semangat atau luntur daya juang dalam kehidupan ini! Bukankah tips ini merupakan faedah terbesar pada psikologi orang-orang yang beriman? Rujuklah surah Al Kahfi, ayat 110 sebagai motivasi hidup anda!
MAGNITUD SABAR Sikap sabar merupakan anjuran nabi Muhammad s.a.w menerusi saranan dari wahyu. Sikap sabar adalah sikap tertinggi untuk membentuk self state yang tinggi kuasa magnitudnya. Tiada gelombang negatif atau perbuatan fisiologi yang negatif jika sabar menjadi sebahagian dari pembentukan representasi internal. Hal ini ada disentuh menerusi ayat ke 22-24, surah Ar Ra’d yang bermaksud; Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu syurga Yang kekal Yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang Yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat Dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. Satu kajian yang telah dilakukan oleh para psikologi telah dikongsikan menerusi majalah Proceeding of the National Academy of Science, ada menyatakan bahawa, sel kekebalan tubuh wanita lebih cepat menurun jika mengalami tekanan psikologi yang tinggi. Penelitian telah dilakukan oleh para doktor perubatan dan ahli psikologi; tekanan psikologi turut mempengaruhi sistem kekebalan tubuh badan manusia. Mari kita renungi diri kita sendiri. Biasakah anda mengalami sakit-sakit badan, lenguh otot, demam dan seumpamanya di saat self state anda menurun atau berada pada energi negatif? Biasa bukan? Yes, inilah simptom yang bakal di alami oleh manusia yang tidak ada kekuatan diri yang tinggi. Di saat stimulus menekan psikologi, representasi internal telah mengarahkan kelakuan mereka ke arah yang menyakitkan. Namun yang demikian, Al-Quran telah mengajar kita bahawa, sikap sabar adalah teknik atau langkah yang paling berkesan dalam usaha mengembalikan kekenduran atau ketegangan emosi yang dialami. Tanpa adanya sikap sabar dengan tekanan kehidupan, ada dikalangan manusia yang tiada sistem kepercayaan ketuhanan, maka mereka mengambil jalan singkat atau gelap dengan cara membunuh diri, mengambil pil-pil, mengambil alkohol, menghabiskan masa di pusat hiburan dan sebagainya.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
47
Tanpa adanya sabar, manusia akan melihat dunia ini pada perspektif yang berbeza. Seorang yang tidak beriman kepada Tuhan, jika tekanan hidup melanda pada dirinya, mereka akan mengatakan, dunia ini sudah berakhir! Tetapi tidak bagi orang yang beriman kerana Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda; Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin. Jika ia tertimpa musibah ia bersabar. Itu baik baginya dan ketika dalam keadaan lapang ia bersyukur. Itu juga baik baginya. Sahih Muslim
DELETION, GENERALIZATION & DISTORTION Perkara yang menarik tentang keupayaan minda manusia ini ialah bagaimana ia berfungsi. Para pengkaji NLP telah mendapati, minda manusia ini mengandungi sistem tapis atau filter . Semua info yang dicerap oleh pancaindera, akan dan pasti melalui filters ini. Secara mudahnya, mari kita lihat gambarajah berikut untuk menjelaskan situasi sebenar, apakah filters yang ada di dalam minda manusia;
Filter minda tersebut ialah Deletion, Generalization dan Distortion. Prinsip yang berlaku dalam minda atau perspektif yang wujud dalam minda manusia akan wujud selepas melepasi filters ini. Ibarat seperti sistem penapis air di rumah. Air yang kita ambil untuk diminum adalah hasil atau kesan dari proses saringan menerusi beberapa tahap tapisan. Akhirnya, kita mampu minum air tawar bersih yang tidak perlu dimasak! Inilah analogi bagi filters minda manusia. Kesan akhir pada proses penapisan ini, akan membentuk apa yang dinamakan mental picture atau peta kefahaman. Sebagai contoh, di dalam satu bilik kuliah, seramai 40 pelajar. Seorang pensyarah telah memberikan penerangan mengenai suatu topik. Kebiasaanya, 40 pelajar menghasilkan 40 bentuk kefahaman berbeza! Hal ini berlaku adalah disebabkan keupayaan atau potensi visual, auditori, kinestatik setiap pelajar adalah berbeza. Setiap perbezaan itu juga akan menghasilkan keputusan yang berbeza juga.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
48
Mental picture adalah proses terakhir sebelum melahirkan sesebuah tindakan. Setiap respon yang diambil oleh manusia adalah bergantung 100% terhadap apa yang difikirkan dan dirasakan. Jika informasi awal ialah 100% (datang dari dunia eksternal), kemudian melalui penapis, mungkin informasi asal sudah tinggal kurang dari 100% yang asal. Mungkin telah terjadi sebuah generalisasi, pemotongan dan pengherotan. Berikut ialah contoh mudah untuk memahami apa itu sistem deletion, distortion dan generalization; (rujuk muka surat sebelah)
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
49
Definisi
Contoh
Kepentingan
Implikasi
DELETION
GENERALIZATION
DISTORTION
Apabila informasi yang anda perolehi begitu banyak dan kadangkala tidak relevan untuk anda, maka anda mungkin akan memadamnya dan tidak lagi mengingatinya. Anda hanya fokus kepada info yang relevan
Apabila anda melakukan proses generalisasi, anda sebenarnya telah mengurangkan tekanan pada diri sendiri untuk melakukan proses berfikir yang spesifik dengan adanya label, kelas dan sebagainya.
Proses menjadikan infomasi asal kepada suatu informasi yang lain. Berbeza dari yang asal
Anda sedang berjalan di pusat membeli belah. Fokus anda ialah untuk membeli pakaian baru. Disaat anda melalui jalan ke kawasan pakaian, anda telah ditegur oleh salesman. Dia meminta 3 minit masa anda untuk memberi laluan padanya bagi menjelaskan produk minyak wangi. Selepas anda selesai, anda terus kembali fokus kepada apa yang anda inginkan. Segala info tentang minyak wangi, anda terus lupakan.
Kita melakukan sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada apa yang kita fokuskan. Namun yang demikian, kita sentiasa di asak dengan informasi dari pelbagai sudut. Anda mempunyai pilihan samada untuk menggabungkan info baru dengan yang sedia ada atau padamkan. Semua ini akan memberikan keputusan yang berbeza-beza.
Kadangkala, info yang dilupakan atau dipadam itu tidak relevan pada waktu itu dan relevan pada waktu lain. Di saat anda memerlukan info tersebut, anda mungkin alami sedikit masalah.
Saat anda ditanya oleh pensyarah anda; siapa yang hadir kelas hari ini dengan menaiki kereta. Kemudian, anda mengatakan, semua orang menaiki kereta! Persoalannya, benarkah semua yang hadir pada waktu itu semuanya menaiki kereta?
Generalisasi amat penting jika anda tidak mempunyai sebarang fakta, statistik atau maklumat yang tepat. Hal ini mampu memberikan gambaran awal kepada persekitaran anda untuk memacu kepada tahap berfikir yang lebih spesifik
Generalisasi akan menutup sesebuah pilihan atau peluang. Akhirnya, sebuah keperluan untuk memahami sesuatu perkara itu menjadi umum dan tidak begitu tepat.
Anda tidak berpuas hati dengan rakan anda si A. Saat ketika rakan anda si B meminta tolong menyampaikan mesej, anda sampaikan mesej kepada si A dengan mesej yang lain.
Pengherotan mampu mengubah persepsi. Tanpa adanya pengherotan, idea, cadangan atau seumpamanya akan statik dan tiada pembaharuan i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T Pengherotan yang melampau a r a atau negatif akan c i menyebabkan kerosakan atau b r e kezaliman. Pengherotan B adalah perlu jika mampu n a menyelamatkan keadaan atau r u seseorang Q l A
50
AL-QURAN MENERANGKAN PENAPIS MINDA Fokus utama tentng hal penapis minda ada pada surah An Nisa' ayat ke 46 yang bermaksud; Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata Dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu Yang buruk", serta (Mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka Yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah Yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka Dengan sebab kekufuran mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). Jelas menerangkan tentang sikap orang-orang Yahudi. Perasan berasa suci dan kaum yang dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya tidak. Namun yang demikian, mari kita selami apakah isyarat Al-Quran disebalik kisah yang berlaku terutamanya sikap pada kaum ini. Secara kesimpulannya, tafsir menjelaskan bahawa, kunci pada surah ini ialah tentang Rifa'ah Bin Zaid. Beliau merupakan tokoh Yahudi yang sering bermain lidah dengan Rasulullah saw. Kemudian, ayat ini diturunkan bagi menerangkan kepada kita bahawa orang Yahudi merupakan musuh besar agama. Mari kita fokus kepada sikap mereka yang sering berinteraksi dengan mindanya (Orang Yahudi). Ringkasnya dari tafsir Ibnu Abbas; i) Pembela Yahudi seperti Malik bin Ash Shaif dan para pengikutnya suka merubah perkataan dari tempat-tempatnya; merubah informasi tentang sifat dan perilaku nabi Muhammad saw - Menurut Quraish Shihab (Pakar tafsir Indonesia), Yahudi mengubah ayat seperti hukuman rejam pada penzina ditukar hanya dipukul. Mereka telah pun mendengar kata-kata dan pesanan dari nabi. Kemudian mereka mengolah semua yang di dengarkannya itu dengan fakta yang salah kepada orang lain. ii) Mereka (Yahudi) datang kepada nabi dan berkata; Kami dengar ucapanmu tetapi kami tidak mahu dengar! (Engkar) iii) Mereka (Yahudi lagi) menyatakan apa yang ada di dalam hati mereka kepada nabi dengan berkata; 'Raa'ina~ Dengarkanlah kami wahai Muhammad! Yang membawa maksud dalam bahasa orang Yahudi - Aku dengar lalu aku tidak aku dengar! ~ Mereka ingin mengajak semua (pengikut nabi & serata penduduk Mekah) masuk agama Yahudi.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
51
POIN
PENGAJARAN
PENAPIS MINDA
i
Sikap buruk minda Yahudi untuk melakukan proses yang dinamakan DISTORTION - Pengherotan fakta/ kebenaran
DISTORTION
ii
Menafikan dan menghilangkan apa yang diterima
iii
Menjadikan semua yang disampaikan oleh nabi Muhammad saw adalah bersifat umum dan tiada nilai berbanding apa yang mereka (Yahudi) bawakan seperti apa yang mereka telah ubah dalam taurat!
