Mastura_805356
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA COLLEGE OF LAW, GOVERNANCE AND INTERNATIONAL STUDIES MASTER IN PUBLIC MANAGEMENT
GMGG 5383 – CORPORATE GOVERNANCE
TUGASAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH : MASTURA BINTI SAPIFEE NO. K.P 820106025454
1
Mastura_805356
NO. MATRIK 805356
PROTON HOLDINGS BERHAD
2
Mastura_805356
NO. MATRIK 805356
PROTON HOLDINGS BERHAD
2
Mastura_805356
3
PROTON HOLDINGS BERHAD
1.0
PENGENALAN Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahu tahun n 1983 1983 deng dengan an inis inisia iati tiff oleh oleh mant mantan an Perd Perdan ana a Ment Menter eri, i, Tun Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu: i.
Mene Menerrajui jui pros prose es per perind indust ustria rian pembua buatan tan dan dan autom tomatif dalam negara.
ii.
Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industry pembuatan automatif.
iii. iii.
Memp Memper erku kuku kuhk hkan an keup keupay ayaa aan n indu indust stri ri auto autom matif atif Mala Malays ysia ia bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Setel Setelah ah 28 tahun tahun,, PROTO PROTON N telah telah berup berupaya aya berke berkemb mban ang g pesa pesatt dan dan mengua menguasai sai pasaran pasaran otomobil otomobil tempat tempatan. an. PROTON PROTON juga juga telah telah berjaya berjaya menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India, United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara. Akti Aktivi viti ti utam utama a Kend Kender eraa aan, n,
PROT PROTON ON adal adalah ah mera merang ngku kumi mi bida bidang ng Keju Kejuru rute tera raan an
Peny Penyel elid idik ikan an
dan dan
Pemb Pemban angu guna nan n
(R&D (R&D), ),
Peng Pengil ilan anga gan n
Otomobil, Otomobil, Pengedaran Pengedaran Kenderaan, Kenderaan, Jualan Kenderaan, dan Perkhidmatan Perkhidmatan Selepas Jualan.
Mastura_805356
4
Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkumi Waja, Gen.2, Perdana V6, Arena, rangkaian model Saga, Savvy, Satria Neo, Persona dan Exora. Manakala, selepas pengambilalihan LOTUS, model keluaran PROTON juga termasuklah model Elise, Esprit, Exige, Europa dan Evora.
2.0
AMALAN TERBAIK 2.1
LEMBAGA PENGARAH Lembaga komited sepenuhnya dalam memastikan prinsip dan amalan terbaik dalam tadbir urus digunapakai secara konsisten di dalam syarikat dan di seluruh kumpulan. Lembaga Pengarah PROTON komited dalam mematuhi Amalan Terbaik seperti yang digariskan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan 2007) dalam memastikan kepentingan para pemegang saham.
Lembaga juga komited sepenuhnya untuk mematuhi garispanduan yang dikeluarkan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC berkaitan usaha meningkatkan keberkesanan Lembaga dan memperkukuh tadbir urus korporat GLC.
Mastura_805356
5
Jadual 2.1 menunjukkan senarai ahli Lembaga Pengarah PROTON bagi tahun kewangan berakhir Disember 2009.
Bil Nama Pengarah
Jawatan
Tarikh lantikan Pengerusi bukan 1 Januari 2009 eksekutif bukan bebas
1.
Dato’ Mohd Nadzmi bin Mohd Salleh
2.
Dato’ Haji Syed Zainal Abidin bin Pengarah Urusan Syed Mohamed Tahir
3.
Tuan Haji Abdul Jabbar bin Abdul Majid
Pengarah bukan 12 April 2004 eksekutif bebas
4.
Tuan Haji Abdul Kadir bin Md Kassim
Pengarah bukan 10 March 2005 eksekutif bebas
5.
Dato’ Michael Lim Heen Peok
Pengarah bukan eksekutif bebas
15 Sept. 2006
6.
Datuk Zalekha binti Hassan
Pengarah bukan eksekutif bukan bebas
11 Februari 2008
7.
Encik Oh Kim Sun
Pengarah bukan eksekutif bebas
13 May 2009
Jadual 2.1
2.1.1 KOMPOSISI LEMBAGA
1 Januari 2006
Mastura_805356
6
Berdasarkan Laporan Tahunan (2009), Lembaga pada masa ini mengandungi tujuh (7) ahli lembaga yang mempunyai kemahiran dan pengalaman luas, yang mana empat (4) ahli lembaga merupakan pengarah bukan eksekutif bebas. Perkara ini mematuhi peraturan dalam kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan 2007) yang menggariskan bahawa satu pertiga daripada jumlah ahli lembaga pengarah hendaklah terdiri daripada pengarah bukan eksekutif bebas.
Selain pengarah urusan, kesemua pengarah bukan eksekutif mempunyai latar belakang perniagaan yang berbeza dan pengalaman mereka membolehkan mereka menjalankan pertimbangan
yang
bebas
dalam
proses
pembuatan
keputusan Lembaga.
