DENSIDAD GEOGRAFICA DE CAÑETE (CANTIDADES DE FLORA Y FAUNA)
Descripción completa
perangkat pembelajaran kelas XI SMA
bn
Descripción completa
fDescripción completa
flora y faun
Punca Kepupusan Hidupan Flora Dan Fauna Di Malaysia 1. Kemusnahan Dan Perubahan Habitat Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga ju ga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. 2. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. 3. Pemburuan Haram Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di Malaysia. Dianggarkan hampir 200,000 spesies primat dijual untuk tujuan penyelidikan setiap tahun sehingga menyebabkan beberapa spesies haiwan tersebut hampir pupus kini. 4. Keperluan Barangan Berasaskan Haiwan Pembunuhan terhadap harimau, memerang, paus, badak, dan gajah untuk tujuan mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian lain yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus berleluasa. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja. 5. Pencemaran Alam Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale ) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
6. Perubahan Suhu Dunia Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia secara mendadak, menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan terancam terutama yang tidak sesuai dengan cuaca panas.
KEPUPUSAN TENGGILING 1. Kemusnahan dan perubahan habitat Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan Tenggiling. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini telah memusnahkan habitat dan spesies Tenggiling dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat Tenggiling yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan Tengiling mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. 2. Pembakaran hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang sering berlaku di hutan boleh menyebabkan kehidupan Tengiling terancam dan akan mati. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. 3. Pemburu haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies Tengiling. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negaranegara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak b erkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana terdapat Tenggiling dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan hampir 200,000 Tenggiling digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan Tenggiling hampir pupus kini.
4. Keperluan barangan berasaskan haiwan Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan Tenggiling ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama k egiatan ini berleluasa. 5. Pencemaran Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan Tenggiling dimana banyak tadahan air yang beracun dan tidak sesuai diminum. Keadaan ini juga dapat meningkatkan kematian kepada Tenggiling. 6. Perubahan suhu dunia Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Tenggiling turut terjejas apabila berlakunya peningkatan suhu dipersekiarannya yang boleh membawa kepada penyakit dan kemungkinan boleh mati. Keadaan ini adalah salah satu faktor yang membawa kepupusan Tenggiling.