DELETION
GENERALIZATION
Inilah tiga penapis utama dalam minda manusia. Allah swt telah menerangkan kepada dunia neurologi bahawa apa yang masuk menerusi deria pancaindera manusia akan dan boleh mengalami tiga situasi ini. Contoh mudah; Deletion ~ Berapa banyak fakta/ ilmu yang telah kita fahami dan kuasai setelah pulang dari kelas/ kuliah? Pasti banyak yang telah atau 'ter-delete' secara sengaja @ tidak Distort ~ Berapa banyak fakta/ info telah kita sampaikan kepada orang lain benar-benar mencapai 100% dari peristiwa benar yang telah kita lihat, dengar dan rasa? Pasti ada kekurangan pada perkataan kita bukan? General ~ Banyak perkara yang telah kita umumkan seolah tiada apa yang penting dan ia menjadi biasa. Kadangkala ia tidak boleh dipercayai 100%! Contoh ayat mudah; semua lelaki sama saja! (ayat pesimis) Inilah yang telah jelas lagi terang bersuluh akan apa yang berlaku diminda manusia. Ia telah dijelaskan menerusi TRUE STORY . Bukankah kita juga sering melakukan proses penapisan fakta, ilmu, informasi dan sebagainya? Bagaimana minda kita dengan Al-quran? Ibadah? Zikir? dan sebagainya? Ada juga yang berkata dengan menggunakan penapis minda; i) ii) iii)
Ah, solat sunat aje. Sunat kan? (Generalization) Sembahyangkan boleh lewat-lewatkan kan? Sunah nabi apa lewatkan zohor, isyak (Distortion) Buat apa baca Al-Quran kalau asyik salah je. Kena tegur salah sana sini. Penatlah Malaslah! (Deletetion)
Dan banyak sekali info akhir kita disaring oleh tiga penapis minda ini. Ingatlah, semua ini ada dalam diri manusia. Kuasai minda anda saat anda mula berasa 'going backward' dari Tuhan. Ini adalah kerana minda 'Yahudi' sedang bermain di minda! Nauzubillah!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
52
TEKNOLOGI NEURO KLASIK Pernahkah anda menonton cerita menganai penyiasatan? Atau seumpamanya? Saat ketika polis atau pegawai menyoal si pesalah atau tertuduh, mereka merenung tajam pada wajah si penjenayah. Adakah anda perasan semua ini? Apakah maksud dari semua tindakan ini? Adakah mereka ini boleh membaca pemikiran orang? Tahukah anda, pada zaman tamadun China purba, seorang pesalah yang disabitkan sesuatu tuduhan akan melalui satu ujian yang sangat unik. Para penghakim akan menggunakan nasi untuk mengetahui fakta dari si tertuduh. Nasi tersebut akan disumbat ke dalam mulut dan kemudian si tertuduh ditanya dengan pelbagai soalan yang berkaitan. Selepas semua soalan telah disoal, kepalan nasi yang dimasukkan ke dalam mulut tadi dikeluarkan. Keputusan dapat diketahui dengan keadaan nasi itu samada kering atau basah. Hukuman akan dijatuhkan jika kepulan nasi itu kering dan dibebaskan jika masih basah. Prinsip biologi tubuh manusia yang dipegang sekian lama oleh tamadun Cina ini ialah; i) ii)
Dengan adanya tekanan dari luar, tubuh manusia akan memberikan respon samada normal atau pun tidak Dengan adanya tindak balas biologi dan emosi di saat suspek berbohong, ia akan memberi kesan terhadap kepulan nasi
Prinsip ini telah ditemui oleh tamadun Cina dengan satu keyakinan dan kefahaman bahawa, setiap respon internal manusia akan memberi kesan kepada eksternal manusia. Prinsip dan kepercayaan tamadun Cina ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk penciptaan satu alat pengesan seawal tahun 1885 lagi oleh Cesare Lambroso. Ketika itu, beliau mencipta sejenis alat yang mampu mengukur perubahan kadar tekanan darah. Alat tersebut kemudiannya diinovasikan oleh Vittoro Benussi dengan mengukur kadar hela pernafasan manusia. Kemudian, pada tahun 1935, seorang saintis, Loenarde Keeler dari Amerika Syarikat, merupakan orang pertama yang menguji mesin poligraf ke atas seseorang suspek yang dituduh melakukan jenayah. Penggunaan mesin itu telah dilakukan di Portage, Wisconsin, Amerika Syarikat. Akhirnya, mahkamah menjatuhkan hukuman kerana didapati bersalah atas tuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya. Prinsip yang sama telah berkemabng luas dengan adanya penciptaan dan penemuan yang baru tentang alat untuk mengesan pembohongan di seluruh dunia. Pada awal 1990-an, satu lagi kaedah baru untuk mengesan pembohongan telah ditemui oleh seorang saintis Jepun bernama Seiji Ogawa. Penciptaan terbaru oleh saintis Jepun ini adalah menggunakan proses mengesan imej ke atas otak melalui getaran magnetik atau lebih dikenali sebagai Functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI). Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar boleh dikesan menggunakan kaedah fMRI ini. Melaluinya, gerak balas ketika otak sedang melakukan penipuan dapat dikesan dengan lebih berkesan.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
53
Penggunaan mesin fMRI ini kemudiannya digunakan oleh pihak-pihak berkuasa dalam bidang undangundang dan jenayah di pelbagai negara bagi tujuan mengesan pembohongan yang dilakukan oleh seseorang suspek. Fungsinya adalah sama seperti mesin poligraf. Terbaru, mahkamah-mahkamah di AS juga sedang menimbangkan dengan serius untuk menggunakan bukti yang dihasilkan oleh mesin fMRI selepas melihat keberkesanan serta ketepatannya dalam membantu menyelesaikan banyak kes di seluruh dunia. Renungilah ayat Al-Quran di dalam surah Al-Alaq, ayat ke 15-16 yang bermaksud; Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari erbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka); ubun-ubun (orang) Yang berdusta, Yang bersalah Mengapa Allah s.w.t mengatakan ubun-ubun? Apa yang menariknya pada bahagian tersebut? Di dalam surah ini, Allah s.w.t menerangkan kepada manusia bahawa, setiap tindak balas internal manusia akan mempengaruhi fisiologi. Di dalam surah ini, hal yang, perkara utama yang dijelaskan secara spesifik adalah mengenai orang yang berbohong. Di saat manusia berbohong, ubun-ubun mereka akan menunjukkan respon yang tertentu. Dalam satu kajian yang menarik telah dijalankan oleh pakar psikiatri dan saintis neuro dari University of Pennsylvania, iaitu Dr. Daniel Langleben. Beliau menyatakan bahawa, saat ketika manusia berbohong, terdapat tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif iaitu; i) ii) iii)
Anterior cingulate cortex, Dorsal lateral prefrontal cortex dan Parietal cortex .
Tambahnya lagi, otak terpaksa bekerja lebih keras atau berganda untuk memproses maklumat yang tiada di dalam minda untuk dipancarkan menerusi sistem neuro. Tetapi berlaku disebaliknya pula kepada manusia yang tidak berbohong. Mesin fMRI mengesan tiada aktiviti otak yang berat atau berganda dan otak manusia bekerja dan aktif secara normal.
KUE AKSES MATA Selain dari mengetahui fungsi ubun-ubun manusia, satu lagi kemahiran NLP yang unik ialah mengetahui pergerakkan anak mata. Gerakan anak mata adalah mewakili sistem representasi seseorang yang menerangkan situasi sebenar keadaan dirinya. Dengan adanya pemerhatian yang spesifik pada mata dan bahasa yang digunakan, anda mampu menguasai orang lain dan situasi ini dinamakan kue akses mata. Namun yang demikian, sebelum anda memahami dengan lebih mendalam mengenai kue akses mata ini, mari kita renungkan surah Mu’min, ayat ke 19 yang membawa maksud;
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
54
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa Yang tersembunyi di Dalam hati. Uniknya ayat ini, Allah s.w.t memberikan isyarat kepada kita bahawa, ada ilmu dan kemahiran yang unik pada setiap gerakan mata manusia. Dengan memahami dan mengetahui apa hikmah di balik pergerakkan mata ini, maka NLP telah memperjelaskan dengan penemuan bahawa, gerakan mata akan menjelaskan situasi diri seseorang. Menurut tafsir, perkataan yang digunakan dalam Al-Quran ialah kha’inah; seakar kata khinayah. Pandangan negatif yang disembunyikan terhadap sesiapa yang di’lecehh’kan atau yang menjadi sasaran kejahatan yang dinamakan khianatnya mata. Mengapa Allah s.w.t memberi tahu kepada kita tentang mata? Ya! Inilah antara jawapannya! Kue akses mata. Secara ringkasnya, kue mata mewakili kue visual, auditori dan kinestatik;
Kue
Visual
Auditori
Kinestatik
Penjelasan Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda memintanya supaya mengingat (visualkan) atau membina imej, polar gerakan mata adalah ke arah atas; jika matanya ke arah kanan + atas, situasi ini menggambarkan orang tersebut sedang mengingat atau mencari paparan imej yang pernah dilihat. Jika matanya disebelah atas + kiri, situasi ini ialah, orang tersebut sedang membina imej yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda memintanya supaya mengingat (bunyi) atau membina bunyi, polar gerakan mata adalah ke arah tengah mata; jika matanya ke arah kanan, situasi ini menggambarkan orang tersebut sedang mengingat atau mencari bunyi yang pernah didengarnya. Jika matanya kesebelah kiri, situasi ini ialah, orang tersebut sedang membina bunyi yang tidak pernah didengarnya sebelum ini.
