Prosedur dan Metode Penyusunan Kajian Lingkungan Hidup StrategisDeskripsi lengkap
Sistem Dan Prosedur PengamananDeskripsi lengkap
okDeskripsi lengkap
sistem dan prosedur serta fungsi didalamnyaFull description
k3 lotoFull description
Manajemen perawatanFull description
Full description
SOP COOLER BLANKET
Full description
Deskripsi lengkap
Full description
intalasi listrikFull description
PROSEDUR 11: MEMASANG DAN MEMUNGUT OVITRAP Tarikh : 3/5/2012 Lokasi/Lokaliti : Wisma Persekutuan Anggota Terlibat : PKA En Hisham Saifullah
Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)
Objektif: Bagi mengetahui jenis dan spesis nyamuk. Bagi mengetahui indeks aedes:
Bil. Bekas Positif Bil. Bekas Sedia ada
X 100 %
Untuk mengkaji habitat nyamuk sama ada di dalam atau di luar rumah. Untuk Mengetahui keberkesanan aktiviti semburan pada sesuatu kawasan.
Peralatan dan Bahan : Bekas plastik hitam
( garis pusat 8cm x tinggi 9 cm)
Tudung bekas plastic. White Tape Diganti sebagai paddle ovitrap - 11.5cm x 2.5cm x 0.3cm Span Beg polythene Berus sabut Borang kajian ovitrap Air Vectobac
Kaedah/Tatacara : Bersihkan bekas ovitrap dengan menggunakan span lembut manakala lekatkan white tape dan tudung dibersihkan dengan berus tanpa menggunakan sabun. Tuangkan air yang telah dibiarkan selama 24 jam pada suhu bilik ke dalam bekas ovitrap sehingga separuh penuh dan masukkan vecto bac kedalam bekas ovitrap. Pastikan semua barang yang di perlukan untuk memasang ovitrapdisediakan. Sediakan borang kajian. Pergi ke lapangan atau premis yang sesuai untuk memasang ovitrap. Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk membuat kajian nyamuk serta terangkan tujuan kajian dijalankan. Minta izin daripada tuan rumah untuk memasang ovitrapdi dalam dan di luar premis. Pilih tempat yang sesuai untuk memasang ovitrap seperti :i.
tempat terlindung daripada cahaya matahari.
ii.
bebas daripada gangguan manusia atau pun haiwan.
iii.
diletak pada permukaan rata atau pada paras tanah.
Bagi kawasan dalam rumah, letakkan satu bekas ovitrap di bawah almari manakala bagi kawasan luar rumah letakkkan satu bekas di tempat yang redup. Tinggalkan ovitrap ditempat tersebut selama 7 hari. Selepas 3 hari ambil bekas ovitrap tersebut dan tuangkan ke dalam beg polythene. Labelkan beg tersebut. Kenalpasti larva yang dijumpai dengan menggunakan mikroskop. Kira indeks aedes. Indeks ovitrap = bil.ovitrap yang ada jentik-jentik x 100% Bil.ovitrap diperiksa Catatkan semua maklumat ke dalam borang kajian ovitrap. Bersihkan bekas ovitrap di bahagian luar dan dalam dengan span.