Terima kasih peneraju acara, Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang sentiasa menegakkan tunjang keadilan, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, guru –guru, rakan – rakan dan hadirin yang dihormati. Selamat petang dan salam sejahtera. ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Begitulah mauduknya pidato saya pada hari ini. Sebelum meneruskan pidato, i!inkan saya merungkai makna di sebalik tajuk ini. Menurut "amus #ewan $disi "e – %, ‘bangsa membawa maksud jenis manusia dari satu asal keturunan manakala ‘membaca bermakna memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya. &rasa ‘bangsa berjaya pula bererti manusia dari satu asal keturunan yang mencapai kemajuan. Sebelum melangkah lebih jauh, ingin saya jelaskan bahawa bangsa yang dirujuk bukan hanya tertumpu kepada satu – satu bangsa tertentu tetapi bangsa Malaysia secara keseluruhannya. 'arga dewan yang dihormati, Tabiat membaca dewasa ini, terutama bahan bacaan ilmiah di kalangan masyarakat Malaysia masih di tahap yang belum boleh dibanggakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan (egara, hanya peratusan kecil sahaja masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya membaca iaitu secara purata kira – kira ) buah buku dalam setahun. Buku merupakan bahan bacaan yang memberi skop yang paling luas untuk memperoleh ilmu, mengembangkan mentaliti dan kreati*iti seseorang. Malangnya, rakyat Malaysia secara umumnya kurang berminat terhadap hal + hal seumpama ini. #aya ikir mereka sekadar selaras dengan gaya hidup turun – temurun. "reati*iti dan ino*asi mereka turut sukar berkembang lantaran mereka mengamalkan sikap lebih mudah meniru daripada mencipta sesuatu yang baru. Sehubungan itu, janganlah kita menjadi bangsa yang hanya ‘menantikan nasi disajikan ke mulut. -adirin yang dihormati, uba kita renung dan berikir sejenak, apa yang bakal terjadi kepada negara andai kata bangsa kita bukan semuanya celik huru/ Sudah pasti kita akan menjadi bangsa yang tidak bertamadun. 0kan kekallah kita di negara dunia ke +1. Bangsa Malaysia seharusnya sedar bahawa dengan membaca, mereka mampu melengkapkan diri dengan segala kha!anah ilmu pengetahuan yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Perubahan sikap minat membaca bergantung kepada masyarakat itu sendiri. 2ika masyarakat mempunyai tabiat mencintai ilmu, enomena kurangnya minat membaca bukan lagi satu masalah. 3leh itu, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk memupuk budaya membaca agar suatu hari nanti masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang intelektual, berilmu dan berwawasan setanding dengan negara maju.
Sidang hadirin yang dihormati, -ina kayu kerana reput, hina besi kerana karat, hina manusia kerana cetek ilmu. 2usteru itu, rakyat yang gagal menjadikan tabiat membaca sebagai gaya hidup akan menyebabkan negara mundur dan mudah pula ditindas oleh negara maju. "etika negara mencecah usia 41 tahun, saya yakin bangsa Malaysia mengimpikan kemajuan dan kemakmuran negara ini berkekalan. 3leh itu, sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru kepada bangsa Malaysia agar menjadikan membaca satu amalan kerana ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun. Burung serindit terbang berkawan, Terbang hinggap di pohon nangka, Budaya membaca jadikan amalan, Bangsa membaca bangsa berjaya. Sekian dan terima kasih.