Jika anda berkomunikasi dengan orang lain di hadapan anda, disaat anda i s u bertanyakan tentang perasaan, gerakan matanya akan ke bawah + kiri. P r e L n e N M P L N Jika anda meminta kenalan anda ini berkata dalam diri, polar gerakan matanya g n n a r a kebawah + kanan. t i h n a e m e T K n a g r a n e h a D t i c i i i r d a b D H r i s & e n e n a B t o r P u Q n i a l t a A n r i n a u C & s a l i Q e a j - l n n l e e A K P
55
CARTA CORAK MATA IMEJ (VISUAL)
Kedudukan Mata
Kue Mata
Soalan
Membina gambar atau Visual Constructed (Vc)
“Apa keadaan rumah anda jika dicat dengan warna hijau?”
Mengingat gambar atau Visual Remembered (Vr)
“ Apa warna dan bentuk rumah anda 3 tahun yang lepas?”
CARTA CORAK MATA BUNYI ( AUDITORI )
Kedudukan Mata
Kue Mata
Soalan
Membina bunyi atau Auditory Constructed (Ac)
“ Jika anda menjerit dengan kuat di dalam bangunan yang kosong, bagaimana kekuatannya? ”
Mengingat bunyi atau Auditory Remembered (Ar)
“ Bagaimana suara ibu saat memanggil anda dari dapur? ” i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
56
CARTA CORAK MATA BUNYI ( AUDITORI )
Kedudukan Mata
Kue Mata
Soalan
Mengenalpasti keadaan emosi, perasaan atau keselesaan diri (K)
“ Apa rasanya apabila anda memijak permaidani tebal dari Turki ini? ”
Suara hati atau bercakap dalam diri tanpa ada suara dari mulut. Dialog diri (Aid)
“ Apa bentuk perkataan yang biasa anda katakana pada diri disaat anda berasa bersalah pada orang lain? ”
Justeru, kue mata ini sebenarnya tidaklah berhenti pada mata sahaja. Namun, ia adalah petunjuk kepada apa yang ada di dalam hati manusia. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah s.w.t pada penghujung ayat 19, surah Mu’min tadi. Unt uk topik mengenai hati, maka anda harus teruskan membaca pada bab seterusnya! Kesimpulan tentang kue mata ini boleh dirujuk pada gambarajah dibawah ini;
CATATAN PENTING: Bagi mereka yang kidal (left handed), semua posisi ini adalah terbalik.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
57
BAB 3 Action – Believe – Values (A+B=V) Apa yang membuatkan anda melakukan sesuatu perkara adalah kerana anda begitu percaya. Setiap perbuatan akan menceritakan apakah nilai yang ingin anda miliki. Untuk menguasai suatu perubahan dalam diri, kita harus mengenalpasti apakah sistem kepercayaan yang telah kita tanam secara sedar atau tidak. Tanpa mengetahuinya, kita mungkin sebenarnya sedang menanam benih pohon duri yang akan kembali menyakitkan diri sendiri.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
58
Jika anda yakin, anda pasti boleh melakukannya! Anda pasti menerima habuannya jika anda bertindak dengan penuh keyakinan! Dan bermacam-macam lagi perkataan positif yang pastinya anda pernah lihat atau dengar. Anda setuju dengan saya? Ya, memang benar! Jika anda sentiasa bergaul dengan manusia yang positif mindanya, anda pasti menerima kata-kata seumpamanya. Namun, jika anda bergaul dengan manusia yang pesimis, kata-kata yang bertentangan pula bakal diterima oleh anda!. Apa yang saya pelajari dengan makna keyakinan (belief ) ialah, ia membuka pintu yang bernama harapan. Tanpa adanya sedikit keyakinan, maka pintu harapan akan tertutup dengan rapat sekali! Apa maksudnya? Bayangkan anda berada di dalam satu situasi yang amat tertekan. Anda berada di bawah timbunan tanah akibat tanah runtuh. Anda berasa begitu panik dan ketakutan. Suasana ruang yang kecil dan dipenuhi air membuatkan anda berasa seperti akan mati dengan cepat! Anda cuba untuk melepaskan diri dari suasana tersebut. Sementara itu, anda ternampak radio telekomunikasi. Dengan pantas anda mengambil radio tersebut dan menghubungi dunia luar! Apa perasaan anda jika panggilan anda mendapat respon? Bantuan akan tiba dalam masa 1 jam lagi. Apakah respon anda? Saya yakin, semua manusia akan berasa lebih yakin dan kuat untuk bekerja lebih keras demi meneruskan kehidupan. Anda pasti tidak akan berasa lemah dan berfikiran negatif sambil mengira waktu sehingga anda mati. Tetapi bayangkan, jika anda tidak ada kesempatan untuk menghubungi dunia luar, apa yang bermain di fikiran anda? Perasaan anda? Tindakan anda? Sudah pasti, dengan dua situasi di atas akan membuatkan kita berbeza pada setiap keyakinan, tindakan dan nilai. Saya sering bertemu dengan orang yang optimis dengan kehidupan. Mereka sering melakukan afirmasi pada diri mereka dengan berkata; ” Saya yakin saya boleh berjaya!” . Pada pandangan anda, apa yang biasa berlaku kepada tindakan mereka selepas melakukan afirmasi? Mereka lebih bersemangat untuk melakukan apa yang mereka inginkan dan sentiasa cerdas dalam setiap tindakan. Semasa zaman sekolah dahulu, saya pernah melihat dan mendengar kata- kata seperti ini; “ Aku mesti gagal ”. Pada pandangan anda, apa yang berlaku pada tindakan (action) mereka yang berkata seperti itu? Yes! Mereka berjalan dengan perlahan, lemah dan tidak bersemangat. Saat mengulangkaji pelajaran, tidak begitu fokus kepada penyelesaian tetapi terlalu banyak masanya berfokuskan kepada masalah dan kesusahan untuk menguasai sesuatu subjek matapelajaran. Biasakan hal ini berlaku pada anda? Teringat pula saya pada juara tinju, Muhammad Ali. Jika saya menonton video beliau di Youtube, saya juga akan terkesan dengan afirmasi yang sering diulang-ulang pada dirinya. Begitu dahsyat sekali kata-katanya sehingga mampu mempengaruhi psikologi dirinya 100%! Malah, Muhammad Ali juga mampu menakutkan musuh lawannya dengan kata-kata yang begitu
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
59
intens, penuh keyakinan dan jelas! Itulah kunci kekuatan dan kejayaan Muhammad Ali. Beliau sendiri memberitahu pada dirinya supaya kuat, tidak gentar dan tidak lemah! Muhammad Ali ada mengatakan. “sebelum saya mengalahkan musuh saya di dalam gelanggang, saya harus pastikan saya sud ahpun mengalahkan musuh di dalam diri saya di luar gelanggang!” . Apakah maksud dalam diri itu? Ia adalah ketakutan, kebimbangan, kerisauan, gementar dan kegelisahan. Akhirnya, Muhammad Ali mampu melahirkan sebuah keyakinan dan harapan untuk menang dalam setiap perlawanan! Harapan wujud dengan adanya keyakinan dan harapan mampu menolak pelbagai jenis tindakan (action) dalam diri. Tiada seorang manusia pun yang sering berkata kepada kita bahawa kita ini lemah, penakut, pengecut, tidak kuat dan sebagainya melainkan diri kita sendiri yang memberitahu kepada diri kita sendiri! Ingat! No body tells you that you are weak rather your own self!