Kesemua ahli Lembaga pengarah tidak mempunyai konflik kepentingan dalam syarikat dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan
mana-mana
pengarah
atau
pemegang saham major syarikat. Selain itu, kesemua ahli lembaga pengarah juga tidak mempunyai latar belakang politik yang boleh mempengaruhi keputusan dan arah tuju syarikat.
Mastura_805356
7
2.1.2 JAWATANKUASA LEMBAGA Lembaga telah membahagikan tanggungjawab tertentu kepada lima (5) jawatankuasa Lembaga yang akan melapor kepada Lembaga dalam membantu proses pembuatan keputusan untuk menjaga kepentingan aset kumpulan dan para pemegang saham. Setiap jawatankuasa ini mempunyai peranan
dan
bidangkuasa
masing-masing
dan
tidak
bertindih antara satu sama lain.
2.1.2.1
JAWATANKUASA AUDIT
Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga (3) pengarah bukan eksekutif bebas yang bertanggungjawab dalam memastikan sistem kawalan dalaman syarikat adalah dalam keadaan terbaik. Jawatankuasa ini akan mengkaji perkara-perkara berkaitan integriti kawalan dalaman termasuk dasar dan tatacara kendalian formal berkaitan perlindungan aset, penyelenggaraan rekod perakaunan secara betul, kebolehpercayaan maklumat kewangan, pematuhan undang-undang, dan peraturan dan amalan terbaik yang diterima pakai oleh pengurusan syarikat.
Mastura_805356
Penubuhan
jawatankuasa
audit
ini
8
mematuhi
garispanduan amalan terbaik di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan 2007).
2.1.2.2
JAWATANKUASA
EKSEKUTIF
(BOARD
EXCO) Board EXCO berperanan dalam membantu pihak pengurusan
dalam
proses
perlaksanaan
dan
pemantauan projek-projek syarikat. Keahlian di dalam Board EXCO terdiri daripada dua (2) orang wakil daripada ahli Lembaga Pengarah PROTON dan dua (2) orang wakil daripada pihak pengurusan atasan syarikat.
2.1.2.3
JAWATANKUASA
PENCALONAN
DAN
GANJARAN Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah bukan eksekutif bukan bebas (pengerusi), seorang pengarah bukan eksekutif bebas, dan dua orang ahli bebas.
Mastura_805356
9
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji / menilai perlantikan pengarah bagi jawatankuasa lembaga, selain mengkaji keberkesanan gabungan kemahiran dan pengalaman Lembaga Pengarah, dan membuat cadangan kepada Lembaga mengenai sebarang penyesuaian yang dirasakan perlu.
Dalam hal ganjaran kepada pengarah, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam mengesyorkan rangka kerja ganjaran kepada para pengarah.
2.1.2.4
JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
Jawatankuasa
Pengurusan
Risiko
mengawasi
keseluruhan pengurusan semua risiko yang memberi impak kepada perjalanan syarikat dan kumpulan. Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah bukan eksekutif bebas sebagai pengerusi dan dua (2) orang ahli bebas yang dilantik oleh Lembaga.
Mastura_805356
2.1.2.5
10
JAWATANKUASA DISIPLIN
Jawatankuasa pengarah
disiplin
bukan
terdiri
eksekutif
daripada
bukan
bertindak sebagai pengerusi dan
seorang
bebas
yang
tiga (3) ahli
daripada pengarah bukan eksekutif bebas. Jawatankuasa ini merupakan sebuah platform bagi Lembaga dalam menangani dan menyelesaikan isu disiplin dan ia juga merupakan satu mekanisme bagi menyelesaikan kes-kes yang mungkin timbul selepas pelaksanaan
polisi
Pengisytiharan
Harta
oleh
Pengarah, dan juga Whistleblower . Jawatankuasa ini mempunyai
kuasa
untuk
menyiasat,
membuat
pertimbangan dan mengambil tindakan perlu bagi setiap kes yang dirujukkan kepadanya sama ada secara lisan atau bertulis. 2.1.3 KENYATAAN TANGGUNGJAWAB Menurut
Akta
Syarikat
1965,
Lembaga
dikehendaki
menyediakan laporan kewangan yang mematuhi standard piawaian perakaunan yang memberikan gambaran sebenar dan adil bagi aliran tunai syarikat dan kumpulan pada penghujung tahun kewangan.
Mastura_805356
11
Lembaga juga bertanggungjawab memastikan syarikat menyimpan
maklumat
perakaunan yang
menunjukkan
kedudukan kewangan yang tepat dan mematuhi Akta Syarikat 1965.
2.2
GANJARAN PENGARAH Jawatankuasa
Pencalonan
dan
Ganjaran
bertanggungjawab
mencadangkan kepada Lembaga berkenaan pakej ganjaran yang akan dibayar kepada setiap pengarah berdasarkan prestasi, pencapaian, dan beban tanggungjawab mereka. Lembaga secara keseluruhannya akan menentukan ganjaran para pengarah bukan eksekutif
dan
pengarah
eksekutif
dengan
pengarah
yang
berkepentingan dikecualikan daripada terlibat dalam perbincangan mengenai ganjaran mereka.
