this is about martial art of silat cekakFull description
Full description
nFull description
hFull description
kelab komputerFull description
contoh kertas kerja penubuhan persatuanFull description
Kokurikulum
good luckFull description
brigedFull description
jawatankuasa kelab foto
penubuhan kelas persatuan kokurikulumFull description
Full description
Penubuhan Persatuan Fotografi
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PERSATUANFull description
Surat untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolahFull description
CONTOH Kertas Kerja
v
.
1
PROSES PENUBUHAN PERSATUAN MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH
Pembentukan Jawatankuasa Penaja
Merancang perancangan kertas kerja persatuan
Menghantar permohonan rasmi kepada Guru Besar
Mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran persatuan daripada Guru Besar
Mengadakan Mesyuarat Agong
Mengoperasikan Persatuan Muzik
2
PROSES PENUBUHAN KELAB MUZIK SK BANDAR TEMERLOH Di sini akan dijelaskan berkaitan dengan proses penubuhan Proses penubuhan Kelab Muzik SK Bandar Temerloh. Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada beberapa langkah dalam proses penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan. Proses pertama iaitu dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja. Jawatankuasa ini adalah penting untuk menjadi satu jawatankuasa penggerak dalam menubuhkan sesebuah persatuan. Satu mesyuarat penubuhan juga akan dijalankan, yang dihadiri sekurang-kurangnya tujuh orang adalah perlu untuk dicatatkan nama-nama mereka yang hadir dalam minit mesyuarat persatuan. Justeru, pelaksanaan dalam membentuk Jawatankuasa Penaja ini adalah di bawah tanggungjawab penasihat persatuan tersebut. Proses kedua pula iaitu merancang perancangan kertas kerja persatuan. Perancangan kertas kerja ini adalah perlu supaya segala maklumat tentang persatuan yang ingin ditubuhkan tersebut disusun dengan rapi. Sebagai contoh maklumat berkenaan perlembagaan persatuan, cadangan aktiviti, logo dan sebagainya. Pelaksanaan dalam merancang kertas kerja ini adalah di bawah tanggungjawab persatuan untuk bersama-sama memberikan idea dan kata sepakat. Selain itu, proses ketiga pula berkenaan dengan menghantar permohonan rasmi kepada Pendaftar seperti Pengarah, Pengetua atau Guru Besar. Di dalam permohonan rasmi itu juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini. Contoh-contoh surat permohonan ini juga disertakan di bahagian lampiran. Di samping itu, proses keempat adalah untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran persatuan daripada Guru Besar. Proses ini adalah untuk memastikan bahawa persatuan yang telah dimohon tadi sama ada lulus atau tidak untuk ditubuhkan di sekolah. Pihak persatuan dan pembantu tadbir adalah individu yang bertanggungjawab dalam proses keempat ini. Borang-borang kelulusan permohonan ini juga terdapat di bahagian lampiran. Selepas mendapat kelulusan, Jawatankuasa Penaja akan mengadakan Mesyuarat Agong. Semasa berlangsungnya mesyuarat ini, Jawatankuasa Pengajar akan memberitahu ahli-ahli persatuan berkenaan dengan draft aktiviti persatuan. Akan tetapi, sebelum mesyuarat Agong ini bermula, adalah perlu untuk Jawatankuasa pelaksana membuat surat jemputan mesyuarat Agong ini kepada semua ahli. Dengan ini secara tidak langsung dapat melicinkan proses mesyuarat Agong yang dikendalikan. 3
Akhir sekali adalah untuk mengoperasikan persatuan iaitu melaksana tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Baru di dalam persatuan yang ditubuhkan ini. Jawatankuasa persatuan yang telah dilantik semasa mesyuarat Agong pertama perlu mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau aktiviti yang telah dirancangkan. Berikut adalah contoh Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ialah: 1. 2. 3. 4.
Ucapan Aluan pengerusi Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu. Perkara berbangkit Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir
pada………………….. 5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan berkenaan dengan usul yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agong yang lalu. 6. Membincangkan aktiviti tahunan 7. Hal-hal lain. Segala maklumat dan perbincangan yang dilaksanakan adalah penting untuk diminitkan bagi tujuan rekod dan rujukan tindakan dalam sesebuah persatuan. Setiap pelaporan yang dibuat juga perlu dihantar ke pihak atasan setelah tujuh hari tarikh bekerja selepas mesyuarat Agong dilaksanakan.