KISAH SI PERAMAL NASIB Ada kisah menarik dari zaman Cina kuno. Diceritakan bahawa, ada seorang tukang tilik nasib yang begitu dipercayai oleh masyarakat pada zaman itu. Dia begitu dipercayai kerana apa yang diramalkannya akan menjadi kenyataan. Tiada siapapun yang mampu menandingi si tukang tilik nasib ini. Pada satu hari, ada dua orang ibu yang sedang mengandungkan bayinya datang bertemu dengan si tukang tilik nasib ini. Ibu yang pertama datang dan bertanya; wahai si tukang tilik yang hebat, katakan pada diriku ini, pada masa akan datang, apa nasib anak yang aku kandung ini? . Kemudian si tukang tilik ini pun meminta si ibu tadi mengangkatkan tapak tangannya untuk melihat dan meramal masa depan anaknya itu. Kemudian si tukang tilik ini pun berkata; Wah! Harapan dan nasib anakmu ini akan mengubah nasib mu juga. Anak ini akan menjadi seorang raja yang kaya raya! Si ibu terkejut dan gembira apabila mendengar kata-kata si tukang tilik. Lalu si ibu itupun terus pulang dan kemudian melahirkan anak itu. Si ibu ini pun terus membesarkan anaknya tanpa bersusah payah mengajar, mendidik dan memberikan fokus yang besar kepada anaknya kerana ibu itu yakin bahawa anaknya akan membawa tuah apabila dewasa kelak. Kemudian, ibu kedua datang bertanyakan soalan yang sama seperti si ibu yang pertama. Setelah dia melihat tapak tangan ibu kedua ini, si tukang tilik ini pun berkata; Nasib mu sangat malang. Anakmu ini akan menyusahkan seluruh keluargamu apabila dia dewasa kelak! Si ibu kedua ini berasa terkejut dan kecewa dengan kandungannya! Tapi, si ibu yang kedua ini berkata kepada dirinya; Aku yakin, aku boleh mengubah apa yang dikatakan oleh si tukang tilik ini. Aku sendiri akan pastikan anak yang bakal lahir ini tidak membawa nasib malang! Lalu si ibu kedua ini melahirkan dan kemudian mengasuh, mendidik dan memberikan fokus yang paling tinggi kepada perkembangan anaknya itu. Setelah 30 tahun berlalu, si ibu pertama datang kembali kepada si tukang tilik. Ibu yang pertama berkata, “wahai tukang tilik yang penipu! Sudah 30 tahun aku membesarkan anak aku. Dia tidak menjadi raja seperti yang engkau katakan dahulu! Anakku menjadi seorang yang pemalas dan tidak berguna dalam keluargaku dan sering menyusahkan aku! ” . Si tukang tilik tua itupun hanya tersenyum lebar dan tidak berkata apa-apa. Kemudian, si tukang tilik ini teringatkan kepada si
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
60
ibu yang kedua yang pernah bertemu dengannya dahulu dengan bertanyakan soalan dan harapan yang sama. Si tukang tilik ini pun terus menuju ke kampung wanita kedua i tu. Apabila tiba di kampung milik si ibu kedua itu, alangkah terkejutnya si tukang tilik ini melihat suasana kampung ini bertukar menjadi sebuah pekan yang maju. Kemudian dia terus bertanyakan soalan kepada si ibu yang kedua, dimanakah anak yang kamu lahirkan dahulu? Si ibu kedua itupun berkata; anakku sekarang berada di istana raja. Anakku telah menjadi raja muda di negara ini. Si tukang tilik itupun bertanya lagi, apa yang menyebabkan anakmu ini menjadi r aja? Lalu si ibu pun menjawab; Dahulu, di saat engkau mengatakan anakku ini akan menyusahkan aku dan keluargaku, aku langsung sukar untuk mempercayainya. Lalu aku lahirkan anak ini dan kemudian aku asuhnya supaya menjadi manusia yang hebat! Barulah si tukang tilik nasib ini memahami, mengapa kata-katanya dahulu bertukar. Semuanya adalah kerana sistem kepercayaan!
TEKNOLOGI KEPERCAYAAN Sepanjang pembacaan saya menerusi buku-buku motivasi dari dalam dan luar negara seperti Zig Ziglar, Edward De Bono, Kiyosaki, Danah Zohar, Deepak Chopra, Bandler, Milton, Daniel Goleman, Anthony Robbins, Maxwell, Jak Canfield, Stephen R. Covey, Dr. Zhi Gang Cha, Dr. Ibrahim Elfikry, Napolean Hill, Mark Victor, Eckhart Tolle, Dr Musa Ar Rasyid, Dr Ary Ginanjar Agustian dan sebagainya, terdapat sentuhan pada daerah kepercayaan atau belief systems. Kepercayaan disini yang cuba saya maksudkan ialah bukan kepercayaan berhubung dengan mana-mana agama, tetapi sesuatu yang dipegang, diyakini, dirasai dan disatukan dalam sistem saraf sebagai satu indikator atau penanda aras bagi mengharungi kehidupan. Sistem kepercayaan merupakan satu teknologi yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia. Ia diibaratkan seperti tersedianya hardware kepercayaan dan manusialah yang mempunyai pilihan untuk memasukkan atau install software-nya. Akhirnya, ia tersimpan di bawah fikiran bawah sedar dan mengatur 88% dari polar kelakuan atau action yang bakal diambil. Sistem kepercayaan inilah yang menjadikan ‘apa’ kita pada saat i ni! Hati-hati dengan software kepercayaan yang anda install -kan dahulu. Satu kata-kata yang saya ambil dari internet, oleh Robert Oxton Bolton; A belief is not merely an idea the mind possesses; It is an idea that possesses the mind . Sistem kepercayaan adalah satu bentuk atau ruang yang akan diisikan oleh manusia menerusi deria. Apa yang pernah dilalui, dirasa, disentuh, didengar, dilihat dan sebagainya, akan membentuk satu polar kepercayaan hidup. Menerusi polar inilah, manusia akan meneruskan kehidupan mereka dengan mengambil set tindakan tertentu (sets of action). Ringkasnya, teknologi kepercayaan manusia ini boleh dinyatakan sebagai; i) ii) iii)
Pengalaman kehidupan yang memberi kesan tinggi pada sudut pandang Segala perisian kepercayaan yang telah di-install adalah benar menurut pandangan sendiri Kepercayaan yang ditanam akan mengakibatkan dua perkara; menghalang atau membenarkan apa yang anda ingin lakukan
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
61
iv) v) vi)
Biasanya apa yang manusia percaya itu akan membuatkan manusia lebih yakin untuk memasuki pintu-ruang harapan. Kepercayaan mampu membentuk acuan karakter, tabiat dan ego manusia Kepercayaan juga adalah penentu kepada apa yang anda ingin miliki dan setiap apa yang dimiliki itu mempunyai nilai (values) yang tersendiri.
Ada kaitan dengan anda pada setiap poin di atas? Jika kita membaca sejarah tamadun teknologi manusia, semuanya berkembang maju dengan adanya inovasi dan ciptaan baru adalah kerana perisian kepercayaan yang ada dalam minda. Bayangkan, dahulu manusia begitu percaya bahawa dunia ini adalah rata dan siapa yang belayar ke hujung horizon, mereka akan jatuh! Namun yang demikian, kepercayaan itu mulai tergugah apabila wujud sekumpulan manusia yang optimis, belayar dan ingin membuktikan bahawa kepercayaan klasik itu tidak benar sama sekali! Akhirnya, manusia mengatur langkah yang amat berpengaruh kepada sejarah manusia dengan bertindak memecahkan belenggu diri s endiri. Bagaimana pula software kepercayaan tipikal masyarakat kita? Jika dahulunya, orang tua atau orang kampung sering menceritakan kepada kita cerita-cerita yang berunsurkan mistik. Cerita itu ‘dipersembahkan’ dengan penuh keyakinan sehingga orang yang mendengarkannya terutamanya kanakkanak terpegun dan mengambil cerita itu seolah-olah benar! Sedangkan ia tidak benar sama sekali! Apa yang terjadi pada golongan yang mempercayai cerita atau kepercayaan seperti ini? Antara kesannya ialah, wujud sekumpulan manusia yang hidup dengan ketakutan, cemas, tidak bersemangat, sentiasa kebelakang dan semua hal yang negatif dan melemahkan! Tetapi, apa yang berlaku kepada mereka yang tidak pernah mendengar dan mempercayai semua hal seperti ini? Fikirkanlah! Hari ini, waktu ini, jika kita mempunyai perisian kepercayaan yang melemahkan dan negatif, kita boleh mencabut atau membuangnya dengan menggantikan perisian kepercayaan yang baru. Lakukanlah proses afirmasi pada diri dengan berkata-kata yang positif dan bertenaga tinggi untuk menolak semua kepercayaan lama. Kedua, bergaullah dengan orang yang positif dan mempunyai sistem kepercayaan yang luar biasa. Anda pasti mudah dipengaruhi oleh mereka yang positif! Tetapi anda harus ingat, kita juga mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif!
ZERO ALASAN Mengapa alasan sentiasa terpancar dari mulut kita? Terbayang di dalam minda kita? Ia adalah kerana kepercayaan yang tertanam di dalam minda. Dahulunya, saya pernah diminta untuk memberikan ucapan di khalayak ramai. Saya sering menolak dan melarikan diri! Mengapa saya melakukan hal tersebut? Ini adalah kerana, pada usia itu, waktu itu, saya begitu yakin dan percaya bahawa, saya akan kelihatan sangat teruk apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya begitu yakin bahawa, saya tidak boleh bercakap dengan baik dan teratur apabila berdiri
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
62
seorang di atas pentas. Saya begitu percaya bahawa, saya adalah orang yang paling teruk pada waktu itu. Hal ini sentiasa bermain di fikiran. Sedangkan, persekitaran saya, guru saya, rakan saya sentiasa memberi galakkan, kata-kata positif dan sebagainya. Tetapi kini, saya mulai faham bahawa, apa yang kita percaya akan memberi kesan kepada tindakan kita. Setiap tingkahlaku atau action manusia adalah bergantung 100% kepada apa yang dipercayai! ~ Perisian kepercayaan saya hari ini yang membuatkan saya obses dengan public speaking ialah, siapa yang akan bercakap jika saya tidak bercakap? Kepercayaan ini meyakinkan saya untuk berhadapan dengan ketakutan saya selama ini! Sekarang, kenalpasti dan cari, apakah kepercayaan racun atau poison believe yang telah lama kita ambil? Kita simpan di dalam minda separa sedar kita? Tuliskan dibawah ini dan rasionalkan semula, mengapa kita mengambil racun ini?