Jadual 2.2 (a) di bawah menunjukkan jumlah ganjaran yang dibayar kepada para pengarah PROTON bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009. Pengarah
Gaji asas, Yuran Bonus, dan Elaun Lain-lain
Pengarah Eksekutif
814,464
-
dan Faedah
81,126
Jumlah
895,590
Mastura_805356
Pengarah eksekutif
bukan -
TOTAL
814,464
12
1,522,454
59,276
1,581,730
1,522,454
140,402
2,477,320
Jadual 2.2(a) Jadual 2.2(b) pula menunjukkan maklumat agregat imbuhan mengikut kategori : Imbuhan Agregat imbuhan kategori
Bilangan Pengarah mengikut Pengarah Pengarah eksekutif Eksekutif
Kurang daripada RM50,000 RM50,001 – RM100,000 RM100,001 – RM500,000 RM500,001 – RM1,000,000 JUMLAH
2.3
1 1 Jadual 2.2(b)
Bukan Jumlah
2 2 2 6
2 2 3 7
PEMEGANG SAHAM 2.3.1 PERHUBUNGAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAM Lembaga
menekankan
kepentingan
amalan
ketelusan
(transperancy ) dan akauntabiliti kepada para pelabur / pemegang saham. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung Tahunan telah menjadi medium utama bagi Lembaga berkomunikasi dengan para pemegang saham dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan lengkap mengenai prestasi syarikat.
Mastura_805356
Unit
Perhubungan
menyediakan
Pelabur
maklumat
telah
yang
ditubuhkan
berguna
seperti
13
bagi yang
dikehendaki oleh para pelabur dan menyelesaikan segala persoalan yang timbul. Lembaga juga ada membuat pengumuman di dalam Bursa Malaysia Securities Berhad bagi
memastikan
setiap
pelabur/pemegang
saham
mendapat maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkembangan syarikat.
Selain itu, Lembaga juga dari masa ke semasa sentiasa mengadakan sesi dialog dengan pemegang-pemegang saham terbesar PROTON dan wakil-wakil daripada Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Kumpulan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti (Minority Shareholder Watchdog Group). Saluran komunikasi lain pula termasuklah seminar, siaran akhbar, dan laporan interim syarikat. Website PROTON juga menjadi salah satu cara bagi para pemegang saham mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan syarikat. 2.4
PERHUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT Jawatankuasa Audit sentiasa mengamalkan hubungan yang telus dengan juruaudit dalaman dan luaran syarikat. Juruaudit luar akan
Mastura_805356
dipanggil
menyertai
membentangkan
mesyuarat
penemuan
Jawatankuasa
audit
mereka
Audit
selepas
14
dan
laporan
kewangan tahunan dikeluarkan. Jawatankuasa Audit mengadakan pertemuan dengan juruaudit sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa kehadiran pengarah eksekutif dan juga pihak pengurusan. Peranan juruaudit dan penyertaan mereka sepanjang tahun akan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit yang akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah syarikat.
2.5
PENYATA KEWANGAN Lembaga bertanggungjawab bagi menyediakan laporan kewangan yang seimbang, jelas dan boleh memberikan maklumat yang berguna kepada semua pihak berkepentingan termasuklah para pemegang saham, komuniti pelabur, dan juga pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti. Dalam hal ini, Lembaga telah mengambil
langkah
Jawatankuasa
Audit
perlu bagi
dan
tepat
memastikan
dengan
menubuhkan
keperluan
piawaian
perakaunan dipatuhi sepenuhnya untuk melindungi dan menjaga aset syarikat.
2.6
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Mastura_805356
15
Kerajaan menggalakkan pihak korporat dalam memainkan peranan membantu golongan masyarakat dalam bidang/perkara yang tidak dapat disumbangkan oleh kerajaan secara langsung. Dalam hal ini, PROTON telah memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dalam empat segmen utama iaitu segmen pasaran, tempat kerja, masyarakat, dan persekitaran.
Bagi segmen pasaran, PROTON telah menubuhkan program iCARE bagi menjaga kepentingan pelanggan, di mana para pelanggan akan diberi layanan mesra dalam perkhidmatan lepas jualan (after-sale-services ) sama ada melalui pusat panggilan atau pusat servis. PROTON juga dari
masa ke semasa akan
mengadakan pengumunan awam sama ada melalui akhbar atau laman web bagi menjaga kepentingan dan memberikan maklumat yang tepat dan berguna kepada pelanggan. Sebagai contoh terkini, PROTON telah mengadakan tindakan bijak dan bertanggungjawab dengan menarik semula kereta keluarannya bagi Model Gen-2 kerana masalah pada stereng demi memastikan keselamatan dan kepentingan pengguna terbela.
Bagi segmen di tempat kerja pula, PROTON telah mengamalkan polisi Keselamatan dan Kesihatan, dimana syarikat menggalakkan latihan berterusan bagi setiap pekerja. Program Pengurusan Bakat
Mastura_805356
16
(Talent Management Programme ) telah memperkenalkan program latihan bagi meningkatkan kepakaran pekerja seperti model “PROTON Core and Leadership Competency Model ” bagi pekerja bahagian pengurusan, dan model “ Technical and Functional Competency Model ” bagi pekerja bahagian teknikal.
