KANDUNGAN Perkara
Muka Surat
1. Tujuan
2
2. Terminologi
2
3. Latar Belakang
3
4. Perundingan Kolektif
4
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan
4
Perundingan Kolektif 6. Panduan Perundingan Kolektif
6
Yang Berkesan 7. Perjanjian Kolektif
7
8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif
9
1. Tujuan Buku panduan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mudah dan ringkas kepada para pekerja, majikan dan kesatuankesatuan sekerja mereka mengenai perundingan kolektif untuk menghasilkan Perjanjian Kolektif. 2. Terminologi 2.1
“Kesatuan Sekerja” bermaksud sesebuah badan yang didaftarkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
2.2
“Tuntutan Pengiktirafan” bermaksud tuntutan yang dikemukakan
oleh
sesebuah
kesatuan
sekerja
kepada pihak majikan supaya kesatuan sekerja berkenaan diberikan pengiktirafan untuk mewakili para pekerja tertentu untuk merundingkan terma dan syarat-syarat perkhidmatan bagi menghasilkan perjanjian kolektif. 2.3
“Perundingan Kolektif” bermaksud proses tawarmenawar yang dijalankan oleh kesatuan sekerja dan majikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan.
2
2.4
“Perjanjian Kolektif” bermaksud suatu perjanjian yang dihasilkan
daripada
perundingan
kolektif
yang
mengandungi terma-terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui oleh majikan dan kesatuan sekerja. Perjanjian kolektif yang diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah Perusahaan akan berkuatkuasa dan mengikat
kedua
belah
bagi
tempoh
sekurang-
kurangnya tiga tahun. 2.5
“Mahkamah Perusahaan” yang ditubuhkan menurut Bahagian VII Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
(award)
terhadap
sesuatu
pertikaian
perusahaan atau kes representasi pemulihan kerja. 3. Latar Belakang Kontrak perkhidmatan yang dimeterai di antara majikan dan pekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah terdiri daripada pelbagai bentuk dokumen seperti surat perlantikan, surat tawaran perkhidmatan, surat pengesahan jawatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa para pekerja mungkin akan bergabung bagi menubuhkan sebuah kesatuan sekerja untuk dijadikan platform bagi mengadakan perundingan atau tawar-menawar dengan pihak majikan bagi mendapatkan terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik, adil dan saksama.
3
4. Perundingan Kolektif 4.1
Perundingan kolektif adalah satu proses tawarmenawar secara kolektif di antara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif.
4.2
Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif. (Sek. 13(1)(a)(b)) APP 1967 Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari. (Sek. 13(4)) APP 1967
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan Kolektif:5.1
Kesatuan
sekerja
bagi
pekerja
mestilah
telah
didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang
dikuatkuasakan
oleh
Jabatan
Hal
Ehwal
mestilah
telah
Kesatuan Sekerja. 5.2
Kesatuan
sekerja
berkenaan
mendapat pengiktirafan daripada majikan.
4
5.3
Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif.
5.4
Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan cadangan perjanjian kolektif.