Bil
Poison Belief
1
2
3
4
5
6
KALAHKAN DIRI SENDIRI DAHULU Tahukah anda, pada tahun 29 Mei 1953, Sir Edmund Hillary telah menciptakan rekod dunia; manusia pertama yang mendaki gunung Everest. Sebelum beliau mencapai kejayaan terbesar ini, beliau telahpun berjaya mendaki gunung-gunung lain bagi persediaan beliau mendaki gunung yang lebih tinggi! Persediaan ini bukanlah hanya semata-mata persediaan fizikal dan mental, tetapi persediaan untuk melahirkan sebuah harapan dan keyakinan yang tinggi untuk ekspedisi yang seterusnya.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
63
Di dalam autobigrafinya, beliau ada menyebut bahawa; “ It is not the mountain that we conquer, but ourselves” . Apakah maksud tertinggi dari kata-kata ini? Yes! Kata-kata ini ada kaitan dengan kepercayaan Sir Edmund Hillary dan juga pasukan pendakian mereka. Walaupun dalam catatan sejarah pendakian ini telah menemui banyak kali kegagalan dan kepayahan, namun beliau tetap terus meyakinkan dirinya dan orang lain agar teruskan ekspedisi ini dengan mengambil tindakan yang realiti dan bukan sekadar angan-angan! Inilah sikap atau attitude seorang juara! Kejayaan Edmund Hillary dalam penaklukan Everest terletak pada kepercayaan, tindakan dan nilai. Formula ini hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh Muhammad Ali; mengalahkan musuh sebenar di luar gelanggang sebelum menjatuhkan musuh di dalam gelanggang. Apa yang harus dikalahkan ialah gelojak diri yang ada di dalam (internal state).
TINDAKAN YANG BERASASKAN KEPERCAYAAN MELAHIRKAN NILAI Mari kita fahami lebih jauh dan mendalam tentang formula atau undang-undang psikologi manusia; Belief, Action dan Values. Kembali kepada kisah benar Edmund Hilllary. Beliau berjaya menawan diri dan Everest; berjaya menyusun strategi yang spesifik untuk ekspedisi tersebut. Persoalannya sekarang, apakah perbezaan anda dengan Sir Edmund Hillary ini tentang tindakan mendaki gunung Everest? Sejauh manakah kepentingan hidup anda dengan Edmund Hillary ini untuk menawan Everest? Apa makna ketinggian Everest pada anda dan juga pada Edmund Hillary? Ada perbezaan? Jawapannya; Ya! Sudah pasti ada jurang perbezaan. Dan jurang itu sangat dalam sekali! Jika hari ini anda diminta untuk menawan Everest; dalam kesibukan harian anda, adakah anda akan menerima tawaran itu? Adakah penting bagi diri anda menawan Everest pada waktu ini? Perbezaan ini adalah disebutkan sebagai nilai atau values. Manusia diciptakan dengan adanya potensi untuk meletakkan sebuah nilai. Dan potensi ini adalah usaha manusia yang bersifat peribadi dan sukar untuk difahami oleh orang lain! Nilai inilah yang menjadi puncak atau high purpose dalam setiap kehidupan manusia yang serba unik ini. Nilai bagi pendakian Everest untuk Hillary mempunyai nilainya yang tersendiri. Walaupun beliau telah menulis kata-kata yang indah tentang pendakian ini, manusia lain tetap tidak akan mengetahui, merasai dan meng’alami’ akan sebuah nilai itu. Sebagai contoh lain dan mudah, cuba anda bayangkan sekarang, apakah benda, barang atau apa sahaja yang anda suka dan cintai. Sudahkah anda membayangkannya? Kemudian, apa yang anda perlakukan pada barang atau apa sahaja benda itu, setiap hari? Sudah bayangkan? Dapat rasakan? Ya, ada yang menyatakan, saya sayangkan kucing saya. Saya selalu bermain dengannya setiap hari. Ada juga yang mengatakan, saya sayangkan handphone saya. Saya akan meluangkan masa yang banyak untuk explore kebolehannya. Dan pelbagai lagi. Persoalannya, adakah sama ‘nilai’
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
64
seekor kucing, handphone, karier, pekerjaan dan apa sahaja dengan orang lain? Sudah tentu berbeza bukan? Walaupun manusia lain turut menyukai perkara atau benda yang sama dengan anda, namun tahap nilainya pula pasti berbeza. Inilah yang dinamakan unik! Sebuah makna atau nilai adalah tujuan terbesar pencarian manusia. Sedar atau tidak, manusia sanggup berbelanja, menghabiskan usia, waktu dan sebagainya hanya untuk memiliki, memaknai, merasai dan meng’alami’ nilai itu di dalam diri! Renungilah ayat ke 162, surah Al An’am yang bermaksud; Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Sesungguhnya, jika kita perhatikan dengan fokus yang tinggi pada ayat ini, ia membawa nilai yang amat istimewa buat manusia yang istimewa! Tidaklah sama nilai atau values pada setiap perkataan ini pada setiap manusia!
Inilah yang dinamakan ‘pengabdian’ manusia kepada nilai. Sedar atau tidak, manusia mencari satu titik yang mana mereka mampu merasakan kebahagaiaan, ketenangan dan kesejahteraan dalam saraf! Jika tidak, manusia akan memenuhi fitrah mereka ini dengan satu bentuk ‘pengabdian’ yang lain dan ia akan memberatkan lagi bebanan mental dan psikologi.
HADITH JIBRAIL Sedarkah anda semua, hikmah atau pengajaran terbesar beselindung di balik perkataan yang tertulis pada himpunan hadith yang ke 2 dalam hadith 40? Saya yakin, ramai di kalangan kita sudahpun membaca dan memahami serta mengikuti perbahasannya. Namun yang demikian, hadith ini tidak hanya terhenti pada perbahasan apa itu Islam, Iman dan Ihsan (3I) serta hari akhirat. Perspektif kontemporari yang boleh di ambil sebagai pengajaran dari hadith ini adalah, bagaimana 3I ini berfungsi pada kehidupan manusia. Pada saat ini, kita sudahpun maklum dan super sedar bahawa, kehidupan yang kita lalui ini adalah aturan dari Maha Pencipta. Tiada satupun yang terlepas dari aturanNya.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
65
Berbalik kepada fakta dan hakikat bahawa, Tuhan menciptakan potensi fizikal ini atau hardware, pastilah ia dilengkapi dengan software-nya. Jika teknologi terkini bernama komputer atau komputer riba (laptop) adalah sempurna fungsinya adalah kerana ia dilengkapi dengan software. Tanpanya, komputer akan hanya menjadi bahan tayangan dan bukan berfungsi seperti apa yang direncanakan sepenuhnya. Begitu juga dengan manusia. Apa sahaja potensi yang ada pada manusia seperti tangan, mata, kaki, otak, jantung dan sebagainya, tidak akan berfungsi sempurna jika manusia tiada arah atau misi kehidupan. Misi dan visi manusia adalah tidak sama dengan misi visi haiwan. Misi visi tumbuh-tumbuhan serta alam ini tidak juga sama. Misi dan visi inilah ibarat software bagi manusia. Jika manusia hidup tanpa dibekalkan potensi untuk bertindak, meyakini sesuatu perkara serta menghidupkan nilai manusiawi, maka manusia bekerja seperti mana haiwan bekerja! Renungilah ayat ke 30, surah Al-Baqarah yang membawa maksud; Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". Ayat ini adalah satu rahsia besar Tuhan yang mempunyai makna serta nilai sangat besar dan tidak mampu difahami oleh malaikat. Para malaikat cuba melakukan perbandingan antara ciptaan dan kewujudannya dengan manusia, namun hikmah kewujudan ini adalah hikmah terbesar yang pernah diberitahu Tuhan kepada malaikat. Apakah tujuan khalifah diwujudkan? Apa tugas khalifah yang harus dilaksanakan? Bilakah tugas ini harus disempurnakan? Soalan di atas adalah berkaitan dengan tujuan besar manusia ini wujud di muka bumi. Namun yang demikian, maksud ‘khalifah’, menurut tafsir; bererti yang menggantikan atau yang datang sesudah siapa yang datang sebelumnya. Astinasinya dari ayat ini juga, manusia diciptakan, lengkap dengan misinya yang tersendiri! Hari ini, jika anda mengikuti dan menyelusuri setiap ucapan, kata-kata semangat tips dari jurulatih, coach, penceramah dan sebagainya, banyak sekali menyentuh aspek action, believe dan values. Malah, mereka ini, sama ada dari luar Negara atau dalam negara, tetap menceritakan prinsip ini dan ia diulang-ulang begitu banyak sekali! Motivator kelas dunia seperti Dr. Ibrahim El-Fikry, Anthony Robbins, Jack Canfield, Stepehen R. Covey, Dr. Zhi Gang Sha, Napoelean Hill, John C. Maxwell dan sebagainya, senantiasa menerangkan, mengolah dan menekankan akan kepentingan dan kesan ketiga-tiga elemen ini dalam kehidupan manusia. Justeru, 1400 tahun dahulu, nabi Muhammad s.a.w telah diberikan panduan oleh perantaraan Jibrail kepadanya agar mengubah dunia tanah Arab dengan membawa ‘pengisian’ atau software kepada minda dan hati manusia. Lihat sahaja transformasi yang luar biasa tercatat dalam sejarah. Bagaimana dunia Arab, tamadun Parsi, Rom, dan dunia telah berubah dari satu bentuk
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
66
mind set yang rendah kepada standard yang amat tinggi! Apakah agenda transformasi minda dan hati yang dibawakan oleh nabi Muhammad s.a.w? Jawapannya ialah, apa itu Islam, Iman dan Ihsan! *Rujuk pada lampiran 1
REFLEKSI RUKUN ISLAM Perkara pertama yang harus kita lihat dan fahami ialah, bagaimana seorang hamba, seorang manusia biasa boleh berubah menjadi seorang wira dan pejuang dengan adanya 3I ini? Apakah mesej yang sebenarnya disentuh oleh Rasulullah s.a.w kepada manusia?