Dalam
segmen
tanggungjawab
dalam
masyarakat
sekitar,
PROTON telah menjalankan aktiviti philanthropic, derma serta menganjurkan program belia, aktiviti bersama NGO dan lain-lain lagi. PROTON telah memperuntukkan RM200,000 setahun dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak tempatan. Yayasan PROTON pula mengadakan program Sekolah Angkat dan Program Pintar bagi
membantu
meningkatkan
dalam PMR dan SPM. termasuklah
kelas
kecemerlangan
pelajar-pelajar
Aktiviti-aktiviti dalam program ini
tusyen,
seminar
motivasi,
dan
aktiviti
kesukanan. Selain itu, PROTON juga telah mengadakan Program Bantuan Mangsa Banjir dimana PROTON telah mewujudkan Pakej Diskaun Pembaikan Kereta, dan Kempen “ Save Your Car From Further Damage” kepada mangsa-mangsa banjir. PROTON juga telah
membangunkan
pusat
perkhidmatan
dan
pembaikan
kenderaan bagi mangsa banjir di Tampoi, Johor dan juga member bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam di Malaysia.
Mastura_805356
17
Akhir sekali, PROTON juga komited dalam menjaga Alam Sekitar dan Kesihatan, dimana PROTON telah mengamalkan polisi Kitar Semula Sisa Air dan Rawatan Sisa Toksik bagi memastikan persekitaran adalah sihat dan selamat untuk masyarakat.
3.0
ISU / PENGAJARAN 3.1
PEMBELIAN SAHAM MV AGUSTA MOTORS SPA ITALY (MVAM) PROTON telah membeli 57.7% saham MVAM tahun 2004 pada nilai 70 juta Eiro atau RM367.6 juta. Namun begitu, akibat kerugian yang berterusan, PROTON telah menjual kesemua pegangan dalam MVAM dengan nilai RM4 atau 1 euro kepada GEVI spA, Italy. Peristiwa ini telah member kejutan besar kepada rakyat Malaysia. Alasan penjualan saham MVAM adalah : i.
Model perniagaan MVAM tidak boleh dikekalkan daripada segi operasi serta kewangan
ii.
MVAM memerlukan pelaburan yang besar bagi tempoh yang panjang
iii.
Integrasi PROTON-MVAM tidak akan member skala yang besar atau sinergi
Mastura_805356
iv.
18
Terdapat kemungkinan MVAM akan jatuh muflis dan ini akan membawa risiko komersial, kewangan, dan reputasi terhadap PROTON.
Akibat
penjualan
ini,
PROTON
menerima
kritikan
yang
menyalahkan pihak pengurusan yang disifatkan sebagai gagal menilai potesi teknologi yang dapat diadaptasi daripada MVAM. PROTON, sebagai GLC juga dibidas kerana tidak mahu menerima pandangan awam sebelum membuat keputusan yang besar.
Seterusnya, pada tahun 2008, terdapat laporan menyatakan bahawa Harley Davidson dan BMW telah membeli saham MVAM pada nilai RM 680 juta. Akibat penjualan ini, PROTON terus menerima
kritikan
mengenai
kegagalan
PROTON
dalam
menganalisis perniagaan. PROTON seharusnya lebih bijak dalam menentukan nilai perniagaan sebelum memutuskan menjual pemilikan saham MVAM pada harga 1 euro.
Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan penjualan MVAM oleh Harley Davidson pada nilai 1 euro. Alasan penjualan ini oleh Harley Davidson adalah kerana syarikat ingin memotong kos dan memperkemas struktur perniagaan.
Mastura_805356
19
Sebagai kesimpulannya, kegagalan pihak pengurusan PROTON dalam menganalisis risiko dan potensi perniagaan ke atas syarikat yang ingin diambil milik (MVAM) telah merugikan syarikat dan menjejaskan prestasi syarikat. Namun begitu, PROTON telah mengambil langkah pemulihan dengan melepas pegangan dalam MVAM telah membantu mengelak syarikat dari terus menanggung kerugian dan beban hutang yang tinggi.
Dalam hal ini, peranan pihak pengurusan / lembaga pengarah adalah penting di mana lembaga pengarah perlulah professional dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang perniagaan supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan menjaga kepentingan para pemegang saham serta pihak berkepentingan yang lain di dalam syarikat.
4.0
KESIMPULAN Pentadbiran yang baik dalam sesebuah badan korporat bukan setakat hanya mematuhi undang-undang, sebaliknya ia melangkauinya serta tahu apa yang benar, etika, standard individu dan berkumpulan yang tinggi serta tanggungjawab peribadi dan profesionalisma. Dalam amalan tadbir urus yang baik, amalan piawaian perakauan yang berlandaskan prinsip ketelusan
dan
kebertanggungjawaban,
berupaya
menghindarkan
kesangsian dalam perniagaan dan boleh menutup ruang untuk berlakunya
Mastura_805356
20
penyelewengan. Dalam hal ini, fungsi audit dalaman memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat mengamalkan pematuhan kepada piawaian perakaunan.