5.5
Perundingan
kolektif
mestilah
dimulakan
dalam
tempoh 30 hari dari tarikh setuju untuk menerima pelawaan bagi mengadakan perundingan kolektif. (Sek. 13(2)) APP 1967 5.6
Mana-mana pihak boleh mengemukakan termaterma dan syarat-syarat yang dicadangkan untuk dibincangkan di dalam perundingan kolektif kecuali perkara-perkara yang disifatkan sebagai hak keistimewaan majikan seperti berikut :a. Kenaikan pangkat b. Pertukaran tempat bekerja pekerja c. Pengambilan pekerja-pekerja d. Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab lebihan
pekerja
atau
penyusunan
semula
organisasi e. Pemecatan
dan
pemulihan
semula
pekerja
bekerja oleh majikan f. Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh majikan kepada pekerja (Sek. 13(3)) APP 1967
5
5.6
Walau bagaimanapun, APP 1967 membenarkan kedua belah pihak untuk membincangkan secara umum
perkara-perkara
yang
menyentuh
hak
keistimewaan majikan seperti di atas. (Sek. 13(8)) APP 1967 5.7
Sekiranya
mana-mana pihak
enggan menerima
pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif atau gagal memulakan perundingan kolektif dalam tempoh 30 hari dari tarikh persetujuan terhadap pelawaan berkenaan atau jika perundingan kolektif mengalami kebuntuan, pihak yang terkilan bolehlah mengemukakan aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk mendapatkan bantuan penyelesaian. 6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan 6.1
Mengemukakan cadangan mengenai terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kolektif yang jelas, lengkap dan munasabah;
6.2
Mengamalkan prinsip ‘menang-menang’;
6.3
Membantu mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan bukan memberi masalah;
6.4
Bersikap profesional dan realistik;
6.5
Bersikap positif dan sentiasa bertolak-ansur;
6
6.6
Sentiasa fokus terhadap objektif perundingan;
6.7
Mengelakkan daripada membuat ancaman terhadap pihak yang lain;
6.8
Memahami situasi pihak yang lain;
6.9
Menjadi pendengar yang baik dan penyabar;
6.10 Mendapatkan
penjelasan
dengan
meminta
pengulangan semula perkataan atau kenyataan jika tidak jelas; 6.11 Mengemukakan cadangan dengan berbudi bahasa dan bersopan-santun; 6.12 Bijak memberi cadangan alternatif; 6.13 Berkiran positif, mempunyai perspektif yang betul dan fokus terhadap isu perundingan; dan 6.14 Memberikan justikasi bagi setiap cadangan yang ditolak. 7. Perjanjian Kolektif 7.1
Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian bertulis yang dicapai di antara majikan dan kesatuan sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang telah dipersetujui.
7
7.2
APP 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang mesti diperuntukkan di dalam sesebuah perjanjian kolektif iaitu: 7.2.1 Menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif yang hendaklah tidak kurang daripada tempoh tiga (3) tahun. 7.2.2 Memperuntukkan pengubahsuaian
prosedur-prosedur dan
penamatan
untuk perjanjian
kolektif. 7.3
Penyimpanan
(Deposit)
perjanjian
kolektif
untuk
Pengiktirafan Mahkamah Perusahaan Perjanjian kolektif yang telah dimeterai oleh kedua pihak yang terlibat hendaklah dikemukakan secara bersama kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan untuk
mendapatkan
Perusahaan.
pengiktirafan
Pengemukaan
Mahkamah
perjanjian
kolektif
berkenaan mestilah dilakukan dalam tempoh satu bulan dari tarikh perjanjian berkenaan dimeterai. 7.4
Kesan Perjanjian Kolektif Sesuatu perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan akan terpakai dan mengikat kedua belah pihak tersebut.
8
8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif
1.Kesatuan/Majikan -Kemukakan Aduan 2. KPPPM -Terima & Agih Aduan 3. Pengarah Bahagian/Negeri -Adakan Rundingan Damai Kes Tidak Selesai
4. Keputusan Rundingan Laporan
5. Laporan: Kpd KPPPM -Agih Laporan
Kes Selesai
6. Pengarah Bahagian: -Semakan Laporan
TUTUP FAIL
Kes Selesai
7. Runding Damai Lanjutan: (jika perlu)
TUTUP FAIL Kes Tidak Selesai
8. Laporan:Kpd KPPPM
9. Rujuk kpd Y.B. Menteri Tidak Dirujuk
10. Keputusan: Rujuk/Tidak Dirujuk
Rujuk
TUTUP FAIL
11. Mahkamah Perusahaan: Prosiding Mahkamah
KESATUAN
MAJIKAN AWARD (Perintah Mahkamah)
9
10
11
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2008 www.printnasional.com.my email:
[email protected] Tel: 03-92366895 Faks: 03-92224773
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.