Sedar atau tidak, makna yang disebutkan oleh baginda s.a.w. menerusi soalan “ apa itu Islam” ialah satu set tindakan tertentu yang harus di sempurnakan oleh umat Islam. Set tindakan atau set of actions ini harus dilaksanakan secara konsisten dan berulang-ulang dengan tujuan sebagai salah satu pekerjaan atau aktiviti yang akan membezakan di antara orang Islam dan bukan Islam. Namun penjelasan disini bukanlah untuk memfokuskan kepada hal-hal yang berkait dengan hukum agama, tetapi penjelasan yang cuba disampaikan ialah, setiap set tindakan di dalam Rukun Islam ini akan membezakan di antara manusia yang telah mengambil suatu tindakan atau tidak! Bukankah tindakan atau action itu amat penting dalam merealisasikan apa sahaja yang kita impikan? Hari ini, ramai manusia mempunyai cita-cita, impian dan sebagainya. Namun, ternyata, di dunia hari ini ramai juga manusia yang gagal! Mengapa hal ini berlaku? Jawapannya terletak kepada ACTION ! Bermacam ragam dan jenis impian tetapi gagal mengambil sebarang tindakan yang spesifik dan terancang! Anda bacalah semua jenis buku motivasi, dan kita akan dapati, semua jenis kejayaan di dunia ini diperolehi dengan adanya tindakan! Kejayaan dan kebahagiaan juga tidak akan menjadi milik kita seandainya kita hanya terus dengan angan-angan dan berpeluk tubuh, tanpa melakukan atau tanpa mengambil sebarang tindakan! Malah, ada pepatah mengatakan; Action speaks louder than words! Renungilah juga hadith ke 3 di dalam hadith himpunan Imam Nawawi yang bermaksud; Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
) beliau
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke BAITULLAH dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Renungi…dan cuba anda perh atikan di antara hadith ke dua dan ketiga ini. Sebenarnya, terdapat ‘benang’ yang tercantum di antaranya yang menguatkan lagi makna pada hadith ke 2! Apakah maksudnya?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
67
Jika kita sudah memahami bahawa di dalam hadith ke 2 ini, Rasulullah s.a.w menjawab dengan tenang bahawa Islam itu ada 5 perkara yang wajib dilaksanakan atau wajib di ambil tindakan (action oriented ), maka di dalam hadith ke 3 ini pula, menguatkan lagi akan makna yang ada pada hadith ke dua. Baginda s.a.w. telah menyatakan dengan jelas bahawa, Islam itu berdiri di atas lima perkara! Lima tindakan! Lima set of actions yang penting! Bukankah Islam itu juga membawa maksud, agama itu adalah action oriented? Dan pengajaran terbesar berdasarkan perspektif motivasi untuk menuju kejayaan itu adalah mengambil tindakan nyata?! Yes! Inilah maksud sebenar – bekerja atau bertindaklah! Kesimpulannya, menurut perspektif motivasi menerusi hadith kedua tentang Islam ini ialah, untuk berjaya atau untuk melakukan suatu perbubahan pada diri dan masyarakat, tindakan adalah teras! Tanpa sebarang tindakan, maka tiada apa yang akan berubah dan berbeza!
KUASA NIAT Sebelum kita beralih ke daerah, apa itu refleksi bagi Rukun Iman, mari kita perdalamkan lagi kefahaman dan keyakinan kita akan teknologi psikologi yang terkandung di dalam Rukun Islam. Pada tahap ini, kita sudahpun memahami bahawa, mesej terbesar dalam perspektif motivasi, Rukun Islam adalah set tindakan yang terarah atau sets of action yang mempunyai elemen; i) ii) iii) iv) v)
Pengulangan Waktu yang tertentu Disiplin Konsisten Bergerak dari satu tempat, keadaan dan situasi ke arah yang berlainan
Kelima-lima elemen ini adalah teras bagi setiap tindakan yang terbukti hasilnya. Namun yang demikian, untuk apa sesuatu tindakan yang berteraskan kepada kelima-lima elemen ini? Ahli neoru ada menjelaskan, setiap perbuatan yang dilakukan secara konsisten, berulang-ulang akan membantu manusia untuk menjadikan setiap perkara yang dilakukan itu mampu dikuasai dan segala signals yang dihantar ke bahagian otak manusia, akan disimpan pada minda bawah sedar. Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan itu menjadi satu memori bawah sedar, maka ia bakal menjadi habit atau karakter anda! Inilah kehebatan suatu tindakan yang dilakukan secara berulang kali! Ia mampu membuatkan kita menjadi manusia yang berjaya! Namun, harus juga kita berhati-hati dengan pengulangan. Kerana, jika sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah positif, maka yang bakal dilahirkan, dizahirkan adalah berdasarkan apa yang dipilih! Sekarang, perhatikan semula semua perbuatan yang terkandung di dalam Rukun Islam ini. perkara penting yang cuba dijelaskan menerusi hadith ini ialah, sesuatu perbuatan itu atau tindakan, tidak lengkap atau tidak akan wujud tanpa adanya niat! Tanpa adanya lintasan niat atau intention yang spesifik, maka tidak akan ada motion! Apa pentingnya niat? Dan bagaimana niat berfungsi? Mari kita lihat dengan jelas, apakah yang dimaksudkan dengan niat atau intention ini menerusi;
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
68
Definisi menurut
Wikipedia
Maksud Intention is an agent's specific purpose in performing an action or series of actions, the end or goal that is aimed at. Outcomes that are unanticipated or unforeseen are known as unintended consequences. Intentional behavior can also be just thoughtful and deliberate goaldirectedness. Recent research in experimental philosophy has shown that other factors may also matter for whether or not an action is counted as intentional.
1 : a determination to act in a certain way : resolve 2 : import, significance
Merriam - Webster
3 a : what one intends to do or bring about b : the object for which a prayer, mass, or pious act is offered 4 : a process or manner of healing of incised wounds 5 : concept; especially : a concept considered as the product of attention directed to an object of knowledge
Dewan Bahasa & Pustaka
1. intending, purpose, aim, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: I did it without any ~ of hurting him, saya melakukan perbuatan itu tanpa sebarang niat utk melukakan hatinya; he went to night school with the ~ of becoming an accountant, dia belajar di kelas malam dgn tujuan hendak menjadi akauntan; our ~ is to leave early tomorrow, maksud kami hendak bertolak awal besok; have an ~, berniat, bertujuan, bermaksud: she has no ~ what so ever of accepting the offer, dia sedikit pun tdk berniat hendak menerima tawaran itu; 2. (in pl), (old-fashioned) purpose in regard to marriage, niat, tujuan: Im sure his ~s are honourable, saya yakin niatnya baik.
Niat adalah apa yang telah kita ucapkan atau lintaskan menerusi lidah-suara kita atau suara di dalam hati (self talk ). Teknologi niat ini sebenarnya sudah lama kita gunakan, sehinggakan kita sudah tidak mampu lagi untuk melihat akan kehebatan niat dalam membentuk diri atau apa sahaja yang kita inginkan! Niat adalah satu teknologi manusiawi yang sangat hebat dan berkuasa! Niat mampu memainkan peranannya dengan mewujudkan apa yang kita inginkan. Bayangkan apa yang pernah anda lalui sebelum ini. Apakah niat anda yang telah anda lintaskan dan akhirnya wujud atau sudahpun direalisasikan. Bukankah semua itu bermula dari niat? Disaat manusia menggunakan teknologi niat, maka seluruh molekul-molekul yang ada di dalam dirinya akan tersusun, bergetar dan membentuk sel-sel yang khusus selari dengan apa yang cuba diniatkan. Malah, niat itu adalah hasil! Dan niat itu juga adalah description atau synopsis kepada apa yang kita inginkan, kita bentukkan, kita rasakan dan apa sahaja. Itulah kuasa niat yang ada di dalam setiap diri manusia!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
69
Justeru, niat juga akan membezakan setiap tindakan (action). Lihat sahaja niat anda sekarang dengan niat orang yang sudah berjaya dan bahagia. Mengapa diri kita ini dengan orang lain berbeza? Mengapa mereka begitu berbeza cara bercakap, cara berinteraksi, cara bekerja dan pelbagai lagi bentuk kepelbagaian dalam dirinya. WHY? Sudah tentu, ia adalah kerana niat! Kuasa niat ini juga mempunyai keupayaan atau magnitud kuasanya yang berbeza-beza. Ada manusia yang mempunyai niat yang sama, tetapi medan kekuatannya berbeza pula. Hal ini turut pernah dialami oleh kita sebagai manusia. Adakah semua ini relevan bagi anda? Yes! Niat akan membawa kita kepada apa yang kita inginkan. Dengan niat juga, kita akan sampai ke daerah yang kita inginkan. Bak kata pepatah, tiada niat, tiada keputusan ( results). Inilah kuasa dan peranan niat yang ada di dalam diri kita. Maka, hari ini, saat ini, kita harus sedar akan pengaruh dan kesan niat terhadap apa sahaja yang kita inginkan. Dan setiap niat ada kesannya yang tersendiri samada kita sendiri sudah menjangkakan dan mungkin di luar jangkaan kita! Ringkasnya, niat adalah idea kepada pembentukan kehidupan kita. Niat akan membentuk karakter, sikap dan seluruh psikologi kita mengarah ke suatu hasil yang kita sudah mampu melihat, mendengar dan merasa. Namun, dari sudut NLP, niat ini adalah mewujudkan set pemikiran yang realitistik (namun harus juga optimis), tujuan, boleh diukur, mampu dilaksanakan, melibatkan masa dan ruang ( time & space) dan juga makna (values). Tanpa adanya set minda seperti ini, kita mungkin akan menjalani kehidupan tanpa ada arah dan tujuan yang jelas! Tetapi dengan adanya niat, maka keseluruhan alam cakerawala ini akan menumpu kepada tenaga yang kita sendiri wujudkan dan semuanya ini akan bergerak mendekati anda! Mulakanlah dengan mengenalpasti apa niat anda. Apa niat dalam bidang yang anda ceburi sekarang. Apa niat anda untuk berkahwin, bekerja, memasak, mengemas rumah, menulis, membaca, bermasyarakat dan sebagainya. Wujudkan niat itu dan anda pasti akan mewujudkan apa yang telah anda niatkan! Ingatlah, niat juga adalah mata kepala bagi minda kita untuk bekerja. Sesuatu yang wujud di dunia material kita ini adalah kerana wujudnya niat di dalam minda dan hati seseorang. Kenalpasti niat anda sekarang!