Langkah PROTON melantik pengarah bebas dalam lembaga pengarah dapat mengawal tindakan eksekutif yang bersifat membuat keputusan sesuka hati. Menurut Ahmad Atory Hussain (2007), tadbir urus korporat korporat yang baik bermula daripada bilik lembaga pengarah itu sendiri. Adalah penting bagi sesebuah syarikat memiliki ahli lembaga pengarah yang bebas dan kukuh. Bebas dalam konteks ini bermaksud bebas daripada pengaruh pengurusan dan bebas daripada sebarang hubungan perniagaan yang boleh mempengaruhi seseorang pengarah apabila membuat keputusan. Langkah PROTON ini dilihat sebagai mematuhi peraturan Penyenaraian BSKL dan Kod Tadbir Urus
Korporat yang
menetapkan satu per tiga daripada ahli lembaga pengarah terdiri daripada pengarah-pengarah
bebas.
Namun
begitu,
latar
belakang
dan
pengalaman setiap pengarah juga penting dalam memastikan setiap keputusan yang dicapai adalah tepat, berupaya melindungi syarikat daripada risiko kerugian yang besar, dan mampu menjaga kepentingan dan aset syarikat.
Mastura_805356
21
Akhir sekali, amalan standard penzahiran dan ketelusan ( disclosure and transperancy ) serta akauntabiliti pengarah dan pihak pengurusan adalah penting dalam usaha mengekalkan daya tarikan para pelabur dalam syarikat. Kaji selidik oleh McKinsey (2000) mendapati kebanyakan pelabur sanggup membayar harga yang tinggi untuk saham-saham syarikat yang mengamalkan tadbir urus yang baik daripada saham-saham syarikat yang ditadbir urus dengan lemah, walaupun prestasi kewangan kedua-duanya adalah sama. Dalam hal ini, PROTON perlu sentiasa memastikan akauntabiliti dan ketelusan pengarah dan pihak pengurusan dalam usaha menarik pelabur dan menjaga prestasi syarikat.
RUJUKAN Ahmad Atory Hussain (2007). Tadbir Urus Korporat : Ke Arah Tadbir Urus Yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta . Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
PROTON Holdings www.proton.com
Berhad
(2009).
Securities Commission (2007). Governance (Revised 2007),
Laporan
Malaysian
Tahunan.
Code
http://beritasemasa.com/mv-agusta-memang-malang
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php http:// www.proton.com
on
Source:
Corporate
Mastura_805356
ADELPHIA COMMUNICATION CORPORATION
22
Mastura_805356
23
ADELPHIA COMMUNICATION CORPORATION
1.0
PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Adelphia Communications merupakan syarikat kabel terkenal yang
diasaskan
Pennsylvania
oleh
pada
John
tahun
Rigas
dan
1972.
Seterusnya,
Adelphia diteruskan bersama
abangnya,
Gus
di
pengurusan
anak-anak Rigas sehinggalan
Adelphia terlibat dengan skandal korporat terbesar selepas kejatuhan Enron pada tahun 2002.
Ketika terlibat dengan skandal korporat pada tahun 2002, Adelphia merupakan syarikat kabel ke-enam terbesar di Amerika Syarikat. Melalui rangkaian anak syarikatnya, Adelphia telah menyediakan perkhidmatan kabel televisyen dan kabel telefon kepada 5.7 juta pengguna di dalam 29 negeri dan Puerto Rico. (AICPA 2003,2005).
Mastura_805356
24
Adelphia lebih merupakan sebuah syarikat keluarga dimana majoriti eksekutifnya adalah dikalangan ahli keluarga. Ketika skandal Adelphia terbongkar pada tahun 2002, keluarga Rigas yang menerajui Adelphia terdiri daripada: -
John Rigas, Pengasas dan Pengerusi (Bapa)
-
Timothy Rigas, CFO dan Ahli Lembaga Pengarah, dan Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi tahun antara 1992 hingga 2001 (Anak)
-
Michael Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli Lembaga pengarah (Anak)
-
James Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli Lembaga pengarah (Anak)
-
Peter Venetis , Ahli Lembaga Pengarah (Menantu)
Pada Jun 2002, Adelphia diisytiharkan muflis. Adelphia dan kumpulannya beroperasi dibawah kawalan Bab 11, Kod Muflis A.S (SEC Litigation Release No. 17627,2002) sehinggalah ia dibeli oleh Time Warner NY Cable LLC and Comcast Corporation pada tahun 2006. Kini, Adelphia dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Time Warner.
Mastura_805356
25
Penemuan skandal penipuan oleh Adelphia bermula apabila pada tahun 2002, apabila Tim Rigas yang merupakan CFO Adelphia telah mendedahkan bahawa syarikat telah terlibat dengan pemberian pinjaman berjumlah $2.3 bilion kepada syarikat-syarikat usahasamanya ( partnerships) yang dimiliki oleh ahli keluarga Rigas sendiri (Nuzum, 2004). Dalam perkara ini, pemberian pinjaman itu tidak didedahkan dalam laporan syarikat. Terdapat laporan menyatakan bahawa keluarga Rigas telah menggunakan pinjaman berkenaan bagi membeli semula saham dalam Adelphia, membeli peralatan pejabat Adelphia dengan syarikat keluarga Rigas pada harga yang tidak munasabah (nilai tinggi), dan pembinaan padang golf peibadi keluarga Rigas. Keluarga Rigas juga telah menggunakan aset dan dana syarikat seperti kapal terbang syarikat dan lain-lain kemudahan untuk kegunaan persendirian/ peribadi selain menggunakan wang syarikat bagi membayar gaji pekerja/ orang gaji keluarga Rigas. Securities and Exchange Commission (SEC) telah menjalankan siasatan berkenaan perkara ini dan telah
berjaya mengesan aktiviti penipuan dalam syarikat sejak pertengahan 1999. Akibatnya, John Rigas bersama ahli keluarganya telah berhenti daripada syarikat. Harga pasaran saham Adelphia telah jatuh menjunam daripada $28 pada Mac 2002 kepada 79 sen pada Jun 2002. Selepas itu, Adelphia telah diisytiharkan muflis dan distrukturkan semula, akibat penemuan penipuan korporat ini.
2.0
PENGAJARAN (LESSON LEARNED) 2.1 PERNIAGAAN SYARIKAT KELUARGA ( FAMILY RUN FIRM)
Mastura_805356
26
Adelphia bermula sebagai syarikat kecil yang ditubuhkan oleh John Rigas pada tahun 1952 bersama abangnya. Syarikat ini diuruskan secara bersama ahli keluarga dengan perniagaan utamanya
adalah
menyediakan
perkhidmatan
kabel
televisyen dan kabel telefon. Selepas syarikat ini berkembang pesat sehingga menjadi syarikat korporat yang berjaya, pengurusan
syarikat
transformasi daripada
masih
gagal
dalam
menjalankan
amalan syarikat keluarga
kepada
perbadanan awam yang disenaraikan di bursa saham.
Dalam perniagaan kecil, perhatian selalunya diberikan kepada langkah-langkah mengesan penipuan yang dilakukan oleh pekerja, dan bukannya ahli keluarga. Ini adalah kerana sifat ahli keluarga yang akan sentiasa menjaga kepentingan syarikat untuk terus berkembang. Namun begitu, kes skandal korporat Adelphia telah menunjukkan bahawa ahli keluarga juga mempunyai risiko untuk melakukan penipuan (fraud) dan berupaya menghancurkan perjalanan sesebuah syarikat. Ini adalah kerana sentimen warisan (entitlement ) yang ada dalam diri mereka, yang menyebabkan mereka bertindak sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan peraturan sedia ada demi menjaga kepentingan dan aset syarikat. Mereka
Mastura_805356
27
beranggapan bahawa mereka mempunyai hak sepenuhnya dalam
menggunakan
aset
syarikat
demi
kepentingan
peribadi.
Menurut Akta Sarbane-Oxley 2002, syarikat keluarga yang berkembang mengamalkan
menjadi
syarikat
sistem kawalan
senaraian
awam
perlu
dalaman yang kuat dan
berkesan. Sistem kawalan dalaman mestilah dikawal oleh pengurusan, dengan prosedur dijalankan
oleh
firma
audit
pengauditan dan
luar
yang
bebas
laporan daripada
sebarang kepentingan dengan syarikat.
2.2 SALAHNYATA DALAM PENYATA KEWANGAN
Menurut laporan SEC (2002), di antara pertengahan tahun 1999 hingga 2001, Adelphia telah melakukan salahnyata dengan
tidak
$2.3bilion
mengisytiharkan
dalam
penyata
hutang
kewangan
bank
disatukan
berjumlah syarikat,
sebaliknya liabiliti berkenaan hanya dinyatakan di dalam akaun anak syarikatnya yang tidak disatukan. Perkara ini adalah
menyalahi
peraturan
di
dalam
GAAP
(General
Accepted Accounting Standard ), di mana Adelphia didapati
Mastura_805356
28
dengan sengaja memesongkan fakta kepada umum dengan menyembunyikan liabiliti sebenar yang ditanggung
oleh
syarikat. Adelphia juga didapati telah melakukan pemalsuan dokumen untuk memberikan gambaran yang menunjukkan Adelphia mampu menyelesaikan hutang dan kedudukan kewangannya adalah kukuh. Namun pada sebenarnya, ia telah mengubah liabiliti itu kepada akaun syarikat-syarikat keluarga Rigas yang tidak disatukan.
Pada tempoh yang sama juga, Adelphia dan lain-lain juga telah
melakukan
salahnyata
dalam
siaran
akhbarnya
termasuk maklumat berkenaan laporan perolehan, dan juga didalam laporan di Wall Street mengenai bilangan pengguna yang melanggan kabel, maklumat menaiktaraf @ bina semula kabel,
dan
maklumat
perolehan
syarikat,
termasuklah
pendapatan bersih sebelum cukai, cukai, susut nilai dan pelunasan hutang (EBITDA).