TAHAP TERTINGGI SEBUAH NIAT Sebuah peristiwa yang pernah berlaku di alam ini iaitu peristiwa hijrah. Iaitu kisah mengenai umat Islam keluar secara kolektif dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku adalah strategi Rasulullah s.a.w. kepada kekuatan Islam pada masa akan datang. Dan pengajaran terbesar di kisah hijrah ini ialah, melihat perspektif baru untuk melakukan sesuatu yang lebih besar! Yes! Jika kita inginkan perubahan yang positif kepada diri dan persekitaran kita, maka ubahlah sudut pandang anda terhadap sesuatu. Dengan adanya sudut yang berbeza terhadap sesuatu, maka sudut pandang sesuatu juga akan melihat anda pada sudut yang lain juga! Kisah hijrah ini berlaku dengan adanya catatan pada hadith pertama di dalam himpunan Imam Nawawi iaitu mengenai “Semua amalan adalah dengan niat”. Berikut adalah catatan Imam Bukhari yang membawa maksud;
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
70
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Apakah refleksi hadith ini menerusi kaca mata motivasi dan NLP?
Hikmah yang mampu kita ‘perahkan’ bagi mendapatkan ‘jus’ atau patinya di sini ialah, hijrah adalah manifestasi kepada total action bagi umat Islam pada ketika itu. Mereka harus mengambil action yang tersusun dan terancang dengan keluar dari kota Mekah dengan bekalan potensi fizikal mereka semata-mata! Namun yang demikian, action yang direalisasikan oleh umat Islam itu adalah bersandarkan kepada kuasa niat! Umat Islam sanggup mengorbankan dan melakukan apa sahaja adalah kerana terdapat satu niat yang sangat berkuasa menguasai seluruh potensi fizikalnya! Dan menerusi catatan sejarah, kuasa niat inilah yang akhirnya, umat Islam memiliki kekuatan sosial yang hebat! Bukankah hebat kuasa niat ini dan betapa besarnya pengaruh terhadap semua tindakan kita? Kebanyakkan dari kita, ada unsur skeptikal dalam memahami hadith ini. Dimanakah titik prasangka negatif itu? Yes, ia ada pada kisah seorang pemuda yang keluar dari kota Mekah kerana mengikuti wanita yang diingininya. Maka pemuda ini berniat untuk melakukan ‘hijrah’ kerana tidak mahu ditinggalkan. Lalu, Rasulullah s.a.w pun menjelaskan situasi tersebut dengan berkata; barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Jika mereka berhijrah kerana dunia, maka hijrahnya ke arah apa yang ditujuinya itu. Disinilah perspektif yang harus kita fahami dengan jelas, apakah yang berlaku sebenarnya. Rasulullah s.a.w. dengan tenang telah menjelaskan kepada kita semua bahawa; i) ii)
Setiap niat itu akan mengarahkan seseorang itu kepada apa yang diniatkan Tahap atau level niat; tahap tertinggi niat seseorang itu mengambil sesuatu tindakan adalah kerana Allah dan Rasul, maka medan kuasa niat itu adalah sangat kuat berbanding hanya kerana dunia Itulah mesej besar dari hadith ini. Ada pandangan yang agak skeptikal mengatakan, lelaki yang berhijrah kerana wanita ini adalah seolah-olah melakukan perkara yang salah. Bukan sama sekali! Niat berkahwin juga adalah di antara niat-niat yang
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
71
baik dan sangat disukai oleh baginda s.a.w. Cuma pada situasi, keadaan, dimana Rasulullah s.a.w. ingin melatih hati dan niat ummat pada saat peristiwa hijrah itu tidak dicampuri dengan niat yang lain. Kerana, apabila adanya dua atau lebih niat dalam masa yang sama, maka titik fokus pada suatu tindakan itu akan tersasar dari sasaran sebenar ‘niat’ hijah itu! Namun yang demikian, prinsip utama yang Rasulullah s.a.w telah sampaikan kepada kita sekalian manusia ialah, niat akan menentukan ke mana manusia akan pergi dan setiap niat itu ada tahapnya yang berbezabeza!
KOMBINASI NIAT & TINDAKAN Setelah kita memahami bahawa, refleksi Rukun Islam itu adalah sebuah tindakan yang berteraskan kepada jenis atau tahap niat yang ada padanya. Sekarang, kita sudahpun meyakini bahawa, disebalik hadith ke dua ini mengandungi formula yang sangat luar biasa. Rangka formula ini jelas bahawa, ia sangat harmoni dan relevan serta selari dengan apa yang dunia motivasi atau NLP hari ini bicarakan. Sebuah tindakan yang diambil atau dilakukan oleh manusia sebenarnya adalah kombinasi antara niat. Tiada satupun perkara yang dilakukan oleh manusia pada waktu ini tanpa ada niat disebaliknya. Tidak mungkin sesuatu tindakan dilakukan tanpa motif! Begitu juga dengan apa yang terjadi pada kita. Habit, akhlak dan sebagainya, semuanya bermula dari niat. Kehidupan kita ini, sejak dari bangun tidur dan kembali tidur sentiasa berkitar dengan gelombang niat. Pastikanlah niat anda dicetuskan (trigger ( trigger ) beserta perancangan dan strategi yang mantap. Khuatir, kelak, kita akan sentiasa berada pada tahap motivasi hidup yang sangat rendah dan mungkin boleh memusnahkan tindakan kita sendiri!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
72
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
73
REFLEKSI RUKUN IMAN Terdapat 6 elemen yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, saat ditanya oleh Jibrail. Namun yang demikian, kita boleh mengenalpasti dengan terang dan jelas bahawa, perkataan percaya atau beriman kepada; Allah, para malaikat, kitabNya, rasulNya, hari Kiamat dan Qada’ Qadar (Ketentuan). Menurut perkataan beriman atau percaya ini adalah membawa maksud orang yang percaya atau yakin ~ true believers. Disini, saya tidak meneruskan penghuraian panjang mengenai 6 elemen yang harus manusia percayakan tetapi saya ingin kita bersama fokuskan kepada rangka percaya. Persoalannya, apakah manusia ini ada teknologi di dalam minda dan hatinya untuk mengambil sesuatu perkara, benda dan sebagainya untuk dipercayai? Yes! Manusia mempunyai kemampuan untuk melakukan hal tersebut! Mempercayai sesuatu! Namun yang demikian, dapat saya simpulkan disini ialah, Rukun Iman menekankan konsep kepercayaan atau kebolehan manusia untuk mempercayai sesuatu perkara. Inilah terasnya. Malah, ada pepatah yang mengatakan, manusia adalah makhluk yang penuh dengan kepercayaan. Di dalam konteks rukun Iman, manusia ditawarkan supaya menyimpan dan meletakkan sistem kepercayaan hidup mereka dengan set kepercayaan yang benar. Manusia sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk memilih, sistem kepercayaan apakah yang terbaik untuk dirinya. Tiada sesiapapun yang menghalang atau memberi galakkan kepada kita untuk mengambil atau berpaut kuat pada sesuatu kepercayaan. Sekali lagi saya ingatkan kepada anda, sistem kepercayaan yang cuba saya huraikan di sini bukanlah semata-mata kepercayaan beragama tetapi sistem teknologi kepercayaan yang ada pada manusia itu sendiri. Yes! Itulah manusia. Hidup bahagia dan tenang dengan apa yang mereka percayakan! Malah dengan apa yang mereka percayakan dan yakin itu juga boleh menyebabkan mereka hidup dalam kesengsaraan! Menurut kajian pakar, sistem kepercayaan manusia terbentuk dengan adanya pengaruh dan faktor tertentu. Antaranya ialah; i) ii) iii) iv) v)
Faktor keluarga; keluarga; Pecahan di dalam pengaruh ini dibahaikan pula kepada ibubapa, adikberadik dan saudara mara. Faktor masyarakat ; cara hidup masyarakat serta budaya yang dihidupkan secara tidak langsung membentuk polar fikir dan perasaan. Faktor sekolah; sekolah; tempat dimana kematangan berfikir dibentuk di bentuk dan dibangunkan Faktor rakan; rakan; dengan siapa manusia bergaul. Kesan pergaulan ini akan menyentuh sistem kepercayaan. Faktor media massa; massa; teknologi media massa seperti internet, televisyen, akhbar dan sebagainya, adalah sumber kepada pengembangan minda manusia
Cuba anda renungkan pada diri sendiri, apakah perbuatan, tingkahlaku atau polar berfikir dan tindakan sama sahaja seperti ibu ayah anda? Cuba renungkan, apakah bentuk budaya, aktiviti kemasyarakatan dan seumpamanya, telah anda lakukan secara kolektif? Bayangkan dan renungkan kembali, apa yang telah anda ketahui dan fahami tentang dunia remaja anda dahulu sewaktu di sekolah? Universiti dan tempat kerja?