Hasil siasatan Suruhanjaya juga mendapati Adelphia telah melakukan penipuan dengan menyembunyikan maklumat dan mengabaikan fakta yang material kepada syarikat iaitu menyembunyikan
perbuatan
salahguna
kuasa
@
Mastura_805356
29
penyelewengan ahli keluarga Rigas. Terdapat bukti yang menunjukkan keluarga Rigas telah memaksa pengurusan Adelphia
membiayai
pangsapuri
hartanah
persendirian
yang
percutian mewah
dan di
membeli
New
York,
membangunkan padang golf persendirian di atas hartanah milik ahli keluarga Rigas, dan juga menerbitkan saham Adelphia berjumlah $772 juta dan nota berjumlah $563 juta untuk kepentingan ahli keluarga Rigas.
Namun begitu, Rigas dalam pembelaannya mengaku tidak bersalah kerana berpendapat pembiayaan ini tidak mendapat bantahan dari pihak pengurusan syarikat.
2.3 PENIPUAN DALAM SISTEM PERAKAUNAN
Adelphia mempunyai 63 anak syarikat (subsidiaries) yang secara eksklusifnya dimiliki atau diuruskan oleh ahli keluarga Rigas
sendiri.
Daripada
jumlah
itu,
14
daripadanya
menjalankan aktiviti perniagaan sistem kabel televisyen dan lain-lain
yang berkaitan
syarikatnya
yang
lain
dengannya. Manakala 49 anak menjalankan
lain-lain
aktiviti
Mastura_805356
30
perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan syarikat induk (Adelphia).
Adelphia didapati telah menggabungkan sistem perakaunan dengan kesemua anak syarikat Rigas dengan menggunakan sistem
pengurusan
tunai
gabungan
yang
dikendalikan
sepenuhnya oleh Adelphia. Keadaan ini menyebabkan dana kesemua syarikat adalah bercampur-aduk antara satu sama lain. Amalan perkongsian pihak pengurusan yang sama, sistem lejer am yang sama, dan sistem pengurusan
tunai
yang sama telah membuka ruang kepada penipuan (fraud ) di dalam Adelphia. (SEC Litigation Release No. 17627 2002)
Amalan
perakaunan
yang
bercampur
aduk
ini
tidak
memberikan gambaran yang tepat dan adil kepada prestasi kewangan syarikat. Amalan perakaunan yang diamalkan oleh Adephia juga boleh mengelirukan dan memberikan gambaran yang salah mengenai aliran tunai syarikat. Ia seolah-olah memberi
gambaran
bahawa
syarikat
sedang
menjana
keuntungan dan mampu menanggung liabiliti walau pada hakikatnya tidak begitu.
Mastura_805356
31
2.4 PERANAN JURUAUDIT LUAR
Deloitte merupakan juruaudit luar Adelphia semenjak tahun 1986 hingga 2002. Deloitte enggan meneruskan kerja-kerja pengauditan pada Dec 2001 kerana mendakwa mereka tidak boleh
bergantung
sepenuhnya
kepada
maklumat
yang
dibekalkan oleh pihak pengurusan Adephia dan mereka juga memerlukan skop audit yang lebih luas dalam Adelphia. Selepas itu, Adelphia telah berhenti menggunakan khidmat Deloitte sebagai juruaudit luar syarikat. (SEC Vs Deloitte & Touche LLP, 2005)
Siasatan
Suruhanjaya
telah
mendakwa
Deloitte
gagal
menjalankan kerja-kerja pengauditan secara professional, melakukan
perlanggaran
kontrak,
melakukan fraud dan
kegagalan dalam mengesan penipuan besar dalam Adelphia semenjak tahun 1999 hingga 2000. Dalam perkara ini, Deloitte
telah
bersetuju
membayar
$50
juta
bagi
menyelesaikan dakwaan tanpa mengaku atau menafikan kesalahan
berkenaan. Dua
juruaudit bertauliah
Deloitte,
Dearlove dan Caswell yang menguruskan auditan di Adelphia
Mastura_805356
32
telah didakwa tidak mengamalkan etika profesionalisme. (SEC, 2005)
Sepanjang tempoh pengauditan (1999 hingga 2000), Deloitte didakwa
tidak
menjalankan prosedur audit
yang dapat
mengesan salahnyata hutang syarikat dalam kunci kira-kira, maklumat ekuiti yang terlebih nyata dan rekod yang tidak sempurna mengenai maklumat transaksi antara anak syarikat Adelphia. Dalam hal ini, Deloitte menyalahkan pengurusan Adelphia yang
memesongkan (misled) juruaudit
melalui
pemalsuan dokumen dan menyembunyikan maklumat.
Siasatan
Suruhanjaya
mendapati
Deloitte
mempunyai
pengetahuan mengenai beban hutang yang disembunyikan dan ada melakukan perbincangan dan memberi cadangan penambahbaikan, namun Deloitte hanya mengambil tindakan berdiam diri apabila pihak pengurusan Adelphia enggan mengisytiharkan liabiliti berkenaan dan menerima sahaja penjelasan pihak pengurusan berkenaan. Selain itu, hubungan Deloitte - Adelphia yang panjang selama lebih 15 tahun juga menimbulkan isu juruaudit luar yang benar-benar bebas. Hubungan
yang
lama
ini
menunjukkan
Deloitte
boleh
Mastura_805356
mengabaikan
etika
profesionalisma
kerana
33
bergantung
kepada yuran juruaudit sebagai pendapatan firma.
Secara
kesimpulannya,
walaupun
bukanlah
menjadi
tanggungjawab juruaudit untuk membasmi penipuan dalam syarikat
yang
diaudit,
namun
memainkan peranan sebagai
begitu
juruaudit
Deloitte untuk
boleh
mengesan
penipuan lebih awal dan mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan menjaga
keadaan
menjadi
kepentingan
bertambah
aset
syarikat
buruk
untuk
dan
pihak
berkepentingan yang lain.
2.5 KELEMAHAN SISTEM KAWALAN DALAMAN
Sistem kawalan dalaman yang diamalkan oleh Adelphia dilihat sebagai lemah dan tidak efektif kerana meletakkan ahli keluarga yang juga merupakan CFO syarikat, Tim Rigas sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit yang memainkan peranan penting syarikat serta
dalam menjaga kepentingan dan
pihak
berkepentingan.
menggambarkan jawatankuasa audit membuat
pertimbangan
dalam
Keadaan yang
ini
bebas
memastikan
aset tidak dalam
amalan
Mastura_805356
34
pematuhan kepada standard perakaunan yang telus dan tepat.
Akta Sarbane-Oxley telah
menggariskan
bahawa
adalah
menjadi kesalahan sekiranya meletakkan salah seorang pihak pengurusan syarikat menjadi pengarah ataupun pengerusi jawatankuasa audit. Ini kerana keadaan ini akan membawa risiko pertimbangan yang dibuat akan menjadi tidak adil, dan lebih kepada menjaga kepentingan diri sendiri.
3.0
KESIMPULAN
Kejatuhan Adelphia yang berlaku selepas kejatuhan Enron adalah akibat daripada kelemahan dalam tadbir urus korporat yang diamalkan oleh syarikat. Dalam kes Aldephia, penglibatan ahli keluarga sepenuhnya dalam pengurusan tertinggi syarikat dan juga penguasaan ahli keluarga dalam lembaga pengarah telah menjadi punca kejatuhan syarikat kabel televisyen ini. Secara teorinya, dalam syarikat milik keluarga, masalah yang akan didapati ialah konflik antara pemilik dan pengurus yang dilantik. Pemilik dikatakan mempunyai kuasa kawalan ke atas operasi syarikat mereka sendiri. Permasalahan ini terjadi kerana tidak
Mastura_805356
timbul
kepentingan
pihak
luar
di
syarikat
(Ahmad
35
Atory
Hussain,2007). Seterusnya, keadaan ini akan menyebabkan awam terlepas pandang perkara-perkara yang material yang boleh menjejaskan kepentingan pihak minoriti dan para pekerja syarikat itu sendiri apabila syarikat terpaksa ditutup akibat kerugian. Lembaga pengurusan
pengarah dan
berperanan
memastikan
untuk
kepentingan
mengawal para
pihak
pemegang
saham terjaga. Bagi memastikan perkara ini berlaku, lembaga pengarah mestilah bersifat bebas dari mempunyai sebarang hubungan
sama
ada
pertalian
kekeluargaan
mahunpun
hubungan perniagaan yang boleh menjejaskan pertimbangan yang adil terhadap keputusan pengurusan. Dalam kes Adelphia, komposisi ahli keluarga Rigas yang memegang majority 5/9 dalam ahli lembaga pengarah telah menyukarkan lembaga mencapai keputusan yang adil dan menjaga kepentingan para pelabur dan pemegang saham serta aset syarikat. Tambahan pula, hubungan baik bagi tempoh yang panjang dengan firma audit Deloitte telah memberikan kelebihan / peluang kepada keluarga Rigas melakukan kesalahan dan penipuan dalam akaun syarikat.
Mastura_805356
36
Secara kesimpulan, walaupun terdapat banyak panduan dan peraturan yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain badan berkanun, adalah sukar untuk mengawal jenayah penipuan sebegini sekiranya pihak pengurusan dan lembaga pengarah yang mempunyai kuasa besar dalam menentukan hala tuju syarikat tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kepada pematuhan kepada peraturan dan standard yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, penguatkuasaan dan hukuman ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah kolar putih ini perlu ditingkatkan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang ramai khususnya kepada mereka yang berada dalam dunia korporat yang penuh mencabar ini.
RUJUKAN ARTIKEL
Andrew M. Sroka, Sarbanes-Oxley Act Hastily Extinguishes Executive Loans: Recommending Less Drastic Regulatory Alternatives. ( Electronic version)
Jeffrey Cohena, Yuan Dingb*, Cédric Lesagec And Hervé Stolowyc. Corporate Fraud And Managers’ Behavior: Evidence From The Press . School Of Management At Boston College USA, China-Europe International Business School (Ceibs),China; and HEC Paris, France ( Electronic version)