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
74
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
75
Semua yang ada pada keluarga, masyarakat, sekolah, rakan dan media masa, ada pada diri anda sekarang bukan? Secara sedar atau tidak, semua informasi dan apa sahaja input dari luar telah ‘tertanam’ di dalam minda separa sedar anda! Maka, hari ini, tindakan, polar berfikir kebanyakkannya dipengaruhi oleh minda bawah sedar! Inilah salah satu bentuk kepercayaan yang dibentuk oleh faktor-faktor di atas. Ia amat kuat pengaruhnya dan perkara ini sudahpun dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi kata-katanya yang direkodkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud; Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani maupun Majusi. Apakah refleksi anda terhadap hadith ini? Ya, kebanyakkan kita memahaminya menerusi implikasi agama pada bayi itu. Namun yang demikian, kata-kata nabi ini ada kaitan dengan belief systems yang dicorakkan oleh pengaruh sekelilingnya. Rangka utama dari hadith ini adalah; anak yang baru dilahirkan, minda bawah sedar mereka tiada apa-apa rakaman kecuali software fitrah. Justeru, pada awal kelahiran, fungsi akal masih lagi belum memainkan peranannya yang sempurna. Namun, sebaik sahaja bayi atau anak itu menjalani proses tumbesarannya, maka fasa imprint , modelling dan social akan membentuk siapakah atau apakah karakternya.
Ketiga-tiga fasa ini telah dibangunkan oleh Tad James, yang mana beliau memperkemaskan lagi teori dan lapangan yang dicadangkan oleh Morris Massey. Ringkasnya, fasa pembangunan diri ini secara tidak langsung, menyentuh minda separa sedar manusia dan akhirnya membentuk karakteristik individu yang terlibat. Secara tidak langsung, penemuan serta pencerapan yang tinggi telah dilakukan oleh dua tokoh tadi sebenarnya menyentuh isi penting mengenai hadith yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Justeru, proses pengembangan diri telah berlaku kepada bayi yang dilahirkan, akhirnya faktor lingkungan adalah faktor terbesar dalam proses pembentukan sistem kepercayaan seseorang itu.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
76
Renungilah pula pada ayat ke 170, surah Al-Baqarah yang bermaksud; Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? Menurut Ibnu Abbas, ayat di atas ini diturunkan setelah peristiwa Rasulullah s.a.w mengajak golongan Yahudi supaya masuk kepada agama Islam. Kemudian, Rafi’ bin Harmalah dan Malik bin ‘Auf pun kembali menj awab ajakan nabi Muhammad s.a.w. dengan berkata; Wahai Muhammad! Kami hanya mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami. Mereka lebih tahu dan lebih baik daripada kami! Inilah bukti yang jelas menerangkan kepada kita bahawa, cara hidup, life style, budaya dan seumpamanya dari keluarga dan masyarakat, telah mempengaruhi minda bawah sedar manusia dan akhirnya manusia sanggup mempertahankannya demi mempertahankan kedudukan atau status nenek moyang mereka ini pada satu tahap yang dipandang tinggi pada fikiran dam perasaan mereka! Sedangkan, nabi s.a.w. telah berkata lagi; walaupun nenek moyang mereka ini tidak pernah mendapat hidayah atau petunjuk dari Tuhan, adakah kamu akan terus menerus mempertahankan apa yang nenek moyang kamu ajarkan? Mereka semuanya menjawab; Ya! Bukankah mereka ini golongan yang telah melalui fasa imprint – modeling – social menuju pembentukan belief systems dalam kehidupan mereka?
REFLEKSI RUKUN IHSAN Perkara ketiga terpenting yang ditanya oleh malaikat Jibrail kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah ihsan. Maksud secara lateral menerusi hadith, ihsan bermaksud; melakukan sesuatu perkara itu seolah-olah kamu melihat Tuhan (Allah); jika kamu tidak mampu melihatnya, maka yakinlah bahawa Tuhan itu sentiasa melihat kamu. Inilah makna dan hakikat bagi ‘ihsan’. Agenda kehidupan yang meletakkan Tuhan sebagai pengadil, penilai, pengkritik dan segalanya buat manusia hidup dengan adanya tali atau connection yang berhubung terus dengan Tuhan (Allah s.w.t.). Renungilah surah Al Hajj, 78 yang membawa maksud;
….Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Apa yang boleh kita pelajari dari ayat di atas? Kakak sulong saya pernah memberikan wang kertas US. Inilah pengalaman saya yang pertama melihat dan merasa terkstur pada wang kertas itu. Apa yang menariknya, pada wang kertas itu, tertulis ‘In God We Trust’ . Hebat perkataan ini sehingga membuatkan mereka terkehadapan dan maju dari sudut ekonomi. Inilah kepercayaan yang dipegang dengan ‘kuat’ oleh mereka pada ketika dahulu. Namun yang demikian, kepercayaan ini semakin rapuh di dalam diri dan kini hanya tinggal pada perkataan sahaja.
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
77
Menurut tafsir, ayat di atas merupakan salah satu manifestasi bagi ihsan. Kepercayaan tertinggi bagi orang yang beriman untuk mewujudkan satu ‘tali’ yang mampu mengikat diri orang beriman dengan Tuhannya. Dengan adanya tali ini, manusia mampu mengawal dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna! Tanpa adanya tali yang kuat ini, manusia akan memilih untuk mengikat dirinya dengan sesuatu yang tidak kukuh atau rapuh! Bayangkan, apa yang akan terjadi jika mendaki gunung dengan menggunakan tali yang kuat tetapi diikat pada sesuatu yang tidak kuat? Tidak stabil? Tidak kukuh? Disini, refleksi ihsan dalam konteks motivasi dan NLP, ia adalah sebuah nilai atau values yang wujud, kesan dari sebuah tindakan dan kepercayaan (believe systems). Nilai ini adalah merujuk kepada apakah results atau natijah bagi setiap kelakuan dan tindakan manusia yang berlandaskan apa yang dipercayainya. Nilai atau values ini tidak akan wujud tanpa adanya penglibatan set of action dan believe systems manusia! Sebagai contoh mudah, mari kita lihat dibawah ini;
BELIEVE SYSTEMS
SETS OF ACTION
VALUES
Mengambil hak orang lain adalah baik jika hasil tersebut membantu orang lain
Bekerja keras mampu menghasilkan wang yang banyak
Menghisap rokok akan membuatkan diri saya lebih tenang dan mampu menghilangkan masalah
Jika ada masalah, bomoh kampung boleh membantu menyelesaikan masalah kita!
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
78
BELIEVE SYSTEMS
SETS OF ACTION
VALUES
Saya tidak boleh makan madu. Jika saya cuba, saya akan muntah dan terasa loya di tekak
Saya tidak berani untuk berjalan di lorong itu kerana ada orang kata tempat itu ada penunggu!
Saya sudah tiada harapan lagi untuk sembuh. Biarlah hidup aku seperti ini
Matematik ialah subjek yang paling susah sekali!
Saya tidak berani nak tegur orang tu. Takut nanti dia marah saya balik! i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
79
REFLEKSI 3I DALAM PSIKOLOGI & MOTIVASI Di dalam penelitian saya menerusi Al-Quran dan hadith, titik pertemuan yang sangat signifikan ialah, tujuan tertinggi kehidupan manusia. Setiap kehidupan, setiap nyawa ada tujuannya yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama yang lain. Namun yang demikian, setelah dunia mengharungi dari satu kotak abad ke satu abad, dari satu revolusi ke satu revolusi, dari satu tamadun ke satu tamadun, catatan dan rekod manusia telah menceritakan bahawa, pada satu tahap, manusia tidak lagi mengejar kemewahan, tidak lagi berperang, tidak mahu kesengsaraan dan semua hal-hal yang merosakkan. Situasi ini seolah-olah manusia telah berada pada satu tahap atau keadaan dimana mereka mula mendekati kepada kesempurnaan, kesembuhan (healing) dari kesakitan yang dalam dan menuju kepada kebahagiaan (happiness).
i s u r e n e M P L N n a r i h a m e K n a g n e h D t i i r d i a D H i s & n n e a t o r P u i Q a l t n A i C n a & s a l i l e a j n n e e K P
P L N g n a t n e T a r a c i b r e B n a r u Q l A
80